Anda di halaman 1dari 5

Jelaskan latar belakang kemunculan kerajaan awal di asia tengara.

(5 markah)

Latar belakang kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat kita lihat
daripada kewujudan dan kemunculannya yang dibuktikan berdasarkan sumber dari China
dan artifak. Berdasarkan catatan China, Funan merupakan kerajaan terawal yang muncul di
Asia Tenggara pada abad ke-3 Masihi berdasarkan jumpaan patung Hindu dan Buddha yang
serupa dengan apa yang terdapat di India. Seni patung tersebut dipercayaai wujud antara abad
ke-3 5 dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari india. Amaravati merupakan
pusat seni pahatan yang tertumpu kepada arca agama Buddha yang terletak di tepi Sungai
Kistna, iaitu 128 km dari pantai timur India.
Berdasarkan kedudukan strategik Asia Tenggara, Asia Tenggara telah mengadakan hubungan
diplomatik dengan China. Asia Tenggara juga menjalinkan hubungan kebudayaan dan
keagamaan dengan India. Malahan, hubungan perdagangan antara Asia Tenggara dengan
India dan China sudah wujud sejak Zaman Logam lagi. Bukti hubungan antara kerajaan Asia
tenggara dengan China dan India ialah jumpaan dan penemuan gendang gangsa yang dikenali
sebagai Gendang Dongson di Vietnam Utara. Ia juga dapat ditemui di Sungai Tembeling
(Pahang), Sungai Klang (Selangor), Batu Buruk, Besut (Terengganu), Thailand, Myanmar,
dan Indonesia.
Hubungan kerajaan awal Asia Tenggara bukan setakat dengan China dan India saja,
malahan hubungan perdagangan juga dilakukan dengan tamadun Rom. Sebagai bukti,
banyak manik-manik dari tamadun Rom dan India dijumpai di pantai barat dan selatan
Thailand, di Kota Tinggi dan Muar (Johor) serta di Kuala Selinsing (Perak). Kewujudan dan
kemajuan petempatan di atas menunjukkan kawasan tersebut merupakan petempatan awal
manusia di Asia Tenggara yang kemudiannya berkembang menjadi pelabuhan utama dalam
kerajaan Asia Tenggara. Perkembangan petempatan tersebut disebabkan terdapatnya hasil
barang dagangan yang diperlukan oleh pedaganga singgah di pelabuhan tersebut, di samping
mempunyai kemudahan pelabuhan yang baik. Berdasarkan perkembangan dan kemajuan
pelabuhan di Asia Tenggara, dapat dikatakan kemunculn tamadun awal di Asia Tenggara
dapat dihubungkaitkan dengan perkembangan perdagangan maritim.
Berdasarkan kajian arkeologi, perdagangan maritim di Asia Tenggara telah bermula sejak
abad ke-5 manakala pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3.
Proses pembentukan tamadun awal Asia Tenggara memakan masa antara 600-700 tahun
semenjak pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3. Antara
kerajaan awal muncul di Asia Tenggara adalah seperti berikut :
a) Abad ke-2 5 M.
Funan, Langkasuka, dan Champa.
b) Abad ke-6 M
Tan Tan, Chieh-cha (Kedah Tua), Molo-yu (Jambi Sumatera0, Kutei (Borneo), Po-ni
(Kalimantan), Kantoli (Sumatera Selatan), dan Taruma (Jawa Tengah).
c) Abad ke-7 M
Tun Sun (Selatan Thailand), Chih-Tu (Kelantan), Srivijaya (Palembang,Sumatera), Dvaravati
(Selatan Thailand), dan Sailendra (Jawa Tengah).
d) Selepas abad ke-7 M.
Gabgga Negara, Fo-lo-an (Kuala Berang), Peng-keng (Pahang), Teng-ya-nung (Terengganu),
dan Temasik (Singapura).
Pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua kumpulan
utama, iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Walaupun demikian, kedua-dua bentuk
kerajaan ini saling bergantung antara satu sama lain.

Sumber dari China menyatakan bahawa kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad ketiga
masihi berdasarkan catatan Kang Tai dan Chu Ying yang di hantar ke Funan untuk menemui raja
Houan-Tien.

2. G Coedes menyatakan kerajaan Funan wujud pada abad pertama Masihi kerana berpendapat
kerajaan kedua tertua Champa wujud sekitar akhir abad kedua.

3. Data arkeologi menunjukkan kewujudan funan bermula semenjak abad ketiga masihi. Ia di buktikan
melalui perjumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha yang langgamnya dipengaruhi oleh
langgam seni arca Amaravati dari India

4. Hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kerajaan China dan hubungan kebudayaan
dengan India dibuktikan melalui jumpaan artifak gendang gangsa Dongson.

5. Hubungan perdagangan antara Rom dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di
Kuala Selingsing, Kota Tinggi dan Muar, di pantai barat serta selatan Thailand.
Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria

1. Agraria hasilkan beras , makanan dan hasil hutan kepada kerajaan


maritim Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah spt tembikar,
tekstil, gelas, dan manik. Berlaku perdagangan cara tukar barang
@ sistem barter.
2. Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat
kapal guna tukang kayu kerajaan agraria.
3. Kerajaan maritim juga perlukan gajah diperoleh dari kerajaan
agraria.
4. Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan
hubungan diplomatik.
3. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan pencapaian masyarakat awal Asia Tenggara yang
menjadi kebanggaan kepada masyarakat hari ini?

F1 Kerajaan stabil
F2 Ekonomi maju
F3 Pertanian padi
F4 Perdagangan
F5 Pengairan
F6 Taat kepada agama
F7 Pemerintahan
F8 Kesenian
F9 Kesusasteraan
F10 Bahasa Sanskrit
F11 Semangat cekal
F12 Berdikari
F13 Rajin berusaha
F14 Tidak putus asa
F15 Mahir ilmu pelayaran
F16 Berani belayar
F17 Semangat meneroka
Mana-mana jawapan munasabah

Kejayaan Negara Setelah Memanfaatkan kedudukan Strategik


-kemajuan ekonomi
-kegiatan maritim berkembang
-pemodenan pertanian
-perindustrian berkembang
-perkembangan teknologi
-pelaksanaan k-ekonomi
-tumpuan pelancong asing
-hubungan antarabangsa berkembang
-pusat kewangan pesisir pantai
-kemajuan sistem pengangkutan
-kemajuan sistem komunikasi

D e n g a n
kecekalan
, m a s y a r a k a t k e r a j a a n p e r t a n i a n ( a g r a r i a ) a k h i r n y a t e l a h d a p a t berkembang
serta membentuk
sebuah kerajaan yang berdikari
dan mempunyai sistem
pentadbiran yang teratur.
- M e r e k a j u g a t e l a h
berusaha untuk menguasai alam sekitar
seperti membina sistem
dapat membaiki taraf hidup
dan seterusnya
berjaya membina rumah ibadat yangterkenal.
-Jadi, kita boleh mengambil iktibar bahawa kita juga boleh maju
sekiranya
mampumemanfaatkan setiap kurnian Tuhan
dengan sebaik-baik mungkin dan yang pentingkita perlu
berusaha dan jangan mudah berputus asa
.-Kita tidak seharusnya hanya berbangga mempunyai keturunan yang mahir dan
beranimelayari lautan luas beberapa abad lalu atau mempunyai bahan tinggal an sejarah
yang boleh dilihat di muzium.
-
Yang lebih penting daripada itu ialah
generasi sekarang seharusnya mempunyaisemangat

meneroka.
Tradisi pelaut itu harus dihayati agar aktiviti ekonomi kita padazaman moden ini dapat dipelbagaikan.
-
Generasi muda harus berani menceburi bidang perdagangan laut
malah
bercita-
citam e n g h i d u p k a n k e m b a l i k e g i a t a n d a n k e g e m i l a n g a n l a m p a u d a l
a m b i d a n g pelayaran dan perdagangan maritim.- K e d u d u k a n n e g a r a k i t a y a n g
strategik di perairan Nusantara
yang menjadi
laluan perdagangan antarabangsa tetap kekal hingga ke hari ini. Jadi, amatlah bersesuaiankerajaan
sekarang memanfaatkan keadaan ini.
-
Pembinaan, penambahan dan pembaikan kemudahan pelabuhan Kelan
g d a n T a n j u n g Pelepas di samping pelabuhan lain tentu akan memberikan keuntungan kepada
rakyat dannegara.-
Langkah tersebut, membawa keuntungan melalui
p e n i n g k a t a n h a s i l d a r i p a d a perdagangan antarabangsa dan menambahkan peluang
pekerjaan kepada rakyat.
-
Kalau pada masa dahulu penganutan unsur luar dapat disesuaikan dengan kea
d a a n setempat, hal yang serupa juga seharusnya dapat dilakukan pada masa ini, iaitu
kitasebagai generasi muda seharusnya memainkan peranan
mempertahankan tradisi asalbudaya sendiri.

-
Dengan itu kita akan
dapat mempertahankan diri daripada mudah terpengaruhdengan unsur budaya luar
yang bersifat negatif.

Anda mungkin juga menyukai