Anda di halaman 1dari 16

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw

ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert
yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui
opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa
sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf
Perkembangan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Iban di Sekolah Kebangsaaan Ulu
ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
Manding,Pakan dari tahun 2003 hingga 2013
KERJA KURSUS STPM SEJARAH
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz
2015
xcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv
bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn
mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer
tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui
opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa
sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf
ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz
xcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnm
MOHD.ASYRAF BIN KUSHAIRI (960712135703)

Sekolah Kebangsaan Ulu Manding merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di
daerah Julau bahagian Sarikei. Menurut catatan guru yang berkhidmat di sekolah ini, sekolah
ini telah ditubuhkan akhir tahun 50-an iaitu pada tahun 1959.1
Pada mulanya sekolah ini telah didirikan oleh JK Wilson yang merupakan guru
berbangsa Inggeris yang mula-mula memperkenalkan pendidikan awal kepada penduduk di
kawasan pedalaman. Pada ketika itu, Sarawak belum lagi mencapai kemerdekaan yang
menyebabkan orang tempatan takut akan golongan yang berbangsa Inggeris. Oleh yang
demikian JK Wilson mengambil keputusan untuk membina dua buah sekolah baru iaitu di
Nanga Budu dan di Nanga Entabai di daerah Julau.
Sekolah ini telah menerima sumbangan empat ekar tanah daripada TR. Antau Anak
Mambang untuk membina tapak. Pada mulanya, murid yang bersekolah di sekolah ini rataratanya dari rumah panjang yang berdekatan terdiri daripada RH. Barau, RH. Antau, RH.
Jampong, RH. Budol, RH. Kayong dan RH. Laya yang terletak di Pakan, Julau. Oleh kerana
sekolah ini terletak di pedalaman, murid-murid terpaksa berjalan dari rumah panjang untuk
hadir ke sekolah. Hasil proses kemerdekaan yang dikecapi oleh Sarawak pada tahun 1963
melalui Persekutuan Malaysia, sekolah ini telah di ambil alih oleh kerajaan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. 2 Manakala, menurut Kamarudin Haji
Husin dan Siti Hajar Haji Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III teknik
didefinisikan sebagai pengendalian suatu orgnisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik
darjah dimana ia digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.3 Oleh yang
demikian, Teknik Pengajaran dan Pembelajaran merupakan penciptaan satu kaedah untuk
membantu memudahkan proses penyebaran ilmu di dalam pengajaran dan pembelajaran

Teknik merupakan suatu cara yang digunakan oleh guru terutamanya guru bahasa
bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang digunakannya untuk mengajar pelajarpelajarnya. Pemilihan teknik ini adalah berdasarkan penerimaan pelajar terhadap sesuatu
pembelajaran tersebut. Sekiranya pelajar tidak dapat menerima sesuatu pembelajaran melalui
teknik yang digunakan oleh guru tersebut, guru hendaklah menggunakan teknik mudah dan
dapat diterima oleh para pelajar.
Tujuan penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik minat
pelajar,

mengekalkan perhatian pelajar dan juga menimbulkan rasa ingin tahu pelajar

terhadap suatu pembelajaran. Kesemua teknik ini apabila dilaksanakan dengan betul dan
berkesan, ia dapat membantu meningkatkan pembelajaran murid.4
Teknik soal-jawab merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang paling
banyak digunakan di dalam kelas. Teknik ini merupakan teknik popular digunakan dalam
bidang pendidikan terutamanya di Malaysia khasnya di Sekolah Kebangsaan Ulu Manding,
Pakan. Di Sekolah Kebangsaan Ulu Manding, Pakan, teknik ini telah digunakan sebelum
tahun 2000 lagi.5 Pada tahun 2003 sehingga 2013, teknik masih digunakan adalah disebabkan
terdapat kemajuan dan peningkatan yang memuaskan dalam matapelajaran bahasa Iban.
Pemilihan teknik ini adalah bukan disebabkan ia mudah dilaksanakan, tetapi ia
mampu mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara guru dengan pelajar . Hal ini
demikian, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih menarik
bagi pelajar. Menurut Puan Nancy Anak Guyang, teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi
jawapan yang sewajarnya untuk jawapan tersebut. 6 Jawapan yang diberikan pelajar perlulah
berkaitan dengan pengajaran yang diajar oleh guru tersebut agar proses penyampaian yang
dijalankan oleh guru tersebut tercapai. Soalan yang ditanya oleh pelajar sememangnya

memerlukan mereka untuk berfikir disamping dapat menilai dan juga menguji kefahaman
pelajar terhadap apa yang telah disampaikan oleh guru.
Tujuan teknik ini adalah untuk mengesan kemahiran berbahasa yang dimiliki oleh
pelajar seterusnya memastikan pelajar untuk menguasai kemahiran bahasa. Menurut Puan
Nancy Anak Guyang, beliau mengaplikasikan kaedah soal jawab disepadukan dengan keadah
perbincangan kerana dengan cara ini dapat meningkatkan kecerdasan otak dan juga dapat
menghidupkan suasana pembelajaran di dalam kelas. Menurut beliau juga, teknik ini
seharusnya dipraktikkan oleh guru dua hala antara guru dan pelajar, seterusnya memberi
kesan yang positif dan memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar.7
Teknik perbincangan adalah satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang
sesuatu tajuk. Teknik ini bertujuan untuk melatih pelajar untuk mengeluarkan idea dan juga
pendapat yang bernas.8 Teknik ini telah digunakan di Sekolah Kebangsaan Ulu Manding
diantara tahun 2003 sehingga sekarang kerana ia berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Iban. Teknik ini perbincangan merupakan satu aktiviti yang berbentuk
komunikasi dan ia juga dilakukan di dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan
kawalan seorang guru yang juga merangkap guru matapelajaran terutamanya Bahasa Iban.
Teknik perbincangan ini sememangnya memberi kesan yang positif terhadap pelajar
khasnya pelajar darjah lima di Sekolah Kebangsaan Ulu Manding, Pakan. Teknik ini
dikatakan memberikan kesan yang positif kerana memerlukan kerjasama di antara pelajar
untuk mengeluarkan idea atau pendapat masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik
yang diberikan oleh guru untuk dibincangkan. Di dalam sesuatu perbincangan, ia akan
memberi peluang dan juga ruang kepada setiap pelajar untuk berkomunikasi dalam aktiviti
yang boleh dikatakan separa formal. Aktiviti seperti ini juga dapat mempertajamkan minda
dan melatih kepetahan pelajar dalam pertuturan seterusnya memperbaiki masalah pelajar

dalam petuturan terutamanya Bahasa Iban yang merupakan bahasa yang digunakan oleh
masyarakat di Daerah Pakan.
Menurut Puan Nancy anak Guyang yang juga merupakan guru matapelajaran Bahasa
Iban, peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini adalah dikendalikan oleh pelajar
sendiri kerana guru hanya menyelia dan juga mengawal. Teknik perbincangan ini boleh
dijalankan mengikut langkah-langkah tersendiri. Antaranya, dengan cara guru menarik
perhatian pelajar kepada topik yang ingin dibincangkan. Dengan cara ini, pelajar akan tertarik
dengan topik yang dibincangkan dan mendalaminya dengan baik. Selain itu, guru juga harus
membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan melantik ketua di setiap kumpulan
untuk mengendalikan kumpulan seterusnya bertanggungjawab untuk memastikan semua
aspek perbincangan dapat dilaksanakan dan dicapai.
Guru-guru bahasa Iban mengaplikasikan teknik ini dengan cara memantau aktiviti
secara teliti dalam bilik darjah bagi memastikan setiap kumpulan yang telah dibahagikannya
fokus kepada objektif perbincangan. Selain itu, beliau juga memastikan murid-murid pelajar
mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbangkan idea. Perbincangan hendaklah
berfokuskan kepada isi kandungan berdasarkan topik yang diajar. Akhir sekali beliau akan
mengarahkan murid untuk menhantarkan isi perbincangan setiap kumpulan dan dibincangkan
secara beramai-ramai.9
Oleh kerana matapelajaran Bahasa Iban merupakan matapelajaran yang berunsurkan
bahasa, matapelajaran ini juga menggunakan teknik bercerita sama seperti teknik pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Teknik bercerita
merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk memastikan pelajar cekap
berbahasa. Hal ini kerana, dengan cara bercerita pelajar akan tertarik, minat dan juga
memberikan perhatian dengan sebaiknya. Menurut Encik Joaness Anak Bickson Naggar,

teknik ini telah digunakan sebelum tahun 2003 lagi tetapi penggunaan masih diamalkan
kerana sesuai dengan Bahasa Iban.
Dalam teknik ini, guru menimbulkan situasi yang lebih bermakna untuk
menyampaikan butiran-butiran pelajaran melalui bercerita.10 Melalui teknik ini pelajar akan
menguasai kemahiran mendengar, menutur dan juga menulis. Dalam penceritaan,
perkembangan cerita hendaklah dititikberatkan supaya ada peringkat permulaan, kemuncak
dan juga kesudahan cerita. Selain itu, tumpuan juga terhadap teknik persembahan kepada
teknik persembahan, suara, gerak laku dan juga kawalan mata. Hal ini demikian kerana untuk
memastikan para pelajar mendalami dan merasai cerita seterusnya memahami apa yang
diceritakan. Dalam penceritaan, suara merupakan perkara penting yang perlu dikawal supaya
tidak mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan yang boleh menyebabkan perhatian pelajar
terhadap cerita.
Selain itu, teknik ini memerlukan penambahan sesuatu ramuan atau perkara yang
menarik untuk mengelakkan kebosanan di dalam diri pelajar. Teknik penceritaan ini bukan
sahaja melibatkan para guru yang mengajar malahan juga pelajar. Teknik ini sememangnya
memberikan impak yang positif terhadap diri pelajar.11Teknik ini juga popular digunakan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ternyata berkesan terhadap diri pelajar.
Teknik ini tidak sesuai digunakan di dalam matapelajaran yang tidak berunsurkan bahasa
kecuali sejarah kerana ia tidak akan dapat disampaikan dengan baik. Penggunaan teknik ini
sememangnya sesuai untuk matapelajaran Bahasa Iban kerana ia merupakan matapelajaran
yang berunsurkan bahasa.
Para guru bahasa Iban mengaplikasikan teknik ini dengan cara bercerita dengan
pelajar berkaitan dengan pelajaran berdasarkan tema sebagai contoh tema kemerdekaan.
Malahan beliau akan memberi peluang kepada pelajar untuk bercerita. Penerimaan pelajar

terhadap teknik ini terutamanya pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan Ulu Manding,
Pakan menunjukkan perkembangan yang positif.
Teknik kuiz mula diaplikasikan ke dalam aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris di
sekolah-sekolah Inggeris kemudian diikuti oleh sekolah-sekolah Melayu di Malaysia. Teknik
ini mula diperkenalkan di England pada pertengahan abad ke-18 melalui Perbadanan
Penyiaran British atau lebih dikenali sebagai B.B.C.12 Ini menunjukkan bahawa pemerintahan
British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga telah mempengaruhi sistem pendidikan di
Malaysia sebelum era kemerdekaan yang membawa kemasukan teknik kuiz ini ke dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah di Malaysia khasnya Sekolah
Kebangsaan Ulu Manding, Pakan. Teknik ini telah lama digunakan di sekolah diantara tahun
2001 sehingga sekarang kerana ia mampu menarik minat pelajar.
Teknik kuiz ini adalah teknik yang digemari oleh para pelajar sekolah di Malaysia
khasnya di Sekolah Kebangsaan Ulu Manding, Pakan. Penggunaan teknik ini sememangnya
menarik perhatian pelajar kerana pelajar akan tertarik dengan aktiviti yang membolehkan
mereka mencuba. Selalunya, para guru akan menggunakan teknik pada penghujung satu
topik atau bab di dalam silibus. Hal ini demikian kerana guru ingin memastikan kefahaman
pelajar terhadap sesuatu topik atau bab. Soalan kuiz yang diajukan oleh guru di dalam teknik
ini sememangnya berkaitan dengan silibus agar tidak lari tujuannya.13
Menurut Encik Joaness Anak Bickson Naggar, teknik ini diaplikasikan oleh beliau
dengan cara bertanyakan kuiz ataupun teka teki setelah selesai sesuatu topik bagi memastikan
pelajar faham tentang apa yang disampaikannya. 14Sebelum kewujudan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi atau dikenali sebagai KBAT diwujudkan iaitu diantara tahun 2003 hingga 2013,
teknik kuiz ini hanya tertumpu kepada fakta sahaja dan tidak memerlukan pelajar untuk
berfikir di luar kotak.

Kewujudan KBAT di dalam sistem pendidikan telah menyebabkan teknik ini berlaku
penambahbaikan iaitu penambahan unsur KBAT untuk memastikan murid berfikir pada aras
yang tinggi berdasarkan pengetahuan murid. Penambahan unsur KBAT di dalam teknik ini
sememangnya memberi kesan positif terhadap diri pelajar iaitu membolehkan pelajar untuk
berfikir di aras yang lebih tinggi. KBAT diwujudkan kerana hasrat pendidikan untuk
melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. KBAT ini juga
diwujudkan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan melahirkan pekerja daya saing,
daya tahan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dan mempunyai jati diri yang
kuat.15
Peranan bermaksud bahagian tugas yang dipegang.16 Ini bermaksud peranan teknik
pengajaran dan pembelajaran adalah tugas teknik pengajaran dalam meningkatkan prestasi.
Terdapat tiga peranan penggunaan teknik terhadap pelajar antaranya ialah meningkatkan
kemahiran berfikir pelajar, meningkatkan kemahiran menulis dan juga meningkatkan
pengetahuan pelajar.
Kemahiran berfikir sering dikaitkan dengan penggunaan minda untuk menyelesaikan
masalah atau membuat keputusan. Walau bagaimanapun, definisi kemahiran berfikir ini
masih dipertikaikan oleh ramai tokoh oleh kerana terlalu banyak pendapat yang berkaitan
dengan kemahiran berfikir.17 Menurut Edward de Bono pada tahun 1976 yang mengaitkan
kemahiran berfikir dengan kemahiran lateral yang juga membawa maksud bukan sahaja
menyelesaikan masalah malah berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif
bagi menyelesaikan masalah. Manakala Fraenkel pada tahun 1980 berpendapat bahawa
berfikir adalah pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan
maklumat dalam bentuk idea tertentu.18

Kemahiran berfikir sememangnya perlu dikuasai oleh seseorang pelajar. Hal ini
demikian, kemahiran berfikir merupakan asas kepada peningkatan prestasi pelajar khasnya
pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan Ulu Manding, Pakan. Antara teknik yang sering
dikaitkan dengan peningkatan prestasi adalah Teknik Kuiz, Teknik Soal-Jawab dan juga
Teknik Perbincangan. Menurut Cik Siti Nordiana Binti Yusup, pelajar yang mempunyai
kemahiran berfikir yang baik akan mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan. 19
Hal ini kerana, kemahiran berfikir adalah diperlukan untuk menjawab soalan peperiksaan.
Oleh kerana jumlah pelajar yang sedikit di Sekolah Kebangsaan Ulu Manding, Pakan, guru
dapat memfokuskan penggunaan teknik yang mampu meningkatkan kemahiran berfikir
pelajar.
Menurut Encik Joannes Anak Bickson Naggar yang merupakan guru kelas darjah lima
pada tahun 2013 merangkap setiausaha peperiksaan Sekolah Kebangsaan Ulu Manding,
Pakan, beliau melihat keberhasilan teknik soal jawab, teknik perbincangan dan juga teknik
kuiz dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran Bahasa Iban khasnya pelajar
tahun lima apabila berlakunya peningkatan prestasi dalam matapelajaran tersebut sejak tahun
2003 sehingga tahun 2013, contohnya pada Mei 2013.20
Jelaslah bahawa penggunaan teknik soal jawab, teknik perbincangan, dan teknik kuiz
telah berjaya meningkatkan kemahiran berfikiran dalam diri pelajar seterusnya meningkatkan
prestasi pelajar dalam matapelajaran Bahasa Iban khasnya pelajar tahun lima Sekolah
Kebangsaan Ulu Manding, Pakan
Menulis adalah melahirkan perasaan atau fikiran dengan catatan yang memakai huruf,
membuat surat, ataupun mengarang.21 Kemahiran menulis sememangnya perlu dikuasai oleh
pelajar sejak sekolah rendah lagi. Hal ini kerana, di peringkat sekolah menengah kemahiran
menulis amat dititikberatkan oleh kerana kebanyakan soalan di peringkat sekolah menengah

adalah berbentuk karangan yang amat memerlukan kemahiran menulis dalam diri pelajar.
Oleh itu, guru-guru di sekolah rendah sangat menitikberatkan kemahiran menulis agar pelajar
di sekolah rendah sudah bersedia untuk naik ke satu anak tangga ke peringkat yang lebih
tinggi iaitu peringkat menengah.
Penggunaan teknik bercerita dan juga teknik perbincangan di dalam bilik darjah
sememangnya membantu pelajar meningkatkan kemahiran menulis mereka. Penggunaan
teknik bercerita di dalam bilik darjah jelas telah memahirkan pelajar dalam penulisan. Hal ini
kerana, penulisan ini merupakan proses penceritaan melalui catatan yang menggunakan
huruf. Manakala, teknik perbincangan pula berguna kepada pelajar dalam membincangkan
idea-idea berkenaan satu topik yang bersesuaian dengan pelajaran untuk dihasilkan sebagai
karangan contohnya karangan yang berunsurkan fakta yang memerlukan pelajar untuk
berbincang bagi mendapatkan idea atau isi-isi karangan.22
Menurut Puan Nancy Anak Guyang juga kemahiran menulis dalam kalangan pelajar
tahun lima dari tahun 2003 hingga 2013 begitu memuaskan walaupun ada sesetengahnya
terpaksa melalui kelas pemulihan kerana tidak mahir membaca apatah lagi dalam penulisan.
Perlaksanaan kelas pemulihan khas pada tahun 2007 di Sekolah Kebangsaan Ulu Manding
yang dikendalikan oleh Cik Siti Nordiana Binti Yusup amat membantu pelajar dalam
memulihkan masalah membaca dan juga menulis. 23 Hal ini menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Iban di dalam bilik darjah berjalan lancar oleh kerana pelajar sudah
mampu untuk membaca dan juga menulis.
Bermula daripada tahun 2008 sehingga tahun 2013, kebanyakan pelajar tahun lima
sudah mahir menulis dan juga mengarang. Faktor ini telah menyebabkan prestasi
matapelajaran Bahasa Iban di kalangan murid tahun lima meningkat. Pada Oktober 2013,
lima daripada tujuh pelajar telah meningkat purata markahnya diantara 5 peratus dalam

10

matapelajaran Bahasa Iban berbanding Mei 2013.24 Menurut Puan Nancy Anak Guyang, lima
daripada tujuh pelajar yang meningkatkan prestasinya termasuk pelajar terbaik UPSR tahun
2014 iaitu Sulan Anak Jelangai mempunyai kemahiran menulis yang baik. Tuntasnya, teknik
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas memainkan peranan penting dalam
meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar.
Teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam bilik darjah
sememangya memberi impak yang baik dalam meningkatkan pengetahuan murid.
Pengetahuan adalah ilmu atau segala yang akan diketahui. Menurut Mohammad Adlany,
pengetahuan adalah sesuatu yang hadir dan wujud dalam jiwa dan fikiran seseorang kerana
ada reaksi dan hubungan kepada persekitarannya.25
Meskipun Sekolah Kebangsaan Ulu Manding, Pakan terletak di pedalaman,
pelajarnya tidak terkebelakang dalam pengetahuan kerana guru-guru yang berkhidmat di sini
amat menitikberatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar agar pelajar di sekolah ini
mempunyai pengetahuan yang setaraf dengan sekolah-sekolah lain khasnya di kawasan
Pakan.26 Peningkatan pengetahuan dalam kalangan pelajar dapat direalisasikan melalui
pengunaan teknik pengajaran yang sesuai di dalam bilik darjah. Menurut Puan Nancy Anak
Guyang, teknik yang sesuai digunakan untuk meningkatkan pengetahuan adalah teknik soal
jawab,perbincangan dan juga bercerita. Melalui teknik soal jawab, pelajar akan mampu
memahami dengan baik sesuatu topik tersebut. Hal ini demikian, berlakunya komunikasi
yang baik diantara guru dan pelajar seterusnya boleh meningkatkan pengetahuan murid.
Manakala, teknik perbincangan turut boleh meningkatkan pengetahuan pelajar kerana pelajar
akan berkongsi pendapat yang mungkin berbeza dengan pelajar lain dan pelajar lain boleh
menambah pengetahuan mereka melalui perbincangan yang dilaksanakan di dalam kelas
tersebut.

11

Teknik bercerita yang dilaksanakan oleh guru juga turut meningkatkan pengetahuan
pelajar kerana pelajar akan memahami cerita tersebut. Oleh itu, pengetahuan yang
dikongsikan oleh guru melalui teknik bercerita akan menambahkan pengetahuan murid.
Tuntasnya, teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan guru di dalam bilik
darjah mampu meningkatkan prestasi pelajar khasnya Bahasa Iban yang merupakan bahasa
yang digunakan oleh penduduk tempatan di kawasan Pakan.
Kesimpulannya, penggunaan teknik yang sesuai di dalam bilik darjah sememangnya
mempunyai peranan penting untuk meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar tahun lima
di Sekolah Kebangsaan Ulu Manding. Penggunaan teknik ini ternyata telah memberi impak
yang positif khasnya pelajar. Kajian ini diharap dijadikan sumber untuk sekolah-sekolah bagi
mengetahui kebaikan penggunaan teknik pengajaran yang sesuai di dalam bilik darjah.
Penggunaan teknik-teknik ini sememangnya telah memberi impak yang positif terhadap
pelajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Manding, Pakan.
(3025 Patah Perkataan)

12

Nota Hujung

13

Siti Nordiana Binti Yusup. Ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi, 50 minit, melalui perbualan telefon di rumah, 17
Februari 2015
2

Kamus Dewan Edisi Keempat(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 1630 teknik

Pengajian Melayu 3 : komunikasi bahasa / Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. :Budiman,1997

Suzana Abd. Mutalib dan Jamil Ahmad Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif dalam Bahasa Melayu Darjah
Satu:Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Mei 2012) : 17-30, dilayari pada 26 Januari, 2015,
http://www.ukm.my/jpbm/pdf/17-30.%20Suzana%20&20Jamil.pdf
5

Joaness Anak Bickson Naggar, ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi, 35 minit, , melalui perbualan telefon di rumah,
28 Februari 2015
6

Nancy Anak Guyang. Ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi. 55 minit, , melalui perbualan telefon di rumah, 18
Februari 2015
7

Nancy Anak Guyang. Ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi. 55 minit, , melalui perbualan telefon di rumah, 18
Februari 2015
8

How the teaching of critical thinking can be applied to the different ESL Methods. Tripod, dilayari 24
2015 http://mtdp2.tripod.com/ccts.html

Februari,

Nancy Anak Guyang. Ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi. 55 minit, melalui perbualan telefon di rumah, 18
Februari 2015
10

Segaran A/L Shanmugam. Penggunaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran

Dalam Bilik Darjah Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. tesis, Universiti Putra
Malaysia, Mac 1999.
11

Nancy Anak Guyang. Ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi. 55 minit, , melalui perbualan telefon di rumah, 18
Februari 2015
12

Nota Pep.Kaedah Bahasa Melayu Pemuka Penulis Berkelana. Dilayari pada 28 Februari 2015

http://mahalimahat.blogspot.com/2009/06/nota-pepkeadah-bahasa-melayu.html
13

Siti Nordiana Binti Yusup. Ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi. 20 minit, , melalui perbualan telefon di rumah, 27
Februari 2015
14

Joaness Anak Bickson Naggar, ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi, 35 minit, melalui perbualan telefon di
rumah, 28 Februari 2015
15

Kementerian pelajaran Malaysia,bahagian pembangunan kurikulum kurikulum standard sekolah rendah

16

Kamus Dewan Edisi Keempat(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 1178 peranan

17

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan kreatif Tripod, di layari 24

Februari, 2015 http://mahirkbkk.tripod.com/

18

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, (Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, 2001).2
19

Siti Nordiana Binti Yusup, ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi, 50 minit, melalui perbualan telefon di rumah,
17 Februari 2015

20

Joaness Anak Bickson Naggar, ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi, 35 minit, melalui perbualan telefon di
rumah,28 Februari 2015
21

Kamus Dewan Edisi Keempat(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 1729 menulis

22

Nancy Anak Guyang. Ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi. 55 minit, melalui perbualan telefon di rumah, 18
Februari 2015
23

Siti Nordiana Binti Yusup. Ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi. 20 minit, melalui perbualan telefon di rumah,
27 Februari 2015
24

Joaness Anak Bickson Naggar, ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi, 35 minit, melalui perbualan telefon di
rumah 28 Februari 2015,
25

26

Definisi Pengetahuan alhassanain.com. Dilayari pada 6 Mac 2015, http://www.alhassanain.com/

Nancy Anak Guyang. Ditemubual oleh Mohd Asyraf Bin Kushairi. 55 minit, melalui perbualan telefon di rumah, 18
Februari 2015.

Anda mungkin juga menyukai