Anda di halaman 1dari 11

AJ32203 SEJARAH SABAH DAN SARAWAK SELEPAS 1963 [1-2022/2023]

TUGASAN INDIVIDU ESEI

SOALAN:

“BERDASARKAN KEPADA INTIPATI YANG TERKANDUNG DALAM PERJANJIAN MALAYSIA


1963 (MA63), ADALAH JELAS DINYATAKAN HAK BAGI SABAH & SARAWAK. NAMUN, HAK
DALAM PERJANJIAN TERSEBUT ADAKALANYA DINAFIKAN DAN DILANGGAR.
PERLANGGARAN INI PADA AKHIRNYA MENYEBABKAN KONFLIK BERTERUSAN ANTARA
PUTRAJAYA-KOTA KINABALU & PUTRAJAYA-KUCHING.

BERDASARKAN REALITI HARI INI, HURAIKAN SECARA KRITIS DENGAN MEMBERIKAN


BUKTI YANG JELAS DAN NYATA PERLANGGARAN KLAUSA ARTIKEL BERKENAAN HAK SABAH
& SARAWAK DALAM PERJANJIAN TERSEBUT. TUGASAN HENDAKLAH DIMUAT NAIK DI
SMARTV3 PADA 06 JANUARI 2023 (MINGGU KE-12) SESI PENGKULIAHAN DAN BILANGAN
PATAH PERKATAAN BAGI TUGASAN INI ADALAH TIDAK MELEBIHI 3000 PATAH
PERKATAAN.

NAMA:

MUHAMMAD FIRDAUS BIN JOHARI

NOMBOR MATRIK:

BA20110159

NAMA PENSYARAH:

DR. AMRULLAH BIN MARAININ


1.1 Pengenalan

MA63 atau dikenali sebagai Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu dokumen perjanjian
diantara Persekutuan Malaysia dengan Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singpura
semasa pergabungan wilayah dipersetujui. Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah
ditandatangani pada 9 Julai 1963 oleh wakil-wakil di setiap wilayah bagi bersetuju dalam
pembentukan Malaysia. Antaranya, Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan
juga wakil daripada pihak Britain (United Kingdom) dan juga Northem Ireland. Berdasarkan
perjanjian yang telah ditandatangani ini, terdapat dua bahasa yang menjadi medium
perjanjian ini iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, pada
tahun 1970 barulah pihak United Kingdom dan Northern Ireland mendaftarkan perjanjian ini
di sekretaeiat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada 21 September. 1

Secara umumnya, melalui Perjanjian Malaysia 1963, terdapat 11 Perkara yang


terkandung dan menjadi intipati dalam perjanjian ini, antaranya ialah berkenaan dengan
pegabungan wilayah dengan penamaan ‘Malaysia’, penggubalan pelembangaan dan
berkaitan dengan perlepasan hak kedaulatan oleh United Kingdom ke atas Sabah, Sarawak
dan Singapura.2 Namun begitu, terdapat beberapa tuntutan yang telah dibuat oleh Borneo
Utara yang dikenali sebagai “20 Perkara” atau memorandum 20 Perkara. 3 Justeru itu, 20
Perkara merupakan usulan syarat-syarat Borneo Utara kepada Persekutuan Tanah Melayu
dalam pembentukan Malaysia. Jika dilihat terdapat beberapa perkara yang terkandung
dalam tuntutan tersebut iaitu berkenaan dengan Agama, Bahasa, Perlembangaan, Ketua
Persekutuan, Nama Persekutuan, Imigresen, Hak Menarik Diri, Borneonisasi, Pegawai
British, Kewarganegaraan, cukai dan kewangan serta kedudukan khas bumiputera Borneo
Utara.

Justeru itu, Memorandum 20 Perkara ini bertujuan untuk menjaga kepentingan dan
hak Sabah dan Sarawak apabila berada di dalam Persekutuan Malaysia. Justeru itu,
berdasarkan memorandum ini, Sabah dan Sarawak mempunyai hak dan keistimewaan
dalam pembentukan Malaysia. Walaupun 20 perkara ini telah dipersetujui oleh pihak
persekutuan, namun masih terdapat beberapa yang masih belum terlaksana malahan ada
juga perjanjian yang telah dilanggar oleh persekutuan. Akibat daripada pelanggaran dan
1
A Rahman Tang Abdullah, Abdul Rashid Salleh, Kadir Jaafar & Pandikar Amin Mulia. Perjanjian Malaysia 1963
dan soal perundangan Sabah dan Sarawak: Tinjauan terhadap isu sejarah dalam laman sosial. Jurnal Komunikasi
Borneo, Edisi Khas Konvokesyen, 2017. Hlm 85−103.
2
Ramli Dollah, Eko Priytno Joko, Nordin Sakke, Suhaimi Salleh, Mohammad Faizal Rashid. ‘Hubungan
Persekutuan Negeri Di Sabah Pasca Pru14: Prospek, Isu Dan Cabaran’. Jurnal Kinabalu edisi Khas PRU14. 2018.
Hlm 1-19
3
Ibid. Hlm 9.

1
pernafian perkara-perkara di dalam perjanjian tersebut menyebabkan berlaku konflik
berteruskan diantara persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Oleh demikian, berlakunya
konflik antara Putrajaya-Kota Kinabalu dan Putrajaya-Kuching yang menjadi pembahasan
dalam sehingga kini. Malahan, perkara ini telah menjadi isu pertikaian di dalam parlimen dan
juga disuarakan politikus sebagai isu politik semasa yang tersendiri. 4

2.1 Perlanggaran Perjanjian Berkenaan dengan hak Sabah dan Sarawak dalam
Perjanjian Malaysia 1963.

2.1.1 Pelanggaran klausa 2 Perkara 1 Mengenai Kesamarataan Taraf

Berdasarkan perjanjian MA63 di dalam perkara 1 menunjukkan bahawa Borneo Utara dan
Sarawak yang sekutukan dengan Persekutuan Tanah Melayu akan diberikan status ‘Negeri’.
Merujuk dengan perkara 1 klausa 2 menunjukkan secara tidak langsung bahawa status dan
taraf Sabah dan Sarawak sama dengan negeri-negeri persekutuan. Berdasarkan pindaan
yang telah dibuat dalam Perlembangaan pada tahun 1976, Akta A354 klausa (2) dalam
perkara 1 yang telah dikuatkuasakan menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak sebagai
rakan kongsi bersama negeri-negeri di semenanjung Malaysia. Namun, perkara tersebut
menjadi pertikaian berkenaan pengembalian status negeri Sabah dan Sarawak sebagai
‘rakan kongsi’ (equal partner). Keadaan ini menjadi konflik apabila kedudukan perundangan
Sabah dan Sarawak diwartakan sebagai negeri. Justeru, ini menunjukkan persamaan taraf
hanya dengan negeri-negeri semenanjung di Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak,
namun tidak sama taraf dengan keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu.

Oleh demikian, perkara ini sering menjadi pertikaian oleh masyarakat Sabah dan
juga Sarawak. Tambahan pula, isu status ini menjadi perdebatan di dewan Parlimen serta
menjadi manifesto bagi ahli-ahli politik. Hal ini dibuktikan apabila, parti Pakatan Harapan
yang menggunakan manifesto untuk pengembalian status Sabah dan Sarawak bagi meraih
udian dalam pilihan raya. Terdapat juga pendapat bahawa Sabah dan Sarawak dianggap
sebagai “dianak tirikan’ oleh persekutuan kerana penurunan taraf daripada konsep ‘rakan
sekutu’. Oleh itu, isu ini dianggap sebagai satu perkara yang melanggar perjanjian Malaysia
1963 berdasarkan perkara 1(2) yang masih belum diselesaikan. 5

Sehubungan itu, pandangan golongan pemimpin Sabah terhadap status ini masih
menginginkan taraf sebagai entiti yang lebih tinggi daripada sebuah ‘Negeri Sabah’ di

4
A Rahman Tang Abdullah & Pandikar Amin Haji Mulai. ‘Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hak autonomi
Sabah dan Sarawak dalam Kontek Sejarah dan Pru-14.’ Jurnal Kinabalu Edisi Khas. 2018. Hlm 293.
5
Tan Tai Yong. Creating “Greater Malaysia”: Decolonization And The Politics Of Merger . Singapura: Institute of
Southeast Asian Studies (ISEAS). 2008. Hlm 89.

2
Semenanjung bukanlah sama taraf sebagai satu negeri di Semenanjung. 6 Namun,
pandangan tersebut masih bergantung kepada situasi Jawatankuasa Perpaduan dan
Permesyuaratan Malaysia yang dianggap tidak relevan lagi selepas Laporan Suruhanjaya
Cobbold 1962 diwartakan. Tambahan pula, pandangan ini bercanggah dengan intipati yang
terdapat dalam Perlembangaan Persekutuan Malaysia malahan tidak disebutkan di dalam
Memorandum 20 Perkara. Selain itu, perkara ini tidak boleh berdiri sendiri kerana tidak selari
dengan memorandum yang diserapkan di dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan. Oleh yang
demikian, perkara yang hanya boleh dibangkitkan adalah berdasarkan berkenaan perkara
yang diperuntukkan dalam perlembagaan yang tidak diperuntukkan dalam Laporan
Jawatankuasa Antara Kerajaan. Hal demikian menyebabkan perkara yang boleh
dipertikaikan antara dua-dua negeri tersebut melibatkan perkara yang dimasukkan ke dalam
Perlembangaan berdasarkan penggubalan artikel baru iaitu Artikel 161, 95, 112 dan juga
153 yang menunjukan hak autonomi kepada Sabah dan Sarawak yang tidak terdapat di
negeri-negeri Semenanjung.7

2.1.2 Perlanggaran Isu Royalti Minyak Perkara 112 C (4) (b)

Persoalan berkenaan dengan royalti minyak merupakan isu utama yang sering dikaitkan
dengan pemasalahan hubungan diantara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
terutamanya Sabah dan Sarawak. Justeru itu, perkara yang menjadi pertikaian apabila
tuntutan terhadap hasil royalti minyak yang lebih tinggi daripada jumlah yang diterima bagi
kesemua negeri pengeluar minyak. Perkara ini sering menjadi isu utama bagi parti
pembangkang untuk mendesak kerajaan negeri yang dipimpin oleh Musa Aman berkenaan
tuntutan tersebut. Keadaan ini disebabkan penyataan berkenaan dengan Sabah antara
negeri yang termiskin berbanding dengan negeri-negeri Semenanjung sedangkan Sabah
merupakan pengeluar minyak dan gas di Malaysia. Tambahan pula, berdasarkan isu royalti
minyak yang disandarkan dalam Perkara 112 C (4) (b) menjelaskan bahawa Sabah dan
Sarawak mempunyai hak dalam memperoleh hasil royalti minyak. Namun terdapat beberapa
Akta yang dianggap sebagai satu pelanggaran dan mencabuli Perjanjian Malaysia 1963,
namun ianya diluluskan oleh pihak Parlimen.8

Perkara ini dibuktikan apabila Perjanjian Lesen Prospek bagi negeri Sabah
menunjukkan pembayaran royalti minyak iaitu 12 ½ peratus, Namun selepas berlakunya

6
Kenyataan Simon Sipaun, 26 Jun 2014.
7
A Rahman Tang Abdullah & Pandikar Amin Haji Mulia. Isu Perjanjian Malaysia 1963 (Ma63) Dan Hak Autonomi
Sabah Dan Sarawak Dalam Konteks Sejarah Dan Pru-14. Jurnal Kinabalu Edisi Khas. 2018. Hlm 291-317.
8
Harding, A. J. dan Chin, J. 50 Years of Malaysia: Federalism Revisited . Singapura: Marshall Cavendish
International (Asia) Private Limited. 2014. Hlm 67-70.

3
pembentukan Malaysia, penerimaan jumlah royalti minyak yang tinggi telah berubah.
Justeru itu, terdapat satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji semula jumlah
pembayaran cukai dan royalti minyak. Oleh demikian, pelaksaan yang disarankan adalah
melalui perkongsian secara saksama terhadap keuntungan daripada pengeluaran minyak.
Tambahan pula, terdapat pelaksanaan satu akta baru iaitu Akta Petroleum 1967 yang
menyebabkan kuasa perundangan dari segi perlesenan dan perlombongan, manakala
terdapat Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang mengurangkan kuasa kerajaan negeri
terhadap royalti minyak.9 Keadaan ini disebabkan kekuasaan berkenaan aktiviti petroleum
hanya diberikan kepada syarikat Petronas serta pembayaran royalty kepada kerajaan negeri
berpandukan akta tersebut.

Hal demikian menyebabkan pembayaran royalti minyak hanya sebanyak lima peratus
yang diperuntukkan di negeri Sabah. Oleh sebab itu, berdasarkan akta ini menjadi pertikaian
antara kerajaan negeri sabah dengan kerajaan pusat semasa kepimpinan Tun Mustapha
kerana beliau tidak mahu untuk menandatangi perjanjian tersebut. Konflik antara dua
kerajaan ini semakin menjadi tegang apabila Joseph Pairin Kitingan menuntut jumlah yang
lebih tinggi berkenaan dengan royalti minyak iaitu sebanyak 50 peratus.
Walaubagaimanapun, penyataan berkenaan dengan Akta Pembangunan 1974 dianggap
melanggar perkara 112 C (4) (b) dalam Perlembangaan Persekutuan, maka akta tersebut
dianggap tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan tetapi masih diluluskan oleh
parlimen. Hal demikian kerana parlimen atau kerajaan pusat tidak boleh membuat udang-
undang berkaitan dengan royalti minyak Sabah.10

Keadaan ini sedikit berbeza dengan di Sarawak yang menunjukkan hubungan baik
dengan kerajaan pusat mengenai royalti minyak daru tahun 1960. Hal ini disebabkan oleh
Sarawak mempunyai peranan yang penting dalam mengawal senario politik Malaysia.
Tambahan pula, sifat kepimpinan yang tegas oleh pemimpin Sarawak seperti Adenan Satem.
Beliau menunjukkan ketegasan beliau berkenaan dengan tuntutan jumlah hasil minyak yang
lebih. Bahkan terdapat penyataan bahawa kerajaan pusat ingin memberikan keseluruhan
hasil minyak (secara lisan).11 Namun, kesepakatan yang telah dibuat oleh DUN Sarawak
meluluskan tuntutan jumlah royalti sebanyak 20 peratus. 12 Selain itu, terdapat akta merujuk

9
Ibid. hlm 69.
10
A Rahman Tang Abdullah & Saidah Alih. (2017). Proses kemerdekaan Sabah dan Sarawak (1961−1963):
Tinjauan kembali aplikasi perundangan dalam penubuhan Malaysia. J ebat: Malaysian Journal of History, Politics
and Strategic Studies, 44 (1), 24−57.
11
Ibid. hlm 27
12
Siti Fahlizah Padlee & Mohd rizal Mohd Yaakop. “Hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah Semasa
Era Pentadbiran Musa Aman dan Kesannya Terhadap Hasil Royalti Minyak’. Jurnal Wacana Sarjana, 6(5) 2022.
Hlm 1-11.

4
kepada kausa negeri terhadap tanah dan haknya yang diberikan oleh Mahkota Ratu British
pada tahun 1954 iaitu Akta 250 seksyen 3(3). Walaubagaimanapun, akta ini tidak
dikuatkuasakan kerana ianya akan melibatkan perubahan sempadan yang memerlukan
persetujuan antara Sabah, Sarawak dan juga Majlis Raja-raja. 13 Oleh itu, berdasarkan
perjanjian MA63 menunjukkan bahawa kerajaan pusat telah melanggar intipati perjanjian
dalam perlembangan berkenaan dengan hak Sabah dan Sarawak berkaitan dengan royalti
minyak.

2.1.3 Takrif dan Cukai Jadual 9 Bahagian V

Mempertimbangkan pemisahan kedua-dua negeri berhubung cukai dan definisi produk


petroleum, jelas sekali Sabah dan Sarawak mengalami diskriminasi. Kedua-dua negeri
mengutip duti import dan cukai eksais; namun Sarawak juga mengendalikan cukai jualan
dan perkhidmatan. Adalah masuk akal mengapa Sarawak dan Sabah menuntut dana ini
kerana mereka juga mengendalikan tanggungjawab ini pada mulanya. Ini disebabkan
Sarawak dan Sabah perlu meminta bayaran balik kepada kerajaan kerana kehilangan
pendapatan akibat tidak dapat mengutip duti import dan duti eksais adalah penting bagi
mereka. Kerajaan pusat mewajarkan melakukan ini dengan mengatakan bahawa ia hanya
mematuhi keperluan AFTA. Malah, kerajaan mendakwa Sabah menerima subsidi kekal untuk
menggantikan pendapatan yang hilang. Ini menunjukkan bahawa duti import dan duti
eksais bernilai sebanyak RM 5.82 bilion setahun. 14

Justeru itu, pada masa ini, hanya Sabah dan Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk
memansuhkan bahagian Jadual 10 masing-masing. Ini kerana isu itu masih sah melalui
Jadual 9 Bahagian V item 1, kini disenaraikan sebagai Jadual 10 Bahagian V item 1 dalam
perlembagaan. Selain itu, kuasa masih terletak pada mereka kerana hanya kepimpinan
Sabah dan Sarawak yang tidak cukup kuat untuk menuntut haknya. Oleh itu, Jadual 9
Bahagian V item 1 — kini disenaraikan sebagai Jadual 9 Bahagian V item 1 dalam
perlembagaan — masih menjadi milik Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, selepas
1999, duti dan duti import tidak lagi dikenakan ke atas wilayah ini. Kerajaan bersetuju
bahawa eksais keluaran petroleum tidak dibayar ke atas Sabah dan Sarawak tetapi dengan
sengaja melanggar Perjanjian Malaysia 1963. Ini kerana tiada penggantian bagi eksais yang
hilang dilaksanakan. Tambahan pula, kritikan terhadap kerajaan persekutuan semasa
kekuasaan BN telah menafikan bidang kuasa kerajaan negeri contohnya di dalam bidang
percukaian. Oleh itu, berdasarkan kritikan tersebut telah menyebabkan pemimpin politik
13
Zainnal Ajamain. The Queen's obligation and intergovernmental committee report . Kota Kinabalu: BruConn Sdn
Bhd. 2015, hlm 102.
14
Siti Fahlizah Padlee & Mohd rizal Mohd Yaakop. Op.cit. hlm 7.

5
untuk mengkaji semula MA63. Jika kita lihat bahawa Sarawak telah menghantar peguam ke
London untuk meneliti semula dokumentasi MA63.

2.1.4 Hak autonomi dalam Pentadbiran Perkara 15 (A)

Isu yang berkaitan dengan konflik antara Putrajaya-Kota Kinabalu dan Putrajaya-Kuching
adalah berpunca daripada hak-hak autonomi yang terdapat dalam memorandum 20 Perkara.
Tambahan pula, perkara ini telah menjadi prasyarat Sabah dan Sarawak terhadap
Persekutuan Tanah Melayu semasa penggabungan berlaku. Secara keseluruhan, hak
autonomi ini berkaitan dengan perlindungan yang istimewa atau khas kepada Sabah dan
Sarawak di dalam Laporan JAK dan juga Perlembagaan Persekutuan. Antara hak-hak yang
termasuk dalam hak autonomi Sabah dan Sarawak ialah agama, imigresen dan juga sektor
perkhidmatan awam di kedua-dua negeri tersebut. Jika dilihat, kerajaan persekutuan sering
campur tangan dalam kuasa pentadbiran di Sabah dan juga Sarawak.

Walaubagaimanapun, keadaan ini dilihat apabila kerajaan negeri masih dalam


pengaruh kekuasaan kerajaan persekutuan yang kuat. Campur tangan kerajaan persekutuan
dalam hak autonomi kerajaan negeri dilihat berdasarkan perkara 6 iaitu isu
kewarganegaraan. Hal yang demikian keranan kerajaan persekutuan seringkali
membatalkan kemasukan warga ke dalam Borneo Utara, Namun sepatutnya kuasa kerajaan
persekutuan hanya sekadar berkaitan dengan keselamatan di kawasan Borneo Utara
sahaja.15 Justeru itu, pelanggaran daripada perjanjian ini menunjukkan bahawa isu
kewarganegaraan selalu dikaitkan dengan hak atau kuasa daripada kerajaan persekutuan.
Sebaliknya, kerajaan negeri seharusnya mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap
pergerakkan seseorang.

Selain itu, perkara ini lebih bertambah rumit apabila berlakunya pembubaran
Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan bagi Sarawak berdasarkan Perkara 15(A) dalam
Perlembagaan persekutuan pada tahun 2020. Keadaan ini secara jelasnya menunjukkan
pihak kerajaan persekutuan telah melanggar perjanjian yang termaktub dalam
perlembagaan dengan mencampuri bidang kuasa kerajaan negeri. Tambahan pula,
keistimewaan Sabah dan Sarawak iaitu sebagai badan eksekutif negeri tidak dikenali sebagai
Majlis Mesyuarat Negeri atau Expo seperti negeri-negeri di Semenanjung. Kuasa eksekutif di
Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Kabinet, dan anggota Kabinet bergelar Menteri
sedangkan di negeri-negeri di Semenanjung dikenali sebagai ahli Exco. Oleh itu,
15
Mohammad Agus Yusoff. ‘Putrajaya sebagai wilayah persekutuan: Isu-isu perlembagaan dan politik’. Dalam
Maizatul Haizan Mahbob dan Mohammad Zain Musa (ed.). Tinjauan baru politik Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
2005. Hlm 59.

6
perlanggaran mengenai Perkara 15 (A) telah menjadi pertikaian dan seterusnya
menimbulkan konflik antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang masih
berterusan sehingga kini.16

Tambahan pula, berkenaan dengan isu imigrsen di Sarawak menunjukkan tidak


mempunyai kuasa autonomi terhadap bidang tersebut. Keadaan ini dibuktikan bahawa
kuasa autonomi dalam bahagian imigresen adalah dikuasai oleh pihak kerajaan persekutuan
semasa pemerintahan BN bukannya hak autonomi tersebut berada dibawah kawalan
kerajaan Sarawak sejak dua tahun dahulu seperti yang dikatakan oleh pihak kerajaan
persekutuan: tidak wujud. Ini disebabkan penguatkuasa imigresen Sarawak tidak dapat
mengakses berkaitan dengan data dari Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya. 17 Oleh itu,
pengarah JIM Sarawak hanya mempunyai kuasa dalam pentadbiran seperti hanya perlu
mengikut arahan daripada persekutuan dan bukannya mempunyai kuasa dalam memberi
arahan dalma melaksanakan penguatkuasaan mengenai imigresen dan juga dasar-dasar
imigresen yang tertakluk dalam undang-undang perlembangaan.

Isu imigresen di Sabah pula dilihat apabila kebanyakan PATI membanjiri negeri
Sabah. PATI atau pendatang tanpa izin ini sering dikaitkan dengan warga Filipina dan juga
Indonesia yang datang ke Borneo Utara. Tambahan pula, mereka mula menetap di Sabah
sekian lamanya untuk mendapatkan kad pengenalan (IC) bagi menikmati kemudahan yang
ada di Malaysia. Berkaitan dengan perkara tersebut menjadi keresahan terhadap masyarakat
tempatan Sabah kerana akan terdapat persaingan dengan orang luar tidak kira dari segi
ekonomi mahupun sosial. Oleh yang demikian perkara ini sering dibangkitkan di dalam
parlimen serta menjadi isu yang hangat semasa PRU berlangsung. Sebagai contoh, Parti
Politik Star sering menganggap bahawa Warisan adalah sebuah parti yang mesra dengan
PATI dan perkara tersebut mendapat sokongan daripada masyarakat asli Sabah kerana
menyakini bahawa Jeffery dapat mengurangkan PATI berdasarkan perolehan kad
pengenalan Sabah.18

Selain itu, isu imigresen ini berkaitan juga dengan masyarakat dari semenanjung
harus mempunyai dokumen khas atau passport apabile masuk ke Sabah dan Sarawak. Jika
kita lihat bahawa Sabah dan Sarawak sudah lama bergabung dengan persekutuan Malaysia,
namun perundangan dari segi imigresen menimbulkan sedikit permasalahan. Oleh demikian,
16
Mohammad Agus Yusoff. Malaysian Federalism: Conflict or consensus . Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia. 2006. Hlm 67.
17
Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah. ‘Isu-isu keselamatan di Sabah dan impak kepada Malaysia’.
JATI: Jurnal Jabatan Asia Tenggara Universiti Malaya , 13, 2008. 49-68
18
Syed Abdul Razak Syed Mahadi. Indonesian labour migration to Sabah: Changes, trends and impacts . PhD
Thesis, The University of Adelaide. 2014. Hlm 29.

7
terdapat campur tangan kerajaan persekutuan dalam imigresen di Sabah, dimana kerajaan
persekutuan cuba untuk mengurangkan penguatkuasaan imigresen terhadap orang
semenanjung yang ingin masuk ke Sabah dan Sarawak. Hal ini bagi memudahkan mereka
untuk masuk ke Sabah tanpa Batasan dan dokumen yang tertentu. Namun ini mendapat
tentangan oleh pemimpin-pemimpin Sabah dan juga Sarawak. Hal ini disebabkan
menunjukkan pengurangan kuasa Sabah dan Sarawak dalam imigresen. Tambahan pula,
perkara ini sudah termaktub di dalam Perlembangan Persekutuan Malaysia berdasarkan
Perjanjian Malaysia 1963 yang menunjukkan kuasa imigresen berada dibawah kawalan
negeri Sabah dan Sarawak itu sendiri.

3.1 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, walaupun Perjanjian Malaysia 1963 dan juga 20 Perkara telah
dipersetujui semasa pembentukan Malaysia ditandatangani. Namun, masih terdapat
beberapa perkara yang dinafikan dan juga tidak terlaksanakan oleh pihak kerajaan
Persekutuan kepada kerajaan Negeri Sabah dan juga Sarawak. Justeru itu, isu-isu ini sering
dibangkitkan di dalam Parlimen, malahan menjadi manifesto terhadap ahli-ahli politik pada
masa kini. Berdasarkan parkara-perkara yang dibangkitkan ini juga telah menyebabkan
pemasalahan dan seterusnya menjadi konflik diantara kerajaan persekutuan dengan
kerajaan negeri. Akibatnya hubungan antara antara kedua-dua belah pihak ini menjadi
tegang.

Selain itu, perkara yang sering menjadi pembahasan dalam hak kesamarataan Sabah
dan Sarawak dengan keseluruhan Semenanjung Malaysia sebagai rakan kongsi atau rakan
sekutu, bukannya sebagai anak negeri dalam Malaysia. Seterusnya, isu yang menjadi konflik
utama antara dua belah pihak ini adalah mengenai bidang ekonomi, dimana hak Sabah dan
Sarawak terhadap hasil ekonomi mereka tidak diberikan secara adil dan sama rata. Hal
demikian menunjukkan pelanggaran terhadap Perjanjian MA63 terutamanya berkenaan
dengan hasil petroleum dan juga cukai. Oleh demikian, hak-hak Sabah dan Sarawak yang
termenterai dalam perjanjian Malaysia 1963 tidak harus dinafikan atau dilanggar, agar dapat
mengurangkan konflik diantara Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Walaupun isu-isu ini
sering dibangkitkan di parlimen dan juga menjadi manifesto kepada parti-parti politik,
namun perkara-perkara ini masih belum terselesaikan. Hal ini disebabkan pihak persekutuan
masih mencampurtangan dan menafikan hak-hak yang harus dimiliki oleh Sabah dan
Sarawak.

8
Rujukan

A Rahman Tang Abdullah, Abdul Rashid Salleh, Kadir Jaafar & Pandikar Amin Mulia. 2017.
Perjanjian Malaysia 1963 dan soal perundangan Sabah dan Sarawak: Tinjauan
terhadap isu sejarah dalam laman sosial. Jurnal Komunikasi Borneo, Edisi Khas
Konvokesyen, 2017. Hlm 85−103.

A Rahman Tang Abdullah & Pandikar Amin Haji Mulai. 2018. ‘Isu Perjanjian Malaysia 1963
(MA63)dan Hak autonomi Sabah dan Sarawak dalam Kontek Sejarah dan Pru-14.’
Jurnal Kinabalu Edisi Khas. Hlm 291-317.

A Rahman Tang Abdullah & Saidah Alih. 2017. Proses kemerdekaan Sabah dan Sarawak
(1961−1963): Tinjauan kembali aplikasi perundangan dalam penubuhan Malaysia.
jEbat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (1), 24−57.

Harding, A. J. dan Chin, J. 2014. 50 Years of Malaysia: Federalism Revisited . Singapura:


Marshall Cavendish International (Asia) Private Limited.

Kenyataan Simon Sipaun, 26 Jun 2014. DIpetik pada 1 Januari 2023.

Mohammad Agus Yusoff. 2005. ‘Putrajaya sebagai wilayah persekutuan: Isu-isu


perlembagaan dan politik’. Dalam Maizatul Haizan Mahbob dan Mohammad Zain
Musa (ed.). Tinjauan baru politik Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.

Mohammad Agus Yusoff. 2006. Malaysian Federalism: Conflict or consensus . Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramli Dollah, Eko Priytno Joko, Nordin Sakke, Suhaimi Salleh, Mohammad Faizal Rashid.
2018. ‘Hubungan Persekutuan Negeri Di Sabah Pasca Pru14: Prospek, Isu Dan Cabaran’.
Jurnal Kinabalu edisi Khas PRU14. Hlm 1-19

Siti Fahlizah Padlee & Mohd rizal Mohd Yaakop. 2022. “Hubungan Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri Sabah Semasa Era Pentadbiran Musa Aman dan Kesannya Terhadap
Hasil Royalti Minyak’. Jurnal Wacana Sarjana, 6(5) Hlm 1-11.

Syed Abdul Razak Syed Mahadi. 2014. Indonesian labour migration to Sabah: Changes,
trends and impacts. PhD Thesis, The University of Adelaide.

Tan Tai Yong. 2008. Creating “Greater Malaysia”: Decolonization And The Politics Of Merger .
Singapura: Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS).

9
Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah. 2008. ‘Isu-isu keselamatan di Sabah dan
impak kepada Malaysia’. JATI: Jurnal Jabatan Asia Tenggara Universiti Malaya , 13, hlm. 49
68

Zainnal Ajamain. 2015. The Queen's obligation and intergovernmental committee report .
Kota Kinabalu: BruConn Sdn Bhd.

10

Anda mungkin juga menyukai