Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : 2021

Program : PDPP Nama Pelajar :

Kod : EDUP2093 Semester / Tahun : 1


Ambilan : JUN 2021
Nama Kursus: Pedagogi Kumpulan : PAI 1, PAI 2, SN, PJ 1, PJ 2,
SEJ 1, SEJ 2
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
Tugasan 1: Penulisan 21 JUN 2021 23 JULAI 2021
Tugasan 2 : Persembahan 2 OGOS 2021 9 OGOS 2021

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Membincang dengan kritis konsep pedagogi pendidikan, model pengajaran, dan


hubungan antara pedagogi, kurikulum dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Merangka pelan pembelajaran bermakna yang mengaplikasikan konsep-konsep dan
model pembelajaran bermakna dengan menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan
aktiviti yang bersesuaian.
3. Mengaplikasikan kemahiran mengajar yang sesuai berasaskan kapasiti pedagogi
pembelajaran bermakna dalam pengajaran

Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1. Menghasilkan satu penulisan berkaitan dengan pelan pembelajaran bermakna yang


mengaplikasikan konsep-konsep dan model pembelajaran bermakna dengan
menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan aktiviti yang bersesuaian.

2. Menghasilkan satu persembahan berkaitan dengan kemahiran mengajar yang sesuai


berasaskan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna dalam pengajaran.

1
Kepelbagaian dan kreativiti seseorang pendidik atau tenaga pengajar dalam pemilihan kaedah
pengajaran amat penting kerana ia mempengaruhi keberkesanan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Guru-guru adalah agen yang terpenting dalam merealisasikan reformasi
pendidikan negara untuk melihat negara Malaysia mampu bersaing dalam era globalisasi ini.
Maka, guru-guru mesti memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sehingga berlakunya perubahan tingkah laku murid yang diingini seterusnya
menjadi aset modal insan yang penting kepada negara.

Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

Tugasan 1: Penulisan (50%) (Individu)

Anda dikehendaki memilih mana-mana 1 sub-tajuk daripada mata pelajaran yang anda
mengajar di sekolah dan seterusnya menghasilkan satu pelan pembelajaran bermakna yang
dapat mengaplikasikan konsep-konsep dan model pembelajaran bermakna dengan
menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan aktiviti yang bersesuaian serta kenalpasti
masalah pengajaran dan pembelajaran yang mungkin dihadapi dan cadangkan cara
penyelesaian masalah luar jangka tersebut. Bilangan patah perkataan adalah 1600.

Tugasan 2 : Persembahan (10%) (Individu)

Anda dikehendaki memilih mana-mana 1 sub-tajuk daripada mata pelajaran yang anda ajar di
sekolah dan seterusnya merakamkan satu pengajaran selama 30 minit yang dapat
menunjukkan anda telah mengaplikasikan kemahiran mengajar yang sesuai berasaskan
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna dalam pengajaran anda.

2
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 dan tugasan 2 adalah tugasan individu.
2. Format tugasan 1 adalah seperti yang berikut :
a. Word dan Pdf file
b. Font Arial
c. Saiz huruf ialah 11
d. Langkau satu setengah baris
e. Rujukan mengikut format APA
3. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
4. Muatnaik tugasan 1 dan tugasan 2 dalam Google Classroom.
5. Tugasan ini membawa wajaran 60%
6. Muka depan tugasan merangkumi :
a. Nama pelajar
b. Angka giliran
c. Nombor Kad Pengenalan
d. Kumpulan/Unit
e. Kod dan Nama Kursus
f. Tajuk Tugasan
g. Nama Pensyarah
h. Tarikh Hantar
i. Markah
j. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah:
Komen Pensyarah Tandatangan dan Tarikh

Kriteria Pentaksiran

Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(DR NG LEE FONG) (KANG HWA CHOO)


Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh :

(JULIANA DUMPIL)
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
3

Anda mungkin juga menyukai