Anda di halaman 1dari 18

GERAKAN HSING CHUNG HUI DI CHINA: SEBAB DAN IMPAK KEGAGALAN

TERHADAP EKONOMI, 1911 - 1941

Oleh:
EMMANINA BINTI SUBPEI @ SHAFIE
PETRICIA BINTI PIRON

Program Sejarah
Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan
Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Sun Yat Sen merupakan pengasas gerakan Hsing Chung Hui. Majoriti
masyarakat Cina di seluruh dunia terpengarauh dengan agenda dan pemikiran
yang dibawa oleh Sun Yat Sen. Pemikiran yang dibawa oleh Sun Yat Sen melalui
gerakan Hsing Chung Hui telah memberi impak terhadap perkembangan sejarah
manusia di seluruh dunia dari pelbagai sudut, baik dari sudut pemikiran,
ekonomi, politik dan juga kemasyarakatan. Tujuan dari penelitian penulisan ini
adalah untuk menganalisis sejarah penubuhan gerakan Hsing Chung Hui dan
impaknya kepada pembangunan ekonomi di China. Penelitian ini menggunakan
kaedah penyelidikan kualitatif yang menggunakan sumber sekunder khususnya
buku, jurnal dan artikel serta laman sesawang. Berdasarkan kaedah kajian yang
dilakukan, kertas kerja ini mendapati bahawa pelbagai langkah direncanakan
untuk mencapai matlamat perjuangan khususnya dalam aspek ekonomi. Walau
bagaimanapun gerakan Hsing Chung Hui mengalami kegagalan seperti peristiwa
perancangan menawan Canton (Guangzhou) pada tahun 1895 untuk dijadikan
ibu pejabat Hsing Chung Hui. Berdasarkan dapatan kajian ini, secara tidak
langsung kertas kerja ini dapat memberi penjelasan secara kritis berkenaan
pencapaian gerakan Hsing Chung Hui dalam aspek ekonomi di China.

Kata kunci: Sun Yat Sen, Hsing Chung Hui, Ekonomi, Revolusi China 1911, Kerajaan Manchu

1.0 PENDAHULUAN

1
Kelemahan Dinasti Qing yang memerintah China telah membangkitkan rasa gusar para
intelektual China yang mendapat Pendidikan Barat. Golongan intelektual ini berhasrat untuk
mengusir keluar Manchu melalui gerakan-gerakan bawah tanah atau pertubuhan yang
diwujudkan hasil penyebaran idea-idea patriotik dan nasionalisme. Hsing Chung Hui
merupakan gerakan pembaharuan terawal di China yang ditubuhkan oleh Sun Yat Sen yang
disertai olehperantau China di Amerika untuk membangkitkan China semula. Hal yang menarik
untuk diperhatikan adalah mengenai sejarah penubuhan gerakan tersebut, sejarah
pengasasnya dan usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat gerakan tersebut.
Beberapa kajian lepas berkenaan dengan gerakan Hsing Chung Hui pernah dilakukan peyelidik
lepas sebelum ini.

Di dalam buku bertajuk “The Political History of China, 1840 - 1928”1 yang ditulis oleh
Li Chien-nung dalam tulisan Cina dan kemudiannya terjemahan oleh Ssu-yu Teng dan Jeremy
Ingalls (1956) di dalam bahasa Inggeris, telah dinukilkan mengenai Perang Opium (Candu),
Pemberontakan Taiping, peniruan pemerintahan Barat, perjuangan politik gerakan reformasi,
persaingan antara reformis dan revolusioner, penggulingan Dinasti Manchu, pertumbuhan
tentera gabungan, pergolakan kerjaya Yuan Shih-kai, zaman lokalisme panglima perang, dan
akhirnya penyatuan semula di bawah kuomintang. Gerakan Hsing Chung Hui dibincangkan
secara terperinci di bawah tajuk ‘pemimpin gerakan pembaharuan (Sun Yat-sen)’.
Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kekurangan seperti hampir tiada apa-apa maklumat
berkenaan kewangan kerajaan, Pendidikan, pengendalian hubungan luar negara dan ekonomi
China.

Hsueh Chun-tu (1961) di dalam bukunya berjudul “Huang Shing and the Chinese
Revolution”2 menceritakan sejarah dan perancangan-perancangan gerakan Hsing Chung Hui
oleh Sun Yat Sen bersama rakan-rakan karibnya dan orang-orang China yang bersetuju
dengan idea pembebasan China daripada pemerintahan Dinasti Qing. Impak daripada
kegagalan Hsing Chung Hui menawan Canton, beberapa siri revolusi bersenjata diadakan
untuk menjatuhkan pemerintahan Dinasti Qing di China sehingga pada akhirnya para
revolusioner berjaya mendirikan sebuah Republik. Penulis buku ini telah menceritakan
peristiwa revolusi di China, namun tidak menerangkan situasi ekonomi China secara teperinci
setelah berakhir tahun 1900 sehingga 1940.

1 Li Chien-nung. Ssu-yu Teng (Ed.). 1957. The Political History of China. Princeton. Macmillan Company.

2 Hsueh Chun-tu. 1956. Huang Hsing and the Chinese Revolusion (vol.20). California. Stanford University Press.

2
Menurut Marie-Clarie Bergere dan Janet Lyod (1998), kepercayaan rakyat China
terhadap ajaran Confusianisme tentang mandat dari syurga kepada dinasti-dinasti
kemaharajaan dan Middle Kingdom dalam ajaran Taoisme dalam kalangan rakyat China
menyebabkan sentimen anti-Manchu mula membara apabila terdapat pelbagai malapetaka
melanda negara China ketika itu. Marie-Clarie turut menulis secara ringkas penubuhan Hsing
Chung Hui oleh Dr. Sun Yat Sen.3 Namun, tidak menulis secara jelas peristiwa pemberontakan
yang dijalankan oleh gerakan tersebut.

Penulisan oleh Suffian Mansor (2009) menyatakan bahawa idea revolusi Dr. Sun Yat
Sen disokong oleh beberapa rakannya yang berada di Canton (Guangzhao) dan Hong Kong
seperti Chen Tze Liang, Chen Shao Wan, Yang Ho Lin dan Lu Hao Tung serta abangnya sendiri
sehingga membawa kepada penubuhan Hsing Chung Hui di Honolulu, Hawai.4 Pada tahun
1894, Dr. Sun Yat Sen dan segolongan cendakiawan pernah berkumpul di Beijing untuk
menyerahkan surat kepada pemerintah Dinasti Qing yang mengharapkan kerajaan semasa
agar menjalankan pembaharuan. Akan tetapi, tindakan mereka gagal mencapai hasil. Hal ini
telah menyedarkan Dr. Sun Yat Sen bahawa sistem feudalisme merupakan halangan terbesar
bagi pembaharuan. Oleh itu, tindakan pembahruan yang besar-besaran adalah sangat perlu
bagi menggulingkan pemerintahan kerajaan Dinasti Qing.

Selain itu, terdapat penyelidik lain menulis mengenai sebab-sebab yang membawa
kepada tertubuhnya gerakan pembaharuan oleh Sun Yat Sen. David Curtis Wrigh (2001)
menyatakan bahawa kepincangan dan pentadbiran kerajaan Manchu sepanjang abad ke-19
menjadi penyebab utama kepada lahirnya idea gerakan revolusi oleh Sun Yat Sen. Pada
pandangan beliau, China haruslah diserahkan kembali dan diperintah oleh bangsa Han.5
Perasaan tidak puas hati bangsa Han yang merupakan pribumi China asal terhadap bangsa
Manchu yang berasal dari Utara China bertambah apabila pihak pemerintah bersikap
mendiskriminasi dan menyisihkan bangsa Han daripada terlibat dalam sistem dan pentadbiran
wilayah China.6

William H. McNeil (1994) menyatakan bahawa keganasan, kebuluran serta penyakit


yang kian meruncing di segenap wilayah pedalaman China ditambah pula dengan bebanan

3 Marie-Clarie Bergere. Janet Lyod. 1998. Sun Yat Sen. California. Stanford University Press. hlm.98.

4 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. hlm.102.

5 David Curtis Wrigh. 2001. The History of China. Canada: Greenwood Publishing Group. Hlm. 119.

6 Ibid.

3
sewaan tanah, cukai dan pertambahan penduduk menyebabkan sentimen anti-Manchu
mendapat sokongan rakyat khususnya para petani.7

1.1 LATAR BELAKANG GERAKAN HSING CHUNG HUI

Hsing Chung Hui merupakan sebuah pertubuhan berbentuk gerakan revolusi yang diasaskan
oleh seorang professional revolusi moden, iaitu Dr. Sun Yat Sen pada 24 November 1894 di
Honolulu, Hawai ketika Dr. Sun Yat Sen masih berada dalam pengusiran. Adapun motto utama
pertubuhan ini ialah sumpah yang lebih kurang bunyi, “Expel Machus, revive Zhonghua, and
establish a unified government”. Hsing Chung Hui atau Xingzhonghui diterjemahkan sebagai
Revive China Society, atau Persatuan Penjanaan Semula China (Society for Regenerating
China) atau Proper China Society telah diasaskan dengan matlamat mewujudkan kemakmuran
bagi China dan sebagai platform untuk masa depan aktiviti revolusioner pada masa akan
datang dengan cara mengumpul dana dan anggota.

Pengasas Hsing Chung Hui iaitu Dr. Sun Yat Sen adalah tokoh nasional China yang
berjuang untuk persatuan nasional China, pembangunan ekonomi, dan pembentukan
pemerintahan republik. Dalam sejarah China moden, beliau dicatatkan sebagai seorang yang
berpengaruh dan berperanan penting dalam membentuk negara China moden. Dr. Sun Yat
Sen dilahirkan pada 12 November 1866 di Guang Dong China. Beliau merupakan anak seorang
petani miskin yang merantau ke Honolulu, Hawai Amerika Syarikat mengikut abangnya untuk
menyambung pelajaran. Sun Yat Sen kembali ke China tahun 1883, kemudian pindah ke Hong
Kong untuk melanjutkan pelajaran bidang kedoktoran hingga lulus pada tahun 1892.

Selepas kekalahan tentera China dalam perang pertama China-Jepun pada tahun
1894-1895, Dr Sun Yat Sen memutuskan meninggalkan dunia perubatan dan kembali ke
Hawai bagi mendirikan pertubuhan Hsing Chung Hui. Langkah ini disebabkan kegundahan
beliau yang melihat kemerosotan China semasa pemerintahan Dinasti Qing yang sangat
bermasalah rasuah. Kekalahan China dalam perang pertama China-Jepun ini juga berpunca
daripada masalah rasuah dan ketidakcekapan Qing. Berbekalkan pengaruh Pendidikan Barat
yang diterima, beliau berhasrat untuk mengimplimentasi permodenan Barat ke atas China
tanpa campur tangan kuasa asing. Dr. Sun Yat Sen percaya bahawa China boleh menjadi
bangsa yang kuat dengan belajar dari Barat dan dengan mengambil serta mengadaptasi nilai-
nilai dalaman Barat. Dr. Sun Yat Sen percaya bahawa system kenegaraan dan kebangsaan

7 William H. Mcneill. 1994. Kebangkitan Barat: Sejarah Masyarakat Manusia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 9.

4
moden yang banyak digunakan di negara-negara Barat seperti Eropah merupakan sistem
moden yang adapat membantu pembentukan kedaulatan rakyat sekaligus memberi peluang
kepada masyarakat China untuk masuk dan menyertai politik.8

Dr. Sun Yat Sen mula mempamerkan bakat kepimpinannya apabila menggerakkan
semua hubungan yang telah dibinanya sejak lama dan memimpin mereka untuk bersama-
sama menjalankan konspirasi yang telah disusun. Disini Dr. Sun Yat Sen mengorganisasikan
dan menyatukan berbagai organisasi revolusioner dalam usaha menggulingkan Dinasti Qing.

Melalui deklarasi patriotik yang ditulis oleh Dr. Sun Yat Sen, dimulai dengan penekanan
mengenai bahaya yang menimpa China, tekanan yang diterima China hanyalah untuk
kesenangan negara asing dan kelemahan serta ketidakmampuan Dinasti Manchu, dan
membawa pemuda-pemuda harapan untuk membangun ‘kehidupan baru’ kepada negara
China. Deklarasi ini tidak pula menyatakan matlamat untuk menumbangkan dinasti untuk
membangun sebuah regim republik. Matlamat ini hanya dibuat dalam ‘sumpah rahsia’ yang
perlu dilafazkan oleh ahli-ahli baru pertubuhan ini. (Marie-Clair Bergere, 1994)

Pada tahun 1895, pertubuhan ini berpindah ke Hong Kong dari tempat asal
tertubuhnya di Honolulu, Hawai. Pada bulan Oktober 1895, Revive China Society merancang
untuk melancarkan pemberontakan di Canton (Guangzhou) bersama Yang Quyun yang
mengetui pemberontakan di Hong Kong di mana dana dan lokasi latihan telah disediakan oleh
Li Kitong. Tujuan pemberontakan di Canton (Guangzhou) adalah untuk menjatuhkan Manchu
dan menjadikan Canton sebagai ibu pejabat Hsing Chung Hui. Walau bagaimanapun,
rancangan mereka telah diketahui dan lebih daripada 70 anggota, termasuk Lu Haodong,
rakan sekolah Dr. Sun Yat Sen, telah ditangkap dan dibunuh oleh kerajaan Qing. Antara faktor
lain yang menggagalkan misi pemberonakan ini ialah pergaduhan dalaman, kelemahan
percaturan dalam kalangan ahli pemikir (konspirator) dan pengkhianatan merupakan
penyumbang utama kegagalan misi kebangkitan tersebut.

1.2 RANCANGAN PEMBERONTAKAN OLEH GERAKAN HSING CHUNG HUI9

Pada tahun 1895, Dr. Sun Yat-sen mengadakan pemberontakan bersenjata di Guangzhou. Ia
merupakan usaha pertama orang-orang China untuk mewujudkan republik demokratik

8 John Atkin. “Father of Modern China. The Builders, Hal. 151-153, diakses melalui
http://www.globalbirdphotos.com/ve/150_155_Father_of_Modern_China_John_Atkin.pdf.

9 Li Wenguang. 2011. 1895 Guangzhou Uprising. Diakses melalui http://www.zs.gov.cn/english/xinhaiRevolu-


bction/news/3.html.

5
dengan menggunakan cara revolusi. Walaupun gagal, usaha Dr. Sun Yat Sen dan rakan-
rakannya telah memberi dorongan kepada pengembangan gerakan revolusi demokrasi di
China dan meninggalkan pengaruh yang mendalam. Tahun 1895 adalah tahun Yiwei, tahun
ketika Dr. Sun Yat-sen memimpin pemberontakan bersenjata pertama di Guangzhou.
Pemberontakan di Guangzhou ini dikenal dengan pemberontakan Yiwei Guangzhou.

Pada 2 Februari 1895, Hsing Chung Hui cawangan Hong Kong didirikan. Dr. Sun Yat
Sen memilih Guangzhou sebagai lokasi untuk pemberontakan pertama dan penentangan
melawan pemerintah Qing dengan cara bersenjata. Pada tanggal 13 Mac 1895, Dr. Sun Yat
Sen, Yang Quyun, Huang Yongshang dan Xie Zuantai mengadakan satu pertemuan di Hong
Kong untuk membincangkan pengorganisasian gerakan tersebut untuk menawan Guangzhou.
Dalam pertemuan tersebut, diputuskan bahawa Dr. Sun Yat Sen akan pergi ke Guangzhou
untuk mengawasi urusan ketenteraan dan dibantu oleh Zheng Shiliang, Lu Haodong, Deng
Mengnan dan Chan Shaobai.

Yang Quyun yang bertanggungjawab atas pengumpulan dana, perekrutan tentera dan
pengiriman senjata api, akan tinggal di Hong Kong. Pada ketika itu, beberapa anggota Hsing
Chung Hui tiba di Guangzhou dan menyewa Dewan Leluhur Wang di Shuangmendi (Beijing
Road), juga disebut Wang's Study, sebagai pejabat rahsia untuk mengatur kegiatan Hsing
Chung Hui dan mempersiapkan pemberontakan. Papan nama Society of Agronomy digantung
di pintu, yang menunjukkan penelitian tentang cara baru bertani bagi mengaburi pihak
pemerintah. Dr. Sun Yat Sen menubuhkan cabang Hsing Chung Hui Ghungzhou di Dewan
Leluhur Wang bersama Lu Haodong dan Zheng Shiliang. Penubuhan Hsing Chung Hui di
Guangzhou sudah disiapkan dengan baik. Perkara ini akan menarik banyak orang untuk
memohon keanggotaan dan bersumpah di Dewan Leluhur Wang. Dalam waktu singkat,
ratusan orang telah berdaftar dan memberi ikrar taat setia.

Dr Sun bertanggungjawab mengenai strategi pemberontakan, sementara Lu Haodong


merancang rencana utama untuk menawan Guangzhou dan menyerbu Dinasti Qing serta
memancang langit biru dengan Bendera Matahari Putih untuk menggantikan Bendera Naga
Kuning dari Dinasti Qing. Pemberontakan tersebut dijadualkan untuk dilaksanakan pada
Festival Kesembilan Belas. Untuk persediaan menerima rakan-rakan yang akan datang dari
seluruh negera dan menyimpan peluru yang diperlukan untuk pemberontakan tersebut, Hsing
Chung Hui di Guangzhou mengatur sebuah jawatankuasa kecil yang diketuai oleh Lu Haodong,
di Rumah Besar Zhang, Xian Xialang, kawasan pintu Timur Guangzhou. Setelah jawatankuasa
kecil tersebut didirikan, Hsing Chung Hui di Guangzhou berjaya menambah keanggotaannya.

6
Qiu Si dan Zhu Guiquan memimpin lebih dari tiga ribu orang masyarakat rahsia di
tempat-tempat seperti Xin'an, Shenzhen dan Shatou. Mereka bertugas sebagai pasukan
kematian (berani mati) yang akan memulakan serangan tersebut. Zheng Shiliang
menghubungi Liang Dapao, ketua masyarakat rahsia di sekitar Beijiang, Yingde, Qingyuan
dan Huaxian. Mereka bertanggungjawab untuk memimpin masyarakat rahsia untuk
memberikan bantuan kepada kumpulan dari Beijiang. Lu Haodong pula menubuhkan
kumpulan yang akan membuat bahan peledak dan bom untuk persiapan pemberontakan.

Kegiatan mereka yang sering menarik perhatian dan kecurigaan orang telah menjadi
buah mulut dan sampai ke pengetahuan Tang Zhonglin, Gabenor Jeneral wilayah Guangdong
dan Guangxi. Tang Zhonglin memandang rendah Dr. Sun Yat Sen dengan
mempersendakannya dengan mengatakan, "Sun Wen hanyalah seorang doktor. Ketika dia
menubuhkan Society of Agronomy, dia dibiayai oleh Li Xiaoshuai (juga bernama Li Hanzhang,
bekas Gabenor wilayah Guangdong). Walaupun dia suka berpidato dan sedikit sombong, dia
belum berani memberontak."

Dr. Sun Yat Sen segera menyusun strategi dan berhubung dengan penembak,
angkatan laut, dan masyarakat rahsia berhampiran wilayah tersebut serta pasukan anti-Qing
dalam kalangan para pembangkang dan tentara yang dibubarkan. Dr. Sun Yat Sen juga
menubuhkan puluhan kawasan untuk kegiatan bawah tanah, dan membeli 600 senjata baru.
Dengan persiapan setengah tahun, gerakan Hsing Chung Hui memutuskan untuk menyelinap
ke bandar Guangzhou pada 26 Oktober 1895 ketika Festival Kesembilan Belas diadakan iaitu
ketika orang ramai pergi ke pusat bandar wilayah untuk menyapu makam/kuburan.
Sementara itu, 3000 anggota Hsing Chung Hui di Hong Kong yang dipimpin oleh Yang Quyun,
akan terus pergi ke Guangzhou sebagai tenaga bantuan untuk menyerang dan meletupkan
pejabat gabenor. Slogan untuk pemberontakan itu ialah "Menekan Kejahatan dan
Menenangkan yang Baik". Para peserta pemberontakan akan mengikat kain merah di lengan
sebagai simbol untuk dikenali. Pengusiran rasmi pemerintahan Qing, pengumuman rasmi
untuk menenangkan rakyat dan deklarasi Inggeris telah diatur lebih awal sebagai persediaan
kemenangan.

1.3 SEBAB DAN PERISTIWA KEGAGALAN GERAKAN HSING CHUNG HUI

Pada 22 Ogos 1895, satu pertemuan untuk perkumpulan komando diadakan untuk memilih
ketua yang akan disebut sebagai "Presiden" yang berperanan sebagai presiden pemerintah
gabungan setelah pemberontakan tersebut berjaya. Tujuan pertemuan ini juga adalah untuk
menyatukan ketua yang memimpin masyarakat rahsia. Pada awalnya, mereka sebulat suara

7
mencadangkan Dr. Sun Yat Sen untuk menjadi ketua. Tetapi, Yang Quyun berusaha
mendapatkan sokongan untuk dirinya daripada anggota Hsing Chung Hui di Hong Kong.
Dengan mempertimbangkan situasi semasa dan untuk mendapatkan sokongan daripada
pasukan Hong Kong yang dipimpin oleh Yang Quyun, Dr. Sun Yat Sen mengusulkan agar
memberi peluang menjadi ketua tersebut kepada Tuan Yang. Setelah terpilih sebagai ketua
Hsing Chung Hui, Yang Quyun menjadi sangat aktif dalam merancang dan mempunyai
pendamping bersenjata untuk dirinya sendiri sehingga beberapa rahsia untuk pemberontakan
Guangzhou yang diharapkan pada Festival Kesembilan Belas menjadi longgar.

Akibat rasa takut, Zhu Die, abang kepada Zhu Qi, iaitu salah seorang anggota Hsing
Chung Hui telah melaporkan kepada pihak berkuasa untuk menangkap pesuruhjaya Li Jiazhuo
atas nama Zhu Qi. Li Jiazhuo menghantar orang untuk memantau keadaan Dr. Sun Yat Sen
ketika melapor diri ke pejabat gabenor. Pada waktu itu, Gabenor Jeneral Tang Zhonglin masih
menganggap bahawa Dr. Sun adalah seorang ‘pemuda yang baik’, dan tanpa bukti kuat, dia
masih tidak percaya bahawa Dr. Sun Yat Sen akan memberontak. Maka, dia memerintahkan
anggota bawahannya membuat pengintipan secara sembunyi berbanding mengambil
tindakan terburu-buru.

Pada petang 9 September 1895, para pemimpin pasukan, kumpulan bersenjata dan
masyarakat rahsia berkumpul di markas Hsing Chung Hui, menunggu perintah untuk
melakukan serangan besar-besaran dan mendapatkan senjata api. Tetapi orang-orang Hsing
Chung Hui Hong Kong tidak datang. Pada pukul 8:00 pagi, pejabat pusat Hsing Chung Hui
menerima sebuah telegraf yang dikirim oleh Yang Quyun di Hong Kong yang mengatakan
bahawa "barang tidak dapat tiba" ("barang" bermaksud senjata) dan ketidakhadiran peserta
dari Hong Kong ditunda selama dua hari atas sebab beberapa alasan. Pada ketika itu, Dr. Sun
Yat Sen berasa mustahil untuk memulakan pemberontakan pada hari itu. Apabila memikirkan
begitu ramainya peserta yang sudah berkumpul di ibu kota wilayah tersebut, rahsia pasti akan
bocor, sehingga apa-apa perancangan pun pasti akan gagal. Oleh itu, Dr. Sun Yat Sen
memberi upah dan peruntukan kepada para pemimpin dan memerintahkan mereka untuk
memimpin kumpulan mereka pulang dan menunggu perintah, sambil mengirim sebuah
telegram kepada Yang Quyun yang berbunyi, "Jangan kirimkan barang dan tunggu pesanan!"
Namun, rancangan pemberontakan telah bocor, dan pemerintah Qing telah mengukuhkan
pertahanannya.

8
Sebelum menerima telegraf pembatalan pemberontakan dari Dr. Sun Yat Sen, 200
orang angkatan berani mati di Hong Kong yang dipimpin oleh Zhu Gui dan Qiu Si, telah
bertolak ke Guangzhou pada 10 September dan tiba di dermaga keesokan harinya. Lebih dari
40 orang telah ditangkap oleh pemerintah Qing. Disebabkan senjata yang dibawa masuk dari
Hong Kong telah dirampas oleh pihak kastam, pihak berkuasa Inggeris di Hong Kong telah
memaklumkan kepada Gabenor Jeneral Guangdong dan Guangxi melalui telegram dengan
kadar segera mengenai rampasan senjata tersebut. Pihak berkuasa mula menangkap atau
membunuh kumpulan revolusioner secara besar-besaran. Tang Zhonglin mengirim 1500
orang untuk mengepung Dewan Leluhur Wang dan Weixialan untuk mencari para
revolusioner. Ketika itu, Dr. Sun Yat Sen yang masih berada di Bangunan Pengajaran
Kerahiban, segera menghantar seseorang untuk menyampaikan pesanan kepada orang yang
berada di lokasi pengumpulan dan kepada rakan-rakan yang berada di sekitarnya dengan
pesanan yang berbunyi, "Rancangan pemberontakan telah diketahui oleh pemerintah Qing.
Tinggalkan tempat ini dengan segera!” Zheng Shiliang juga berpesan agar Dr. Sun Yat Sen
turut pergi dengan segera. Sebelum melarikan diri, Dr. Sun Yat Sen dengan tenang membakar
dokumen-dokumen yang ada di Bangunan Pengajaran Kerahiban dan membawa senjata yang
ada. Pada malam 27 Oktober, dia berangkat dengan kapal dari Tangjiawan, Xiangshan, pergi
ke Hong Kong melalui Macau, dan tiba di Jepun bersama Chen Shaobai dan Zheng Shiliang.
Deng Mengnan dan Huang Yongshang pula menuju ke Macau.

Setelah mendengar berita tentang pemerintah Qing yang menghantar pasukan untuk
menangkap kaum revolusioner, Lu Haodong yang bertanggungjawab ke atas pusat
revolusioner telah membawa orang lain meninggalkan pusat tersebut. Namun, dia kembali ke
pusat tersebut apabila teringat ada daftar kaum revolusioner yang masih tertinggal di pusat
tersebut. Demi keselamatan kaum revolusioner, dia mempertaruhkan nyawanya dengan
kembali ke pusat untuk menghancurkan daftar tersebut. Namun akhirnya, dia ditangkap oleh
tentara Qing.

Tarikh 7 November menyaksikan Lu Haodong, Zhu Guiquan dan Qiu si dijatuhkan


hukuman oleh pemerintah Qing. Dalam menghadapi kematian, Lu Haodong, yang tetap setia
dan pantang menyerah, menyatakan bahawa, "Walaupun pemberontakan tersebut gagal,
saya merasa lega. Kamu boleh membunuhku, tapi bukan orang-orang yang akan bangkit
selepas ketiadaanku. Inilah ia. Segera laksanakan hukuman". Lu Haodong meninggal dengan
gagah berani. Dr. Sun menganggap Lu Haodong sebagai "orang pertama yang berkorban
untuk revolusi republik di China". Cheng Kuiguang, Cheng Huai, Cheng Ci dan Cheng Yaochen,
yang berasal dari Nanlang, Xiangshan, juga dibunuh setelah ditangkap. Cheng Kuiguang

9
dipukul sampai mati dengan 600 pukulan oleh biro ketenteraan pasukan Qing. Dr. Sun Yat
Sen, Yang Quyun dan Chen Shaobai diburu dan diganjari hadiah bagi sesiapa yang berjaya
menangkap mereka.

1.4 IMPAK KEGAGALAN GERAKAN HSING CHUNG HUI

Pemberontakan Guangzhou dilancarkan pada ketika krisis sedang mendasar setelah


kekalahan bangsa China dalam Perang China-Jepun Pertama. Walaupun gagal, peristiwa ini
menimbulkan kegemparan di dalam dan di luar negera kerana surat kabar asing mula
melaporkan akhbar dengan tajuk "Revolusioner China Sun Yat-sen". Dr. Sun Yat Sen dan
kawan-kawannya sudah pandai mengatur strategi dan menggerakkan pasukan di Dewan
Leluhur Wang dan meninggalkan banyak tindakan yang membekas yang menjadi simbol
penting pertama dalam kepimpinan Dr. Sun Yat Sen iaitu memimpin pertempuran bersenjata
dalam kegiatan revolusinya. Pemberontakan ini merupakan usaha pertama orang Tionghoa
untuk mencipta cita-cita republik demokratik dengan menggunakan cara revolusi, memberi
dorongan pada pengembangan gerakan revolusi demokrasi China, dan memberikan pengaruh
mendalam terhadap bangsa China.

Di bawah tekanan daripada kerajaan Qing di tanah besar China, pihak berkuasa
penjajah British di Hong Kong memaksa Yang Quyun dan Dr. Sun Yat Sen untuk meninggalkan
dan menghalang mereka daripada memasuki Hong Kong dalam tempoh lima tahun akan
datang. Yang mengembara ke Johannesburg, Afrika Selatan, melalui Singapura dan kemudian
ke Jepun di mana beliau berkhidmat dari 1896-1899 untuk mengembangkan Revive China
Soceity (Hsing Chung Hui) dan menyebarkan ideanya. Walaupun usahanya ini gagal, namun
semangat nasionalisme dan gerakan revolusioner mulai tumbuh dalam masyarakat Cina
terutama yang berada di perantauan.

Dr. Sun Yat Sen menjadi terkenal di dunia antarabangsa setelah ditahan oleh kedutaan
China di London tahun 1896. Selama 16 tahun berikutnya ia banyak mengembara dan
mempelajari secara intensif pemikiran politik dan ekonomi barat dan membangun arah politik
dan ekonomi negerinya. Dr. Sun Yat Sen banyak mendapat bantuan kewangan, moral
mahupun politik dari seluruh dunia seperti pemerintah Jepun tahun 1897. Para intelektual
China di perantauan juga memberikan sokongan penuh sehingga tahun 1905. Dr Sun Yat Sen
segera menubuhkan T`ung Meng Hui (Liga Revolusioner Gabungan) yang memperjuangkan
tiga visi iaitu nasionalisme, demokrasi dan kesejahteraan rakyat. Dr. Sun Yat Sen
mendapatkan perlindungan di Jepun. Beliau menubuhkan cawangan Hsing Chung Hui di
Yokohama, Jepun. Dr. Sun Yat Sen menubuhkan Parti Revolusi yang dikenali sebagai Tung

10
Meng Hui di Tokyo pada tahun 1905. Tung Mei Hui merupakan gabungan Hsing Chung Hui
dengan dua buah persatuan revolusioner lain, iaitu Hua Hsing Hu dan Kung Fu Hui. Antara
matlamat utama penubuhan Tung Meng Hui adalah untuk menjatuhkan kerajaan Manchu,
menubuhlan kerajaan republik dan menjadikan tanah-tanah hak kerajaan (bukan hak orang
asing) dan mnghapuskan kuasa-kuasa asing di China.

Hsing Chung Hui dihubungkan melalui hubungan sosial yang dibina atau tempat asal
seseorang dan melalui perkongsian rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang memerintah.
Dr. Sun Yat Sen menyampaikan ceramah bagi menanam perasaan anti-Manchu dalam
kalangan rakyat China dan menulis rencana-rencana dalam akhbarnya Min Pao di Tokyo.
Gerakan Revolusioner beliau mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, rakyat yang tidak
berpuas hati terhadap kezaliman Manchu, kongsi-kongsi gelap dan tentera yang mendapat
latihan Barat. Pertubuhan ini kurang cenderung kepada politik dan matlamat untuk jangka
panjang. Hanya ada dua prinsip utama iaitu nasionalisme dan demokrasi.

Namun, prinsip ketiga akhirnya digabungkan dengan dua prinsip sebelumnya setelah
Dr. Sun Yat Sen melakukan perjalanan ke Eropah sekitar tahun 1896 sehingga 1898 dan
diumumkan secara rasmi pada tahun 1905 ketika Dr. Sun Yat Sen berada di Brussel, Belgium.
Beliau menyampaikan sebuah pidato yang amat terkenal yang bertajuk “Three Principles of
the People”, iaitu nasionalisme, demokrasi dan kesejahteraan rakyat.10 Dr. Sun Yat Sen sendiri
pernah mengutip pernyataan dari Abraham Lincoln yang lebih kurang berbunyi “Pemerintahan
oleh Rakyat, dari Rakyat, dan untuk Rakyat”, sebagai suatu inspirasi terciptanya “Three
Principles of tha People.”11 Dua prinsip yang pertama sedikit sebanyak berjaya dilaksanakan
oleh Dr. Sun Yat Sen bermula dari tertubuhnya Hsing Chung Hui.

Walau bagaimanapun, prinsip ketiga iaitu ‘kesejahteraan rakyat’ tidak sempat


dilaksanakan oleh Dr. Sun Yat Sen kerana beliau meninggal dunia sebelum beliau benar-benar
dapat menjelaskan dan mengimplimentasi secara nyata prinsip terakhir tersebut.12 Selepas
kejatuhan Hsing Chung Hui, peninggalan Dr. Sun Yat Sen ini masih terpatri dalam kehidupan
di China. “The Three Principles of China” ini masih dapat ditelusuri sehingga kini dan menjadi
ideologi dasar Koumintang di bawah Chiang Kai-Shek dan Parti Komunis China di bawah Mao

10 Eric Chieyeung Ip, “Building Constitutional Democracy on Oriental Foundations: An Anatomy of Sun Yat Sen’s
Constitutionalism”. hlm. 1-13, diakses melalui http://hc.rediris.es/09/articulos/pdf/16.pdf
11 Richard A. Esptein. “Direct Democracy: Government of the people, By the People, and for the People? ”,
Harvard Journal of Law & Public Policy. vol. 34 (3).hlm. 819.

12 Ceren Ergenc. Chinese Nation-Building and Sun Yat Sen. hlm. 97-98. Diakses melalui
http://etd.lib.metu.edu.tr/12606376/index.pdf.

11
Zedong, walaupun kedua-dua gerakan ini mempunyai sedikit perbezaan dengan pemikiran
dibawa oleh Dr. Sun Yat Sen berikutan ideologi yang mereka yakini. Dalam hal pembangunan
ekonomi, Parti Komunis China berbeza dengan Dr. Sun Yat Sen kerana Parti Komunis China
lebih cenderung mengeliminasi elemen kapitalis dan membangunkan sistem ekonomi
berpusat seperti yang dilakukan oleh Soviet Union.13

Pada bulan Oktober 1911, Dinasti Qing (Manchu) tidak mampu membendung
gelombang pemberontak sehingga awal tahun 1912 dan Dr. Sun Yat Sen dipilih sebagai
presiden sementara Republik China yang baru didirikan. Dr. Sun Yat Sen kemudian mengubah
organisasinya menjadi parti politik Kuomintang pada tahun 1917. Kejayaan menggulingkan
Dinasti Manchu di China adalah bertitik tolak daripada usaha berani pertama yang dilakukan
oleh gerakan Hsing Chung Hui sebelum tahun 1911.

1.5 IMPAK REVOLUSI TERHADAP PERKEMBANGAN EKONOMI

Pentadbiran oleh golongan revolusioner bermula sejurus berlakunya peristiwa penggulingan


kuasa kerajaan Manchu. Bagi memulihkan pentadbiran dan penyusunan semula pinjaman
pada tahun 1913, maka China sekali lagi telah membuat pinjaman. Perjanjian pinjaman ini
dicapai dengan Menjadikan Salt Gebella sebagai cagaran dan penyusunan semula pentadbiran
di bawah seliaan kuasa asing. Dengan adanya hubungan yang baik terhadap kuasa barat14
maka Yuan Shih K’ai iaitu pemimpin pada ketika itu telah melakukan pinjaman pada tahun
1912. Kesan revolusi telah membawa kepada lebih banyak pinjaman dilakukan dari luar untuk
perbelanjaan pentadbiran umum.

Pinjaman ini turut dikenakan syarat seperti mana yang berlaku pada perjanjian
pertama. China dimestikan untuk membina jalan keretapi utk kemudahan kuasa asing dan
sekutunya (pemegang bond) untuk menjalankan kepentingan lebih kepada kuasa asing dan
cagarannya pula terdiri daripada jalan itu sendiri. Antara jalan yang diwujudkan dengan kuasa
asing adalah jalan binaan Rusia dan Jepun di Manchuria, jalan Tsingtao-Tsi anfu binaan
Jerman di wilayah Shantung dan Francis di wilayah Yunan dan Kwangsi. Pinjaman ini bukanlah
sebagai penanaman modal yang menguntungkan. Jalan ini dibina bukanlah untuk penjualan
barangan China dan dilihat memberikan faedah kepada China dari segi jangka panjang

13 Yongnian Zheng. 2004. Globalization and State Transformation in China. Cambridge. Cambridge University
Press. hlm. 50.

14 Harold M. Vinacke. 1967. Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 263.

12
mahupun pendek.15 Antara perkembangan ekonomi yang wujud selepas Revolusi tahun 1911
adalah seperti berikut:

1.5.1 Perdagangan dengan negara luar/Perdagangan Antarabangsa

Menjelang tahun 1913 iaitu semasa pentadbiran oleh Chiang Kai Sik, pergolakan politik telah
membawa kepada kecurian dan samun yang semakin berleluasa. Ditambah lagi dengan
peperangan saudara turut menghalang kemajuan ekonomi China. Namun, pergolakan politik
tidak menghalang dalam pergerakan ekonomi.16 Pada masa yang sama, kesan perjanjian yang
telah dijalankan. Semakin banyak pelabuhan telah dibuka iaitu sebanyak enam puluh sembilan
buah dan terdapat sebelas tempat telah dibuka untuk perdagangan serta tempat tinggal
warga asing.

Hasil daripada pasaran China yang telah dibuka dengan lebih luas ini telah membawa
sedikit kemajuan. Iaitu dari 211,000,000 tael kepada 463,000,000 tael Haikwan. Dalam masa
yang sama juga, barang-barang eksport turut bertambah dalam tempoh daripada 159 juta
tael kepada 381 tael. Oleh hal yang demikian, dalam tempoh tiga puluh tahun nilai-nilai
perdagangan luar telah bertambah sebanyak tiga ratus peratus.17

Selain itu juga, berlaku perubahan yang besar serta agak ketara terhadap ekonomi
China. Hal ini merujuk kepada barangan yang di import dan di eksport. Pada masa dahulu,
China banyak mengimport barangan seperti Candu,Kapas dan beberapa barangan lain.
Namun, ianya lenyap apabila China terpaksa bersaingan dengan pedagang asing lain.
Manakala eksport, China adalah pengeluar makanan kepada negara barat. Sebaliknya berlaku
selepas Revolusi, apabila sumber makanan sudah tidak mampu menampung rakyatnya yang
ramai maka China terpaksa mengimport dari luar.

Disebabkan candu telah membawa masalah pada ekonomi dan rakyatnya, maka
pemerintah telah mengarahkan agar perdagangan ini diberhentikan. Satu perjanjian telah di
adakan bagi menghalang dan menghentikan penjualan candu telah dibuat pada 8 Mei 1911.
Namun, pada tahun 1915 berlaku satu lagi masalah yang boleh mengugat ekonomi dan
menambahkan masalah sosial rakyatnya iaitu penanaman pokok Popi. Tetapi pada tahun 1924
sehingga 1925 penanamaannya telah bekurangaan. Pada tahun 1924, China menjadi

15 Ibid., hlm. 263.


16 Afifah Abu Yazid. 2003. Pengajian Tamadun Asia’Edisi ke-2. Pahang. Pts Publications & Distributors Sdn Bhd.
hlm. 136.

17 Ibid., hlm .138.

13
pengeluar utama bagi candu. Mereka mengeluarkan lebih dua puluh juta paun. Ini bermakna
tekanan terpaksa di kenakan ke atas China sendiri dan bukan dari negara England dalam
mengurangkan penjualan Candu di China.18

Walaupun begitu menjelang tahun 1930, pengimportan kapas telah bertambah daripada
kurang satu peratus kepada sepuluh peratus. Iaitu dari 4 juta tael kepada 132 juta tael. Punca
kenaikan ini adalah disebabkan oleh kemasukaan mesin-mesin yang membantu dalam
pemprosesan. Dengan bantuan mesin ini, mereka dapat menghasilkan barangan yang dulu
hasil secara tradisional telah dimodenkan dengan pembuatan mesin. Seperti hasil tenunan
kapas.19 Bolehlah dikatakan bahawa, selepas tahun 1930 China telah mengalami
pembangunan yang boleh dibanggakan oleh rakyatnya. Ini dapat dibuktikan melalui barangan
eksport yang telah bertambah, iaitu sebanyak lima puluh lebih jenis barangan. Dan setiap
satunya adalah bernilai lebih dari satu juta tael.

1.5.2 Pertanian

Pembinaan jalan telah banyak membantu memajukan lagi perdagangan China terutamanya
dalam pertanian. Antara tanaman petani adalah kacang soya di Manchuria dan kapas yang
banyak di tanam di Kiangsu dan Shansi. Selain itu, tembakau juga merupakan hasil tanaman
mereka. Untuk meningkatkan mutu tanaman mereka contoh seperti kapas. China telah
menjalankan tanaman Kapas dari Amerika dan turut memanggil seorang pakar dari Amerika
untuk berkerjasama dengan Universiti Nanking.20 Tujuannya untuk memperbaiki dan
menambahkan lagi jumlah pengeluaran kapas China. Tanaman lain seperti pengeluaran Ulat
Kokun bagi menghasilkan Benang Sutera, turut di beri tumpuan oleh China. Bagi menghasilkan
Benang sutera yang cantik dan bermutu tinggi, pihak China telah menjalankan kajian
berkaitan bagi mengatasi dan mengurangkaan penyakit Ulat Sutera.

Usaha China dalam memulihkan ekonominya, dapat dilihat melalui beberapa usaha
yang telah dilakukan oleh Jabatan Pertanian China. Iaitu, mengarahkan semua sekolah dan
maktab untuk mencari alternatif bagi meningkatan pengeluaran hasil pertanian. Hasil kajian
mereka telah mendapati bahawa para petani telah menggunakan benih yang rosak dalam
penanaman mereka menyebabkan hasil pengeluaran tidak proaktif. Pengeluaran hasil

18 Harolad M. Vinacke. 1967. Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden. hlm. 257.

19 Ibid., hlm. 264.


20 Esa Khalid. 2004. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Skudai. Universiti Teknologi
Malaysia. hlm. 163.

14
pertanian yang lebih berkualiti telah meningkat, apabila para petani telah mempraktikkan
seperti yang telah disyorkan dimana mereka harus menyimpan benih dari hasil tanaman yang
lebih baik. Para petani juga mula terdedah dan tahu untuk menanam tanaman mengikut
kesesuaian tanah dalam setahun. Taraf hidup petani China juga turut berubah apabila
penghasilan baja di perkenalkan. Hal ini telah banyak membantu dalam menggalakan
pengeluaran hasil pertanian. Namun begitu pada tahun 1921,21 China mengalami musibah
apabila masalah kebuluran dan kemarau yang teruk melanda sehinggalah menyebabkan
kekurangan makanan. Namun, keadaan ini berjaya dipulihkan dan membangkitkan kembali
ekonomi China.

1.5.3 Perusahaan Kecil-kecilan

Disamping perniagaan besar-besaran, terdapat individu yang tinggal di luar bandar mulai
menjalankan perusahaan kecil-kecilan seperti memintal Benang. Perusahaan ini dijalankan
bagi menampung perbelanjaan keluarga. Individu ini akan menerima tempahan daripada
pemodal yang telah membekalkan kapas serta alat tenunan kepada sesebuah keluarga dan
akan mengambil atau memungutnya semula setelah siap. Hasil perusahaan kecil-kecilan ini
akan dibeli oleh pemodal dengan harga yang lebih tinggi sedikit berbanding mengusahakan
dan memasarkan sendiri.

Pembuatan kertas Ch’ien-an (kertas diperbuat daripada pokok Malberi) satu lagi jenis
perusahaan yang dijalankan/diusahakan secara kecil-kecilan. Pemprosesan kertas telah lama
diusahakan di China. Kilang yang mengusahakan pemprosesan kertas ini mempunyai tujuh
orang tenaga pekerja. Bagi menyediakan bahan mentah dan mengeringkan kertas seramai
lima orang pekerja akan terlibat. Seorang pekerja pula akan membuat kertas sementara
ketuanya akan memastikan kelancaran tugas yang lain. Kebiasaannya, pengusaha kilang ini
mempunyai cawangan di tempat lain. Berbekalkan ilmu pemprosesan kertas dari Korea,
melalui pemerhatian pengusaha sendiri maka di bawanya ilmu tersebut untuk memulakan
perusahaan di China.

Ekonomi China menjelang tahun 1931, masih mengamalkan cara lama iaitu kurang
dalam menggunakan mesin. Alat yang digunakan adalah mesin separa canggih dan tidak
mahal seperti mana yang terdapat di barat. Ianya mudah dan tidak merumitkan (alat tenun)
dan digunakan sehingga tahun 1930. Kewujudan golongan yang membenci pembaharuan22

21 Harold M. Vinacke. 1967. Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 264.

22 Ibid., hlm. 265.

15
menyebabkan hal ini berlaku. Pemasaran perusahaan hanya tertumpu di pekan dan bandar-
bandar besar sekitar China sahaja. Sementara untuk pasaran tempatan adalah sedikit.
Perusahaan orang perseorangan adalah dianggap berjaya dan moden. Walaupun terdapat
undang-undang pada ketika itu, tetapi ianya belum lagi boleh menetapkan kawalan secar
berkesan.

1.5.4 Sistem Perbankan

Kewujudan sistem bank moden pada masa ini (1931) iaitu Banker Shansi yang mana masih
lagi membuat perniagaan yang berhad bertempat di China Tengah dan dalam masa yang
sama masih terdapat kedai yang menjalankan sistem pertukaran barang. Bagi meluaskan
perusahaan di China, banyak bank asing telah didirikan antaranya ialah Bank Perhubungan,
Bank Perusahaan Chekiang, Bank Perniagaan Ningpo, Bank Perusahaan Garam dan banyak
lagi.

Persatuan perniagaan dan Persatuan Sekerja telah ditubuhkan. Dalam hal ini telah
menandakan bahawa perusahaan China telah berkembang dengan baik. Kesatuan sekerja
(1919) “Kesatuan Bagi Kebaikan Buruh China” sebenarnya telah lama ditubuhkan dan terdapat
di Shanghai, Canton dan Hong Kong. Objektif utama penubuhannya adalah untuk
keuntungan, perlindungan dan mempertahankan hak pekerja daripada majikan. Kesatuan ini
ditubuhkan berasaskan kenegaraan.23 Semasa kegawatan dan kemerosotan ekonomi yang
menyebabkan kepada kekurangan gaji pada tahun 1925, berlaku pemogokan di ketiga-tiga
tempat tersebut. Kesan daripada pemogokan ini maka terbentuklah Dewan Perdagangan
China. Jelas sekali bahawa kesatuan ini mempunyai pengaruh, kuasa dan kekuatan sehingga
mampu dalam menyusun semula pentadbiran China. Undang-undang kesatuan bagi menjaga
kebajikan pekerja turut diluluskan pada Oktober 1929, sekaligus telah membawa kepada
peningkatan taraf pendapatan pekerja.

1.6 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, selepas gerakan Hsing Chung Hui mengalami kegagalan dalam usaha
revolusinya, banyak gerakan pembaharuan yang muncul untuk membentuk negara republik
China yang berdaulat. Setelah 268 tahun lamanya, Dinasti Manchu yang muncul di China
ditamatkan dengan penubuhan Republik China pada tahun 1912 bertitik tolak dari kemunculan
Hsing Chung Hui. Revolusi 1911 antara kemuncak kepada segala aktiviti revolusi yang diatur
oleh organisasi yang mahukan Dinasti Manchu digulingkan. Sun Yat Sen telah menempa nama

23 Ibid., hlm. 265.

16
sebagai Bapa Revolusi China (Father of the Republic).24 Telah banyak berlaku perubahan dan
pemulihan terhadap ekonomi China bermula dari dasar tutup pintu hingga membawa kepada
dasar buka pintu. Objektif penulisan ini bertujuan melihat pencapaian gerakan Hsing Chung
Hui yang membawa impak kepada negara China dari aspek ekonomi. Hasil kajian yang
diperolehi ialah kemunculan pelbagai gerakan perubahan yang memberi pengaruh besar ke
atas orang-orang China untuk mengadakan perubahan-perubahan dengan cepat dan
perkembangan ekonomi yang semakin baik. Kelompangan yang perlu ditambahbaik untuk
kajian ini ialah berkenaan pengaruh politik terhadap ekonomi China selepas impak yang diberi
oleh gerakan Hsing Chung Hui mengubah senario politik dan pemerintahan di China.

1.7 RUJUKAN

Buku :

Afifah Abu Yazid. 2003. Pengajian Tamadun Asia Edisi ke-2. Pahang. Pts Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

David Curtis Wrigh. 2001. The History of China. Canada: Greenwood Publishing Group

Esa Khalid. 2004. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Skudai. Universiti
Teknologi Malaysia.

Harold M. Vinacke. 1967. Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hsueh Chun-tu (1956). Huang Hsing and the Chinese Revolusion (vol.20). California. Stanford
University Press.

Li Chien-nung. Ssu-yu Teng (Ed.). 1957. The Political History of China. Princeton. Macmillan
Company.

Marie-Claire Bergere. 1994. Sun Yat Sen. California. Stanford University Press.

Ranbir Vohra. 2000. China’s Path to Modernization: A Historical Review from 1800 to the
Present. New Jersey. Prentice-Hall, Inc.

Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Vinacke.Harold M. 1967. Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

24 Wolfram Eberhard. 1977. A history of China. United State. University of Californie Press. hlm. 317.

17
William H. Mcneill. 1994. Kebangkitan Barat: Sejarah Masyarakat Manusia. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wolfram Eberhard. 1977. A history of China. United State. University of Californie Press.

Yongnian Zheng. 2004. Globalization and State Transformation in China. Cambridge.


Cambridge University Press.

Jurnal :

Richard A. Esptein. “Direct Democracy: Government of the people, By the People, and for the
People?”, Harvard Journal of Law & Public Policy.

Laman Sesawang :

Ceren Ergenc. Chinese Nation-Building and Sun Yat Sen. Diakses melalui
http://etd.lib.metu.edu.tr/12606376/index.pdf

Eric Chieyeung Ip. Building Constitutional Democracy on Oriental Foundations: An Anatomy


of Sun Yat Sen’s Constitutionalism. Diakses melalui
http://hc.rediris.es/09/articulos/pdf/16.pdf

John Atkin. Father of Modern China, The Builders. Diakses melalui


http://www.globalbirdphotos.com/ve/150_155_Father_of_Modern_China_John_Atki
n.pdf.

Li Wenguang. 2011. 1895 Guangzhou Uprising. Diakses melalui


http://www.zs.gov.cn/english/xinhaiRevolu-bction/news/3.html

18

Anda mungkin juga menyukai