Anda di halaman 1dari 12

BINCANGKAN peranan ahmad

urabi dalam gerakan penentangan


terhadap kuasa asing di mesir
PADA ABAD KE-19 MASIHI
ahmad urabi
2
PENGENAL
AN
 Ahmad Urabi Pasha dilahirkan pada tahun 1841 di Perkampungan Zagazig
berhampiran bandar Kaherah, Mesir
 Beliau merupakan anak salah seorang pemimpin golongan petani yang kaya
menyebabkan beliau mendapat pendidikan yang baik di kampung dan
melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar. Setelah tamat pengajian, beliau
memasuki bidang ketenteraan.
 Penentangan terhadap pemerintahan Mesir yang dikuasai oleh kuasa asing
telah dimulakan golongan tentera pimpinan kolonel Ahmad Urabi Pasha.
 Gerakan Ahmad Urabi Pasha dipengaruhi fahaman Syeikh Jamaluddin al-
Afghani yang ketika itu mengajar di Universiti al-Azhar.
 Gerakan ini menjadi tonggak kepada kesedaran dan kebangkitan nasionalisme
rakyat Mesir.
ISI 1 : Memimpin Gerakan
Pemberontakan Dalam Kalangan Tentera
Pemberontakan terhadapTempatan Mesir
pentadbiran British di Mesir telah dimulakan oleh
golongan tentera pimpinan kolonel Ahmad Urabi Pasha.
Pemberontakan ini dipimpin oleh para pemimpin berketurunan Mesir. Mereka
berjuang mempertahankan kepentingan Mesir di bawah pengaruh tempatan.
Golongan Turki-Circassia dan mereka yang rapat dengan pihak istana memiliki taraf
istimewa dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan sejak zaman penguasaan Turki
Uthmaniyah ke atas Mesir.
Dominasi golongan ini menimbulkan ketengangan dengan golongan tentera fellahin
yang mendapati diri mereka tidak diberi peluang yang sama dalam urusan kenaikan
pangkat. Apabila ada usaha menghadkan saiz tentera Mesir, ramai tentera Fellahin
diberhentikan manakala pegawai tinggi Turki-Cicassia dikekalkan jawatan.
Para anggota tentera Mesir yang majoritinya golongan fellahin telah bergabung
dengan tiga kolonel iaitu Ahmad Urabi, Ali Fahmi dan Sami al-Barudi
Golongan Turki-Circassia
5
ISI 2 : Memimpin Gerakan Penentangan
Awam
Sebelum meletusnya Pemberontakan Urabi 1881-1882, di Mesir telah muncul dua
golongan penentang terhadap penguasaan asing.
Pertama-golongan awam iaitu golongan bangsawan (pasha), ulama dan tuan tanah
Kedua- kumpulan pegawai tentera Mesir dan dua-dua kumpulan ini berketurunan
fellahin.
Golongan tuan tanah fellahin menerima tekanan dari peminjam wang berketurunan
Lebanon Kristian kerana kadar faedah pinjaman riba yang tinggi mengakibatkan
golongan ini gagal membayar hutang dan tanah mereka dirampas tanpa tolak ansur.
Selain itu, golongan ini turut menanggung beban cukai tinggi dalam bidang
pertanian.
Ahmad Urabi Pasha berjanji mengurangkan bebanan cukai yang golongan
fellahintanggung dan menghukum peminjam wang.
Pemberontakan Urabi
ISI 3 : Menubuhkan Parti Kebangsaan
 Kolonel Ahmad Urabi Pasha dengan galakan Khedif Ismail telah menubuhkan al-Hizb
(parti kebangsaan).
Antara perjuangan parti :
 menghapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir
menjamin agar hutang piutang asing dibayar dengan syarat harta rakyat mesir tidak
dirampas
menyeru agar kuasa khedif dipulihkan kembali
 segala pendapatan daripada perkhidmatan kereta api Mesir dipulangkan kepada kerajaan
Mesir.
 Usaha ini gagal apabila pihak British dan Perancis telah mengenakan tekanan balas hingga
menyebabkan khalifah Turki Uthmaniyah bersetuju melucutkan jawatan khedif Ismail dan
menggantikan anaknya Khedif Taufiq pada tahun 1879.
Golongan tertindas dan petani dikenakan cukai membebankan mula menyokong pihak
tentera tempatan pimpinan Ahmad Urabi Pasha.
ISI 4 : MeMPERJUANGKAN ISU MORAL
Pakatan sulit tentera pimpinan Ahmad Urabi Pasha juga bertujuan
mengatasi keruntuhan akhlak dalam masyarakat Mesir, diskriminasi
sosial dan kemelesetan ekonomi akibat kepincangan dalam
pemerintahan Mesir.
Penjajah British telah mendedahkan rakyat Mesir kepada budaya dan
cara hidup Barat seperti pusat hiburan, arak, pelacuran dan sebagainya.
 Situasi ini membawa kesan negatif apabila sebahagian rakyat Mesir
mula meninggalkan ajaran islam dalam kehidupan.
ISI 5 : MeNYEBARKAN FAHAMAN ISLAH MELALUI GERAKAN
KETENTERAAN

 Ahmad Urabi Pasha berusaha melaksanakan Islah dan pembaharuan dalam bidang
pentadbiran ketenteraan terutama memperjuangkan keadilan dan hak untuk tentera
tempatan Mesir.
 Beliau berjuang menentang kepimpinan Turki-Circassia yang membolot jawatan-jawatan
tinggi dalam tentera Mesir.
Golongan Turki-Circassia mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana memilikitaraf
istimewa dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan.
 Kekalahan tentera Mesir dalam pertempuran di Ethiopia pada tahun 1870-an
menimbulkan rasa tidak puas hati tentera tempatan terhadap kelemahan pentadbiran
ketenteraan Mesir.
Situasi ini menyebabkan para anggota tentera tempatan Mesir yang majoritinya golongan
fellahin menyokong usaha Islah Ahmad Urabi dalam bidang pentadbiranketenteraan.
KESIMPULAN
 Ahmad Urabi Pasha telah menyerah diri dan mengakui kekalahannya
kepada pihak British pada 14 Disember 1882.
 Walaupun Ahmad Urabi Pasha ditangkap oleh British, namun cita-citanya
terus diperjuangkan oleh tokoh nasionalisme Mesir seterusnya.
Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai