Anda di halaman 1dari 27

4.

1 Reaksi masyarakat tempatan

4.1 Reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat (China & India)

4.1.1 Reaksi Masyarakat Tempatan China

Soalan 86: Bincangkan isu-isu atau Faktor-faktor yang merenggangkan hubungan China dan Barat.

Pendahuluan

§ Pertengahan abad ke 19, imperialis Barat mula mengasak China yg membuatkan era baharu dalam
sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa Barat. Hal demikian membawa kepada
kerenggangan hubungan pihak Barat dan China. Namun Kerajaan China masih berbangga dengan
menganggap negara mereka ‘Middle Kingdom’. iaitu mempunyai tamadun yang tinggi. Mereka
keberatan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Barat kerana menggangap orang
Baratsebagai Fan Len (orang gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing)

§ Sistem pemerintahan China juga tidak mempunyai pejabat hal ehwal luar. Maharaja institusi
tertinggi diikuti majlis tinggi dan sekretariat tertinggi. Timbul ketegangan hubungan antara kuasa
Barat dengan China hingga membawa peperangan kedua belah pihak dan memberi impak
besar kepada sejarah perjalanan China.

Isi-isi penting:

Isu perdagangan

§ Pedagang barat terutamanya British mengharapkan keuntungan perdagangan yang berlipat ganda
jika mereka menjalankan perdagangan dengan Negara China tetapi impian mereka tidak
kesampaian disebabkan kerajaan Manchu mengamalkan dasar tutup pintu atau disebut dasar
pemencilan . Masyarakat China mempunyai pandangan yang negatif terhadap perdagangan dan
menganggap perdagangan sebagai pekerjaan yang hina. Justeru, perdagangan tidak digalakan
terutama dengan kuasa-kuasa barat. Sebaliknya perhatian diberikan kepada pertanian sara diri.

§ Pemerintaha China mengenakan pelbagai sekatan keatas pedagang asing. Pedagang asing
dibenarkan sebagai Co-hong .Barang yang diniagakan juga ditentukan oleh Co-hong .

Isu candu

§ Perdagan barat dengan China lebih menyebelahi pihak China. Pihak British cuba membawa barang
mereka dari India dengan memperkenalkan barangan tekstil di China tetapi gagalmenembusipasaran
China. Mereka amat memerlukan eh dan sutera dari China yang mendapat permintaan tinggi di
Eropah. Keengganan China membeli barang dari britian menyebabkan wujudnya perdagangan satu
hala yang merugikan kerajaan British. Oleh yang demikian bagi mengimbangi perdagangan yang
berat sebelah itu ,pedagang Barat mencari alternatif dengan membawa masuk candu dari IIndia.
§ Candu kemudiannya menjadi barang paling digemari oleh masyarakat China tidak kira golongan
bangsawan atau atasan.

§ Kemasukan Candu mengakibatkan pengaliranwang keluar yang banyak .Keadaan ini telah
menjejaskan ekonomi China.Pada tahun 1838,Maharaja Tao Kuang telah mengeluarkan perintah
yang mengharamkan penggunaan dan perdagangan candu.

Isu perundangan

§ Isu perundangan turut menjadi isu yang merenggangkan hubungan China dengan kuasa-kuasa
Barat . Mengikut prinsip keadilan China “ seseorang yang dituduh melakukan jenayah dianggap
bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan “.

§ Falsafah undang-undang di China berbeza dengan falsafah undang-undang barat .Undang-undang


barat berdasarkan konsep “ tanggungjawab individu “ manakal China pula “doktrin tanggungjawab
berkumpulan “ diamalkan.

Isu agama Kristian

§ Perasaan anti asing bertambah kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan pendalaman dan
luar dari Canton. Ramai rakyat China Berjaya dikristiankan .

§ Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang China yang berpegang kepada
kepecayaan nnek moyang,Confucius,dan Taoisme.

Isu kawasan petempatan orang asing

§ Mempunyai sistem pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal oleh pemerintahan China. Penduduk
hanya perlu membayar pajakan kepada China. Di wilayah pajakan ini, orang asing membentuk majlis
perbandaran mereka sendiri, undang-undang, mahkamah, polis dan pasukan pertahanan awam.

§ Pihak British dan Amerika Syarikat bersetuju menggabungkab wilayah konsensi mereka kepada
satu pentadbiran. Kuasa Barat juga menceroboh secara langsung wilayah China . Pengambilan Hong
kong oleh British, Macau oleh Portugis, China juga menghadapi masalah pencerobohan Rusia di lli,
singkiang.

Isu Pengenalan teknologi Barat.

§ Pengenalan teknologi barat di China telah menyebabkan pengganguran berlaku dalam masyarakat
China dalam jumlah yang ramai.Pengenalan teknik baharu dalam bidang perlombongan
mempercepatkan penggunaan sumber alam yang jumlahnya terhad.

§ Sarjana China percaya bahawa barat tidak ikhlas mengajar. Mereka juga percaya bahawa
pengenalan teknologi Barat hanya membawa keuntungan jangka masa pendek sahaja.

Penutup
§ Akibat tindakan-tindakan tersebut, akhirnya kuasa-kuasa Barat berjaya menguasai China. China
terpaksa diperintah oleh kuasa Barat.

Soalan 87: Huraikan tindakan yang dilakukan oleh masyarakat China terhadap campur tangan
pihak asing.

Pendahuluan

§ Pada pertengahan abad ke-19, China mula diasak oleh imperialis Barat. Keadaan ini memulakan
era baharu dalam searah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa barat. Ketidakpuasan
hati para pedagang dan pegawai Barat mula memuncak dengan pelbagai insiden yang
mereggangkan hubungan antara pihak Barat dan kerajaan China.

§ Kerenggangan hubungan China terhadap kuasa Barat berpunca kepada beberapa isu iaitu isu
perdagangan, candu, perundangan, agama Kristian, kawasan petempatan orang asing, dan teknologi
Barat. Atas masalah ini, China telah melakukan beberapa tindakan.

Isi-isi penting:

1. Tindakan anti terhadap kuasa asing. Terdapat dua kumpulan anti asing di China. Kumpulan
pertama ialah golongan yang membenci orang asing tetapi tidak bertindak. Kumpulan kedua ialah
golongan yang menolak semua kehadiran asing seperti agama Kristian dan teknologi Barat. Agama
Kristian yang dibawa oleh orang Barat megancam kedudukan agama dan kepercayaan tradisi China
seperti Confucius, Taoisme dan Buddha. Pada tahun 1870, berlaku gerakan menentang mubaligh
Kristian di Tientsin. Orang China berprasangka buruk terhadap aktiviti membaptis yang dijalankan
oleh rahib wanita terhadap kanak-kanak China yang sakit.Golongan mubaligh dituduh mencungkil
mata kanak-kanak untuk tujuan membuat logam yang berharga. Ada juga tuduhan menyatakan
bahawa kanak-kanak China disihir, dipotong badan, diambil hati, dan mata mereka untuk dijadikan
ubat.

2. Pemberontakan boxer Pada tahun 1899, orang China marah dengan tindak-tanduk kuasa
asing yag menceroboh wilayah China. Peristiwa ini dikenali sebagai pemberontakan boxer. Pengikut
Boxer mendakwa aktiviti orang asing telah membawa kemarahan Tuhan yang menurunkan bencana
kepada penduduk China. Oleh itu, orang China bertanggungjawab untuk menghapuskan oraang
asing yang ada dibumi China. Kumpulan Boxer (peninju) medapat restu daripada maharani dan
gabenor-gabenor wilayah. Mereka menggalakkan perkembangan kongsi gelap bertujuan
memperkuatkan China supaya tidak terjejas oleh kemaraan kuasa-kuasa barat yang semakin
berleluasa ketika itu.

3. Maharani Dowager juga telah mengisytiharkan perang terhadap kuasa Barat. Tindakan
tersebut merupakan akibat rasa terkilan kerana campur tangan Barat dalam urusan Negara China.
Keputusan mengisytiharka perang tidak medapat sokongan daripada pegawai-pegawainya di
beberapa wilayah China. Pegawai seperti Chang Chih-tung dan Li Hung-chang telah mengabaikan
arahan Maharani Dowager berperang dengan Barat. Ada juga pegawai di wilayah tertentu yang
memberi jaminan utuk melindungi warga asing. Oleh itu, kebangkitan Gerakan Boxer hanya meletus
di beberapa kawasan sahaja seperti Peking, Shansi, Tientsin, Manchuria, dan Mongolia.

4. Pemberontakan Boxer telah menyatukan kuasa-kuasa Barat untuk menghantar tentera ke


China.Pada tahun 1900, terdapat lebih 45000 tentera bersekutu di utara China. Satu pasukan
tentera yang terdiri daripada pelbagai Negara telah dibentuk oleh Setiausaha Amerika Syarikat, iaitu
John Hays. Pasukan ini telah berjaya mengalahkan pasukan Boxer dan kerajaan China di Peking pada
Ogos 1900. Maharani Dowager, maharaja dan pengikutnya telah melarikan diri ke Sian. Pada tahun
1901, satu perjanjian telah ditandatangani untuk menamatkan Pemberontakan Boxer yang dikenali
sebagai Protokol Boxer.

5. Protokol Boxer 1901, kandungannya ialah yang pertama Kerajaan China perlu menghadap
Maharaja Jerman untuk menyampaikan rasa kesal atas pembunuhan Baron Von Ketteler. Kerajaan
China juga diminta membina tugu peringatan kematian von Kettler di tempat beliau dibunuh. Tugu
itu ditulis dengan kata-kata kekesalan pihak Maharaja China atas kematian von kettler dalam tiga
bahasa, iaitu Latin, Jerman, dan China. Tentera asing dibenarkan bertempat di 12 kawasan strategik
sepanjang jalan kereta api dari Peking hingga ke Shanhaikuan. Kuasa Barat mendapat hak untuk
mengekalkan tentera di Peking yang bertujuan untuk menjaga kedutaan asing. Kerajaan China akan
membayar kerugian sebanyak 67.5 juta paun secara insuran selama 39 tahun. Menyekat
pengimportan senjata api dan peluru ke China selama lima tahun. Menghukum pemimpin-pemimpin
yang menyokong Pemberontakan Boxer.

Penutup

§ Akibat tindakan-tindakan tersebut, akhirnya kuasa-kuasa Barat berjaya menguasai China. China
terpaksa diperintah oleh kuasa Barat.

Soalan 88: Huraikan faktor-faktor Perang Candu Pertama (1839-1842).

Pendahuluan :

§ Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Peperangan Inggeris-China Pertama
kerana ekoran tercetusnya pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan. Dalam pada
itu, peperangan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula bertapak di China dan ia
menandakan dinasti Machu telah mengalami kemerosotan.

§ Peperangan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan kesan.

Isi-isi penting :

Faktor-faktor:
(a) Konsep perdagangan yang bertentangan.

§ Kerajaan China dan negara-negara Barat mengamalkan konsep perdagangan yang


bertentangan. Kerajaan China tidak berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan
negara-negara Barat kerana negara China mampu memenuhi keperluannya dan sumber ekonomi
utamanya berasaskan pertanian. Masyarakat Cina menganggap aktiviti perdagangan sebagai
kegiatan yang hina.

§ Masyarakat Barat berpegang kepada dasar perdagangan bebas. Negara-negara Barat berlumba-
lumba untuk mendapatkan pasaran dan bahan mentah untuk kilang-kilang yang muncul ekoran
Revolusi Perindustrian. Terdapat permintaan yang tinggi bagi barangan China seperti the dan sutera
di Britain.

(b) Sekatan terhadap perdagangan asing.

§ Pada tahun 1757, Maharaja Chien Lung mengeluarkan perintah bahawa pedagang-pedagang asing
hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton. Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan
membawa anggota keluarga mereka ke pelabuhan Canton. Setelah selesai menjalankan urusan
perniagaan di Canton, mereka dikehendaki kembali ke Macau.

§ Pedagang-pedagang asing dibenarkan untuk menjalankan urusan perdagangan melalui kesatuan


saudagar China yang di kenali sebagai Co-hong. Tindakan kerajaan China mengenakan cukai-cukai
yang tinggi menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pedagang-pedagang asing.

(c) Sistem hubungan antarabangsa yang bertentangan.

§ China menganggap dirinya sebagai ‘Chung Kao’ atau pusat dunia yang bertamadun. Maharaja
China menganggap dirinya sebagai anak syurga dan pemerintah sejagat. Orang Cina menganggap
orang Barat sebagai orang gasar yang tidak bertamadun. Negara China menganggap negara-negara
Barat bertaraf rendah dan tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar persamaan
taraf.

§ China menganggap semua duta Barat sebagai pembawa ufti yang harus kowtow, iaitu melutut
tanda hormat di hadapan Maharaja. Percubaan British menghantar utusan yang diketuai oleh
George Macartney (1793) dan Lord Amherst (1816) ke Peking untuk menuntut perwakilan dan
syarat-syarat perdagangan yang liberal menemui kegagalan.

(d) Pertentangan konsep undang-undang.

§ Mengikut konsep undang-undang China, seseorang itu dianggap bersalah sehingga ia


membuktikan bahawa ia tidak bersalah. Konsep undang-undang Barat pula menekankan bahawa
seseorang itu tidak bersalah sehingga kesalahannya dapat dibuktikan.

§ Pertentangan konsep undang-undang China dan Barat menyebabkan hubungan China dan British
menjadi bertambah buruk.

(e) Kekejaman undang-undang China.


§ Pada tahun 1784, seorang kelasi kapal Lady Hugnes telah melepaskan tembakan hormat apabila
sampai di Whampoa yang menyebabkan seorang Cina terbunuh. Kelasi berkenaan telah dicekik
sehingga mati tanpa sebarang perbicaraan apabila diserahkan kepada kerajaan China.

§ Pada bulan Julai 1839, kelasi-kelasi Inggeris yang mabuk tekah membunuh seorang Cina yang
bernama Lin Wei-hsi. Kerajaan China menuntut agar pesalah tersebut diserahkan kepalanya
manakala pihak British enggan berbuat demikian.

(f) Kemasukan Candu.

§ Faktor serta-merta yang menyebabkan tercetus Perang Candu Pertama ialah tindakan orang
Inggeris membawa masuk bekalan candu ke China. Orang Inggeris menjual candu bagi
mengimbangkan perdagangan teh dengan China.

§ Antara tahun 1821 hingga 1839, jumlah candu yang diimport telah meningkat kepada 4244 buah
peti kepada 40 200 buah peti. Perkembangan ini telah mengakibatkan imbangan perdagangan yang
tidak menguntungkan China. Pengimportan candu menyebabkan pengaliran keluar wang perak yang
telah menjejaskan kesihatan dan menimbulkan masalah sosial dalam kalangan penduduk China.

(g) Tindakan Lin Tsu-hse.

§ Tindakan drastik yang diambil oleh Lin Tsu-hse bagi menghapuskan perdagangan candu telah
menyebabkan tercetus perang antara kerajaan China dengan British. Pada tahun 1839, Maharaja
China telah melantik Lin Tsu-hse sebagai pesuruhjaya imperial untuk menghapuskan perdagangan
candu. Pada 18 Mac 1839, Lin Tsu-hse telah mengeluarkan titah perintah meminta orang asing
supaya menyerahkan semua candu kepada kerajaan China dan memberi akuan untuk tidak
membawa masuk candu ke China.

§ Kapten Charles Elliot menyerahkan 20 283 buah peti candu kepada kerajaan China untuk
dimusnahkan namun British enggan memberi surat akuan untuk tidak membawa masuk candu ke
China. Kapten Elliot bertindak menyerang Chuenpi pada bulan November 1839. British menjadikan
peristiwa candu sebagai alasan

Penutup :

§ Sikap angkuh kerajaan China menyebabkan British terpaksa menggunakan kekerasan bagi
memaksa kerajaan China membuka pintu kepada kuasa Barat. Perkembangan ini menyebabkan
British mengisytiharkan peperangan terhadap kerajaan China pada tahun 1839 yang dikenali sebagai
perang Candu Pertama.

§ Perang Candu Pertama meninggalkan kesan yang amat mendalam di dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial. Perang ini juga meletakkan asa tercetusnya Perang Candu Kedua.

Soalan 89: Huraikan kesan-kesan Perang Candu Pertama (1839-1842).

Pendahuluan :
§ Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Peperangan Inggeris-China Pertama
kerana ekoran tercetusnya pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan. Dalam pada
itu, peperangan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula bertapak di China dan ia
menandakan dinasti Machu telah mengalami kemerosotan.

§ Peperangan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan kesan.

Isi-isi penting :

Kesan-kesan Perang Candu Pertama

Kesan Politik

§ Kemerosotan dinasti Manchu.

i. Perang Candu jelas sekali menunjukkan bahawa dinasti Manchu


mengalami kemerosotan yang amat ketara. Kekalahan kerajaan China dalam peperangan tersebut
menunjukkan bahawa dinasti Manchu tidak mempunyai keupayaan untuk menghadapi penentangan
kuasa-kuasa Barat.

ii. Kelemahan dinasti Manchu menyebabkan rakyat mula menentang


kerajaan hingga tercetus Pemberontakan Taiping.

§ Muncul gerakan menguatkankan diri.

i. Perjanjian Nanking menunjukkan kelebihan kuasa-kuasa Barat dalam


bidang sains dan teknologi. Perjanjian ini telah menyedarkan masyarakat China tentang kepentingan
menguasai ilmu pengetahuan dari Barat.

ii. Kesedaran ini telah membangkitkan minat masyarakat China untuk


memulakan gerakan menguatkan diri.

Kesan Ekonomi

§ Muncul golongan pedagang baru.

i. Penghapusan Co-hong menyebabkan muncul golongan pedagang baharu


di China. Golongan ini terlibat dalam penubuhan pelbagai jenis industri dan perusahaan.

ii. Perkembangan ini menyebabkan muncul sistem ekonomi moden


menggantikan sistem ekonomi tradisional.
§ Perniagaan candu meningkat.

i. Perniagaan candu telah meningkat secara mendadak selepas Perang


Candu. Perjanjian Nanking yang menamatkan Perang Candu tidak menyentuh tentang sekatan
terhadap perdagangan candu.

ii. Perkembangan ini menyebabkan jumlah candu yang dibawa masuk oleh
saudagar-saudagar Barat meningkat. Umpamanya import candu meningkat sebanyak 300 peratus
pada tahun 1858.

Kesan Sosial

§ Penyebaran agama Kristian.

i. Masyarakat China terdedah kepada penyebaran agama Kristian. Mubaligh-


mubaligh Kristian bebas menyebarkan agama Kristian di pelabuhan-pelabuhan.

ii. Perkembangan agama Kristian menyebabkan kebudayaan dan adat resam


masyarakat Cina terjejas. Masyarakat Cina juga terdedah kepada pemikiran dan pengaruh
kebudayaan Barat.

§ Penghapusan amalan kowtow.

i. Selepas perjanjian Nanking ditandatangani, amalan kowtow ditamatkan.

ii. Orang Barat tidak perlu menyembah Maharaja China dengan cara
kowtow.

Penutup :

§ Sikap angkuh kerajaan China menyebabkan British terpaksa menggunakan kekerasan bagi
memaksa kerajaan China membuka pintu kepada kuasa Barat. Perkembangan ini menyebabkan
British mengisytiharkan peperangan terhadap kerajaan China pada tahun 1839 yang dikenali sebagai
perang Candu Pertama.

§ Perang Candu Pertama meninggalkan kesan yang amat mendalam di dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial. Perang ini juga meletakkan asa tercetusnya Perang Candu Kedua.

Soalan 90.Huraikan faktor faktor dan kesan kesan perang candu kedua (1856-1860)
Pendahuluan

§ Pada tahun 1839-1842 berlaku peperangan antara British dengan China yang dikenali sebagai
Perang Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Nanking pada
29 Ogos 1842.

§ Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan tetapi tidak menyelesaikan masalah dalam
hubungan antara China dan British. Hubungan antara mereka tetap runcing sehingga mengekibatkan
peperangan yang kedua pada 1856-1860 yang dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang
Arrow.

Isi-isi Penting:

Faktor-faktor Perang Candu Kedua

1. Kelemahan Perjanjian Nanking. Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F.
Beers mendakwa kelemahan Perjanjian Nanking merupakan faktor utama meletuskan peperangan
yang kedua antara China dengan British pada 1856-1860. Keengganan China untuk mematuhi syarat-
syarat Perjanjian Nanking dan tindakan British untuk memaksa China mematuhinya serta menuntut
keistimewaan-keistimewaan tambahan telah meruncingkan hubungan antara China dan British.

2. Masalah Amoy dan Ningpo. Mengikut Perjanjian Nanking 1842, China membuka 5
pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Walau
bagaimanapun, selepas perjanjian tersebut ditandatangani, British mendapati Amoy dan Ningpo
tidak sesuai dari segi perdagangan. Oleh itu, mereka telah mendesak China menukar pelabuhan-
pelabuhan tersebut dengan pelabuhan-pelabuhan lain yang lebih sesuai. Selain itu, British berhasrat
untuk mengembangkan kegiatan perdagangan ke seluruh China. Mereka tidak mahu kegiatan
perdagangan hanya tertumpu di 5 pelabuhan perjanjian. Oleh itu, mereka telah mendesak China
membuka lebih banyak pelabuhan kepada pedagang asing. Kehendak British tidak dipersetujui oleh
China kerana mereka menganggap negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada
kuasa-kuasa barat. Keengganan China untuk memenuhi kehendak British dan tindakan British untuk
memaksa China memenuhi tuntutan mereka sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dan
British.

3. Masalah Canton dan Foochow. Mengikut Perjanjian Nanking, pedagang-pedagang asing diberi
kebebasan berdagang di kesemua 5 pelabuhan perjanjian. Walau bagaimanapun, pedagang-
pedagang asing masih lagi dikenakan sekatan-sekatan dan tekanan-tekanan terutamanya di Canton
dan Foochow. Keadaan ini berlaku kerana sikap anti asing penduduk tempatan lebih-lebih lagi
kerana mereka dipengaruhi oleh pegawai-pegawai sarjana yang merasai kepentingan mereka
terjejas akibat kehadiran barat. Selain itu, Maharaja China yang baru menaiki takhta pada 1850 iaitu
Hsien Feng dan Pesuruhjaya Tinggi China yang baru dilantik pada 1852 iaitu Yeh Ming Chen juga
bersikap anti asing. Penduduk-penduduk tempatan telah memulaukan barang-barang barat. Selain
itu, berlaku di Canton pada 1843 dan 1846 iaitu John Davies telah mengarahkan kapal perang British
membedil Canton. Sebagai tindak balas, pihak China telah membunuh 6 orang rakyat British.
Peristiwa ini sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dengan British.

4. Krisis ekonomi. Perang Candu pertama telah menyebabkan negeri China mengalami krisis
ekonomi. China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan
serta bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang
tempatan. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu meruncingkan
lagi masalah ekonomi negeri China. Bagi mengatasi masalah ekonomi, China telah merayu supaya
British mengurangkan ganti rugi. Keengganan British telah menjejaskan hubungan antara mereka

5. Mambaharui perjanjian. Bila Brtitish menyedari China tidak mematuhi sepenuhnya syarat-
syarat Perjanjian Nanking, mereka telah mendesak China supaya diadakan rundingan bagi mengkaji
semua syarat-syarat Perjanjian Nanking. Tindakan ini diambil kerana British dipengaruhi oleh syarat
Perjanjian Wanghsia 3 Julai 1844 antara China dengan Amerika dan Perjanjian Whampoa 24 Oktober
1844 antara China dengan Perancis yang menegaskan perjanjian-perjanjian tersebut akan dikaji
semula dalam tempoh 12 tahun. British menuntut keistimewaan ini berdasarkan prinsip “layanan
negara yang diutamakan”. Sekiranya keistimewaan ini dinikmati oleh British, bermakna Perjanjian
Nanking perlu dikaji semula pada 1854. British mahu mengkaji semula syarat-syarat Perjanjian
Nanking dengan tujuan untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tambahan seperti
kebebasan berdagang di kawasan pedalaman, Bandar-bandar serta pelabuhan-pelabuhan di pinggir
pantai dan juga untuk menempatkan perwakilan diplomatik di Peking. Desakan British supaya China
mengkaji semula syarat Perjanjian Nanking dan keengganan China untuk memenuhi kehendak
tersebut telah meruncingkan hubungan antara mereka. Pihak China telah mendakwa negeri China
telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat.

Kesan-kesan Perang Candu Kedua

1. Menyedarkan China barat lebih superior.Kekalahan China dalam Perang Candu kedua
merupakan kekalahan kedua mereka kepada kuasa-kuasa barat dalam tempoh 2 dekad. Kekalahan
inimenyedarkan mereka bahawa barat lebih superior daripada China. Buktinya mereka mula meniru
teknik-teknik barat untuk dilaksanakan di negeri China. Pemimpin-pemimpin China seperti Tseng Kao
Fan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang telah meniru idea-idea barat dalam politik, ekonomi dan
sosial untuk dilaksanakan dalam Rancangan Pembaharuan “Gerakan Memperkuatkan Diri 1864-
1894”.

2. Lahir dua golongan .Peperangan Arrow telah mengakibatkan lahirnya 2 golongan dalam
masyarakat China iaitu golongan pro barat dan golongan anti barat. Golongan pro barat meniru idea-
idea barat untuk dilaksanakan di negeri China manakala golongan anti barat menjalankan kegiatan
menentang kegiatan orang barat serta pengaruh mereka di China. Contohnya pada 21 Jun 1870,
mereka telah menyerang rumah kanak-kanak yatim Kristian di Tientsin menyebabkan 20 orang
terbunuh termasuk 10 rahib wanita. Pada tahun 1875, Raymond Margary serta 5 orang Cina yang
menjadi pengikutnya telah dibunuh semasa menjalankan penyelidikan untuk mencari jalan darat
dari Myanmar ke China.

3. Hubungan diplomatik. Selepas Perang Arrow, China mula mewujudkan hubungan diplomatik
atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa barat. Bagi menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa
barat, Pejabat Hal Ehwal Luar yang dikenali sebagai Tsungli Yamen telah diwujudkan pada 11 Mac
1861. Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Antara mereka ialah Anson
Burlingame (duta Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis) dan De Balluseck
(Rusia). Pada tahun 1866, dengan bantuan Robert Hart, satu perwakilan China yang diketuai oleh Pin
Chun telah dihantar ke Eropah. Pada tahun 1868 dengan bantuan Anson Burlingame, satu
perwakilan China yang diketuai oleh Chih Kong dan Sun Chia Ku telah dihantar ke Amerika.
Perwakilan ini kemudiannya melawat negara-negara Eropah. Sejak tahun 1877, duta-duta China
mula ditempatkan di negara-negara asing seperti di Amerika, British, Perancis, Jerman, Rusia,
Sweden, Sepanyol dan lain-lain lagi.

4. Krisis ekonomi. Perang Arrow telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi.
China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta
bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang
tempatan. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu meruncingkan
lagi masalah ekonomi di China.

5. Penghijrahan. Perang Arrow, ramai rakyat China mula berhijrah ke seberang laut,
terutamanya ke Asia Tenggara. Penghijrahan rakyat China semakin hebat bila British menjalankan
perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara. Tambahan pula,
Kerajaan China juga tidak menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut selepas termeterainya
Perjanjian Tientsin dan Perjanjian Peking. Orang-orang China sanggup berhijrah kerana mereka telah
hilang keyakinan terhadap Kerajaan Manchu serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di
China.

Soalan 91: Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Peluang Kuasa Barat di China

Pendahuluan:

§ Pertengahan abad ke 19, imperialis Barat mula mengasak China yg membuatkan era baharu dalam
sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa Barat. Hal demikian membawa kepada
kerenggangan hubungan pihak Barat dan China. Namun Kerajaan China masih berbangga dengan
menganggap negara mereka ‘Middle Kingdom’. iaitu mempunyai tamadun yang tinggi. Mereka
keberatan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Barat kerana menggangap orang
Baratsebagai Fan Len (orang gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing)

§ Sistem pemerintahan China juga tidak mempunyai pejabat hal ehwal luar. Maharaja institusi
tertinggi diikuti majlis tinggi dan sekretariat tertinggi. Timbul ketegangan hubungan antara kuasa
Barat dengan China hingga membawa peperangan kedua belah pihak dan memberi impak
besar kepada sejarah perjalanan China.

Isi-isi Penting:

Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895)

§ Menjelang pertengahan abad ke-19,kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan dan pengaruh di


China. Kerajaan juga menghadapi beberapa pemberontakan dalam negeri seperti Pemberontakan
Taiping (1851-1864) dan Pemberontakan Nien (1853-1868). Perkembangan ini telah memberi
kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah seperti Putera Kung
(1833-1898), Tseng Kuo-fan (1811-1872), Li Hung-chang (1823-1901) dan Tso Tsung-tang (1812-
1885) mengenai keperluan untuk memodenkan China.

§ Kesedaran untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang dikenali
sebagai Gerakan Menguatkan Diri. Tokoh yang mengasaskan idea Gerakan Menguatkan Diri adalah
Feng Kuei-fen. Feng Kuei-fen berpendapat China harus memperoleh ilmu daripada Negara-negara
Barat untuk memodenkan China. Gerakan ini telah dilaksanakan mulai tahun 1861 dan berlanjutan
hingga tahun 1895. Langkah-langkah yang diambil untuk menguatkan diri mencakupi bidang
diplomatik, pendidikan, ketenteraan,ekonomi, pentadbiran serta sistem perhubungan dan
pengangkutan.

Pemberontakan Boxer

§ Menjelang tahun 1899, tercetus pemberontakan yang di kenali sebagai Pemberontakan Boxer di
China. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang China
yang beragama Kristian . Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang
diberikan oleh kuasa-kuasa asing terhadap kerajaan China. Malah anggota gerakan Boxer
menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu.

§ Mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada segala kepincangan yang berlaku dalam
bidang politik, ekonomi, dan sosial di China. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap
Cina yang di kenali sebagai I Ho Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian). Menjelang
tahun 1813, kerajaan mengeluarkan perintah mengharamkan I Ho Chuan kerana pertubuhan ini
bersifat antiManchu. Namun anggota persatuan ini bergiat secara sulit di wilayah-wilayah
Shantung,Hunan, dan Kiangsu.

§ Menjelang tahun 1818,pengaruh Persatuan I Ho Chuan merebak ke wilayah Chihli. Orang Barat
menamakan ahli-ahli kongsi gelap ini sebagai ‘Boxer’ kerana mereka mengamalkan sejenis tinju Cina
yang di sertai dengan ilmu sihir. Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerjaan
Manchu dan kemunculan kerjaan republic di China.

Gerakan Pembaharuan Ching (1901-1911)

§ Kegagalan Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kerajaan Manchu melancarkan Gerakan


Pembaharuan bagi memodenkan China. Pada 29 Januari 1901,Maharani Dowger Tzu His
mengumumkan Gerakan Pembaharuan berteraskan ciri-ciri baik peradaban Barat. Kerjaan Manchu
mengarahkan pegawai-pegawai kanan kerajaan untuk mengemukakan cadangan-cadangan
pembaharuan.

§ Gabenor Jeneral Liu Kun-I dan Chang Chih-tung telah mengemukakan tiga pucuk surat
peringatan kepada pihak istana pada bulan Julai 1901. Antara cadangan-cadangan yang di
kemukakan oleh Liu Kun-I dan Chang Chih-tung adalah seperti berikut; Penubuhan sekolah-sekolah
awam yang moden; Pembinaan sekolah-sekolah tentera berdasarkan model sekolah tentera Barat;
Merombak semula Peperiksaan perkhidmatan Awam; Menghantar pelajar-pelajar ke luar negara
untuk mempelajari ilmu Barat dan Menggalakkan pertumbuhan idustri dengan penubuhan sekolah-
sekolah teknologi.

§ Pembaharuan yang dilaksanakan oleh gerakan ini meliputi aspek pendidikan, ketenteraan,
perlembagaan, ekonomi, sosial dan pentadbiran.

Penutup

§ Akibat tindakan-tindakan tersebut, akhirnya kuasa-kuasa Barat berjaya menguasai China. China
terpaksa diperintah oleh kuasa Barat.

Soalan 92: Huraikan gerakan menguatkan diri (1861-1895) dan pelaksanaannya terhadappeluasan
kuasa barat di China.

Pendahuluan

§ Menjelang pertengahan abad ke-19, kuasa-kuasa barat ingin mengukuhkan kedudukan dan
pengaruh di China. Kesedaran untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan
yang dikenali sebagai Gerakan menguatkan diri.

§ Sebenarnya, tokoh yang mengasaskan idea gerakan menguatkan diri adalah feng kuei-fen, beliau
berpendapat China harus memperoleh ilmu daripada negara-negara barat. Gerakan ini telah
dilaksanakan mulai tahun 1861 sehingga 1895. Antara langkah yang diambil mencakupi bidang
diplomati, pendidikan, ketenteraan, ekonami, pentadbiran serta sistem perhubungan dan
pengangkutan.

Isi-isi penting

Proses Gerakan Menguatkan Diri

§ Menjelang pertengahan abad ke-19,kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan dan pengaruh di


China. Kerajaan juga menghadapi beberapa pemberontakan dalam negeri seperti Pemberontakan
Taiping (1851-1864) dan Pemberontakan Nien (1853-1868). Perkembangan ini telah memberi
kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah seperti Putera Kung
(1833-1898), Tseng Kuo-fan (1811-1872), Li Hung-chang (1823-1901) dan Tso Tsung-tang (1812-
1885) mengenai keperluan untuk memodenkan China.

§ Kesedaran untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang dikenali
sebagai Gerakan Menguatkan Diri. Tokoh yang mengasaskan idea Gerakan Menguatkan Diri
adalah Feng Kuei-fen. Feng Kuei-fen berpendapat China harus memperoleh ilmu daripada Negara-
negara Barat untuk memodenkan China. Gerakan ini telah dilaksanakan mulai tahun 1861 dan
berlanjutan hingga tahun 1895. Langkah-langkah yang diambil untuk menguatkan diri mencakupi
bidang diplomatik, pendidikan, ketenteraan,ekonomi, pentadbiran serta sistem perhubungan dan
pengangkutan.

Kejayaan Gerakan Menguatkan Diri

1. Ketenteran

§ kerajaan China mengambil langkah memodenkan tentera mengikut sistem ketenteraan barat.
Pegawai yang terlibat termasuklah Tseng Kuo-fan, Li Huang-chang, dan Tso Tsung-tang. Antara
langkah yang diambil adalah pembinaan kilang senjata iaitu pada 1865 Kilang senjata di kiangnan,
shanghai yang membuat senapang, meriam dan peluru dan terlibat dalam pembinaan kapal
perang dengan jumlah pekerja seramai 2000 orang.

§ Tahun 1865 Perbadanan kejuruteraan kim lin di tubuhkan oleh li hung-chang yang terlibat dalam
penghasilan meriam dan senapang. 1866 Kilang senjata api di foochow, ditubuhkan oleh li hung-
chang. 1868Ditubuhkan di kiangnam shangai yang melatih pekerja membuat senjata dan
kapal berperanan menterjemah buku dalam bidang kejuruteraan ke dalam bahasa
China. 1880 Maktab tentera laut telah didirikan

§ Pembinaan limbungan kapal pada tahun 1866 limbungan kapal didirikan di foochow, didirikan
atas bantuan dua orang jurutera berbangsa perancis hanya menghasilkan 10 buah kapal dan 5 buah
bot peronda. Penubuhan angkatan tentera laut, Angkatan tentera laut nanyang sebanyak 17 buah
kapal, Angkatan tentera laut peiyang 15 buah kapal, Angkatan tentera laut hokkien 11 buah kapal.

§ Penghantaran pegawai ke luar negara pada 1872, Pegawai tentera China di hantar ke Jerman
untuk mempelajari sains ketenteraan, tahun 1875 Pelajar limbungan kapal foochow dihantar ke
britain dan perancis untuk menjalani ujian dan tahun 1884 Pelajar akademi laut dihantar ke perancis,
britain, dan Jerman untuk mempelajari pembinaan kapal

2. Pelaksanaan projek ekonomi

§ kerajaan China mengalami masalh eknomi justeru itu kerajaan menanggung hutang ini kerana
sistem sara diri merosot. memajukan sektor pertanian, meluaskan kawasan pertanian dan
meningkatan hasil pengeluaran dengan tindakan membina sistem sliran dan pengairan dan
mengurangkan cukai pertanian. kerajaan menubuhkan pelbagai jenis industri kecil-kecilan untuk
menambah pendapatan. Projek ekonomi berasaskan prinsip (penyeliaan kerajaan dan pengellaan
saudagar-saudagar). Pada tahun 1872 melaksanakan projek merchants steam navigation company
oleh li hung-chang yang merancang membina kapal laut. Pada 1878, syt perlombongan arang batu di
tubuhkan di kaiping oleh li hung-chan

§ membuat mesin, gerabak kereta api, kapal penunda, pembinaan landasan kereta api, dan
pemasangan kabel telefon. Tahun 1878 penubuhan kilang tekstil pertama dan pada tahun 1894
sebuah kilang besi di dirikan di kweichow dan syt tekstil didirikan di hupeh

3. Membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan

§ Langkah yang diambil ialah penbinaan landasan kereta api, talian telegraf dan perkhidmatan pos.
Pembinaan landasan kereta api dibina pada tahun 1876 yang menghubungkan shanghai dan tientsin
dibina oleh kerajaan dengan kerjasama syt jardine dan matheson. Tahun 1888 landasan kereta api
menghubungkan kaiping dan tientsin dibina dan 1896 landasan kereta api di panjangkn di pinggir
bandar peking

§ Pembangunan sistem telegraf 1881 Kerajaan China menubuhkan jabatan pentadbiran telegraf
diraja. 1881 Talian telegraf menghubungkan tiensin dan shanghai didirikandan. Tahun 1900
Perkhidmatan yang meliputi 14 000 batu menghubungakan bandar-bandar utama disediakan.

4. Hubungan diplomatik

§ Penubuhan Tsungli Yamen sebagai badan yang bertanggungjawab menjalinkan hubungan


diplomatik dengan negara barat. Ia adalah bertujuan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
teknologi. Sebuah jabatan ditubuhkan sebagai Tsungli Yamen ditubuhkan bagi mengurus Hubungan
China dengan negara barat. Jabatan ini diketuai oleh putera kung dibantu oleh Horantio Nelson

§ Penubuhan pejabat perwakilan asing. pada tahun 1866, kerajaan telah menghantar wakil ke
negara barat sekaligus kerajaan China telah menubuhkan kedutaan di negara barat separti Landon
(1877) Berlin (1977) Paris (1878) Washington (187) dan St.petersburg (1879). pelantikan pesuruhjaya
perdagangan. kerajaan melantik pesuruhjaya untuk mengendalikan hal ehwal perdagangan dengan
orang barat. Pegawai ini ditempatkan di pelabuhan Nanking dan Tientsin

5. Pendidikan

§ Penubuhan maktab bahasa, dikenali sebagai Tung-wen Kuan di peking. Di tubuhkan untuk
mengajar bahasa eropah dan ilmu barat. Juga mengajar bahasa Inggeris, rusia, perancis, Jerman, dan
Jepun, maktab ini memainkan peranan sebagai pusat penterjemahan. Sebuah sekolah ditubuhkan di
wuchang oleh chang chin-tung pada 1893

§ Program menghantar pelajar ke luar negara tahun 1877 seramai 30 orang pelajar yang dihantar ke
britain dan perancis. Di antara tahun 1872-1881 seramai 120 orang pelajar yang dihantar ke Amerika
syarikat

Penutup:

§ negara China berusaha keras dalam menguatkan diri bagi membangunkan dan mempertahan kan
negara mereka. Pelbagai langkah yang diambil termasuklah dari aspek ketenteraan, pelaksanaan
projek ekonomi, diplomatik, pendidikan serta membangunkan sistem perhubungan dan
pengangkutan.
§ Namun ianya telah membawa kepada kejayaan serta kegagalan atas sebab dan alasan tersendiri.

Soalan 93: Huraikan Gerakan Menguatkan Diri pada tahun 1861-1895 dan faktor kegagalannya
terhadap perluasan kuasa Barat di China.

Pengenalan :

§ Kekalahan kepada kuasa Barat m’beri kesan besar kpd China iaitu menimbulkan kesedaran dlm
kalangan pemimpin China untk melindungi kedaulatan Negara. Oleh itu, kerajaan China tlh
melaksanakan rancangan yg dikenali sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”. Gerakan ini merupakan
salah satu usaha pembaharuan ataupun pemodenan China.

Isi-isi Penting:

Gerakan Menguatkan Diri

§ Menjelang pertengahan abad ke-19,kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan dan pengaruh di


China. Kerajaan juga menghadapi beberapa pemberontakan dalam negeri seperti Pemberontakan
Taiping (1851-1864) dan Pemberontakan Nien (1853-1868). Perkembangan ini telah memberi
kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah seperti Putera Kung
(1833-1898), Tseng Kuo-fan (1811-1872), Li Hung-chang (1823-1901) dan Tso Tsung-tang (1812-
1885) mengenai keperluan untuk memodenkan China.

§ Kesedaran untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang dikenali
sebagai Gerakan Menguatkan Diri. Tokoh yang mengasaskan idea Gerakan Menguatkan Diri adalah
Feng Kuei-fen. Feng Kuei-fen berpendapat China harus memperoleh ilmu daripada Negara-negara
Barat untuk memodenkan China. Gerakan ini telah dilaksanakan mulai tahun 1861 dan berlanjutan
hingga tahun 1895. Langkah-langkah yang diambil untuk menguatkan diri mencakupi bidang
diplomatik, pendidikan, ketenteraan, ekonomi, pentadbiran serta sistem perhubungan dan
pengangkutan.

Faktor-fakor kegagalan Gerakan Menguatkan Diri

1. Ketiadaan Pemimpin Nasional Yg Cekap.

§ Mencapai kejayaan yg terhad kerana tiada pemimpin yg cekap & dinamik bg menerajui gerakan
ini. Malah kerajaan Manchu jg gagal melahirkan pemimpin-pemimpin yg berkaliber bg memimpin
gerakan tersebut.

§ Tlh disingkirkan drpd istana pd thn 1875 (pemimpin berkaliber – Putera Kung). Maharani
Dowager yg memegang tumpuk pemerintahan slpas itu b’sifat antipemodenan.
2. Tentangan Daripada Golongan Konservatif.

§ Mendapat tentangan drpd golongan konservatif di istana Ching. Golongan konservatif menentang
usaha memodenkan China selepas Putera Kung disingkirkan drpd istana.

§ Pd thn 1875, Maharani Dowager yg mempunyai sifat antipemodenan menerajui pemerintahan


China. Baginda membelanjakan wang yg dikutip utk memodenkan Negara bg mengindahkan
istananya Golongan sarjana & pegawai-pegawai kerajaan China tdk menyokong program
pemodenan krn mereka dikongkong olh adat resam tradisional & ajaran Confucius.

3. Masalah Kewangan.

§ Ekoran masalah kewangan yg dihadapi olh China. Berlaku kerana ekoran bencana alam
sepertibanjir & kemarau (thn 1840-an). Perbelanjaan utk menghadapi peperangan & pemberontak
menambahkan beban kwangan kerajaan China.

§ Kerajaan China membayar ganti rugi kpd kuasa-kuasa Barat selepas Perang Candu Pertama &
Perang Candu Kedua. Menyebabkan program pemodenan tdk dpt dijalankan.

4. Ketiadaan Penyelarasan.

§ Gerekan ini mencapai kejayaan yg terhad krn tiada kerjasama antra kerajaan pusat dgn kerajaan di
peringkat wilayah. Tidak mendapat kerjasama & sokongan drpda kerajaan pusat

§ Li Hung-chang, Tseng Kuo-fan & Tso Tsung-tang tdk memberikan kerjasama kpd kerajaan pusat.

5. Kesan Imperialisme Barat & Jepun.

§ Menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri tdk m’capai kejayaan. Keadaan politik di China tdk stabil
kerana peperangan yg dilancarkan olh kuasa-kuasa Barat.

§ Malah menyebabkan kerajaan China t’paksa menanggung kos perbelanjaan perang yg tinggi.
Kerajaan China t’paksa membayar ganti rugi yg tinggi kpd uasa-kuasa Barat.
6. Pemodenan Terhad.

§ Kerajaan China tdk bersedia utk melakukan pembaharuan-pembaharuan radikal bg memodenkan


Negara. Tdk bersedia utk melakukan rombakan serta menyusun semula institusi-insitusi tradisional
bg memodenkn Negara.

§ Hanya meminjam teknologi Barat utk memodenkan Negara berasaskan institusi-institusi


tradisional yg sedia ada. Sikap kerajaan China tdk sanggup mengorbankan nilai-nilai serta institusi
tradisional m’jejaskan pencapaian ini.

7. Kelemahan Kerajaan Manchu.

§ Kelemahan kerajaan Manchu. Tdak mempunyai sistem pentadbiran yg teratur & sistematik. Tdk
dpt mengawal amalan rasuah & penyelewengan yg berleluasan dlm kalangan pegawai-pegawai
kerajaan.

§ Menyalahgunakan dana yg diperuntukkan olh kerajaan pusat bg melaksanakan program-program


ini. Menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri tdk berjaya.

Kesimpulan

§ Walaupun berusaha memajukan Negara bg menjamin kedaulatan wilayah, langkah memajukan


China kurang Berjaya. Kegagalan China dlm usaha pemodenan ini t’bukti apabila mereka b’jaya
dikalahkan olh kecil seperti Jepun dlm Perang China-Jepun.

§ Kekalahan kpd kuasa Barat m’beri kesan besar kpd China iaitu menimbulkan kesedaran dlm
kalangan pemimpin China utk melindungi kedaulatan Negara. Oleh itu, kerajaan China tlh
melaksanakan rancangan yg dikenali sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”. Gerakan ini merupakan
salah satu usaha pembaharuan / pemodenan China.

Soalan 94: Huraikan Faktor-faktor Pemberontakan Boxer Terhadap Perluasan Kuasa Barat di China

Pendahuluan

§ Menjelang tahun 1899, tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di
China. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang Cina
yang beragama Kristian. Pemberontakan Boxer Merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang
diberikan oleh kuasa-kuasa asing Terhadap kerajaan China, malah anggota Gerakan Boxer
menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu.

§ Di samping itu, mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada segala Kepincangan yang
berlaku dalam bidang politik,ekonomi dan sosial di China. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah
kongsi gelap Cina yang dikenali sebagai I HO CHUAN (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian).
Menjelang tahun 1813, kerajaan mengeluarkan perintah mengharamkan I Ho Chuan Kerana
persatuan ini bersifat antiManchu.Namun anggota persatuan ini bergiat secara Sulit di wilayah-
wilayah Shantung,Hunan dan Kiangsu.

Isi-isi Penting:

Sentimen Anti orang Asing

§ Sentimen antiorang asing dalam kalangan rakyat dan pihak istana merupakan faktor yang
enyebabkan tercetusnya Pemberontakan Boxer.Pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa
Barat sejak Perang Candu pertama (1839-1842) menimbulkan semangat antiorang asing dalam
kalangan rakyat Cina. Sentimen antiorang asing meningkat ekoran tindakan kuasa-kuasa Barat yang
berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi di China

§ malah tindakan kuasa-kuasa Barat merebut konsesi telah menjatuhkan maruah orang Cina dan
mencemar kedaulatan China.Semangat antiorang asing juga menebal dalam kalangan sarjan dan
pembesar istana. Tokoh-tokoh istana seperti Maharani Dowager, Putera Chuang dan Kang-I
mengamalkan sikap antiorang asing terhadap kuasa-kuasa Barat dan Jepun di China. Maharani
Dowager Tzu His bertindak menamatkan Hak Wilayah Asingan yang diberikan Kepada kuasa-kuasa
asing di China.Semangat antiorang asing telah menyebabkan rakyat China dan pihak istana
berganding tenaga untuk mengusir orang asing dari China.

Sentimen Anti kristian

§ Sikap dan tindakan golongan Mubaligh Kristian menyebarkan agama Kristian dalam
kalangan Perjanjian Whampoa dan Konvensyen Peking membenarkan golongan Mubaligh Kristian
menjalankan aktiviti keagamaan di pelabuhan-pelabuhan dan kawasan pedalaman.Penyebaran
agama Kristian mencemaskan golongan konservatif yang menganggap ajaran Kristian amat
bertentangan dengan ajaran Confucianisme, buddhisme dan Taoisme yang diamalkan sejak turun-
temurun.

§ Di samping itu, mubaligh-mubaligh Kristian juga campur tangan dalam kes-kes mahkamah yang
melibatkan orang Cina yang bukan beragama Kristian, tindakan mubaligh-mubaligh Kristian campur
tangan dalam hal ehwal tempatan telah menimbulkan kemarahan orang Cina.Selain itu, sikap dan
kelakuan orang Cina yang memeluk agama Kristian telah permusuhan dengan orang Cina yang bukan
Kristian.TambahanPula, hubungan antara orang Cina yang bukan Kristian dengan orang Cina yang
memeluk agama Kristian menjadi renggang,antara punca hubungan renggang adalah kerana sikap
orang Cina beragama Kristian yang tidak menghormati adat resam yang diwarisi sejak turun-
temurun,meninggalkan agama dan kepercayaan asal mereka, enggan menyertai upacara keagamaan
dan enggan membiayai perayaan keagamaan

§ Orang Cina yang beragama kristian dibenci kerana bersikap sombong dan menganggap diri
mereka lebih tinggi daripada masyarakat Cina yang lain dan orang Cina yang beragama Kristian
dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka diperalatkan oleh orang asing.

Penguasaan Ekonomi Oleh Kuasa Asing

§ Penguasaan ekonomi China oleh kuasa-kuasa asing juga merupakan faktor Tercetusnya
Pemberontakan Boxer. Kemasukan barang-barang asing telah menyebabkan perusahaan tempatan
seperti perusahaan tekstil dan pertukangan tangan mula merosot dan pasaran tempatan mula
dikuasai oleh orang asing kerana barang-barang buatan Barat lebih murah serta bermutu tinggi
berbanding barang tempatan.

§ Tambahan pula, kemasukan pelabur-pelabur asing telah menyebabkan pengusaha-pengusaha


tempatan hilang sumber pendapatan,akibatnya bilangan penduduk tempatan yang menganggur
turut meningkat. Penguasaan ekonomi negara oleh kuasa-kuasa asing telah menimbulkan perasaan
benci rakyat tempatan terhadap orang-orang asing.

Masalah Kewangan

§ Kerajaan China juga menghadapi masalah kewangan dan ekonomi yang serius, masalah ini timbul
kerana kerajaan China terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi membayar ganti rugi perang
kepada kuasa-kuasa Barat.

§ Bagi mengatasi masalah ini,kerajaan China terpaksa memperkenalkan cukai-cukai baharu dan
kerajaan juga bertindak menambah cukai yang telah membebankan rakyat pada masa itu. Oleh
itu,masyarakat Cina pada masa itu yang terdiri daripada golongan petani dan penganggur menyertai
pemberontakan bagi menghalau orang asing dari Negara China.

Bencana Alam
§ Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau yang melanda China menyebabkan Rakyat
China terpaksa menanggung pelbagai jenis penderitaan,antara bencana alam yang yang dihadapi
masyarakat Cina pada masa itu ialah banjir yang berlaku pada tahun 1898 di wilayah-wilayah sekitar
Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho dan pada tahun 1900 berlaku kemarau dibahagian utara
Negara China termasuk Peking. Bencana alam ini telah menyebabkan kebuluran dan kemusnahan
harta benda.

§ Oleh itu, masyarakat Cina menyalahkan orang asing sebagai punca kepada bencana alam yang
melanda negara mereka dan mereka berpendapat projek-projek pembangunan seperti pembinaan
landasan kereta api,pemasangan kabel telegraf dan pembinaan kilang telah menganggu
keharmonian alam serta menyinggung perasaan dewa-dewi mereka.

§ Selain itu, penyebaran agama Kristian yang telah dilakukan oleh mubaligh-mubaligh Kristian telah
menganggu roh nenek moyang dan golongan pendeta.Justeru masyarakat China berpendapat
bencana alam yang melanda negara mereka merupakan balasan daripada dewa-dewi mereka dan
berpendapat orang asing yang menjadi punca kepadasegala penderitaan harus diusir keluar dari
China.

Penutup

§ Pemberontakan Boxer berlaku disebabkan oleh penguasaan orang Barat terhadap ekonomi dan
mempengaruhi masyarakat Cina untuk memeluk agama Kristian. Tindakan orang Barat ini
menyebabkan masyarakat biasa dan golongan istana bangkit untuk mempertahankan hak mereka
dan menyelamatkan negara mereka daripada terus dikuasai oleh pengaruh orang asing.

§ Pemberontakan Boxer merupakan asas kepada kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan
kerajaan republic di China

Soalan 95: Huraikan kesan-kesan pemberontakan Boxer terhadap perluasan kuasa barat di China.

Pendahuluan

§ Menjelang tahun 1899,tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di


China.Pemberontakan ini bertujuan untuk menghalau orang asing dari China dan membunuh orang
Cina yang beragama Kristian. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan
yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing terhadap kerajaan China.Malah anggota Gerakan Boxer
menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu.

§ Mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada kepincangan yang berlaku dalam bidang
politik,ekonomi, dan sosial di China.

Isi-isi penting
Kemerosotan Kerajaan Manchu

§ Kebangkitan Boxer mendedahkan kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam kerajaan
Manchu. Kebangkitan Boxer telah meletakkan asas bagi perubahan yang berlaku dalam politik serta
masa depan megara China.

§ Gerakan ini telah memberi peluang kepada Dr. Sun Yat Sen untuk melancarkan revolusi bagi
menunbangkan kerajaan Manchu dan menunbuhkan kerajaan republik di China.

Kemerosotan maruah Kerajaan Manchu

§ Protokol Boxer yang ditandatangani oleh kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat menjejaskan
maruah dan kedaulatan China. Kerajaan Manchu terpaksa tunduk dengan pelbagai tekanan dan
desakan yang diberikan oleh kuasa-kuasa Barat.

§ Antara syarat protocol Boxer yang menjejaskan maruah kerajaan China adalah: Kerajaan China
terpaksa membenarkan kuasa-kuasa asing menempatkan tentera di tempat-tempat yang stategik,
Kerajaan China diharamkan mengimport senjata dari luar selama dua tahun dan Kerajaan China
menaikkan taraf hubungan dengan kuasa-kuasa Barat ke taraf kedaulatan. Protokal Boxer yang
ditandatangani antara kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan kuasa-
kuasa Barat.

Masalah kewangan Kerajaan Manchu

§ Kerajaan China menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa membayar ganti rugi kepada
kuasa-kuasa Barat. Tindakan kuasa-kuasa Barat yang mengenkan ganti rugi sebanyak 450 juta tael
menambahkan beban kerajaan China. Tambahan pula kerajaan China dipaksa membayar ganti rugi
tersebut dalam tempoh 40 tahun dengan kadar faedah sebanyak 4 peratus.

§ Kesulitan yang dihadapi oleh China untuk membayar ganti rugi menyebabkan Rusia menduduki
Manchuria sehingga bayaran ganti rugi diselesaikan.

Perang Rusia-Jepun meletus

§ Pemberontakan Boxer telah meletakkan asas bagi perang antara Rusia dengan Jepun yang
tercetus pada tahun 1904. Semasa Pemberontakan Boxer, Rusia mengambil kesempatan untuk
meluaskan kuasa dan pengaruh di Manchuria.

§ Perkembangan ini membimbangkan Jepun kerana tindakan Rusia bertentangan dengan


kepentingan mereka. Hubungan antara Rusia dengan Jepun menjadi semakin tegang apabila Rusia
cuba meluaskan pengaruh di semenanjung Korea.

Muncul gerakan pembaharuan


§ Pemberontakan Boxer telah memberikan kesedaran kepada kerajaan Manchu tentang
kepentingan memperkenalkan Gerakan Pembaharuan. Golongan cerdik pandai mendesak kerajaan
Manchu melaksanakan pembaharuan yang menyeluruh seperti yang dianjurkan oleh Kang Yu-Wei

§ Perkembangan ini menyebabkan kerajaan Manchu memulakan Gerakan Pembaharuan sebagai


langkah untuk menguatkan diri bagi menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat.

Penutup

§ Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan
kerajaan republik di China.

§ Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kemunculan Gerakan Pembaharuan.

Soalan 96: Huraikan Gerakan Pembaharuan Ching 1901-1911 dan langkah-langkah pembaharuan
yang telah dilaksanakan

Pendahuluan

§ Gerakan Pembaharuan Ching (1901-1911). Kegagalan Pemberontakan Boxer telah menyebabkan


kerajaan Manchu melancarkan Gerakan Pembaharuan bagi memodenkan China. Pada 29 Januari
1901, Maharani Dowager Tzu His mengumumkan Gerakan Pembaharuan berteraskan ciri-ciri baik
peradaban Barat.

§ Kerajaan Manchu mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan untuk mengemukan cadangan-


cadangan pembaharuan. Gabenor Jeneral Liu Kun-I dan Chang Chih-tung telah mengemukakan tiga
pucuk surat peringatan kepada pihak istana pada bulan Julai 1901. Pembaharuan dilaksanakan oleh
gerakan meliputi aspek pendidikan, ketenteraan,perlembagaan, ekonomi, sosial dan pentadbiran.

Isi-isi Penting:

Gerakan Pembaharuan

§ Kerajaan Manchu mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan untuk mengemukan cadangan-


cadangan pembaharuan. Gabenor Jeneral Liu Kun-I dan Chang Chih-tung telah mengemukakan tiga
pucuk surat peringatan kepada pihak istana pada bulan Julai 1901. Pembaharuan dilaksanakan oleh
gerakan meliputi aspek pendidikan, ketenteraan,perlembagaan, ekonomi, sosial dan pentadbiran.

Langkah-langkah Pembaharuan

1. Pendidikan
§ Matlamat utama pembaharuan dalam bidang pendidikan adalah untuk melatih pegawai-pegawai
kerajaan yang lebih cekap. Pada tahun 1904, sistem pendidikan moden diperkenalkan oleh kerajaan
Manchu berdasarkan model pendidikan Jepun. Sistem pendidikan merangkumi empat tahap iaitu
sekolah rendah (4 tahun), sekolah menengah (5 tahun), sekolah tinggi/maktab (3 tahun), universiti
peking (3 tahun).

§ Tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kerajaan yang berdasarkan kitab-kitab klasik Cina
dimansuhkan Tahun 1906, Kementerian Pendidikan ditubuhkan untuk menguruskan pelaksanaan
sistem pendidikan dan menyelia sekolah-sekolah.

2. Ketenteraan

§ Kerajaan Manchu menjalankan pembaharuan dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan


sistem pertahanan negara. Kerajaan melantik Yuan Shih-kai untuk merancang dan melaksanakan
program-program ketenteraan. Antara langkah-langkah pembaharuan yang dilaksanakan oleh Yuan
Shih-kai dalam bidang ketenteraan adalah seperti berikut : Membesarkan dan memodenkan
angkatan tentera darat, Memperkenalkan senjata moden dari negara Barat dan Memperkenalkan
pasukan tentera kerahan berdasarkan sistem ketenteraan Jerman.

§ Tahun 1909, seramai 700 pegawai tentera China dihantar ke Jepun untuk menjalani latihan
ketenteraan. Tahun 1906, Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal
ketenteraan.

3. Perlembagaan

§ Tahun 1908, kerajaan Manchu meluluskan undang-undang bagi penubuhan Majlis Perhimpunan
Wilayah. Tahun 1909 telah mengemukakan tuntutan untuk menubuhkan sebuah parlimen.

§ Ekoran daripada tuntutan tersebut, Perhimpunan Nasional yang terdiri daripada 200 orang ahli
telah ditubuhkan. Separuh daripada Perhimpunan Nasional dilantik oleh Majlis Perhimpunan
Wilayah. Tahun 1913, kerajaan Manchu menubuhkan sebuah Perlimen ekoran desakan daripada
Perhimpunan Nasional.

4. Ekonomi
§ Kerajaan menubuhkan Kementerian Perdagangan di Peking pada tahun 1903. Antara tahun 1903
hingga 1908, 130 buah kilang didirikan oleh pengusaha tempatan di China. Pada tahun 1905, Yuan
Shih-kai mengadakan satu pameran perindustrian di Tientsin.

§ Sebuah dewan untuk mempromosikan barangan keluaran tempatan telah didirikan di Peking.
Menjelang tahun 1911, kerajaan membina landasan kereta api sepanjang 9600 kilometer.

5. Sosial

§ Kerajaan Manchu telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang sosial. Antara
pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Manchu ialah larangan ke atas perkahwinan antara
orang Manchu dengan orang Cina ditarik balik (1902) dan larangan terhadap amalan menghisap
candu dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam yang berumur di bawah 60 tahun.

§ Juga menghapuskan amalan mengikat kaki dalam kalangan wanita Cina.

6. Pentadbiran

§ Melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang pentadbiran. Kementerian-kementerian


baharu telah ditubuhkan untuk menjalankan pemerintahan secara birokratik dan teratur.

§ Di antaranya ialah pada tahun 1901 Kementerian Luar Negeri, 1905 Kementerian Polis, 1906
Kementerian Angkatan Tentera Darat dan 1906 Kementerian Kewangan

Penutup

§ Kerajaan Manchu melancarkan Gerakan Pembaharuan untuk memodenkan China pada 29 Januari
1901. Pembaharuan yang dilaksanakan meliputi aspek pendidikan, ketemteraan, perlembagaan,
ekonomi, sosial, dan pentadbiran.

Soalan 97: Terangkan transformasi sosial, ekonomi dan kemunculan intelektual tempatan di
negara China.

Pendahuluan

§ Dalam kekalahan China terhadap kuasa barat dalam perang candu dan perang arrow telah
mendorong kerajaan mengkaji semula kekuatan negara China dan melindungi kedaulatan China.
Sebilangan pemimpin China yang sedar bahawa China perlu mengambil teknologi barat sebagai asas
negara.bertujuan sebagai idea pemulihan China melalui proses pemodenan bagi sektor-sektor
industri perkapalan,hubungan luar, perdagangan antarabangsa, penterjemahan, kilang makanan dan
kilang kain.
§ Melalui idea tersebut telah mewujudkan rancangan dikenali sebagai gerakan menguatkan diri
pada tahun 1861 hingga tahun 1895.

Isi-isi penting

Transformasi Sosial tempatan di China

§ Melalui konsep,kerajaan berperanan menyelia atau menyelaraskan projek-projek tersebut


manakala pelaksanaanya diserahkan kepada pihak swasta atau para saudagar.

§ Jabatan pentadbiran telegraf diraja bertanggungjawab dalam pemasangan talian antara tientsin
dan shanghai dihubungkan pada tahun 1881. pada tahun 1901,14000 batu wayar telegraf dipasang
seluruh bandar utama di China.

Transformasi Ekonomi tempatan di China

§ Salah seorang pemimpin China yang sedar akan pentingnya perubahan di China iaitu putera kung,
anak maharaja tung shih (1862-1874). putera kung berpendapat China perlu mengubah dasar lebih
terbuka dan bertoak ansur dengan barat.

§ Jawatan sebagai pengawas perdagangan ditambah bagi mengurus soal perdagangan dan menjadi
pegawai diplomat.antara tokoh pembaharuan China ialah kang yu-wei,li hung-chang dan liang chi-
chao yang berpendapat untuk memajukan ekonomi China ialah menubuhkan pelbagai industri.

§ Penawaran terhadap tenaga buruh adalah ramai kerana penduduk China kehilangan pekerjaan
disebabkan kemasukan barang dari barat dan China berpegang kepada konsep persyarikatan.

§ Pada tahun 1872, li-hung-chang turut menubuhkan syarikat perkapalan wap saudagar China dan
seterusnya pada tahun 1878,telah menubuhkan kilang tekstil iaitu kilang kain kapas China.

§ Pada tahun 1878, syarikat perlombongan moden ditubuhkan untuk mengusahakan perlombongan
arang batu di kaiping. beberapa tahun kemudian, syarikat tersebut telah menubuhkan syarikat yang
menjual mesin, membuat gerabak kereta api, membuat tongkang dan pemasangan dawai telefon
serta landasan kereta api pertama di bina menghubungkan shanghai dan wusung.

Transformasi Intelektual tempatan di China

§ Rundingannya dengan kuasa barat memberikan ilham bahawa kuasa barat boleh mengadakan
hubungan baik dengan China melalui mempelajari kelas terjemahan dan sebuah pejabat hal-ehwal
luar yang dilakukan oleh putera kung. Institusi ini ditubuhkan pada tahun 1861 dikenali sebagai
tsung li yamen yang mengendalikan hubungan China dengan negara luar. institusi diketuai oleh
putera kung dan pada tahun 1880,usaha penterjemahan karya-karya barat dilakukan serta kira-kira
98 karya diterbitkan. Usaha penterjemahan turut dilakukan oleh badan sendirian dan sepanjang
tahun 1850-1899, lebih kurang 567 kerja terjemahan dalam bahasa China dilakukan. merupakan
bidang sains gunaan serta meliputi sains semulajadi.

§ Kerajaan China menggalakan para pegawai mempelajari tamadun barat telah membuka institusi
maktab bagi mempelajari bahasa asing seperti tungwen kuanpada tahun 1862 di beijing. Daripada
perjanjian tientsin yang mahukan bahasa Inggeris digunakan dalam rundingan dan China
memerlukan pakar dalam penterjemahan agar tidak bergantung kepada penterjemahan asing.
kurikulum institusi di mantapkan dengan memasukkan pengajaran sains dan teknologi.pada tahun
1879, terdapat pelbagai bidang yang diajar antaranya bahasa Inggeris, perancis, Russia, Jerman,
matematik dan psikologi.

§ Maktab turut dibina di shanghai, canton dan foochow. kerajaan juga menghantar beberapa
pegawai ke luar negara untuk mempelajari teknologi barat dan pencetakan kecil ditubuhkan bagi
menerbitkan buku-buku dalam bidang alam sekitar, ekonomi, fizik, kimia dan undang-undang pada
tahun 1873. Sekolah pelayaran dan membina kapal turut ditubuhkan dalam pembaharuan melalui
sistem pendidikan dan ajaran Confucius tidak diabaikan.

§ kerajaan China turut menghantar pelajar ke luar negara bagi mempelajari teknologi barat.

Penutup

§ Tokoh intelektual seperti kang yu-wei dan liang chi-chao telah menyusun semula institusi sosial
dan politik agar mendapat kekuatan untuk menentang pencerobohan asing. China tidak menjadi
kuat walaupun berusaha kira-kira 35 tahun untuk menguatkan diri.pada tahun1895 China kalah di
tangan negara yang lebih kecil iaitu Jepun. Dalam transformasi di China telah mendapat halangan
dari rancangan pemodenan tidak dilaksanakan.kebanyakkan tokoh pembaharuan yang terlibat
berketurunan China telah mencemburui oleh pemimpin daripada keturunan Manchu dan pihak
maharani serta pengikutnya berasa bimbang akan pengaruh golongan pembaharuan ini.

§ Program industri dibawah konsep persyarikatan tidak berjalan dengan baik disebabkan masalah
nepotisme dalam menguasai pentadbiran,kecenderungan untuk mengagihkan keuntungan daripada
dikumpul untuk perkembangan modal dan monopoli kerajaan yang mengurangkan insiatif pihak
swasta kerana keuntungan mereka di sekat.

Anda mungkin juga menyukai