Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS


PROGRAM: KDC DPLI-SM SABK

NAMA PELAJAR:

KURSUS:

SEMESTER: 1

EDSC 2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TARIKH MULA: 24 April 2014

TARIKH HANTAR: 10 Mei 2014

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Mengaplikasikan konsep asas psikologi dan psikologi pendidikan guru(1.1,2.3);
2. Menghubungkaitkan teori-teori pembelajaran dengan faktor-faktor yang
mempengaruhi proses pembelajaran.(1.2, 2.1,6.3);
3. Mengaplikasikan pengetahuan kemahiran berfikir aras tinggi, dalam pengajaran dan
pembelajaran(1.2, 6.1,7.4);
Tugasan Kerja kursus
Perkembangan pendidikan di abad ke-21 semakin mencabar keupayaan guru untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai daya pemikiran aras tinggi dan mampu menyelesaikan masalah
dengan cara yang kreatif dan inovatif.
1. Anda dikehendaki menyediakan satu muka surat peta pemikiran (thinking map) yang
sesuai mengenai jenis-jenis kemahiran berfikir.
(20 markah)
2. Merujuk kepada dua jenis kemahiran berfikir yang telah anda kenalpasti, tuliskan satu
esei dengan menghuraikan dua contoh kemahiran berfikir secara kritis dan dua contoh
kemahiran berfikir secara kreatif yang boleh diaplikasikan dalam situasi kehidupan
harian anda.
(40 markah)
3. Cadangkan empat (4) strategi anda sebagai guru biasa untuk meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid di kelas anda. Anda hendaklah memberikan
contoh aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan subjek major
anda.
(40 markah)

Panduan Pelaksanaan Projek:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.


2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
a. Fon arial , saiz 11, langkau 1.5 baris
b. Rujukan mengikut format APA(American Psychological Association)
c. Muka depan kertas cadangan anda perlu mengandungi:
- Nama pelajar
- Angka giliran
- Nombor kad pengenalan
- Unit/kumpulan
- Kod dan nama mata pelajaran
- Nama Pensyarah
- Tarikh hantar
3. Panjang esei (soalan 2 dan soalan 3) masing-masing sekurang-kurangnya 5 mukasurat.
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku pelajar akan digagalkan kerja
kursus.
5.Tugasan yang lewat hantar akan ditolak markah.
6.Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan petikan yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah
dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.
Kriteria pentaksiran:
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.
Tugasan disediakan oleh
Disahkan oleh Ketua Jabatan
_____________________
_______________________
( NOORIZAN BT BABA )
( SHAMSIAH BT MD NASIR)
Penyelaras EDSC 2103
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Pendidikan Teknik
IPG KP Teknik
Bandar Enstek. Negeri Sembilan
Tarikh:
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai