Anda di halaman 1dari 24

1.

0 LATAR BELAKANG
Kadar inflasi yang tinggi mengambarkan kos sara hidup masyarakat akan meningkat
dan taraf hidup masyarakat akan menurun.Hal ini demikian kerana apabila kadar inflasi
sesebuah negara itu semakin meningkat maka kesannya harga barang meningkat, kuasa
beli wang menurun, tingkat tabungan negara terjejas dan nilai mata wang terjejas serta
akan memburukkan imbangan pembayaran.
Oleh itu,masalah inflasi ini perlu ditangani.Antara langkah yang telah diambil oleh
kerajaan Malaysia untuk menangani masalah ini termasuklah melaksanakan dasar
kewangan menguncup,dasar kawalan langsung dan sebagainya. Hal ini demikian
kerana kadar inflasi yang rendah dan stabil menggambarkan persekitaran suasana
kegiatan ekonomi yang lebih konduktif dan baik.
Kekayaan Malaysia dalam bahan anugerah tuhan telah membolehkan ia menduduki
kedudukan ekonomi yang stabil dan hampir sama rata dengan negara Korea
Selatan.Tetapi perbezaannya telah semakin berbeza, dan perbezaan ini telah menjadi
semakin jauh sehingga negara kita perlu mencontohi strategi yang dilaksanakan oleh
negara mereka untuk menbangunkan tingkat ekonomi kita.Hal ini boleh dirujuk kepada
Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
justeru kajian ini dijalankan untuk mengetahui arah aliran kadar inflasi di Malaysia dan
berapa jauh perbezaan tahap ekonomi negara kita berbanding dengan negara tersebut.
Berdasarkan laman web WWW.EREPORT.RU, ia mempamerkan bahawa kadar
inflasi yang tertinggi dari tahun 2006 hingga tahun 2012 bagi negara Malaysia adalah
5.4% pada tahun 2008 dan bagi negara Korea Selatan kadar inflasi yang paling tinggi
adalah pada tahun 2008 iaitu sebnanyak 4.7%.Menurut data ini menunjukkan bahawa
pada masa itu kadar inflasi di negara kita adalah lebih tinggi dari negara tersebut.
Menurut Oxford Dictionary Of Business English, inflasi bermaksud keadaan
kenaikan harga barang disebabkan oleh bertambahnya permintaan terhadap barang dan
perkhidmatan.Manakala Indeks Harga Pengguna(IHP) ialah satu set angka yang
menunjukkan pergerakan harga berangan dan perkhidmatan harian yang dibeli oleh orang
ramai dalam suatu tempoh masa.
1

2.0 Penyataan Masalah


Tajuk kajian ialah `Perbandingan kadar inflasi di Malaysia dengan Korea Selatan dari
tahun 2006 hingga tahun 2012.Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti arah aliran
kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012.Seterusnya,kajian ini juga
untuk mengenal pasti perbandingan kadar inflasi di Malaysia dengan Korea Selatan dari
tahun 2006 hingga tahun 2012.Inflasi berlaku disebabkan terdapat terlalu banyak wang
mengejar barang yang sedikit dan keadaan ini menyebabkan tingkat harga umum
meningkat.Lebih-lebih lagi,inflasi juga berlaku disebabkan oleh kenaikan kos
pengeluaran seperti bahan mentah dan kadar upah.Keadaan ini menyebabkan untung
firma berkurang maka firma terpaksa menaikkan harga barang dan perkhidmatan.
Hasil kajian ini dapat memberi kepentingan kepada kerajaan Malaysia kerana dapat
mengetahui

perbandingan

status

ekonomi

kita

berbanding

dengan

Korea

Selatan.Seterusnya, kajian ini juga dapat melihat tahun yang mana menpunyai kadar
inflasi yang paling tinggi.Tambahan pula, kajian ini juga memberi manfaat kepada Bank
Negara Malaysia kerana dapat mengetahui perbandingan kadar inflasi di Malaysia dan
Korea Selatan.
Inflasi berlaku disebabkan pertambahan bekalan wang dalam ekonomi yang
menyebabkan kejatuhan kadar bunga.Kesannya pendapatan negara dan kuasa beli dalam
ekonomi bertambah dan tingkat harga umum menaik apabila ekonomi telah mencapai
tingkat guna tenaga penuh.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


i. Mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012 .
ii. Mengenal pasti perbandingan kadar inflasi antara Malaysia dengan Korea Selatan dari
tahun 2006 hingga tahun 2012 .

4.0 Kaedah Kajian


a) Kaedah Memperoleh Data
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan data sekunder,
dengan melalui rujukan dari buku-buku rujukan daripada perpustakaan, sumber internet,
Kamus Ekonomi dan sumber dari Unit Perancangan Ekonomi serta Kementerian
Kewangan Malaysia.Buku-buku rujukan(Buku LONGSMAN:Comprehensive
Economics) daripada perpustakaan digunakan sebagai rujukan tentang ekonomi semasa
dan untuk menambah pengetahuan mengenai ekonomi.Seterusnya, sumber internet
( http:// kayzlegacy.blogspot.com/2012/01/punca-berlakunyainflasi,
https://twoohiok.wordpress.com/2010/08/16/langkah-langkah-untuk-menanganikenaikan-harga-barang-keperluan/ ) digunakan untuk mendapatkan punca-punca
berlakunya inflasi dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani
masalah kadar inflasi yang hendak dikaji.Kamus Ekonomi banyak memberi bantuan
dengan mendapatkan definisi yang diperlukan untuk membuat latar belakang kajian.Datadata tentang indeks harga pengguna negara Korea Selatan didapati daripada Unit
Perancangan Ekonomi dan data-data tentang indeks harga pengguna di Malaysia dari
tahun 2006 hingga tahun 2012 didapati daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

b) Kaedah Analisis Data


Data yang diperolehi perlu dianalisis dengan menggunakan bahan grafik seperti graf
garis kerana lebih mudah melihat perbandingan kadar-kadar inflasi antara tahun dan juga
antara negara.Data-data tentang indeks harga pengguna kedua-dua buah negara tersebut
yang diperolehi dari Unit Perancangan Ekonomi dan Kementerian Kewangan Malaysia
akan ditukarkan kepada kadar inflasi ia itu dalam peratusan untuk mengetahui arah aliran
bagi data tersebut.Lebih-lebih lagi, untuk melihat perbezaan kadar inflasi antara keduadua negaranya pengkaji telah memilih dengan merujuk kepada kadar inflasi antara keduadua negara ini dari tahun 2006 hingga tahun 2012 serta membezakan peningkatan atau
penurunan yang dialami dalam tahun tertentu.

Formula yang digunakan seperti berikut:

Kadar Inflasi

IHP Tahun Semasa IHP Tahun Sebelum


100
IHP Tahun Asas

Contoh kiraan :
Tahun

IHP

2007
2008

92.7
97.7

Kadar inflasi tahun 2008 =

97.792.7
100=5.39
92.7

5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan


Kajian ini dibuat untuk mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dan
mengenal pasti perbandingan kadar inflasi antara Malaysia dengan Korea Selatan dari
tahun 2006 hingga 2012 .

5.1 Mengenalpasti Arah Aliran Kadar Inflasi Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012.
Jadual 1 : IHP dan Kadar Inflasi Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012.
TAHUN

IHP

KADAR INFLASI (%)

2005

87.7

2006

90.9

3.62

2007

92.7

2.03

2008

97.7

5.39

2009

98.3

0.61

2010

100.0

1.73

2011

103.2

3.20

2012

104.9

1.65

(Dipetik daripada Laporan Ekonomi Malaysia 20062012)

Merujuk kepada jadual 1, didapati bahawa indeks harga pengguna (IHP) Malaysia
mengalami peningkatan sejak tahun 2005 hingga 2012.Buktinya,pada tahun 2005 nilai
IHP ialah sebanyak 87.7 dan telah meningkat kepada 90.9 pada tahun 2006.Peningkatan
IHP juga berlaku pada tahun seterusnya, iaitu pada tahun 2007 nilai IHP adalah sebanyak
92.7

iaitu

telah

meningkat

sebanyak

1.8

berbanding

dengan

tahun

sebelumnya.Seterusnya, nilai IHP turut meningkat kepada 97.7 pada tahun 2008 dan
pada tahun 2009 pula, nilai adalah sebanyak 98.3.Nilai IHP Malaysia mencapai kepada
100.0 pada tahun 2010.Lebih-lebih lagi, pada tahun 2011 nilai IHP telah meningkat
sehingga 103.2 dan terus menigkat sehingga 104.9 pada tahun 2012.

Bagi kadar inflasi pula, secara keseluruhannya kadar inflasinya adalah tidak stabil
iaitu peningkatan dan penurunan kadar inflasi antara tahun-tahun yang dikaji kerap
berlaku.Pada tahun 2006 adalah sebanyak 3.62% tetapi mengalami menurunan pada
tahun 2007 sehingga 2.03% iaitu penurunannya adalah sebanyak 1.59%.Walau
bagaimanapun, pada tahun 2008 kadar inflasinya adalah sebanyak 5.39% dan telah
mencapai rekod tertinggi berbanding dengan keenam-enam tahun yang lain iaitu dari
tahun 2006 hingga 2012.Pada tahun 2009 pula, kadar inflasinya adalah sebanyak 0.61%
dan hal ini menunjukkan pada tahun ini kadar inflasinya mengalami penurunan yang
drastik

berbanding

dengan

tahun

sebelumnya

iaitu

penurunan

sebanyak

4.78%.Seterusnya pada tahun 2010 pula, kadar inflasinya telah meningkat sehingga
1.73% berbanding tahun sebelumnya dan terus meningkat pada tahun 2011 juga iaitu
kadar inflasinya adalah sebanyak 3.20%.Tetapi pada tahun 2012 pula, kadar inflasinya
mengalami penurunan lagi berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu mencapai 1.65%
sahaja.

GRAF 1 : Kadar Arah Aliran Inflasi Dari Tahun 2006 hingga tahun 2012.

Kadar Inflasi dari tahun 2006 hingga 2012


6
5
4

Kadar Inflasi dari tahun


2006 hingga 2012

3
Peratus Inflasi(%)

Arah Aliran

2
1
0

Merujuk kepada graf 1, didapati bahawa kadar inflasi dari tahun 2006 hingga 2012
adalah tidak stabil, iaitu pada tahun 2006 kadar inflasinya ialah sebanyak 3.62% dan ia
merupakan tahap yang kedua yang paling tinggi antara tahun 2006 hingga 2012.Menurut
daripada Laporan Ekonomi 2005/2006, didapati bahawa inflasi sebagaimana diukur oleh
IHP(2005=100) telah meningkat kepada paras tertinggi iaitu 4.8% dalam bulan Mac 2006
sejak krisis kewangan Asia 1997/1998.Bagi tempoh tujuh bulan 2006.IHP telah
meningkat sebanyak 3.9% berikutan kos tenaga yang amat tinggi dan kesannya daripada
pelarasan harga runcit terkawal bagi produk keperluan asas seperti petroleum dan tarif
elektrik.
Pada tahun 2007 pula, kadar inflasinya telah menurun 2.03% berbanding dengan
tahun sebelumnya.Menurut daripada Laporan Ekonomi 2007/2008, mengatakan bahawa
sebahagian besar peningkatan dalam nilai IHP

berlaku pada tahun tersebut adalah

disebabkan oleh harga yang lebih tinggi bagi makanan dan minuman tanpa alkohol,
pengangkutan serta sewa dan utiliti.Ketiga-tiga kumpulan ini menyumbangkan sebanyak
87.4% kepada pertumbuhan dalam IHP. Seterusnya, punca kenaikan harga barangan di
Malaysia adalah harga komoditi utama ditentukan oleh pasaran antarabangsa dan ini
8

mempengaruhi harga di Malaysia maka kerajaan telah memainkan peranan bagi


memastikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di dalam negeri meningkat
secara sederhana dan terkawal.Antara penurunannya pada tahun 2007 adalah kerana
harga minyak tidak menaik pada tahun ini.Menurut Unit Perancang Ekonomi, kenaikan
terakhir harga runcit petrol, diesel dan gas di Malaysia pada 28 Feb. 2006 dan tiada
kenaikan harga runcit pada tahun 2007 walaupun harga minyak dunia terus meningkat.
Seterusnya merujuk kepada graf 1, terdapati bahawa pada tahun 2008 telah
mencapai kepada puncak yang paling tinggi berbanding dengan tahun-tahun yang lain
iaitu dari tahun 2006 hingga 2012 serta kadar inflasinya meningkat sehingga 5.39%.Hal
ini demikian kerana menurut Laporan Ekonomi 2008/2009 menyatakan bahawa inflasi
telah meningkat di seluruh dunia pada tahun 2008 berikutan harga bahan api dan
makanan yang amat tinggi.Pada tahun ini seluruh dunia mengalami masalah ekonomi
yang amat serius.Unit Perancang Ekonomi mencatatkan bahawa kadar inflasi yang amat
tinggi ini berpunca daripada permintaan yang tinggi berbanding penawaran.Hal ini
mengakibatkan kenaikan harga komoditi utama dunia seperti minyak mentah, bahan
makanan (seperti jagung) yang digunakan untuk membuat bahan bakar gantian (biofuel),
bijih besi, arang batu, gandum, kacang soya dan lain-lain.Sebagai contohnya, harga
minyak dunia meningkat 213% daripada purata AS$29.74 setong pada tahun 2000 kepada
AS$92.98 setong pada Januari 2008.Harga meningkat disebabkan permintaan dunia yang
lebih tinggi berbanding bekalan.Malaysia turut terdedah kepada kenaikan harga minyak
Manakala tahap yang terendah pula adalah dicatat pada tahun 2009 iaitu kadar
inflasinya hanya sebanyak 0.61% sahaja.Walaupun pada tahun 2009, dasar monetari
negara Malaysia berhadapan dengan peningkatan risiko terhadap pertumbuhan berikutan
krisis ekonomi dan kewangan global.Ekonomi Malaysia terjejas teruk akibat kejatuhan
ketara eksport dan aktiviti pelaburan swasta apabila permintaan global menguncup.Lebihlebih lagi, pertumbuhan ekonomi Malaysia berubah menjadi negatif selama tiga suku
tahunan,dengan pertumbuhan suku pertama menguncup dengan nyata sebanyak
6.2%.Oleh itu, Bank Negara Malaysia dan pihak kerajaan telah melaksanakan langkahlangkah dasar komprehensif untuk mengurangkan kesan kemelesetan global terhadap
ekonomi negara.Sebagai contohnya, sejak November 2008 hingga Februari 2009 Bank
9

Negara Malaysia telah mula menjalankan pelbagai langkah untuk mengawal keadaan
ekonomi negara kita, antaranya adalah menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR)
sebanyak 150 mata asas kepada 2.00% dan juga menurunkan Keperluan Rizab
Berkanun(SRR) sebanyak 300 mata asas.Secara kumulatif, langkah-langkah ini berjaya
membendung kesan buruk daripada perkembangan di luar negeri.Menjelang suku
keempat 2009, ekonomi dalam negeri nyata bertambah baik dan menuju ke arah
pemulihan yang mantap
Bagi tahun 2010 pula, pada Disember 2010 naik kepada 2.2%, iaitu yang tertinggi
dalam tempoh 19 bulan.Ini sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.73%
dalam 2010.Antara peningkatan kadar inflasi ini berpunca daripada lonjakan harga
makanan(beras,sayur-sayuran dan lain-lain), komoditi dan penurunan subsidi oleh
kerajaan pada akhir tahun 2010.Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga
petrol RON95 dan diesel sebanyak 5 sen seliter, LPG 5 sen sekilogram dan gula 20 sen
sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah turut mendorong
kenaikan inflasi.
Pada tahun 2011 pula, kadar inflasi telah meningkat kepada 3.2% iaitu berlaku
peningkatan sebanyak 1.47% berbanding tahun sebelumnya.Menurut Laporan Ekonomi
2011/2012 mencatatkan bahawa punca-punca yang menyebabkan kenaikan inflasi adalah
kenaikan harga kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol, kenaikan harga
pengangkutan dan perumahan serta air, elektrik, gas dan bahan lain.Jika harga bahanbahan tersebut meningkat maka akan memberi kesan yang amat besar kepada penduduk
tempatan kerana bahan-bahan tersebut merupakan bahan asas atau bahan keperluan yang
mesti ada dan digunakan justeru taraf hidup penduduk menurun dan kos sara hidup
meningkat.Secara keseluruhannya, ia telah menyumbang kepada 2.5 mata peratusan
kepada peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).
Tambahan pula, pada tahun 2012, kadar inflasinya mengalami penurunan
berbanding dengan tahun sebelumnya dan mencapai 1.65% sahaja.Menurut International
Monetary Fund, World Economic Outlook Database, pada April 2014, mencatatkan
bahawa kadar inflasi bagi negara-negara lain pada tahun ini, majoriti besarnya juga
mengalami kadar inflasi yang menurun dan keadaan ekonomi pada tahun ini juga adalah
10

sihat dan baik.Selain itu, menurut Laporan Ekonomi 2012/2013 menyatakan


perkembangan ekonomi dan penurunan kadar inflasi pada tahun ini disebabkan oleh
kejayaan beberapa projek kerajaan yang besar dan kejayaan ini telah menyebabkan ramai
pelabur asing melabur di negara kita serta perkembangan pesat dalam pelbagai sektor
seperti pertanian perindustrian dan sebagainya.
Kesimpulannya , arah alirannya telah menunjukkan penurunan dan kadar inflasi di
Malaysia adalah tidak stabil dari tahun 2006 hingga tahun 2012 tetapi secara
keseluruhannya arah aliran kadar inflasinya mengalami penurunan dari tahun 2006
hingga tahun 2012.Walau bagaimanapun, masalah inflasi di Malaysia masih terkawal dan
belum menjadi masalah ekonomi yang serius.Dengan kajian ini, pengkaji dapat lebih
memahami tentang sebab peningkatan dan penurunan kadar inflasi di Malaysia dan juga
langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia untuk
mengatasi masalah inflasi dari tahun 2006 hingga tahun 2012.Kadar inflasi Malaysia
menunjukkan penurunan dari tahun 2006 hingga 2012.

11

5.2 Mengenal Pasti Perbandingan Kadar Inflasi di Malaysia dengan Korea Selatan
dari tahun 2006 hingga tahun 2012
Jadual 2 : Kadar Inflasi Malaysia dan Kadar Inflasi Korea Selatan dari tahun 2006
hingga tahun 2012.
TAHUN
2006

KADAR INFLASI di
MALAYSIA(%)
3.62

KADAR INFLASI di
KOREA SELATAN(%)
2.24

2007

2.03

2.53

2008

5.39

4.67

2009

0.61

2.77

2010

1.73

2.94

2011

3.20

4.03

2012

1.65

2.19

(Dipetik daripada Laporan Ekonomi Malaysia 2006-2012


dan The World Bank dan Inflation.EU )

Merujuk kepada jadual 2, didapati bahawa kadar inflasi Malaysia secara


keseluruhannya adalah tidak stabil iaitu peningkatan dan penurunan kadar inflasi antara
tahun-tahun yang dikaji kerap berlaku.Pada tahun 2006 adalah sebanyak 3.62% tetapi
mengalami menurunan pada tahun 2007 sehingga 2.03% iaitu penurunannya adalah
sebanyak 1.59%.Walau bagaimanapun, pada tahun 2008 kadar inflasinya adalah
sebanyak 5.39% dan telah mencapai rekod tertinggi berbanding dengan keenam-enam
tahun yang lain iaitu dari tahun 2006 hingga 2012.Pada tahun 2009 pula, kadar inflasinya
adalah sebanyak 0.61% dan hal ini menunjukkan pada tahun ini kadar inflasinya
mengalami penurunan yang drastik berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu penurunan
sebanyak 4.78%.Seterusnya pada tahun 2010 pula, kadar inflasinya telah meningkat
sehingga 1.73% berbanding tahun sebelumnya dan terus meningkat pada tahun 2011 juga
iaitu kadar inflasinya adalah sebanyak 3.20%.Tetapi pada tahun 2012 pula, kadar
inflasinya mengalami penurunan lagi berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu
mencapai 1.65%

12

Bagi kadar inflasi negara Korea Selatan pula secara keseluruhannya adalah tidak
stabil juga kerana peningkatan dan penurunan kadar inflasi antara tahun-tahun yang
dikaji kerap berlaku.Kadar inflasi bagi tahun 2006 adalah sebanyak 2.24% da terus
meningkat sehingga 2.53% pada tahun 2007 iaitu berlaku peningkatan sebanyak
0.29%.Kadar inflasinya terus meningkat sehingga tahun 2008 iaitu sebanyak 4.67% dan
merupakan kadar inflasi yang tertinggi berbanding dengan keenam-enam tahun yang lain
iaitu dari tahun 2006 hingga 2012.Selepas itu, penurunan kadar inflasi mula berlaku pada
tahun 2009 iaitu kadar inflasinya adalah sebanyak 2.77% dan hal ini menunjukkan pada
tahun ini kadar inflasinya mengalami penurunan yang paling banyak berbanding dengan
tahun-tahun kajian yang lain iaitu penurunan sebanyak 1.9%.Seterusnya pada tahun 2010
pula, kadar inflasinya telah meningkat semula sehingga 2.94% dan terus meningkat pada
tahun 2011 iaitu kadar inflasinya adalah sebanyak 4.03%.Walau bagaimanapun, pada
tahun 2012 kadar inflasinya mengalami penurunan semula sehingga mencatat 2.19% dan
mengalami penurunan sebanyak 1.84% berbanding tahun sebelumnya.

13

GRAF 2 : Kadar Arah Aliran Inflasi Negara Malaysia Dengan Korea Selatan Dari
Tahun 2006 hingga tahun 2012.
6
5
4
Malaysia
3

Arah Aliran Kadar Inflasi


Malaysia

Arah Aliran Kadar Inflasi


Korea Selatan

Peratus Inflasi(%)

1
0

Antara hubungan Malaysia dengan Korea Selatan bermula selepas Perang Korea
berlaku.Korea Selatan merupakan sebuah negara maju sebagai contohnya Dasar Pandang
Ke Timur yang diamalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1980-an.Oleh itu, Korea
Selatan amat sesuai untuk membuat perbandingan dalam kadar inflasi dengan Malaysia
untuk melihat perbezaan keadaan ekonomi negara Malaysia dengan negara Korea.
Merujuk kepada graf 2, pengkaji dapati bahawa kadar inflasi kedua-dua negara
tersebut adalah tidak stabil iaitu naik turun turut berlaku dari tahun 2006 hingga 2012
dan arah aliran kadar inflasi bagi negara Malaysia adalah menurun manakala arah aliran
kadar inflasi bagi negara Korea Selatan pula menunjukkan adalah menunjukkan
konsisten.Hal ini menunjukkan bahawa kadar inflasi di negara Korea Selatan adalah lebih
stabil dan sihat daripada negara Malaysia kerana tidak berlaku naik turun yang amat
ketara.Hal ini demikian kerana sejak tahun 1999 Bank of Korea(BOK) telah mula
mengawal kadar inflasi negara Korea dengan serius selepas berlakunya krisis di Asia

14

pada tahun 1997 dan 1998.Manakala bagi Malaysia pula, keadaan kadar inflasinya adalah
kurang stabil kerana keadaan ekonomi yang sentiasa berlaku perubahan.
Pada tahun 2006, kadar inflasi bagi negara Malaysia adalah 3.62% iaitu melebihi
kadar inflasi Korea Selatan sebanyak 1.38% daripada 2.24% kadar inflasinya.Sebab
kadar inflasi korea adalah lebih rendah berbanding dengan negara yang lain seperti
Malaysia yang masih terlibat dalam ancaman kondisi eksternal seperti harga minyak
dunia tetap membayangi.Korea Selatan telah mereformasi sektor perpajakan yang
menjalan dengan arah kebijakan ekonomi makro Korea Selatan pada suku kedua tahun
2006. Komposisi perekonomian dilihat dari pendapatan per kapita Korea Selatan adalah
sebesar 3.3 persen untuk sektor pertanian, 40.3 persen untuk sektor industri, dan 56.3
persen untuk sektor Jasa.Misalnya, berkerjasama dalam ekonomi antara dengan Korea
Utara, yang mencapai 1 milyar dollar AS dan pendewasaan teknologi digital dan jaringan.
Bagi tahun 2007 pula, kadar inflasi negara Korea Selatan telah menaik kepada
2.53% manakala bagi negara Malaysia pula telah menurun sehingga 2.03%.Menurut
Bank of Korea(BOK) menyatakan bahawa kenaikan kadar inflasi negara Korea pada
tahun ini adalah disebabkan berlaku kenaikan harga minyak dan perubahan dalam
pertukaran mata wang tempatan.
Seterusnya, pada tahun 2008 kadar inflasi kedua-dua negara juga mencapai ke
tangga yang paling tinggi dari tahun 2006 hingga 2012 iaitu sebanyak 5.39% bagi negara
Malaysia dan 4.67% bagi negara Korea Selatan serta kadar inflasi Malaysia telah sekali
lagi

melebihi

Korea

Selatan

sebanyak

0.72%.Menurut

kajian

`INFLATION

TARGETING IN PRACTICE: KOREAN EXPERIENCE yang dijalani oleh Hyun Euy


Kim dan Junhan Kim menyatakan bahawa inflasi menunjukkan kenaikan yang besar dari
2.5% pada tahun 2007 kepada 4.7% pada tahun 2008 , terutamanya disebabkan oleh
harga minyak.Di Malaysia pula, menurut Laporan Tahunan 2008, Harga minyak mentah
juga mencecah paras tertingginya pada USD145 setong pada bulan Julai, iaitu kenaikan
63.6% berbanding paras harga bulan Januari 2008.Lebih-lebih lagi, harga komoditi
mengalami turun naik luar biasa pada tahun 2008 apabila dalam tempoh setahun sahaja,
harga turun dan naik dalam magnitud yang besar.Harga komoditi naik mendadak pada
separuh pertama 2008, sebahagiannya disebabkan permintaan yang teguh dan jangkaan
15

permintaan yang lebih tinggi daripada ekonomi sedang pesat membangun yang utama
serta peningkatan pelaburan memandangkan komoditi kini menjadi kelas aset pelaburan
yang baharu.
Lebih-lebih lagi, pada tahun 2009 kadar inflasi mengalami penurunan yang amat
drastik bagi negara Malaysia iaitu tercapai 0.61% manakala bagi Korea Selatan pula
mengalami penurunan sehingga 2.77%.Menurut Laporan Jabatan Tenaga Kerja, indeks
tenaga menyebabkan kemerosotan kadar inflasi tahun ini.Peningkatan tenaga adalah
disebabkan oleh indeks petrol.Menjelang awal tahun 2009, ekonomi Malaysia jelas
sedang berhadapan dengan ancaman yang besar daripada kelembapan ketara berikutan
kemerosotan yang nyata dalam keadaan ekonomi global.Walaupun keadaan permintaan
dalam negeri masih secara relatif kukuh, namun kejatuhan eksport yang teruk dan
prospek ekonomi beberapa rakan perdagangan utama Malaysia yang lemah telah
bermaksud sokongan dasar yang ketara diperlukan bagi menghalang berlakunya
kemelesetan ekonomi yang teruk dan berpanjangan.Bank Negara Malaysia telah
melaksanakan langkah pengurangan kadar faedah begi melindungi ekonomi negara
daripada kesan ekonomi global yang lemah.Akhirnya berjaya menurunkan kadar inflasi
Malaysia.Tetapi bagi negara Korea pula, langkah pengawalan keadaan ekonominya
kurang berjaya.
Pada tahun 2010 pula, kadar inflasi Korea Selatan telah meningkat sehingga 2.94%
dan bagi Malaysia juga meningkat sehingga 1.73% berbanding tahun sebelum.Walau
bagaimanapun, kadar inflasi Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding dengan
Korea.Hal ini demikian kerana kebanyakkan sektor dalam negara Malaysia berkembang
baik misalnya menurut Buletin Suku Tahunan Suku Pertama 2010, menyatakan bahawa
permintaan dalam negeri berkembang sebanyak 5.4% pada suku pertama, sektor
pertanian berkembang sebanyak 6.8% pada suku pertama dan sektor pembinaan
berkembang pada kadar yang kukuh sebanyak 8.7% pada suku tersebut (S4 09: 9.3%)
disokong oleh pelaksanaan projek berkaitan permbinaan di bawah pakej rangsangan
fiskal kedua dan Rancangan Malaysia Kesembilan dan lain-lain
Pada tahun 2011,kadar inflasi kedua-dua negara tersebut juga menunjukkan
peningkatan ,walau bagaimanapun peningkatan bagi Korea Selatan adalah lebih banyak
16

berbanding negara Malaysia yang hanya mencatat 3.20% berbanding 4.03% pada Korea
Selatan.Menurut Bloomberg News, menyatakan inflasi Korea Selatan meningkat kepada
kadar terpantas dalam tempoh tiga tahun pada bulan Ogos pada kenaikan harga makanan,
menambah tekanan kepada bank pusat untuk meningkatkan kos pinjaman.Harga
pengguna meningkat 5.3 peratus daripada setahun yang lalu, selepas keuntungan 4.7
peratus pada bulan Julai , Statistik Korea hari ini berkata dalam Gwacheon, selatan Seoul.
Itu adalah lebih tinggi daripada ramalan sebanyak 11 ahli ekonomi, yang median
anggaran adalah 4.8 peratus dalam kaji selidik Bloomberg News. Harga meningkat 0.9
peratus berbanding bulan Julai.Bank of Korea perlu menimbang sama ada ancaman
inflasi adalah lebih besar daripada risiko pertumbuhan yang perlahan permintaan global
berat pada pengeluaran industri dan keyakinan korporat dan pengguna.
Tambahan pula, pada tahun 2012 kadar inflasi bagi Malaysia dan juga Korea
Selatan mengalami penurunan iaitu Malaysia mencatat 1.65% dan Korea Selatan
mencapai 2.19%.Kedua-dua negara tersebut berada pada keadaan yang sihat.Hal ini
demikian kerana menurut Laporan Berkembangan Ekonomi Pada Tahun 2012
menyatakan bahawa Pada tahun 2012, tekanan inflasi global menjadi sederhana,
mengubah trend menaik yang dialami pada tahun sebelumnya.Antara sebab kadar inflasi
Malaysia adalah turut rendah daripada Korea adalah kerana ekonomi Malaysia mencatat
prestasi yang lebih baik daripada jangkaan pada tahun 2012, dengan pertumbuhan yang
lebih tinggi sebanyak 5.6% (2011: 5.1%). Pertumbuhan yang kukuh ini disokong oleh
permintaan dalam negeri yang berdaya tahan, yang mengurangkan kesan negatif daripada
persekitaran luar yang lemah.
Secara kesimpulannya, berbandingkan negara Malaysia dengan Korea Selatan,
pengkaji dapati bahawa kadar inflasi dan ekonomi Korea adalah lebih stabil dari pada
negara Malaysia.Hal ini sebab sepanjang masa kajian dijalankan kadar inflasi di Korea
tidak berlaku naik turun yang besar malah hanya terdapat naik turun kadar yang stabil
sahaja berbanding dengan Malaysia.Hal ini menunjukkan bahawa Bank of Korea telah
berjaya megawal kadar inflasinya pada keadaan yang stabil dan menyesuaikan inflasi
mensasarkan sebagai rangka kerja dasar monetari untuk mengkukuh lagi usaha untuk

17

mengawal kadar inflasinya.Walau bagaimanapun, arah aliran bagi kedua-dua negara


menunjukkan bahawa situasi ekonominya adalah masih sihat.
6.0 CADANGAN
Kadar Inflasi di sesebuah Negara biasanya akan memberi kesan kepada ekonomi
dunia dan keseimbangan ekonomi sesebuah Negara.Kadar inflasi yang tinggi akan
menaikkan kos sara hidup dan menjejaskan taraf hidup penduduk.Justeru pengkaji telah
mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil supaya inflasi dapat dikawal .
Pengkaji menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada
perkembangan ekonomi negara, pendapatan negara dan kos sara hidup serta taraf hidup
penduduk yang berpendapatan rendah, kerajaan melaksanakan Kempen Anti Inflasi
melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan berusaha untuk
mengubahkan sikap para pembeli supaya mereka akan mengambil langkah-langkah yang
positif untuk membantu menangani masalah inflasi.Objektif kempen berkenaan ialah
untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang sihat iaitu sifar.Kempen ini disasarkan
kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras masalah
inflasi dengan menggalakkan pengguna agar membeli barangan buatan Malaysia,
mengelakkan pembelian tidak dirancang dan membeli hanya barangan yang memang
diperlukan .
Seterusnya, kerajaan juga boleh menggunkan dasar kewangan menguncup untuk
mengatasi masalah inflasi.Semasa inflasi, Bank Pusat perlu menjalankan dasar kewangan
menguncup iaitu mengurangkan penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi
mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi yang akan menyebabkan tingkat harga
umum turun dan akhirnya masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.
Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil langkah mengurangkan harga barang
keperluan seperti

beras, petrol dan sebagainya selaras dengan pengurangan harga

komoditi dunia.Subsidi diesel patut terus diberikan kepada golongan tertentu terutamanya
nelayan kerana bertujuan mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung
harga ikan murah di pasaran.Subsidi petrol atau diesel patut disalurkan kepada rakyat
supaya dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat.Apabila hal-hal tersebut dapat
18

dilaksanakan maka taraf hidup penduduk dapat ditingkatkan kerana kos sara hidup
rakyat telah dikurangkan.
Tambahan pula, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal
Ehwal Pengguna perlu menganjurkan Kempen Beli Produk Malaysia . Langkah ini amat
mustahak untuk memulihkan masalah inflasi.Penduduk Malaysia digalakkan supaya
membeli bahan keperluan asas seperti beras dan sebagainya yang sedia ada di negara kita
daripada membeli barangan import.Ini untuk mengelakkan inflasi di import
berlaku.Saelain itu, kilang tempatan juga digalakkan untuk meningkatkan kualiti
barangan mereka supaya dapat bersaing dengan barangan import dan barangan tempatan
dapat menjadi barang penggantian import.Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan
negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh berbanding dengan mata wang
asing . Sebagai contoh,Kedai 1 Malaysia dan Klinik 1 Malaysia dibuka untuk
mengalakkan penduduk tempatan untuk membeli barang buatan tempatan sdan juga
untuk membantu penduduk supaya dapat membeli barang pengguna pada harga yang
lebih murah.
Kesimpulannya , pihak kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab harus bersamasama mengatasi masalah inflasi di Malaysia . Selain itu , pihak autoriti dan masyarakat
juga harus bekerjasama untuk membendung inflasi yang berlaku di negara kita agar
Wawasan 2020 dapat dicapai .

19

7.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, kedua-dua objektif tentang kajian ini telah mencapai iaitu
pengkaji telah mendapati tentang arah aliran kadar inflasi Malaysia adalah menunjukkan
penurunan dan kadar inflasinya adalah tidak stabil dari tahun 2006 hingga tahun
2012.Hal ini demikian kerana terdapat beberapa jenis faktor yang menyebabkan berlaku
peningkatan atau penurunan kadar inflasi.Antaranya adalah seperti kenaikan permintaan
melebihi penawaran, berlakunya bencana alam, kenaikan harga barangan keperluan asas,
kenaikan harga komoditi makanan dan sebagainya .
Seterusnya, pengkaji mendapati bahawa kadar inflasi yang meningkat secara
mendadak di Malaysia adalah peningkatan sebanyak 2.0% tahun 2007 ke 5.4% tahun
2008 . Keadaan ini disebabkan oleh berlakunya krisis kewangan di Amerika Syarikat
yang semakin mendalam menjejaskan prestasi ekonomi merosot di seluruh dunia .
Sementara itu , kenaikan harga makanan , minyak dan pelbagai jenis komoditi
menyebabkan inflasi berlaku di Malaysia .
Lebih-lebih lagi, dalam objektif yang kedua pula iaitu mengkaji hubungan kadar
inflasi antara Malaysia dengan Korea Selatan dari tahun 2006 ke 2012, pengkaji
mendapati bahawa masalah inflasi akan membawa kesan yang besar kepada ekonomi
Malaysia maka jika kadar inflasi negara Malaysia semakin menaik. Beberapa langkah
boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasinya antaranya adalah menggunakan kuasa
kewangan menguncup, dasar fisikal menguncup, menganjurkan Kempen Beli Barangan
Malaysia , melaksanakan Kempen Anti Inflasi dan sebagainya.Hal ini adalah amat
penting supaya ekonomi negara tidak akan dijejas dan sentiasa berada pada keadaaan
yang sihat.
Kesimpulannya, kedua-dua objektif kajian telah dicapai kerana pengkaji telah
mengetahui tentang arah aliran kadar inflasi bagi Malaysia iaitu menurun dan juga telah
melihat perbandingan antara Malaysia dengan Korea Selatan.Menurut pendapat pengkaji
terdapati bahawa masalah inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang kini
20

dihadapi oleh negara Malaysia.Jika tidak menanganinya maka taraf hidup penduduk
tempatan akan menurun dan kos sara hidup pula akan menaik.Oleh yang demikian
masalah inflasi perlu dinangani untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia.Terdapat
pelbagai faktor yang boleh menyebabkan berlaku masalah inflasi.Namun, terdapat juga
banyak cara yang boleh digunakan untuk mengawal kadar inflasi supaya ekonomi
Malaysia berada pada keadaan yang sihat.Oleh itu , pihak kerajaan harus mengambil
tindakan terhadap pengawalan inflasi secara berterusan dan berkesan supaya
pembangunan Malaysia dapat terus berkembang pesat dan dapat mencapai hasrat
Wawasan 2020 pada jangka yang ditentukan.

21

8.0 RUJUKAN
KAMUS :
1 . Kamus Ekonomi, 1993. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pusaka.
BUKU :
1 . Heng Siew Ngu dan Md Zyadi Md Tahir, 2008. Mikroekonomi: Teks Pra-U, STPM
dan Matrikulasi. Petaling Jaya: Pearson Longman. (pada 4 Jun 2015)
DOKUMEN AWAM :
1 . Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia 2006. Laporan Ekonomi 2005/2006.
Kuala Lumpur : Kewangan Sektor Awam
2 . Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia 2007. Laporan Ekonomi 2006/2007.
Kuala Lumpur : Kewangan Sektor Awam
3 . Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia 2008. Laporan Ekonomi 2007/2008.
Kuala Lumpur : Kewangan Sektor Awam
4 . Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia 2009. Laporan Ekonomi 2008/2009.
Kuala Lumpur : Kewangan Sektor Awam
5 . Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia 2010. Laporan Ekonomi 2009/2010.
Kuala Lumpur : Kewangan Sektor Awam
6 . Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia 2011. Laporan Ekonomi 2010/2011.
Kuala Lumpur : Kewangan Sektor Awam
7 . Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia 2012. Laporan Ekonomi 2011/2012.
Kuala Lumpur : Kewangan Sektor Awam
8 . Malaysia. Bank Negara Malaysia 2009. Laporan Tahunan 2008. Kuala Lumpur : Bank
Negara Malaysia
22

INTERNET :
1 . Jabatan Perangkaan Malaysia, Buku Tahunan Perangkaan. Kuala Lumpur. (pada 18
Jun 2015)
https://www.statistics.gov.my/
2 . Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional. (pada 25 Jun 2015)
http://www.treasury.gov.my/index.php?
option=com_content&view=category&id=262&Itemid=2478&lang=ms
3 . Cikgu Tan, Langkah-langkah untuk menangani kenaikan harga barang keperluan.
(pada 25 Jun 2015)
https://twoohiok.wordpress.com/2010/08/16/langkah-langkah-untuk-menanganikenaikan-harga-barang-keperluan/
4 . Worldwide Inflation Rates, The World Bank. (pada 26 Jun 2015)
http://data.worldbank.org/indicator/NY.GDP.DEFL.KD.ZG
5 . Korea Selatan-Kadar inflasi. (28 Jun 2015)
http://id.tradingeconomics.com/south-korea/inflation-cpi

23

24

Anda mungkin juga menyukai