Anda di halaman 1dari 37

USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG

Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini
menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan
yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang
berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk
menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum
habis.

Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah
setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan
ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut.
Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100
peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60
perataus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita
dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat
mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat
mengurangkan kenaikan harga barang.

Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan


keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan
keperluan yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak
diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga
hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan
perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan
keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di


pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat
hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu,
iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah
membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak
munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging
tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan
dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang
menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan.
Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara
mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai
contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka
hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di
mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk
mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan
harga minyak.
Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh
itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Semua rakyat Malaysia
mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama-sama
dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai
pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak
yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di
hujung tanduk ini.

Pendahuluan:
- Harga barang akan meningkat setiap tahun, terutamanya menjelang musim
perayaan
- Disebabkan oleh permintaan masyarakat yang melebihi penawaran di pasaran
- Masalah ini juga disebabkan oleh sikap tamak peniaga yang mahu menghisap
darah dan menjadi 'lintah darat'
- Keadaan ini sebenarnya telah menekan golongan miskin yang hidup mereka
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
- Pelbagai langkah berkesan boleh dilaksanakan untuk membendung masalah
tersebut

1. Penguatkuasaan undang-undang
- Menggesa peniaga mempamerkan tanda harga bagi mengelakkan pengguna
tertipu
- Menetapkan harga barangan kawalan seperti gula, tepung gandum, dan minyak
masak
- Begitu juga peniaga yang menyorok barangan untuk menangguk di air keruh
- Mengenakan denda dan hukuman penjara kepada peniaga yang ingkar dan
didapati bersalah
- Pemantauan berkala oleh pihak berkuasa dari kedai ke kedai sangat
musatahak
- Masyarakat perlu melaporkan penyelewengan yang dilakukan oleh peniaga
yang enggan mematuhi gesaan kerajaan

2. Penerapan amalan berjimat cermat


- Harga barangan perlu dibandingkan antara satu tempat dengan tempat yang
lain
- Biasanya, membeli di pasar raya lebih menjimatkan kerana harganya jauh lebih
murah berbanding kedai biasa
- Menyarankan pengguna berbelanja di tempat yang mempunyai sijil
pengiktirafan Kedai Harga Patut
- Membeli barang yang perlu dan mengikut keutamaan kerana beringat sebelum
kena, berjimat sebelum habis
- Menggunakan barangan lama dan terpakai, misalnya baju, perabot dan langsir

3. Kempen yang berkesan


- Kempen Inflasi Sifar
- Inflasi bermaksud situasi kenaikan harga yang berlaku secara berterusan
- Harga barang akan menaik apabila pengguna terus-menerus meminta barang
tersebut
- Peranan pengguna amat penting bagi mengelakkan harga barang terus
meningkat
- Digalakkan membuat senarai barangan sebelum ke kedai atau pasar raya bagi
membolehkan penggunan membeli barang yang diperlukan sahaja
- Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang diperkenalkan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna
perlu dilakukan secara ke bukit sama didaki, ke lembah sama dituruni, ke laut
sama direnangi
- Kempen menanam sayur-sayuran di rumah seperti cili, sawi, kangkung, dan
tomato menggunakan kaedah hidroponik mengurangkan import sayur-sayuran
- Kempen perlu dilakukan secara menyeluruh menggunakan media massa seperti
akhbar, televisyen, radio dan internet

4. Pengeluaran mengikut unjuran permintaan


- Pengeluaran barangan perlulah sering dengan permintaan pengguna
- Jumlah barangan utama dan keperluan pengguna perlu ditambah khususnya
menjelang musim perayaan
- Kerajaan perlu mengkaji dan menganalisis unjuran permintaan masyarakat
saban tahun untuk dijangkakan penggunaan pada masa hadapan
- Produktiviti perlu dilipatgandakan bagi menampung kekurangan yang ada
- Pemberian subsidi kepada pengeluar dapat membantu pengeluaran yang
mencukupi untuk menampung permintaan rakyat yang semakin bertambah

5. Penggunaan wang tunai


- Menggalakkan penggunaan wang tunai berbanding membayar menggunakan
kad kredit
- Menggunakan wang tunai menyebabkan pengguna terasa kehilangannya
- Menggunakan kad kredit, pengaliran wang tidak nampak dan menyebabkan
pengguna lebih cenderung berbelanja secara berlebih-lebihan boleh
membesarkan kerak nasi membawa implikasi negatif kepada diri sendiri
- Cara ini lebih berkesan bagi membantu mengurangkan kesan inflasi kepada
golongan sederhana dan miskin kerana berat mata memandang, berat lagi bahu
memikulnya
- Pengurusan kewangan secara berhemah amat diperlukan terutamanya
menjelang musim perayaan

Kesimpulan
- Kenaikan harga barangan bukanlah satu isu yang baru kerana saban tahun
negara akan menghadapinya
- Peniaga usah terlalu mengaut keuntungan sehingga menekan pengguna
- Pengguna pula perlu bijak menguruskan perbelanjaan dan jangan terlalu
menurut nafsu
- Kerajaan perlu bertindak dengan bijaksana dalam membendung masalah ini
ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak
- Masalah ini pasti dapat dibendung sekiranya semua pihak memainkan peranan
masing-masing dan tidak melaksanakannya sekadar melepaskan batuk di
tangga
1)kehidupan golongan yang berpendapatan rendah

Kenaikan harga barangan telah memberikan kesan kepada semua orang.


Antaranya ialah masalah ini akan menyebabkan kehidupan golongan yang
berpendapatan rendah semakin terhimpit. Hal ini berlaku demikian kerana kuasa
beli mereka semakin berkurangan dan pendapatan mereka menjadi semakin
berkurangan. Contohnya, barang-barang keperluan dapur semakin meningkat
dan dianggarkan meningkat dalam lingkungan 20 hingga 50 peratus daripada
harga yang sebelumnya. Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan kesan
kepada mereka kerana pendapatan mereka sebelum ini hanya cukup untuk
makan. Oleh itu, masyarakat perlu berbelanja dengan bijak dan mengurangkan
perbelanjaan yang tidak perlu.

2) Sosioekonomi

Kesan sosioekonomi sememangnya teruk seperti yang pernah kita saksikan dan
alami sebelum ini. Kegiatan mengambil untung berleluasa dan pengguna
menjadi mangsa eksploitasi peniaga. Peniaga dan badan korporat menggunakan
kesempatan ini untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Pihak yang
tidak mahu memikul beban kenaikan akan memindahkan lebihan kos kepada
pihak lain, sama ada pembekal atau peruncit dan mangsanya ialah pengguna.
Selain itu, terdapat juga peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga
barang dengan sesuka hati. Sikap tidak bertanggungjawab ini mambawa kesan
negatif kepada sosioekonomi dan menyekat kemajuan ekonomi negara. Peranan
penting orang tengah dalam rangkaian makanan di mana mereka menentukan
harga dan bekalan barang makanan yang dijual di pasaran. Orang tengah berada
dalam kedudukan selesa kerana mereka menjana keuntungan besar daripada
pihak pengeluar dan pihak pengguna. Rantaian kenaikan berkenaan
menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik yang mana menjadi
bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini melibatkan kos
pembuatan dan pemprosesan. Keadaan yang meruncing dan mendadak akan
menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk menghadapinya terutamanya
bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan pengusaha
kecil. Fenomena ini akan dianggap suatu yang amat membebankan.

3) Sumber bahan bakar tinggi

Selain kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat,


terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini.
Antaranya ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi
terhadap kenaikan minyak. Kos perkhidmatan yang membebankan juga akan
bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan
bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa
menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai
yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran
yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak
premis berkenaan. Bagi mengurangkan bebanan ini, peniaga terpaksa
menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini
terpaksa dihadapi oleh pengguna. Dalam keadaan sekarang, masyarakat perlu
mengambil pendekatan berhemah untuk menguruskan kewangan mereka.

4) Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan

Peningkatan harga minyak yang tinggi tersebut akan memberi kesan kepada
kenaikan harga barang, terutama harga barang makanan. Bahan makanan, sama
ada dalam bentuk mentah, separa proses atau siap diproses perlu diangkut dari
tempat pengeluaran atau pemprosesan kepada tempat pemasaran. Kenaikan kos
pengangkutan dan kos pemprosesan sudah tentu akan dipindahkan kepada
pengguna dengan menaikkan harga barang akhir barang yang diangkut.
Kerajaan boleh campur tangan dengan mengumumkan Dasar Kawalan Harga
barangan tetapi dari segi ekonomi, dasar campur tangan tersebut akan
membawa kepada herotan ekonomi dan memberi lebih banyak keburukan.
Orang ramai masih gemar memandu kenderaan sendiri daripada menggunakan
pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan penggunaan bahan api terus
meningkat. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan pengguna atas
pilihan tersebut. Jika mutu perkhidmatan awam baik bas, teksi dan kemudahan
LRT dan komuter masih kurang memenuhi kehendak dan permintaan rakyat. Kita
tidak boleh membandingkan dengan negara lain sekiranya ingin menggalakkan
pengguna menggunakan pengangkutan awam. Contohnya, sistem pengangkutan
awam di Singapura adalah cekap dan lengkap. Oleh itu, kenaikan harga barang
memberikan impak yang sangat besar kepada kuasa beli masyarakat

PERANAN KELUARGA MEMBENTUK


SAHSIAH ANAK-ANAK

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan


universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor
pertama bagi mereka . Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan
setiap ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak . Anak-anak merupakan anugerah dan amanah
Tuhan yang tidak ternilai . Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah
tangga yang aman dan damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila
ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak
mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan
warna pada kain tersebut. Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya
ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak ? Pada pendapat
saya,jawapannya sudah pasti tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh
keluarga terutama seorang insan yang bergelar ketua keluarga amat penting dan
pelbagai dalam melahirkan sahsiah terbilang dalam kalangan anak-anak mereka.

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan


sahsiah anak-anak dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam
diri anak-anak . Pepatah sering menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari
rebungnya . Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan agama perlu
diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak dapat membuka
minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif .
Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara
baik dan buruk perlakuan yang akan dilakukan . Selain itu , anak-anak juga akan
membesar dengan perpandukan ajaran agama . Didikan agama yang sempurna
merupakan benteng yang ampuh untuk mengelakkan anak-anak terjebak dalam
kancah gejala sosial. Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang
mementingkan didikan agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan
akhlaknya . Sebagai contoh , jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan
agama yang kuat, anak-anak mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik
kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah bahawa
pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah
anak-anak.

Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri
teladan kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah
yang baik . Hal ini demikian kerana anak-anak yang berusia setahun jagung
memang mudah mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih
dewasa daripadanya. Dengan erti kata lain, sekiranya ahli keluarga yang lebih
tua memiliki sahsiah yang baik, sudah tentu perbuatan ini dapat dicontohi oleh
anak-anak kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . Sebagai contohnya , jika ahli keluarga yang
lebih dewasa rajin membaca , sudah pasti anak-anak yang terdidik dalam
suasana demikian akan mencontohi perbuatan ahli keluarga yang gemar
membaca. Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa kalau asal benih
yang baik jatuh ke laut menjadi pulau , terlontar ke udara menjadi kejora,
dicampak ke bumi menjadi penawar. Pernyataan di atas jelas menunjukkan
betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam
pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang
boleh dicontohi anak-anak . Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan
anak-anak di peringkat awal. Sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik ,
maka akan baik dan eloklah pembentukan akhlak anak-anak. Anak anak yang
sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan sesekali cuba
melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang atau menjatuhkan maruah
keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan
sahsiah anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling
bekerjasama dan berkasih sayang bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah
mulia . Dalam hal ini , ibu bapa perlulah memberikan sepenuh kasih sayang
kepada diri anak-anak bagai menatang minyak yang penuh agar anak-anak tahu
menghargai hidup untuk saling berkasih sayang . Ibu bapa perlu meletakkan
panggilan manja untuk anak-anak seperti panggilan Kak Long atau Abang Long
bagi anak sulung dan Kak Ngah atau Abang Ngah bagi anak kedua supaya
kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga tidak luput. Budaya terima
kasih juga perlu diajarkan kepada anak-anak supaya wujud rasa penghargaan
terhadap orang lain setiap kali menerima bantuan. Ibu bapa juga hendaklah
melatih anak-anak bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara dan kerja
rumah agar anak-anak membesar dalam suasana yang saling bekerjasama .
Perbuatan seperti ini akan terbawa-bawa apabila anak-anak sudah dewasa dan
mempunyai keluarga sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang berperanan untuk
mewujudkan kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga akan
dapat melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.

Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana


dan bertanggungjawab . Ibu bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah
supaya anak-anak lebih bertanggungjawab. Anak-anak perlu diajar tentang
pengurusan diri seperti membasuh baju, menggosok pakaian dan menyimpan
baju dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar supaya bersifat sederhana dan
bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di rumah mereka . Hal ini amat
penting untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa yang
dimiliki . Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri anak-anak di
rumah agar anak-anak dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat cermat dan
tidak boros dalam berbelanja . Anak-anak yang sudah diterapkan dengan hidup
yang sederhana akan membesar sebagai seorang yang sederhana sikapnya ,
tidak sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu perkara. Anak-anak juga
melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa
balasan. Hal ini penting bagi melahirkan generasi masa depan yang
berpandangan jauh. Tegasnya , pembentukan sahsiah anak-anak yang baik
dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara hidup
yang sederhana dan bertanggungjawab .

Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri
anak-anak khususnya anak-anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini ,
ibu bapa perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka serta
mengetahui latar belakang rakan sebaya anak-anak. Pergaulan anak-anak
dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar terhadap masa depan
anak-anak kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam
segala tindakan atau kelakuannya kerana mereka mempunyai prinsip, nilai dan
identiti yang hampir sama. Ibu bapa tidak wajar memberi kebebasan yang
sepenuhnya kepada anak-anak . Hal ini demikian kerana anak-anak yang diberi
kebebasan penuh oleh ibu bapa dibimbangi akan terjebak dengan perbuatan
tidak bermoral yang boleh menconteng arang di muka keluarga . Oleh itu , ibu
bapa perlulah mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap anak-anak pada
setiap masa agar ibu bapa boleh bertindak lebih awal, bak kata pepatah ,
beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis. Ibu bapa perlulah mengambil
berat dengan siapa anak mereka berkawan atau bersahabat dan mengetahui
tujuan anak keluar rumah dan balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu bapa
bertindak awal , sudah pasti masa hadapan anak-anak dapat diselamatkan.
Jelasnya , ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak-geri anak-anak
agar dapat melahirkan anak yang berperibadi mulia .

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa ibu


bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-
anak . Untuk melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik , ibu bapa perlulah
menyedari akan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak menjadi
insan yang mulia . Setiap ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka
dengan pengetahuan dan ilmu keibubapaan . Hal ini penting kerana
pembentukan sahsiah anak-anak harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri .
Ibu bapa harus membetulkan diri mereka terlebih dahulu agar anak-anak dapat
mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka kerana mereka
merupakan role model bagi anak-anak. Tegasnya, rumah tangga merupakan
kebun yang subur untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur dan bersahsiah
mulia. Rumahku, Syurgaku
Anak-anak ataupun digelar sebagai remaja ini mampu membangunkan sesebuah
negara jika mereka mempunyai sahsiah yang mulia dalam diri mereka. Perkara
ini sering menjadi bahan perbincangan dalam kalangan ibu bapa dan pemimpin
negara. Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan
malang terpapar di dada-dada akhbar malah sering kita terdengar di corong-
corong radio. Acapkali kita tersentak dengan masalah kebejatan akhlak remaja
yang berlaku di negara kita. Ada yang sanggup merogol remaja wanita kerana
perasaan cemburu butanya sehingga remaja malang tersebut meninggal dunia
akibat dikelar oleh manusia yang bersifat kebinatangan ini. Isu-isu seumpama ini
sudah tentu akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut
mencemarkan imej negara di mata dunia. Masalah ini tidak seharusnya
dipandang enteng. Langkah-langkah pencegahan perlu diambil demi
kesejahteraan hidup sejagat dan menjamin pembangunan negara. Oleh itu,
semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing kerana bertepuk
sebelah tangan takkan berbunyi.

Salah peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa adalah dengan menjadi
suri teladan kepada anak-anak kerana ibu bapa yang mencerminkan sahsiah
peribadi anak-anak. Seseorang ibu bapa itu haruslah menunjukkan sikap yang
positif kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah bertutur dengan
bahasa yang sopan, tidak bergaduh antara suami isteri di hadapan anak-anak,
tidak merokok di hadapan anak-anak dan sebagainya. Dengan berbuat demikian,
anak-anak pasti akan mengikut dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri
teladan kepada mereka. Hal ini persis dengan kata pepatah, bagaimana acuan,
begitulah kuihnya yang membawa maksud seseorang anak akan meniru
perangai dan kelakuan ibu bapa mereka. Dengan ini, usaha untuk merealisasikan
pembangunan negara dapat dijayakan dengan lahirnya remaja yang bersahsiah
mulia. Tegasnya, sahsiah mulia anak-anak dapat dibentuk melalui sahsiah ibu
bapa. Jika ibu bapa itu bersikap baik anak-anak juga akan menjadi baik,
manakala jika ibu bapa itu bersikap buruk, anak-anak juga akan turut bersikap
buruk.

Selain itu, ibu bapa juga dapat memainkan peranan mereka dengan memberikan
dirikan agama yang mantap kepada golongan remaja. Allahyarham Tan Sri P.
Ramli ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika
dipisahkan maka pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep
remaja dan didikan agama. Mereka akan pincang sekiranya ibu bapa
memandang enteng dalam soal memberikan didikan agama kepada remaja.
Pembentukan sahsiah remaja ini akan telus dan lancar jika mereka diberi didikan
agama yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan didikan
agama yang utuh, anak-anak akan dapat membezakan antara intan dengan
kaca, antara batu dengan permata serta mampu untuk menangkis segala
hasutan manusia yang bertopengkan syaitan. Sebagai contoh, remaja akan
sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan bertindak mengikut hukum syariat
Islam mahupun mengikut kefahaman agama masing-masing tanpa paksaan atau
menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes pembuangan
bayi. Sekiranya remaja memiliki nilai kegamaan yang teguh maka teguhlah
pembangunan sesebuah negara itu. Jelaslah bahawa suntikan didikan agama ke
dalam jiwa setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan melahirkan
remaja yang bersikap negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang
nakhoda, karam di tengah laut.

Jika dilihat dari dimensi yang berbeza, pihak kerajaan juga berperanan
dengan mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini
boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk
mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Kempen seperti Kami
Prihatin dan Budi Bahasa Budaya Kita haruslah dilakukan secara berterusan
dan janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana akan menyebabkan
kerugian kepada negara kita sendiri. Kempen yang dirangka dengan baik dan
dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran
dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahaga
akan kesedaran sejati itu. Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen
kesedaran kepada masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar
besar yang sedang mengalami proses pembangunan ekonomi. Jika inisiatif untuk
memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak dilakukan oleh pihak
kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia
modenisasi ini. Oleh itu, peranan pihak kerajaan untuk mengadakan kempen ini
dapat memastikan golongan yang disandarkan harapan pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara ini akan terus dibasahi sahsiah-sahsiah yang mulia
segali gus dapat membangunkan negara pada masa hadapan.

Seperkara lagi, guru juga memainkan peranan yang penting dalam usaha
melahirkan remaja yang bersahsiah mulia untuk membangunkan negara.
Kebanyakan remaja kita merupakan golongan pelajar. Mereka banyak
menghabiskan masa di sekolah selain di rumah. Guru juga merupakan ibu bapa
mereka di sekolah. Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan guru mampu membentuk
sahsiah seseorang remaja itu. Guru perlu mengajar murid tentang kepentingan
bersahsiah mulia. Guru tidak seharusnya leka dalam menjalankan obligasi
mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap ajaran guru akan melekat
dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
Sehubungan dengan itu, guru perlu menitikberatkan aspek pembentukan insan
yang kamil dan holistik di dalam kelas di samping menekankan kepentingan
berperibadi mulia untuk membangunkan negara. Mata pelajaran Pendidikan
Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu diajar oleh guru-guru dengan pengisian
aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya objektif yang
dirancang tidak tersasar. Izharlah bahawa peranan yang dijalankan dengan
penuh istiqamah ini sudah pasti dapat melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.
Bukan itu sahaja, sebagai anggota masyarakat, kitajuga tidak harus mengambil
langkahlepas tangan untuk memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah
remaja yang syumul. Kita seharusnya peka terhadap keruntuhan akhlak yang
berlaku seperti gejala lepak, ponteng, penagihan dadah yang dilakukan oleh
remaja kita. Ada masanya kita harus menjaga tepi kain orang dalam usaha
untuk mewujudkan golongan remaja yang lebih baik seperti menegur tingkah
laku yang kurang memuaskan serta melaporkan gejala sosial yang serius kepada
pihak yang sepatutnya agar hal ini tidak menjadi kudis yang seterusnya
bernanah dalam masyarakat kita. Sifat ambil peduli masyarakat merupakan
penawar kepada masyarakat yang mendokong nilai-nilai murni. Seterusnya,
usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua, menjaga
kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi antara
kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh
budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering
berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal
seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Ringkasnya, dengan adanya
sokongan dan kerjasama daripada pihak komuniti maka golongan remaja kita
dapat membangunkan negara sekiranya mereka memiliki sahsiah yang mulia.

Sebagai intihanya, bayang kian jelas bahawa semua pihak berwajib perlulah
memikul dan melaksanakan obligasi masing-masing dengan sempurna. Hal ini
kerana usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa
hasil, seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. Kerjasama dan usaha bersungguh-sungguh perlulah dilakukan secara
bersungguh-sungguh, bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
Tanpa kerjasama yang menyeluruh, usaha untuk melahirkan remaja yang
bersahsiah mulia akan menjadi sia-sia seperti membuang garam ke laut. Oleh
itu, setiap lapisan rakyat perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan
mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama
dijinjinguntuk membangunkan negara. Sesungguhnya, kita mampu untuk
melakukannya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pelbagai pihak
perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Ayuh, singkirkan semua
bicara, kumpulkan tenaga raksasa, tiba saat berbunga merah, serentak kita
bersama ke arah masyarakat yang mendokong nilai-nilai murni.

Seterusnya, media massa dilihat sebagai medium paling berpengaruh dalam


kehidupan remaja pada masa ini. Media massa haruslah memainkan
tanggungjawab sosial dan tidak mengejar keuntungan semata-mata bagi
membantu kejayaan proses pembentukan remaja yang bersahsiah mulia.
Program-program yang disiarkan di media massa seharusnya boleh membantu
meningkatkan jati diri remaja. Budaya hedonisme yang menggugat ketekalan
remaja untuk menjadi insan yang berkualiti seharusnya tidak disiarkan di media
massa kerana boleh menyebabkan remaja mengalami krisis identiti dan ketirisan
masa untuk menimba ilmu. Hal ini kerana media massa dan jaringan Internet
dalam dunia tanpa sempadan membolehkan maklumat boleh diakses di hujung
jari. Jiwa remaja yang masih hijau mudah terpengaruh, tewas dan tenggelam
dalam dunia khayalan yang boleh menjejaskan potensi remaja untuk turut sama
menyumbang kepada kemajuan negara pada masa akan datang. Media massa
seharusnya menjadi entiti yang dapat menyuburkan budaya positif dan mampu
menyuburkan daya inteligensia anak remaja dengan kemampuan untuk berfikir
secara kritis dan menjadi lebih inovatif sekali gus mampu menjadikan cabaran
Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai pencipta teknologi dapat
direalisasikan. Oleh itu, media massa seharusnya menjadi instrumen kepada
pembentukan jiwa remaja yang bersahsiah mulia dan menggunakan potensi diri
untuk membantu mengangkasakan kehebatan Malaysia di persada antarabangsa
dan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju yang lain.
PUNCA MEMBENDENG KENAIKAN HARGA
BARANG

Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar, negara kita tidak
dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi, iaitu kenaikan harga barang
secara holistik. Senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat
jelata, terutama golongan yang berpendapat rendah yang terpaksa hidup bagai
kain basah kering di pinggang. Duri dalam daging ini perlu dicabut dalam
masyarakat kita sebelum parah, rusuhan akibat daripada inflasi yang berlaku di
luar negara harus menjadi iktibar di negara kita. Sebelum mengatur langkah
untuk menangani masalah ini, biarlah pihak berkuasa menyusuri punca-punca
kenaikan harga barang di negara kita.

Kata orang tua-tua, ada asap, ada api. Setiap kemusykilan pasti ada pangkal
pokoknya. Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi ialah kenaikan
harga minyak. Tidak dapat dinafikan bahawa harga minyak petroleum telah naik
secara drastik di pasaran antarabangsa, sehingga pernah mencecah US $144
setong pada tahun 2007. Hal ini memangkinkan kegiatan penyeludupan minyak
petrol dan diesel yang telah disubsidikan oleh kerajaan itu ke negara jiran kita.
Lantaran kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak petrol dan diesel untuk
mengurangkan beban kewangan. Penyeludup yang tamak telah menyebabkan
rakyat jelata mengalami penderitaan. Hal ini sama dengan peribahasa, orang
lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah. Kenaikan minyak yang
sebagai kos pengangkutan yang terutama akan memberikan kesan yang amat
besar kepada harga barangan. Walhasilnya, harga semua barangan turut naik
dengan serentak.

Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan


kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang
berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan. Sebagai contoh, ketika dilanda
musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi
pernah mencecah harga sebanyak RM8 sekilo manakala cili merah kini telah
mencecah harga RM15 sekilo sebagai harga runcit. Sejak beberapa tahun ini,
negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan
Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan
global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan
negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan
seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar
negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut
menjulang. Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang
makanan yang semakin mahal.

Tambahan pula, kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang
Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini. Sejak dilanda kegawatan
ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah terjunam. Peniaga
negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan
mata wang asing. Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga dengan
negara asing melalui US dolar. Walaupun harga barangan tertentu tidak
mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa
menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak
rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu, kita tetap perlu
membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat
dihasilkan di dalam negara kita sendiri, seperti tepung gandum.

Lebih-lebih lagi, ada peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang
jerat untuk meningkatkan harga barang. Demi meragut keuntungan yang
lumayan, terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan
menyorok barangan keperluan. Mereka enggan menjual barang keperluan di
pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna
bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang seperti cacing kepanasan akan
merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga
untuk menjual barang itu. Hal ini sering berlaku dalam masyarakat kita.
Barangan keperluan seperti beras, gula, dan tepung sering menjadi sasaran
kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang.

Kita semua sedar bahawa permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan
akan tercetusnya inflasi. Sehubungan dengan itu, pengguna kita juga perlu
bertanggungjawab dalam konteks ini. Rakyat Malaysia tidak memiliki kesedaran
tentang ilmu kepenggunaan. Mereka sering membeli-belah dengan berdasarkan
nafsu dan bukan berpaksikan keperluan. Sebagai contohnya, ketika musim
perayaan, penduduk Malaysia sering membeli barangan secara berlebihan
sehingga berboros kerana tidak dapat menghabiskannya. Tamsilnya, mereka
sering merebut daging ayam dan telur. Mereka membuat kuih-muih dan juadah
dengan terlalu banyak. Apabila permintaan di pasaran lebih banyak daripada
bekalan, harga barang naik secara drastik lagi. Siapakah yang menjadi
mangsa? Tepuk dada tanya selera. Kenapa perayaan tidak boleh diraikan secara
sederhana? Bukankah hubungan yang intim sekeluarga lebih penting daripada
menyediakan makanan yang melambak? Ingatlah peribahasa, Ingat sebelum
kena, jimat sebelum habis.

Untuk melepaskan diri daripada belenggu inflasi, pihak kerajaan, terutama


Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus bertindak
bijaksana seperti menarik rambut di dalam tepung untuk menangani masalah ini
daripada terus menular. Kerjasama pihak pengguna, peniaga dan prihatin pihak
berkuasa amat signifikan untuk meminimumkan inflasi sehingga mencapai inflasi
sifar. Hal ini memang selaras dengan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.
MASALAH (PUNCA)

1.PERMINTAAN PENGUNA YANG TINGGI TERHADAP SESUATU

- Disebabkan terlaluramai pembeli,penjual mengambil kesempatan dengan


menjual harga yang tinggi
-Pembeli sanggupmembeli sesuatudengan harga tinggikerana musimperayaan
hanyadisambut setahunsekali

2.TIDAK MERANCANG MASA PERBELANJAAN DENGAN BETUL


Disebabkan terlaluramai pembeli,penjual mengambilkesempatan
untukmenjualnya denganharga yang tinggi.
-Pembeli sanggupmembeli sesuatudengan harga tinggikerana musimperayaan
hanyadisambut setahunsekali

3.Sikap peniaga yangmementingkan keuntungan

-Sesetengah peniagasengaja menaikkanharga bekalan jualandengan


alasankekurangan bekalan
-Terdapat juga peniagayang menaikkanharga baranganmenjelang
musimperayaan denganalasan pembekal danpengimportmengenakan hargayang
tinggi
-Peniaga menyorokbarangan untukmendapatkankeuntungan .

PERANAN
1)Masyarakat perlulahmembuat persediaan awal

Masyarakat sepatutnyamembeli sesuatubarangan tersebut awalsebelum


menjelangmusim perayaan
Apabila sesuatu barangtersebut habis dijualsebelum menjelangmusim
perayaan, stokbaru akan di import. Olehitu, barangan tersebuttidak akan
berkurangandengan cepat
Tajuk : Harga barangan di pasaran semakin mahal darisemasa ke
semasa. Bincangkan punca-punca kenaikan hargabarangan tersebut.

Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada
hari ini. Iasudah lama berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan
sesebuah masyarakatitu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang
menyebabkan kenaikan harga barangini berlaku.

Salah satu punca kenaikan harga barang ialah bencana alam. Bagi negara-
negara yangmembekalkan hasil-hasil bumi mereka seperti beras, bawang, buah-
buahan dansebagainya terpaksa menaikan harga penjualan yang mendadak naik
khususnya apabila berlaku bencana alam seperti banjir, ribut petir, kemarau dan
sebagainya. Sebagai
contoh,apabila negara India dilanda banjir kilat harga bawang melonjak naik kera
na pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad dan tidak dapat dimiliki
oleh semua pengguna.

Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga tidak kurang memberikan impak
yang besar dalam kenaikan harga barangan. Ini kerana setiap produk yang diimp
ortmemerlukan kos bayaran minyak bagi perkhidmatan penghantaran. Apabila h
argaminyak melonjak naik secara drastik, secara tidak langsung ia
mempengaruhi harga barangan yang diimport tersebut apabila ia dipasarkan
kelak. Sebagai contoh, isu yang berlaku baru-baru ini, harga barangan banyak
melonjak naik secara mendadak akibatkenaikan harga minyak di pasaran dunia
yang mencecah dua hingga tiga kali gandadaripada harga biasa.

Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan


secara berlebihan. Ini juga salah satu punca harga barangan naik. Hal
ini berlaku keranakurangnya pantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap
syarikat-syarikat sertagedung-gedung perniagaan baik yang besar mahupun
perniagaan kecil di sesebuah negaratersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari
segi penguatkuasaan tersebut, tidak mustahilseseorang peniaga itu menaikan
harga barangan di kedainya untuk mengaut keuntunganyang lebih.

Walaupun banyak perkara yang mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut,


namunhal ini masih boleh diatasi dengan adanya penguatkuasaan undang-
undang yang ketatyang ditetapkan oleh Jabatan Ekonomi sesebuah negara
tersebut. Selain daripada itu, pihak kerajaan sewajarnya
memberikan subsidi kepada rakyatnya khususnya di negara-
negara miskin. Dengan hal-hal yang sedemikian, saya percaya bahawa ia sekura
ng-kurangnya boleh mengurangkan masalah kenaikan harga barangan yang
berlaku pada
KARANGAN PERANAN REMAJA
MEMBENTUK SAHSIAH
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna Pada keluarga, masyarakat jua negara Sebahagian
daripada lirik lagu Remaja persembahan kumpulan nasyid Unic saya petik untuk
menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu yang
menyuntik semanagat ini menyeru para remaja agar menggunakan masa
dengan sebaiknya dan mempunyai azam yang kuat demi memajukan diri
masing-masing . Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu
dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan
menjadi warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Hal ini
demikian kerana menurut Menteri Belia dan Sukan, Dato Ahmad Shabery Cheek,
belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama
ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan
sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan
antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-
dada akhbar seluruh negara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit
sebanyak mempengaruhi akidah remaja kita. Remaja yang rata-ratanya
mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan
untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah
ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat
mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk
pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang
unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri
dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing serta berfikiran kreatif dan
inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang
diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji Pemuda Harapan Bangsa,
Pemudi Tiang Negara kini dikaitkan dengan isu kenakalan. Perbuatan yang
melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada
usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi
akan datang bak kata pepatah, air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini
begitu hampir dengan saya memandangkan saya juga seorang insan yang
bergelar remaja justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah
diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara.
Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya
akan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu
yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada
ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan
pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan
rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein
(walaupun beliau tidak beragama Islam) yang menyatakan bahawa agama
tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat
bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang
yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak
akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Saya akan
mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami Al-Quran, mengkaji
hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak Rasulullah
yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu
pastinya akan menjadi sumber primer saya bagi membina pemahaman yang
kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji.
Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini
mampu memberi input yang berguna seperti memahami nilai yang perlu
dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari . Nilai-nilai seperti ketakwaan,
kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab semuanya memandu
diri saya membina peribadi mulia . Pengajaran daripada Al-Quran dan hadis
mampu merobah mana-mana perlakuan saya yang sebelum ini yang dianggap
bejat atau kurang memuaskan kepada perlakuan yang positif atau terpuji. Jikalau
saya tidak memahami kandungan Al-Quran ataupun hadis, saya akan berjumpa
dengan ustaz atau ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan
dengan agama yang suci ini. Saya akan meluangkan masa untuk pergi ke
perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan, suasananya
yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan
mendalami ilmu agama, saya yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang
terpuji kerana saya akan memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan
berkata-kata dan kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib
serta matang berlandaskan akhlak Nabi Muhammad saw. Jelasnya, saya akan
terhalang daripada menjadi penyumbang petanda yang tidak baik kepada
generasi akan datang.
Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah
dengan menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa
merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya
dilahirkan di muka bumi ini, saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh
mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya bermula dengan ibu
yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan
sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari
nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah
titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup
menjadi seperti Si Tanggang atau Si Malim Kundang yang merupakan anak
derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa dengan cara
mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang
terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak
akan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah
saya akan berbincang dengan cara yang paling baik atau bertatasusila bagi
menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa
buang yang keruh ambil yang jernih. Allah telah memberikan kedudukan tinggi
kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka.
Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23
yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara
menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu
bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka dan
menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan
mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak.
Ketaatan adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat
kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa
membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud : Sesiapa
yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Jelaslah
bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan saya individu yang mempunyai
sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-perkara
yang merosakkan moral.
Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan
adalah dengan menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta
sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya akan menghormati guru-guru
saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana mereka telah
bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan berpijak di
bumi yang nyata menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak
berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada
mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah
mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu
daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, Usah
merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan
yang lebih baik. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat, bimbingan dan
tunjuk ajar daripada guru sebagai insentif dan motivasi untuk saya berjaya
menjadi insan berguna yang mampu mendaki menara gading . Bukan sahaja
guru ialah ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan pembimbing
malahan guru adalah segalanya bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang
ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan
dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi
manusia yang tidak berguna di dunia dan akhirat. Dengan ilmulah manusia
diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah swt. sehingga dijadikan sebagai
khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan kita
menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu
tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya
mencetuskan rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang
terpuji.
Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-
rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan
masa yang lebih bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau
saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati,
rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi masalah.
Sehubungan itu, saya akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik
dengan rakan tidak kira sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun
warna kulit. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya
tidak akan menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan mengambil
iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa
yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan
kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia merupakan rakan yang baik
dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam kehidupan yang
singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan bekerjasama dalam
semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita
digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata pepatah
berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari. Saya akan menjadi
seseorang yang dapat memberi manfaat segi dorongan, nasihat, ilmu dan
sebagainya kepada orang lain. Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok
apabila berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal
kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan,
masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus rutin hidup saya sejajar
dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.
Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh
untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah dan tidak bermoral . Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang
terpuji tidak bisa melakukan perkara yang negatif yang mampu keruntuhan
akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Saya
tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang membisikkan kata-kata
bermadu kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa
syaitan telah berjanji akan menyesatkan umat manusia dek sebab Allah swt.
telah mencampakkannya keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada
Nabi Adam. Kesombongan merajai hati syaitan dengan alasan dia diciptakan
daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian
diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan perlakuan hedonisme
mewarnai kehidupan menjadikan nilai-nilai nurni jelas nyata dikesampingkan.
Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba menyesakkan nafas dan
boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang Muslim yang cemerlang
dan memiiki sahsiah yang terpuji. Menteri Belia dan Sukan, Dato Ahmad
Shabery Chee pernah menyuarakan pendapat bahawa , Para belia harus diasuh
dan dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang
baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Akhlak yang
baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan
gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik
sesama individu di sekeliling kita. First impression orang lain terhadap kita amat
penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar.

Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan


meningkatkan mutu akhlak dalam kalangan remaja adalah suatu
tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali
oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang
tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas, dengan
izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah
diri ini saya yakin akan membentuk saya menjadi seorang yang beriman dan
bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi, mempunyai
kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah
saw. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka akan saya jadikan pedoman dalam
meniti kehidupan ini. Katanya, Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya
setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya teapi
tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya. Tidak
akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada
landasan yang benar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan
akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu
kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan sayap negatif kepada
generasi akan datang bak kata peribahasa Sebab nila setitik rosak susu
sebelanga
KEBAIKAN PENGANGKUTAN AWAM

Pendahuluan:
Kepesatan pembangunan negara kita turut menyaksikan perkembangan yang baik
dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam - pelbagai langkah telah
diambil oleh pihak kerajaan untuk menambah baik mutu perkhidmatan
pengangkutan awam - penggunaan pengangkutan awam masih dipandang enteng
oleh segelintir masyarakat - ramai yang masih tidak sedar kebaikan atau manfaat
yang diperoleh apabila menggunakan pengangkutan awam

Isi-isi:

Mengurangkan kesesakan lalu lintas - para pengguna jalan raya memilih


untuk menggunakan pengangkutan awam - masalah kesesakan lalu lintas terutama
sekali ketika waktu puncak dapat diminimakan - contoh: naik bas awam, komuter
atau Transit Aliran Ringan (LRT) - bilangan kenderaan persendirian di atas jalan
raya akan berkurang
Darjah ketersampaian tinggi - terdapat pelbagai pengangkutan awam -
mudah untuk sampai ke destinasi yang dituju - pengguna hanya perlu memilih satu
atau beberapa jenis pengangkutan awam yang sesuai - Contoh: Kuala Lumpur
Sentral - terdapat perkhidmatan bas, kereta api, teksi, komuter dan Transit Aliran
Ringan (LRT) - memudahkan pengguna - dari satu destinasi ke satu destinasi
dengan lebih lancar
Menjimatkan masa - Komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel tidak
menggunakan jalan raya - perkhidmatan ini dibina di bandar-bandar yang sesak
dan kawasan tumpuan orang ramai - kita masih dapat ke tempat-tempat tersebut
tanpa menempuh dengan kesesakan lalu lintas - tidak membuang masa
terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
Mengurangkan kos - menggunakan pengangkutan awam - kos lebih murah
berbanding menggunakan kenderaan sendiri - perlu sediakan kos petrol, bayaran
parkir dan bayaran tol - pengangkutan awam hanya perlu sediakan tambang - harga
tambang berpatutan - perbelanjaan harian berjaya dikurangkan
Merancang perjalanan - setiap pengangkutan awam mempunyai jadual
perjalanan dan kekerapan perkhidmatan - mudah untuk pengguna untuk
merancang perjalanan
Mengurangkan pencemaran udara - apabila kenderaan di atas jalan raya
semakin berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya
kepada manusia turut berkurangan - jika pengguna sepakat untuk menggunakan
pengangkutan awam - dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah
hijau.
Memberi kemudahan kepada pelancong asing - perkhidmatan yang efisien
memberi impak yang baik kepada sektor pelancongan - para pelancong yang datang
berkunjung - mudah bergerak dan melawat tempat-tempat menarik di negara kita
Dapat menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan negara - apabila
berjaya menarik kedatangan pelancong asing dengan perkhidmatan pengangkutan
awam yang efisien, pendapatan negara akan meningkat

Penutup:
Penggunaan pengangkutan awam - pelbagai faedah/manfaat buat rakyat dan
negara. Penggunaan pengangkutan awam ini perlu digalakkan - semua pihak perlu
menggembleng tenaga bagi memastikan prasarana yang disediakan - diselenggara
dan dijaga dengan rapi - memastikan kelangsungan penggunaannya dalam
masyarakat.

Masalah Pengangkutan Awam dan Cara Mengatasi

Pengangkutan awam penting dalam kehidupan manusia. Perkhidmatan


pengangkutan awam yang baik membolehkan pengguna bergerak dari satu tempat
ke satu tempat lain dengan mudah dan selesa. Di negara ini, terdapat beberapa jenis
pengangkutan awam. Antara perkhidmatan pengangkutan awam yang popular ialah
perkhidmatan bas dan teksi. Sehingga kini, perkhidmatan pengangkutan awam di
Malaysia dikatakan masih belum memuaskan hati pengguna.

Berdasarkan kajian, didapati bahawa jumlah kenderaan awam di beberapa buah


bandar di negara ini tidak mencukupi. Di beberapa buah bandar kecil, hanya
terdapat satu atau dua buah syarikat bas yang beroperasi. Jangka masa pergerakan
antara sebuah bas dengan bas yang lain agak panjang disebabkan masalah
kekurangan bas. Keadaan ini menyebabkan pengguna sering berebut-rebut untuk
menaiki bas agar mereka tidak ketinggalan. Sesetengah penumpang teksi pula
sanggup menaiki teksi melebihi muatan yang dibenarkan agar mereka cepat sampai
ke destinasi. Selain tidak selesa, tindakan ini boleh membahayakan penumpang.

Keadaan fizikal sesetengah kenderaan awam, khususnya bas dan teksi didapati
kurang sempurna. Sesetengah kenderaan tersebut tidak terurus dan tidak
diselenggara dengan baik. Kusyen beberapa buah bas pula didapati carik dan
sesetengahnya tertulis dengan pelbagai tulisan yang berunsur lucah. Kebersihan
kebanyakan kenderaan tidak dijaga dengan baik. Sistem pendingin hawa yang
digunakan pula kadangkala tidak berfungsi. Keadaan ini menyebabkan pengguna
berasa tidak selesa menggunakan pengangkutan awam.

Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan pengguna perkhidmatan awam yang


ditemui menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang kadar tambang yang
dikenakan. Kebanyakan pengguna bersetuju bahawa kadar tambang tidak sepadan
dengan kualiti perkhidmatan. Menurut pengguna, sesetengah pemandu teksi tidak
menggunakan meter yang dipasang dengan alasan alat tersebut rosak. Segelintir
kakitangan bas pula didapati kurang sopan apabila berurusan dengan penumpang.
Walaupun perkara ini tidak disenangi, namun pengguna terpaksa menggunakan
perkhidmatan awam kerana tiada pilihan lain.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hendaklah memperketat penguatkuasaan


undang-undang tentang usia kenderaan awam di jalan raya. Kenderaan yang terlalu
lama misalnya, yang melebihi usia 20 tahun haruslah ditamatkan permitnya.
Pengusahanya boleh diberikan bantuan kewangan untuk menggantikannya dengan
kenderaan yang baharu. Bantuan yang sama hendaklah diberikan kepada pemilik
kenderaan awam yang kenderaan awamnya didapati kurang elok. Selain menjaga
keselamatan pengguna, langkah ini penting untuk memberikan keselesaan kepada
pengguna perkhidmatan tersebut.

Bagi mengatasi masalah kekurangan kenderaan awam, pihak kerajaan seharusnya


menambahkan pengeluaran permit kenderaan awam di negara ini. Hal ini bertujuan
untuk membolehkan lebih banyak kenderaan awam beroperasi. Langkah ini penting
untuk mengelakkan orang ramai berebut-rebut untuk menaiki kenderaan,
terutamanya ketika menjelang musim perayaan. Pertambahan pemilik kenderaan
awam juga penting untuk mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan
pengusaha. Impaknya, pengguna dapat membuat pilihan dan masalah kekurangan
kenderaan dapat dikurangkan.

Kajian telah mengenal pasti beberapa masalah perkhidmatan pengangkutan awam di


negara ini. Selain kekurangan jumlah kenderaan awam, sikap pengusaha yang terlalu
mementingkan keuntungan memungkinkan kenderaan awam tidak terjaga. Masalah
tersebut dapat diatasi sekiranya pengusaha kenderaan awam memahami bahawa
mereka sebenarnya turut melaksanakan tanggungjawab sosial. Sekiranya syarikat
kenderaan awam di negara ini dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih
berkualiti, orang ramai juga akan berasa selesa menggunakan perkhidmatan awam
yang disediakan.
MASALAH PENGANGKUTAN AWAM
Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai
untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem
pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi
mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang
berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti
pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan
sebagainya. Memang sudah banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan
semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai
kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami
untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan sekian lama.
.
..........Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem
pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal. Kadar
tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal
terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta menghalang
mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan lebih kerap.
Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT
agak kurang dan tidak menyeluruh. Kebanyakan daripada mereka hanya
menggunakan pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke
pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika
mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan
pengangkutan awam tersebut.
.
...........Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan
amalan pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem
pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi
ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut
jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk
merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi.
Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan
pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam,
LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan
kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan
sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual
perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti
perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai.
.
..........Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan
bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh.
Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang
kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit
kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau fider bus di
kawasan itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti
anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan,
contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen
bas dengan tesen monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang
terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki
pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan
kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan
masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus diadakan oleh
kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
..
..........Malah, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir
pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika
memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan
awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang
melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah
memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem
pengangkutan awam negara kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya
terpalit. Ada di antara mereka yang masih mengamalkan sikap ingin menjadi
sang juara di jalan raya. Hal ini bukan sahaja membahayakan penumpang
kenderaan tersebut malah pada masa yang sama turut membahayakan
keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, semua pekerja
pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih
mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam
yang lain.
.
..........Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai
rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan
komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang teliti sebelum
projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja menyukarkan orang
ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang ramai untuk
menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa buah stesen komuter dan LRT
di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan
kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka
hati atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya
kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
Lebih malang pula, ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh
pihak polis biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit.
Jelasnya, rungutan pengguna pengangkutan awam tersebut perlu ditangani
dengan baik agar pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi indah
khabar dari rupa.
.
..........Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu
diambil berat oleh pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus
didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan untuk
menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di
negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil
langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib
tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam
media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas
dalam kemelut ini dan bukan bersikap sudah terhantuk baru terngadah.
KEBAIKAN PENGANGKUTAN AWAM
Dunia sentiasa mengalami inovasi dalam sistem pengangkutan dari semasa ke semasa. Dalam era
globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan
yang konvensional. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis kenderaan awam seperti monorel, ERL,
komuter, bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya. Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu
untuk memainkan peranan yang penting kepada sesebuah negara untuk mencapai kemajuan.
Dengan perkataan lain, pengangkutan awam yang terdapat di negara kita juga tidak kurang
pentingnya kerana terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperoleh apabila masyarakat
menggunakannya.

Kelebihan utama pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota atau
bandar-bandar besar yang lain. Hal ini demikian kerana kebanyakan rakyat Malaysia gemar
menggunakan kenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja. Di samping itu,
mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing ketika berada di jalan raya. Perkara ini akhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya yang
serius. Oleh itu, pengangkutan awam seperti komuter, monorel, ERL (Express Rail Link), LRT (Light
Rail Transit)) dan sebagainya dapat memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah
kesesakan jalan raya yang semakin kronik di ibu negara kita.

Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Sebagai
contohnya, ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan
kereta. Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan jika
dibandingkan dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Oleh itu, jika dibandingkan antara
pengangkutan awam dengan kenderaan biasa, masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya
menggunakan pengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global telah
memberikan impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan kenderaan peribadi. Oleh hal
yang demikian, banyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan
pengangkutan awam.

Selain itu, pengangkutan awam juga akan memudahkan perjalanan seseorang ke sesuatu tempat.
Dengan adanya pengangkutan awam seperti ERL dan LRT, sistem pengangkutan yang lebih efisien
berbanding dengan kenderaan persendirian dapat diwujudkan tambahan pula banyak tempat di ibu
kota yang termasuk dalam jaringan pengangkutan awam tersebut. Perkara ini sekali gus dapat
meningkatkan kadar ketepatan atau kepantasan seseorang ke sesuatu destinasi. Hal ini seharusnya
diberikan pertimbangan oleh anggota masyarakat agar menggunakan kenderaan awam untuk ke
sesuatu destinasi. Oleh itu, kenderaan awam sepatutnya menjadi pilihan utama masyarakat kerana
kelebihannya banyak sekali.

Penggunaan pengangkutan awam yang lebih mesra alam pula akan dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar. Pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan ERL ialah kenderaan
awam yang mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap. Hal ini secara langsung dapat
membendung pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara di negara kita. Perkara yang
di sebaliknya pula akan berlaku jika seseorang menggunakan kenderaan persendirian mereka seperti
kereta atau motosikal yang terbukti menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jadi, pihak berkuasa
perlulah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghalang pencemaran udara yang semakin
serius pada masa ini, seperti kata pepatah, Sediakan payung sebelum hujan.

Intihanya, pengangkutan awam mempunyai kelebihan yang lebih banyak jika hendak dibandingkan
dengan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh itu, anggota masyarakat digalakkan untuk
menggunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke tempat kerja. Sekiranya langkah ini tidak
diikuti sudah tentu banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh anggota masyarakat akibat
pencemaran alam yang berpunca daripada asap kereta dan motosikal. Jadi, kita perlulah menyokong
langkah kerajaan yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui kempen kongsi
kereta untuk ke tempat kerja. Sekiranya kempen ini mendapat sokongan daripada masyarakat,
sudah tentu masalah pencemaran udara dapat diatasi, di samping dapat menjimatkan perbelanjaan
anggota masyarakat.
Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal ini.

CADANGAN JAWAPAN

Pendahuluan

kejayaan produk makanan halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa suatu perkara yang
amat menggembirakan - sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM diperakui masyarakat dunia -
membuka mata syarikat pengeluaran makanan untuk mengembangkan operasi perniagaan mereka

Isi-isi Penting

(a) membantu pengusaha-pengusaha produk halal tempatan meluaskan pasaran ke peringkat


antarabangsa - syarikat produk makanan halal tempatan dapat mengeksport produk makanan
mereka ke pasaran dunia - hal ini dapat meluaskan sayap perniagaan syarikat-syarikat tersebut -
dapat membangunkan industri produk makanan halal yang memenuhi standard piawaian yang
ditetapkan

(b) menambahkan pendapatan pengusaha produk halal tempatan sekali gus memajukan ekonomi
negara - promosi yang baik dan berterusan - mampu merancakkan permintaan produk makanan
halal terutama daripada negara-negara Islam di seluruh dunia - meningkatkan pendapatan
pengusaha produk makanan halal dan memajukan ekonomi negara

(c) membuka peluang pekerjaan - pengusaha produk makanan halal melebarkan sayap perniagaan
-banyak kilang dibuka untuk meningkatkan operasi pengeluaran - membuka banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai peringkat kerjaya - mengurangkan masalah
pengangguran -meningkatkan mobaliti masyarakat

(d) negara Malaysia terkenal di mata dunia sebagai perintis dan pembekal produk halal - melalui
penghasilan produk makanan halal. sekali lagi nama Malaysia terkenal di mata dunia - kejayaan
demi kejayaan yang dilakar oleh anak Malaysia di pentas dunia menyemarakkan lagi nama Malaysia
di pentas antarabangsa

(e) merancakkan penyelidikan dan pembangtinan dalam bidang penghasilan produk makanan halal -
permintaan yang tinggi menggalakkan pihak kerajaan dan swasta melakukan penyelidikan -produk
makanan Malaysia dapat mencapai kualiti premium dan memenuhi syarat dan keperluan dalam
Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan HACCP

Penutup

pihak kerajaan perlu merancakkan lagi projek penyelidikan dan pembangunan secara menyeluruh
- mempertingkatkan keluaran produk makanan halal
- menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang produk makanan halal
Punca masalh gejala social

Pada zaman pascakemerdekaan ini, isu gejala sosial dalam kalangan remaja
semakin berleluasa dan menjadi fokus perbincangan serta tajuk utama akhbar-
akhbar di Malaysia. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran
masyarakat. Peratus kes gejala sosial seperti kes buang bayi, pergaulan seks
bebas, mat rempit dan sebagainya terus meningkat saban tahun tanpa titik
noktahnya. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan.
Lantas, sebelum nasi sudah menjadi bubur, marilah kita mengkaji punca
berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja untuk menangani masalah ini
dengan efisien.

Antara punca gejala sosial termasuklah masalah institusi keluarga. Keluarga


merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari segi mental mahupun dari
segi fizikal. Kita dilindungi daripada masalah dan pancaroba di dunia luar. Maka,
ibu bapa berperanan penting sebagai entiti mithali untuk menyerap nilai murni
ke dalam sanubari anak. Namun, sekiranya ibu bapa leka mengejar fatamorgana
mereka dalam aspek kebendaan dan mengabaikan tanggungjawab mereka
sebagai pembentuk keperibadian dan sahsiah remaja, mereka akan kehausan
kasih sayang ibu bapa dan berasa tersisih. Maka, mereka akan terdorong untuk
terjebak dalam kancah negatif seperti vandalisme, gengsterisme dan lain-lain.
Sudah terang lagi bersuluh, kebanyakan remaja yang terjebak dalam gejala
sosial datang daripada institusi keluarga yang kurang sempurna.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyumbang ke arah gejala sosial.
Rakan sebaya mengambil alih tanggungjawab ibu bapa kita semasa di luar.
Rakan yang berpengaruh positif mampu membentuk sahsiah yang mahmudah
dalam diri remaja. Namun, rakan yang bersikap negatif akan mengundang
kemudaratan kepada kehidupan kita seperti api yang mampu membinasakan
kehidupan. Rakan sebegini mencabarkan remaja untuk melanggar peraturan
sekolah dan menyebabkan mereka terjerumus ke dalam lembah kemudaratan.
La Rouchefoucauld pernah mengungkapkan "Keinginan paling besar kadang-kala
mempunyai komanya, tetapi sifat bermegah mengganggu kita tanpa titik
noktahnya". Lantas, remaja itu akan mengalami keruntuhan akhlak dan
mempunyai masa hadapan yang gelap kerana telah dicemarkan dengan niat
yang salah.

Seterusnya, pengaruh media massa turut mengundang isu sosial dalam


kalangan remaja. Dalam menempuh era globalisasi yang sarat dengan alat
teknologi yang semakin berkembang dengan pesat bak cendawan tumbuh
selepas hujan, remaja telah dipengaruhi oleh media massa cetak dan elektronik.
Terdapat segelintir remaja yang kurang berfikiran matang menyalahgunakan
internet dan dipengaruhi oleh paparan laman web yang kurang sihat. Misalnya,
aksi-aksi keganasan, kelucahan dan sebagainya. Remaja dipengaruhi oleh
budaya hegemoni Barat yang mementingkan dunia hedonistik semata-mata.
Akhirnya, remaja akan melakukan gejala sosial seperti pergaulan seks bebas,
berlari dari rumah, menagih dadah dan lain-lain. Bak kata pepatah, nila setitik
rosak susu sebelanga. Natijahnya, masyarakat kita turut dianggap berminda
kelas ketiga dan tidak aman. Terbuktilah bahawa pengaruh media massa mampu
mendatangkan penularan budaya negatif dalam generasi muda kini.

Punca dominan lain ialah tekanan di sekolah. Tatkala remaja diberikan terlalu
banyak kerja rumah atau tekanan untuk berjaya dalam peperiksaan, mereka
akan mencari kaedah untuk melepaskan kemarahan dan tekanan mereka.
Misalnya, menghisap dadah, ponteng sekolah, melakukan vandalisme dan lain-
lain. Mereka akan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar
dan asyik menggunakan jalan belakang untuk menyelesaikan masalah di
sekolah. Jelaslah bahawa gejala sosial turut berpunca daripada tekanan emosi
dan minda dalam institusi persekolahan.

Tuntasnya, remaja ibarat pahlawan kerdil tetapi penuh keberanian. Semua pihak
haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk menangani
masalah gejala sosial yang mencengkam dan membelenggu masyarakat. Bak
kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sekiranya setiap lapisan
masyarakat dapat melestarikan kewajipan masing-masing, pastilah kita dapat
membina golongan remaja yang berwawasan dan bakal menjadi modal insan
negara. Imam Al-Bukhari pernah mengungkapkan "Jika anda ingin melihat masa
hadapan negara, lihatlah golongan remaja yang ada sekarang." Bersama-sama
kita membanteras gejala sosial dalam kalangan remaja untuk mewujudkan
masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Maka, negara kita akan
mencapai aspirasi Wawasan 2020 sebagai negara yang disanjungi di persada
antarabangsa.

LANGKAH MENGATASI GEJALA


SOSIAL

Pada era globalisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja begitu
membimbangkan dan berleluasa. Secara umumnya, gejala sosial ini dikaitkan
dengan perlakuan negatif yang dilakukan oleh remaja marcapada in. Malah,
gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja
kelas bawahan tetapi juga membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan
atasan. Hal ini berlaku kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat
mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana. Oleh itu, langkah-
langkah segera perlu diambil oleh pihak berkenaan untuk mengekang kemelut
ini daripada terus menular.

Pada hemat saya, peranan diri sendiri merupakan peranan utama bagi
mengatasi gejala sosial ini. Hal ini demikian kerana apa-apa yang dilakukan
adalah berdasarkan kehendak dan kemahuan diri sendiri. Sekiranya diri sendiri
tidak mahu melakukan itu, maka kita tidak akan melakukannya. Sudah terang
lagi bersuluh, sesetengah kajian menyatakan apa-apa yang berlaku atas
kemahuan diri sendiri. Oleh itu, kita perlulah muhasabah diri sebelum
menunding jari kepada sesiapa. Dengan ini, kebejatan moral dalam kalangan
remaja boleh dikurangkan seterusnya dapat membuka jendela kepada kemajuan
dan pembangunan negara.

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengekang masalah
gejala sosial ini. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak
mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh
meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja adalah sedikit. Sebaliknya, ibu bapa
perlu memahirkan diri menjadi rakan anak-anak. Sebagai contoh, kemahiran
mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Di samping itu, ibu
bapa juga harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal
dan seksual mereka. Sebagai contoh, mereka perlu dibantu apabila terdapat
ledakan intelektual. Dengan ini perubahan tersebut mendorong remaja
membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka
mampu membina jati diri sendiri. Sehubungan dengan itu, institusi kelurga
penting. Paling penting perlu dititik beratkan ialah soal agama. Ibu bapa perlulah
mendidik dan mengajar mereka dengan didikan agama yang kamil kepada anak-
anak sejak kecil lagi. Hal ini bersesuaian dengan pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungnya.

Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa juga


menyemai benih-benih salah laku dalam kalangan remaja. Saluran media massa
seperti televisyen, filem dan majalah perlu mendidik remaja agar tidak terlibat
dengan kemelut kebejatan moral. Sebagai contoh, siaran yang memaparkan
remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagi motivasi
untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja juga sering diperbanyak
berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka. Sebaliknya
dasawarsa ini, remaja mudah terikut-ikut dengan watak pelakon yang membawa
aksi negatif ini, malah, mereka juga berasa bangga. Hal ini tidak wajar.
Sebaliknya, aksi yang baik perlulah dipamerkan di media massa untuk diikut oleh
mereka. Tuntasnya, media massa memang berperanan untuk mengurangkan
masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja hingga ke peringkat akar
umbinya.
Selain peranan ibu bapa dan media massa, masyarakat sekitar juga tidak
boleh lepas tangan bagi menyelesaikan masalah keruntuhan moral dalam
kalangan remaja ini. Janganlah mengambil jalan mudah dengan bersikap
menutup sebelah mata apabila terserempak dengan remaja yang terlibat dengan
kemelut kebejatan moral. Sebaliknya, masyarakat seharusnya menegur tindakan
golongan remaja ini. Jika sekiranya teguran ini tidak dapat diterima, laporkan
sahaja kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya. Tanggapan
bahawa usaha untuk memerangi masalah moral ini hanyalah terletak kepada
pihak kerajaan semata-mata tidk sewajarnya berlaku. Setiap anggota
masyarakat perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing. Sikap
mementingkan diri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
perlulah dikikis dalam diri. Dengan ini, usah membanteras kemelut kebejatan
akhlak ini berjaya.

Walhasil, pelajar-pelajar khususnya remaja mesti dikekang daripada


melibatkan diri dala kegiatan sosial yang negatif. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka merupakan orang yang bakal mengambil alih bagi menerajui
pucuk kepimpinan negara. Hal ini persis peribahasa peribahasa pemuda tiang
negara, pemudi harapan bangsa. Segenap lapisan masyarakat mesti
menggembleng tenaga demi membanteras kegiatan sosial yang negatif ke akar
umbi. Kemelut ini nescaya dapat ditangani dengan adanya penggemblengan
tenaga daripada semua pihak kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bekerjasama seperti kata
perumpamaan ini bersatu kita teguh, bercerai kita roboh untuk menangani
masalah keruntuhan akhlak ini daripada terus menular.

Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu
meranapkanperadaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-
akhir ini, berita mengenaigolongan remaja yang terjebak dalam gejala
sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu inimenjadi suatu isu yang hangat
diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antarapenyakit sosial
yang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan
institusikeluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga
institusi keluargadiibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah,
institusi keluarga begitu pentingdalam usaha menangani gejala sosial sehingga
kempen Rumahku Syurgaku diadakan secarabesar-besaran. Program ini
menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan
keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran
bagimenghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala
sosial.Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlahmencurahkan kasih
sayangkepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang
minyak yang penuh
. Ibu bapa perlumenganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang
tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan
kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta
kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa
nilaikebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan
mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak
mereka. Contohnya, pada hujungminggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa
mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadahbersama-sama anak-anak
mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remajamakan angindidestinasi-destinasi
yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-
anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Sememangnya, ibu bapa perlumampu mengimbangi kepentingan keluarga dan
kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amatmemerlukan kasih sayang
seorang ayah dan ibu.

Golongan remaja perlulah dibekalkan dengandidikan agama dan moral yang


sempurna.Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap
pembentukan mental remajakerana didikan agama dan moral dapat menjamin
bahawa remaja akan dapat membezakan antaraperkara yang baik dengan yang
buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah lakumereka.
Tanggapan sesentengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih
daripadamenyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar
sama sekali. Mereka juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka
mendapat ajaran agama yang sempurna.Sebagai contoh, ibu bapa perlulah
meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepadaanak-anak mereka
sejak kecil lagi keranamelentur buluh biarlah dari rebungnya

. Didikanagama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa


anak-anak mereka mempunyaibenteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan
rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apatindakan yang mampu
memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga.Bukan itu
sahaja, pihak ibu bapa perlulahbertanggungjawab terhadap kebajikan anak-
anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah.
Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi
pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak
mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulahmenghadirkan diri dalam sebarang
pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu
bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remajayang
bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu
memastikanbahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak
mereka tidaklahbagaimencurahkan air ke daun keladi

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remajaperlu dikesan sebelum


terlambat keranamencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa
memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan
meletakkankepentingan anak-anak mereka dan meletakkan kepentingan anak-
anak mereka melebihi hartabenda dan wang ringgit.Bukan itu sahaja, ibu bapa
haruslahmenjadi teladan kepada anak-anak mereka. Ibu bapasememangnya
perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana
segalaperlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah,
segala tingkah laku ibu bapaakan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu
bapa yang mempunyai tabiat buruk sepertimerokok perlulah bertaubat dan
berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinanbesar akan
terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa
kelemahanyang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan
menyebabkan anak-anak merekaterdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu
bapa tidak harus bersikapseperti ketammenyuruh anaknya berjalan betul.

Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruhdengan tabiat buruk ibu
bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yangmampu
menghancurkan masa depan mereka.Kesimpulannya, gejala sosial yang
menjadiduri dalam dagingperlu dihapuskan dariakar umbinya keranapemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa perlulahmengambil langkah-
langkah yang drastik dan berkesan bagi memastikan golongan remaja tidak akan
menjangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan
negarapada masa hadapan. Mereka harus dibimbing agar akan menjadi modal
insan yang berintegritidan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara
untuk melahirkan golongan yangberminda kelas pertama akan dapat
direalisasikan
NILAI MURNI DALAM SAHSIAH PELAJAR

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang
supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial
yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan
yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan
itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah
untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan
penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
mereka.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang


berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut
budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan
pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-
nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang
akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan
mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk
membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama.
Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh
kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan
nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam
jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting
untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang
diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak
dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah
dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad
memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di
bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang
berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi,
dedikasi, berfikiran luas serta positif.

Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar
untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik,
tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang
menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar.
Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan
pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat
memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat
membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam
diri mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan
mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang
menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta
benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin
berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa
mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai
murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada
anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu
bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina
sebuah keluarga yang harmoni.

Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan


mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Hal ini demikian
kerana, terdapat banyak kepentingan bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri
kita. Selain itu, terdapat banyak juga langkah untuk mewujudkan nilai-nilai murni
ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti

Anda mungkin juga menyukai