Anda di halaman 1dari 17

030917-01-0364

HUBUNGAN ANTARA KADAR INFLASI DENGAN KADAR


PERTUMBUHAN EKONOMI DI MALAYSIA DARI TAHUN 2009 HINGGA
TAHUN 2019

ABSTRAK
Tajuk kajian ini adalah hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan
ekonomi di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019. Kajian ini mengandungi dua
objektif iaitu mengkaji arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2009 hingga
tahun 2019 dan menganalisis hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan
ekonomi di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019. Kajian ini memperoleh data
daripada sumber sekunder. Antara sumber data sekunder yang digunakan ialah bahan
internet, kamus, karya penulis dan karya yang diusahakan oleh badan, institusi atau
jawatankuasa. Hasil kajian ialah menekankan dua objektif. Objektif pertama dalam
kajian ini ialah mengkaji arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2009 hingga
tahun 2019. Kadar inflasi mencatatkan arah aliran yang naik turun. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa peningkatan kadar inflasi berlaku pada 5 tahun iaitu pada tahun
2010 (1.1%), tahun 2011 (1.5%), tahun 2013 (0.5%), tahun 2014 (1.1%) dan tahun 2017
(1.6%). Manakala penurunan kadar inflasi berlaku pada 4 tahun iaitu pada tahun 2012
(1.6%), tahun 2015 (1.1%), tahun 2016 (0.01%), tahun 2018 (2.7%) dan tahun 2019
(0.3%). Objektif kedua dalam kajian ini adalah menganalisis hubungan antara kadar
inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun
2019. Hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi menunjukkan
bahawa wujudnya hubungan langsung pada tahun 2010, tahun 2014, tahun 2015, tahun
2016, tahun 2017 dan tahun 2019 manakala hubungan songsang wujud pada tahun 2011,
tahun 2012, tahun 2013 dan tahun 2018. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi berlaku pada 5 tahun iaitu pada tahun 2010
(8.93%), tahun 2012 (22.98%), tahun 2014 (1.32%), tahun 2017 (1.36%) dan tahun
2018 (10.23%). Manakala penurunan kadar pertumbuhan ekonomi berlaku pada tahun
5 tahun iaitu pada tahun 2011 (2.23%), tahun 2013 (23.48%), tahun 2015 (0.92%),
tahun 2016 (11.80%) dan tahun 2019 (0.43%).

1
030917-01-0364

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
2.0 PERNYATAAN MASALAH
3.0 TUJUAN/ OBJEKTIF KAJIAN
4.0 KAEDAH KAJIAN
4.1 KAEDAH MEMPEROLEH DATA
4.2 KAEDAH MENGANALISIS DATA
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 MENGKAJI KADAR INFLASI MALAYSIA DARI
TAHUN 2009 HINGGA TAHUN 2019
5.2 MENGANALISIS HUBUNGAN ANTARA KADAR
INFLASI DENGAN KADAR PERTUMBUHAN
EKONOMI DI MALAYSIA DARI TAHUN 2009 HINGGA
TAHUN 2019.

6.0 CADANGAN
7.0 PENUTUP
8.0 SENARAI RUJUKAN
9.0 LAMPIRAN

2
030917-01-0364

PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada beberapa pihak yang telah
memberi sumbangan dan sokongan secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan kerja kursus Ekonomi yang bertajuk Hubungan antara “Kadar Inflasi
dengan Kadar Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia dari Tahun 2009 hingga Tahun
2019”.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Penolong Kanan


Tingkatan 6 SMK Tasek Utara Puan Sharifah binti Hussain yang memberi komitmen
penuh kepada kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau telah membantu para
pelajar baik dari sokongan moral mahupun sokongan fizikal dalam menjayakan kerja
kursus ini.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru Ekonomi, iaitu
Cikgu Suhana Binti Sulaiman. Beliau sabar memberi tunjuk ajar dan cadangan dalam
menjayakan dan memperbaiki kerja kursus ini. Selain itu, beliau juga sering memberi
nasihat dan bimbingan yang berkesan dalam memastikan kualiti kerja kursus ini. Beliau
turut memberi dorongan dan semangat kepada para pelajar ketika melaksanakan kerja
kursus ini.

Tambahan pula, saya ingin memanjangkan penghargaan kepada ibu bapa saya.
Mereka telah menanggung segala perbelanjaan yang diperlukan semasa menjalankan
kerja kursus ini. Pada masa yang sama, saya juga hendak merakamkan penghargaan
kepada rakan-rakan yang sedia membantu saya dengan pelbagai cara sama ada memberi
nasihat dan semangat mahupun melakukan perbincangan berkumpulan.

Akhirnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang turut
menyumbang dan membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus Ekonomi ini.

3
030917-01-0364

1.0 LATAR BELAKANG

Menurut M. Prawiro (2018), inflasi ialah proses sesuatu peristiwa, bukannya paras
harga yang tinggi dan rendah. Paras harga yang dianggap tinggi tidak semestinya
menunjukkan inflasi. Inflasi adalah penunjuk untuk melihat tahap perubahan, dan
dianggap berlaku sekiranya proses kenaikan harga berlaku secara berterusan dan
mempengaruhi antara satu sama lain. Istilah inflasi juga digunakan untuk membawa
maksud peningkatan dalam penawaran wang yang kadangkala dilihat sebagai punca
kenaikan harga. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang cuma
dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada
sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga menyebabkan penurunan dalam kuasa beli wang
iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun
dalam sesebuah ekonomi. Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar
inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum
(biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari semasa ke semasa.

Terdapat beberapa faktor yang berlaku inflasi. Pertama sekali, permintaan agregat
melebihi penawaran agregat mengakibatkan inflasi. Apabila berlaku kenaikan dalam
permintaan agregat sedangkan penawaran agregat tidak berubah atau jumlah barang
dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam ekonomi tidak bertambah, tingkat harga
cenderung untuk meningkat. Inflasi ini lebih mudah berlaku apabila berlaku
pertambahan perbelanjaan agregat secara berterusan dalam sesebuah ekonomi yang
telah mencapai guna tenaga penuh. Faktor yang seterusnya ialah kenaikan kadar upah.
Apabila kesatuan sekerja berjaya menuntut kenaikan upah buruh, maka kos
pengeluaran yang ditanggung oleh firma akan meningkat. Oleh itu, firma akan
mengurangkan pengeluaran. Dalam keadaan keluaran yang semakin berkurang dengan
kos yang meningkat, maka harga keluaran yang dikenakan adalah tinggi. Jika keadaan
ini berlaku secara berterusan, maka inflasi akan berlaku. Di samping itu, kenaikan harga
faktor pengeluaran juga merupakan salah satu faktor berlaku inflasi. Hal ini kerana
harga faktor pengeluaran akan meningkat jika sesuatu faktor itu sukar didapati atau
kuantitinya telah berkurangan. Kenaikan harga faktor pengeluaran menyebabkan kos
pengeluaran yang ditanggung oleh pengeluar bertambah. Pertambahan kos pengeluaran
mendorong pengeluar menaikkan harga barang yang dikeluarkan dan mewujudkan
inflasi. Tambahan pula, dasar kerajaan juga merupakan salah satu faktor berlaku inflasi.
Antara pelaksanaan dasar yang mewujudkan inflasi ialah dasar sekatan perdagangan

4
030917-01-0364

antarabangsa melalui tarif import. Apabila kerajaan menaikkan tarif import, maka harga
barang yang diimport yang dipasarkan dalam negara akan meningkat dan ini akan
mewujudkan inflasi. Selain itu, dasar mengehadkan keluaran sesuatu barang dalam
negara juga menyebabkan berlaku inflasi. Apabila pengeluaran suatu barang dihadkan,
maka penawaran dalam negara berkurang dan jika dalam masa yang sama berlaku
peningkatan dalam permintaan agregat, maka harga barang tersebut cenderung
meningkat dan mengakibatkan inflasi.

Inflasi terbahagi kepada tiga jenis iaitu inflasi tarikan permintaan, inflasi tolakan
kos dan inflasi import. Pertama sekali, inflasi tarikan permintaan berlaku kerana
terdapat lebihan permintaan agregat berbanding dengan jumlah barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan dalam ekonomi pada masa tertentu. Inflasi ini berpunca
daripada pertambahan perbelanjaan agregat secara berterusan dalam sesebuah ekonomi
yang telah mencapai guna tenaga penuh. Apabila ekonomi berada dalam keadaan guna
tenaga penuh, maka keluaran tidak dapat bertambah walaupun permintaan agregat
bertambah. Keadaan ini menyebabkan tingkat harga umum naik secara berterusan.
Selain itu, inflasi tolakan kos berlaku kerana kenaikan kos pengeluaran seperti kos upah
atau kenaikan kos faktor pengeluaran yang lain tanpa diikuti oleh penambahan
produktiviti. Inflasi tolakan kos juga berlaku disebabkan kenaikan harga barang yang
secara sengaja dilakukan oleh firma untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar.
Tambahan pula, inflasi import berlaku kerana kesan daripada kenaikan harga barang-
barang yang diimport. Apabila sesebuah negara mengimport barangan dari luar negara
yang mengalami inflasi atau mengimport barangan dari luar negara dengan harga tinggi,
maka harga barang yang diimport itu akan dijual dalam negara dengan harga yang
tinggi. Barang yang diimport bukan sahaja barang siap, tetapi juga barang separuh siap
atau bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Di samping itu, terdapat beberapa kesan inflasi. Kadar inflasi yang tinggi akan
meningkatkan kos sara hidup rakyat dan akan mengurangkan taraf hidup mereka.
Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi
berkenaan. Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka.
Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi
daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan
pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerja- pekerja yang

5
030917-01-0364

berpendapatan tetap. Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara.
Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang
dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan
eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri
berkenaan.
Menurut Kamus Online Cambridge, kadar inflasi ialah ukuran bagi kadar
peningkatan harga dalam bentuk peratusan. Kadar inflasi lazimnya diukur melalui
pengiraan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi perubahan harga item-item di dalam
bakul tetap barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa. Sebagai contoh,
kadar inflasi pada tahap 2.5% (berdasarkan Indeks Harga Pengguna Kebangsaan)
membawa maksud bahawa perbelanjaan purata individu atas barangan utama dan
perkhidmatan telah meningkat pada kadar 2.5% sepanjang tempoh
setahun. Peningkatan kadar inflasi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara.
Menurut Simon Kuznets (2021), kadar pertumbuhan ekonomi adalah peratusan
peningkatan per kapita keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau
pertumbuhan pendapatan agregat, biasanya ditunjukkan sebagai peningkatan tahunan
perubahan KDNK benar. Pertumbuhan ekonomi selalunya didorong oleh peningkatan
produktiviti, yang melibatkan penghasilan lebih banyak barangan dan perkhidmatan
dengan input tenaga kerja, modal, tenaga dan bahan yang sama. Ahli-ahli ekonomi
membezakan antara kestabilan ekonomi jangka pendek dan pertumbuhan ekonomi
jangka panjang. Perbincangan tentang pertumbuhan ekonomi selaulunya berkaitan
dengan jangka Panjang. Pertumbuhan ekonomi jangka pendek diistilahkan sebagai
kitaran perniagaan. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan meningkatkan
pendapatan sesebuah negara dan pendapatan per kapita dan menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk.

Maka, kajian ini akan memfokuskan dalam mengkaji arah aliran kadar inflasi
di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019 dan menganalisis hubungan antara
kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2009 hingga
tahun 2019.

6
030917-01-0364

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Dalam kajian ini, aspek yang dikaji adalah arah aliran kadar inflasi dan
hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi.
Peningkatan kadar inflasi akan menyebabkan pendapatan boleh guna berkurang,
kuasa beli berkurang, kos sara hidup meningkat dan taraf hidup masyarakat menurun.
Sebaliknya, penurunan kadar inflasi akan menyebabkan pendapatan boleh guna
bertambah, kuasa beli bertambah, kos sara hidup menurun dan taraf hidup masyarakat
meningkat. Peningkatan kadar inflasi juga menyebabkan kos pengeluaran firma
meningkat, keluaran berkurang, guna tenaga berkurang, pendapatan negara berkurang
dan pertumbuhan ekonomi terjejas. Sebaliknya, penurunan kadar inflasi akan
menyebabkan kos pengeluaran firma menurun, keluaran bertambah, guna tenaga
bertambah, pendapatan negara bertambah dan pertumbuhan ekonomi bertambah.

Maka, dapatan kajian ini boleh digunakan oleh pihak kerajaan seperti
Kementerian Kewangan sebagai pembuat dasar untuk menjalankan langkah-langkah
yang lebih proaktif dalam mengurangkan kadar inflasi dan meningkatkan kadar
pertumbuhan ekonomi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah

3.1 Mengkaji arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019

3.2 Mengkaji hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi di
Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019.

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 KAEDAH MEMPEROLEH DATA

Kajian ini menggunakan data sekunder untuk memperoleh data. Menurut Hansan
(2002), data sekunder ialah data yang diperoleh atau dikumpul oleh orang yang
menjalankan penyelidikan daripada sumber sedia ada. Data ini digunakan untuk
menyokong maklumat primer, di mana data ini boleh diperoleh daripada bahan
perpustakaan, literatur, kajian terdahulu, buku, surat khabar, majalah dan sebagainya.

7
030917-01-0364

Data-data yang terkumpul digunakan untuk tujuan kajian. Sumber data sekunder
dalam kajian ini ialah artikel yang bertajuk ‘Realiti tentang Inflasi di Malaysia’ yang
ditulis oleh Lee Ching Wei untuk mendapatkan definisi inflasi. Artikel yang bertajuk
‘Pertumbuhan Ekonomi adalah Pengukuran Pendapatan Negeri’ yang ditulis oleh
Anggi Mardiana untuk mendapatkan definsi pertumbuhan ekonomi.

Laman web Kamus Online Cambridge untuk mendapatkan definisi kadar inflasi.
Laman web rasmi Jabatan Perangkaan Negara Malaysia bagi mendapatkan data kadar
inflasi dan data pertumbuhan ekonomi dari tahun 2009 hingga tahun 2019.

4.2 KAEDAH MENGANALISIS DATA

Kaedah menganalisis data dalam objektif kajian pertama ialah jadual dan graf
garis. Manakala kaedah menganalisis data dalam objektif kajian kedua ialah rumus,
jadual dan graf garis.

Bagi mendapatkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam objektif kajian kedua,


rumus kadar pertumbuhan ekonomi telah digunakan.

Kadar Pertumbuhan Ekonomi = KDNK benar t1- KDNK benar t0


_____________________________ x 100
KDNK benar t0

Sebagai contoh, KDNK pada tahun 2009 ialah RM 629885 juta dan KDNK pada tahun
2010 ialah RM 676653 juta. Bagi mendapat kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun
2010, pengiraan adalah

Kadar Pertumbuhan Ekonomi = KDNK benar t1- KDNK benar t0


Tahun 2010 _____________________________ x 100
KDNK benar t0

= RM 676653 juta- RM 629885 juta


__________________________ x 100
RM 629885 juta
= 7.42%

8
030917-01-0364

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 MENGKAJI ARAH ALIRAN KADAR INFLASI DI MALAYSIA DARI


TAHUN 2009 HINGGA TAHUN 2019

Tahun Kadar Inflasi (%)


2009 0.6
2010 1.7
2011 3.2
2012 1.6
2013 2.1
2014 3.2
2015 2.1
2016 2.1
2017 3.7
2018 1.0
2019 0.7
(Sumber: Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Negara Malaysia)
Jadual 1: Kadar Inflasi di Malaysia

Arah Aliran Kadar Inflasi di Malaysia dari tahun 2009


hingga tahun 2019
4
3.7
3.5
3.2 3.2
3
Kadar Inflasi (%)

2.5
2 2.1 2.1 2.1
1.7 1.6
1.5
1 1
0.6 0.7
0.5
0
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
Tahun

Kadar Inflasi

Rajah 1: Arah Aliran Kadar Inflasi di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019

9
030917-01-0364

Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1 di atas, arah aliran kadar inflasi menunjukkan
pola peningkatan dari tahun 2009 (0.6%) kepada tahun 2019 (0.7%).
Pada tahun 2009, kadar inflasi ialah 0.6%. Pada tahun 2010, kadar inflasi
meningkat dari 0.6% kepada 1.7% iaitu perubahan sebanyak 1.1%. Hal ini disebabkan
oleh kenaikan harga bagi makanan dan minuman tanpa alkohol, perumahan, air,
elektrik, gas, bahan api dan pengangkutan. Seterusnya, rasionalisasi subsidi bagi roti,
gula serta petrol, diesel dan LPG juga menyebabkan peningkatan kadar inflasi (Laporan
Ekonomi 2010)
Pada tahun 2011, kadar inflasi meningkat dari 1.7% kepada 3.2% iaitu
perubahan sebanyak 1.5%. Hal ini disebabkan oleh peningkatan harga makanan dan
kenaikan harga ditadbir. Tambahan pula, pelarasan terhadap kenaikan harga produk
petroleum dan gula berkurang secara beransur-ansur. (Laporan Tahunan Bank Negara
Malaysia 2011)
Pada tahun 2012, kadar inflasi menurun dari 3.2% kepada 1.6% iaitu perubahan
sebanyak 1.6%. Hal ini disebabkan oleh permintaan keseluruhan dalam aktiviti
ekonomi lebih lemah dan kenaikan harga tenaga yang lebih rendah telah mengurangkan
kenaikan harga pengguna. (Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2012)
Pada tahun 2013, kadar inflasi meningkat dari 1.6% kepada 2.1% iaitu
perubahan sebanyak 0.5%. Hal ini disebabkan oleh peningkatan faktor kos dan bekalan
dalam negeri dan kekurangan penawaran dalam negeri. Seterusnya, pertumbuhan
penggunaan swasta yang kukuh dan peningkatan gaji pekerja mewujudkan lebihan
permintaan agregat. Secara tidak langsung, kadar inflasi meningkat. (Laporan Tahunan
Bank Negara Malaysia 2013)
Pada tahun 2014, kadar inflasi meningkat dari 2.1% kepada 3.2% iaitu
perubahan sebanyak 1.1%. Hal ini disebabkan oleh pelarasan penurunan harga bahan
api. Seterusnya, harga global yang lemah, permintaan domestik yang stabil dan
keupayaan firma untuk menampung sebahagian daripada peningkatan kos input.
Akibatnya, kadar inflasi meningkat. (Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2014)
Pada tahun 2015, kadar inflasi menurun dari 3.2% kepada 2.1% iaitu perubahan
sebanyak 1.1%. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan GST, penyusutan nilai ringgit dan
kenaikan harga barangan makanan segar menyebabkan tingkat harga meningkat. Oleh
itu, penurunan inflasi mewujudkan keadaan permintaan dalam negeri yang lebih
sederhana dan ketiadaan upah yang berlebihan. (Laporan Tahunan Bank Negara
Malaysia 2015)
10
030917-01-0364

Pada tahun 2016, kadar inflasi menurun dari 2.1% kepada 2.09%. Hal ini
disebabkan oleh perubahan harga ditadbir dan pengerakan kadar pertukaran. Inflasi
kekal rendah dan berada di bawah pasar sasaran dalam kebanyakan ekonomi yang
mempunyai sasaran inflasi. Inflasi juga disebabkan oleh harga bahan api dalam negeri
yang rendah dalam tempoh yang sama pada tahun 2015 dan harga makanan segar tinggi
pada tahun 2016. Tambahan pula, harga petrol RON95 diturunkan kepada paras
serendah RM 1.60 seliter pada tahun 2016. Harga tenaga dan komoditi bukan makanan
di pasaran global yang rendah telah mengekalkan inflasi pada paras yang rendah.
(Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016)
Pada tahun 2017, kadar inflasi meningkat dari 2.1% kepada 3.7 % iaitu
perubahan sebanyak 1.6%. Hal ini disebabkan oleh peningkatan harga bahan api dalam
negeri. Harga komoditi global yang meningkat dan gangguan bekalan makanan dalam
negeri menyebabkan peningkatan inflasi. Seterusnya, kos pengeluaran bagi barangan
dalam negeri juga meningkat dan pengurangan pengeluaran menyebabkan inventori
menyusut dan menaikkan harga minyak. Tekanan inflasi dalam ekonomi telah
mengurangkan stok modal dan ketiadaan tekanan gaji yang ketara. (Laporan Tahunan
Bank Negara Malaysia 2017)
Pada tahun 2018, kadar inflasi menurun dari 3.7% kepada 1.0% iaitu perubahan
sebanyak 2.7%. Hal ini disebabkan oleh penetapan harga runcit bahan api dan
pelaksanaan GST pada kadar sifar dan GST digantikan oleh cukai jualan dan
perkhidmatan (SST). SST telah mewujudkan inflasi pada tahun 2018 secara relatif
rendah memandangkan lebih luas untuk mengekalkan bahagian pasaran. Kesannya,
pindahan kos yang lebih kecil kepada harga runcit dan keadaan tiada tekanan
permintaan yang berlebihan. Seterusnya, kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh
dalam tahun 2018 dan kenaikan harga minyak secara relative kecil, harga bahan api
dalam negara juga menurun. (Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018)
Pada tahun 2019, kadar inflasi menurun dari 1.0% kepada 0.7% iaitu perubahan
sebanyak 0.3%. Hal ini disebabkan oleh pelanjutan harga siling bahan api dan skim
kawalan harga pada musim perayaan ke atas bahan makanan telah menurunkan kadar
inflasi bahan api dan makanan. Seterusnya, penurunan harga minyak dunia dan keadaan
bekalan makanan yang bertambah baik mewujudkan harga bahan api dan makanan
yang lebih rendah. Penurunan kadar inflasi dalam perdagangan import negara telah
menyelesaikan tekanan inflasi dalam negeri. (Laporan Tahunan Bank Negara Malysia
2019)
11
030917-01-0364

5.2 MENGANALISIS HUBUNGAN ANTARA KADAR INFLASI DENGAN


KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI DI MALAYSIA DARI TAHUN
2009 HINGGA TAHUN 2019
Tahun Kadar Inflasi (%) Keluaran Dalam Negeri Kadar Pertumbuhan
Kasar pada Harga Malar Ekonomi (%)
(RM juta)
2009 0.6 629885 -1.51
2010 1.7 676653 7.42
2011 3.2 711760 5.19
2012 1.6 912261 28.17
2013 2.1 955080 4.69
2014 3.2 1012449 6.01
2015 2.1 1063998 5.09
2016 2.1 (2.09) 1108935 4.22
2017 3.7 1174329 5.90
2018 1.0 1363766 16.13
2019 0.7 1423952 4.41
(Sumber: Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Negara Malaysia)
Jadual 2: Kadar Inflasi dan Kadar Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia dari tahun
2009 hingga tahun 2019

Hubungan antara Kadar Inflasi dengan Kadar Pertumbuhan Ekonomi


di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019
Hubungan antara Kadar Inflasi dengan
Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%)

30
28.17
25

20

15 16.13

10
7.42
5 5.19 6.01 5.09 5.9
4.69 4.22 3.7 4.41
3.2 2.1 3.2 2.1 2.1
0.6 1.7 1.6 1 0.7
0
-1.51
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
-5
Tahun

Kadar Inflasi Kadar Pertumbuhan Ekonomi

Rajah 2: Hubungan antara Kadar Inflasi dengan Kadar Pertumbuhan Ekonomi di


Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019

12
030917-01-0364

Jadual 2 dan rajah 2 menunjukkan hubungan antara kadar inflasi dengan kadar
pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019.
Pada tahun 2010, kadar inflasi berhubung secara langsung dengan kadar
pertumbuhan ekonomi kerana kadar inflasi meningkat daripada 0.6% (2009) kepada
1.7% (2010) dan kadar pertumbuhan ekonomi turut meningkat daripada -1.51% (2009)
kepada 7.42% (2010). Hal ini disebabkan oleh permintaan dalam negeri yang
berkembangan dan permintaan luar negeri yang lebih kukuh. Penggunaan swasta yang
lebih tinggi dan perbelanjaan sektor awam telah menyumbang kepada pertumbuhan
permintaan dalam negeri. Seterusnya, permintaan luar negeri yang kukuh telah
meningkatkan pertumbuhan dalam negeri melalui kesan limpahan terhadap
pengeluaran, guna tenaga dan sentimen secara keseluruhan.
Pada tahun 2011, kadar inflasi berhubung secara songsang dengan kadar
pertumbuhan ekonomi kerana kadar inflasi meningkat daripada 1.7% (2010) kepada
3.2% (2011) manakala kadar pertumbuhan ekonomi menurun daripada 7.42% (2010)
kepada 5.19% (2011). Hal ini disebabkan oleh gangguan dalam rantaian bekalan
perkilangan global yang disebabkan oleh bencana di Jepun dan menyebabkan ekonomi
antarabangsa menjadi mencabar. Walaupun persekitaran ekonomi global menjadi
semakin mencabar dan tidak tertentu, pertumbuhan ekonomi disokong oleh
perbelanjaan sektor isi rumah dan perniagaan serta penggunaan sektor awam yang lebih
tinggi. (Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2011)
Pada tahun 2012, kadar inflasi berhubung secara songsang dengan kadar
pertumbuhan ekonomi kerana kadar inflasi menurun daripada 3.2% (2011) kepada 1.6%
(2012) manakala kadar pertumbuhan ekonomi meningkat daripada 5.19% (2011)
kepada 28.17% (2012). Hal ini disebabkan oleh daya tahan permintaan dalam negeri
yang berterusan memperkukuhkan asas-asas makroekonomi dan sistem kewangan,
mempelbagaikan struktur ekonomi dan dasar makroekonomi yang lebih fleksibel.
(Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2012)
Pada tahun 2013, kadar inflasi berhubung secara songsang dengan kadar
pertumbuhan ekonomi kerana kadar inflasi meningkat daripada 1.6% (2012) kepada
2.1% (2013) manakala kadar pertumbuhan ekonomi menurun daripada 28.17% (2012)
kepada 4.69% (2013). Hal ini disebabkan oleh pertumbuhan permintaan dalam negeri
yang semakin kukuh. Penggunaan swasta yang kukuh disokong oleh keadaan guna
tenaga dan pertumbuhan gaji yang menggalakkan. Seterusnya, perbelanjaan modal

13
030917-01-0364

dalam sektor perlombongan, perkhidmatan dan perkilangan juga memperkukuhkan


pertumbuhan ekonomi. (Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2013)
Pada tahun 2014, kadar inflasi berhubung secara langsung dengan kadar
pertumbuhan ekonomi kerana kadar inflasi meningkat daripada 2.1% (2013) kepada
3.2% (2014) dan kadar pertumbuhan ekonomi turut meningkat daripada 4.69% (2013)
kepada 6.01% (2014). Hal ini disebabkan oleh kekuatan permintaan domestik swasta
dan peningkatan prestasi perdagangan luar. Seterusnya, pemindahan kerajaan juga
memberikan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Walaupun
inflasi dalam tahun 2014 lebih tinggi, tetapi pelaburan swasta berkembang dan
didorong oleh sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan. (Laporan Tahunan Bank
Negara Malaysia 2014)
Pada tahun 2015, kadar inflasi berhubung secara langsung dengan kadar
pertumbuhan ekonomi kerana kadar inflasi menurun daripada 3.2% (2014) kepada 2.1%
(2015) dan kadar pertumbuhan ekonomi menurun daripada 6.01% (2014) kepada 5.09%
(2015). Hal ini disebabkan oleh pelaburan swasta mencatat pertumbuhan yang lebih
perlahan menyebabkan perbelanjaan modal yang terjejas oleh pertumbuhan dalam
negeri. Penurunan harga minyak memberikan kesan kepada pelaburan perlombongan
huluan, kemajuan berterusan projek pelaburan yang dilaksanakan dan projek baharu
dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan telah memberikan sokongan kepada
prestasi pelaburan secara keseluruhan. (Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2015)
Pada tahun 2016, kadar inflasi berhubung secara langsung dengan kadar
pertumbuhan ekonomi kerana kadar inflasi adalah 2.1% / 2.09% (2016) iaitu sama
dengan tahun 2015 dan kadar pertumbuhan ekonomi menurun daripada 5.09% (2015)
kepada 4.22% (2016). Hal ini disebabkan oleh risiko baharu yang timbul dan langkah
penyesuaian yang berterusan terhadap kejutan dari luar negeri telah menurunkan
prestasi pertumbuhan ekonomi. Seterusnya, landskap global yang mencabar
memerlukan penyesuaian berterusan dalam perbelanjaan isi rumah, perniagaan dan
kerajaan semakin luput. Prestasi eksport dan aktiviti pelaburan juga menurun sepanjang
tahun 2016 kerana global yang lembap dan harga komoditi yang rendah. Tambahan
pula, perkembangan politik ekonomi maju di luar jangkaan iaitu dasar makroekonomi
yang dilaksanakan di United Kingdom dan Amerika Syarikat telah menimbulkan
ketidakpastian dalam pasaran kewangan serta aliran keluar modal yang besar. (Laporan
Tahunan Bank Negara Malaysia 2016)

14
030917-01-0364

Pada tahun 2017, kadar inflasi berhubung secara langsung dengan kadar
pertumbuhan ekonomi kerana kadar inflasi meningkat daripada 2.1% (2016) kepada
3.7% (2017) dan kadar pertumbuhan ekonomi turut meningkat daripada 4.22 (2016)
kepada 5.90% (2017). Hal ini disebabkan oleh permintaan dalam negeri mewujudakan
perkembangan yang lebih pesat dalam perbelanjaan sektor swasta dan awam. Selain itu,
permintaan yang lebih tinggi daripada rakan dagang utama seperti China, ASEAN,
Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun telah meningkatkan kitaran teknologi
global, perkembangan pelaburan dalam ekonomi dan pemulihan harga komoditi.
Tambahan pula, Malaysia merupakan pengeksport semikonduktor ketujuh terbesar di
dunia dengan petalian yang meluas dalam nilai global telah meningkatkan pertumbuhan
ekonomi. Eksport peranti semikonduktor meningkat dalam tahun 2017 telah
mendorong permintaan yang kukuh terutama ekonomi serantau dan pemulihan aktiviti
pelaburan. Justeru, Pertumbuhan KDNK benar dipertingkatkan oleh permintaan luaran
dan dalaman pada tahun 2017. (Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2017)
Pada tahun 2018, kadar inflasi berhubung secara songsang dengan kadar
pertumbuhan ekonomi kerana kadar inflasi menurun daripada 3.7% (2017) kepada 1.0%
(2018) manakala kadar pertumbuhan ekonomi meningkat daripada 5.90% (2017)
kepada 16.13% (2018). Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan cukai barang dan
perkhidmatan (GST) pada kadar sifar telah menyokong dan meningkatkan kecekapan
dalam kegiatan pelaburan swasta. Kedudukan sektor luaran yang kukuh, kadar
pertukaran yang fleksibel serta sistem kewangan yang maju berjaya mengurangkan
impak aliran modal yang tidak menentu ke atas pasaran kewangan domestik. (Laporan
Tahunan Bank Negara Malaysia 2018)
Pada tahun 2019, kadar inflasi berhubung secara langsung dengan kadar
pertumbuhan ekonomi kerana kadar inflasi menurun daripada 1.0% (2018) kepada 0.7%
(2019) dan kadar pertumbuhan ekonomi menurun daripada 16.13% (2018) kepada 4.41%
(2019). Hal ini disebabkan oleh keadaan permintaan luaran yang lebih lemah
mempengaruhi eksport dan aktiviti pelaburan Malaysia. Aktiviti pelaburan di Malaysia
terjejas oleh sentimen pelabur yang lemah dan menyebabkan penurunan keuntungan
korporat secara meluas dan pasaran harta tanah domestik semakin lemah. Selain itu,
gangguan bekalan dalam pengeluaran komoditi utama telah menjejaskan pertumbuhan
ekonomi. Pertumbuhan ekonomi dalam sektor pertanian merosot kerana keadaan cuaca
yang kering dan pengurangan baja. Secara tidak langsung, hasil minyak sawit terjejas.
(Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2019)
15
030917-01-0364

6.0 CADANGAN
Cadangan yang pertama ialah mempertingkatkan dasar kewangan. Dasar
kewangan merupakan suatu dasar yang dijalankan oleh bank pusat bagi
mempengaruhi kegiatan ekonomi. Bank pusat menjual bil perbendaharaan atau bon
kerajaan kepada institusi kewangan dan orang ramai semasa berlaku inflasi. Jadi,
jumlah wang yang ada di pasaran akan berkurangan. Pengurangan bekalan wang di
pasaran menyebabkan kuasa beli masyarakat menurun dan permintaan agregat
menurun. Tekanan terhadap harga dapat dikurangkan. Oleh itu, inflasi dapat dikawal
dan meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi.

Cadangan yang kedua ialah kerajaan memperkenalkan dan menambahkan


keluaran barangan tempatan yang baru. Barangan tempatan yang unik dapat menarik
perhatian pelanggan dan mengurangkan pengeluaran barang eksport. Penambahan
keluaran barangan tempatan dapat mengelakkan pengaliran mata wang negara
Malaysia ke luar negara. Apabila jumlah keluaran barangan tempatan di pasaran
bertambah, harga barang akan jatuh. Jadi, kadar inflasi dapat dikurangkan dan
meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi.

16
030917-01-0364

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, objektif pertama dalam kajian ini ialah mengkaji arah aliran
kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019. Kadar inflasi mencatatkan
arah aliran yang naik turun. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peningkatan kadar
inflasi berlaku pada 5 tahun iaitu pada tahun 2010 (1.1%), tahun 2011 (1.5%), tahun
2013 (0.5%), tahun 2014 (1.1%) dan tahun 2017 (1.6%). Manakala penurunan kadar
inflasi berlaku pada 4 tahun iaitu pada tahun 2012 (1.6%), tahun 2015 (1.1%), tahun
2016 (0.01%), tahun 2018 (2.7%) dan tahun 2019 (0.3%).

Objektif kedua dalam kajian ini adalah menganalisis hubungan antara kadar
inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun
2019. Hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi menunjukkan
bahawa wujudnya hubungan langsung pada tahun 2010, tahun 2014, tahun 2015, tahun
2016, tahun 2017 dan tahun 2019 manakala hubungan songsang wujud pada tahun 2011,
tahun 2012, tahun 2013 dan tahun 2018. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi berlaku pada 5 tahun iaitu pada tahun 2010
(8.93%), tahun 2012 (22.98%), tahun 2014 (1.32%), tahun 2017 (1.36%) dan tahun
2018 (10.23%). Manakala penurunan kadar pertumbuhan ekonomi berlaku pada tahun
5 tahun iaitu pada tahun 2011 (2.23%), tahun 2013 (23.48%), tahun 2015 (0.92%),
tahun 2016 (11.80%) dan tahun 2019 (0.43%).

17

Anda mungkin juga menyukai