Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUGAS KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PISMP Nama Pelajar:


Kod: BMMB3033 Semester/ Tahun:2/ 2021
Nama Kursus: Ambilan: AMBILAN JUN 2020
Kesusasteraan Melayu Kumpulan: PISMP

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan Esei 5 Februari 2021 24 Februari 2021

2. Kritikan teks cerpen 25 Februari 2021 15 Mac 2021

3 Pembentangan kumpulan 16 Mac 2021 22 Mac 2021


(30 minit)

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghuraikan sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia tahun 1980-an hingga 2019 dengan
berkesan secara lisan dan bertulis (C5, PLO1, PLO3,CTPS2)
2. Merumuskan pemikiran dalam sebuah puisi atau prosa secara pembentangan kumpulan dan
mengaplikasikan pelbagai seni persembahan dalam kumpulan. (C6, PLO4,PLO5,CS1,TS4)
3. Menilai kesesuaian teori dalam kajian teks sastera dengan merujuk pelbagai sumber.
(C5,PL03, PLO6, CTPS3,LL1)
4. Mengkritik teks sastera moden dengan menggunakan teori kritikan kesusasteraan Melayu
dengan kebolehan berfikir melangkaui batas. (6,PLO3,CTPS4)

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menulis sebuah esei bertajuk “Sejarah Perkembangan Sastera Melayu: Kesesuaian teori
dalam kajian teks sastera puisi tradisional atau moden” dengan idea yang berkesan.

2. Menghasilkan kritikan teks berdasarkan sebuah cerpen yang dipilih daripada majalah atau
antologi cerpen terbitan DBP menggunakan salah satu teori yang dipelajari, dengan kebolehan
berfikir melangkaui batas.

3. Membentangkan pemikiran dalam sebuah genre sastera Melayu puisi atau prosa dan
mengaplikasikan pelbagai bentuk seni persembahan sebagai sokongan secara kumpulan dengan
penglibatan serta kebolehan menyumbang idea kreatif secara berkesan.
Kesusasteraan Melayu melalui pelbagai cabaran dalam meniti zaman yang bermula
dengan sastera tradisional hinggalah ke hari ini. Sepanjang perkembangannya pelbagai genre
sastera telah dihasilkan oleh penulis yang semakin bertambah bilangannya. Perkembanganya
disemarakkan lagi dengan kritikan yang didasarkan pada teori sastera Barat dan kewujudan teori
sastera tempatan, semakin menyerlahkan lagi dunia kritikan. Teori sastera tempatan dilihat lebih
sesuai bagi mengkaji ruang pemikiran dan budaya Melayu yang termuat dalam hasil sastera.
Malah perkembangan sastera digital sesuai dengan zaman teknologi memberi satu peluang
kepada sasterawan meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil karya, situasi ini pula meluaskan lagi
medan pengkritik sastera.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
TUGASAN 1: Penulisan Esei (25%)

1. Secara individu, anda dikehendaki menulis sebuah esei yang bertajuk:


“Sejarah Perkembangan Sastera Melayu : tahun 1980 an hingga 2019 dan Kesesuaian teori
dalam kajian teks sastera puisi tradisional atau moden dengan idea yang berkesan.

2. Anda dikehendaki menggunakan sumber rujukan daripada Ahmad Kamal Abdullah (2011)
Puisi Melayu Puisi Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Siti Zaleha M. Hashim
(2014) Kenali Puisi tradisional Kita. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka dan lain-lain
rujukan tambahan yang berkaitan.

3. Bilangan jumlah perkataan sebanyak 1000 patah perkataan sahaja.

TUGASAN 2: Kritikan teks. (25%)


Secara individu anda dikehendaki Menghasilkan kritikan teks berdasarkan sebuah cerpen yang
dipilih daripada majalah-majalah terbitan DBP menggunakan salah satu teori yang dipelajari
dengan kritis dan kreatif serta kebolehan berfikir melangkaui batas.

2. Teks kritikan iaitu cerpen yang dipilih hanya daripada pelbagai majalah keluaran DBP. Pilihan
cerpen tidak boleh menyemai cerpen yang dipilih oleh rakan bermaksud setiap individu
mengkritik cerpen yang berbeza. Senarai pilihan cerpen hendaklah dimaklumkan kepada
pensyarah terlebih dahulu bagi mengelakan berlaku pemilihan cerpen yang sama. Rujukan
sokongan dipilih daripada pelbagai bahan bagi menyokong kritikan.

3. Bilangan jumlah perkataan sebanyak 1000 patah perkataan sahaja.

TUGASAN 3: Pembentangan kumpulan. (10%)

1. Secara berkumpulan anda dikehendaki membentangkan pemikiran dalam genre sastera


Melayu puisi atau prosa dengan menggabungkan pelbagai bentuk seni persembahan dalam
kumpulan sebagai sokongan pembentangan pemikiran dalam teks sastera, dengan penglibatan
dan kebolehan berkomunikasi serta menyumbang idea kreatif secara berkesan. Masa
pembentangan ialah 30 minit bagi setiap kumpulan.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Soalan , 1 dan 2 dibuat secara individu manakala soalan 3 dibuat secara kumpulan.

2, Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang tidak melebihi 3 orang untuk


melaksanakan tugasan 3.
3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
4. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
i. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.
a. Nama Pelajar
b. Angka giliran
c. No kad pengenalan
d. Kumpulan/unit
e. Kod dan nama kursus
g. Nama Pensyarah
h. Tarikh hantar
i. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
ii. Font Arial.
iii. Saiz huruf - 11
iv. Langkau 1.5 baris
v. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
5. Panjang esei bagi tugasan 1 iaitu 1000 patah perkataan. Tugasan 2. Kritikan teks 1000
halaman Tugasan 3 pembentangan kumpulan – 30 minit.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi
kehendak tugasan.
8. Anda wajib sertakan Borang Maklum Balas Tugasan dan Kriteria Pemarkahan
Persembahan di hadapan tugasan anda.
9. Wajaran untuk keseluruhan markah adalah 60%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Untuk penulisan esei dan kritikan teks, liputan isi kandungan perlu menyeluruh,
konsisten dan terperinci.
2. Esei anda perlulah meliputi perkara yang berikut:
i. Pengenalan yang menarik
ii. Keseluruhan isi dan dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil
kajian dan sokongan ilmiah
iii. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.
iv. Penulisan esei perlu menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang
sesuai, tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah dalam usaha
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
v. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan.
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan
ilmiah.
5. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras
bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _____________________________
( PARIDAH BINTI MAMAT) (RAZALI BIN MOHD SHUKOR)
Penyelaras Kursus BMLB3013 Pakar Bidang (SME) Pengajian Melayu,
Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu,Institut
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Pendidikan Guru Kampus Kent.

Disahkan oleh:

_____________________________
(ISMAIL AG. PIUT)
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Anda mungkin juga menyukai