Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN PENYELIDIKAN

TEMA 3: SEJARAH TEMPAT


TAJUK: SEJARAH ASAL USUL PERKEMBANGAN EKONOMI DAN SOSIAL DI PEKAN
BEAUFORT DARI TAHUN 1946 HINGGA TAHUN 1963
(MOHD AFIFF BIN AG ZAINUDIN@DIDIN, 971211-12-6079, SEO120/1025)

PENGENALAN
Panggilan nama kepada daerah Beaufort ini adalah mengambil sempena nama seorang Pegawai
tertinggi British North Borneo yang menjadi salah seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk
Borneo Utara pada masa itu yang bernama L.P. Beaufort. Daerah Beaufort pada awalnya telah
diterokai pada tahun 1898. Pengkaji berminat untuk mengkaji tempat ini kerana ingin
mengetahui tentang asal usul dari mana datangnya nama serta perkembangan sosial dari segi
infrastruktur dan pendidikan serta perkembangan ekonomi dalam bidang pertanian dan
perniagaan dari tahun 1946 hingga 1963.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi dua tujuan iaitu mengkaji dan mengetahui dengan lebih
lanjut tentang asal usul nama pekan Beaufort dan perkembangan pekan tersebut dari segi sosial
dan ekonomi dari tahun 1946 hingga 1963.

PERMASALHAN KAJIAN
Terdapat dua persoalan yang timbul dalam mengenal pasti permasalahan kajian ini. Persoalan
yang utama adalah tentang asal usul nama pekan Beaufort. Hal ini berlaku kerana terdapat
segelintir masyarakat kurang mengetahui asal usul pekan mereka sendiri. Persoalan yang kedua
pula, bagaiamana berlakunya perkembangan sosial dan ekonomi di pekan tersebut?

SKOP KAJIAN
Pengkaji akan mengkaji asal usul dan perkembangan pekan Beaufort dari tahun 1946 iaitu pada
tahun pembangunan pekan tersebut sehingga pada tahun 1963 di mana perkembangan sosial dari
segi pendidikan dan infrastruktur. Manakala, ekonomi, di pekan tersebut semakin menunjukkan
peningkatan yang memberangsangkan, dari segi pertanian dan perniagaan.

SOROTAN KAJIAN LEPAS


Berdasarkan daripada maklumat dan kajian yang dilakukan mengenai sorotan kajian lepas,
terdapat beberapa buah buku yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih antaranya:
1. HARYATI BINTI MAGINRI, SEJARAH DAERAH BEAUFORT, 1946-1963

KAEDAH KAJIAN
Kaedah Kepustakaan
Pengkaji telah pergi ke PERPUSTAKAAN SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI Malaysia
Sabah untuk membuat rujukan kajian tentang sesuatu tempat.
Kaedah Temu Bual
Pengkaji akan menemu bual beberapa orang penting dan majlis daerah di Pekan Beaufort yang
lebih mengetahui tentang perkembangan pekan tersebut.
Kaedah Lapangan
Pengkaji akan meninjau sekitar kawasan pekan Beaufort untuk mengetahui pekan tersebut dalam
keadaan semasa.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI


Struktur esei ini terbahagi kepada tiga iaitu:
Pengenalan
Bahagian ini menjelaskan tentang pekan Beaufort.
Badan Esei
Bahagian ini menjelaskan tentang asal usul, perkembangan sosial dan ekonomi di pekan
Beaufort. Penjelasan yang lebih mendalam tentang perkembangan sosial dari segi pendidikan
dan infrastruktur serta perkembangan ekonomi dari segi pertanian dan perdagangan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam tentang asal usul
dan perkembangan pekan tersebut.
Penutup
Secara kesimpulannya, setiap tempat mempunyai sejarah yang tersendiri tetapi berbeza daripada
kepelbagaian aspek seperti asal usul dan perkembangannya.
BIBIOGRAFI
1. HARYATI BINTI MAGINRI, SEJARAH DAERAH BEAUFORT, 1946-1963.

Anda mungkin juga menyukai