Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Pada Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu sememangnya terlibat sebagai medan

peperangan. Perkembangan militerisme di Jepun telah menyebabkan negara tersebut

meluaskan pengaruhnya seterusnya turut mengheret Jepun terlibat dalam Perang Dunia

Kedua iaitu pada tahun 1939-1945. Jepun dilihat sebagai suatu kuasa yang kuat pada

masa itu kerana berjaya mengalahkan China pada tahun 1894-1895. Bukan itu sahaja,

Jepun turut mengalahkan Rusia pada tahun 1904-1905 serta diikuti dengan pendudukan

ke atas Manchuria pada tahun 1931.1 Dorongan utama Jepun melaksanakan dasar

perluasan wilayah ialah untuk perkembangan perusahaan dan perdagangannya.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Jepun ialah sebuah negara yang begitu cekap dan

hebat strateginya. Oleh itu, tidak hairanlah Jepun telah membuat rancangan dan persiapan

yang teliti untuk menghadapi Perang Dunia Kedua dan juga untuk meluaskan

pengaruhnya ke negara-negara yang terdapat di Asia Tenggara terutamanya Tanah

Melayu yang kaya dengan sumber ekonomi yang begitu menarik minat Jepun untuk

menguasainya. Hal ini dapat dibuktikan dengan kata-kata seorang penulis berbangsa

Jepun iaitu Soho Tokutomi pada tahun 1894 yang telah mencadangkan supaya Jepun

berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita tersebut.2 Lihatlah, penulis

saja sudah menunjukkan semangat yang padu apatah lagi ketenteraan Jepun yang

sememangnya amat berdisiplin dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk meluaskan

pengaruhnya.

1
Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah)
(Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,1992), ms. 1.
2
Ibid, ms. 1.

1
Pada masa itu, Jepun amat tertarik dengan sumber ekonomi di Tanah Melayu. Oleh hal

yang demikian, Tanah Melayu termasuk dalam rancangan jangka panjang Jepun pada

Perang Dunia Pertama. Sebagai buktinya,

“Malaya was one of the world’s principal producers of tin and rubber; it also had a

substantial palm oil industry, and produced gold, coal, iron ore, manganese, bauxite,

monazite, fluorspar and wolframite,”3

Menjelang tahun 1936, barulah obhektif itu menjadi satu gerakan dalam polisi rasmi

kerajaan Jepun yang dinamakan Polisi Laut Selatan yang mengetengahkan satu konsep

iaitu “Daerah Kemakmuran Asia Timur Raya” yang begitu giat dipropagandakan oleh

Jepun pada tahun 1940-1944.4 Melalui perancangan ini jugalah Jepun menggesa

rakyatnya berhijrah ke Tanah Melayu dan jumlahnya semakin bertambah dari tahun ke

tahun. Mereka telah memainkan peranan yang penting buat Jepun. Selain menjalankan

perniagaan, mereka menjadi tukang gunting rambut, tukang gambar, pekedai runcit,

terlibat dalam bidang kedoktoran dan juga keguruan.5 Bahkan, ada yang menyamar

sebagai orang Cina semata-mata untuk memudahkan urusan mereka. Maka, tidak hairan

Jepun memperoleh begitu banyak maklumat di Tanah Melayu. Hal ini dapat dibuktikan

oleh Abu Talib Ahmad yang mengatakan bahawa;

“… bahwa sebahagian daripada kejayaan pendudukan Jepun adalah hasil orang Jepun

yang bergiat di rantau ini sebelum tibanya peperangan. Sebahagian daripada mereka itu

telah berusaha memudahkan penaklukan dan pendudukan tentera Jepun kemudiannya,”6

3
Mahani Musa dan Tan Liok Ee, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia (Penerbit Universiti Sains Malaysia,
2000), ms. 146.
4
Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah)
(Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,1992), ms. 2.
5
Ibid
6
Ibid, ms. 3.

2
Maka, jelaslah bahawa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara

telah menyebabkan pelbagai implikasi terutamanya dalam sektor ekonomi dan juga

sosial. Penduduk Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara yang ketika itu bukan sahaja

didiami oleh orang Melayu malah didiami oleh orang Cina dan India juga turut

menghadapi kesukaran kelangsungan hidup sehingga menyebabkan ramai penduduk yang

terkorban.

2.0 Kesan Ekonomi di Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara

pada Zaman Pendudukan Jepun

Jepun menjadikan Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada empayarnya malah turut

menjadikan Tanah Melayu sebagai kubu kuat tentera. Selain itu, Jepun juga menjadikan

Tanah Melayu sebagai tanah jajahan tetap demi kepentingan pendatang Jepun yang

mencari keuntungan. Walau bagaimanapun, hakikatnya, hubungan perdagangan antara

Jepun dan Tanah Melayu telahpun wujud sejak pemerintahan Ashigaka iaitu pada tahun

1339-1573.7 Mereka bukan sahaja datang untuk berdagang tetapi juga ingin memastikan

bahawa Jepun sajalah yang menguasai sepenuhnya perdagangan di Tanah Melayu.

Antara kesan ekonomi yang berlaku pada zaman pendudukan Jepun pada tahun 1941-

1945 ialah Jepun telah mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu, Pihak Jepun telah

mengeksploitasi hasil pengeluaran petani sejak tahun 1942-1945. Mereka telah

menggunakan cara paksaan dan merampas dengan sewenang-wenangnya. Jika ditinjau

keadaan ekonomi temapatan ternyata menjadi semakin buruk akibat peperangan yang

berlanjutan. Rancangan yang diatur oleh Jepun untuk pemulihan ekonomi telah gagal.

Bekalan barang-barang berkurangan dan harganya juga turut meningkat.

7
Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah)
(Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,1992), ms. 77.

3
Banyak negeri yang menjadi tumpuan Jepun pada ketika itu termasuklah Kedah, Pulau

Pinang dan Perak. Sebelum Perang Dunia Kedua, Perak ialah pengeluar terbesar bagi

pengeluaran tin dan getah. Hal ini telah menarik puluhan ribu buruh imigran dari China

dan India sebagai penambang timah dan pekerja ladang getah.8

Dari segi kawalan sistem cukai pada dasarnya tidak ada perubahan dibuat kecuali

penghapusan duti kastam. Bagi menampung perbelanjaan kerajaan dan tentera, beberapa

cara telah dibuat untuk menambah pendapatan. Pentadbiran Jepun telah mengambil

beberapa monopoli perniagaan, mengenakan bayaran lesen perniagaan, sewa tanah dan

sebagainya. Sistem permit ini dikeluarkan oleh pentadbiran tentera yang kebiasaannya

terdiri dari orang Jepun dan mereka menggunakan kedudukan itu untuk kepentingan

tentera.9 Maka, banyak ketidakadilan berlaku yang mana berlakunya amalan pilih kasih

dalam pengeluaran lesen. Buktinya, orang Jepun atau yang boleh berbahasa Jepun

mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan permit. Bahkan, keutamaan

diberikan kepada syarikat Jepun(Kaisha).10

Pada bulan September 1943, satu peraturan kawalan barangan perusahaan telah

dikeluarkan. kuatkuasa menjalankan peraturan ini dikendalikan oleh Pentadbiran Tentera

yang diberi kuasa untuk mengawal pengeluaran bahan mentah. Mereka diberi kuasa

penuh dengan cara apa sekalipun untuk mengawal barangan industri, menetapkan harga,

merangka peraturan pengguna, mengambil atau memusnahkan tanaman, tanah, bangunan

atau harta lain yang ada hubungan dengan peperangan.11

8
Paul H. Kratoska, Malaya and Singapore Duing The Japanese Occupation (The National University of
Singapore, 1995), ms. 83.
9
Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah)
(Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,1992), ms. 82.
10
Ibid.
11
Ibid, ms. 85

4
Syarikat Jepun mempunyai kelebihan untuk mendapatkan permit daripada Pentadbiran

Tentera bagi membeli bahan mentah dan menjalankan perniagaan import dan eksport. Hal

ini membolehkan syarikat Jepun dengan mudah mengawal kewangan, perusahaan dan
12
perniagaan. Dengan itu jelaslah bahawa sejak peringkat awal lagi, pihak Jepun

merancang untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu dengan mengeksploitasi kemudahan

sedia ada wujud.

Sektor perusahaan utama seperti perlombongan bijih timah, pembalakan dan getah

dikawal oleh Jepun. Pada pertengahan Oktober 1942, mereka meletakkan lombong bijih

timah dan ladang getah sebagai harta musuh yang diurus oleh syarikat-syarikat yang

dilantik. Pembalakan juga mendapat perhatian istimewa Jepun dimana mereka berusaha

menguasai hutan dara di Tanah Melayu, Sumatera dan Borneo dengan membentuk Majlis

Industri Hutan yang dianggotai oleh syarikat-syarikat Jepun seperti Mitshubishi Shoji,

Nomura Sangyo, Nippon Tannei Shoju dan Nomura Shokusan.13

Selain itu, kesan ekonomi yang jelas dilihat pada zaman pendudukan Jepun di Tanah

Melayu ialah berlakunya penindasan ke atas golongan petani. Sebagaimana yang kita

tahu, golongan petani ini hidup dalam kesusahan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang

makan petang. Namun, keadaan mereka bertambah teruk apabila Jepun memberi

penekanan utama untuk menambahkan hasil pengeluaran bahan makanan bagi

memastikan bekalan makanan adalah mencukupi. Jepun telah merancang untuk menanam

padi dua kali setahun serta memperkenalkan tekni baru dan bantuan pakar teknik.

Walaupun rancangan ini gagal, proses pelaksanaan rancangan ini telah membebankan

12
Ibid
13
Ibid, ms. 88.

5
golongan petani yang cukup-cukup makan sahaja, Bahkan, golongan petani ini juga turut

terbeban dengan hutang

Kedah yang terkenal dengan sebagai pengeluar padi telah dijadikan pembekal beras oleh

Jepun bagi kegunaan tenteranya. Jepun juga tekah menambah kawasan tanaman padi

dengan membenarkan ladang getah ditebang untuk menjadikan kawasan tanaman padi

yang baru.14 Jepun telah mengenakan kawalan ketat ke atas hasil pengeluaran. Antara

langkah yang diambil ialah Jepun membuat bancian yang kerap ke atas petani.

Bukan itu sahaja, pasaran binatang ternakan juga dikawal oleh Jepun. Syarikat Toyo Taku

Shoku Kabushiki (To Taku) mengawal pasaran di bahagian utara Kedah manakala

Syarikat Taiwan TAKU Shoku pula mengawal di Kedah tengah dan selatan. Kedua-dua

syarikat ini tidak mengambil permit dan menjalankan kegiatan tanpa kawalan.15

Syarikat Jepun menggunakan penghulu untuk memaksa petani menjual binatang ternakan

terutamanya kerbau dan lembu dengan harag yang murah atau rendah. Akibatnya,

berlakunya kekurangan binatang ternakan. Maka, golongan petani mengalami kesulitan

untuk membajak sawah.16 Akibatnya, banyak tanah tidak dapat diusahakan dan hasil padi

merosot. Ramai penduduk kampung memakan ubi kayu, ubi keledek dan pisang rebus

sebagai menggantikan nasi akibat kekurangan makanan yang berpunca daripada

penindasan dan bencana alam.17 Kebuluran pula sudah menjadi kebiasaan dan ramai

penduduk yang menghidapi penyakit serta menghadapi masalah kekurangan pakaian.

14
Ibid, ms. 87.
15
Ibid, ms. 91.
16
Ibid, ms. 92.
17
Ibid, ms. 100.

6
Akibat kemiskinan petani, orang tengah dan ceti telah mengambil kesempatan

mengumpulkan kekayaan dengan cara menindas golongan ini. Banyak tanah petani

Melayu terlepas ke tangan orang Cina dan India akibat berhutang.

Di samping itu, masalah pekerjaan juga merupakan kesan ekonomi yang berlaku di Tanah

Melayu semasa pendudukan Jepun. Menjelang tahun 1943, pentadbiran Jepun mengambil

semula kebanyakan pegawai yang diberhentikan kerja.18

Namun, ini tidak bererti kehidupan mereka pulih kerana gaji pegawai kerajaan dipotong

dengan banyak. Malah pegawai tinggi juga menghadapi masalah hendak menyesuaikan

diri kerana gaji mereka dipotong sehingga 50%. Hal ini menyulitkan mereka kerana

menghadapi masalah inflasi. Disebabkan keadaan ekonomi terus penat, sesetengah

pentadbir Melayu terpaksa melakukan kerja lain bagi mendapatkan tambahan makanan

kerana bekalan makan yang tidak mencukupi.19

Jepun bahkan turut menindas golongan Cina iaitu mengenakan tindakan penindasan

ekonomi terhadap orang Cina dengan mengenakan cukai yang tinggi, memutuskan

hubungan mereka dengan negara China dan menyekat perlantikan mereka ke dalam

jawatan pentadbiran serta menafikan persamaan hak bagi orang Cina. Pentadbiran Jepun

turut mengawal orang Cina dengan menggunakan Persatuan Cina Seberang Laut bagi

menyelaraskan kegiatan orang Cina dalam rancangan menentang Jepun. Badan ini

digunakan untuk menetapkan orang Cina di kawasan pertanian dan mengutip derma bagi

menampung biaya peperangan.

18
Ibid, ms. 104.
19
Ibid.

7
Manakala, menurut pemikiran tentera Jepun, Pulau Borneo penting dari segi ekonomi dan

kedudukannya yang strategic. Lombong minyak amat penting di Miri, Sarawak, Seria

(Brunei), Tarakan dan Balikpapan (Borneo Belanda) adalah sasaran utama pihak Jepun.20

Jepun dapat menakluki Sarawak dan menjadi sebahagian daripada Empayar DiRaja Jepun

dalam tempoh kurang daripada sepuluh hari bermula dengan serangan di perairan

Tanjong Baram ada 15 Disember 1941 hingga kepada penyerahan Kuching menjelang

Krismas. Sarawak dan Borneo Utara ditadbir sebagai satu unit tentera oleh Tentera Darat

DiRaja Ke-37 Jepun yang beribu kota di Kuching.21

Disebabkan pada masa itu orang Cina bersikap anti Jepun, maka Jepun pula menanam

dendam terhadap orang Cina. Oleh itulah, Jepun menyingkirkan orang Cina dalam

organisasi anjuran Jepun seperti Kyodo-hei yang mengambil peserta yang kebanyakannya

orang Melayu dan Iban. Malahan, perdagangan juga turut terhenti sepenuhnya dari

pertengahan 1944 apabila kebanyakan orang Cina mengalami kesengsaraan hidup pada

zaman pendudukan Jepun. Ini disebabkan oleh rampasan kedai dan tuntutan yang hebat

yang dilakukan oleh Jepun bagi sumbangan Sook Ching yang telah memiskinkan banyak

syarikat perniagaan orang Cina. Ada juga orang pertengahan Cina yang terpaksa

bergantung penuh kepada simpanan mereka tanpa sumber kewangan lain. Ternyata, orang

Cina mendapat tamparan yang hebat dari pihak Jepun.

20
Mahani Musa dan Tan Liok Ee, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia (Penerbit Universiti Sains Malaysia,
2000), ms. 190.
21
Ibid, ms. 191.

8
3.0 Kesan Sosial di Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara pada Zaman

Pendudukan Jepun

Sebagaimana ekonomi di Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara terjejas dengan teruk

gara-gara penguasaan Jepun, ia juga turut memberikan kesan yang dahsyat pada aspek

sosial. Melalui aspek sosial ini, ternyata dapat dibuktikan bahawa ramai penduduk yang

terkorban dengan cara yang sangat ngeri.

Antara kesan sosial yang jelas berlaku pada zaman pendudukan Jepun ialah berlakunya

pengangguran. Pihak Jepun sebenarnya menyedari orang Melayu tidak mahu bekerja

untuknya kerana keuntungan ekonomi semestinya akan dibolot oleh Jepun. Oleh sebab

itulah ramai yang menganggur. Jadi, Jepun mewujudkan perkhidmatan buruh bagi seluruh

Tanah Melayu. Ini ialah peluang keemasan buat Jepun kerana pada masa itu ramai rakyat

yang menganggur. Mahu ataupun tidak, rakyat pada ketika itu sememangnya harus akur

dengan arahan Jepun.

Pada 20 November 1943, pemerintahan Jepun telah mengeluarkan arahan untuk

mendapatkan buruh sukarela. Daripada 250 orang penduduk yang berumur antara 15-45

tahun di setiap daerah, 20 orang daripadanya akan diambil sebagai buruh. Mereka akan

diletakkan di bawah unit-unit yang akan dikendalikan oleh seorang ketua.22 Apa yang

paling menyedihkan ialah mereka tidak dibayar upah dan sesiapa yang enggan bekerja

akan diseksa oleh kempetei. Malah, ada ketua tempatan yang bertindak lebih kejam

daripada Jepun.

22
Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah)
(Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,1992), ms. 85..

9
Satu tragedi buruk yang dilakukan oleh Jepun ialah romusha. Ramai buruh paksa dipilih

oleh Jepun untuk pembinaan jalan keretapi maut melalui Kancanaburi, Genting Tiga

Pagoda ke Maunasih. Menurut laporan pengintipan British, jumlah romusha dari Tanah

Melayu dianggarkan seramai 73 502 orang dan 12 074 daripadanya diambil dari Kedah.23

Jepun bertindak mungkir janji terhadap penduduk. Kononnya, Jepun berjanji akan

membenarkan waris mereka mendapat perkhabaran daripada buruh-buruh tersebut dan

turut memberikan kebenaran untuk mereka menghantar surat sebulan sekali kepada ahli

keluarga juga dibenarkan untuk berjumpa ahli keluarga dalam masa lima puluh lima hari

namun semuanya hanyalah lakonan semata-mata. Kesannya, ramai ahli keluarga yang

tidak mendapat sebarang perkhabaran daripada buruh-buruh yang dihantar untuk

pembinaan jalan keretapi maut.

Tenaga buruh tempatan juga dikehendaki oleh Jepun untuk menjalankan kerja di Kedah.

Oleh itu, penghulu dan ketua kampung dikehendaki menyediakan sejumlah pekerja yang

diperlukan dan sekiranya mereka gagal memenuhi permintaan itu, mereka akan diseksa

oleh Polis Tentera Jepun. Pemerasan tenaga manusia yang kejam ini sudah semestinya

menimbulkan kebencian yang mendalam di kalangan rakyat.24

Kesan yang seterusnya ialah Jepun melaksanakan usaha bagi menambah bahan makanan.

Adalah diharapkan langkah ini dapat menurunkan harga barang makanan serta

mengurangkan inflasi. Antara langkah yang dibuat untuk menjayakan rancangan ini ialah

dengan mengadakan pameran pertanian, menggalakkan rakyat menanam untuk makanan

sendiri seperti sayur-sayuran, jagung dan ubi kayu. Pihak berkuasa tentera pula bertindak

23
Ibid, ms. 86.
24
Ibid.

10
kejam dengan memaksa rakyat mengurangkan jumlah makanan melalui program catuan.

Bahkan, masalah kekurangan pakaian juga sangat serius dialami di kalangan petani dan

pegawai kerajaan. Akibatnya, ramai yang berkongsi pakaian. Misalnya, ada suami dan

isteri terpaksa berkongsi pakaian. Jika isteri keluar, suami terpaksa tinggal dirumah.25

Selain itu, di Kedah, berlakunya rompakan yang serius. Rompakan ialah satu masalah

yang dahsyat semasa zaman pendudukan Jepun. Kebanyakan pekedai Cina melarikan diri

kerana takutkan tindakan askar Jepun. Pada masa itu, ramai yang mengambil kesempatan

memecahkan kedai dan mengambil barang-barang.26

Bagi mententeramkan masalah ini, Mejar Jeneral Manakai Keishin (Penolong Pemerintah

Angkatan Tentera ke-25) telah meminta kerjasama Fujiwara untuk mengawal keadaan.

Mereka seterusnya menggunakan askar India dan masalah ini berjaya diselesaikan namun

masalah sosial ini berterusan di tempat lain yang kekurangan kawalan. Akibat daripada

masalah sosial ini, ramai penduduk yang tidak tidur malam kerana terpaksa tidur di dalam

semak sehingga menyebabkan mereka tidak dapat bekerja di siang hari.

Dilaporkan sekumpulan perompak yang bersenjata mengandungi seramai 50 orang

bergiat cergas.Walaupun rondaan pada waktu malam dibuat, ia tetap juga tidak dapat

menghentikan kegiatan merompak kerana pasukan kawalan di kampung tidak dibekalkan

senjata malahan tenaga polis juga tidak mencukupi.27

25
Ibid, ms. 85.
26
Ibid, ms. 101.
27
Ibid.

11
Dalam buku Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945, Mohammad Isa Othman

ada menyatakan bahawa;

“Dokumen tentang kekejaman tentera Jepun di kalangan rakyat tempatan banyak

didapati. Penyeksaan oleh askar Jepun seperti menggertak, memaksa memanjat pokok

kelapa, minum air bertimba-timba, memukul dan kemudiannya menekan perut dengan

papan adalah lumrah”28

Jaminan layanan baik ke atas penduduk tempatan ternyata lebih bersifat propaganda

semata-mata. Dalam kalangan penduduk tempatan, orang Cina menghadapi tekanan yang

lebih buruk lagi. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyeksaan melalui Operasi Sook-

Ching. Kebencian tentera Jepun terhadap orang Cina terserlah apabila Jeneral Yamashita

melakukan penyiasatan dan Operasi Sook Ching yang bertujuan untuk menghapuskan

orang Cina di Tanah Melayu. Operasi ini bermula di Singapura pada 17 Februari 1942

kemudian diperluas sehingga ke Tanah Melayu pada awal Mac 1942. 29 Operasi Sook

Ching ini dijalankan secara besar-besaran di Georgetown, Pulau Pinang dan dianggarkan

sejumlah 6000-40 000 orang Cina telah menjadi mangsa Operasi Sook Ching.

Antara kekejaman yang dilakukan oleh tentera Jepun dalam operasi ini ialah menembak

penduduk dengan senapang, membakar orang Cina hidup-hidup dalam sebuah rumah atap

di Perak, kaum lelaki diminta menggali parit besar kemudian kaum lelaki, wanita dan

kanak-kanak ditembak oleh tentera Jepun, kepala mangsa dipotong dan dipamerkan serta

wanita Cina dijadikan pemuas nafsu. Mereka diseksa sebelum dirogol.

28
Ibid.
29
Ibid, ms. 102.

12
Operasi Sook-Ching dihentikan menjelang Mac 1943 kerana orang Jepun memerlukan

sokongan orang Cina untuk memulihkan kegiatan ekonomi.30 Namun, sebelum itu,

pemrintah Jepun memaksa orang Cina menunjukkan kesetiaan mereka dengan cara

menderma $50 sebagai bayaran hutang darah dan hukuman kerana kegiatan anti-Jepun.

Bukan itu sahaja, Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara dilihat seolah-olah menjadi

rakyat kepada Maharaja Jepun. Hal ini demikian kerana Jepun menanam semangat dan

rasa cinta kepada Jepun. Tugas menanamkan semangat Jepun disalurkan melalui

pelajaran di sekolah dan juga kegiatan kebudayaan. Matlamatnya ialah untuk membentuk

kebudayaan baharu yang menghormati kemaharajaan Jepun. Dalam menyuntik semangat

Jepun, pelbagai slogan yang digunakan seperti Persaudaraan Sejagat dan Asia untuk Asia.

Bagi merealisasikan usaha untuk penduduk Tanah Melayu menghormati dan mempunyai

semangat Jepun, pelbagai usaha yang dilaksanakan.

Antara usaha yang dilakukan ialah menetapkan supaya kerajaan dan kakitangannya

menggunakan dan mengikut waktu Tokyo, upacara berunsur Jepun diperkenal iaitu

menaikkan bendera Jepun setiap pagi dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun,

menjadikan bahasa Jepun sebagai mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah,

Penggunaan kalendar Jepun serta penggunaan bahasa Jepun dalam surat-menyurat

rasmi.31 Oleh hal yang demikian, penduduk Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara

dilihat kehilangan identiti bangsa dan negara ekoran daripada pelaksanaan menanam

semangat Jepun.

30
Ibid.
31
Ibid, ms. 108.

13
Manakala, di Jesselton (Borneo Utara) pula, satu pemberontakan anti-Jepun iaitu ‘Double

Tenth’ yang diketuai oleh orang Cina tercetus pada 10 Oktober 1943. Sekumpulan tentera

Cina-Bajau melancarkan serangan ke atas kubu Jepun dan berjaya membunuh semua

orang Jepun. Namun begitu, serangan pihak Jepun ternyata lebih kejam dan sangat

pantas. Perkampungan di kawasan persisiran diserang dan dibom. Seluruh kampung

dibakar dan berates-ratus orang disoal siasat serta diseksa sehingga mati. Kesannya, pada

19 Disember, Albert Kwok Fen Nem, ketua pemberontak telah menyerah diri. Kwok dan

175 orang lain dihukum bunuh pada 21 Januari 1944 di Petagas manakala 131 orang lagi

dipenjarakan di Labuan yang mana semua kecuali sembilan mati sebelum pembebasan.32

Tambahan pula, di Sarawak, kebanyakan orang Cina memilih strategi tidak bekerjasama

dengan mengelakkan diri daripada berhubung dengan pihak tentera Jepun kerana mereka

sememangnya gerunkan tindakan Jepun yang telah membunuh ramai orang Cina. Ada

diantara mereka yang berpindah ke daerah tepi pantai, pedalaman atau ke kawasan yang

jarang diterokai dalam usaha untuk menjauhkan diri daripada bersua muka dengan Jepun

dan dipaksa berkerjasama dengan rejim baru.33

Selain itu, bagi kaum wanita dan anak dara, mereka melarikan diri ke kawasan desa dan

pedalaman untuk mengelak diri daripada dirogol oleh askar Jepun. Ramai gadis Cina

yang dewasa dikahwinkan segera oleh keluarga untuk mengelak daripada dihantar ke

rumah pelacuran. Bagi orang Cina yang hidup di bandar pula, mereka terpaksa bekerja

dengan Jepun atau menghadapi hukuman dan dipenjarakan. 34

32
Mahani Musa dan Tan Liok Ee, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia (Penerbit Universiti Sains Malaysia,
2000), ms. 193.
33
Ibid, ms. 194.

34
Ibid.

14
4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, zaman pendudukan Jepun pada tahun 1941-1945 sememangnya telah

meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada masyarakat Tanah Melayu, Sarawak

dan Borneo Utara dari sego ekonomi dan sosial. Jadi, tidak hairanlah zaman pendudukan

Jepun merupakan suatu tempoh masa yang amat membebankan penduduk diketiga-tiga

kawasan tersebut. Eksploitasi dan monopoli ekonomi yang dilaksanakan oleh Jepun

sememangnya menyusahkan kehidupan rakyat yang dari awal lagi merupakan golongan

yang susah dan tidak mampu pun untuk mendapatkan bekalan makanan buat seluruh ahli

keluarga. Bahkan, generasi kini sedia maklum bahawa pada zaman pendudukan Jepun

ialah zaman makan ubi kayu dan mereka rata-ratanya mengikat perut sehingga

berlakunya kebuluran dan kematian. Ternyata, kebaikan orang Jepun penuh dengan

kepura-puraan manakala orang Cina pula diperlakukan seperti hamba. Banyak kesan

negatif yang menghantui penduduk di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Apa yang boleh saya simpulkan, penduduk Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara

hidup dalam ketakutan, kelaparan, kemiskinan dan hidup ditindas oleh pihak Jepun yang

tamak dan rakus dalam meluaskan empayarnya. Namun, apa yang paling penting ialah,

rakyat mendapat sebuah pengajaran dalam usaha untuk memerdekakan negara daripada

dipijak oleh penjajah. Munculnya semangat nasionalisme dalam diri penduduk dan

bercita-cita untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.

15
Bibliografi

Mahani Musa dan Tan Liok Ee. (2000). Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia. Pulau

Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Mohamad Isa Othman. (1992). Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945

(Tumpuan di Negeri Kedah). Selangor Darul Ehsan: Percetakan Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Paul H. Kratoska. (1995). Malaya and Singapore Duing The Japanese Occupation.

Singapore: The National University of Singapore.

Cheah Boon Keng. (2012). Red Star Over Malaya: Resistence and Social Conflict During

and After the Japanese Occupation of Malaya 1941-194. Singapura: NUS Press.

16

Anda mungkin juga menyukai