Anda di halaman 1dari 22

SOALAN 1 : KONSEP ENLIGHTMENT DAN KEPENTINGANNYA DALAM PROSES

TRANSFORMASI PADA ABAD KE-18

Zaman Enlightment berlaku rentetan daripada gerakan Renaissance dan


Reformation. Ia merupakan satu gerakan intelektual yang berlaku di Eropah iaitu kira-
kira pada tahun 1650-1800. Ia merupakan satu gerakan pemikiran dan kepercayaan
yang berkaitan dengan konsep-konsep seperti Tuhan, sebab-musabab, alam dan
manusia. Ia adalah satu revolusi intelektual yang telah melahirkan pemikiran yang liberal
dan moden. Zaman enlightment juga merujuk kepada kemunculan idea-idea baru hasil
penulisan penulis-penulis pada ketika itu seperti John Locke dan Thomas Hobbe.
Kesedaran di peringkat zaman Enlightment ini membawa kepada berlakunya Revolusi
Perancis pada tahun 1789 dan membawa kepada kejatuhan pemerintahan monarki di
Perancis pada ketika itu. Revolusi ini menunjukkan kesedaran di kalangan masyarakat
Eropah untuk bangkit menentang pemerintahan monarki di Eropah pada ketika itu.

Sebelum kita pergi kepada kepentingan dan kesan Kesedaran Enlightment di Eropah
kita perlu mengetahui konsep dan ciri-ciri Enlightment itu sendiri. Dalam Bahasa Melayu,
istilah ini lebih sinonim dengan beberapa maksud iaitu pencerahan, penyerlahan dan
kesedaran. Istilah ini mula digunakan pada abad ke-18 M dimana pada ketika itu Eropah
berada dalam pembangunan falsafah dan berpandukan sebab-musabab berbanding
dengan nilai tradisional dan dogma yang berlaku dalam kegiatan sosial dan politik
masyarakatnya pada zaman sebelumnya. Kesedaran Enlightenment berlaku pada abad
ke-17 dan 18 terhadap budaya Eropah yang merujuk kepada perubahan cara pemikiran
rakyat Eropah. Apa yang penting pada ketika ini masyarakat Eropah lebih bersifat
mempersoalkan sebab dan musabab sesuatu perkara berbanding mempercayai tradisi
dan dogma lama yang dipengaruhi oleh golongan gereja dan golongan agama yang
dianggap karut dan tidak rasional.

Pada umumnya kesedaran enlightment di kalangan masyarakat Eropah ini telah


membawa kepada perubahan dari pelbagai aspek dalam kehidupan masyarakat Eropah
pada ketika itu sama ada dari segi politik ekonomi dan sosial. Kesedaran Enlightenment
berlaku pada abad ke-17 dan 18 terhadap budaya Eropah yang merujuk kepada
perubahan cara pemikiran rakyat Eropah. Mereka sudah mula menerima kewujudan
negara serta memfokuskan perhatian mereka kepada kaedah penggunaan kuasa politik
bagi memperbaiki taraf hidup manusia. Contohnya John Locke telah memperjuangkan
hak asasi dan hak untuk menentang kerajaan yang tidak melindungi hak asasi
rakyatnya. Baginya, prinsip raja berkuasa mutlak harus ditolak tetapi sebaliknya
kerajaan harus diasaskan kepada suatu bentuk kontrak atau persetujuan antara kedua-
dua belah pihak. Masyarakat turut mula percaya bahawa kuasa datang daripada
masyarakat. Hal ini menggalakkan penentangan yang bersifat radikal terhadap
pemerintahan mutlak. Pemerintahan mutlak hanya bersifat menindas.

Selain itu, Setelah berlakunya Perang Tiga Puluh Tahun di Eropah antara tahun
1618 hingga 1648, pembentukan nilai sekular mula kelihatan dalam kehidupan
masyarakat. Masyarakat mula mengurangkan kehidupan selepas mati tetapi melebihkan
pemerhatian kepada kehidupan nyata. Ini bermaksud bahawa masyarakat tidak lagi
mementingkan keagamaan dalam bidang keduniaan; tetapi menggunakan cara-cara
saintifik, objektif dan akal budi untuk menentukan sesuatu. Hasilnya, lahir Revolusi
Perindustrian yang mengakibatkan perubahan penghasilan barangan daripada
penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia. Revolusi ini bukan
sahaja melibatkan perubahan dalam industri tetapi melibatkan bidang sosial dan
intelektual.

Dari segi Ekonomi pula, Ahli falsafah pada ketika ini telah mempengaruhi kerajaan
mengurangkan kawalannya dalam pasaran, iaitu menggunakan pendekatan ekonomi
laissez-faire. Sumber utama kekayaan nasional ketika itu adalah pertanian. Contohnya
sumber gandum di Perancis yang banyak menyebabkan peningkatan pengeluaran. Idea
mereka adalah untuk meningkatkan harga dan juga hasil. Semakin banyak pengeluaran
gandum, harga gandum akan menurun dan menyebabkan keseimbangan dalam
ekonomi.

Dari segi perindustrian pula, mereka telah menggalakkan penubuhan syarikat-


syarikat dengan galakan peminjaman kapital, jaminan pasaran, kemudahan
pengumpulan barang mentah, mengadakan sistem timbangan dan penggunaan mata
wang yang seragam. Selain itu, mereka membina kilang-kilang diraja bagi menghasilkan
porselin, gelas dan pakaian. Kegiatan perdagangan adalah digalakkan dan berbentuk
bebas. Jalan raya, sungai, pelabuhan dan terusan telah diperbaiki. Kegiatan kapal-kapal
dagang digalakkan diwujudkan perundingan yang melibatkan perjanjian-perjanjian
perdagangan.

Dari segi sosial pula, Ketika era zaman Enlightenment, masyarakat mula
mempersoalkan kepercayaan agama mereka dan ajaran gereja secara terbuka. Sebelum
Revolusi Saintifik, masyarakat hanya akan menganggap misteri alam sebagai keajaiban
dari Tuhan. Namun, saintis telah dapat menyelesaikan misteri tersebut melalui
matematik. Newton sendiri merupakan seorang yang warak dan menyelesaikan
keajaiban tersebut adalah kerana Tuhannya. Tetapi, penemuan beliau menyebabkan
cara pemikiran masyarakat terhadap Tuhan bertukar.

Voltaire dan pengkritik yang lain telah mempersoalkan ajaran dan amalan
Christianity. Mereka ingin menghilangkan kepercayaan terhadap ketahyulan dan
ketakutan. Mereka mendorong kepada toleransi terhadap semua agama. Galileo dan
Newton telah berjaya membongkar misteri alam pada sekitar tahun 1500 dan 1600.
Perkembangan ilmu saintifik semakin luas pada sekitar tahun 1700. Saintis berjaya
membuat penemuan dalam kimia, fizik, biologi dan mekanik. Revolusi Saintifik telah
memberi manusia keyakinan untuk menyelesaikan lebih banyak masalah sosial.

Kepercayaan dalam Sains dan perkembangannya telah menyebabkan peningkatan


individualisme. Masyarakat lari dari mendapat ajaran dari agama dan kerabat diraja
kerana mereka mula mencari diri mereka sendiri. Ahli falsafah yang mendorong mereka
menggunakan keupayaan berfikir mereka untuk membezakan antara yang benar atau
salah. Mereka juga menekankan kepentingan individu dalam masyarakat. Adam Smith
telah menyatakan bahawa individu yang pentingkan diri boleh meningkatkan
perkembangan ekonomi.

Secara kesimpulannya, Kesedaran Enligthment di kalangan masyarakat Eropah telah


membawa kepada perubahan dari corak hidup masyarakat. Dari segi politik masyarakat
mula menolak pemerintahan monarki atau pemerintahan mutlak oleh raja-raja dan
percaya bahawa negara perlu di tadbir oleh masyarakat bebas. Dari segi, ekonomi pula
membawa kepada kewujudan ekonomi bebas dan kesannya ekonomi berasaskan
merkantalisme atau pengumpulan emas bagi mengukur kekayaan negara telah bertukar
kepada ekonomi pasaran bebas yang bergantung kepada permintaan yakni ekonomi
kapitalisme yang menolak monopoli dalam ekonomi. Dari segi sosial pula, masyarakat
Eropah pada ketika itu lebih mempersoalkan sebab dan musabab sesuatu fenomena
bersasakan kaedah saintifik dan mula menolak kepercayaan tradisi gereja yang
berbentuk tahyul dan bercanggah dari realiti yang sebenar.
SOALAN 2 : SEBAB DAN KESAN REVOLUSI 1848 SEBAGAI SATU REVOLUSI
MASA

Tahun 1848 telah menyaksikan Eropah dilanda oleh gelombang revolusi yang
menggegarkan politik dan sosial. Revolusi tahun 1848 juga dikenali sebagai The Year
Of Revolution mempunyai peranan yang sangat penting kerana revolusi ini melibatkan
banyak Negara misalnya Perancis, Jerman, Itali dan lain-lain Negara. Revolusi tahun
1848 walaupun berlaku di kawasan-kawasan yang berbeza-beza namun ianya tetap
mempunyai tujuan yang sama iaitu menubuhkan sebuah republik demokrasi
berperlembagaan dengan kesamarataan di sisi undang-undang. Revolusi tahun 1848 ini
mempunyai beberapa faktor kebangkitan isme-isme seperti Kapitalisme, Romantisisme,
Liberalisme, Sosialisme dan juga Marxisme atau Komunisme. Dan revolusi ini ternyata
memberikan kesan yang mendalam terhadap sejarah Eropah iaitu keruntuhan sistem
order lama, penubuhan Negara Kebajikan dan juga perkembangan sistem kilang.

Perkembangan pemikiran merupakan titik tolak kepada berlakunya revolusi pada


tahun 1848 ini. Antara kebangkitan pemikiran tersebut adalah golongan Romantisisme,
Perkembangan pergerakan atau pemikiran romantis ini pada dasarnya telah merebak
dengan meluas dalam kalangan ahli-ahli seni kesusasteraan dan budaya di Eropah.
Walaupun pemikiran romantis ini secara khususnya bergerak dalam bidang seni
kesusasteraan dan budaya, namun mereka juga mempunyai pertalian dengan
perkembangan pemikiran politik. Terdapat perbezaan ideologi antara golongan
romantisisme ini antaranya konservatif, radikal, liberal, kuat beragama dan lain-lain. Hal
ini kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza-beza dan sentiasa berubah-
ubah misalnya penyajak Inggeris seperti William Wordsworth, Robert Southley dan
Samuel Coleridge menyokong revolusi Perancis, namun kemudiannya tidak menyokong
setelah setelah Revolusi Perancis menempuh peringkat yang lebih radikal, melampau
dan ganas. Golongan Romantisisme ini menekankan unsur perasaan daripada yang
sebelumnya berlandaskan unsur kepercayaan kepada akal manusia. Golongan ini
mengagungkan tradisi rakyat sesuatu negeri, sastera rakyat daerahan, dan ini
bertentangan dengan semangat persaudaraan sejagat atau kosmopolitanisme yang
telah dibangkitkan oleh Revolusi Perancis. Dari sinilah dapat dilihat golongan ini
memberi sumbangan kepada kebangkitan nasionalis-nasionalis pada ketika itu.

Revolusi tahun 1848 juga berlaku disebabkan kebangkitan pemikiran Liberalisme.


Konsep liberal sebenarnya muncul semasa meletusnya Revolusi Perancis pada tahun
1789. Perjuangan kaum pekerja menerusi slogan kebebasan (liberte), kesamaan
(egalite) dan persaudaraan (fratenite) telah menjadi prinsip bagi penyingkiran
kekuasaan. Falsafah liberalisme kemudiannya dikembangkan oleh beberapa pemikir,
antaranya John Locke, Hume, Rousseau, Diderot, Lessing dan Immanuel Kant. Selain
itu, Liberalisme sebenarnya berkaitan dengan kata Libertas yang berasal daripada
bahasa Latin dimana ianya membawa maksud kebebasan. Di samping itu, Liberalisme
juga mencakupi banyak aliran yang berbeza ertinya sama ada dalam bidang politik,
ekonomi dan keagamaan, yang bertitik tolak pada kebebasan orang-perseorangan
berkenaan dengan apa-apa pun kekuasaan. Liberalisme juga bermaksud sesuatu
fahaman yang bersetuju dengan pemulihan dalam pemerintahan negara. Liberalisme
memihak kepada konsep pemerintahan menurut Perlembagaan, kuasa Dewan
Perwakilan yang mewakili rakyat, dan ini bercanggah dengan konsep pemerintahan
monarki yang umum terdapat di Eropah pada masa itu. Para pendukung liberalisme juga
turut dipengaruhi oleh para romantisisme dimana mereka turut mempunyai harapan dan
impian mereka sendiri. Para liberal yakin bahawa satu era baru yang lebih cemerlang
akan lahir di Eropah, sekiranya fahaman mereka dijadikan landasan dalam aspek
pemerintahan dan kehidupan. Namun, liberalisme di Eropah akhirnya bertukar corak
apabila terdapatnya perkembangan yang tidak dapat dielakkan. Antara perkembangan
ini ialah gelombang fahaman demokratik (iaitu persamaan manusia dari aspek politik
dan undang-undang) yang dibangkitkan oleh Revolusi Perancis. Dan hal ini telah
menyebabkan liberalisme telah berkompromi dan berundur demi mendamaikan segala
kekencangan ini.

Revolusi tahun 1848 ini telah memberikan kesan yang mendalam terhadap
perkembangan sejarah Eropah. Kesan yang pertama adalah keruntuhan sistem orde
lama ataupun lebih dikenali dengan sistem feudal. Keruntuhan sistem orde lama ini
dapat dilihat dengan pembentukan Kerajaan Sementara di Perancis. Kerajaan Sementara
ini terbentuk ekoran tercetusnya revolusi di Paris dimana selepas Louise Philippe yang
mengambil keputusan meninggalkan Perancis dan lari ke England ekoran tidak lagi
sanggup menghadapi rusuhan yang berlaku. Dengan ini, para ahli parlimen telah
merancang untuk melantik cucunya yang berumur sembilan tahun sebagai raja.
Rancangan untuk melantik raja dan juga seorang pelindungnya atau wakil raja ini telah
digagalkan oleh serbuan orang ramai yang telah bertindak memasuki dewan parlimen.
Ahli parlimen telah meninggalkan dewan; yang tidak berganjak hanyalah minoriti yang
radikal, termasuk Lamartine. Kumpulan ini lah mengisytiharkan pembentukan sebuah
Kerajaan Sementara. Namun, pada dasarnya sistem feudal ini sebenarnya hanya jatuh
dalam jangka masa yang singkat sahaja. Hal ini disebabkan sistem pemerintahan
monarki telah kembali berkuasa serta mengambil alih tampuk pemerintahan.

Kemunculan Negara Kebajikan juga merupakan salah satu kesan yang dapat
dilihat ekoran daripada revolusi ini. Hal ini berlaku disebabkan revolusi yang digerakkan
oleh golongan fahaman yang tertentu telah menyebabkan pihak kerajaan melaksanakan
beberapa skim tertentu walaupun revolusi-revolusi 1848 pada dasarnya gagal
menghasilkan satu reformasi sosial yang menyeluruh. Sebagai contoh, kerajaan telah
melaksanakan beberapa skim seperti dasar perumahan untuk para pekerja dan
rancangan ganti rugi bagi para pekerja. Di samping itu juga, kerajaan turut
melaksanakan penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja serta perkara-perkara lain yang
seumpamanya. Perkara-perkara seperti inilah yang dikenali sebagai salah satu sistem
Negara Kebajikan. Kemunculan Negara Kebajikan ini telah menjalinkan satu unsur yang
di luar perhitungan teori Marx tentang proses pengindustrian. Menurut teori Marx, sikap
tolak ansur antara para majikan dengan para pekerja adalah sesuatu yang mustahil.
Menurut Marx, majikan hanya mementingkan keuntungan dan keuntungan ini hanya
boleh dihasilkan dengan melakukan pemerasan terhadap kaum pekerja. Ini semua akan
hanya menghasilkan pertentangan kelas yang akan akhirnya menghancurkan sistem
kapitalis itu sendiri. Namun, dengan munculnya negara kebajikan, majikan dan pekerja
nampaknya dapat bertolak ansur dan ini sekaligus dapat menyangkal pemikiran yang
dibuahkan oleh Marx.

Revolusi 1848 juga menyebabkan berlakunya perkembangan dalam sistem


kilang, dapat dilihat apabila terdapatnya kumpulan pekerja yang datang dari daerah
luar bandar. Kedudukan pekerja yang berada dalam kelompok yang sama menyebabkan
ianya mudah melahirkan rasa persamaan nasib dan juga persamaan tujuan dalam
kalangan mereka semua. Hal ini telah memudahkan gerakan dalam usaha menuntut
pembelaan dalam kalangan pekerja semakin mudah untuk dijalankan. Bruun telah
menyatakan bahawa antara tiga faktor utama yang menyebabkan tercetusnya revolusi-
revolusi 1848 ialah, liberalisme, nasionalisme, dan industrialisme, maka industrialismelah
faktor yang paling menyeluruh dan dinamik. dapatlah dibuktikan bahawa revolusi-
revolusi 1848 merupakan revolusi dunia moden yang pertama, kerana pekerja di bawah
pengaruh sosialisme telah bertindak mengancam peraturan hak milik harta
perseorangan. Bagi Bruun, revolusi revolusi 1848, adalah pergolakan sosial yang
pertama selepas tumbuhnya sistem kilang dan perkembangan industri.

Kesimpulannya, walaupun Revolusi 1848 tidak berjaya, namun kebangkitan


golongan menengah dan bawahan telah mendatangkan impak yang besar terhadap
perubahan struktur pemerintahan. Selain itu, kebangkitan isme-isme ini telah
mendatangkan pelbagai kesan terhadap dunia di Eropah. Antaranya ialah berlakunya
keruntuhan sistem orde lama atau pun dikenali sebagai sistem feudal, penubuhan
Negara Kebajikan dan juga perkembangan sistem kilang. Walaupun Revolusi 1848 telah
gagal dalam usaha menghasilkan satu reformasi sosial secara menyeluruh, namun
revolusi ini telah membuka minda kerajaan dan seterusnya membolehkan kerajaan
membuat perubahan dalam aspek pemerintahan bagi menjaga kepentingan rakyat. Hal
ini dapat dibuktikan dengan wujudnya beberapa skim bantuan kerajaan yang tertentu
dan dilaksanakan dari semasa ke semasa demi kepentingan rakyat terutamanya kaum
pekerja di Eropah.
SOALAN 3 : CIRI-CIRI UTAMA FAHAMAN DARWINISME & DARWINISME
SOSIAL YANG DIAPLIKASIKAN DALAM SEJARAH EROPAH PADA ABAD KE-19

Charles Robert Darwin, lahir pada 12 Februari 1809 di Shropshire, England


merupakan pengasas kepada fahaman Darwinisme. Beliau merupakan seorang naturalis
yang menjadikan prinsip garis keturunan yang sama common descent dengan
mengajukan seleksi alam sebagai mekanismenya adalah asas kepada teori
revolusionernya yang menjadi landasan kepada teori evolusi moden di Eropah pada
abad ke-19. Asalnya, penulisan beliau adalah untuk membuktikan bahawa teori
penciptaan adalah bertentangan dengan sains yang mana penganut-penganut fahaman
agama tidak dapat membuktikan peranan Tuhan dalam penciptaan alam semesta. Oleh
itu, beliau telah mencipta teori evolusi yang menolak peranan Tuhan dalam teori
penciptaan dengan menekankan bahawa kebetulan adalah tiang kepada fahaman ini
yang mana setiap perkara yang berlaku hendaklah mempunyai sebab asal dalam
menerangkan setiap kejadian, dan sebab asal bagi teori ini ialah kebetulan yang
mencetuskan suatu proses kejadian yang dinamakan sebagai the unmoved mover oleh
Aristotle.Origin of Species by Means of Natural Selection atau The Preservation of
Favoured Races in The Struggle of Life(1859) adalah penulisannya yang terkenal
sehingga sekarang selain dari Descent of Man, Selection in Relation to Sex dan The
Expression of The Emotion in Man And Animal. Penciptaan teori tersebut melalui
penulisan beliau telah mencipta fahaman darwinisme menerusi ciri-ciri tertentu,
seterusnya mewujudkan fahaman darwinisme sosial yang dipelopori oleh penganut
fahamannya di Eropah.

Terdapat beberapa ciri-ciri utama yang mendorong fahaman darwinisme, salah


satunya ialah teori penciptaan adalah tidak relevan seperti teori evolusi yang
mendukung kajian saintifik berdasarkan penemuan. Teori ini sekeras-kerasnya menolak
kewujudan Tuhan yang berperanan menciptakan segala yang wujud di dalam alam
semesta dan menekankan dalam teorinya bahawa hidupan ini bermula dengan sel
tunggal yang terjadi secara kebetulan tanpa pencipta dalam satu garis keturunan yang
sama, tetapi berevolusi dari satu tahap ke satu tahap yang berbeza melalui peredaran
masa yang cukup lama. Penciptaan teori Darwin ini menjadi satu tamparan kepada
institusi-institusi agama di Eropah kerana menafikan kewujudan Tuhan dan menafikan
peranan golongan Kreationist dalam institusi keagamaan. Namun, teori ini sangat
diterima dan mendapat perhatian masyarakat Eropah pada abad ke-19 terutamanya
institusi sains dan pendidikan serta penerimaan golongan atheis, yang membawa
kepada kemunculan fahaman baru seperti sekularisme, rasisme, fasisme, komunisme
serta menjadi komponen pendukung kepada kolonialisme, imperialisme dan kapitalisme.

Asalnya penciptaan teori ini adalah untuk mendukung kajian dalam bidang sains
mengenai hidupan, tetapi penyimpangan dan penyalahtafsiran menyebabkan teori ini
menjadi suatu fahaman yang mendukung sifat-sifat keagamaan, politik, budaya dan
cara hidup yang diperkembangkan lagi oleh orang Eropah itu sendiri melalui ciri-ciri
utama yang seterusnya iaitu Struggle For Life. Dalam penulisan Darwin, menerusi ciri
tersebut makhluk hidup yang terdapat di seluruh alam ini harus sentiasa
mempertahankan kehidupannya dengan ketentuan mutlak agar tidak hilang atau
dihapuskan dan berusaha untuk terus hidup dari lingkungan pemilihan alam semula jadi
yang sentiasa memberi tekanan kepada hidupan yang akhirnya membentuk proses
evolusi terhadap satu-satu spesis yang dikehendaki oleh alam tersebut. Dalam ciri
tersebut, Darwin menyatakan bahawa keberadaan spesis dan lingkungan alam sekitar
itu sendiri menjadi faktor utama kepada hidupan/bangsa yang kuat akan terus hidup
melalui tekanan-tekanan semula jadi seperti makanan, tempat tinggal, ras dan
sebagainya. Orang Eropah menganggap ciri ini sebagai satu ideologi yang selaras
dengan perjuangan mereka, iaitu Beban Orang Putih dan tugas menyebarkan tamadun
yang telah mereka pikul selama berabad lamanya.

Tambahan pula, ciri seterusnya yang menyokong Struggle For Life dalam
penulisan teorinya iaitu Survival of The Fittest telah berjaya meyakinkan bangsa
Eropah bahawa mereka adalah bangsa terkuat yang dipilih oleh alam semula jadi untuk
terus wujud. Ciri ini menekankan bahawa hanya makhluk yang unggul yang dapat
beradaptasi dengan alam akan terus bertahan untuk hidup lalu melahirkan keturunan
baru dan selanjutnya melahirkan spesis yang baru. Manakala yang lemah dan tidak
mampu beradaptasi akan mati lalu musnah. Ciri-ciri ini merupakan mekanisme yang
disebut sebagai seleksi alam, yang mana pada pertengahan abad ke-19, bangsa Eropah
dikejutkan oleh penemuan Darwin, iaitu tengkorak kera separa manusia yang dijumpai
di Piltdown, England. Penemuan ini meyakinkan kebanyakannya bangsa Eropah bahawa
mereka adalah manusia yang berasal dari kera kuno, telah dipilih oleh alam menjadi
bentuk yang seadanya moden, yang bukan sahaja kuat tetapi memiliki
kecerdikan(ketamadunan). Ciri-ciri utama inilah yang akhirnya mencipta darwinisme
sosial di Eropah yang melihat kepada kepentingan bangsa Eropah itu sendiri.

Penciptaan teori evolusi dan fahaman darwinisme pada asalnya tidak menyentuh
kepada aspek politik, budaya dan cara hidup manusia ketika itu. Namun, tafsiran dan
penulisan lengkap buku-buku Darwin yang diusahakan oleh Neo-Darwinism sebenarnya
yang mewujudkan darwinisme sosial di Eropah ketika itu walaupun secara amnya
penulisan beliau hanya sekadar sebuah teori dalam bidang biologi dan paleontologi.
Darwinisme Sosial ini berlaku apabila Darwin sendiri menyatakan bahawa ras kulit
putih(Eropah) dikatakan sebagai ras yang beradab kerana proses evolusinya lebih
sempurna daripada kulit yang berwarna seperti bangsa Afrika dan Asia yang mana ras
kulit berwarna dikatakan sebagai ras yang diadab kerana sifatnya lebih dekat dengan
kera dan gorilla. Beliau meramalkan bahawa ras kulit putih akan memenangi
pertarungan dengan mengalahkan ras berwarna dalam apa cara sekalipun sehingga ras
tersebut akan punah atau musnah. Ramalan beliau pada masa akan datang iaitu dalam
masa beberapa abad lagi ras-ras manusia biadab yang ditulis oleh beliau dalam bukunya
iaitu Descent Of Man akan musnah. Pernyataan ini menjadikan orang Eropah begitu
taksub dan menguatkan institusi politiknya dalam menjalankan dasar imperialisme dan
kolonialisme secara besar-besaran dengan menjadikan peperangan dan penindasan
kepada bangsa lain sebagai satu panduan untuk mereka terus hidup dan kekal wujud
seperti yang diramalkan oleh Darwin.

Oleh itu, fahaman Darwinisme mula menjadi pendukung kepada Darwinisme Sosial
terutamanya dalam bidang politik. Fahaman ini mengukuhkan lagi usaha untuk
mengekalkan ideologi-ideologi yang sedia ada seperti sekularisme, imperialisme dan
kolonialisme. Fahaman ini cuba untuk memisahkan peranan agama sepenuhnya dan
dunia politik dengan menjadikan kontrak sosial sebagai batas kepada kuasa
pemerintah. Fahaman ini juga menjadikan bangsa Eropah lebih agresif dalam
menjalankan dasar perluasan kuasa serta menghalalkan bangsa kulit berwarna dibunuh
atau dijadikan sebagai hamba dalam sistem kolonialisme sebagai tanda kepada
peralihan bangsa Eropah yang kuat dan bertamadun. Tambahan pula fahaman ini
menjadi asas kepada kewujudan ideologi yang baru seperti fasisme, nazisme, rasisme
dan komunisme yang berlaku ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua yang
memperlihatkan pembawaan kepada fahaman ini iaitu kemunculan sesebuah bangsa
dengan kuasa yang kuat dan bertujuan untuk menghapuskan bangsa lain di Eropah.
Sebagai contoh, Adolf Hitler dan Benitto Mussolini menggunakan sistem ketenteraan
untuk menguatkan lagi ideologi baru yang mereka bawa iaitu nazisme, fasisme dan
rasisme dibawa Darwinisme Sosial yang mana mereka bekerjasama dalam
menghapuskan bangsa Yahudi dalam peristiwa Holocaust iaitu pembunuhan manusia
yang tidak sepadan dengan rasa tau ciri-ciri manusia sempurna dan penghinaan kepada
bangsa kulit hitam di Eropah. Berbeza pula keadaannya selepas Perang Dunia Kedua
dengan pembawaan fahaman komunis secara besar-besaran yang dicipta oleh Karl Marx
yang mana beliau sendiri banyak mengaplikasikan fahaman Darwinisme dalam teorinya
sehinggakan beliau sendiri mendedikasikannya dalam Das Capital dengan ungkapan
from a devoted admirer to Charles Darwin.

Darwinisme Sosial ini bukan sahaja digunakan sebagai alat ideologi yang akan
membentuk masa depan kemanusiaan dengan suatu reformasi sosial dalam aspek
politik, agama, sains, sosial dan pemikiran tetapi juga diaplikasikan dalam bidang
ekonomi. Hal ini demikian kerana fahaman ini menjadi pendukung kepada sistem
ekonomi kapitalisme yang dicipta oleh Adam Smith iaitu individu yang berkepentingan
dan mempunyai azam yang kuat sahaja akan terlepas dalam sistem ekonomi pasaran
bebas laissez-faire yang juga memperlihatkan bagaimana perbezaan sosial di antara
individu yang berjaya mengaut keuntungan dan kekayaan dianggap kuat manakala yang
gagal dianggap lemah akan ditindas. Struggle for life dan Survival of the fittest adalah
asas kepada fahaman ekonomi ini. Berbeza pula dengan sistem ekonomi yang dibawa
oleh fahaman komunisme yang menekankan keadilan dan kesamarataan dalam
sesebuah komuniti tetapi pada masa yang sama ianya juga mendukung fahaman
Darwinisme Sosial iaitu pemerintah yang kuat akan menentukan dasar-dasar ekonomi
dan pemilikan harta yang memperlihatkan dua jurang sosial, iaitu penguasaan ekonomi
oleh golongan yang kuat dan yang lemah akan terus ditindas. Kesemua fahaman-
fahaman ini sangat bersangkut paut dengan Darwinisme Sosial yang berlaku di Eropah
ketika itu.

Konklusinya, fahaman Darwinisme sebenarnya bukan sahaja merupakan satu


fahaman yang membidas golongan agama atau teori penciptaan malahan ideologi
Darwinisme ini telah terus menular kepada masyarakat Eropah termasuk pemimpin-
pemimpin di Eropah seperti Musollini dan juga Adolf Hitler dalam melaksanakan dasar
dan pengaplikasiannya dalam kehidupan manusia sehingga kini.
SOALAN 4: PENYATUAN ENTITI POLITIK DAN KEMUNCULAN ITALI DAN
JERMAN PADA ABAD KE-19.

Pembentukan negara bangsa adalah merupakan satu konsep dan proses yang amat
penting untuk mewujudkan sesuatu negara. Menurut Sivachandralingam Sundara Raja,
Negara bangsa adalah satu konsep yang merujuk kepada satu bentuk kenegaraan yang
memeperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-
satu bangsa sebuah wilayah yang berdaulat dan konsep negara ialah entiti politik dan
geopolitik yang ada dalam pembentukan negara bangsa berkenaan. Dengan ini negara
bangsa adalah sebuah negara yang berdaulat dengan penduduk yang mempunyai
kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama yang berasaskan bahasa, adat dan
tradisi yang sama. Namun dari aspek pembinaan negara bangsa ataupun kemunculan
sesuatu negara merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah sebelum
Perang Dunia ke 2. Negara Itali dan Jerman adalah perintis kepada pembinaan negara
bangsa di Eropah pada abad ke 19 dahulu. Negara Itali dan Jerman juga pernah
mengalami proses penyatuan.

Sebelum abad ke-19, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di bawah pemerintahan
masing-masing. Pada ketika itu Jerman telah dikuasai oleh negara Perancis. Perancis
telah melucutkan takhta raja serta mengubah sempadan Eropah. Perancis telah
membentuk semula struktur pemerintahan Jerman dan mencantum negeri-negeri kecil
di Jerman. Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana wujud
beberapa faktor penghalang seperti kebangkitan revolusi pada tahun 1848, persaingan
antara kuasa Austria dan Prusia iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman disatukan
dan ramai golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada yang telah
menetap di Amerika.

Penyatuan Jerman dilakukan oleh Otto Eduard Von Bismark dengan mengamalkan
realpolitik dan politik darah dan besi. Antara teknik yang digunakan oleh tokoh ini adalah
dengan tipu helah, pemalsuan dokumen dan provokasi. Matlamatnya adalah untuk
menyatukan Jerman dan rakyatnya menerima sistem kediktatoran yang diperjuangkan
oleh tokoh mereka. Bismark telah bertindak secara lebih agresif dalam merealisaikan
proses penyatuan Jerman. Selaku Perdana Menteri, Bismark merancang untuk
mengukuhkan pasukan tentera dan memperkasakan ekonomi Prusia agar dapat
mengurangkan pengaruh Austria dalam kalangan negeri-negeri Jerman. Bismark telah
mengisytiharkan perang ke atas Austria apabila menghantar tentera ke Holstein pada 15
Jun 1866 dengan menuduh pihak Austria melanggar Perjanjian Gastein iaitu kerajaan
Austria telah melayan dengan buruk orang-orang Jerman yang berada di Austria. Perang
ini mengambil masa selama 7 minggu, oleh sebab itu ia dikenali Perang Tujuh Minggu.

Tentera Austria telah dikalahkan di Sedowa dan perang ini telah ditamatkan dengan
Perjanjian Prague pada tahun 1866. Mengikut perjanjian ini Austria dikeluarkan daripada
kesatuan ini serta Austria serah Holstein kepada Prusia dan wilayah Venetia diserahkan
kepada Itali. Kejayaan ini telah membolehkan Bismark menggabungkan semua negeri-
negeri utara Jerman menjadi Pergabungan Jerman Utara. Selain itu, dengan
menggunakan tipu helah, Bismark telah berjaya memujuk negeri-negeri Selatan Jerman
bersatu dengan Prusia. Selepas itu, berusaha memujuk sekutu-sekutu Perancis supaya
tidak membantu Perancis. Dalam meneruskan misinya Bismark telah melancarkan
perang ke atas Perancis pada Julai 1870. Perancis berjaya dikalahkan oleh Prusia pada
tahun 1871 dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Frankfurt. Selepas berjaya
mengalahkan Perancis, Bismark telah menyatukan Jerman menjadi Empayar Jerman
yang mengandungi 25 negeri kecuali Austria.

Selepas berjaya menyatukan Jerman (1871), Bismark berusaha untuk


mewujudkan keamanan di dalam dan luar negeri Jerman, membangunkan negara dan
mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan persahabatan dengan
negara-negara Eropah. Bismark juga telah menandatangani perjanjian 3 kuasa iaitu
antara Prusia dengan Itali dan Austria yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga.
Tujuannya untuk mengelakkan daripada Perancis menyerang Jerman. Bismark juga
telah memperkenalkan perlembagaan Jerman dengan menubuhkan parlimen yang
mengandungi Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja yang bermaksud perlembagaan
yang digubal oleh Raja-Raja. Bismark juga berusaha menyekat pengaruh gereja,
menyeragamkan sektor ekonomi, membangunkan sektor perindustrian, memajukan
sektor pertanian dan perdagangan serta pemulihan sosial. Rakyat Jerman bersedia
menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck untuk menyatukan
Jerman. Bismarck telah menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan
membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.

Manakala negara Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilayah.
Di bahagian utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai
oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah
pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali. Dengan menggunakan
amalan real politik, Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi
sebuah negara. Count Camillo Benso di Cavour sangat menyanjung penyatuan Itali
berlandaskan pemerintahan monarki dan beliau telah mewujudkan kerjasama dengan
Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860. Hasil
bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria. Melalui satu pungutan
suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan majoriti
rakyat untuk menyatukan Itali.

Pada tahun 1866, sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia
menewaskan Austria, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali. Pada tahun 1870,
Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Count Camillo Benso di Cavour
mengambil peluang ini menyatukan Rom clan Itali. Penyatuan ini akhirnya telah
membentuk sebuah negara bangsa Itali. Itali asalnya dikuasai oleh Austria dan
rakyatnya mahu menyatukan Itali dengan membebaskan diri daripada pemerintahan
Austria. Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara melalui
realpolitik. Antara usaha Benso di Cavour dalam pungutan suara, membantu Prussia
tewaskan Austria dan menyatukan pemerintahan monarki.

Pembentukan kerajaan Itali baru diisytiharkan dengan rasminya pada tahun 1861
parlimen pertama bersidang di Turin. Venetia dan Rom tidak termasuk dalam kerajaan
baru. Pada tahun 1864, kerajaan Itali mengadakan satu perjanjian dengan Napoleon III.
Mengikut perjanjian, tentera Perancis hendaklah diundurkan dari Rom dengan
persetujuan bahawa Rom tidak akan diserang, dan kerajaan Itali memindahkan ibu
negeri dari Turin ke kota lain bagi sementara waktu. Sekali lagi berlaku penentangan
menyeluruh terhadap kerajaan apabila perjanjian tersebut bocor. Sekali lagi kerajaan ini
dipaksa meletak jawatan. Tetapi Perdana Menteri baru, La Marmora walaupun
dibangkang, mengesahkan perjanjian itu dan dalam tahun 1865 ibu negeri Itali
berpindah ke Florence.

Dalam tahun 1865 Napoleon III mengundurkan tentera Perancis ke kota Rom,
tetapi tentera paus, sebilangan besar masih diperintah oleh pegawai-pegawai Perancis.
Dalam masa yang sama berlaku pertempuran antara Napoleon III dengan Garibaldi di
Mentana tetapi tentera Garibaldi mengalami kekalahan yang teruk. Selepas peperangan
itu perdana menteri Perancis iaitu Rougher, mengisytiharkan bahawa Perancis tidak
membenarkan langsung tentera Itali menduduki Rom. Pada tahun 1866 sekali lagi
Garibaldi berperang menentang Austria, pada masa yang sama pula, Itali mengadakan
perikatan dengan dengan Bismark dan apabila Bismark mencapai kemenangan dengan
mengarahkan Austria, Venetia diserahkan kepada Itali.

Kesimpulannya, pelbagai usaha cuba dilakukan untuk menyatukan negara


Jerman sebelum tahun 1862. Akhirnya Jerman dan Itali dapat disatukan melalui usaha
dan peranan yang dimainkan oleh tokoh nasionalis Jerman iaitu, Otto Von Bismarck
telah membawa kejayaan kepada penyatuan negara bangsa ini. Begitu juga dengan
Itali, melalui usaha Benso Di Cavour terbentuklah sebuah negara bangsa Itali. Selain itu,
pembentukan negara bangsa di Eropah juga telah menyebabkan sistem politik dapat di
satukan. Negara Jerman dan Itali menjadi contoh ataupun role model dalam hal ini.
Cabaran dan kesukaran dalam aspek penyatuan politik telah membawa kesan yang
mendalam hingga ke hari ini kepada kedua-dua negara.
SOALAN NO 5 : TOTALITARIAN MEMBAWA KEPADA TERCETUSNYA PERANG
DUNIA KEDUA

Totalitarian merupakan fahaman atau ideologi yang mengamalkan sistem


pemerintahan yang ekstrem di mana ianya membenarkan kewujudan satu parti politik
sahaja dalam mentadbir atau memerintah Negara. Totalitarian ini merupakan satu
bentuk kerajaan yang dikawal oleh kerajaan pusat yang terdiri daripada golongan elit
yang berkuasa ke atas semua aspek kehidupan awam dan kehidupan peribadi. Ia juga
mempunyai ideologi atau set kepercayaan bahawa semua rakyat dijangka akan
menerimanya. Totalitarian kebiasaannya akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang
dinamik ataupun sebuah parti politik sahaja. Negara totalitarian ialah kediktatoran
dengan pemimpin politik mengawal setiap institusi dalam masyarakat dan
menggunakannya untuk tujuan politik. Selain itu, pemerintahan secara totalitarian juga
menyebabkan Negara diperintah secara total atau secara mutlak. Oleh itu kediktatoran
totalitarian mendominasi bukan sahaja kerajaan dan parti politik tapi juga kesatuan
sekerja, gereja, media, pendidikan, institusi sosial dan kebudayaan. Semua aspek
masyarakat dikawal oleh negara yang digunakan sebagai mekanisme memanipulasi
politik. Terdapat tiga buah Negara yang membentuk corak pemerintahan totalitarian
selepas perang dunia pertama yang kemudiannya telah membawa kepada perang dunia
kedua.

Negara pertama yang mengamalkan corak pemerintahan totalitarian adalah Negara


Itali. Totalitarian di Itali berpunca daripada kepimpinan Benitto Mussolini, totalitarian di
Itali berlaku dari tahun 1922 hingga 1945. Beliau mengamalkan pemerintahan yang
berasaskan ideologi fasisme, fasisme adalah suatu konsep di mana ianya memberikan
keutamaan kepada kepentingan Negara berbanding daripada kepentingan individu.
Negara menguasai semua aspek kehidupan individu, keluarga dan kumpulan dengan
menghapuskan mana-mana ideologi politik yang wujud selain daripada fasisme. Fasisme
di Itali adalah lebih bersifat ketenteraan, pasukan ketenteraan yang ditubuhkan adalah
skuad berbaju hitam. Dari segi ekonomi, sistem sindiket dan syarikat ditubuhkan,
setiap satu diwakili oleh golongan buruh, pengurusan perniagaan dan masing-masing
menumpukan kepada bidang tertentu seperti industri, pertanian, perdagangan,
kewangan atau profesion. Selain itu, segala bentuk media juga turut ditapis dan
pengharaman terhadap surat khabar yang mengkritik kerajaan. Seterusnya, dalam
bidang pendidikan, pendidikan diselia oleh parti Fasis, kanak-kanak dan golongan belia
diberikan pakaian seragam pertama dan harus taat setia kepada Mussolini di usia awal
mereka.

Seterusnya, totalitarian juga berlaku di Jerman berpunca daripada kegagalan


Republic Weimar serta keadaan ekonomi tidak stabil serta mengalami masalah hutang,
tekanan ekonomi dan juga pengangguran. Keadaan-keadaan tersebut telah membuka
peluang kepada Adolf Hitler iaitu pemimpin Nazi serta ketua Parti Nazi Jerman
menubuhkan kerajaan totalitarian. Dalam program parti yang diumumkan oleh Hitler
pada 24 Februari 1920 yang telah memperincikan lagi Dasar Dua Puluh Tahun yang
memasukkan unsur-unsur nasionalis dan radikal, sikap anti-Yahudi dan prinsip sosialis.
Hitler melarang dan menentang sebarang pertubuhan parti kecuali parti Nazi. Hitler
menyelaras dan menyeragamkan segala peraturan pentadbiran Negara dan kehidupan
rakyat. Oleh itu, rakyat dan institusi mestilah patuh kepada segala arahannya tanpa
sebarang persoalan. Hitler dalam bukunya Mein Kampt sangat mengangkat keagungan
bangsanya iaitu orang Aryan, beliau menganggap orang Aryan adalah satu bangsa yang
mulia dan bangsa terkuat serta harus menguasai bangsa-bangsa lemah dalam
politiknya. Dalam ekonomi, Hitler telah membangunkan program ekonominya tersendiri.
Sistem pengangkutan Jerman juga ditingkatkan serta persiapan ketenteraan yang
mencecah ratusan billion. Dalam aspek sosial pula, Hitler telah mengabungkan gereja-
gereja protestan menjadi sebuah Evangelis Jerman tunggal di bawah kawalan parti Nazi.
Hitler melarang sama sekali golongan paderi bersuara dalam hal-hal yang berkaitan
dengan politik, selain itu anak-anak muda telah didaftarkan dalam Belia Hitler dan Liga
Maiden Jerman. Seterusnya, golongan wanita digalakkan untuk berada di rumah dan
melahirkan zuriat untuk Negara.

Manakala, pembentukan Negara Totalitarian di Soviet Union pula dipelopori oleh


Joseph Stalin yang merupakan pemimpin parti Komunis. Stalin mengamalkan ideologi
pemerintahan komunisme, tetapi corak pemerintahan yang diaplikasikan adalah
berdasarkan ideologi totalitarian. Pemerintahan Stalin lebih bersifat kuku besi. Dalam
politik, Stalin menubuhkan pembicaraan Bersih atau Trial Purge yang bertujuan
membicarakan golongan yang menentang parti atau melakukan jenayah. Contohnya,
mereka yang mensabotaj rancangan lima tahun, berkomplot dengan Trotsky atau agen
asing kapitalis akan dibicarakan dan dijatuhi hukuman mati atau dibuang ke kem
tahanan di Siberia. Pada tahun 1928, rancangan lima tahun diperkenalkan yang
memfokuskan pembangunan industri dan pertanian secara kolektif. Pertanian kolektif
dijalankan dengan merampas tanah-tanah petani dan menyebabkan penentangan
peladang-peladang kaya yang kemudian membakar dan memusnahkan tanaman dan
ternakan. Selain itu, penindasan agama juga berlaku. Gereja Ortodoks ditutup dan
dimusnahkan, ketua-ketua agama dibunuh dan kerajaan menggantikan ajaran atheism
di sekolah-sekolah. Segala bentuk media juga dikawal dan tiada penerbitan, seni, muzik,
dan filem perlu mendapat kebenaran daripada Negara.

Kemunculan Negara-negara Totalitarian serta didasarkan dengan beberapa faktor


telah menyebabkan tercetusnya perang dunia kedua. Antara faktornya ialah perjanjian
Versailles yang bersifat berat sebelah terutama kepada pihak Jerman dan juga Itali.
Jerman menganggap perjanjian Versailles bersifat tidak adil dan merupakan satu
penghinaan kepada mereka. Negara Jerman bukan sahaja dituduh penyebab
peperangan malah mereka juga dipaksa membayar kos dan bencana peperangan yang
dianggarkan 33 Billion USD. Kesannya, Jerman tidak boleh membangunkan ekonomi dan
ketenteraan negaranya. Akibatnya, Perjanjian Versailles telah dicabuli oleh Jerman di
bawah pimpinan Hitler seterusnya mengheret kuasa-kuasa Eropah ke dalam Perang
Dunia Kedua. Melalui perjanjian Versailles, Jerman tidak boleh mengembangkan
tenteranya sama ada dari segi bilangan tentera, kelengkapan perang dan juga senjata.
Namun Jerman tidak mengendahkan perintah tersebut dan mula menjalankan dasar
penaklukannya terhadap negara jirannya serta melaksanakan semula dasar kerah
tenaga untuk membentuk angkatan tentera. Selain daripada Jerman, Itali juga
menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap perjanjian Versailles kerana mereka tidak
mendapat habuan yang sewajarnya seperti tanah jajahan walaupun menyebelahi pihak
yang menang. Hal ini telah menyebabkan tercetusnya perang dunia kedua.
Pertentangan ideologi juga merupakan antara faktor yang menyebabkan
tercetusnya perang dunia kedua. Pertentangan Ideologi antara demokrasi bagi Pihak
kuasa British, Perancis, dan Amerika Syarikat juga berlaku pada ketika ini. Fahaman
Ideologi fasisme lebih mendapat perhatian bagi kuasa negara seperti Jerman, Itali dan
Jepun. Selain itu, fahaman Ideologi komunisme berkembang di Soviet Union. Perbezaan
ideologi tersebut juga telah membawa negara-negara tersebut membina persekutuan
untuk membentuk blok-blok yang berdasarkan kepada kesamaan ideologi dan
kepentingan negara mereka masing-masing. Contohnya, Blok Axis bagi negara Jerman,
Itali dan Jepun. Selain itu, pada awal era Perang Dunia Kedua telah muncul beberapa
orang pemerintah diktator seperti Benito Mussolini di Itali serta Hitler di Jerman. Negara-
negara inilah yang akhirnya membentuk pakatan pusat semasa Perang Dunia Kedua
menentang Kuasa Berikat. Pada masa yang sama, blok bersekutu bagi British, Perancis,
Amerika Syarikat dan Soviet Union. Selain Jerman, Itali juga muncul sebagai kuasa
besar yang mempunyai fahaman fasisme di mana mereka menentang ideologi
demokrasi di Eropah. Benito Mussolini di Itali bercita-cita untuk membentuk Italia Raya
manakala Adolf Hitler di Jerman mewujudkan parti Nazi. Pertentangan ideologi seperti
ini telah menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Seterusnya, perbezaan dasar atau pendirian Negara yang terlibat juga


menyebabkan meletusnya Perang Dunia Kedua. Hal ini dapat dilihat apabila setiap
Negara masing-masing cuba menonjolkan diri atau bersaing untuk mengatasi satu sama
lain sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Situasi ini secara tidak langsung
mencetuskan suasana tegang di antara Negara terbabit. Oleh itu, Negara-negara ini
akan berusaha memperluaskan kawasan jajahannya dan bersiap sedia untuk
menjalankan penjajahan bagi mengelakkan sebarang kuasa lain mengambil alih
kekuasaan dan kedaulatan negarannya.

Kesimpulannya, Kerajaan yang berkonsepkan totalitarian ini merupakan antara


penyumbang berlakunya Perang Dunia Kedua. Negara-negara yang mengamalkan
totalitarianisme yang menyebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua adalah Itali, Jerman
dan diikuti oleh Rusia. Pemerintahan di Itali dipelopori oleh Benito Mussolini manakala di
Jerman pula dipelopori oleh Nazi yang diketuai oleh Adolf Hitler dan di Rusia ialah Stalin.
Percanggahan aliran ataupun fahaman konsep politik di Eropah menyebabkan
berlakunya perselisihan antara fahaman totalitarian dengan konsep pemerintahan yang
berlainan iaitu demokrasi. Perbezaan ideologi politik ini menyebabkan terbentuknya
blok-blok yang berdasarkan kepada kesamaan ideologi dan kepentingan negara masing-
masing. Negara Itali dan Jerman jelas menunjukkan fahaman fasisme dan menentang
ideologi demokrasi di Eropah. Oleh itu, wujudnya pemerintah diktator seperti Mussolini
dan Hitler. Secara tidak langsung, percanggahan ideologi menyebabkan berlakunya
Perang Dunia Kedua yang meninggalkan pelbagai kesan meliputi aspek politik, ekonomi
dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai