Anda di halaman 1dari 36

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

JMG 211 : GEOGRAFI MANUSIA

Sidang Akademik : 2018/2019

Webex 1 : 13 Oktober 2018

AGENDA PERBINCANGAN

1. APAKAH ITU GEOGRAFI MANUSIA?

2. PENCIPTA GEOGRAFI MANUSIA.

3. PENDEKATAN-PENDEKATAN KAJIAN DALAM


GEOGRAFI MANUSIA

1
1 APAKAH ITU GEOGRAFI MANUSIA?

Bidang geog manusia mulai wujud kerana ahli-ahli


geografi terlalu beri tumpuan ke atas unsur semulajadi
(geomorfologi) sehingga mengabaikan lain-lain bidang
yang terdapat dalam geog khususnya tentang unsur
manusia sebagai penghuni bumi.

Namun apabila ramai ahli-ahli daripada bidang-bidang


sains yang lain mula menceburkan diri dalam geografi,
maka terdapatlah usaha-usaha untuk meneroka bidang-
bidang lain – ini termasuklah mereka yang berminat
mengkaji perhubungan di antara alam fizikal dengan alam
manusia.

Maka kajian tentang hubungan di antara alam fizikal


dengan manusia dikenali sebagai geografi manusia.

Johnston (2001) telah mendefinisi g. manusia sebagai


“bahagian disiplin geografi yang berkaitan dengan
perbezaan kawasan dan organisasi aktiviti-aktiviti

2
manusia dan perhubungannya dengan persekitaran
fizikal”.
Pada umumnya g. manusia adalah berkaitan dengan
manusia dalam ruang.

2. PENCIPTA GEOG MANUSIA?

G manusia mula terbentuk berdasarkan karya atau


dorongan “origin of species” yang telah lahir pada
peringkat kedua kurun ke 19. Teori oleh Charles Darwin
ini membawa kesan yang besar dalam dunia ilmu
pengetahuan dan juga telah menyerap ke dalam bidang
sains fizikal, sains sosial serta ilmu kemanusiaan.

Teori “origin of species” telah menyedarkan ahli-ahli geog


tentang bidang baru iaitu kajian tentang perhubungan
manusia dengan alam sekitar. pengaruh “ors” dapat dilihat
dalam penulisan FRIEDRICH RATZEL – beliau telah
mendefinisi gm sebagai “satu kajian terhadap
pengaruh alam sekitar ke atas manusia”.

3
Oleh itu beliau merupakan pencipta g manusia. Dalam
kajiannya, beliau banyak menyelidik tentang peranan
unsur-unsur alam sekitar seperti sungai, gunung, pulau,
pantai dan lain-lain ke atas manusia.

Beliau telah menyifatkan manusia sebagai mahkluk pasif


dan taburan manusia dalam ruang ditentukan oleh alam
sekitar – ringkasnya manusia dikuasai oleh tindak-tanduk
alam sekitar.

Dengan demikian maka lahirlah satu aliran pemikiran iaitu


“determinisme alam sekitar” atau “penentuan alam
sekitar” – idea utamanya ialah segala aktiviti dan kegiatan
manusia ditentukan oleh alam sekitar semulajadi. Idea ini
cukup dominan pada awal kurun ke 20an hingga 1930an.

Ratzel - dalam bukunya “anthropogeographie” atau “geog


manusia” menunjukkan pengaruh Charles Darwin sangat
kuat – dikatakan manusia itu adalah sama seperti

4
tumbuhan dan haiwan yang merupakan hasil daripada
tindakan alam sekitar.
Oleh itu aktiviti manusia, pembangunan dan aspirasi
manusia adalah dibawah penentuan alam sekitar. bagi
ratzel manusia adalah pasif dan segala aktivi manusia,
organnisasi dan taburan manusia di bumi adalah
ditentukan oleh alam sekitar.

lihat petikan sifat-sifat e. determinisme:

“… people in cold countries are stronger physically,


courageous, less suspicious and less cunning than those
of the south (hot climate) who are like old men, weak and
passive” – agungkan gol. kulit putih atau pihak barat.

HUNTINGTON, seorang lagi ahli determinist, tetapi lebih


ekstrim dalam karyanya “white men in the tropic”
menyatakan bahawa penduduk tempatan di kawasan iklim
yang panas tidak mempunyai pemikiran yang bernas dan
juga lembab. Dia juga menyifatkan bahawa golongan

5
negro telah menghasilkan produktiviti pertanian yang lebih
rendah berbanding orang kulit putih di usa.

Idea beliau bersifat racist dan mengagungkan orang barat.

Namun ada juga ahli geografi yang tidak setuju dengan


ide en. determinisme – PAUL VIDAL DE LA BLANCHE
dan JEAN BRUNHES. Maka mereka telah kemukakan
idea “POSSIBILISME” atau “unsur serba kemungkinan”
dan hujah mereka ialah:

“kuasa alam sekeliling sahaja tak dapat memberi


penjelasan tentang aktiviti manusia – orang eskimo di
greenland berbeza dengan orang tundra di siberia
walaupun kedua-duanya mendiami di iklim sejuk –
masing-masing mempunyai mod/corak kehidupan yang
tersendiri”.

Possibilisme menyifatkan manusia adalah aktif dan bukan


pasif – peranan manusia lebih penting daripada pengaruh
kuasa semulajadi untuk menentukan aktivitinya. manusia

6
disifatkan dapat menyesuaikan diri kepada unsur-unsur
alam sekitar dan dapat juga mengubahsuaikannya.
Oleh itu manusia ialah usnur-unsur positif dan mempunyai
kebebasan untuk memilih daripada alam sekeliling apa
yang perlu sahaja dan ketepikan yang tidak perlu.

Jadi faktor fizikal adalah pasif. Walaupun terdapat alam


sekitar yang sama tetapi tidak mungkin dapat
menghasilkan bentuk-bentuk manusia yang sama. Alam
sekitar mengandungi beberapa kemungkinan dan
pengunaannya bergantung kepada pemilihan manusia itu
sendiri.

Respon manusia terhap alam sekitar dipengaruhi oleh


bakat, peringkat pembangunan dan warisan sosial
manusia itu sendiri.

Selepas itu terdapat ramai lagi ahli geografi yang


memperkembangkan g manusia iaitu :
7
 Jean Brunhes,
 P.M Roxby,
 H. Barrows
 Eyre & Jones
 Carl o Sauer.

Bidang g. manusia pada mulanya meliputi aspek-aspek :

penduduk,
ekonomi,
sosial dan politik.

Kini terdapat lain-lain bidang seperti:

Geog petempatan,
Geog bandar,
Geo Luar Bandar
Geog Pertanian,
Geog pembangunan dan lain-lain lagi.

8
DEBAT EN. DETERMINISME VS POSSIBILISME :

Kedua konsep environmental determinisme dan


possibilisme bukanlah konsep yang bertentangan. ia
adalah merupakan dua konsep yang terdapat dihujung
satu continuum seperti di Rajah

2 4
MST PERTANIAN MST
PINDAH PERINDUSTRIAN
1 3 5
MST MST PERTANIAN MST
PEMBURU DAGANG BANDARAN

TARAF TEKNOLOGI YANG RENDAH

DETERMINISME

POSSIBILISME

TARAF TEKNOLOGI YANG BERTAMBAH

9
Kontinuum membawa maksud terdapat berbagai golongan
masyarakat yang tidak dipengaruhi oleh alam sekitar
dengan kesan yang sama.

DETERMINISME VS POSSIBLISME : PANDANGAN


YANG BERTENTANGAN ATAU TIDAK

Debat antara pandangan determinisme dan possiblisme


mempunyai sejarah yang panjang

Aliran Pemikiran Determisme menyifatkan kehidupan


manusia adalah dibawah pengaruh kuasa alam sekitar.

Aliran Pemikiran Possibilme pula menyifatkan dapat


bertindak dan menyesuaikan diri dengan alam sekitar.

Namun jika diteliti kedua-dua pemikiran tersebut, ia


bukannya pemikiran-pemikiran yang bertentangan tetapi

10
boleh diibaratkan sebagai dua idea yang terdapat pada
satu garisan yang berterusan atau sebagai suatu
“continuum” tentang interaksi manusia dengan alam
sekitar fizikal.

Ini dijelaskan dalam RAJAH di atas

Tahap Teknoloji Yang Dimiliki Setiap Masyarakat-


Masyarakat di Atas adalah Berbeza-beza

Dalam rajah di atas menunjukkan di permukaan bumi atas


terdapat berbagai-bagai kumpulan manusia iaitu
masyarakat orang asli, pertanian pindah, pertanian
dagang, perindustrian dan bandar.

Kesemua kehidupan mereka dipengaruhi dengan kadar


yang berlainan terhadap alam sekitar

Pada tahap-tahap tertentu faktor penentu adalah tahap


teknologi yang mereka miliki.

11
Contoh masyarakat orang asli di Amazon, Brazil mungkin
masih menjalani kehidupan dibawah pengaruh alam
sekitar. Disebabkan mereka tidak ada teknologi yang
canggih maka mereka menyerah diri kepada kehendak
kuasa alam fizikal dalam tindak tanduk hidup mereka.

Disebaliknya lain-lain masyarakat seperti masyarakat


perindutrian-bandar mempunyai teknologi yang dapat
“membebaskan” diri daripada kuasa alam sekitar.

Teknologi GIS dan berbagai-bagai teknologi yang lain


membuat masyarakat perindustrian – bandar ada
keupayaan membuat ramalan yang dapat elak daripada
terkena bencana.

Kalau dapat mermalkan kelebatan hujan yang boleh


menyebabkan banjir – boleh membuat persediaan awal
untuk pindah atau sebagainya.

Masyarakat pertanian dagang ada teknologi traktor dan


lain-lain yang dapat mengusahakan ribuan hektar

12
tanaman berbanding dengan masyarakat pertanian
pindah.

Satu lagi ialah konsep “stop-go—determinisme” oleh


Griffith Taylor:

beliau berhujah bahawa possibilist telah menghasilkan


idea di persekitaran temperate (iklim sederhana) seperti
northwestern europe yang menyediakan alternatif yang
membolehkan manusia mendiaminya .

namun ini tidak terjadi australia – iklimnya adalah jauh


lebih ekstrim dan kawalan alam sekitar ke atas manusia
adalah lebih kuat. oleh beliau perkenalkan konsep “stop-
and-go” determinism,

di mana dalam jangka pendek manusia dapat menguasai


alam sekitar, tetapi dalam jangkamasa panjang alam
sekitar telah memenangi pertarungan tersebut dan
manusia terepaksa berkompromi dengan alam sekitar.

13
POSSIBLISME DAN DETERMINISME DALAM KONTEK
GEMPA DAN TSUNAMI DI SULAWASI === MENGAPA
MANUSIA TEWAS DALAM PERTARUNGAN DENGAN
ALAM.

Kuasa alam sekitar terlampau kuat untuk ditangani


manusia walhal ada teknologi yang tersangat hebat.

TEKNOLOGI DAN PERTARUNGAN DENGAN KUASA


ALAM

Gempa bumi sukar untuk diramalkan tetapi masih ada


cara untuk pemonitoran dengan menggunakankaedah
laser beam untuk kesan pergerakan plat plat di bumi.
Sebungan itu seismometer ialah alat yang digunakan
untuk mengesan pergerakan dalam kerak bumi.

14
Para saintis juga telah menubuhkan satu pusat di Hawaii
untuk pemonitoran peristiwa peristiwa seismik dan
perubahan dalam paras air laut iaitu Pacific Tsunami
Warning Center(PTWC).

The West Coast & Alaska Tsunami Warning Center


(ATWC) terletak di Alaska dan pusat ini penting sebab
dapat kesan gempa bumi yang akan hasilkan gelombang
yang bergerak di lautan pasifik sebelum bergerak ke
tempat lain.

Tsunami selalunya dapat dikesan melalui apa yang


dikenali open-ocean buoys dan coastal tide gauges,
yang akan laporkan maklumat terbaru. Buoy ialah alat
untuk mengesan tsunami.

15
Open Ocean Buoys - Pelampung

Tsunami akan berlaku sekiranya pusat yang ditubuhkan


dapat kesan gempa bumi berukuran magnitud 7.5 atau
labih tinggi

Pada tahun 2010 pusat penyelidikan NASA dengan


menggunakan data dapat mengesan dan meramalkan
saiz tsunami berikutan dengan gempa bumi di Chile pada
februari 2010. Begitu juga tsunami di jepun pada 2011
dalam mana sistem amaran juga berkesan cuma para

16
saintis tidak menyangka saiznya begitu serius yang
menyebabkan jutaan ringgit kemusnahan.

Satu masalah besar dengan tsunami ialah bila ia mula


bergerak ia sukar dihentikan. Dalam pertarungan manusia
dengan alam sekitar apa yang manusia dapat lakukan
ialah dapat meramalkan tsunami dan mengadakan
langkah langkah untuk mengawal kawasan daripada
ancaman tsunami. MANUSIA TEWAS KEPADA KUASA
ALAM SEKITAR.

TSUNAMI - 2004

Selepas bencana gempa dan tsunami pada 2004 dekat


pulau Sumatera menyebabkan 220,000 maut di Asia, 22
boya (pelampung) amaran awal dipasang sekitar perairan
Indonesia bagi mengesan tsunami

Gempa bumi dan tsunami Sulawesi 2018 adalah peristiwa


gempa bumi berkekuatan 7,4 dalam magnitudnya diikuti
dengan tsunami yang melanda pantai barat Pulau
Sulawesi, Indonesia, bagian utara
17
2018

Pada tanggal 28 September 2018, pukul 18.02 WITA.


Pusat gempa berada di 26 km utara Donggala dan 80 km
barat laut kota Palu[7] dengan kedalaman 10 km.

Goncangan gempa bumi dirasakan di Kabupaten


Donggala, Kota Palu, Kabupaten Parigi Moutong,
Kabupaten Sigi, Kabupaten Poso, Kabupaten Tolitoli,
Kabupaten Mamuju bahkan hingga Kota Samarinda, Kota
Balikpapan dan Kota Makassar.

18
19
Punca kelemahan. Laporan dari JAKARTA: Sistem
amaran tsunami tidak mencukupi, kekurangan pendidikan
bagaimana menghadapi gempa bumi dan keadaan teluk
sempit yang membantu memperkuat ombak tsunami
dikenal pasti sebagai faktor menyebabkan kesan bencana
di Sulawesi bertambah parah.

20
ULANGAN Satu masalah besar dengan tsunami ialah bila
ia mula bergerak ia sukar dihentikan. Dalam pertarungan
manusia dengan alam sekitar apa yang manusia dapat
lakukan ialah dapat meramalkan tsunami dan
mengadakan langkah langkah untuk mengawal kawasan
daripada ancaman tsunami. MANUSIA TEWAS KEPADA
KUASA ALAM SEKITAR.

Buoy alat pengesan tsunami Indonesia telah mengalami


kerosakan sejak 2012 dan akibatnya pada 2018
21
 Pengesan tsunami tidak tepat dan peringatan
bencana tidak tepat '

 Peringatan tsunami di Palu dan sekitarnya agak


terlalu lewat

3. PENDEKATAN-PENDEKATAN KAJIAN DALAM


GEOGRAFI MANUSIA

Pendekatan-pendekatan kajian dalam geografi manusia


ialah tentang:

 pekembangan teori
 penggunaan kaedah saintifik (scientific method)
 model
 analisis kuantitatif

Ini membawa pengertian bahawa kita perlu meninjau


bagaimanakah bentuk kajian dalam geografi manusia
dilakukan – iaitu dalam konteks sebelum 50an dan
22
selepas tahun 1950an - ringkasnya, sebelum dan
selepas.

A) SEBELUM : ALIRAN PEMIKIRAN UTAMA DALAM


GEOGRAFI : SEBELUM 1950AN IAITU:

1)1900 – 1930an : usaha ke arah pembentukan teori


dalam g. manusia bukanlah merupakan perkara ata usaha
yang baru.

Sebenarnya sejak pada lewat kurun ke 19 dan awal kurun


ke 20, usaha ke arah menghasilkan hukum “sebab-
musabab” pernah dilakukan dan ini jelas dilihat melalui
pendekatan determinisme (tindak-tanduk manusia
dipengaruhi oleh alam sekitar) – namun ia agak begitu
simplistik.

Kemudian ditentang oleh aliran possibilisme (manusia


dilihat sebagai agen yang aktif).

23
Kedua-dua aliran pemikiran determinisme dan
possibilisme adalah begitu dominan pada tahun-tahun
1900 – 1930an, tetapi mulai kehilangan pengaruh selepas
itu.

2. 1930an – 1950an Satu lagi aliran pemikiran yang


begitu dominan dalam geografi khasnya pada tahun-
tahun 1930an hingga 1950an ialah aliran pemikiran
wilayah.

Ia telah diketengahkan oleh richard hartshorne dan begitu


berpengaruh di usa.

Hartshorne telah menyifatkan geografi sebagai kajian


tentang keunikan sesuatu wilayah yang dapat
dibezakan dgn lain-lain wilayah di permukaan bumi.

Usaha awal ke arah penghasilan hukum atau generalisasi


tentang fenomena seperti aktiviti manusia dalam

24
menentukan lokasi industri pernah dibuat, iaitu menerusi
pendekatan induktif.

RENUNG SEMULA – SEBELUM 1950AN

E.DETERMINSIME WILAYAH SAINS RUANG

bersifat fakta empirikal generalisasi


spekulasi – – tak begitu merupakan
manusia saintifik unsur yang
sebagai dikaitkan
mahkluk pasif fokus ke atas dengan aspek
tak saintfik - unsur unik – saintifik -
tak boleh buat pembentukan
generalisasi hUkum.

Empiricism : iaitu sesuatu pengetahuan adalah


berasaskan pengalaman dan justeru kaedah atau
metodologi yang tepat ialah pemerhatian/pencerapan dan
25
laporan. oleh itu empiricism ia suatu idea bahawa
data”konkrit” ialah apa yang sangat diperlukan dalam
sains.

b) Selepas : aliran pemikiran selepas 50an

Namun begitu selepas pd2 disebabkan penekanan ke


atas keunikan wilayah – yang cenderung kepada unsur
deskriptif, telah menyebabkan geografi dilihat sebagai
disiplin yang tidak berprestij dan agak ketinggalan dari
segi konteks pratikal.

Oleh itu apa yang perlu ialah demi menjadikan geografi


sebagai bidang yang lebih dihormati, maka peralihan perlu
dilakukan - iaitu menjurus kepada penekanan unsur-
unsur penjelasan yang bersifat saintifik yang akhirnya
akan dapat menjurus kepada pembentukan hukum dan
teori dalam geografi yang lebih konkrit.

Kelemahan pemikiran wilayah

26
Cara wilayah dilihat sebagai statik, deskriptif dan bersifat
satu katalog tentang berbagai-bagai wilayah, berbelit-belit
dan tidak menampakkan unsur intelektual dan jauh sekali
unsur praktikal.

Secara umumnya “regional description” mempunyai


format yang sama : iaitu bermula dengan
deskripsi/huraian struktur geologi satu-satu kawasan –
iaitu penghuraian dengan terperinci bentuk muka bumi,
tanah-tanih, iklim, huraian sejarah, penggunaan kawasan
seperti pertanian, perbandaran dan pengangkutan.

Selepas itu format yang sama juga diguna untuk mengkaji


kawasan yang lain pula. – cara ini terlalu statik – dilihat
sebagai himpunan katalog tentang wilayah-wilayah yang
berbeza-beza.

Kesedaran mula timbul iaitu, apa yang lebih penting ialah,


kita sepatutnya boleh buat ramalan untuk masa depan
dan ini tidak dapat dilakukan dalam aliran wilayah.

Idea schaefer
27
Sebagai kontras schaefer berpendapat bahawa geografi
tidak seharusnya fokus kepada keunikan (idiografik) tetapi
kepada unsur persamaan (similarities) atau generalisasi.

Ini membawa pengertian bahawa geografi perlu menuju


kearah pembentukan hukum-hukum ruang (spatial law)
yang dapat menjelaskan tentang pola-pola ruangan
seperti tingkahlaku manusia.

Dengan demikian daripada hukum-hukum yang terhasil


akan terbentuklah teori-teori ruang yang dibina di atas
landasan kaedah saintifik. satu teori ruang yang popular
dalam geografi ialah teori von thunen tentang bagaimana
manusia organisasi penggunaan tanah pertanian.

Oleh itu tumpuan schaefer ialah geografi seharusnya


memberi tumpuan ke atas unsur mencari persamaan atau
generalisasi tentang aturan tertentu fenomena geografi di
bumi ini dan diistilahkan sebagai konsep nomotetik.

28
Secara ringkas jika kita mengkaji kepada unsur keunikan
diistilahkan sebagai konsep idiografik, maka usaha ke
arah mencari hukum umum diistilahkan sebagai konsep
nomotetik.

Dalam pengertian yang mudah unsur keunikan tidak dapat


menghasilkan generalisasi,

Maka dengan itu tidak dapat menghasilkan hukum atau


peraturan tertentu tentang fenomena geografi. namun
apabila adanya unsur generalisasi, maka dapatlah
dijadikan hukum – iaitu bila wujudnya kesepaduan tentang
sesuatu pola di muka bumi.

Kelahiran sains ruang (spatial science)

Penulisan dan idea schaefer telah diterima sebagai asas


kepada kelahiran geografi sebagai “spatial analysis”

29
(analisis ruang) – lebih popular dikenali sebagai sains
ruang. oleh itu :

Aliran sains ruang yang berlandaskan kaedah saintifik


membawa implikasi bahawa geografi kini telah
menekankan kepada penggunaan kaedah statistik dan
kuantitatif.

dan ini menunjukkan bahawa geografi telah mengalami


satu “revolusi” (perubahan dalam kaedah pengkajian iaitu
daripada keunikan kepada nomotetik)

– Revolusi ini lebih popular dikenali sebagai “revolusi


kuantitatif”.

Pengertian revolusi kuantitatif?

30
Revolusi kuantitatif sebagai suatu transformasi radikal
dalam semangat dan matlamat geografi.

Ini membawa pengertian bahawa geografi mula


menggunakan teknik-teknik kuantitatif untuk
menjelaskan secara terperinci pola-pola permukaan
bumi.

Revolusi kuantitatif melibatkan penggunaan beberapa


teknik seperti:

1) teknik deskriptif
2) statistik inferen (korelasi dan regresi)
3) kaedah asas dalam persamaan matematik seperti
model graviti
4) model determinsitik seperti von thunen, weber dan
christaller

Faktor asas yang menyatukan kesemua teknik-teknik di


atas ialah unsur angka (number) mengatasi kepentingan
penggunaan perkataan (word) dan berpegang teguh
31
kepada kehebatan aspek saintifik. Justru berpegangnya
kepada kaedah saintifik yang begitu snonim dengan
postivism.

Adakah ia begitu penting?

Penyelidikan atau usaha yang dijalankan dalam tradisi


revolusi kuantitatif adalah begitu keadaannya iaitu
suasana akademik pada 1950an dan 1960an yang
mengambil alih aliran environmental determinisme dan
wilayah sebelumnya.

Ini tidak pula semestinya r kuantitaif itu lebih hebat, tetapi


ia boleh disifatkan sebagai satu kelainan dengan situasi
sebelumnya serta sesuai dengan situasi semasa.

Revolusi kuantitatif boleh juga sifatkan sebagai usaha


geografi untuk memberi satu definisi baru bidang geografi
selaras denagn kebangkitan semula minat dalam sains

32
ekoran dengan pelancaran satelit angkasa yang pertama
pada 1957 oleh Russia.

Oleh ahli r kuantitatif menyifatkan bahawa matlamat


geografi ialah untuk menguji hukum-hukum umum tentang
fenomena dalam ruang.

Sehubungan mereka menerima pakai falsafah positivism


dari sains semulajadi dan berpandukan matematik
khasnya statistik sebagai kaedah untuk membuktikan
sesuatu hipotesis.

Kita pernah pelajari (dalam jmg 101) tentang teori guna


tanah oleh von thunen, teori lokasi industri oleh weber
dan teori petempatan pusat christaller.

Ini merupakan teori-teori ruang yang muncul selaras dgn


aliran sains ruangan dalam semangat kuantitatif.

33
Teori-teori ini cuba menjelaskan tentang pola-pola
penggunaan tanah dan lokasi industri oleh manusia yang
menghuni ruang bumu ini. ini termasuk juga teori tentang
struktur bandar – burges, harris & ullman dan hoyt

KAEDAH SAINTIFIK DALAM MENJALANKAN KAJIAN


GEOGRAFI

 mengenalpasti masalah
 pembentukan hipotesis
 pengumpulan dan klasfikasi maklumat
 pengujian hipotesis
 penerangan tentang perhubungan angkubah-angkubah
(relationship between variables)

Contoh : lokasi kilang

34
Katakan kilang besi yang lebih cenderung berkelompok di
kawasan yang ada bekalan arang batu dan bijih besi.

Analisis dan penjelasan dibuat untuk menghuraikan


mengapakah pola itu terjadi sedemikian rupa – mesti ada
hukum yang telah mempamirkan pola tersebut – maka
hukum pun wujud iaitu seolah-olah yang menyatakan
“kilang besi lebih cenderung untuk mempunyai lokasi di
kawsaan yang ada bekalan bijih besi atau arang batu”

TEORI

Teori di definisi sebagai satu sistem tentang idea atau


kenyataan yang boleh diasaskan sebagai satu penjelasan.
teori dalam geografi manusia lazimnya digunakan untuk
membentuk dasar penjelasan.

35
Terdapat dua jenis teori dalam geografi manusia iatu teori
normatif dan teori tingkahlaku (TIDAK DIBINCANGKAN
HARI INI)

Teori normatif digunakan untuk memahami pola letakan


berbagai fenomena di muka bumi

Contoh teori normatif yang popular ialah teori gunatanah


von thunen, teori petempatan pusat oleh christaller & teori
letakan industri oleh weber.

Seperti dinyatakan teori digunakan untuk dijadikan dasar


penjelasan tentang fenomena ruang.

36

Anda mungkin juga menyukai