Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010,2005), semangat bermaksud roh yang
terdapat dalam segala makhluk. Kejiranan pula bermaksud hubungan dengan jiran atau
hidup sebagai jiran menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010,2005). Selain itu,
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010, 2005) juga telah menyatakan bahawa aktiviti
bermaksud sesuatu kegiatan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2016),
kemasyarakatan bermaksud hal-hal mengenai masyarakat.
Menurut Dato' Dr Fadzillah Kamsah pula, jiran merupakan orang yang tinggal di
sekeliling rumah kita sama ada di depan, belakang, kiri ataupun kanan dan merupakan
orang pertama yang membantu ketika kita berada dalam kesusahan. Berdasarkan
pendapat tokoh di atas, terang lagi bersuluh bahawa betapa pentingnya semangat
kejiranan dalam kehidupan seharian kita terutamanya di nusa tercinta kita yang
mempunyai anak watan yang berbilang kaum. Pada zaman dahulu , hubungan sesama
jiran sangat rapat bagai isi dengan kuku dan hidup sanda-menyandar seperti aur dengan
tebing. Kini, hubungan sesama jiran semakin renggang disebabkan oleh beberapa faktor.
Semangat kejiranan boleh dipupuk melalui beberapa aspek. Menurut kata mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, “Melalui amalan rumah terbuka, kita
dapat berkenalan dan menghilangkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain, sekali
gus membolehkan kita menumpukan usaha untuk menjayakan matlamat untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020”. Ayat tersebut
menunjukkan bahawa amalan rumah terbuka merupakan antara aktiviti terkenal bagi
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.
Oleh itu, saya ingin membuktikan bahawa semangat kejiranan juga dapat dipupuk
melalui aktiviti kemasyarakatan. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong dapatlah bukan sahaja memupuk lagi semangat
kejiranan tetapi juga dapat menyemai nilai kerjasama dan nilai bantu-membantu dalam
sanubari masyarakat, terutamanya golongan muda. Memang tidak dapat dinafikan lagi,
aktiviti kemasyarakatan seperti pelaksanaan Rukun Tetangga dapat melahirkan individu
yang bertanggungjawab seterusnya mampu membentuk masyarakat yang berjiwa murni
selain memupuk semangat kejiranan. Hal ini dikatakan demikian kerana pula apabila
seseorang itu menjadi ahli Rukun Tetangga, dia juga boleh mengetahui jiran-jirannya lain
yang hidup di taman perumahan yang sama bukan sahaja jirannya yang berada di sisinya.
Selain itu, saya juga ingin mengetahui antara sebab aktiviti kemasyarakatan yang
dianjurkan mendapat sokongan yang kurang memuaskan daripada penduduk-penduduk di
sesebuah taman perumahan. Pada pandangan saya, salah satu cabaran utama ialah
pembangunan pesat teknologi pada era modenisasi ini. Hal ini dikatakan demikian kerana
teknologi yang maju ini telah memperkenalkan banyak aplikasi hiburan sama ada media
sosial atau permainan telefon kepada masyarakat seperti Instagram, Facebook, Mobile
Legends dan lain-lain. Ini telah menyebabkan ramai orang untuk menghabiskan masa
dengan asyik merenung telefon mereka. Menurut laman web ‘Free Malaysia Today’,
sesebuah kajian yang dibuat pada Julai 2022 telah menunjukkan jumlah masa yang
dihabiskan oleh manusia global di Internet. Dalam kajian ini dinyatakan bahawa
Malaysia berada di tempat keenam dalam senarai 10 teratas negara yang paling banyak
menghabiskan masa di Internet setiap hari dengan purata 9 jam dan 4 minit. Menurut
kajian itu, Internet telah digunakan oleh masyarakat global bagi rangkaian sosial dengan
peratus 95.2%. Oleh itu, terangnya bahawa rakyat tidak mempunyai masa untuk
melibatkan diri dalam aktiviti yang berguna seperti aktiviti kemasyarakatan yang dapat
memanfaatkan bukan sahaja dirinya sendiri tetapi orang ramai juga serta mereka tidak
menyedar bahawa masa itu emas.
Tambahan pula, sibuk bekerja juga merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh
rakyat pada masa ini. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang itu haruslah
mempunyai minimum 2 pekerjaan kalau ingin menjalani kehidupan yang selesa pada
zaman ini. Ini kerana, kadang-kadang walaupun kedua-dua ibu bapa bekerja di sebuah
keluarga, ia masih tidak mencukupi untuk hidup dengan selesa kerana kos hidup telah
menjunam sejak kebelakangan ini. Natijahnya, mereka tidak mempunyai masa yang
mencukupi sekali lagi untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan. Perkara
yang dinyatakan di atas merupakan pendapat saya. Oleh hal yang demikian, saya ingin
mengkaji isu-isu ini di sesebuah taman perumahan, iaitu Taman Bukit Indah, Iskandar
Puteri.
Bukit Indah merupakan sebuah perbandaran di Iskandar Puteri, Daerah Johor
Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini mempunyai penduduk kira-kira 60,000. Kini,
terdapat hampir 15,000 buah rumah yang dibina untuk menampung bilangan penduduk
yang banyak di Taman Bukit Indah. Selain itu, pusat beli-belah seperti Æon Bukit Indah,
TF Value Mart dan Lotus Supermarket telah dibina di sini demi kemudahan penduduk.
Bukit Indah juga semakin mendapat reputasi sebagai pusat komersial daerah Johor barat
baru-baru ini. Kini, 71% penduduk Cina, 10% penduduk Melayu dan 19% penduduk
India tinggal di taman Bukit Indah. Bukit Indah telah dilancarkan pada tahun 1997.
Pengasas SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin telah merancang dan membeli 900 ekar tanah
daripada UEM Land pada tahun 1997 sebelum dimajukan menjadi sebuah taman
perumahan terancang. Menjelang tahun 2000, SP Setia telah membeli lagi tanah sebesar
300 ekar untuk tujuan pemajuan. Tanah tersebut telah dimajukan menjadi Taman Bukit
Indah 2 yang dikenali kini. Taman Bukit Indah telah memenangi Anugerah Landscape
Negeri Johor 2001, Pertandingan Landskap Negara pada tahun 2001 dan Anugerah
Landskap Negara Terbaik pada tahun 2005.
Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian
hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”. Ini menunjukkan bahawa
walaupun jarak dari rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, tetap dikira sebagai jiran
tetangga. Dengan itu, setiap individu perlu memelihara hak-hak jiran demi memenuhi
tuntutan agama, selain menjaga hubungan silaturahim dan ketenteraman sejagat. Oleh itu,
kita haruslah hidup bersatu padu dengan jiran kita dengan semangat kejiranan. Saya
berharap kerja kursus Pengajian Am saya ini semoga dapat memupuk lagi semangat
kejiranan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Anda mungkin juga menyukai