Anda di halaman 1dari 26

Huraikan prinsip-prinsip

umum undang-undang 99
Perak.
PENGENALAN
 Undang-undang 99 perak ialah undang-undang yang tertua
sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan
tradisi masyarakat tradisional. Undang-undang 99 Perak
dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga
tahun 1900.
 Dipercayai bahawa undang-undang ini dibawa dari luar
iaitu Syed Hassan dari Hadramaut pada zaman
pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Undang-undang ini
mengandungi pelbagai aspek yang memperlihatkan ciri-
ciri keislaman, unsur bertimbang rasa dan kompromi.
Penzinaan
 Memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri
orang lain akan dibuang dari mukimnya.
 Sekiranya tidak dibuang, dia dikehendaki membayar denda
(emas). Bagi perempuan pula, hukumannya adalah dicukur
rambutnya tetapi akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
 Fasal 50 hukuman bagi pesalah yang melakukan zina: Jika
kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan
bernikah dan membayar denda sepaha emas. Jika penghulu
mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh
dibincangkan dan dimaafkan.
Perkahwinan

Fasal 65: Undang-undang 99 perak


memperuntukkan bahawa pasangan
yang baru bernikah tidak dibenarkan
bersama lebih kurang 40 hari atas
alasan untuk menjaga keimanan
masing-masing.
Pembunuhan
 Fasal23 – Pembunuhan sesama orang Islam: Orang Islam yang
membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman kerana kedua-
duanya akan binasa.
 Cuma orang yang membunuh itu menjadi kafir.
 Hukuman yang boleh dikenakan ialah ialah denda empat tahil dua paha
emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.
 Fasal 4 – Orang kafir membunuh orang Islam: Orang kafir yang
membunuh orang islam tidak akan dibunuh kerana orang kafir tersebut
tidak akan sempat memeluk islam.
 Pewarissi pembunuh dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam
bentuk emas) kepada keluarga si mati.
Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar
 Fasal 24 – Prokol istana: Seseorang itu perlu mematuhi
beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti
menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balai
balairung seri,
 menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan
pandangannya),
 tidak boleh memandang muka raja atau pembesar,
 tidakboleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara
yang tinggi,
 duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau pembesar.
CONT..

 Fasal 77 – Peraturan raja: Fasal ini menetapkan jika


seseorang raja atau pemerintah tersebut mangkat, maka
takhtanya akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua.
 Jikatiada, maka anak raj yang paling kecil akan mewarisi
takhta.
 Syarat untuk mewarisi takhta pemerintahan mestilah anak
gahara (anak yang dilahirkan oleh raja dan permaisuri
daripada golongan diraja).
Peperangan
 Fasal 74: Strategi untuk menang ialah
meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata,
menggunakan akal, mempunyai ilmu yang luas,
meminta bantuan daripada negeri yang berhubung,
mempunyai semangat berani, menggunakan
muslihat, memperkukuhkan kewangan,
mendapatkan seorang pemimpin yang mendapat
sokongan orang ramai, dan tidak mengikut kata-
kata orang lain.
Pembahagian harta
 Fasal 33: Menyentuh terhadap pembahagian harta si mati,
anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan-
mangkuk, dan peralatan dapur.
 Alatan besi atau senjata, sawah pad, lombong, diberikan
kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan
seperti berikut, anak lelaki mendapat dua kali ganda lebih
daripada anak perempuan.
 Harta lain akan dibahgikan secara adil kepada anak. Anak
yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus
lebih daripada anak lain.
Hal ehwal agama
 Fasal 58: Syarat menjadi imam tatu khatib ialah mempunyai
sifat yang mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat
tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah payah demi
kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang
wal masuk ke masjid pada hari jumaat, dan sanggup
membaiki masjid yang rosak.
 Fasal 79: Syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim
ialah perlu menguasai segala hukum Allah SWT dan Nabi
Muhammad SAW, mengetahui adat dan hukum negeri,
mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan
yang sihat, tidak cacat dan memiliki sifat yang mulia.
Penutup
 Undang-undang ini tidak memperlihatkan unsur Islam
kerana lebih menjurus kepada adat tempatan. Contohnya
pembunuhan didapati tidak selaras dengan hukum Islam,
yang perlu dibalas dengan bunuh.
 Undang-undang 99 Perak menyentuh pelbagai aspek
namun masih terdapat kelemahan dan kekurangan
berbanding Hukum Kanun Melaka. Segala hukuman hanya
berbentuk denda wang iaitu emas.
KUIZ
1. FASAL 50 MENERANGKAN TENTANG…
JAWAPAN: PERZINAAN
2. ASPEK PERKAHWINAN DIJELASKAN PADA FASAL…
JAWAPAN: FASAL 65
3. JELASKAN HUKUMAN BAGI KESALAHAN MEMBUNUH SESAMA ISLAM.
JAWAPAN: TIDAK BOLEH DIHUKUM BUNUH, CUMA ORANG YANG MEMBUNUH ITU
MENJADI KAFIR, DIDENDA EMPAT TAHIL DUA PAHA EMAS
4. DALAM PEMBAHAGIAN HARTA SI MATI, ANAK PEREMPUAN AKAN MENDAPAT…
JAWAPAN: RUMAH,KEBUN,PERALATAN DAPUR
5. FASAL YANG BERKAITAN DENGAN PROTOKOL IALAH
JAWAPAN: FASAL 24 DAN FASAL 77
PRINSIP-PRINSIP UMUM
UNDANG-UNDANG
TUBUH NEGERI JOHOR
PENGENALAN
 Undang-undang tubuh kerajaan johor merupakan satu
himpunan yang menjadi perlembagaan asas bagi negeri
johor semasa pemerintahan sultan abu bakar.
 Undang-undang tubuh kerajaan johor telah dipindah
sebanyak 4 kali. Pindaan pertama pada 1 april 1908.
Pindaan kedua , pada 17 september 1912 dan pindaan
ketiga, pada 12 mei 1914.
 Pindaan yang terakhir pada 17 julai 1918.
Perlantikan Raja dan Bakal Pengganti Raja

 FASAL 2: menyatakan bahawa syarat bakal pengganti raja mestilah


berbangsa melayu, berdarah raja daripada keturunan pemerintahan
Johor yang terdahulu, iaitu zuriat sultan Abu Bakar. Lelaki dan
beragama Islam.
 FASAL 3:jika tiada keturuan daripada zuriat Sultan Abu Bakar yang
boleh ditabalkan menjadi raja, maka seorang anak lelaki daripada
zuriat Temenggung Ibrahim boleh ditabalkan menjadi pengganti raja.
CONT….

 FASAL 5: menyerahkan beberapa perkara dalam


Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah pangkuan negeri untuk
membuat pertimbangan berasaskan beberapa syarat iaitu;
Seorang lelaki yang cukup umur dan sempurna akal;
Berasal daripada bangsa melayu Johor dan rakyat kerajaan
Johor; Beragama islam, diakui daripada darah yang
merdeka; Mempunyai pengetahuan, boleh membaca dan
menulis bahasanya; Memiliki budi perkerti, tabiat perangai
dan tingkah laku yang baik dan terpuji.
Tanggungjawab memelihara kedaulatan
negeri
 Fasal 15: menyatakan bahawa, melarang raja yang memerintah daripada
menyerahkan atau membuat sebarang perjanjian untuk menyerahkan
negeri atau sesuatu bahagian dari negeri Johor kepada sebarang kerajaan,
kuasa Eropah dan Bangsa-bangsa yang lain.
 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor memainkan peranan penting
semasa dalam memelihara kedaulatan negeri Johor semasa kebangkitan
orang melayu menentang cadanganpenubuhan Malayan Union.
 Kebangkitan orang melayu berpunca daripada kebimbangan mereka
terhadap raja-raja melayu yang akan hilang kuasa sabagai pemerintah
berdaulat.
 Oleh sebab itu, apabila sultan Johor (sultan Ibrahim) memberi
persetujuan dan memandatangani perjanjian Melayan Union,
orang Melayu johor yang diketuai oleh para pembesar negeri
telah bangkit menentang tindakan beliau.
 Mereka mendakwa tindakan sultan Johor menandatangani
Perjanjian Melayan Union talah menyalahi peruntukan yang
terkandung di dalam Undang-undang tubuh kerajaan,iaitu tidaK
membenarkan sultan Johor melakukan apa-apa tindakan yang
boleh menggugat kedudukan Johor sebagai sebuah negeri yang
berdaulat.
Peruntukan Berkaitan Agama Islam
 Undang-undang tubuh kerajaan johor menyatakan
agama bagi negeri Johor agama islam tetapi agama
lain boleh mengamalkan dengan aman dan
sempurna.
 Selaras dengan kedudukan sultan sebagai
pemerintah tertinggi, baginda hendaklah
memerintah mengikut undang-undang dan
bertanggunjawap untuk memerihara agama Islam
sebai agama negeri.
 Peruntukan ini memperlihatkan dengan jelas bahawa
perlembagaan bercorak Islam telah mendapat tempat
dalam sistem pemerintahan kerajaan Johor.
 Dalam urusan pentadbiran keadilan negeri, Undang-
undang Tubuh Kerajaan Johor menyatakan segala
mahkamah, para pegawai, dan kakitangan kerajaan
hendaklah menjalankan undamg-undang negeri dengan
adil dan benar.
Perlantikan dan bidang tugas Jemaah
Menteri
 Fasal 28 hingga 44 memperuntukan perkara-
perkara berkaitan Jemaah Menteri yang
diinstitusikan secara bertulis dalan undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor.
 Bilangan jemaah menteri yang dilantik hendaklah
tidak kurang daripada 8 orang dan tidak melebihI
12 orang yang diketuai oleh Menteri Besar.
 Anggota jemaah menteri hendaklah dilantik
daripada bangsa Melayu, rakyat johor, dan
beragama islam.
 Mereka dikendaki mengangkat sumpah di hadapan
dua orang saksi daripada kalangan pegawai
kerajaan yang berbangsa Melayu dan beragama
islam serta taat setia kepada raja dan kerajaan.
Anggota jemaah menteri ditugaskan untuk
menbantusuktan dalam urusan pemerintahan
negeri.
Dalam hal ini, sultan boleh meminta pandangan
dan fikiran anggota jemaah menteri.
Namun segala keputusan yang diambil terletak
di bawah tanggungjawap sultan.
Penutup

 Masyarakat melayu tradisi mempunyai sistem


sosial yang lengkap dan tersusun.
 Setiap golongan mempunyai peranan yang
tersendiri dalam masyarakat.
KUIZ

1. FASAL 2 MENJELASKAN SYARAT PENGGANTI RAJA IAITU…


JAWAPAN: mestilah berbangsa melayu, berdarah raja daripada keturunan pemerintahan Johor
yang terdahulu, iaitu zuriat sultan Abu Bakar. Lelaki dan beragama Islam.
2. FASAL ……MENJELASKAN KUASA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN
DAN JEMAAH PANGKUAN NEGERI UNTUK MENENTUKAN PENGGANTI
RAJA.
JAWAPAN: 5
3. FASAL 15 MENYATAKAN BAHAWA…
JAWAPAN: melarang raja yang memerintah daripada menyerahkan atau membuat sebarang
perjanjian untuk menyerahkan negeri atau sesuatu bahagian dari negeri Johor kepada sebarang
kerajaan, kuasa Eropah dan Bangsa-bangsa yang lain.
KUIZ
4. 2 PRINSIP BERKAITAN AGAMA DALAM UNDANG-UNDANG TUBUH
NEGERI JOHOR
JAWAPAN:
1. Undang-undang tubuh kerajaan johor menyatakan agama bagi negeri Johor
agama islam
2. tetapi agama lain boleh mengamalkan dengan aman dan sempurna.

5. Bilangan jemaah menteri yang dilantik hendaklah tidak kurang daripada ……


orang dan tidak melebihI ……. orang yang diketuai oleh ……………..
JAWAPAN: 8, 12, MENTERI BESAR

Anda mungkin juga menyukai