Anda di halaman 1dari 8

BINCANGKAN CIRI-

CIRI EKONOMI
TRADISIONAL DI
VIETNAM SEBELUM
BERLAKUNYA
PERLUASAN KUASA
PERANCIS
Presented by: Mohamad Fadhlan
PENGENALAN
Ekonomi tradisional merupakan aktiviti
yang dilaksanakan untuk menampung
keperluan harian.
Bersifat kecil-kecilan dan hanya untuk
menampung keperluan sekeluarga
sahaja.
Hasilnya tidak bertujuan untuk dijual
dan diperdagangkan.
Sistem ekonomi tradisional yang
diamalkan di Vietnam menunjukkan
kebergantungan yang kuat antara
pemerintah dan yang diperintah.
PENGGUNAAN
TEKNOLOGI PRIMITIF
Teknologi yang digunakan dalam kegiatan ekonomi di Vietnam berbentuk primitif.
Tiada usaha yang dibuat untuk memajukan penggunaan teknologi moden. Golongan
Mandarin menentang hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa Barat.
Kegiatan pertanian bergantung kepada penggunaan tenaga manusia dengan
dibantu oleh binatang peliharaan seperti lembu dan kerbau untuk menarik tenggala
bagi mengembur dan membajak tanah. Peralatan yang digunakan masih bercorak
tradisi seperti cangkul, penyisir dan sabit.
Petani Vietnam menggunakan kaedah tradisional untuk menanam padi seperti
membina sistem parit dan tali air untuk mengalirkan air ke sawah padi dan
mengawal banjir.
Petani masih menggunakan baja asli daripada najis haiwan untuk kesuburan tanah.
SISTEM PERTUKARAN
BARANG
Masyarakat tradisional Vietnam bergantung kepada sistem pertukaran barang
yang dilakukan secara tidak formal.
Pertukaran barang berlaku di pelbagai tempat seperti di bandar, pekan atau
kampung bergantung mengikut keperluan masing-masing. Misalnya pertukaran
barang antara kampung yang mengeluarkan beras dengan kampung nelayan.
Kegiatan pertukaran barang juga dilakukan antara penduduk di dataran rendah
dengan penduduk dataran tinggi. Barang yang menjadi pertukaran ialah kayu dan
buluh yang dibawa oleh penduduk dataran tinggi untuk ditukar dengan ikan
kering, garam dan kapur di pasar bermusim penduduk dataran rendah.
KEGIATAN PERDAGANGAN
SECARA KECIL-KECILAN
Penduduk Vietnam menjalankan kegiatan perdagangan secara kecil-kecilan
kerana negara itu mengamalkan dasar tutup pintu kepada kuasa Barat.
Maharaja Vietnam bimbang kuasa-kuasa Barat akan campur tangan dalam
urusan negara.
Maharaja VIetnam tidak membenarkan kegiatan perdagangan diadakan
dengan kuasa Barat kecuali pedagang dari China dan Siam yang dibenarkan
untuk berdagang di pelabuhan Vietnam.
Barang dagangan antara Siam dengan Vietnam ialah rempah, besi, lada dan
gula. Manakala pedagan dari China datang ke Vietnam untuk mendapatkan
bahan galian seperti perak.
KEGIATAN EKONOMI LAIN
SECARA SAMPINGAN
Masyarakt tempatan Vietnam menjalankan kegiatan ekonomi lain secara
sampingan sebagai sumber pendapatan tambahan. Antaranya ialah kegiatan
perikanan di Tasik Tonle Sap dan kegiatan ini dijalankan sepanjang tahun.
Hasil tangkapan ikan akan disalai, atau dikeringkan atau dijeruk untuk
didangankan secara kecilan. Mereka menggunakan peralatan tradisional yang
mudah seperti kail, pancing, pukat, bubu, perahu dan pelbagai jenis jala.
Masyarakat tempatan juga menjalankan kerja-kerja pertukangan secara kecil-
kecilan. Antara kerja pertukangan yang dihasilkan ialah membuat tembikar,
menganyam, menenun, menekat dan bertukang.
Mereka yang mahir dalam kegiatan pertukangan tangan biasanya tidak
mengajarkan kemahiran itu kepada orang luar dan mereka juga diberi
pengiktirafan yang tinggi berbanding golongan petani. Mereka tidak perlu
membayar cukai dan dikecualikan daripada kerja kerah
KESIMPULAN
Kedatangan Perancis ke VIetnam telah
mengubah sistem ekonomi tradisional
kepada ekonomi komersial. Di samping
meningkatkan pengeluaran padi,
tanaman-tanaman baru turut
diperkenalkan. Selain itu, teknologi
moden turut diperkenalkan untuk
mengeksploitasi hasil bumi tempatan.
SEKIAN,
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai