Anda di halaman 1dari 6

Perubahan sistem pendidikan di negeri-negeri melayu pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan
§  Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebagsaan ditanah melayu semasa penjajahan british.  Dasar
british yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem
pendidikan vernakular.
§  Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan british, iaitu sekolah agama islam, sekolah
vernakular melayu, cina, tamil, dan aliran inggeris.
Isi-isi penting
1.       Sekolah agama islam

§  Sebelum penjajahan british, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di surau, masjid, dan sekolah  pondok.
Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-quran, mempelajari bahasa arab, hukum-hukum agama serta
kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selepas penjajahan british, sistem pendidikan pondok atau
madrasah menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih teratur
§  Ciri-ciri pendidikan madrasah adalah Berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan, Dilaksanakan secara
kelas mengikut tahap, Tahap pengajian ialah tahap permulaan, pertengahan, dan pengkhususan dan Mudir atau
guru besar bertanggungjawab mengawasi perjalanan sistem madrasah

2.       Sekolah vernakular melayu

§  Semasa pentadbiran british, sekolah melayu didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak
petani dan nelayan. Anak-anak melayu diajar menulis, membaca, dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni
pertukangan dan pekebunan. Sekolah melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam
§  Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada  asas-asas seperti
membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Perkembangan sekolah melayu hanya terhad kepada sekolah
rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan

3.       Sekolah vernakular cina

§  Pendidikan cina di tanah melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik confucius. Sekolah-
sekolah cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks confucius atau klasik cina
tanpa memahami maknanya, penggunaan sempoa adalah penting
§  Sekolah cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan pelajaran dan buku
dibawa dari negara cina

4.       Sekolah vernakular tamil

§  Pendidikan tamil secara formal di tanah melayu dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat
india. Perkembangan sekolah vernakular tamildi pengaruhi oleh perkembangan ekonomi di tanah melayu, orang
india berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa dan getah. Sekolah-sokolah
tamil didirikan dikawasan ladang  di seberang perai, pulau pinang dan johor
§  Bahasa pengantar digunakan ialah bahasa tamil dan kadangkala bahasa telegu, malayalam, punjabi atau hindi

5.       Sekolah aliran inggeris

§  Sekolah inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di tanah melayu. Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh
mubaligh kristian dan badan-badan awam
§  Sekolah inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan
mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian.
Penutup
§  Kesan daripada perubahan sistem pendidikan, wujud perbezaan politik, ekonomi dan sosial sehingga perpaduan
kaum terhalang. Setiap kaum terpisah mengikut kebudayaan masing-masing. Tiada wujud satu bahasa
kebangsaan yang boleh menyatukan semua kaum
Soalan 59:Jelaskan perubahan sistem pendidikan di Sabah pada abad ke-19 hingga abad ke-20

Pendahuluan:

§  Sebelum tahun 1963, perkembangan system pendidkan di Sabah tidak begitu maju jika dibandingkan dengan
negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini deisebabkan oleh dasar pentadbiran Syarikat Borneo Utara British
(SBUB) yang tidak memberi keutamaan kepada perkembengan pendidikan di negeri itu.

Isi-isi penting:
Sekolah Mubaligh Kristian
§  Percubaan awal dilakukan oleh Gabenor W.H Treacher dengan mendirikan sekolah agama, tetapi gagal kerana
tidak mendapat sokongan daripada penduduk yang beragama Islam. Mereka mencurigai tujuan W.H Treacher.
Sekolah pertama yang telah didirikan di negeri Sabah pada awal abad ke-19 terletak di daerah Sandakan, yang
telah ditubuhkan oleh mubaligh Roman Katolik dan dinamakan sebagai  Institut Bryon.
§  Namun apabila sebuah Jabatan Pelajaran dibentuk , nazir-nazir telah ditempatkan di kawasan-kawasan pantai
timur dan barat Sabah bagi mengawasi perkembangan sekolah persendirian oleh golongan mubaligh Kristian
dan masyarakat Cina.
Sekolah Melayu
§  Sekolah Melayu Kota Kinabalu telah didirikan pada tahun 1915 bertujuan untuk melatih anak-anak Ketua Anak
Negeri. Penekanannya lebih kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dan al-Quran. Sekolah Melayu yang pertama
ditubuhkan di Kota Belud pada tahun 1921. Pada tahun 1930, hanya terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi
menampung 400 orang murid.
§  Sekolah Melayu di Sabah sama dengan sekolah Melayu di Tanah Melayu yang memberi penekanan kepada latihan
jasmani, berkebun, Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar,mata pelajaran Ilmu Hisab dan Kesihatan. Sekolah
Melayu hanya pada peringkat rendah sahaja.
Sekolah Inggeris
§  Sekolah Inggeris lebih tinggi mutunya jika dibandingkan dengan sekolah lain. Pada tahun 1933, murid dari sekolah
Inggeris boleh menduduki peperiksaan Junior dan  Senior Cambridge serta berpeluang menjadi kakitangan
kerajaan kolonial.
§  Semua sekolah berkembang secara berasingan dan tidak dibiayai oleh SBUB. SBUB hanya menyediakan pendidikan
di peringkat rendah sahaja. Ini disebabkan SBUB menghadapi masalah kewangan dan menganggap bidang
pendidikan tidak mendatangkan keuntungan.
Maktab Perguruan dan Laporan Woodhead 1953
§  Bagi menampung keperluan tenaga pengajar untuk sistem pendidikan di negeri Sabah, Maktab Perguruan Kent,
Tuaran telah ditubuhkan pada tahun 1952. Maktab ini telah melatih lebih ramai guru sebelum ditempatkan ke
sekolah-sekolah sekitar Sabah.
§  Laporan Woodhead pula merupakan satu laporan bagi mencadangkan beberapa perkara khusus mengenai sistem
pendidikan di Sabah temasuklah Peruntukan Kewangan; Langkah meningkatkan mutu pendidikan sekolah
rendah, menengah, vokasional dan dewasa; dan Sistem pendidikan baharu diwujudkan di Sabahdan kerajaan
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan sistem persekolahan.
Penutup
§  Dasar Pentadbiran British di negeri Sabah sememangnya membawa perubahan dalam sistem pendidikan
masyarakat pribumi. Akhirnya, pada tahun 1956 Lembaga Pelajaran ditubuhkan, dan dipengerusikan oleh
Setiausaha Kerajaan Tempatan dengan tujuan mengangkat martabat pendidikan di negeri Sabah agar menjadi
satu sistem yang lebih sistematik dan teratur.

Perubahan sistem pendidikan di Sarawak pada abad ke 19 hingga abad ke 20

Pendahuluan
§  Masyarakat tempatan dan bumiputera mempunyai sisitem pendidikan sendiri sebelum kedatangan british iaitu
berbentuk formal dan tidak formal.Sebelum kedatangan British, masyarakat tempatan sudah mempunyai
kesedaran tentang pentingnya pendidikan untuk anak-anak mereka walaupun berorentasikan pengajian agama
islam. Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak
mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.  Sukatan pelajaran dan kurikulum
juga tidak seragam.
§  Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik dan tidak terbuka kepada setiap orang.Pendidikan inggeris
hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam
perkhidmatan awam selepas tamat pengajian.
Isi-isi Penting
1.       Dasar pendidikan Brooke tidak banyak mengubah masyarakat tempatan Sarawak. Brooke enggan mengubah
gaya hidup masyarakat tempatan khasnya orang iban melalui sistem pendidikan barat.   Namun, Brooke tidak
menghalang para mubaligh menjalankan usaha menyebarkan pendidikan.
2.       Atas desakan untuk memenuhi kekurangna yang besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku penolong
pengarah pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu.Beliau
telah mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru melayu di Tanjung Malim, Perak.
Dengan ini, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) pada tahun 1992.
3.       Sungguhpun penubuhan MPSI dikatakan satu peristiwa yang bersejarah dalam pendidikan melayu, namun
bidang pelajarannya masih sempit.Kerajaan British masih tetap degna dasar ingin mengekalkan status quo orang
melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir British adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan
nelayan melayu yang tahu menulis dan membaca.Menurut Tan Din Eing “...perhatian yang lebih berat diberikan
supaya tiada orang Melayu keluardari Kampung-kampungya untuk mendapat pekerjaan.”
4.       Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya.Tumpuan diberi hanya kepada asas-asas seperti
membaca,menulis,dan mempelajari asas kira-kira.Antara tahun 1914-1940,tidak terdapat sekolah menengah
aliran melayu di Tanah Melayu.Perkembangan sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga
darjah empat dan maktab perguruan sahaja.
5.       Selepas tahun 1950-an perkembangan pendidikan di Sarawak semakin bertambah baik terutama setelah
laporan woodhead 1955 memperakuhkan beberapa cadangan untuk memperbaiki sistem persekolahan di Sabah
dan Sarawak.
6.       Hasil laporan itu, sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak diperkemaskan dengan penubuhan lembaga
pelajaran pada tahun 1956.  Lembaga ini dianggotai oleh orang awam bagi mewakili kaum masing-masing
dengan setiausaha majlis tempatan dilantik menjadi pengerusi dan pengarah pelajaran sebagai ahli
Penutup
§  Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka
belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.  Sukatan pelajaran dan kurikulum juga
tidak seragam.
§  Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik tidak terbuka kepada setiap orang pendidikan inggeris. 
Pendidikan inggeris hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka
menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian.

Bincangkan usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka pada tahun 1946-1957 dan
Dasar pendidikan negara selepas merdeka selepas 1957.

Pendahuluan :
§  Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British. Dasar
British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem
pendidikan vernakular.
§  Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British, iaitu sekolah agama islam, sekolah
vernakular Melayu, Cina, Tamil dan aliran inggeris. Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah berusaha
untuk memperbaiki sistem pendidikan di negara ini.
Isi-isi penting :

Usaha Pendidikan British sebelum merdeka


1.         Rancangan Cheeseman

§  Bertujuan menyusun semula dasar pendidikan di bawah Malayan Union.  Syor yang dicadangkan ialah pendidikan
percuma di peringkat rendah, pengajaran bahasa inggeris di semua sekolah rendah dan penubuhan dua jenis
sekolah.
§  Tidak dapat dilaksanakan disebabkan Jabatan Pelajaran terlalu sibuk dengan kerja membaiki sekolah-sekolah yang
rosak akibat peperangan.  Pada tahun 1949, satu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran telah ditugaskan untuk
mengkaji semula dasar pendidikan di bawah kerajaan Persekutuan. Namun cadangan ditolak oleh Majlis
Perundangan Persekutuan.

2.         Laporan Barnes

§  Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk mengkaji semula masalah pendidikan di sekolah vernakular melayu.
Mencadangkan rombakan semula semua sistem persekolahan termasuk sekolah melayu.
§  Syor yang dicadangkan ialah sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum hendaklah
dimansuhkan dan digantikan dengan satu sistem persekolahan yang dinamakan sekolah kebangsaan.,
pendidikan percuma untuk semua sekolah kebangsaan., sekolah rendah diberi sokongan kewangan dan bahasa
melayu menjadi bahasa penghantar pada peringkat sekolah rendah dan bahasa inggeris akan menjadi bahasa
penghantar di sekolah menengah.

3.         Laporan Fenn-Wu

§  Ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan vernakular cina dan diketuai oleh dua orang pakar pendidikan cina
iaitu Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao.
§  Syor yang dicadangkan ialah bahasa Melayu, Cina, dan Tamil dikekalkan sebagai bahasa penghantar, pelajar-pelajar
dari semua kaum digalakkan mempelajari semua bahasa, sekolah cina dikekalkan tetapi sukatan pelajarannya
hendaklah berorentasikan kepada keadaan dan sejarah tempatan dan kerajaan patut menambahkan bantuan
kewangan untuk pentadbiran sekolah cina.
4.         Ordinan Pelajaran 1952

§  Oleh sebab perbezaan pandangan antara Laporan Barnes dengan laporan Fenn-Wu, satu jawatankuasa khas telah
ditubuhkan untuk mengkaji cadangan-cadangan mereka. Laporan jawatankuasa khas telah ditubuhkan dan
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952.
§  Cadangannya ialah dua sistem persekolahan yang menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai
bahasa penghantar bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar sekiranya terdapat permintaan, pendidikan
vokasional diperluaskan di peringkat sekolah menengah dan bahasa melayu dan bahasa inggeris diajar di
peringkat sekolah rendah selama enam tahun. Tidak dapat dijalankan kerana mendapat tentangan daripada
masyarakat cina dan india, kekurangan kewangaan dan ancaman komunis ketika itu.

5.         Penyata Razak 1956

§  1955, kerajaan persekutuan telah melantik Tun Abdul Razak untuk mempengerusikan sebuah jawatankuasa
pelajaran. Ditugaskan mengkaji semula sistem pendidikan di tanah melayu. Tugas jawatankuasa Razak ialah
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk
berbilang kaum, menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar, manjaga perkembangan bahasa dan
kebudayaan kaum-kaum lain, mengkaji Ordinan Pelajaran 1956 dan membuat pindaan jika perlu.
§  Cadangan diluluskan dikenali Penyata Razak. Cadangan penyata Razak ialah penubuhan sekolah umum (rendah)
yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa  penghantar dan sekolah jenis umum (rendah) yang
menggunakan bahasa inggeris, cina, dan tamil sebagai bahasa penghantar. Sekolah menengah melayu
menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah menengah inggeris menggunakan bahasa
inggeris sebagai bahasa penghantar. Bahasa melayu dan bahasa inggeris wajib diajar di semua sekolah.
§  Dua elemen yang dapat memupuk semangat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua
penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata Razak dijadikan Ordinan Pelajaran
1957.
Dasar Pendidikan selepas merdeka
1)        Akta Pelajaran 1961

§  Semua syor dalam Laporan Rahman Talib digubal dan diterima sebagai Akta Pelajaran 1961. System pendidikan
aneka jurusan ditubuhkan pada 1965 bg sekolah menengah rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan
yang dihapuskan.

2)        Jawatankuasa cabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979

§  1974, kerajaan persekutuan telah menubuhkan jawatankuasa cabinet yang telah dipengerusikan oleh Menteri
Pelajaran dan Timbalan Perdana MEnteri ketika itu, Dr.Mahathir Mohammad.
§  Laporan ini bertujuan untuk mengkaji semula Dasar Pelajaran Kebangsaan supaya selaras dengan keperluan
semasa Negara dengan mempertimbangkan pelbagai aspek spt keperluan tenaga kerja, pembangunan Negara
dan identity kebangsaan.

3)        Akta Pendidikan 1996

§  Diperkenalkan oleh YDPA setelah diluluskan Parlimen pd 15 Julai 1996. Diwartakan 1 Ogos 1996 dan
dikuatkuasakan 31 disembe 1997. Konsep system pendidikan kebangsaan dimantapkan dgn melipti semua
peringkat persekolahan dari pra sekolah hingga peringkat pengajian tinggi serta meliputi semua jenis sekolah.
Memperlihatkan secara jelas halatuju dan wawasan pendidikan Negara Malaysia. ini berdasarkan hasrat
pemimpin Negara yang ingin menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan  daripada pelbagai aspek
§  Dengan adanya akta ini, sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia
dari segi kualiti utk mencapai aspirasi Negara seperti  yang termaktub dalam Wawasan 2020 dan semangat
1Malaysia.
Penutup :
§  Usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka telah membawa banyak perubahan kepada sistem
pendidikan di negara kita.

Faktor-faktor yang mempengaruhi dasar pendidikan Negara sebelum merdeka.

§  Dasar pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bercorak vernacular iaitu pengasingan pelajar mengikut kaum.
Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan 5 jenis sistem persekolahan yg ternyata berbeza antara satu sama lain.
Jenis2 sekolah tersebut ialah sekolah Inggeris, sek Melayu sek Agama, sek Cina dan Sek Tamil. Pengenalan
kepada isiten persekolahan yg berbeza antara kaum mempunyai kaitan dengan dasar pecah dan perintah yg
diamalkan oleh pemerintah Inggeris di Tanah Melayu.
:

1.       Pengkhususan Kaum Dalam Satu Sekolah.

§  Tiap-tiap sekolah adalah khusus utk satu-satu kaum yg tertentu shj. Ini menyebabkan anak2 Melayu, Cina dan
India sukar utk bergaul antara satu sama lain. Kesempatan utuk bergaul bg ketiga-tiga kaum ini hanya terdapat
di sekolah inggeris yg terletak di bandar sahaja. Pendidikan tradisional org Melayu, pendidikan agama dan al-
Quoran dilakukan di surau, rumah Tok Guru atau pondok. Ini tidak memungkinkan bangsa lain utk turut serta.
§  Sementara pendidikan org Cina pada peringkat awal diasaskan oleh individu perseorangan atau kelompok
berteraskan kpd kaum. Gurunya tidak terlatih dan mengajar secara sambilan berdasrka buku2 teks klasik dari
China. Org India tidak dihiraukan pendidikannya hanya pd 1816 bhgn sek Tamil, Penang Free Scholl ditubuhkan.
Pd 1923 Akta Buruh diperkenalkan iaitu mewajibkan setiap estet mengadakan sek Tamil dan pengurusannya
diserah kpd pihak lading.

2.       Tiada Bahasa Penghantar Tunggal

§  Tidak ada dasar mengenai bahsa penghantarnyg tungal. Sek Inggeris menggunakan BI dan Sek Melayu
menggunakan BM dan sek Cina menggunakan bhs Cina dan sek Tamil menggunakan bhs Tamil. Oleh yg demikian
kominikasi menjadi sukar disebabkab tiada medium yg sesuai utk menyatukan mereka.

3.       Perbezaan Kawasan tempat tinggal.

§  Kebanyakkan sek Melayu didirikan di desa2 sesuai dgn dasar British yg mahu mengekalkan org Melayu di kg2. Sek
Cina pula di kawasan perlombongan misalnya di Perak sek Cina terdapat di Kinta Larut. Di Selangor byk terdapat
di Klang dan Kanching. Di Negeri Sembilan terdapat di Lukut.
§  Sementara di sekolah Tamil di tubuh di kawasan ladang yg dibiayai oleh pengurus ladang.

4.       Tiada Keseragaman Kurikulum

§  Kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut tidak sama. Sek2 ini masing2 mempunyai kurikulumnya sendiri.  Sek
Inggeris menggunakan sukatan yg digunakan sekolah2 di Britain. Guru2 yg mengajar di sekolah ini di bawa dr
sana. Begitu juga dengan  buku2 teks.
§  Sek Melayu pula hanya terhad kepada peringkat rendah shj iaitu meliputi kemahiran membaca dan menulis dan
mengira. Selain itu pelajar juga diajar sedikit ilmu Geografi perkebunan dan pertukangan. Sek Cina dan Tamil
menggunakan kurikulum yg sama dengan yg diajar di Cina dan India. Guru2 didatangkan dr neg
mrk.Menggunakan bhs ibunda sbg bhs pengantar. Lepasan sek Cina masih mempuyai kedudukan yg baik krn
mrk diserapkan kedlm sektor ekonomi yg dipunyai pengusaha Cina di tanah Melayu. Sementara lulusan India
hanya berpeluang meneruskan kerjaya diestet atau sekiranya mampu membayar yuran yg tinggi boleh
meneruskan pemgajian sek Inggeris di bandar.

Kesimpulan.
§  Dasar pendidikan yg diperkenalkan oleh Inggeris sebelum merdeka telah menyebabkan perbezaan ras yg begitu
ketara di Tanah Melayu pd masa itu. Bagi Inggeris sistem pesekolahan begini sengaja dilakukan bagi
mengasingkan pelbagai kaum sebagai strategi utk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mrk di Tanah
Melayu. Dengan cara ini kaum2 di Tanah Melayu khususnya org Melayu tidak mempunyai asas dan kekuatan
bagi menetang Inggeris.

Sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas merdeka dari tahun 1961-1996

§  Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat  terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka
belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum juga
tidak seragam
§  Dianggap terbaik dan terbuka kepada semua orang. British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut
kawasan penempatan kaum masing-masing.

Sistem Pendidikan
1.       Pendidikan Melayu
§  Penang Free School dibuka 1815 dan beberapa sekolah lagi dibuka oleh persatuan Mubaligh Kristian. 1856, dua
buah sekoalh dibuka di Singapura iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam. Pada mulanya sambutan ibu bapa
terhadap sekolah melayu tidak begitu menggalakkan, tetapi setelah pengajian al-Quran disediakan, ibu bapa
mula membenarkan anak mereka bersekolah di sekoalh itu.
§  Apabila orang Melayu menyedari kepentingan pendidikan, lebih banyak sekolah melayu didirikan. Pendidikan
melayu zaman penjajah tidak bertujuan menyediakan kanak-kanak melayu supaya dapat perbaiki tartaf hidup
yang sedia ada atau membolehkan mereka menyertai sector ekonomi moden.
Maktab Latihan Perguruan
§  Usaha member latihan kepada guru sekolah melayu dibuat pd 1878 melalui sebuah pusat latihan di Telok Belanga..
namun usaha ini tidak berjaya kerana gaji guru terlalu rendah menyebabkan tidak ramai orang berminat utk
kekal menjadi guru.. walaupun maktab ini tidak melashirkan ramai guru pelatih tetapi penubuhannya
memulakan satu tradisi latihan kebangsaan perguruan di Tanah Melayu.
       Pengajian Tinggi
§  Penubuhan Maktab Perubatan King Edward VII pd 1905 menandakan bermulanya pengajian tinggi di Tanah
Melayu. 1949, maktad tersebut digabung dengan Raffles College utk menjadi UM di Singapura.
§  Bagi bidang teknikal, Sekolah Teknik dibuka di KL utk melatih pembantu teknik dalam Jabatan Ukur, Jabatan Kereta
Api dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian, Maktab Pertanian didirikan di Serdang Selangor dan setelah dinaik taraf
kini dikenali sbg UPM.

2.       Pendidikan Cina
§  Penubuhan sekolah cina menandakan keinginan orang cina utk bermastautin secara tetap. Sekolah-sekolah cina
lebih tertumpu di kawasan Bandar sekitar kawasan perlombongan dan pelabuhan spt Singapura, Melaka dan
Perak.
§  Pada 1920, terdapat 494 buah sekolah cina di Tanah Melayu.
Peringkat Pengajian Kurikulum dan Perkembangan.
§  Orang cina memastikan sekoalh yang ditubuhkan di TM sama coraknya dgn yg terdapat di China. Sekolah cina
menjadi pusat penyebaran ideology yg bercanggah antara pihak Koumintang dan Komunis.
§  1902, peraturan mewajibkan semua sekolah cina didaftarkan. Ini bertujuan mengawal perkembangan sekolah cina
di TM.  Jabatan Penolong pengarah cina juga ditubuhkan utk mengawasi sekolah cina.

3.       Pendidikan Tamil
§  Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yg mewajibkan majikan mendirikan sebuah sekolah di setiap
ladang getah yg mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yg berumur 10-12 tahun.
§  Seelepas 1920-an semakin banyak sekolah tamil didirikan di TM. 1932,  British mula memberi bantuan kewangan
kpd sekolah tamil.
                 Peringkat pengajian dan Kurikulum
§  Bahan bacaan dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India dan tidak ada matapelajaran BM mahupun BI.
Ketiadaan kemahiran bahasa menyebabkan kesukaran utk  melanjutkan pelajaran ke aliran sekolah lain.
§  Pihak majikan menyediakan menyediakan kemudahan pendidikan hanya bagi mematuhi arahan kerajaan dan
selepas itu sekolah tamil di lading hanya bertujuan utk membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh.

4.       Pendidikan Inggeris
§  Dibiayai melalui pungutan yuran dan derma drpd badan persendirian dan orang ramai. Tertumpu di Bandar-
bandar seperti di Perak dimana sekolah aliran Inggeris dibuka di kawasan perlombongan utama seperti Taiping
dan Ipoh.
§  1930-an anak-anak melayu mula dibenarkan bersekolah di sekolah Inggeris dan mereka perlu belajar selama 2
tahun sebelum memasuki tahun 4 di sekolah Inggeris.
                Peringkat  Pengajian
§  Kurikulum dibentuk dgn memberi tumpuan kepada pelajaran akademik. Dalam sesetengah matapelajaran, murid-
murid hanya didedahkan sejarah keagungan British spt peperangan dan sejarah Eropah. Mereka tidak
mempelajari perkara berkaitan masyarakat tempatan.

5.       Sekolah Agama Madrasah


§  Kaum Muda berusaha menubuhkan sekolah agama bagi menyaingi sekolah aliran melayu dan inggeris. Madras ad
pertama ditubuhkan ialah madrasah al-Iqbal di Singapura tetapi kurang mendapat sambutan. Keseragaman dari
segi sukatan dan sistem pendbiran juga tidak ada. Kekurangan ini menyebabkan sekolah madrasah tidak
menepati kehendak moden.
Penutup
§  Terdapat pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh pihak British terhadap pendidikan di TM terutamanya di
sekolah-sekolah Melayu,, Inggeris, Cina dan Tamil.

Anda mungkin juga menyukai