Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TAHUN AKADEMIK 2022

Program: PISMP Nama Pelajar:


Kod: BMMB3033 Semester III Tahun 1
Nama Kursus: Ambilan: JUN 2021
KESUSASTERAAN MELAYU Kumpulan: W1, W2, W3, W4
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
Penulisan Esei 14 Februari 2022 2 Mac 2022
Kritikan Teks 7 Mac 2022 23 Mac 2022
Pembentangan Kumpulan 5 April 2022 11 April 2022

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menghuraikan sejarah kesusasteraan Melayu di Malaysia dengan berkesan secara lisan
dan bertulis (C5, PLO1, PLO3, CTPS2).
2. Merumuskan pemikiran dalam puisi dan prosa tradisional dan moden secara
pembentangan kumpulan (C6, PLO4, PLO5, CS1, TS4)
3. Menilai kesesuaian teori dalam kajian teks sastera dengan merujuk pelbagai sumber
(C5, PLO3, PLO6, CTPS3, LL1)
4. Mengkritik teks sastera moden dengan menggunakan teori kritikan kesusasteraan
Melayu dengan kebolehan berfikir melangkaui batas (C6, PLO3, CTPS4)
Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Pentaksiran Berterusan


Pelajar akan dapat:
1. Membuat rumusan berdasarkan pendapat tokoh-tokoh dan pakar mengenai
sejarah kesusasteraan Melayu di Malaysia bermula dari Sastera Zaman Awal
hingga ke hari ini berdasarkan tugasan penulisan esei.
2. Menghasilkan kritikan novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan
menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang berdasarkan
tugasan kritikan teks.
3. Merumuskan pemikiran yang terdapat dalam sebuah karya sama ada puisi
tradisional atau moden dengan mengintegrasikan kemahiran digital dalam
tugasan pembentangan kumpulan.

1
SOALAN TUGASAN

Tugasan 1: PENULISAN ESEI (25%)


Perkembangan sastera Melayu di Malaysia telah melalui beberapa fasa. Bermula dengan
sastera zaman awal, sastera Melayu tradisional dan sastera Melayu moden.

Berdasarkan pandangan beberapa orang tokoh dan pakar rumuskan sejarah


perkembangan kesusasteraan Melayu bermula dari sastera zaman awal hingga ke hari ini
serta perkembangan teori sastera. Panjang tugasan 1000 patah perkataan.

Tugasan 2: KRITIKAN TEKS (25%)


Menurut Hashim Awang (1985), kritikan sastera merupakan suatu usaha
mempertimbang dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik di samping
mengapresiasi hasil genre kreatif seperti puisi, novel, cerpen dan drama.

Hasilkan kritikan sastera dengan mengkritik salah satu novel terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka berdasarkan Teori Pengkaedahan Melayu. Kritikan anda mesti disokong oleh
pendapat beberapa orang tokoh atau pakar bagi menguatkan lagi hujah anda. Panjang
tugasan 1000 patah perkataan.

Tugasan 3: PEMBENTANGAN KUMPULAN (10%)


Karya yang dihasilkan bukan semata-mata satu deskripsi tentang apa yang dilihatnya, tetapi
terselit pemikiran, cita-cita, nilai dan perasaan pengarang itu sendiri.
(Sohaimi Abdul Aziz, 2011).

Berdasarkan pernyataan tersebut pilih satu puisi yang telah disediakan sama ada puisi
tradisional atau moden kemudian rumuskan pemikiran yang terdapat dalam puisi tersebut.
Rumusan haruslah menepati ciri-ciri pembentangan dengan mengintegrasikan kemahiran
digital.

Tugasan ini dilaksanakan secara interdisciplinary dengan tugasan BMMB3043 Kajian


Kurikulum Bahasa Melayu sekolah Rendah. Projek KPPB akan dilaksanakan mengikut
kesesuaian Idea Utama (Big Idea) iaitu Kelestarian Pemangkin Keharmonian Hidup.

Arahan Pelaksanaan Tugasan 1:


1. Tugasan 1 dilaksanakan secara individu.
2. Panjang Tugasan 1000 perkataan, tidak termasuk rujukan dan lampiran.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1 Muka depan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
Nama Pelajar
Angka Giliran
No. Kad Pengenalan
Kumpulan
Kod/Nama Kursus
Tajuk Tugasan
Nama Pensyarah

2
Tarikh Hantar
3.2 Huruf Fon Arial bersaiz 11
3.3 Langkau 1.5 baris
3.4 Rujukan mengikut format APA (Sistem American Psychological Association)
terkini
4. Plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
5. Hasil tugasan hendaklah dihantar ke Google Classroom (GC) masing-masing
mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan 2:


1. Tugasan 2 dilaksanakan secara individu.
2. Panjang Tugasan 1000 perkataan, tidak termasuk rujukan dan lampiran.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
3.1 Muka depan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
Nama Pelajar
Angka Giliran
No. Kad Pengenalan
Kumpulan
Kod/Nama Kursus
Tajuk Tugasan
Nama Pensyarah
Tarikh Hantar
3.2 Huruf Fon Arial bersaiz 11
3.3 Langkau 1.5 baris
3.4 Rujukan mengikut format APA (Sistem American Psychological Association)
terkini.
4. Plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
5. Hasil tugasan hendaklah dihantar ke Google Classroom (GC) masing-masing
mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

3
Arahan Pelaksanaan Tugasan 3:
1. Tugasan 3 dilaksanakan secara kumpulan antara dua hingga tiga orang sekumpulan
2. Setiap kumpulan hendaklah merumuskan pemikiran yang terdapat dalam puisi tersebut
dan dibentangkan dalam masa 30 minit.
3. Tugasan anda hendaklah dirakam dalam bentuk video dan persembahan Power point.
4. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
4.1 Muka depan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
Nama (setiap ahli kumpulan)
Angka Giliran
No. Kad Pengenalan
Kod/Nama Kursus
Tajuk Tugasan
Nama Pensyarah
Tarikh Hantar
4.2 Huruf Fon mengikut kesesuaian persembahan power point
4.3 Rujukan mengikut format APA (Sistem American Psychological Association)
terkini.
5. Plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
6. Hasil tugasan hendaklah dihantar ke dalam Google Classroom (GC) masing-masing
mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Abdul Rani
( HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN)
(Dr. MOHD NAZRI BIN ZAINUDDIN)
SME Kesusasteraan Melayu
Penyelaras Kursus BMMB3033

Disahkan oleh:

(SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR)


Ketua Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Ipoh

4
Kemahiran mendengar

Anda mungkin juga menyukai