Anda di halaman 1dari 4

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI VIETNAM SBLM PERLUASAN

PENGARUH PERANCIS.
Pengenalan

- Semua negara di AT mengamalkan sistem pemerintahan beraja sebelum perluasan pengaruh


Barat. Sistem pemerintahan beraja yg diamalkan oleh negara2 di AT adalah berdasarkan kpd
campuran pengaruh agama Hindu dan Buddha.

Konsep pemerintahan beraja di Vietnam

- Sistem pemerintahan beraja di Vietnam adalah berasaskan ajaran Confucius. Ini kerana sistem
pemerintahan beraja di Vietnam dipengaruhi oleh falsafah China, memandangkan Vietnam
pernah berada di bawah pemerintahan China sejak tahun 111 Masihi.
- Pemerintah Vietnam digelar maharaja yg berasaskan kpd konsep mandate dari syurga.
Berdasarkan konsep ini, Maharaja Vietnam dianggap sbg anak Tuhan yg mendapat mandate
pemerintahan dri syurga.
- Mandat tersebut akan ditarik balik sekiranya maharaja bersikap tidak adil terhadap rakyat yg
akan mengakibatkan berlakunya bencana alam, peperangan dan perluasan kuasa asing.
- Sistem pemerintahan beraja di Vietnam adalah berdasarkan sistem Dinasti iaitu jawatan
maharaja akan diwarisi secara warisan atau keturunan oleh keluarga tertentu spt keluarga
Nguyen dan Minh. Maharaja Vietnam akan ditabalkan oleh wakil maharaja China sblm
disahkan menjadi Maharaja Vietnam secara rasmi.

Peranan dalam politik

- Maharaja merupakan ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan
Vietnam. Maharaja bertindak melantik pembesar bagi membantu baginda dalam
melaksanakan pentadbiran di peringkat pusat, daerah dan komun.
- Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long, baginda tidak membenarkan golongan bangsawan
melibatkan dri dalam soal pentadbiran Vietnam dan peranan mereka sbg pembesar telah
diambil alih oleh golongan mandarin iaitu golongan intelektual Vietnam yg berpendidikan
Confucius.
- Maharaja telah mmbentuk 6 quan atau kementerian yg diketuai oleh glngn Mandarin utk
mmbantu baginda melaksanakan pentadbiran peringkat pusat.
- Maharaja juga berperanan mengetuai badan kehakiman sbg ketua hakim dan mempunyai
kuasa utk menjatuhkan hukuman mati serta mmberikan pengampunan kpd pesalah.
- Mengetuai badan perundangan dan dianggap sbg Mein-Tu yg bermaksud maharaja berada di
atas undang2 dan tidak boleh didakwa atas sebarang kesalahan.
- Berperanan sbg ketua tentera atau panglima tentera yg bertanggungjawab memelihara
kedaulatan dan memperthankan negara drpd ancaman musuh.
Peranan dalam ekonomi

- Menguasai segala sumber ekonomi negara spt tanah,buruh, modal, hasil pertanian, hasil cukai
dan kegiatan perdagangan Maharaja akan melantik beberapa org wakil bagi menjalankan PD,
memungut cukai, duti imort dan menguruskan pengeksportan barangan tempatan bagi pihak
maharaja.
- Maharaja juga mempunyai kuasa utk menentukan sistem sukatan, ukuran dan timbangan.
- Maharaja turut menjalinkan hbgn baik dng penduduk di kwsn pendalaman bagi mendapatkan
bekalan bahan mentah dan sumber utk dipasarkan di ibu kota.

Peranan dalam sosial

- Menduduki hierarki teratas dalam susun lapis masyarakat Vietnam. Beperanan sbg pelindung
rakyat dari sebarang penindasan dan penganiayaan serta menjadi symbol perpaduan rakyat.
- Juga berperanan sbg sbg ketua agama Buddha dan rumah berhala atau pagoda. Maharaja
bertanggungjawab melibatkan diri dalam upacara keagamaan. Maharaja juga berperanan
melantik pegawai dlm kalangan kerabat diraja utk menjalankan tugas rasmi dlm bidang
keagamaan.
- Memainkan peranan penting dalam mengembangkan pendidikan Confucius dan bahasa cina
yg dijadikan sbg kayu ukur bagi membezakan status masyarakat di Vietnam.

PERANAN RAJA DLM SISTEM PEMERINTAHAN DI THAILAND PADA ABAD


KE 19.

Pengenalan

- Semua negara AT sblm kedatangan kuasa barat mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
Sistem ini ialah berasaskan kepada sistem tempatan dengan pengaruh agama Hindu-Buddha.
- Sistem pemerintahan beraja di Thailand dikaitkan dgn unsur keagamaan yg berasaskan
konsep dewaraja ataupun jelmaan tuhan dibumi utk memimpin di manusia.

Politik

- Raja Thailand menduduki hierarki tertinggi dan berperanan sbg ketua kerajaan yg mempunyai
kuasa mutlak dalam pentadbiran kerajaan Thailand, ketua hakim, ketua angkatan tentera,
mengetuai badan perundangan dan menentukan dasar luar negara.
- Kuasa mutlak raja tidak boleh dipertikai oleh rakyat kerana raja dianggap berdaulat. Sbg bukti
ketaatan dan kesetiaan rakyat mereka tidak boleh menentang raja dan mestilah akur dengan
perintah raja.
- Ini kerana titah dan perintah raja dianggap sbg undang2 yg perlu dipatuhi. Di Thailand hidup
dan mati seseorang bergantung kpd keputusan raja. Ini kerana raja mempunyai kuasa utk
menjatuhkan hukuman termasuklah hukuman mati dan memberikan pengampunan kpd
mereka yg bersalah.
- Raja2 Thailand menggunakan gelaran Chao Chiwit atau Yam Tuan Nyawa yg menunjukkan
jelas kuasa mutlak raja Thailand terhadap segala nyawa yg ada di Thailand.
- Raja Thailand jga dianggap suci kerana terdapat kepercayan baginda ialah jelmaan dewa raja.
- Berperanan melantik pembesar di peringkat pusat, wilayah dan daerah.
- Merupakan symbol kedaulatan negara dan perpaduan rakyat.
- Berperanan mempertahankan kerajaan drp sebarang ancaman musuh sama ada dari dalam
atau luar negara dan dapat mengekalkan kemerdekaan Thailand drp dijajah oleh kuasa2 barat
dgn cara melaksanakan pemodenan
- Cthnya, Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn tlh melaksanakan pelbagai pemodenan dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial bagi tujuan bgi mengekalkan kemerdekaan Thailand.
- Ketinggian kedudukan dan kesucian raja disokong dengan unsur kebendaan. Cthnya
pemilikan binatang sp gajah putih. Gajah putih dianggap sbg suci yg hanya boleh dimiliki dan
ditunggang oleh raja.

Ekonomi

- Raja Thailand memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi. Raja menggunakan
gelaran Chao Phaendin ( Yam Tuan Tanah). Gelaran ini menunjukkan raja mempunyai kuasa
mutlak ke atas segala tanah yg terdapt di Thailand dan berhak menganugerahkan tanah kpd
kerabat diraja serta pembesar peringkat pusat dan wilayah atau daerah utk ditadbir.
- Raja menguasai segala hasil ekonomi negara spt pungutan cukai, hasil pertanian, hasil bumi
spt perlombongan, perdagagnan dan sbg.
- Raja juga bertanggungjawab utk memaju dan memakmurkan ekonomi Thailand. Baginda juga
menerima ufti dari kwsn2 jajahan sbg tanda pertuanannya. Raja turut mmpunyai hak
monopoli PD ke atas beras, kayu jati, kayu cendana dan sarang burung.

Sosial

- Raja berperanan sbg ketua agama Buddha yg bertindak sbg penaung dan pelindung agama
Buddha. Rakyat menganggap raja sbg penjelmaan dewa raja. Raja Thailand dianggap sbg
pelindung dan bertanggungjawab terhadap perkembangan keagamaan dan kesussateraan
dalam negara
- Raja juga bertanggungjawab mengekalkan adat resam tempatan spt tidak boleh melihat wajah
raja Thailand. Adat meniarap, adat menyimpan hamba dan sbg.
- Raja juga berperanan sbg lambang perpaduan rkyt sesuai sbg kedudukannya sbg peanung kpd
perkembangan agama Buddha.
- Raja akan melindungi rakyat drp penindasan dan penganiayaan.
- Raja mesti bertindak adil berdasarkan konsep dharma raja iaitu raja perlu berkelakuan baik
supaya mereka yg mendampingi raja akan berada pada jln yg benar.

Anda mungkin juga menyukai