Anda di halaman 1dari 28

1

1.0

PENGENALAN

Islam adalah agama yang yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan daripada wahyu yang diturunkan kepada baginda daripada Allah s.w.t. Islam merupakan agama yang diturunkan untuk menjadi pegangan kepada seluruh umat manusia di dunia ini. Sepertimana sejak daripada zaman Rasulullah s.a.w lagi, agama Islam kini masih giat dikembangkan ajarannya ke seluruh pelusuk dunia.

Kedatangan Islam ke rantau Asia Tenggara telah menjadi kajian dan perdebatan yang hangat dikalangan sejarawan di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Sejarawan dari seluruh dunia telah mengemukakan teori masing-masing berkaitan dengan perkara ini. Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa Islam telah giat berkembang di Asia Tenggara ini sejak daripada abad ke-7 Masihi lagi hinggalah abad ke-11 Masihi. Walaubagaimanapun, menurut Syed Naquib al-Attas, pada tahun 671 Masihi, telah wujud penempatan yang diperintah oleh sultan Arab atau putera (malik) di Sumatera di pesisiran barat pulau itu (Syed Muhammad Naquib 2011 : 3). Dalam membentangkan mengenai teori masing-masing, para sejarawan juga telah mengemukakan bukti dan dalil yang menyokong teori-teori mereka.

Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk membuat kajian terhadap teori-teori dan juga bukti yang telah dikemukakan oleh sejarawan-sejarawan dari seluruh dunia. Selain daripada itu juga ia adalah untuk memastikan bilakan tarikh sebenar Islam telah mula sampai di Asia Tenggara dan bagaimanakah caranya Islam itu boleh sampai ke rantau ini. sahih. Selain itu, ia juga adalah untuk membandingkan teori yang telah dikemukakan oleh para sarjana untuk menentukan teori yang manakah yang lebih

2.0

TEORI KEDATANGAN ISLAM

Dalam mengemukakan mengenai teori asal kedatangan Islam ke Asia Tenggara, para sarjana telah berselisih pendapat mengenai dari manakah asalnya agama itu telah sampai ke Asia Tenggara. Dalam perkara ini, terdapat 3 pendapat utama yang majoritinya telah disokong oleh sejarawan-sejarawan dari seluruh dunia iaitu daripada Semenanjung Tanah Arab, China dan India.

2.1

Teori Dari Semenanjung Tanah Arab

Teori yang menyatakan Islam disebarkan terus dari Tanah Arab ke Kepulauan Melayu mendapat sokongan ramai kerana teori ini mempunyai asas yang lebih kukuh. Teori ini disokong kebanyakan sarjana Alam Melayu seperti Syed Muhammad Naquib alAttas, Hamka, Caesar Adib Majul dan sebagainya. Teori ini kemudiannya turut disokong oleh sarjana Barat seperti Nieman dan Pijnappel. Teori ini menyatakan Islam dibawa ke Alam Melayu sejak abad pertama hijrah berdasarkan wujudnya aktiviti perdagangan dengan pedagang Arab sejak zaman praIslam lagi. Ini menunjukkan pada ketika itu orang Arab telah mengetahui kedudukan dan kepentingan Alam Melayu dan kemungkinan besar hubungan tersebut berlanjutan selepas kedatangan Islam. (Taufik Abdullah 1989 : 7). Abdul Rahman Haji Abdullah mengukuhkan teori Islam berasal dari Tanah Arab dengan membahagikan peringkat-peringkat kedatangan Islam di Kepualauan Alam Melayu kepada tiga peringkat. Peringkat-peringkat tersebut bermula dengan tahap persinggahan, pertapakan dan penyebaran secara meluas.

2.1.1

Tahap Persinggahan

Kedatangan Islam ke rantau Alam Melayu pada tahap ini ialah kerana faktor perdagangan. Menurut Prof. Hamka, orang Arab telah belayar ke Alam Melayu sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W untuk membeli rempah dan kapur barus yang tidak terdapat di tempat lain, kecuali di Sumatera. Selain dari keperluan barangan tersebut yang menghasilkan hubungan secara langsung dengan Tanah Arab, wujud juga hubungan secara tidak langsung apabila pedagang Arab dan Parsi menjalankan kegiatan perdagangan dengan Cina. Pada umumnya, orang Arab menggunakan jalan laut melintasi pantai India dan Kepulauan Melayu. Selain itu, dikatakan pada masa ini juga, Semasa dalam pelayaran, pedagang arab telahpun menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hinggalah ke China. sebahagian daripada mereka telah singgah di pusat-pusat perdagangan di laluan laut, termasuklah di Kepulauan Melayu. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan catatan I-Tshing, seorang pengembara Cina yang menyebut pada tahun 671 M, beliau belayar dari Canton ke Sumatera dengan sebuah kapal kepunyaan saudagar Arab. Bukti ini juga menunjukkan kemungkinan merekalah antara orang yang awal mengislamkan penduduk Alam Melayu (Fairuzah, 2009: 97). Mengenai tarikh bermulanya hubungan Arab dengan Negara Cina, terdapat catatan Cina yang menunjukkan pada abad ke-4 M sudah terdapat penempatan orang Arab dan Parsi di Negara Cina. Ini menunjukkan bahawa hubungan Arab-Cina telah berlaku sebelum kelahiran Islam lagi. Kepentingan Alam Melayu sebagai kawasan perdagangan bagi orang Arab terus kekal selepas kemunculan Islam pada abad ke- 7 M. Apabila orang Arab telah menerima Islam maka bermulalah pertapakan Islam di kawasan Alam Melayu. Hujah ini dikuatkan lagi dengan peristiwa Am al-Wufud atau Tahun Perutusan yang berlaku pada tahun 630 M. Dalam peristiwa ini, bangsa Arab dari segenap pelusuk telah menyatakan pengislaman mereka terhadap

Rasulullah S.A.W yang akhirnya seluruhnya Semenanjung Tanah Arab telah menganut Islam termasuklah Yaman. Pengislaman Yaman sekitar tahun 630631 M di atas usaha Sayyidina Ali bin Abi Talib memberi impak besar terhadap proses Islamisasi di Alam Melayu. Ini kerana sebahagian besar para pedagang yang berdagang ke rantau ini terdiri dari kalangan masyarakat Islam Yaman, selain dari Hadramaut dan Oman. Mereka telah menyebarkan Islam semasa singgah di pelabuhan-pelabuhan rantau Alam Melayu (Ahmad Zaki et al 2009 : 70). Selain itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Islam tersebar ke Kepulauan Melayu pada tahun 30 H / 561 M, iaitu pada zaman Sayyidina Uthman bin Affan. Ketika ini utusan rasmi telah dihantar ke Cina. Oleh sebab tempoh perjalanan mengambil masa sekitar 4 tahun, mereka turut diutus ke Pulau Jawa dan pulau-pulau sekitarnya. Berdasarkan bukti-bukti di atas bolehlah dikatakan bahawa orang Arab Islam telah singgah di rantau ini sejak zaman Rasulullah S.A.W dan Khulafa al-Rasyidin lagi iaitu pada abad 7 M. (Fairuzah, 2009: 98)

2.1.2

Tahap Pertapakan

Tahap ini berlaku di zaman pemerintahan Bani Umayyah dan Abbasiyyah pada tahun 674 M, iaitu pada zaman Muawiyah ibni Abi Sufyan dikatakan sudah terdapat penempatan orang Arab-Islam yang dikenali Ta-shih di pantai barat Sumatera dan di Pulau Jawa. Menurut catatan sejarah, Muawiyah pernah menghantar utusan ke Pulau Jawa untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan kerajaan disana. Selain itu, beliau turut mengutus surat kepada Raja Srivijaya di Jambi bernama Lokitavarman untuk menyarankan supaya beliau menganut agama Islam serta menjalin hubungan dagang dengan Damsyik. Hubungan tersebut diteruskan oleh Sulaiman bin Abd Malik (715-717 M). Baginda telah menghantar angkatan yang mengandungi 35 buah kapal ke Muara Sabak di Jambi untuk menjalankan perdagangan lada. (Fairuzah, 2009 : 99)

Bagaimanapun usaha dakwah dikatakan hanya berjaya semasa pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz (717-720 M). Beliau telah Berjaya mengislamkan Raja Srindravarman (pengganti Lokitavarman) menganut Islam pada tahun 718 M dan kerajaannya dikenal dengan nama Sribuza Islam. Dikatakan juga pada tahun 726 M, Raja Jay Sima yang merupakan putera Ratu Sima, seorang pemimpin di Pualu Jawa telah memeluk Islam. Dalam usaha untuk menyebarkan Islam di rantau ini, terdapat juga kegiatan dakwah yang dilakukan oleh perseorangan terutamanya apabila berlakunya pergolakan politik di zaman Bani Umayyah dan Abbasiyyah. Akibat daripada pergolakan politik ini, sebahagian daripada golongan Syiah telah melarikan diri ke Alam Melayu dan telah menetap di sana. Maka daripada ini, mereka juga telah menjalankan kegiatan dakwah di Alam Melayu. Semasa zaman pemerintahan Abd al-Malik bin Marwan, telah dikatakan bahawa telah wujudnya golongan Syiah di Kepulauan Sila iaitu Pulau Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Selai itu, semasa zaman pemerintahan khalifah al-Makmun pula, satu rombongan dakwah seramai 100 orang di bawah pimpinan Nahkoda Khalifah telah tiba di Perlak pada 800 M yang ketika itu diperintah oleh Meurah Sharh Nuwi daripada keturunan Parsi. Salah seorang pendakwah bernama Ali bin Muhammad bin Jafar al-Sadiq telah berkahwin dengan adik Meurah Sharh Nuwi bernama Puteri Makhdum Tanshuri. Hasil perkahwinan ini lahirlah Sayyid Abd al-Aziz yang menjadi raja pertama Kerajaan Perlak pada tahun 840 M dengan gelaran Sultan Sayyid Maulana Abd al-Aziz Syah. (Fairuzah, 2009 : 99)

2.1.3 Tahap penyebaran Islam secara meluas

Penyebaran Islam di Alam Melayu berlaku secara meluas selepas abad 13 M, khususnya setelah banyak wilayah di Alam Melayu menerima Islam hasil dari proses dakwah dan asimilasi antara para pedagang yang turut bertindak sebagai daie dengan masyarakat tempatan di Sumatera (Taufik Abdullah 1989 : 6).

Pada tahap ini, dunia Islam amnya dan Asia Barat khususnya mula menghadapi cabaran luaran dan dalaman. Cabaran luaran bermula sejak abad 11 hingga 13 M. Pada masa ini, umat Islam diancam oleh Gerakan Salibiyyah dari Barat yang membangkitkan semangat untuk membebaskan semula Baitul Maqdis. Demikian juga keruntuhan Baghdad ke tangan Mongol dari Monggolia pada tahun 1258 M. Cabaran dalaman pula terlihat pada kebangkitan kaum Syiah, terutamanya puak ghulah. Cabaran ini merupakan cabaran yang paling besar bagi umat Islam kerana lahir banyak perselisihan faham di kalangan sesama umat Islam. Tragedi yang paling dasyat ialah tindakan mereka mengundang Hulagu Khan untuk menyerang Baghdad. Walau bagaimanapun, dalam kehancuran tersebut terdirilah kerajaan Ayyubiyah di Mesir pada tahun 1171 M. setelah menewaskan kerajaan Fatimiyyah. Setelah itu, muncul pula kerajaan Mamluk, kerajaan Turki Uthmaniyyah di Asia Kecil dan kerajaan Delhi serta Monghul di India. Pergolakan politik dalam dunia Islam ini turut memberi impak ke atas proses Islamisasi di Alam Melayu dalam bentuk ibadah dan tarekat. Terdapat beberapa pendakwah yang memainkan peranan pada tahap ini. Antaranya Syeikh Ismail al-Siddiq yang telah diutuskan oleh Syarif Mekah dari Tanah Arab ke Alam Melayu dengan disertai oleh Faqir Muhammad dari Malabar. Dalam misi dakwah ini, mereka telah Berjaya mengislamkan wilayah Barus dan Fansur, Lamri, Haru dan Samudera di Pulau Sumatera. Menurut sesetengah pengkaji sejarah, Syeikh Ismail berperanan menukar pegangan masyarakat Alam Melayu dari Islam aliran Syiah kepada mazhab Syafie yang menjadi mazhab rasmi kerajaan Mekah di bawah pemerintahan Mamluk ketika itu. Semasa Melaka diperintah oleh Raja Kecil Besar (1424-1444 M) yang merupakan pemerintah Melaka yang ketiga, baginda telah berjaya diislamkan oleh seorang makhdum dari Jeddah bernama Sayyid Abd al-Aziz dan menggunakan nama dengan nama Sultan Muhammad Syah. Baginda kemudiannya melantik Sayyid Abd al-Aziz sebagai kadi pertama di Melaka. Jawatan ini diperturunkan kepada keturunan Sayyid Abdul Aziz yang

berikutnya, seperti Kadi Yusuf pada zaman Sultan Mansur Syah (1456-1477 M) (Fairuzah, 2009 : 100). Islamisasi di Kepulauan Melayu ini juga tidak dapat menafikan peranan golongan Sayyid dari Hadramaut yang berpegang kepada mazhab Syafie. Golongan ini dikatakan mula tiba ke Alam Melayu sekitar abad 16 M hingga abad 20 M dan mempunyai pengaruh yang kuat. Walaupun kelihatan seolaholah kegiatan dakwah hanya digerakkan oleh pendakwah dari luar Alam Melayu, namun hal ini berlaku pada zaman awal pertapakan Islam di Kepulauan Alam Melayu. Bermula pada abad 16 dan 17 M peranan tersebut telah diambil oleh pendakwah dan tokoh-tokoh tempatan. Selain itu juga, pada masa ini telah berlaku hubungan erat antara para ulama Alam Melayu dengan Tanah Arab, bahkan hasil dari kemajuan perkapalan dan pelayaran, semakin ramai penganut Islam dari Alam Melayu pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebahagiannya pula telah bermastautin di sana untuk mendalami ilmu agama. Ini menunjukkan pada tahap ini Islam telah tersebar secara meluas di Alam Melayu sehingga penduduk tempatan mampu berperanan sebagai pengembang dakwah Islam. Selain itu, terdapat juga interaksi secara langsung di antara orang Arab dan Parsi dengan penduduk Alam Melayu. Interaksi ini berlaku sejak zaman praIslam dan bertambah kukuh selepas pengislaman masyarakat Melayu. (Fairuzah, 2009 : 101) Selain dari hujah-hujah di atas, terdapat juga catatan sejarah tempatan yang boleh dijadikan sandaran dalam memperkuatkan teori Islam di Alam Melayu berasal dari Tanah Arab dan Parsi. Antaranya, buku Sejarah Melayu menyebut bahawa raja Melaka bernama Parameswara telah diislamkan oleh Sheikh Abd al-Aziz yang merupakan seorang ulama dari Jeddah. Baginda telah menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah atau Sultan Muhammad Shah. Bukti lain ialah persamaan mazhab Syafie di kalangan penduduk Alam Melayu dengan penduduk Yaman, tulisan jawi yang berasaskan tulisan Arab/ Parsi digunakan dengan meluas, mana-mana gelaran pendakwah seperti Sheikh dan Sharif serta gelaran yang digunakan oleh raja-raja Melayu seperti Malik

dan Sultan adalah jelas berunsurkan Arab. Demikian juga nama-nama umum masyarakat Islam di Alam Melayu seperti Saleh, Zahir, Tahir dan sebagainya mempunyai persamaan nama di Yaman dan Mesir. Selain itu, hasil-hasil kesusasteraan yang tersebar di Alam Melayu seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Nabi Bercukur dan sebagainya jelas menampakkan pengaruh kesusasteraan Arab (Ahmad Zaki et al 2009 : 78). Tidak ketinggalan juga dari sudut bahasa. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan Arab. Semua bukti ini menjadi hujah kuat untuk menegaskan bahawa Islam di rantau ini dibawa oleh para pendakwah dari Arab/Parsi bukanlah daripada China atau India dan selainnya. Walau bagaimanapun dakwaan ini tidaklah bermakna menafikan langsung peranan pendakwah dari bangsa lain seperti dari India dan China dalam proses Islamisasi di rantau Alam Melayu ini. Apatah lagi kita maklum bahawa pendakwah Islam dari India dan China juga terdiri dari pedagangpedagang Arab. Namun peranan mereka ini didahului oleh para pendakwah dari Arab dan Parsi. Justeru itu dapatlah disimpulkan bahawa penyebaran Islam di rantau ini dilakukan oleh semua pendakwah Islam yang sampai ke Kepualauan Melayu tanpa mengira bangsa, warna kulit, asal usul dan bidang kemahiran, sama ada mereka golongan pedagang, pendakwah atau ahli sufi. Semuanya berganding bahu dan sama-sama merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan pesanan Rasulullah S.A.W berbunyi ( ) bermaksud: Sampaikanlah apa sahaja dariku walau sepotong ayat. (Fairuzah, 2009 : 102)

2.2

Teori Dari India

Teori ini dipelopori oleh Snouck Hurgronje dan mendapat sokongan dari kebanyakan sejarawan orientalis seperti R.O.Winstedt, B. Harrison, Mouquette, D.G.E. Hall, J. Gonda, Marrison, Bousquet, Vlekke dan sebagainya. Snouck menyatakan di dalam bukunya Islam di India Belanda menegaskan bahawa:

Setelah sebahagian bangsa India memeluk Islam, maka orangorang Islam dari India turut mengambil bahagian lalu lintas dan imigrasi di Nusantara, dan mereka itulah yang memasukkan Islam ke Wilayah Nusanatara. (Fairuzah, 2009 : 91).

Antara hujah yang digunakan untuk mengukuhkan teori ini adalah seperti berikut:
a. Batu-bati nisan awal yang dijumpai di Alam Melayu diimport dari Kambay

(Kembayat) di Gujerat, India. b. Peranan penting yang dimainkan oleh pedagang-pedagang Gujerat di Kepulauan Melayu dan kesannya terhadap penyebaran Islam. c. Tradisi kesusasteraan Melayu mirip kepada tradisi Islam di India. Selain dari itu, mereka juga bergantung kepada catatan pengembara seperti Marco Polo dan Ibn Batutah yang pernah melawat Alam Melayu sekitar abad ke-13 dan ke-14 M. Dalam catatan Marco Polo ketika singgah di Sumatera pada tahun 1291 M, beliau menyaksikan penduduk Perlak telah memeluk Islam, sedangkan penduduk Samudera lain masih lagi belum menerima Islam. Catatan Ibn Batutah pula menyebutkan beliau telah melawat Pase (Pasai) pada tahun 1345 M dan mendapati penduduknya telah beragama Islam. Hujah golongan ini bertambah kukuh dengan penemuan makan Sultan Malik al-Salleh, pemerintahan Pasai yang disebut dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai sebagai pemerintah pertama di Kepualaun Melayu sekitar abad ke-13 M. Penemuan ini meyakinkan mereka bahawa Islam tersebar di Alam Melayu hanya pada sekitar abad tersebut. Teori ini mempunyai beberapa kelemahan. Malah kajian terkini mempunyai hujah yang lebih kukuh untuk menyatakan bahawa interaksi Alam Melayu dengan Semenanjung Tanah Arab telah berlaku lebih awal lagi, khususnya sebelum kemunculan Islam. Antara kelemahan teori ini adalah seperti di bawah (Fairuzah, 2009 : 92) :

10

a. Hujah menyatakan batu-batu nisan yang dijumpai di Kepualauan Melayu menyerupai atau dibawa dari India sebagai bukti Islam dibawa dari India adalah tidak tepat. Ini kerana batu nisan merupakan salah satu barang dagangan yang mungkin diperdagangkan oleh pedagang India. b. Adalah tidak tepat untuk menyatakan hanya pedagang India sahaja yang berdagang di Kepualauan Melayu sehingga terpaksa menunggu mereka memeluk Islam terlebih dahulu sebelum kawasan ini diislamkan. Malah terdapat juga pedagang lain seperti dari Arab. Ini adalah berdasarkan pendapat J.C.V. Van Leur bahawa telah ada penempatan Arab di Canton, China sejak abad 4 M lagi. Pedagang Arab yang melalui jalan laut singgah ke pelabuhanpelabuhan di Kepualauan Melayu untuk mendapatkan bekalan atau menunggu musim angin yang sesuai untuk meneruskan pelayaran sambil berdagang.
c. Tradisi kesusasteraan Islam di Kepualauan Melayu mirip tradisi Islam India

juga tidak dapat diterima kerana perkembangan tradisi sastera agak lewat, iaitu setelah Islam lama bertapak di kawasan ini. Selain itu, terdapat juga perselisihan pendapat di kalangan para sejarawan mengenai daerah di India yang memainkan peranan meyebarkan Islam ke Alam Melayu. Daerah-daerah yang menjadi bahan perdebatan adalah seperti berikut: a. Gujerat Daerah ini dikemukan berdasarkan kajian G.P. Moquette. Menurut kajian beliau, terdapat persamaan dua batu nisan di Kepualauan Alam Melayu, iaitu batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428 M dan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Grisek bertarikh 1419 M dengan batu nisan Umar Ibn Ahmad Kazarumi di Gujerat. Teori ini disokong oleh beberapa pengkaji barat yang lain seperti W.P.Stuterheim, J.Gonda dan C.A.O. Van Nieuwenhuijize. (Fairuzah, 2009 : 93) Walau bagaimanapun teori ini juga mempunyai kelemahan yang jelas, antaranya tarikh pengislaman Pasai lebih awal daripada tarikh yang tercatat pada batu nisan yang ditemui. Pasai telah menerima Islam pada tahun 1042 M sedangkan Gujerat ketika itu belum menerima Islam lagi. Selain itu, persamaan

11

batu nisan di Alam Melayu dengan Gujerat boleh menunjukkan batu nisan mudah dipesan dari Gujerat, bukan sebagai bukti Islam disebarkan dari Gujerat.

b. Benggala S.Q.Fatimi pula membuat hipotesis Islam berasal dari Benggala. Beliau bersandarkan kajian Tome Pires dalam bukunya berjudul Suma Oriental. Menurut Tome Pires, Malik al-Salih yang merupakan sultan Islam pertama di Pasai adalah seorang pedagang Benggali yang berasal dari Benggala. Berdasarkan pandangan ini, Fatimi menyimpulkan Islam juga berasal dari Benggala. Selain itu, S.Q. Fatimi juga beranggapan pendapat Tomes Pires sejajar dengan tanggapan yang menegaskan Pasai adalah negara pertama di Alam Melayu yang menerima Islam. Teori ini juga boleh disanggah dengan jawapan berikut: Raja Pasai yang pertama adalah Meurah Giri atau Sultan Mahmud Syah yang mula memerintah pada tahun 1042 M. Asal usul Malik al-Salih dari Benggala juga tidak mempunyai bukti yang kukuh.

c. India Selatan Pendapat ini dikemukakan oleh Van Ronkel dengan alas an bahawa bentuk-bentuk popular dalam budaya masyarakat Islam di Kepualauan Alam Melayu seperti ciriciri mistik, sastera roman dan sebagainya seperti yang terdapat di Indonesia berasal dari India Selatan (Fairuzah, 2009 : 94).

d. Malabar

12

Antara pendukung teori ini ialah Thomas Arnold. Beliau berdasarkan persamaan mazhab Syafie antara masyarakat Islam Malabar dengan masyarakat Islam di Indonesia.

Kedua-dua teori yang mengatakan Islam berasal dari India Selatan dan Malabar tidak mempunyai asas yang kukuh kerana ajaran Islam yang berkembang di India pada ketika itu memang merupakan fenomena dunia Islam keseluruhannya, sama ada dari segi pemikiran fikah mahupun tasawuf. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (1990) kelemahan terbesar pendukung teori ini ialah anggapan mereka bahawa agama Islam di Alam Melayu hanya bertapak pada abad ke-13 M, sedangkan Islam telah bertapak sejak abad pertama hijrah lagi iaitu sejak 7 Masihi lagi. Walau bagaimanapun, tidaklah dinafikan para mubaligh dari India turut memainkan peranan aktif dalam Islamisasi di Alam Melayu terutama pada abad ke-13 M. (Fairuzah, 2009 : 94)

2.3

Teori Dari China dan Champa

Teori ini dibahaskan oleh Prof. S.Q.Fatimi dalam bukunya Islam Comes to Malaysia. Pendapat beliau ini berdasarkan fakta perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton, Cina sekitar tahun 100,000 hingga 150,000 orang Islam di wilayah ini. Tragedi pemberontakan ini terjadi akibat tanggapan penduduk tempatan yang mengatakan bahawa kedudukan kukuh di kalangan masyarakat Arab-Islam yang bermastautin di Canton boleh mengancam ekonomi dan keselamatan masyarakat Cina. (Fairuzah, 2009 : 95) Impak peristiwa hitam ini, berlaku penghijrahan masyarakat Arab-Islam Canton ke Kepulauan Melayu. S.M. Naquib turut mempunyai pandangan yang sama terhadap isu penghijrahan ini. Malah menurut beliau, masyarakat Arab-Islam Canton telah berhijrah ke Kedah dan Palembang. Selain itu, terdapat juga sebilangan masyarakat Arab-Islam Canton yang berhijrah ke Champa, Brunei, pantai timur Tanah Melayu (Patani, Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan Pulau Jawa sebelah Timur.

13

Penghijrahan ini memberi kesan dalam penyebaran Islam di kawasan-kawasan tersebut. Seandainya kejadian tersebut dikaitkan dengan bukti-bukti tempatan, memang ada kemungkinan Islam di Alam Melayu datang melalui negara Arab bertarikh 419 H (1028 M) yang ditemui di Pekan, Pahang. Batu nisan ini mengandungi tulisan ayatayat al-Quran. Demikian juga bukti yang paling terkenal iaitu Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 702 H (1303 M) yang mengandungi tulisan mengenai kewajipan mematuhi hukum Allah S.W.T seperti hukuman bagi pesalah zina dan sebagainya. Selain kesan di pantai timur Semenanjung yang memberi kemungkinan Islam datang melalui Cina, terdapat juga bukti pertapakan Islam di Kedah. Bukti pertama ialah penemuan batu nisan di Langgar, Kedah yang terukir nama Syeikh Abdul Qadir ibn Husain Syah Alam bertarikh 219 H (903 M). Bukti kedua pula ialah peranan seorang Arab bernama Syeikh Abdullah Yamani yang berjaya mengislamkan Maharaja Derbar, Raja II pemerintah Kedah dengan menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Syah pada tahun 1136 M. Selain dari bukti-bukti tersebut terdapat buktibukti lain seperti batu nisan seorang puteri Islam di Brunei bertarikh 1048 M, batu nisan Fatimah bt. Maimun bin Hibatullah di Deran, Jawa Timur bertarikh 1082 M. (Fairuzah, 2009 : 95) Terdapat juga di kalangan sejarawan yang berpandangan wilayah Indo-China sebagai tempat asal penyebaran Islam di Alam Melayu. Islam dikatakan telah berkembang di Champa, Kemboja sejak abad ke-8 M. Penduduk Alam Melayu telah dikatakan berinteraksi dengan wilayah ini sejak abad 7 M lagi menerusi penaklukan dan perkahwinan, terutamanya perkahwinan keluarga Diraja. Bukti yang menunjukkan Islam terlebih dahulu tersebar di Champa adalah melalui penemuan beberapa batu nisan yang mempunyai tulisan Arab bertarikh 1039 M yang telah ditemui disana. Selain itu, bukti yang jelas bagi pendukung teori ini ialah kesediaan Cina memberi naungan kepada kerajaan Islam melalui hubungan diplomatik. Di samping itu, bukti seni bina juga menjadi hujah untuk mengatakan Islam berasal daripada Cina. Bukti seni bina yang menjadi alasan kukuh ialah seni bina masjid terutamanya di

14

Melaka, Kelantan dan Pulau Jawa, Indonesia yang mirip berbentuk pagoda di Cina. Walaupun bukti-bukti yang dikemukakan tersebut agak meyakinkan, tidaklah bermakna Islam hanya baru diperkenalkan di Alam Melayu pada waktu itu kerana terdapat bukti wujudnya penempatan orang Islam di kawasan ini terutama di bahagian utara Sumatera lebih awal dari tarikh-tarikh tersebut (Fairuzah, 2009 : 96).

3.0 3.1

CARA KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA Perdagangan

Perdagangan yang menjadi sumber rezeki para pedagang Islam telah menyampaikan mereka ke laluan laut di rantau Alam Melayu. Para pedagang berusaha mencari rezeki melalui perdagangan dengan merentasi samudera yang luas untuk memunuhi tuntutan agama Islam yang menegaskan 9/10 daripada hasil rezeki terkandung dalam bidang perniagaan. Dengan berbekal iman dan fahaman agama Islam yang mantap, golongan saudagar belayar kemana-mana perlabuhan yang menjanjikan perniagaan. Bekal iman yang teguh ini menjadi pendorong untuk saudagar musim turut bertindak sebagai pendakwah. Marco Polo dalam catatan pengembaraannya memberi contoh pengislaman Alam Melayu menerusi pengislaman Perlak pada tahun 1292 M. Para pedagang Islam telah berjaya menawan hati kebanyakkan penduduk Perlak sehingga mereka rela menganut agama Islam. Selain itu peranan pegawai perdagangan dalam wilayahwilayah Islam di Alam Melayu seperti peranan Syahbandar Melaka yang memberi layanan istimewa kepada para pedagang Islam turut menyumbang ke arah pengislaman para pedagang lain yang berdagang di pelabuhan-pelabuhan wilayah kerajaang Islam. Sebagai contohnya, pengislaman pedagang dari Brunei, Ternate, Jawa dan Sulawesi terjadi kerana peranann Syahbandar Melaka. Walaupun pengislaman menerusi factor ini tidak meluas dan terhad di kalangan pedagang, kota dan pelabuhan sahaja tetapi ia turut mendorong ke arah proses Islamisasi di rantau Alam Melayu ini. ( Fairuzah, 2009 : 105)

3.2

Perkahwinan

15

Faktor yang turut menyumbang kepada penyebaran agama Islam di rantau ini. Perkahwinan yang berlaku antara pedagang Islam dengan penduduk tempatan berlaku ketika pedagang Islam menunggu ketibaan musim tiupan angin ke arah yang dituju. Penantian ini mengambil masa beberapa bulan lamanya. Syarat perkahwinan yang dijelaskan oleh pedagang Islam sudah pasti seorang wanita mestilah satu agama dengan anutan pedagang. Justeru wanita tempatan mestilah menerima Islam terlebih dahulu. Syarat ini mudah diterima oleh wanita dan keluarga masyarakat tempatan Alam Melayu. Ini kerana para pedagang mampu menjamin kehidupan wanita tempatan yang telah menjadi isteri pedagang Islam dengan perdagangan yang dimiliki. Status pedagang juga merupakan golongan yang dikagumi oleh penduduk tempatan. Pengislaman wanita yang menjadi isteri pedagang Islam mendorong pengislaman ahli keluarga wanita tersebut. Situasi ini memberi satu perkembangan baru kearah penyebaran Islam secara lebih luas (Fairuzah, 2009 : 104). Perkahwinan pedagang Islam juga berlaku dengan puteri-puteri pemerintah tempatan. Peristiwa ini memudahkan lagi penyebaran agama Islam di rantau Alam Melayu. Selain itu terdapat juga perkahwinan antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam. Contohnya dapat dilihat pada perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai. Oleh itu jelaslah bahawa faktor perkahwinan turut memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Alam Melayu.

3.3

Pengislaman Raja dan Golongan Bangsawan

Islam seterusnya tersebar menerusi peranan raja dan golongan bangsawan. Masyarakat Asia Tenggara khususnya masyarakat Melayu, sangat mentaati golongan pemerintah. Keadaan ini menyebabkan raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat. Apabila raja di sebuah negeri memeluk Islam, amalan ini akan diikuti oleh rakyatnya. Sebagai contoh, pengislaman Megat Iskandar Shah telah diikuti oleh pembesar Melaka, keluarga diraja, dan rakyat Melaka secara keseluruhannya. Di Pasai pengislaman Raja Malik al-Salih juga telah menyebabkan para pembesar turut memeluk Islam. Selepas pengislaman Raja Malik al-Salih, Pasai telah menjadi sebuah kerajaan Islam yang kuat dan seterusnya menerusi usaha yang

16

dijalankan oleh pihak pmerintahan, Islam tersebar dengan cepat (Fairuzah, 2009 : 107).

3.4

Peranan Pendakwah

Pendakwahan para ulama dan ahli sufi merupakan faktor penyebaran yang lebih meluas dan berkesan. Curahan bakti mereka diakui dan tidak dapat dinilai dengan material. Para ulamak dan ahli sufi telah bertindak sebagai ejen perubahan yang memperkenalkan akidah baru di Alam Melayu. Para ahli sufi dikatakan telah berdakwah dengan giat pada abad ke 12 Masihi (Mohd. Nor & Zainiy 2012 : 431). Dakwah mereka dapat di jalankan dengan mudah kerana disokong oleh akhlak mulia yang dipenuhi dengan sifat-sifat kerohanian. Selain itu para ulamak dan ahli sufi mudah bergaul dengan masyarakat tempatan. Mereka mempunyai keperibadian yang mencerminkan ajaran Islam. Situasi ini memudahkan lagi Islamisasi di rantau ini. (Fairuzah, 2009 : 106) Usaha penyebaran dakwah oleh golongan ini begitu cergas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Baginda telah menghantar para pendakwah ke seluruh pelusuk dunia termasuk rantau Alam Melayu. Sekitar tahun 720 M, utusan baginda telah berjaya mengislamkan kerajaan Suwarnabhumi atau Melayu Jambi dan setelah menerimana Islam kerajaan ini dikenali sebagai Sribuza Islam. Pada tahun 820 M pula serombongan pendakwah yang diketuai oleh Nakhoda Khalifah Telah samapai di Perlak dan berjaya mengislamkan pemimpin dan penduduk di situ. Pergolakan dunia Islam pada abad 10 M di bawah kerajaan Bani Abbasiyyah yang telah melemahkan empayar Islam telah mendorong sebilangan masyarakat Islam terutama ahli sufi mengasingkan diri dari situasi ini dan keluar dari semenanjung Tanah Arab. Mereka telah berusaha menyebarkan Islam secara tidak langsung ke wilayah yang aman di duduki termasuklah Alam Melayu. Kegiatan mereka begitu rancak pada abad 13 M dan selepasnya. (Fairuzah, 2009 : 106) Golongan ini menggunakan pendekatan pendidikan. Melalui pendekatan ini mereka telah menubuhkan institusi pendidikan yang disesuaikan dengan masyarakat

17

setampat. Usaha ahli sufi menjalankan pendidikan formal di rantau Alam Melayu pula banyak berlaku di masjid atau di rumah mereka. Mereka berusaha menyampaikan dan mengajar masyarakat setempat mengenai agama Islam. Pendidikan ini akhirnya berkembang menjadi institusi pendidikan khusus yang dikenali denagn pelbagai nama di Alam Melayu seperti pondok, pesantren dan dayah. Kesan dakwah menerusi penubuhan institusi pendidikan telah melahirkan ramai alim ulama atau ulama Melayu. Di Melaka, pada peringkat awal penyebaran Islam, ulama mengajar perkara asas tentang Islam secara tidak formal tetapi apabila Islam semakin berkembang mereka telah mengajar perkara ini secara formal. Mereka telah menjadikan masjid, istana dan rumah mereka sebagai tempat untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam. Institusi pendidikan awal itu kemudian berkembang menjadi pusat pendidiakan seperti pondok atau pesantren. Di Acheh, pondok juga wujud tetapi dikenali sebagai dayah. Dengan adanya institusi pendidikan ini makan muncullah ulama tempatan seperti Hamzah al-Fansuri, Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Acheh menjadikan ulama sebagai penasihat kepada raja yang memerintah. Seramai 22 orang ulama telah ditugaskan di Balai Gadang untuk memberikan bantuan kepada pentadbiran Acheh. Dengan itu Islam dapat dipraktikan dalam politik dan pentadbiran Acheh. Di Jawa, kebijaksanaan Wali Songo (Wali Sembilan) berdakwah telah berjaya telah berjaya mengislamkan ramai daripada kalangan masyarakat tempatan. Pada masa pemerintahan kerajaan Islam Demak di Jawa, Wali Songo telah menjadikan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah. Mereka telah mendirikan sebuah masjid iaitu Masjid Aung Demak untuk menjadi markas dakwah Islamiah. (Fairuzah, 2009 : 107)

3.5

Keistimewaan Islam

Kemurnian ajaran Islam yang mencakupi kesemua bidang kehidupan telah menarik orang ramai menganuti agama Islam. Ini termasuk konsep Tuhan Yang Maha Esa atau Tawhid, keadilan, hak individu dan masyarakat, kehidupan yang harmoni,

18

menyanjung akhlak mulia, dan menganjurkan konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hal ini telah menyebabkan agama Islam tersebar di Asia Tenggara. (Fairuzah, 2009 : 108). Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan agama yang menuntut manusia berfikir secara rasional dan pemikiran ini berjaya diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di Asia Tenggara. Selain itu juga, ajaran Islam bersifat syumul dan menepati keperluan manusia kerana ia di wahyukan oleh Allah s.w.t. Penerimaan yang terbatas di kalangan penduduk Asia Tenggara pada peringkat awal penyebaran Islam bukanlah kerana mereka tidak berminat dengan ajaran Islam tetapi kerana tiada interaksi yang menyeluruh dengan peduduk tempatan. Pada peringkat awal, interaksi hanya berlaku secara langsung di kalangan raja-raja dan para pedagang yang menyebabkan penyebaran agama Islam terhad di kalangan golongan ini sahaja. Setelah pengaruh Islam meluas, Islam diterima baik oleh masyarakat tempatan kerana ajarannya yang bersesuaian denga fitrah manusia, mudah difahami dan senang di laksanakan. Ajaran Islam yang difahami penuh dengan nilai-nilai murni. Islam bukan sebuah agama yang rumit seperti Budhha dan Hindu yang hanya dapat dipelajari oleh golongan tertentu sahaja seperti sami dan pendeta. Konsep keesaan Allah s.w.t juga menarik minat penduduk tempatan. Mereka merasa puas kerana dapat menyembah tuhan secara langsung dan tidak mengira tempat. Keyakinan ini jauh berbeza dengan agama anutan masyarakat Alam Melayu sebelum ini. penjelasan Islam yang turut menggabungkan wahyu dan logik akal berkaitan semua bidang kehidupan sama ada sosial, ekonomi dan politik menambah minat penduduk di rantau Alam Melayu. Ajaran Islam juga menekankan konsep persaman antara sesame manusia. Ajaran ini membebaskan mereka dari belenggu perhambaan. Selain itu Islam turut menjamin keadilan sosial tanpa mengira kelas dan darjat manusia. Jaminan ini seolaholah mengembalikan harga diri mereka yang sekian lama dibelenggu dengan fahaman kasta dalam ajaran Hindu. (Fairuzah, 2009 : 109)

19

4.0 4.1

PENGARUH ISLAM KE ATAS MASYARAKAT DI ASIA TENGGARA Ekonomi

Tamadun Melayu telah berjaya menggerakkan ekonomi orang Melayu ke persada serantau dan antarabangsa. Walaupun tamadun Melayu awal belum mengamalkan sistem perindustrian secara besar-besaran, namun kegiatan perekonomian yang berpusat di pelabuhan-pelabuhan Alam Melayu telah berjaya menjadi pusat import dan eksport yang maju di rantau Asia. Antara pelabuhan-pelabuhan yang muncul dalam tamadun Melayu ialah Pasai, Melaka, Aceh, Demak, Betawi, Terengganu, Ligor dan Johor. Pelabuhan ini ditadbir urus dengan baik oleh oleh pemerintah Melayu. Sebagai contohnya, Sultan Muzaffar Shah dalam Kesultanan Melayu Melaka telah menubuhkan satu jawatan khas untuk memantau kegiatan di pelabuhan menerusi jawatan Shah Bandar. (Ahmad Zaki, 2009 : 77) Kegiatan perdagangan yang rancak di pelabuhan-pelabuhan Alam Melayu, penyebaran Islam juga memberi kesan kepada kemunculan bandar dan kota yang lengkap dengan prasarana. Masyarakat pedalaman tidak ketinggalan memanfaatkan kemunculan pekan dan bandar. Mereka menuju ke pekan dan bandar untuk memasarkan hasil pertanian, ternakan, hasil tangkapan dan hasil kreatif. Tanpa disedari situasi ini membuktikan masyarakat Melayu telah menuju kearah masyarakat bandar yang berdaya maju dan berdaya saing. Kepesatan pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu turut menyemarakkan pertumbuhan yang lain seperti budaya dan seni, intelektual, reka cipta dan pemerintahan. Masyarakat Melayu juga telah menerima beberapa budaya luar yang sesuai dengan sifat kemelayuan, seperti dalam pembentukan bentuk bumbung bertingkat yang merupakan unsur seni bina Cina. Malah bumbung bentuk ini

20

digunakan pada masjid masyarakat Melayu. Contoh yang paling jelas dapat dilihat pada masjid Tengkera di Melaka dan masjid Kampung Laut di Kelantan. Demikian juga penggunaan warna merah dalam seni masyarakat Melayu berasal dari budaya Cina. Bahasa Melayu turut berkembang dengan penerimaan bahasa-bahasa asing yang telah sebati dengan bahasa Melayu. Bahasa asing yang paling luas pengaruhnya dalam pembentukan bahasa Melayu ialah bahasa Arab. (Ahmad Zaki, 2009 : 77) Kegiatan ekonomi dalam tamadun Melayu telah mencapai tahap cemerlang dengan penggunaan mata wang. Pemerintah Melayu telah berjaya mencipta mata wang yang digunakan dalam perdagangan, terutamanya di pelabuhan. Antara mata wang yang dapat dikesan ialah mata wang Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Acheh Darussalam. (Ahmad Zaki, 2009 : 77)

4.2

Pendidikan

Pendidikan di kalangan masyarakat Melayu terbahagi kepada dua. Pendidikan formal dan informal. Pendidikan formal melahirkan pelbagai institusi pendidikan yang banyak di rantau Alam Melayu. Pendidikan bentuk ini di awali oleh pendidikan ajaran Islam. Sistem pendidikan dan kurikulum juga berteraskan kepada bidang pengajian Islam seperti tauhid, fiqah, akhlak, tafsir dan sejarah Islam. (Fairuzah, 2009 : 111) Pendidikan informal pula merupakan pendidikan yang berlangsung dalam kehidupan bermasyarakat. Masyarakat menjadi pendidik bangsa. Pendidikan ini berbentuk kemahiran berfikir, berusaha, berbudi pekerti, bijak membuat tindakan, penghasilan teknologi, berpolitik dan bergiat cergas dalam ekonomi. Tradisi lisan yang diwarisi turun temurun merupakan satu kaedah pendidikan informal. Melalui tradisi ini, masyarakat dididik melalui pantun, syair, hikayat, gurindam, seloka, nazam dan sebagainya. Melalui tradisi ini juga, masyarakat disindir, dihukum dan dinasihatkan melalui perumpamaan, perbidalan, peribahasa dan simpulan bahasa. Kewujudan pendidikan formal berteraskan pendidikan Islam dan bukan berasaskan kemahiran dan teknologi melahirkan tanggapan negatif Barat terhadap pendidikan masyarakat Melayu. Barat tidak mengakui pendidikan yang wujud di rantau Alam Melayu sebagai satu sistem pendidikan, lantas mereka mendakwa

21

masyarakat Melayu adalah masyarakat buta huruf. Tanggapan ini mungkin bertolak dari fahaman terhadap agama yang diterima pakai di Barat. Di Barat, agama Kristian tidak melahirkan sistem pendidikan, malah segala perkembangan tamadun Barat terpisah dari agama, seperti yang terangkum dalam maksud sekularisme. Situasi ini berbeza dengan Tamadun Melayu yang bertolak dari ajaran Islam. Pencapaian Tamadun Melayu dalam aspek pendidikan adalah seperti berikut (Fairuzah, 2009:111) : a. Kewujudan institusi pendidikan agama Islam Institusi pendidikan agama Islam dimulai oleh istana dan kemudiannya rumahrumah ulama. Istana sebagai institusi pendidikan hanya dikhaskan untuk Sultan, keluarga diraja dan ahli istana sahaja. Di samping itu, para ulama turut membuka kelas-kelas pengajian di rumah mereka. Kelas-kelas yang dibuka bersedia menerima masyarakat tanpa kelas atau pangkat tertentu. Apabila kecenderungan mempelajari Islam semakin berkembang di kalangan masyarakat awam, terbinalah institusi-institusi pendidikan Islam untuk masyarakat Islam di seluruh Alam Melayu. Kepelbagaian rumpun Melayu telah melahirkan pelbagai nama institusi pendidikan Islam. Walau bagaimanapun semuanya mempunyai satu peranan yang sama. Antara institusi tersebut adalah seperti berikut (Fairuzah, 2009 : 112) :
i.

Masjid : Pusat ibadat dan pelbagai kegiatan masyarakat.

ii. Madrasah / Meunasah : Pusat pembelajaran Islam yang terkenal di

Selangor, Perak dan beberapa tempat di Sumatera. iii. Langgar : Pusat pembelajaran Islam yang terkenal di Pulau Jawa dan Kalimantan. iv. Surau : Pusat ibadat dan pelbagai kegiatan masyarakat Islam. v. Pondok : Pusat pembelajaran Islam yang luas di Pattani, Selatan Thailand.

22

vi. Pesantren : Pusat pembelajaran agama Islam yang berkembang luas di Pulau Jawa. vii. Dayah : Pusat pembelajaran agama Islam yang wujud di Acheh, Sumatera. Dayah merupakan institusi tertinggi dalam sistem pembelajaran Islam di Acheh. Sebelum sampai ke tahap ini, pemdidikan Islam bermula di peringkat meunasah, rangkang, dan balee. Contoh Dayah yang paling terkenal ialah ilmuwan Acheh seperti Hamzah Fansuri, Shamsuddin Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel. b. Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam Minat kepada agama Islam telah mendorong sultan mengarahkan ulama menulis dan menterjemah kitab agama Islam dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Penterjemahan ini berfungsi untuk menjelaskan ajaran Islam dan menjawab permasalahan masyarakat dari perspektif Islam. Contoh-contoh berikut menggambarkan secara jelas kecenderungan para Sultan (Fairuzah, 2009 : 113) :
i. Sultan Mansur Shah mempelajari kitab Dur al-Manzum (Sejarah

Melayu menulis dengan nama Dar al-Manlum) ii. Sultan Mahmud Shah mempelajari kitab al-Luma (dalam sejarah Melayu ditulis sebagai kitab Maklumat) karya Abu Nasr al-Sarraj alTusi seorang ulama tasawwuf.
iii. Sultanah Safiatuddin di Acheh memohon Abdul Rauf Singkel

menjelaskan mengenai konsep kerohanian dalam Islam melalui karyanya Kifayah al-Muhtajin ila Mashrab al-Muwahhidin al- Qailin bi Wahdat al-Wujud. iv. Sultan Alauddin Riayat Shah (Sultan Selangor) menjadikan barisan ulama sebagai penasihat. Beliau juga menjadi khatib dalam solat jumaat.
c. Kemunculan golongan intelektual Melayu

23

Penumpuan golongan intelek Melayu zaman awal ialah kepada bidang falsafah dan agama kerana bidang ini memantapkan erti kehidupan dan jati diri bangsa Melayu. Penyebaran secara meluas pemahaman dua aspek ini di kalangan masyarakat Melayu menjamin penerusan generasi Melayu yang memahami tugas dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat. (Fairuzah, 2009 : 113) Antara intelek Melayu yang tercatat dalam sejarah ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Hamzah Fansuri Shamsuddin al-Sumaterai Nuruddin al-Raniri Abdul Rauf Singkel Abdul Samad al-Palembani Yusuf Makasar Muhammad Nafis al-Banjari

viii. Muhamad Arsyad al-Banjari ix. Daud al-Fatani dan keturunannya.

d. Kelahiran naskhah-naskhah Melayu atau manuskrip Melayu. Naskhah-naskhah Melayu yang dihasilkan oleh golongan intelek Melayu merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat seperti perubatan, ilmu falak (astronomi), undang-undang, pemerintahan (ketatanegaraan), pertanian, pengetahuan Islam, Sejarah Melayu dan kemasyarakatan. Sebagai contoh naskhah perubatan berjudul Kitab Tib, naskhah undang-undang berjudul Hukum Kanun Melaka, naskhah ketatanegaraan berjudul Bustan al-Salatin, naskhah pertanian berjudul Pembukaan Kebun Kelapa di Pulau Kemili, naskhah agama Islam dalam bidang tauhid berjudul Masail al-Mubtadi li Ikhwan al-Mubtadi. (Fairuzah, 2009 : 114) Naskhah Melayu mempunyai keunikan yang menampakkan identiti bangsa. Antara keunikannya, ia ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi yang

24

berteraskan aksara Arab dengan beberapa penambahan aksara yang sesuai dengan bahasa Melayu. Naskhah ini ditulis pada pelbagai bahan seperti pada daun lontar, kepingan buluh , kulit haiwan yang telah disamak, kain dan kertas. Selain itu, naskhah Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi. Penulis dan penyalin memaparkan daya kreatif yang tinggi semasa menghasilkan karya. Ini terbukti dengan adanya ilustrasi dan seni hias pada naskhah-naskhah Melayu. 4.3 Kesusteraan

Sastera Melayu berbentuk prosa dan puisi. Prosa merupakan karya dalam bentuk esei atau karangan untuk menjelaskan satu perkara. Puisi pula merupakan karya yang memaparkan kemahiran bahasa dan penggunaan kata yang indah melalui rima bunyi yang tertentu. Sastera prosa dan puisi Melayu dapat dilihat pada naskhah Melayu. Penulisannya meliputi pelbagai bidang seperti ketatanegaraan, pemerintahan, perubatan, undang-undang, agama Islam, Ilmu Falak, petua dan lain-lain. Sebagai contoh naskhah Melayu adalah seperti berikut: (Fairuzah, 2009 : 115) i. Taj al-Salatin ii. Bustan al-Salatin iii. Sejarah Melayu iv. Hikayat Hang Tuah v. Mirat al-Tullab

Puisi-puisi Melayu terdiri daripada beberapa genre. Antaranya syair, pantun, gurindam, seloka, nazam dan sajak. Syair menghasilkan rima bunyi akhir yang sama (a,a,a,a). Pantun pula menghasilkan rima bunyi rangkap 1 sama dengan rangkap 3 dan rangkap 2 sama dengan rangkap 4 (a,b,a,b). Pantun-pantun Melayu terdiri daripada beberapa rangkap. Antaranya pantun dua rangkap. Ia juga dikenali dengan pantun dua kerat. Pantun empat rangkap juga dikenali dengan pantun enam kerat dan pantun lapan rangkap dikenali dengan pantun lapan kerat. Contoh pantun 2 kerat: Siakap senohong gelama ikan duri Bercakap bohong lama-lama mencuri

25

Contoh pantun 4 kerat: Pulau pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan di kandung tanah Budi yang baik dikenang jua. 4.4 Kerajaan dan Sistem Pemerintahan

Kerajaan dan sistem pemerintahan menjadi tunggak sebuah masyarakat dan memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun. Sesetengah kerajaan Melayu mengistiharkan kerajaan dan pemerintahan mereka sebagai kesultanan, seperti yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka. Ini sempena gelaran yang digunapakai oleh jawatan pemerintah, iaitu sultan. Selain itu, pengisytiharan ini juga sebagai menunjukkan bahawa sesebuah kerajaan Melayu tersebut berteras kepada ajaran Islam. Terdapat banyak kerajaan Melayu yang dibina oleh masyarakat Melayu dalam siri kegemilangan tamadun Melayu. Kerajaan-kerajaan ini dikenali di seluruh rantau Alam Melayu mahupun di luar rantau ini. Antara kerajaan-kerajaan tersebut adalah seperti berikut (Ahmad Zaki, 2009 : 79) : a. Kerajaan Sribuza Islam, Palembang. b. Kerajaan Samudera-Pasai di Pasai, Acheh, Sumatera Utara. c. Kerajaan Melayu Melaka. d. Kerajaan Islam Demak, Banten, Ceribon di Pulau Jawa. e. Kerajaan Acheh Darussalam. f. Kerajaan Pattani, Selatan Thailand. g. Kerajaan Buton, Ternate di Sulawesi. h. Kerajaan Melayu Johor-Riau. Setiap kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan masing-masing yang berasakan undang-undang Islam. Sistem pemerintahan yang dilaksanakan ditulis pada naskhah-naskhah Melayu dan batu bersurat (prasasti). Sebagai contohnya, Undang-

26

undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka, Kanun Meukuta Alam dilaksanakan dalam kerajaan Melayu Acheh Darussalam, Undang-undang Kedah dilaksanakan dalam Kerajaan Melayu Kedah, Hukum Kanun Pahang termaktub dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Pahang dan Undang-undang 99 digunapakai dalam Kesultanan Melayu Perak (Ahmad Zaki, 2009 : 79).

5.0

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa sejarah kedatangan Islam adalah disebabkan saudagar-saudagar Arab yang dating ke Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana setelah mereka memeluk Islam, mereka membawa agama itu ke Asia Tenggara termasuklah Gugusan Kepulauan Melayu. Sejarah menunjukkan saudagar-saudagar Arab dating ke Asia Tenggara melalui pelbagai jalan. Ada yang melalui jalan darat dari utara Parsi masuk ke Afghanistan, kemudian menyeberangi masuk ke negeri China menuju ke Canton. Seterusnya, dari Canton terus ke Gugusan Kepulauan Melayu. Terdapat juga saudagar yang melalui jalan laut melalui pesisiran India menuju ke Ceylon (Sri Lanka) dan terus menuju ke Gugusan Kepulauan Melayu. Oleh yang demikian, pembawa-pembawa Islam yang datang dari ketiga-tiga tempat iaitu Semenanjung Tanah Arab, India dan China telah bertemu di Asia Tenggara dan memainkan peranan untuk menyebarkan Islam di tempat-tempat yang mereka singgahi itu. Jelasnya, bersesuaianlah dikatakan bahawa Islam di Asia Tenggara datang dari semenanjung Tanah Arab merupakan teori yang lebih dominan berdasarkan bukti kukuh yang dibahasakan oleh para sejarawan.

27

6.0

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur. Abdullah Ishak. 1990. Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia : Selangor. Abdullah Jusoh. 1989. Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. : Kuala Lumpur. Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros. 2009. Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS). Oxford Fajar Sdn.Bhd : Shah Alam. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2011. Historical Fact and Fiction. Penerbit UTM Press : Johor Bharu. Amir A. Rahman. 1990. Pengantar Tamadun Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. Fairuzah Hj. Basri. 2009. Tamadun Islam & Tamadun Melayu, Perkembangan Dan Isu Kontemporari. Universiti (UPENA), UiTM : Selangor. John L.Esposito. 1987. Islam In Asia Religion, Politics, And Society. Oxford University Press : New York. Md. Salleh Yaapar. 2010. Sufism and Architectural Art in the Malay World. Knowledge, Language, Thought And The Civilisation Of Islam, Essays In

28

Honor Of Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Penerbit UTM Press : Johor Bharu. Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad. 2009. Modul Pengajian Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Universiti Malaya : Kuala Lumpur. Saifullah Mohd Sawi & Samsu Adabi Mamat. 2009. Sejarah Dan Tamadun Islam Di Asia Tenggara. Karisma Publications Sdn. Bhd. : Shah Alam. Saiful Muzani. 1993. Pembangunan Dan Kebangkitan Islam Di Asia Tenggara. PT Pustaka : Jakarta. Taufik Abdullah. 1989. Islam in the Malay World : Intellectual Heritage and Political Traditions. Proceedings of the International Seminar on Islamic Civilisation in the Malay World, hal. 3-19. Taufik Abdullah & Sharon Siddique. 1989. Tradisi Dan Kebangkitan Islam Di Asia Tenggara. Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial : Jakarta. Wan Abdullah Hj. Wan Mahmood & Dra Wista Ahmad. 1997. Tamadun Islam dan Tamadun Alam Melayu Serta Sumbangannya Kepada Dunia. Global Printers Sdn. Bhd. : Selangor.

Anda mungkin juga menyukai