Anda di halaman 1dari 2

Pasar tani yang diperkenalkan adalah tercetus dari idea perlunya diwujudkan ruang pasaran

tersendiri bagi petani atau pengeluar memasarkan hasil keluaran mereka sendiri terus kepada
pengguna. Pasar Tani sebagai ‘Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna' telah menjadi institusi
Pemasaran yang utama di negara ini. Konsep Pasar Tani yang bercirikan mudah alih dan
bersuasana karnival dengan identiti tersendiri telah dilancarkan pada 31 Januari 1985 di Johor
Bharu. Pasar-pasar Tani yang telah diwujudkan adalah terdiri daripada Pasar Tani Mega, Pasar
Tani Desaraya, Pasar Tani Borong, Pasar Tani Kekal dan juga Pasar Tani Bunga.

              Kepentingan pasar tani antaranya ialah petani dapat memasarkan


hasil pertanian yang segar kepada masyarakat.  Hal ini dikatakan demikan
kerana,  barangan yang dijual di pasar tani seperti buah-buahan, sayur
-sayuran dan hasil ternakan lebih segar dan bermutu tinggi kerana dibawa
terus dari ladang.  Kakitangan FAMA akan memantau mutu barangan yang
dijual oleh peniaga di Pasar Tani. Tuntasnya, hasil pertanian yang segar
dari ladang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, harga produk di pasar tani adalah berpatutan. Selain


pemantauan kualiti produk, Pihak  FAMA juga akan melakukan
pemantauan ke setiap pasar tani  di seluruh negara dari semasa ke semasa
bagi memastikan harga barangan yang ditawarkan kekal dan lebih murah
berbanding harga pasaran setempat.  Harganya murah kerana peniaga
memperoleh barangan jualan  secara terus dari ladang.  Oleh hal yang
demikian, pengguna dapat menyahut seruan kerajaan yang amat
menggalakkan perbelanjaan berhemat  dalam kalangan masyarakat.

  Mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian atau


perniagaan berpeluang memulakan langkah untuk memasarkan hasil titik
peluh mereka dengan menggunakan modal yang rendah. Barang-barang yang
boleh dijual  biasanya sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging dan kuih-muih. Setiap peniaga
dihadkan jenis barang yang dijual untuk mengelakkan sesuatu barang itu dijual oleh peniaga
yang sama. Jelaslah bahawa pasar tani mampu menyediakan peluang kepada orang ramai untuk
menceburi bidang perniagaan dan menyahut slogan yang diuar-uarkan oleh mantan Perdana
Menteri Malaysia, pertanian itu adalah perniagaan.  

Kesimpulannya,  kewujudan pasar tani memberi manfaat yang besar kepada


peniaga dan pengguna. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah memperbanyak tapak
perniagaan pasar tani di seluruh negara agarsektor pertanian negara semakin
meningkat maju dan slogan "Pertanian adalah Perniagaan' dapat direalisasikan
Pasar tani yang telah diilhamkan oleh FAMA sejak tahun 1985 lagi merupakan medan pertemuan
pengeluar dan pengguna untuk menjalankan urusan jual beli baik hasil pertanian mahupun produk
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).  Kini, pasar tani
menjadi kunjungan utama pengguna berikutan kenaikan harga barangan di pasaran.  Hal ini
terbukti menerusi kenyataan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan
Sri Badruddin Amiruldin yang menyatakan bahawa pengunjung ke pasar tani meningkat sebanyak
50 peratus sejak bulan Mac pada tahun 2015.  Senario ini menjelaskan bahawa kewujudan pasar
tani di negara ini mempunyai seribu satu keistimewaannya kepada masyarakat Malaysia.

      Antara keistimewaan pasar tani adalah memasarkan hasil pertanian yang segar.  Hal ini
dikatakan demikian kerana barangan yang dijual oleh peniaga pasar tani merupakan bekalan yang
diambil terus dari ladang tanpa perlu ditambah bahan pengawet untuk mengekalkan
kesegarannya.  Lagipun, waktu urus niaga di pasar tani kebiasaannya singkat iaitu pada waktu pagi
sahaja.  Oleh itu, kesegaran hasil pertanian seperti ikan dan sayuran tidaklah hilang kerana tidak
disimpan dalam tempoh yang lama sebelum dijual.   Tambahan pula, barangan di pasar tani akan
sentiasa dipantau supaya tidak ada peniaga yang bertindak seperti menangguk di air yang keruh
sehingga mengaburi pembeli untuk membeli produk mereka.  Sebagai contoh, kakitangan FAMA
kerap turun padang untuk memantau mutu barangan yang diniagakan di pasar tani dan akan
mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak mementingkan kesegaran produk mereka.  Sudah
terang lagi bersuluh bahawa hasil pertanian yang dipasarkan di pasar tani terjamin kesegarannya
di samping melindungi hak para pengguna.

      Kelebihan pasar tani yang berikutnya adalah menawarkan harga yang berpatutan kepada
pembeli.  Dalam konteks ini, para peniaga berupaya menurunkan harga jualan mereka kerana
mereka mendapat bekalan terus dari ladang kontrak, ladang persendirian atau pembekal.   Urusan
seperti ini telah mengetepikan peranan orang tengah yang selalu bertindak seperti lintah darat
dengan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda.  Malahan, pihak kerajaan telah menyasarkan
kesemua 587 pasar tani di 331 buah lokasi di seluruh negara akan bebas daripada cengkaman
orang tengah atau pemborong.  Dengan ini, harga barangan di pasar tani dijamin lebih murah
berbanding premis perniagaan yang lain.  Hal ini diakui sendiri oleh Datuk Ahmad Ishak, Ketua
Pengarah FAMA yang mengatakan bahawa produk yang dijual di pasar tani dijamin murah lima
hingga sepuluh peratus daripada harga pasaran.  Bukan itu sahaja, pembeli juga bebas melakukan
proses tawar menawar harga barang sebelum membelinya dengan harga yang dipersetujui
bersama.  Jelaslah bahawa harga barangan yang murah di pasar tani merupakan kemaslahatan
pasar tani yang tidak boleh dinafikan.

      Selain itu, pasar tani juga berupaya membantu peniaga-peniaga kecil memajukan perniagaan
mereka.  Hal ini bermaksud para peniaga yang tidak mempunyai tapak untuk menjual produk
pertanian mereka berpeluang menjual hasil tersebut di pasar tani.  Malah, peniaga juga akan
mengurangkan pergantungan kepada orang tengah sekali gus meningkatkan pendapatan mereka. 
Tambahan pula, pihak FAMA akan melakukan pelbagai aktiviti untuk menarik perhatian pengguna
dan pengunjung bagi membantu mempromosikan jualan para peniaga yang terbabit.  Sebagai
contoh, FAMA mengadakan karnival jualan dan menyediakan payung-payung khusus untuk peniaga-
peniaga pasar tani berniaga dengan sempurna dan menarik.  Dalam konteks yang lain pula,
peserta-peserta pasar tani akan diberikan latihan seperti kursus kejurujualan, perakaunan,
motivasi keusahawanan, bengkel, seminar dan sebagainya bagi meningkatkan tahap keusahawanan
mereka.  Dengan ini, program pasar tani dapatlah dikatakan sebagai program serampang dua mata
kerana peserta bukan sahaja dapat berniaga tetapi juga dapat menimba ilmu keusahawanan bak
kata peribahasa, sambil menyelam, minum air.  Ringkasnya, pasar tani banyak memberi ruang dan
peluang kepada usahawan desa meningkatkan margin keuntungan perniagaan mereka.

Anda mungkin juga menyukai