Anda di halaman 1dari 6

PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI

SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2016/2017


KOD & TAJUK KURSUS: YKT105 Penulisan Media Bahasa Melayu
Dewan Kuliah Z ( DK Z)
KULIAH:

Hari Selasa 3-5 Petang

PENSYARAH 1

Nama:
Pejabat:
Telefon:
E-mail:

PENSYARAH 2:

Nama:
Pejabat:
Telefon:
E-mail:

TUJUAN KURSUS:

Kursus ini bertujuan membantu pelajar dalam mempertingkatkan mutu


penulisan dalam Bahasa Melayu. Tumpuan akan diberikan kepada kaedah
penyampaian maklumat secara berkesan melalui penulisan.Pelajar akan
diperkenalkan kepada beberapa jenis penulisan dan kaedah menghasilkan
penulisan tersebut dengan baik. Tumpuan juga akan diberikan kepada
penggunaan perkataan yang tepat, ayat yang teratur dan kemas serta
tatabahasa yang betul.

SINOPSIS

Kursus ini adalah kursus kemahiran yang akan membantu pelajar


mempertingkatkan mutu penulisan mereka dalam Bahasa Melayu. Kandungan
kursus ini akan meliputi pelbagai jenis penulisan seperti penulisan rencana,
berita, kreatif dan ilmiah. Penumpuan akan diberikan kepada kaedah
penyampaian maklumat atau idea, tatabahasa yang betul, penggunaan
perkataan yang tepat dan padat dalam format yang sesuai

HASIL PEMBELAJARAN:

Dr. Nor Hazlina Hashim


0012/D13
2638
nhashim@usm.my
Dr .Rani Ann A/P Balaraman
208/C10
5153
rani_balaraman@usm.my

Mengenalpasti kesalahan umum dalam penulisan Bahasa Melayu.


Mempamerkan idea-idea baru dalam penulisan berdasarkan maklumat
yang diperoleh dari berbagai sumber dengan jelas dan mampu
mengatur susun maklumat supaya mudah difahami oleh pembaca.
Mencerna idea untuk menghasilkan pelbagai jenis penulisan dan
mengorganisasikan idea-idea berkenaan mengikut stail dan format
penulisan yang berkaitan.
Mempamerkan kebolehan menguruskan maklumat dari pelbagai

PENILAIAN KURSUS

sumber.
Kerja kursus: 100% yang merangkumi:
Penulisan (Tugasan Individu)
Penyuntingan
Latihan Tutorial / Kuiz

70%
20%
10%

RUJUKAN UTAMA:
(i) Maimunah Haji Omar (1993). Panduan Bahasa & Format Penulisan
Laporan. Institut Teknologi MARA.
(ii) Kamarudin Haji Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997). Penguasaan
Kemahiran Menulis. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
(iii) Asma Haji Omar (2006). Panduan Wacana Akademik: Teori dan
Penerapan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
(iv) Md Sidin Ahmad Ishak & Mus Chairil Samani (1996). Strategi Penulisan:
Panduan Khusus Kepada Penulis. Jabatan Komunikasi Universiti
Kebangsaan Malaysia.
(v) Nik Safiah Karim, Farid M. Onn & Hashim Hj. Musa (2015). Tatabahasa
Dewan. Edisis Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
(vi) Asmah Hj. Omar (2007). Wacana Penulisan Akademik, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(iii)
Murshidi Harun@ Zakaria, Tan Hock Thye, Yahya Che Lah (2009).
Sarana Bahasa Malaysia Universiti:Pemantapan Tatabahasa. Shah
Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.
(iv)
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2007). Teori dan Teknik Terjemahan.
Batu Caves, Selangor: PTS Publications and Distributors.
(v)
Norizan Ardi et al. (2009). Pengantar Prinsip Penterjemahan. Petaling
Jaya: August Publishing Sdn. Bhd.
(vi)
Shivadas, P. C. & Krishnamoorthy, M. (2004). The You in Journalism.
Kuala Lumpur: Shivadas & Krishnamoorthy.
(vii) John R. Bender, Lucinda D. Davenport, Michael W. Drager &
Fread Fedler (2009). Reporting for the Media Oxford University
Press.
(viii) Sulaiman Masri (1990). Penulisan berita dalam Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
(ix)
Penulisan Rencana Ilmiah (2002). Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia Bangi.
(x)
Stuart Campbell (1998). Translation into The Second Language. Addison
Wesley Logman Limited.

RANGKA KURSUS
MINGGU
1
6/9/2016
2
13/9/2016

TAJUK
Pengenalan Kursus
Ciri-Ciri Penulisan yang Baik - Kemahiran Berfikir dan Penulisan
(TUGASAN CERPEN) (20%)
TARIKH AJAL:4/10/2016

3
20/9/2016
4
27/9/2016
5
4/10/2016
6
11/10/2016
7
18/10/2016
8
25/10/2016
9
1/11/2016
10
8/11/2016
11
15/11/2016
12
22/11/2016
13
29/12/2016
14
6/12/2016

Tanggungjawab & Etika Penulis

Penulisan Kreatif
Penulisan Ilmiah (TUGASAN ILMIAH) (20%)
TARIKH AJAL:18/10/2016

Pengorganisasian Maklumat
Penulisan Rencana / Laporan (TUGASAN RENCANA) (20%)
TARIKH AJAL:1/11/2016

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

Penulisan Berita (ULASAN BERITA) (10%)

Tatabahasa Umum 1

Tatabahasa Umum 2: Gaya dan Laras Bahasa

Penulisan dan Penyuntingan

Kesalahan umum dalam Penulisan Bahasa Melayu

Teknik Penterjemahan

15
13/12/2016

Rumusan dan Ulangkaji

PENGENDALIAN KURSUS
1. Kursus ini dikendalikan melalui kuliah sahaja (tiada tutorial).
2. Kehadiran ke kuliah adalah WAJIB dan mesti tepat pada masa yang ditetapkan.
3. Ketidakhadiran ke kuliah mesti disertakan dengan alasan / bukti melalui surat rasmi atau
dokumen sijil sakit yang diperolehi dari pusat kesihatan kerajaan / klinik panel USM. Alasan/
bukti tersebut mesti diserahkan kepada pensyarah kursus dalam masa 7 hari.
4. Pelajar yang tidak hadir ke kuliah sebanyak 3 kali akan diminta memberikan surat tunjuk sebab
dan markah sebanyak 10% akan dipotong jika jawapan anda tidak relevan.
5. Pelajar perlu buat persediaan dari segi bacaan dan latihan yang cukup untuk terlibat dalam sesi
perbincangan / aktiviti semasa kuliah.
6. Penggunaan telefon bimbit dilarang semasa kuliah. Sila tetapkan telefon anda dalam mod
senyap/tutup.
7. Sila berpakaian kemas dan sopan.
8. Pensyarah kursus berhak mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang gagal mematuhi
peraturan pengajian yang ditetapkan oleh USM.
9. Plagiat adalah satu kesalahan yang serius. Jangan terlibat dengan PLAGIARISME dalam
menyiapkan tugasan/ assigment yang diberikan. Sekiranya pelajar didapati melakukan plagiat
dalam tugasan pelajar tersebut akan Gred F (GAGAL).
10. Sila datang ke kuliah dengan ceria dan bermotivasi untuk mendapat ilmu dan kemahiran.

TUGASAN
1. Penulisan Individu (70%)

Dalam bahagian penulisan ini, pelajar akan diberikan 4 tugasan. Tugasan Pertama, Kedua dan
Ketiga adalah 20%. Manakala tugasan terakhir ialah 10%.
Pelajar diberikan masa dua minggu untuk menyiapkan setiap tugasan dan WAJIB menghantar
semua tugasan individu.
Tugasan yang dihantar lewat tidak akan diperiksa dan diberi Gred F (GAGAL).

2. Penyuntingan dan Latihan Tutorial/ Kuiz (30%)

Pelajar diberikan 3 tugasan iaitu dalam bentuk penyuntingan, tatabahasa dan kuiz yang
masing-masing membawa markah 10%.
Tugasan-tugusan ini akan diberikan semasa satu jam terakhir kuliah dan pelajar akan
menghantar latihan ini pada akhir waktu kuliah.
Pelajar yang tidak hadir semasa latihan ini tanpa sebab yang disertakan dengan alasan / bukti
melalui surat rasmi atau dokumen sijil sakit yang diperolehi dari pusat kesihatan kerajaan /
klinik panel USM akan diberikan markah 0.

TUGASAN INDIVUDU: (70%)


TUGASAN 1: PENULISAN CERPEN (20%)
1. Hasilkan sebuah cerpen yang bertemakan satu dari topik seperti di bawah. Hasil cerpen anda
haruslah sekurang-kurangnya 5 mukasurat dan tidak melebihi 10 mukasurat, langkau 1.5 dan
font 12, Times New Roman.
2. Cerpen anda haruslah asli dan tidak pernah diterbitkan di mana-mana majalah, buku atau blog.
3. Jika hasil cerpen anda baik dan memuaskan ia mungkin akan dipertimbangkan untuk
diterbitkan sebagai antalogi cerpen.
TEMA:
Kekeluargaan
Pendidikan
Alam sekitar
Binatang
Sains dan Teknologi
Kesihatan
Pecahan markah:
Bahasa
Tema
Keasliaan
Pengajaran
TUGASAN 2: PENULISAN RENCANA (20%)
1.
2.
3.
4.
5.

Hasilkan sebuah rencana mengenai sebuah tempat yang pernah anda lawati.
Tempat yang anda pilih harus merupakan dalam negara Malaysia sahaja.
Setiap rencana harus tidak kurang dari 3 mukasurat dan tidak melebihi 6 mukasurat
Langkau 1.5 dan font 12, Times New Roman
Rencana anda harus mempunyai sekurang-kurangya 5 keping gambar dan salah satu dari
gambar itu harus mempunyai imej diri anda di tempat itu (Bukan Photoshop).
6. Tuliskan keistimewaan tempat, sejarah, kedudukan geografi, pemimpin, orang terkenal
yang lahir atau tinggal di tempat itu atau apa sahaja aspek yang anda rasa perlu
diketengahkan untuk diketahui oleh pembaca.
Pecahan markah:
Pengenalan
Bahasa
Gambar
Keasliaan
TUGASAN 3: PENULISAN ILMIAH (20%) MINI PROPOSAL
1. Hasilkan sebuah penulisan ilmiah berdasarkan contoh-contoh tempatan. Pilih satu dari
topik di bawah:
a. Kewartawanan Media Baru
b. Akhbar Dalam Talian

2.

3.
4.
5.

(Arahan Keras: Mana-mana hasil penulisan yang didapati PLAGIAT akan diberikan
gred F GAGAL dan mana anda akan dimasukkan dalam fail peribadi anda sebagai
salah laku)
Penulisan ilmiah meliputi:
a. Tajuk
b. Abstrak: 200-350 patah perkataan & Kata Kunci: 3-5 patah perkataan
c. Pengenalan
d. Latar Belakang Kajian
e. Permasalahan Kajian
f. Persoalan & Objektif Kajian
g. Signifikasi Kajian
h. Skop Kajian
i. Kaedah (Method) Kajian
j. Rujukan
Hanya satu perenggan sahaja diperlukan untuk setiap bahagian (b i).
Setiap penulisan ilmiah dari 4 hingga 5 mukasurat.
Langkau 1.5 dan font 12, Times New Roman.

TUGASAN 4: ULASAN BERITA (10%)


1. Hasilkan sebuah ulasan berita berdasarkan berita yang akan dimuat naikkan dalam
eLearning USM.
2. Ulasan berita tidak melebihi satu mukasurat.
3. Langkau 1.5 dan font 12, Times New Roman.
PENYUNTINGAN DAN LATIHAN TUTORIAL/ KUIZ (30%)
LAIN-LAIN: KUIZ, UJIAN TATABAHASA & PENYUNTINGAN (10% x 3kali = 30%)
1. Penilaian ketiga-tiga ini akan dilakukan selepas kuliah.
2. Pelajar dikehendaki hadir untuk setiap kuliah untuk membolehkan pelajar menduduki ujianujian ini.
3. Pelajar yang GAGAL menghadirkan diri pada hari ujian tanpa sebarang alasan yang
munasabah akan dianggap GAGAL dan diberikan Gred F (0 markah).

Anda mungkin juga menyukai