Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: JUN 2021

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: EDUP3013 Semester/Tahun: Semester 1/Tahun 1

Nama Kursus: Falsafah dan Ambilan : Jun 2021


Pendidikan di Malaysia
Kumpulan : BM/PAI/TESL/SEJ
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Akademik 11 Julai 2021 5 Ogos 2021
(30%)
2. Pembentangan (10%) 3 Ogos 2021 19 Ogos 2021
3. Kuiz (10%) 29 Julai 2021 5 Ogos 2021

A. HASIL PEMBELAJARAN KURSUS:


Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan
sistem pendidikan di Malaysia (C2, LO1).
2. Menghuraikan pandangan ahli falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap ilmu dan
pendidikan serta cabang-cabang falsafah (C2, A2, LO1, LO6, LL1).
3. Menilai elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan
Guru (FPG) dalam perkhidmatan perguruan (C5, LO3, CTPS2).
4. Menganalisis model kurkulum dan pelaksanaan kurikulum di sekolah dalam aktiviti
pembentangan (C4. A4, LO3, CTPS3, CS4).
5. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan di Malaysia melalui sumber rujukan yang
relevan (C4, LO3, LO6, CTPS3, LL1).
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,4 dan 5.
B. OBJEKTIF KERJA KURSUS:
Pelajar akan dapat:
1. Menjawab dan memahami soalan kuiz tentang konsep asas falsafah, falsafah
pendidikan dan sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dan pandangan
ahli falsafah (Islam, Barat & Timur) terhadap ilmu dan pendidikan serta cabang-cabang
falsafah (HPK1, HPK2).
2. Menghasilkan dan membentangkan hasil analisis berkenaan salah satu model
kurikulum dan pelaksanaan kurikulum di sekolah (HPK4).
3. Menghasilkan satu penulisan akademik yang memperincikan amalan profesionlisme
guru dan peningkatan profesional kendiri menangani isu-isu dalam pendidikan di
Malaysia agar kepelbagaian potensi murid adalah seimbang dan holistik berdasarkan
inisiatif penggubal dasar serta pembelajaran sepanjang hayat melalui sumber rujukan
yang relevan (HPK5).
1
C. PELAKSANAAN TUGASAN:
1. Penulisan Akademik (30%)
Merujuk kepada Jurnal bertajuk “Pendidikan Kesusasteraan Awal Kanak-
Kanak: Isu dan Masalah”, sastera kanak-kanak adalah agen pembangunan yang
menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada emosi,
pemikiran atau kebahasaannya. Ini adalah sejajar dan seiring dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, 1996 menyatakan:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...”.
(Sumber: Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996)
Berdasarkan pernyataan di atas, analisiskan isu bahasa dengan mengaitkan
unsur (JERIS) yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Penulisan akademik anda harus merangkumi aspek-aspek berikut:
1. Tugasan ini adalah tugasan yang dilaksanakan secara individu.
2. Penulisan esei hendaklah mengandungi sebanyak 1000 patah perkataan sahaja
tidak termasuk jadual, carta dan bahan grafik sokongan (jika ada).
3. Tugasan ini akan memfokuskan kepada perkara-perkara berikut, iaitu:
a. Kemahiran menganalisis dan menilai sesuatu isu yang dibincangkan.
b. Kemahiran menyelesaikan masalah.
c. Kemahiran mencari maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.
4. Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang
disediakan. Anda boleh merujuk Rubrik Pentaksiran yang disediakan sebagai
panduan.
5. Tugasan yang baik perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:
• Mempunyai isi kandungan yang menyeluruh, berhubung kait dan terperinci.
• Mengemukakan bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah
dan perbincangan (dalam lampiran).
• Keseluruhan isi dan pengolahan esei anda hendaklah menunjukkan ciri
keaslian dengan disokong bahan-bahan ilmiah.
• Lontaran hujah atau menggunakan idea-idea anda sendiri semestinya
menjuruskan kepada unsur-unsur kemahiran kreatif dan kritis.
• Format dan illustrasi penulisan hendaklah jelas.
• Penulisan anda perlu menunjukkan kefasihan berbahasa dan kematangan
berhujah.
• Pelajar adalah dinasihatkan agar mengadakan perbincangan bersama
pensyarah untuk memastikan kandungan penulisan selari dengan objektif kerja
kursus.
• Tugasan ini akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang telah
ditetapkan (sila rujuk Rubrik Pemarkahan yang disediakan).
• Gunakan hanya font jenis Arial bersaiz 11 sahaja dan langkau 1.5 pada setiap
baris.
• Format penulisan dan sumber rujukan perlu mengikuti format American
Psychological Association 7th Edition (APA 7th Ed.).
• Sebarang penghasilkan tugasan yang tidak asli adalah tidak dibenarkan
(plagiat/ciplak/peniruan daripada mana-mana sumber adalah DILARANG
sama sekali). Tindakan yang sewajarnya akan diambil mengikut peraturan
sedia ada.
2
Arahan Pelaksanaan Penulisan Akademik:
1. Penulisan dan bukti pelaksanaan tugasan hendaklah di hantar dalam bentuk pdf
dan dimuat naik ke Google Classroom masing-masing.
2. Panduan tempoh melaksanakan setiap tugasan kerja kursus sepanjang semester
disediakan.
3. Amalan plagiat adalah ditegah.
4. Kesemua tugasan membawa markah 50% dari keseluruhan pentaksiran bagi
kursus ini.
5. Tugasan yang telah siap hendaklah dihantar kepada pensyarah masing-masing
sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Kelewatan penghantaran tugasan akan
menjejaskan markah anda. Hantar tugasan bersama maklumat berikut:
• Nama Pelajar
• Angka Giliran
• No. Kad Pengenalan
• Kumpulan/Unit
• Kod dan Mata Pelajaran
• Nama Pensyarah Pembimbing

2. Pembentangan (10%) Individu


“Berdasarkan perkembangan kurikulum pendidikan di Malaysia,
kurikulum merupakan sebahagian daripada komponen yang
menggerakkan proses pendidikan itu. Kefahaman tentang kurikulum
akan memberi kelebihan kepada golongan pendidik untuk
melaksanakan program pendidikan dengan lebih berkesan.
Pembentukan setiap kurikulum mengambil kira Falafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan faktor kehendak individu di samping
berlandaskan ideologi yang memberikan pendidikan secara menyeluruh
supaya murid-murid dapat berkembang dengan seimbang”.
(Noriati; Lee; Zukufli & Zakiah, 2016)
Secara individu, berdasarkan subjek pengkhususan masing-masing, pilih salah
satu model kurikulum dan analisis dari sudut kandungan kurikulum dan perlaksanaan
PdPR dengan merujuk sumber yang relevan dan berkaitan.
Pembentangan anda harus merangkumi aspek-aspek berikut:
i. Menerangkan salah satu model kurikulum dan pelaksanaan kurikulum di
sekolah dan membentangkan analisis model kurikulum dari sudut kandungan
kurikulum dan perlaksanaan PdPR di sekolah melalui sumber rujukan yang
relevan.
ii. Bina 8 – 10 lakaran grafik (tidak termasuk lampiran).
Arahan pelaksanaan pembentangan:
i. Pembentangan ini dilaksanakan secara individu.
ii. Tempoh masa pembentangan adalah 30 minit.
iii. Pembentangan merangkumi satu tajuk utama iaitu model kurikulum dan
pelaksanaan kandungan dan perlaksanaan PdPR di sekolah.
iv. Tugasan Pembentangan 2 bermula 3 Ogos 2021 hingga 19 Ogos 2021 dan
pembentangan dilakukan secara atas talian menggunakan aplikasi Google
Classroom secara tidak segerak.

3
v. Setiap pelajar dikehendaki membuat rakaman pembentangan dan memuat
naik hasil tugasan mereka selewat-lewatnya pada 19 Ogos 2021.
3. Kuiz (10%) Individu
i. Kuiz ini hendaklah dijawab secara individu.
ii. Tempoh masa menjawab kuiz ialah 30 minit.
iii. Kuiz terdiri daripada 20 soalan objektif aneka pilihan mengikut jumlah jam
pembelajaran pelajar (Student Learning Time, SLT) mencakupi tajuk 1, 2 dan
3 bagi kursus EDUP3013.
iv. Kuiz merangkumi 3 tajuk utama iaitu konsep asas falsafah, falsafah pendidikan
dan sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia serta pandangan
ahli falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap ilmu dan pendidikan serta
cabang-cabang falsafah.
v. Kuiz dilaksanakan serentak kepada semua pelajar secara atas talian
menggunakan aplikasi Google Classroom dan akan dikongsikan pada semua
pelajar melalui link aplikasi Whatsapp pada 29 Julai 2021.
Kriteria Pentaksiran
Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(WAN MOHD KHAIRI BIN WAN AWANG) (TN. HJ. MOHAMAD BIN ABD KADIR)
Penyelaras Kursus EDUP3013 Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

(TN. HJ. MOHD ANUAR BIN HUSAIN)


Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai