Anda di halaman 1dari 18

1

1 PengenaIan
Pepatah mengatakan bahawa hari ini bakal menjadi sejarah pada hari
seterusnya. Tidak kiralah sama ada ia peristiwa yang menggembirakan atau
menyedihkan ia tetap akan menjadi peristiwa sejarah pada masa yang akan
datang. Perkataan sejarah dalam bahasa Arab adalah syajaratun yang bererti
pohon. Perkataan sejarah dalam bahasa asing khasnya di Barat disamakan
dengan perkataan history yang bererti penyelidikan yang berasal daripada
perkataan orang Yunani historia yang dimaksudkan sebagai peristiwa yang
pernah berlaku pada masa lalu dan juga ingatan yang tercatat mengenai masa
itu.
1
Dalam bahasa Melayu, perkataan sejarah adalah ditukarkan daripada
"syajara sebelum ini. Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, sejarah dapat
didefinisikan sebagai keturunan, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu
yang lampau, riwayat, tambo dan kajian mengenai peristiwa-peristiwa yang telah
lalu serta tawarikh. Leopold von Ranke menyatakan bahawa sejarah haruslah
dikaji seperti sebenarnya berlaku itu.
2
Pengikut Ranke, J.B.Bury menyatakan
bahawa sejarah itu sains, tidak kurang dan tidak lebih.
3
Akan tetapi, sejarawan
seperti Benedetto Croce dari tali, R.G.Collingwood dan E.H.Carr dari Britain
tidak mempersetujui tradisi Ranke dan pandangan J.B.Bury. Croce menyuarukan
bahawa sejarah adalah sejarah sezaman, dan Collingwood pula menyatakan
bahawa sejarah itu pemikiran dan seterusnya E.H.Carr menyuarakan bahawa
sejarah itu suatu proses interaksi yang berterusan di antara sejarawan dengan
fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak putus-putus di antara masa kini dengan
masa lalu.
4
Menurut Aristotle , sejarah merupakan peristiwa peristiwa masa lalu
yang mempunyai catatan , rekod rekod atau bukti bukti yang kukuh.
5
Dengan
ini kita boleh katakan bahawa sejarah merupakan ilmu pengetahuan mengenai
masa lalu yang terdiri daripada pelbagai peristiwa atau tokoh yang berlaku dalam

1
Muhd?usof lbrahlm (1986) leoqettloo 5ejotob kuala Lumpur uewan 8ahasa dan usLaka hal 6
2
lbld hal 2
3
lbld hal 3
4
lbld
3
Pasnah Pusslln (2009) 5ejotob lso ulmeosl unlverslLl Malaysla ahang usaL 8ahasa Moden Salns
kemanuslaan 8ab 1
2

sesebuah masyarakat atau negara pada masa dahulu. Sejarah adalah milik
semua masyarakat yang bertamadun.
6
Menurut Bapa Sejarah
Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan suatu perputaran jatuh
bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Kepentingan sejarah
dalam perkembangan sesuatu tamadun tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.
Sejarah juga dianggap sebagai peristiwa dunia lampau yang turut disamakan
dengan berita lapuk dan usang.
7
Menurut R.G Collingwood, semua sejarah
merupakan sejarah pemikiran. Baginya , semua sejarah ialah pementasan
kembali pemikiran masa lampau di dalam akal fikiran sejarawan.
8
Selain itu, R.G
Collingwood juga mencadangkan penyebutan perkataan sejarah sebagai sejarah
teokratik. Dalam hal ini, rangkaian kata sejarah itu bukanlah bererti sejarah yang
saintifik, tetapi adalah suatu pernyataan tentang fakta-fakta yang telah diketahui
sebagai maklumat kepada mereka yang belum mengetahui fakta-fakta itu.
9

Menurut E.H Carr dalam karyanya 5akah Sejarah, sejarah adalah terdiri
daripada sekumpulan fakta fakta yang telah diteliti dan dipastikan.
10
Ahli
sejarah akan mengumpulkan fakta fakta tersebut dari dokumen dokumen,
surat suratan dan sebagainya. Sejarah mengandungi dua pengertian, yang
pertama lebih umum dan lazim serta lebih luas keadaannya manakala yang
kedua adalah lebih khusus dan terbatas luas keadaannya. Pengertian sejarah ini
yang secara umumnya ialah bahawa sejarah itu adalah masa lalu itu sendiri.
Sejarah sebagai masa lalu dimaksudkan mengandungi semua kejadian serta
peristiwa dan pengalaman yang telah berlaku dan berlalu sama ada kejadian itu
merupakan kumpulan kejadian ataupun kejadian yang berasingan bukanlah
sesuatu yang perlu dipertikaikan.
11
Bagi pengertian kedua pula, iaitu yang lebih
khusus, sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa

6
lbld
7
Arba'lyah Mohd noor (2002) llmu 5ejotob Joo leosejotoboo kuala Lumpur !abaLan Se[arah unlverslLl
Malaya hal 1
8
Abdul 8ahman Pa[l Abdullah (1994) leoqootot llmo 5ejotob kuala Lumpur ulau lnang uewan
8ahasa dan usLaka usaL enga[lan Luar kampus unlverslLl Salns Malaya hal 24
9
8CColllngwood (1983) lJeo 5ejotob kuala Lumpur uewan 8ahasa dan usLaka hal 2
10
LP Carr (1984) Apokob 5ejotob Ampang uewan 8ahasa dan usLaka hal 4
11
Muhd?usof lbrahlm (1986) lbld hal 7
3

yang telah berlaku pada suatu masa yang telah lalu.
12
Catatan yang
dimaksudkan dalam sejarah adalah sebagai penyelidikan mengenai masa yang
telah lalu iaitu penyelidikan yang dilakukan ke atas sesuatu peristiwa yang
dianggap penting atau yang menarik minat seseorang mengkajinya. Sekiranya
catatan itu hanya catatan ringkas seperti catatan harian, maka ia merupakan
sumber kepada kajian dan bukan sebagai catatan kajian terhadap sesuatu
peristiwa.
Sejarah merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang paling tua dan
penting kepada manusia kerana tidak kiralah apa-apa sahaja bidang ilmu
pengetahuan tentu ada sejarah bagi bidang ilmu pengetahuan tersebut. Salah
satu daripadanya ialah kita dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang telah
berlaku pada masa lampau dengan lebih mendalam serta dapat membuktikan
kewujudan peristiwa tersebut dan bukan mendengar cerita yang diceritakan oleh
orang lain. Misalnya, kita dapat mengetahui kejatuhan empayar Yunani akibat
diserang oleh tentera Rom melalui sejarah yang telah dikaji dan dibuktikan.
Selain itu, sejarah juga bertujuan untuk mengkaji perbuatan-perbuatan manusia
yang dilakukan pada masa lalu dan juga ingatan-ingatan yang tercatat mengenai
peristiwa yang berlalu itu serta untuk menambah pengetahuan terhadap manusia
yang masih hidup dan untuk generasi yang akan datang. Mengikut A.Marwick,
kepentingan sejarah untuk manusia ialah sebagai disiplin yang seronok iaitu
serupa dengan melihat lukisan yang cantik. Di samping itu, beliau juga
menyatakan bahawa sejarah ialah satu ilmu yang memberi latihan kepada otak
untuk mengingat dan berfikir dengan cara kritis serta sistematik. Melalui sejarah
kita juga dapat mengetahui akan keadaan atau tamadun orang lain seperti
perkembangan egean Civilization di Mediterranean pada masa dahulu.
Berdasarkan idea profesor Collingwood, sejarah adalah bersifat kajian.
Mengikut beliau, ciri ini mendedahkan usaha untuk mengetahui sesuatu yang
belum ketahui, yang mana ahli sejarah akan menanyakan soalan-soalan dan

12
lbld
4

cuba menjawabnya.
13
Usaha untuk mencari jawapan ini telah disifatkan olehnya
sebagai sains, kata beliau, "Sains adalah mengetahui sesuatu dan dari segi itu
sejarah adalah sejenis sains.
14
Dalam pengertian sejarah bagi menekankan ciri
kajian sebagai satu unsur penting, Collingwood menyebut dua implikasi yang
timbul dari pengiktirafan ciri itu. Pertama ialah kajian dalam sejarah adalah
berdasarkan kepada penafsiran bukti atau sumber-sumber yang sedia wujud,
baik yang berbentuk tulisan mahupun kesan-kesan peninggalan lama.
15

Kemudian, ahli-ahli sejarah akan menggunakannya untuk mencari jawapan
kepada soalan-soalan yang telah dikaji oleh mereka. mplikasi yang kedua ialah,
hakikat bahawa kajian dalam sejarah sepatutnya dilakukan oleh orang yang ahli
dalam bidang itu.
16
F.J.Teggart mendakwa bahawa bidang kajian sejarah
tertumpu hanya kepada tidak-tanduk manusia yang memberi kesan kepada
sesuatu kelompok seperti rakyat atau negara sebagai ruang lingkup sejarah.
17

Ranke dalam tulisan-tulisannya telah menyempitkan ruang lingkup sejarah
kepada soal-soal pentadbiran, tentera, diplomasi dan peperangan, sedangkan
hal-hal yang berkaitan ekonomi, sosial dan kedudukan wanita serta orang
kebanyakan diabaikan.
18
Pada tahun 1920-an, ketidakpuasan hati terhadap
pensejarahan tradisional itu telah melahirkan aliran-aliran baru untuk
memperluaskan lagi ruang lingkup sejarah. Aliran-aliran yang baru ini
termasuklah aliran nnales, aliran "sejarah sosial dan aliran "sejarah rakyat.
Menurut Collingwood, unsur keistimewaan yang wujud dalam sejarah, tetapi
tidak timbul dalam sains semula jadi ialah unsur pemikiran.
19
Bagi Collingwood,
sejarah sebenarnya mencakupi bukan sahaja politik, peperangan dan ekonomi
bahkan pula akhlak, ugama, seni, sains dan falsafah.
20
Penggunaan narratif
sebagai cara penyampaian dalam penulisan sejarah. Mengikut Collingwood,
kajian sejarawan menghasilkan sebagai "barang siapnya narratif sejarah atau

13
8SunLharallngam (1983) leoqeooloo kepoJo 5ejotob kuala Lumpur Marlcan Sons hal 4
14
lbld
13
lbld
16
lbld
17
lbld hal 9
18
lbld hal 12
19
lbld hal 13
20
lbld hal 17
3

deskripsi yang mana kejadian-kejadian yang tinjau itu "dihubungkaitkan
mengikut urutan waktu.
21
Teggart pula mensifatkan sejarah sebagai
"pernyataan yang berbentuk narratif yang bertujuan menyediakan unsur paduan,
di atasan yang mempunyai titik permulaan, pertengahan dan kesudahan.
22

Mandelbaum pula menyatakan "sebuah gambaran sejarah adalah satu narratif
dan ciri inilah yang membezakan penulisan sejarah dari sains semula jadi.
23

Isi
2.1 Pengertian Sumber Sejarah
Menurut Muhd Yusof brahim, sumber adalah suatu yang boleh menjadi punca
kepada melahirkannya sesuatu pemikiran atau penulisan, tetapi ia berbeza
dengan ilham kerana sumber tidak bersifat abstrak atau spontan dan ia boleh
dirujuk semula apabila diperlukan. Sumber sejarah ini terdiri daripada rekod-
rekod bertulis, tradisi lisan, tinggalan perkampungan prasejarah, inskripsi pada
batu-batu sebarang testimoni dan objek yang boleh memberi penjelasan tentang
sesuatu peristiwa sejarah manusia yang ditemui dan seterusnya sebagai sumber
kepada penulisan sejarah. Sumber ini dikatakan sebagai sekumpulan bahan
disimpan di arkib, perpustakaan, muzium, istana, rumah kediaman orang
perseorangan yang mempunyai minat menyimpannya dan sebagainya.
24

Kelazimannya sumber dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumber pertama
dan sumber kedua ataupun dikenali sebagai sumber primer dan sumber
sekunder. Sumber pertama ialah sumber yang terjadi pada masa-masa tertentu
yang selidik oleh ahli sejarah. a juga boleh dikatakan sebagai bahan-bahan
mentah asas dari mana sejarah itu berlaku. Manakala bagi sumber kedua pula
ialah satu interpretasi sahaja. Sumber pertama adalah seperti catatan, dokumen,
artifak, laporan harian dan sebagainya. Sumber seperti diari atau surat-suratan

21
lbld hal 22
22
lbld
23
lbld
24
Muhd?usof lbrahlm (1986) lbld hal 63
6

boleh dikategorikan sebagai sumber pertama.
25
Ringkasnya, sumber pertama ini
ialah satu bentuk bahan mentah dan belum diproses untuk menjadikan buku-
buku atau rencana-rencana sejarah dan sebagainya. Sumber kedua ini dirujuk
atau digunakan oleh para penyelidik untuk mengukuhkan sesuatu hujah
mereka.
26
Contoh sumber kedua adalah seperti buku-buku ilmiah, risalah-risalah,
monograf-monograf, surat khabar, majalah dan tesis. Menurut Sartono
Kartodirdjo, pengertian sejarah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sejarah
dalam erti kata yang subjektif dan objektif. Bagi beliau, sejarah dalam erti
subjektif ialah suatu binaan peristiwa yang disusun oleh penulis sebagai satu
cerita atau huraian.
27
Manakala sejarah dalam erti objektif pula ialah kejadian
atau peristiwa itu sendiri iaitu proses sejarah dalam keadaan yang sebenarnya
berlaku. Kejadian sejarah hanya berlaku sekali sahaja dan tidak akan berulang
lagi.
28

2.2 Pembahagian Sumber Sejarah
Sumber sejarah terutamanya dikategorikan kepada dua bahagian iaitu
sumber primer dan sumber sekunder. Ahli sejarah biasanya lebih minat
menggunakan sumber primer dalam penyelidikan mereka. Sumber primer terdiri
daripada Al Quran atau Al Hadis, kitab-kitab agama, laporan tahunan, surat-
suratan tulisan tangan, fail-fail kerajaan, sumber sastera, sumber lisan,
dokumen-dokumen, diari dan sumber arkeologi. Sumber kedua pula terdiri
daripada buku-buku ilmiah, jurnal, tesis, majalah, artikel, sumber lisan dan surat
akhbar. Sumber lisan sebagai sumber primer dan sekunder kerana ia
bergantung pada kepentingan dan ketulenan serta kejituannya berhubung
dengan sesuatu peristiwa yang dikaji dan diselidik.
29
Contohnya, kita menemu
ramah seorang ahli pakar dalam bidang sejarah, kita tidak semata-mata sahaja
percaya apa yang telah dinyatakan olehnya, tetapi selepas kita menemu

23
uavld ace Sharon L ugh 8renda u SmlLh (1996) 5toJyloq of nlstoty new ?ork PapperColllns
College hal 106
26
Arba'lyah Mohd noor (2002) lbld hal 31
27
Arba'lyah Mohd noor (2002) lbld hal 6
28
lbld
29
Muhd?usof lbrahlm (1986) lbld hal 66
7

ramahnya, kita juga perlu mencari sumber seperti dokumen-dokumen di arkib
untuk membuktikan hujahannya adalah tulen dan benar. Rekod-rekod kerajaan
boleh dikesan di sebuah tempat khas dikenali sebagai arkib untuk mengumpul
dan memelihara segala rekod-rekod kerajaan sebagai suatu warisan negara
yang bernilai. Rekod kerajaan ini boleh dikatakan merangkumi laporan
mahkamah dan parlimen, surat-menyurat kementerian dan jabatan, fail-fail dari
badan-badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan, surat-menyurat ibu penjabat
negeri, pejabat daerah dan pejabat hakim serta laporan khas yang dikeluarkan
oleh jawatankuasa dan suruhanjaya yang ditubuhkan dari semasa ke semasa.
30

Sumber swasta ataupun dikenali sebagai sumber peribadi juga lama menarik
minat para ahli sejarah, khususnya bahan-bahan seperti buku catatan harian,
jurnal, dan surat peribadi. Sumber peribadi ini memberikan maklumat yang rapat
dengan iri hati penulis itu yang barangkali tidak dipaparkan dalam surat surat
rasmi kerajaan atau swasta.
31
Ahli sejarah seperti Herodotus dan Thucydides
memandang tinggi sumber lisan berbanding dengan sumber yang lain. Ahli
sejarah Kristian seperti Sextus Julius Africanus dan Eusebius melihat kitab njil
sebagai sumber yang lebih penting daripada sumber yang lain. Akan tetapi,
Ranke pula menyatakan bahawa rekod kerajaan adalah sumber yang paling
tulen dan lengkap.
Bidang arkeologi dianggap paling banyak membantu penyelidikan sejarah.
32

a menawarkan sumber-sumber sejarah awal manusia dalam pelbagai bentuk
dan rupa. Contohnya, ia meneliti tinggalan seperti monumen, candi, kuil, masjid,
istana, tembikar dan lain-lain yang tinggalan zaman-zaman dahulu dan ditemui
semula oleh ahli arkeologi. Pendeknya, apa sahaja bahan-bahan purbakala yang
wujud hasil daripada warisan tamadun dan kehidupan manusia, semuanya
menjadi lapangan kajian arkeologi.
33
Banyak warisan tamadun purba ditemui
khasnya di Timur Tengah atau Asia Barat melalui kajian-kajian arkeologi.
Misalnya, pada abad ke-19 dijumpai tinggalan-tinggalan istana Babylon dan

30
8SunLharallngam (1983) lbld hal 32
31
lbld hal 33 34
32
Arba'lyah Mohd noor (2002) lbld hal 89
33
lbld hal 90
8

Assyria, di samping penemuan-penemuan di Greek, Rom, dan juga Crete.
34

Peranannya yang memperpanjangkan lagi jarak sejarah yang lebih tua iaitu
dengan tumpuannya yang banyak kepada zaman yang diistilahkan sebagai
prasejarah. Selain itu, bukti-bukti arkeologi juga didakwa sebagai testimoni
sejarah yang lebih dipercayai daripada bukti-bukti lisan dan tulisan yang tertakluk
kepada ruang dan waktu tertentu. Sekiranya bukti-bukti lisan dan tulisan itu
dikatakan dipengaruhi oleh unsur-unsur subjektif, maka bukti-bukti arkeologi
dianggap bersifat objektif dan bercakap menurut keadaannya yang sebenar
sepanjang zaman.
35
Klasifikasi keaslian sumber dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu keaslian sumber, kandungan sumber serta tujuan mengkaji
sumber. Ahli sejarah mengkaji keaslian sumber dari segi masa yang dihasilkan
iaitu sumber yang diperoleh itu merupakan sezaman ataupun sumber yang telah
lama wujud. Keaslian terhadap sumber juga dilihat dari segi tempat
penghasilannya iaitu di mana sumber itu diperoleh. Sumber sejarah boleh
diperoleh sama ada di dalam negara ataupun di luar negara. Selain itu, keaslian
sumber sejarah juga dilihat dari sudut sikap penulis iaitu sikap pengarang, ahli
sejarah perlu memiliki pengetahuan tentang daya-daya atau rekod-rekod yang
diperoleh oleh mereka. Ahli sejarah ini juga menggunakan mata dan telinga
sebagai saksi kepada peristiwa yang diceritakan dan peristiwa yang berlaku.
2.3 Kritikan Sumber dan Tafsiran Sumber
Dalam bidang sejarah ini, kritikan terhadap sumber amat diperlukan dan juga
memainkan peranan yang penting kerana ia akan membantu mengesan sesuatu
penulisan sejarah yang kurang tepat atau untuk menghasilkan ilmu sejarah yang
tulen. Biasanya pemalsuan sumber mempunyai dua tujuan iaitu tujuan tuntutan
politik dan hasrat mencari wang. Kritikan sumber dibahagikan kepada dua jenis
iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman. Kritikan luaran adalah usaha
mengesahkan ketulenan atau kesahan sesuatu sumber sejarah. Terdapat tiga
kaedah dalam kritikan luar digunakan iaitu ujian kima, ujian bahasa dan ujian

34
lbld
33
lbld
9

tulisan tangan. Yang pertama iaitu ujian kimia, ahli sejarah menggunakan cara
tersebut untuk menentukan usia sebenar sesuatu dokumen. Keadaan kertas,
dakwat dan cap di dalam sesebuah dokumen akan berubah mengikut peredaran
masa dan pakar-pakar kimia boleh memastikan sama ada dokumen itu benar-
benar dikeluarkan pada masa yang didakwa oleh pihak-pihak memilikinya.
36

Cara yang kedua akan digunakan oleh ahli sejarah untuk menguji sesuatu
sumber sejarah ialah ujian bahasa. Gaya bahasa adalah sentiasa berubah dari
sudut nahu, struktur ayat, ejaan, istilah, tanda baca dan sebagainya. Gaya
tulisan pada kurun ke-19 adalah berbeza dengan gaya tulisan pada kurun ke-20.
Perbezaan ini dapat dilihat dari segi ejaan, tulisan dan kata gandaan. Oleh itu,
perbezaan gaya bahasa ini adalah sukar bagi seseorang yang berniat untuk
memalsukan karya atau dokumen yang didakwa sebagai tua ataupun lama itu.
Cara ketiga untuk mengesan kepalsuan sumber sejarah ialah melalui ujian
tulisan tangan. Ujian ini dijalankan terhadap dokumen yang ditulis tangan dan
bukannya ditaip atau dicetak. Sebagaimana yang diutarakan oleh Garraghan,
"tulisan tangan adalah satu ciri tersendiri dan pakar-pakar dalam bidang ini
boleh mendedahkan perbuatan untuk meniru tulisan tangan orang lain.
37
Pakar-
pakar akan menguji ketulenan dokumen apabila membandingkan tulisan tangan
individu dengan lain-lain dokumen yang ditulis oleh individu tersebut. Ketulenan
dokumen dapat ditentukan dari segi bahan yang digunakan untuk menghasilkan
dokumen sudah wujud pada tarikh dokumen dihasilkan. Contohnya, penggunaan
kertas sebelum tahun 1150 T.M. boleh dikatakan palsu kerana pada masa itu,
hanya menggunakan kulit kambing sebagai dokumen sahaja. Begitu juga
dengan bahan-bahan yang digunakan lain seperti pensel dan kaedah percetakan.
Kritikan dalaman merupakan tugas sebenar ahli sejarah melakukan penafsiran
ke atas kandungan dokumen yang telah disahkan tulen semasa peringkat
kritikan luar. Ahli sejarah perlu menapis sumber-sumber tersebut untuk menjamin
kesahan sumber itu. Ahli sejarah juga harus mengesahkan fakta dan bukannya
menerimanya secara terus daripada saki-saksi. Semasa melakukan tafsiran

36
8SunLharallngam (1983) lbld hal 37
37
lbld hal 38
10

sumber ahli sejarah juga patut bertindak secara rasional. Jelasnya, ahli sejarah
haruslah bertulis dan berfikir secara waras dan mempunyai maksud tentang apa
yang telah diceritakan itu semasa melakukan tafsiran sumber. Tambahan pula,
ahli sejarah perlu meneliti semua fakta dalam dokumen dan sekiranya mendapati
wujudnya kesangsian, ahli sejarah berhak menolaknya. Contohnya, Thucydides
ketika menulis karyanya mengenai Perang Peloponnesia telah menolak cerita-
cerita yang berunsur mitos kerana ia tidak masuk akal.
38

Tafsiran sumber merupakan satu proses penting dalam metod sejarah dikenali
sebagai interpretasi. Proses ini bergantung pada kritikan dan pendedahan
sumber kepada ahli sejarah dan tafsiran sumber tidak boleh dilakukan tanpa
kritikan yang berterusan ke atas sumber dan dokumen. Proses kritikan bertujuan
mengetahui siapa yang menulis serta tempat sumber itu dihasilkan. Dengan ini,
pendedahan terhadap sumber membolehkan ahli sejarah menginterpretasikan
data dengan baik dan efektif. Kritikan dalaman ini melibatkan proses tafsiran di
dalam kandungan sumber iaitu Tafsiran Vebal, Tafsiran Teknikal, Tafsiran
Logikal, Tafsiran Psikologikal dan Tafsiran Fakta. Kelima-lima kaedah proses
tafsiran ini dapat menentukan keaslian kandungan sesuatu sumber.
Tafsiran Vebal berlaku apabila seseorang menumpukan perhatian ke atas
perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu dokumen secara individu atau
berkumpulan. Dalam tafsiran Vebal akan dilihat dari empat segi iaitu bahasa,
perbendaharaan kata, tatabahasa dan terjemahan. Dari sudut bahasa, proses ini
untuk memahami makna sesuatu perkataan dalam sumber atau dokumen bagi
mendapatkan idea yang cuba disampaikan. Proses ini memerlukan
pengetahuan tentang bahasa, ahli sejarah perlu mahir dalam penggunaan
bahasa dan memahami perkembangan sesuatu zaman di mana sumber dan
dokumen itu diperoleh. Dari segi perbendaharaan kata, ahli sejarah harus
memahami bahasa sebagai satu peraturan, contohnya ahli sejarah
menggunakan kamus sejarah untuk menjelaskan maksud sesuatu perkataan
pada masa yang lalu. Dalam evolusi kata, satu perkataan mempunyai makna

38
lbld hal 43
11

yang berbeza pada zaman yang berbeza. Misalnya, perkataan rose atau rare,
pada zaman klasik bermaksud to o5en tetapi pada zaman pertengahan pula
bermaksud to close. Bagi menjelaskan maksud ayat, ahli sejarah perlu mengenai
context tatabahasa yang menghubungkan antara satu perkataan dengan
perkataan yang lain. Selain itu, ahli sejarah juga perlu memahami konteks
sintaksis sesuatu ayat dalam dokumen untuk memahami apa yang hendak
disampaikan oleh dokumen tersebut. Terjemahan pula adalah proses literasi.
Petikan dari satu bahasa diterjemahkan kepada bahasa yang lain untuk
menjelaskan pemikiran pengarang. Walau bagaimanapun kegiatan terjemahan
selalu tidak dapat dilakukan dengan baik dan maksud asal sering terpesong.
Tafsiran teknikal adalah menjelaskan tujuan penulis dalam penulisan sejarah dan
mengesan sebarang maklumat melalui pembacaan spesifik yang digunakan.
Tafsiran ini terhadap dokumen berdasarkan dua pertimbangan iaitu tujuan
penulis dan bentuk pembacaan yang tepat. Kedua-dua pertimbangan ini akan
membezakan sama ada sumber yang dirujuk hanya memberi maklumat sahaja
atau sumber yang bercampur. Tafsiran logikal pula adalah proses untuk
menyubang pelbagai bahagian sumber mengikut kaedah yang sistematik dan
saintifik. Proses ini memberikan satu peristiwa yang bersambungan dalam fikiran
ahli sejarah sebelum atau sesudah sama ada secara terus atau tidak terhadap
sesuatu peristiwa. Penyambungan idea utama ini diperoleh dari pembacaan
yang luas terhadap sumber sejarah. Tafsiran psikologikal adalah proses untuk
membaca sumber dan dokumen mengikut sudut pandangan mereka. Tafsiran ini
melihat kepada pemikiran penulis khasnya dipengaruhi oleh persekitaran, fizikal,
sosial dan intelektual. Proses ini lazimnya berkaitan dengan idea dan emosi
seseorang ahli sejarah. Tafsiran fakta adalah proses menilai fakta secara
individu atau berkumpulan bagi menjelaskan sebab dan akibat sesuatu peristiwa
berlaku. Ahli sejarah bukan sahaja hanya merujuk kepada fakta malah mereka
juga berusaha menterjemah fakta dengan tepat.


12

2.4 Penulisan Sejarah yang Baik
Sebuah penulisan sejarah yang baik mesti adanya sumber sama ada sumber
pertama atau sumber kedua. Berdasarkan sumber-sumber yang telah disahkan
asli itu, maka bolehlah kita menggunakannya sebagai sumber untuk penulisan
sejarah kita. Sebelum kita mula menulis, kita perlulah mengenal pasti fakta
mengenai apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana untuk
menerangkan sesuatu kejadian berlaku. Penulisan sejarah boleh menggunakan
dua kaedah iaitu sama ada kaedah narratif atau kaedah analitikal. Kaedah
narratif ialah mengisahkan peristiwa sejarah melalui peredaran masa dan
kronologi. Contohnya, menulis sebuah penulisan sejarah tentang sejarah
Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia.
Kita boleh menulisnya dengan kaedah narratif iaitu Kesultanan Melayu Melaka
diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400 dan kejatuhannya pada tahun
1511 oleh serangan orang Portugis.
39
Selepas itu, kita menulis kedatangan
Belanda ke tanah Melayu pada abad ke-17 dan British pada abad ke-19.
40
Pada
abad ke-20 pula tanah Melayu dijajah oleh penjajah Jepun dan pada tahun 1957
barulah Malaysia dibentuk dan diumumkan sebagai negara yang merdeka di
dunia. Kaedah analitikal juga digunakan dalam penulisan sejarah oleh ahli
sejarah iaitu memberikan analisis dan menjawab permasalahan. Ahli sejarah
membuktikan melalui hujahan-hujahan yang rasional bagi menyelesaikan
masalah yang terjadi. Dalam penulisan sejarah, kajian kita perlulah teliti dan
mendalam bagi mengelakkan kepalsuan terjadi. Penulisan sejarah berdasarkan
kepada lima perkara iaitu struktur, tafsiran, kejelasan dan gaya bahasa, serta
nada(retorik). Selain itu, penulisan sejarah yang baik perlu adanya bukti yang
kukuh dan ketara dan bukannya merepek sahaja. Sebuah penulisan sejarah
yang baik memerlukan banyak rujukan sama ada buku-buku ilmiah, jurnal, artikel
atau diari. Hal ini demikian kerana dengan adanya pelbagai rujukan yang kita
rujuk kepadanya maka kandungan penulisan sejarah kita dapat diperkukuhkan

39
hLLp//mswlklpedlaorg/wlkl/kesulLanan_Melayu_Melaka kesoltoooo Meloyo Meloko 09 CkLober
2011
40
hLLp//mswlklpedlaorg/wlkl/Se[arah_Melaka 5ejotob Meloko 09 CkLober 2011
13

lagi. Dengan rujukan yang berbagai-bagai itu, maka kita juga dapat
membandingkan pelbagai pandangan dan hujahan pakar-pakar sejarah seperti
R.G Collingwood, E.H Carr, Leopold Von Ranke dan pakar-pakar sejarah lain.
Rujukan yang kita digunakan itu, mestilah ditulis oleh pakar-pakar dalam bidang
sejarah. Sekiranya rujukan yang kita gunakan itu bukan ditulis oleh pakar-pakar
dalam bidang sejarah maka kemungkinan wujudnya kepalsuan atau tidak tepat
dalam rujukan yang kita gunakan itu. Di samping itu, sebuah penulisan sejarah
yang bagus mesti ada pengenalan tentang penulisannya. Tambahan pula,
sebuah penulisan sejarah yang baik mesti ada bidang penyelidikan seperti tokoh,
pendidik, politik, ekonomi, agama dan sebagainya. Selain itu, sebuah penulisan
sejarah mesti mempunyai tajuk penyelidikan, misalnya kepentingan sejarah pada
zaman sekarang dan ia juga mempunyai tujuan penyelidikan, contohnya apakah
kepentingan sejarah kepada zaman sekarang. Selain itu, sebuah penulisan
sejarah perlu mempunyai metodologi kajian iaitu seorang pengkaji perlu
menjelaskan metod-metod yang akan digunakan semasa membuat kajian seperti
kajian perpustakaan, penyelidikan arkib, soal selidik, temu bual, kerja makmal,
kajian luar atau dikenali sebagai arkeologi, dokumentari dan tinjauan. Sebuah
penulisan sejarah juga perlu adanya nota kaki, bibliografi, dan lampiran. Akhirnya,
dalam penulisan sejarah, terdapat beberapa perkara penting perlu kita
memerhatikan. Contohnya, dalam penulisan sejarah kita perlu menjelaskan
mengapa sesuatu peristiwa terjadi menerusi kronologis. Selain itu, kita juga perlu
menjelaskan hubungan emosi berdasarkan peristiwa lampau. Misalnya, dari
kaca mata pihak masing-masing seperti memandang peristiwa 5ium War pada
tahun 1832 dari sudut pihak British dan pihak China adalah berbeza. Kita juga
perlu memperlihatkan perbezaan kehidupan masyarakat seperti perbezaan
antara kehidupan masyarakat zaman paleolitik dengan kehidupan masyarakat
zaman neolitik. Dalam penulisan sejarah, perkara seperti memberikan gambaran
yang tepat kepada peristiwa yang terjadi, menyelidik kesan-kesan peristiwa
sejarah yang berlaku dan membuat hipotesis kajian sejarah yang dilakukan juga
perlu dititikberatkan. Di samping itu, dalam penulisan sejarah juga perlu
menitikberatkan pengadilan moral. Pengadilan moral merupakan perlakuan
14

menjatuhkan hukuman, atau mengenakan penilaian tertentu kepada suatu
peristiwa sejarah dan kepada seorang pelaku dalam sejarah.
41

2.5 Kepentingan Sumber Dalam Penulisan Sejarah
Apakah itu sumber yang telah dijelaskan di atas dan ia terbahagi kepada
dua iaitu sumber pertama dan kedua. Penggunaan sumber primer dapat
menjelaskan tentang kebenaran sejarah dari sudut keabsahan, validity,
ketepatan fakta sejarah. Berdasarkan sumber primer yang ada itu, ahli sejarah
dapat menghasilkan penyelidikan dan penulisan sejarah yang bermutu dan baik
serta dapat menjumpai artifak-artifak, ekofak dan feature dan seterusnya dapat
mengisahkan semula peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku di dunia ini.
Contohnya, ahli arkeologi negara Jerman Heinrich Schliemann telah menjumpai
%roy, sebuah bandar yang tersohor di sejarah Yunani dengan berdasarkan
sumber primer Iliad, karya Homer.
42
Sumber primer ini biasanya dijadikan
rujukan utama dalam penulisan sejarah. Hal ini demikian kerana penggunaan
sumber primer dalam penulisan sejarah yang betul dapat mengelakkan kesilapan
dan kesalahan fakta sejarah, sekiranya menggunakan sumber kedua sebagai
sumber kepada penulisan sejarahnya dan ini mungkin wujud kesilapan serta
kesalahan tafsiran. Oleh itu, semakin banyak sumber primer digunakan itu,
maka semakin baguslah penulisan sejarah dan sebaliknya semakin banyak
sumber sekunder digunakan, maka kualiti penulisan sejarah semakin rendah.
Kepentingan sumber kedua dalam penulisan sejarah juga memainkan peranan
yang penting walaupun sumber pertama adalah sebagai rujukan utama. Ahli
sejarah akan mencari sumber-sumber sekunder ini sebagai bahan rujukan untuk
memperkukuhkan lagi kandungan penulisan sejarah dan biasanya mereka akan
mencari artikel, jurnal dan hujahan pakar-pakar dalam bidang sejarah seperti E.H
Carr dan R.G Collingwood. Selain itu, sumber-sumber sejarah juga dapat
menafikan sesuatu perkara misalnya menafikan hubungan diplomatik antara
negara China dengan Tanah Melayu hanya berlaku selepas kedatangan kuasa-

41
8SunLharallngam (1983) lbld hal 90
42
hLLp//enwlklpedlaorg/wlkl/Pelnrlch_Schllemann#Llfe_as_an_archaeologlsL nelotlcb 5cbllemooo 09
CkLober 2011
13

kuasa Barat dengan sumber primer yang sedia ada seperti dokumen kerajaan
awal di arkib-arkib negara kita dan negara China. Sumber-sumber sejarah juga
boleh membuktikan sesuatu perkara adalah benar dan betul-betul berlakunya
misalnya hubungan diplomatik antara negara China dengan Tanah Melayu iaitu
zaman Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat dan dibuktikan dari segi
kedatangan dan perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan sultan Melayu
Melaka Sultan Mansur Syah di samping tempat-tempat kajian yang masih
didapati pada hari ini yang dikenali sebagai Bukit Cina.
43
Dengan akhirnya, kita
dapat menghasilkan sebuah penulisan sejarah yang baik dengan
membandingkan pelbagai sumber-sumber yang diperoleh itu dan pelbagai
pandangan pakar-pakar ahli dalam bidang sejarah.
Penutup
Sebagai kesimpulannya, sejarah merupakan satu bidang ilmu yang banyak
memberi kefahaman dan pengetahuan kepada insan. Hal ini dikatakan demikian
kerana rekod atau catatan sejarah mengenai perkara atau peristiwa yang sudah
berlaku dapat dijadikan sandaran pedoman atau panduan sama ada untuk
generasi sekarang atau generasi yang akan datang seterusnya menjalankan
aktiviti kehidupan. Sejarah adalah catatan pengalaman manusia dan segala
catatan itu sama ada baik atau buruk akan memberi pengajaran kepada manusia
supaya bertindak pada masa-masa seterusnya.
44
Selain itu, melalui sejarah kita
dapat memahami masa kini berasaskan masa lampau dan seterusnya dapat
merancang masa depan kita. Menurut Profesor Wang Gungwu, kita mempelajari
sejarah mempunyai tiga sebab utama. Yang pertama ialah sejarah digunakan
untuk integrasi golongan masyarakat supaya memberikan justifikasi bagi
kewujudan masyarakat. Yang kedua ialah sejarah digunakan sebagai
pengajaran kepada generasi sekarang dan generasi yang akan datang. Yang
ketiga ialah sejarah digunakan untuk menunjukkan kepada masyarakat sebagai
satu teladan iaitu sama ada baik atau buruk. Selain itu, dalam bidang sejarah

43
hLLp//mswlklpedlaorg/wlkl/Pang_Ll_o#Pubungan_dlplomaLlk_MelakaMlng nooq ll lo 09 CkLober
2011
44
Pazrl !amll (2003) 1ekolk Meoqojot 5ejotob 8enLong 1S ubllcaLlons ulsLrlbuLors hal 3
16

amat mementingkan dan menekankan sumber sejarah yang tepat untuk
menghasilkan penulisan sejarah yang bermutu. Sumber sejarah ini seumpama
jiwa kepada sejarah , tanpanya maka tidak wujudlah bidang ilmu sejarah ini.

17

ibIiografi
Abdul Rahman Haji Abdullah, (1994). !engantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur &
Pulau Pinang: Dewan Bahasa dan Pustaka & Pusat Pengajian Luar
Kampus Universiti Sains Malaya
Arba'iyah Mohd Noor, (2002). lmu Sejarah dan !ensejarahan, Kuala Lumpur:
Jabatan Sejarah Universiti Malaya
Carr. E.H. (1984). 5akah Sejarah, Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka
Collingwood.R.G. (1985). Idea Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
David Pace, Sharon L. Pugh, Brenda D. Smith, (1996). Studying of History, New
York: HapperCollins College
Hasnah Hussiin, (2009). Sejarah Isu Dimensi, Universiti Malaysia Pahang: Pusat
Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan.
Hazri Jamil, (2003). %eknik Mengajar Sejarah, Bentong: PTS Publications &
Distributors
Muhd.Yusof brahim, (1986). !engertian Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Suntharalingam.R, (1985). !engenalan Ke5ada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican
& Sons
http://en.wikipedia.org/wiki/Heinrich_Schliemann#Life_as_an_archaeologist,
Heinrich Schliemann, 09 Oktober 2011.

18

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Li_Po#Hubungan_diplomatik_Melaka-Ming,
Hang Li !o, 09 Oktober 2011.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka,
Kesultanan Melayu Melaka, 09 Oktober 2011.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melaka, Sejarah Melaka, 09 Oktober 2011.

Anda mungkin juga menyukai