Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN
Sebagai seseorang individu yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran,
konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan.Apa
lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara
pengajaran sahaja.Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana
konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan
pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di
antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan
latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik
darjah.
Seterusnya, banyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah mengajar secara
demonstrasi serta teknik pengajaran demonstrasi..Konsep kaedah pengajaran adalah eloknya
kita memikirkan secara umum pengertian kaedah.Kaedah mengikut Kamus Dewan
bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu hukum atau prinsip.Justeru itu,sesuatu kaedah
terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat.Lantaran itu,jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-
kaedah memasak yang kita boleh gunakan.
Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti
menggoreng,merebus,memanggang atau mengukus. Oleh itu,untuk menjayakan sesuatu yang
kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul.Memilih
kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak
akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu.Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang
yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti demonstrasi, bercerita,
perbincangan, bermain, latihtubi, main peranan, menyelesaikan masalah, perbahasan, kuiz,
lakonan, projek, dan soalan.                                                                 
Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik  pada sesuatu kaedah
maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.Contohnya,jika kita ingin
mengajar dengan kaedah soalan maka kita perlu menggunakan teknik-teknik menyoal yang
baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat,murid-murid diberi masa
untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, suara
haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Ketika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-
kaedah yang sesuai.Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak
berkesan.Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai.Meskipun demikian,untuk
memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik
demostrasi.Sebagai kesimpulan, sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran, pilihlah
kaedah mengajar yang sesuai dengan apa yang hendak disampaikan kepada murid-murid.
2.0 PRINSIP DEMONSTRASI
Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara.Demonstrasi ialah satu kaedah untuk
melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang
tertentu.Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu
aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran.Kuliah memerlukan murid mendengar
manakala demonstrasi memerlukan murid memerhati.
 Dalam proses demonstrasi,terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari guru
kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan berajah untuk memeriksa proses, maklumat dan
idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati bahan-bahan yang digunakan dan
bagaimana mereka berfungsi.Terdapat demonstrasi tulen, demonstrasi dengan komen atau
demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid.Lazimnya,guru mendemonstrasi satu gerak
balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.Demonstrasi
guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid- murid.
Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur
secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar
dan menunjukkan kadar perubahan.Bagi menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru
merancang demonstrasi secara teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka
demonstrasi, memastikan setiap murid memerhatikan demonstrasi, memperkenalkan
demonstrasi untuk memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan
tindakan susulan.
Oleh itu,prinsip demonstrasi adalah penting untuk di dikuasaikan oleh bakal-bakal
guru untuk melakukan demonstrasi dalam pembelajaran dan pengajaran.Kebiasaanya, tanpa
menguasai prinsip-prinsip demonstrasi,guru tidak dapat melaksanakan demonstrasi yang
berkesan terhadap murid-muridnya.Malahan, ini akan menyebabkan berlaku ketidakfahaman
murid-murid terhadap pelajaran yang dipelajarinya.Ini akan merumitkan guru-guru untuk
mengajar murid-murid supaya maklumat yang disampaikan tidak dapat disampaikan kepada
murid-muridnya.
3.0  CIRI-CIRI DEMONSTRASI
Terdapat beberapa ciri-ciri demonstrasi yang penting kepada pelajar apabila guru
mengunakan kaedah mengajar secara demonstrasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak
dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan oleh guru.Dengan adanya
demonstrasi,pelajar boleh memahami pelajaran yang dipelajarinya.Sebagai contoh,cara-cara
menyelesaikan masalah matematik.
      Seterusnya, demonstrasi membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan
mudah dan berkesan.Contohnya,guru akan menunjukkan cara-cara ataupun prosedur
bagaimana untuk menyelasaikan masalah matematik iaitu menyelesaikan soalan matrik.Oleh
itu pelajar akan mudah menguasai konsep penyelesaian masalah tersebut dan dijadikan
sebagai bekalan untuk menjawab soalan semasa peperiksaan.
Dengan adanya demontrasi, Ia Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah
pelaksanaan sesuatu eksperimen.Dalam sesuatu eksperimen murid-murid mempunyai
langkah-langkah kerja supaya menghasilkan eksperiman yang berhasil.Sekiranya murid-
murid tidak mengikuti langkah-langkah yang didemonstrasikan maka hasil eksperimen itu
tidak akan berjaya.
Selain itu, demonstrasi akan meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu
aktiviti sama ada secara individu kepada rakan sekelasnya.Apabila murid-murid menguasai
sepenuhnya pembelajaran tersebut,murid-murid akan mempunyai keyakinan untuk
melakukan aktiviti itu semula tanpa tingkah laku yang ragu-ragu dalam kalangan murid-
murid.Malahan, demonstrasi akan membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan
dengan lebih mudah dan jelas.
Oleh itu,kaedah mengajar secara demonstrasi sangat berkesan kerana mudah
memahami apa yang dipelajarinya.Walaubagaimanapun, kaedah ini sangat berkesan apabila
bersesuaian dengan topik pembelajaran untuk menarik minat pelajar supaya memberikan
tumpuan yang sepenuhnya.
4.0 JENIS-JENIS DEMONSTRASI
Terdapat beberapa jenis demonstrasi yang boleh dipraktikkan iaitu demonstrasi tulin,
demonstrasi dengan komen dan demonstrasi dengan penglibatan.Oleh itu, pelbagai jenis
demonsrtasi yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar.Walaubagaimanapun,
pemilihan jenis demonstrasi bergantung kepada kaedah yang bersesuaian untuk menghasilkan
satu demonstrasi yang berkesan kepada murid-murid.
4.1 DEMONSTRASI SECARA TULEN
Demonstrasi Secara Tulen merupakan guru mendemonstrasi satu gerak balas atau
aktiviti sebelum melakukan aktiviti itu secara individu.Murid-murid hanya memerhati,
meningat, menguasai pelajaran tersebut.Apabila guru selesai mendemonstrasikan aktiviti
tersebut maka murid-murid akan diberikan tugasan yang berkaitan dengan apa yang
didemonstrasikan untuk diselesaikan oleh murid-murid dalam individu.
Ini akan memudahkan guru untuk mengkaji siapa-siapa muridnya yang dapat
menguasai ataupun tidak menguasai pembelajarannya pada masa itu.Sekaligus guru dapat
mengesan murid-muridnya yang kurang memberi perhatian semasa guru mengajar.
4.2DEMONSTRASI DENGAN KOMEN
Seterusnya, Demonstrasi Dengan Komen adalah demonstrasi guru ini dijadikan model
gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.Apabila sesi demonstrasi berlangsung kanak-
kanak akan meramal ataupun menjangkakan apakah proses atau tindakan selepas
itu.Contohnya,guru akan memdemonstrasi cara melaksanakan sesuatu eskperimen.
Murid-murid boleh meramal apakah yang akan berlaku sekiranya air suling akan
dipanaskan seperti suhunya akan meningkat sebanyak seratus darjah celisius.Disamping
itu,murid dapat meramal tindakan balas apakah yang berlaku sekiranya satu garam akan
dilarutkan kedalam air suling menyebabkan suhunya akan meningkat dan melebihi seratus
darjah celisius.
 4.3DEMONSTRASI DENGAN PENGLIBATAN
            Demonstrasi dengan penglibatan bermaksud demonstrasi boleh digunakan untuk
mengilustrasi hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu
topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukan kadar penglibatan.Sebagai
contoh,demonstrasi dijalankan dengan peranan guru dan murid-muridnya.Guru sering
bertanya dengan murid-muridnya sebaliknya murid-murid akan sering bertanya dengan
gurunya.
Demonstrasi ini melibatkan penglibatan guru dan murid-murid untuk melakukan
ataupun menyelesaikan sesuatu topik.Oleh itu,demonstrasi seperti ini akan dijayakan dengan
adanya penglibatan guru dan murid-murid.Guru dan murid-murid memainkan peranan
penting dalam menyelasaikan masalah.
Sebagai contoh,penyelesaian masalah dari segi mata pelajaran pengajian akaun.Guru
dan murid sering berinteraksi untuk menyelasaikan masalah tersebut sehinggalah
mendapatkan jawapan akhir.
5.0 KEBAIKAN DEMONSTRASI
 Secara keseluruhannya,terdapat  kebaikan apabila mengunakan kaedah
mengajar  demonstrasi.Antaranya ialah gambaran yang diberikan oleh guru jelas dan
terperinci kepada pelajar.Malahan,pelajar mudah memahami fakta-fakta dan prinsip-prinsip
pembelajaran dengan cepat dan berkesan.Walaubagaimanapun, ia bergantung  kepada pelajar
tersebut untuk mengambil perhatian semasa guru sedang mendemostrasi.
Selain dari itu,kaedah demonstrasi ini dapat menarik perhatian pelajar supaya tidak
membosankan.Sekiranya pelajar kurang faham,ia akan membangkitkan perasaan ingin tahu
dan mula bertanya kepada guru.Disamping itu juga kaedah ini dapat memperkenalkan cara
baru kepada pelajar dari segi pengihatan dan pendengaran. Pelajar yang membaca sambil
melihat gambar boleh ingat dengan baik daripada hanya membaca teks sahaja.
Seterusnya, pengajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi yang melibatkan
anggota badan akan lebih mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran.Proses
pembelajaran akan lebih yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru
yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar.Faktor pengajaran
guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar.
Tambahan pula,penggunaan kaedah dan teknik mengajar perlu dipelbagaikan agar
pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga
serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.Pelbagai teknik
pengajaran dan pembelajaran yang perlu dimasukkan dalam kelas.Kaedah pembelajaran ialah
kaedah ceramah dan demonstrasi.
Apabila banyak teknik dan kaedah digabungkan dengan sepenuhnya,ia dapat
menghasilkan pelajar yang mahir berbincang, mengeluarkan idea, saling bekerjasama,
melalui bimbingan guru dan berkeyakinan tinggi untuk melaksanakan setiap tugasan yang
diberikan oleh guru.Bukan saja melalui seseorang individu malah dari segi berkumpulan,
murid-murid boleh mengeluarkan buah fikiranya sendiri menurut pemahaman seseorang
individu tersebut.
6.0 KEBURUKAN DEMONSTRASI
Bidang pendidikan tidak dapat lari daripada menggunakan  kaedah pengajaran kepada
guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Guru yang lemah dari segi
pengetahuan pedagogi akan melaksanakan pengajaran yang lebih bersifat tradisional iaitu
guru-guru hanya berkuliah dan pelajar belajar secara hafalan.Guru juga akan kurang berupaya
mengesan salah tanggapan pelajar tentang konsep.Tidak dinafikan lagi,dimana ada kebaikan
disitu juga ada keburukan.
Secara keseluruhanya terdapat berapa keburukan kaedah mengajar demonstrasi iaitu
guru lebih menumpukan kepada perkakas, peralatan dan bahan yang digunakan semasa
mengajar.Seterusnya, berlakunya kekurangan peralatan atau kurang keupayaan untuk
berfungsi akan menyebabkan tergendalanya sesi pengajaran dan pembelajaran.Disamping itu
juga,guru-guru yang mengajar dengan hanya menggunakan buku teks sebagai pelajaran,
hanya membuktikan yang dia tidak kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan
akhirnya menjadikan kelas mereka bosan serta pelajar-pelajar tidak mendapat idea baru.
Hal ini menyebabkan fikiran pelajar menjadi beku dan tidak kreatif.Ada guru yang
membosankan pelajar kerana cara pengajaran yang tidak berubah dari hari demi hari, minggu
demi minggu dan tahun demi tahun.Sepatutnya yang perlu digunakan adalah sedikit demi
sedikit bagi mengubah cara penyampaian, mencari pendapat baru atau mencuba kaedah baru
dan menggunakan bantuan peralatan bagi menyokong pengajarannya.Guru harus memahami
citarasa pelajarnya yang masih bergelar kanak-kanak dan cuba menyesuaikan pengajaranya.
Sedia maklum kanak-kanak tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dalam kelas
adalah kerana corak dan pola pengajaran yang membosankan mereka.Kaedah pengajaran
guru juga mempengaruhi keberkesanan terhadap pencapaian akademik kanak-kanak. Ini
kerana gaya pengajaran yang tidak selaras dengan gaya pembelajaran kanak-kanak boleh
mengelirukan pelajar dan seterusnya menggangu proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.Dalam keadaan sedemikian, kanak-kanak menjadi mangsa dan seterusnya masih
lemah dalam mata pelajaran terbabit.
Jadi, salah satu alternatif untuk mempertingkatkan lagi proses pembelajaran kanak-
kanak adalah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang diajar di Tabika.Guru
memainkan peranan yang penting bagi mempengaruhi keberkesanan pembelajaran kanak-
kanak.Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal tunggak negara
malah mereka juga merupakan model bagi kanak-kanak.Kanak-kanak akan mencontohi sikap
guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya.
Tuntasnya,seorang guru perlu mengetahui secara mendalam apa yang hendak
disampaikan kepada kanak-kanak kerana pengetahuan dan kemahiran guru akan
menimbulkan rasa percaya dalam dirinya, seterusnya menambahkan kepercayaan kanak-
kanak terhadap guru.Guru tidak boleh mengajar sekiranya guru sendiri tidak memahami apa
yang hendak diajar kepada pelajarnya.Guru mesti mengetahui apa yang mereka hendak
sampaikan untuk pelajarnya dan tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut kepada para
pelajarnya dalam bentuk yang boleh diterima oleh pelajar.
7.0  CARA- CARA MELAKSANAKAN DEMONSTRASI
7.1SEBELUM MELAKSANKAN AKTIVITI DEMONSTRASI
            Sebelum guru melaksanakan aktiviti demonstrasi,guru haruslah memilih topik yang
sesuai dengan kaedah pengajaran demonstrasi.Sekiranya kaedah mengajar tidak bersesuaian
dengan apa yang ingin diajar akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan tidak
akan diterima oleh murid.Seterusnya guru haruslah menyediakan peralatan yang secukupnya
dan lengkap sebelum melaksanakan  aktiviti demonstrasi.Selain itu,guru mestilah
memastikan tempat yang dipilih besesuaian.
Guru juga haruslah menentukan masa yang diambil semasa melakukan aktiviti
demonstrasi.Janganlah mengambil masa yang terlalu lama untuk melaksanakan demonstrasi
untuk menghindarkan daripada murid-murid merasa penat untuk berfikir.Pastikan masa itu
bersesuaian dengan topik yang akan diajar.Serta, guru haruslah memastikan bahan yang
digunakan dapat dilihat oleh murid-murid.Hindarkan daripada mengunakan bahan yang kecil
kerana ia akan merumitkan murid-murid untuk melihat benda tersebut.
Perancangan yang sistematik sebelum melaksanakan demonstrasi adalah amat penting
sebagai landasan seseorang guru untuk melakukan demonstrasi yang berkesan kepada murid-
murid.Tanpa perancangan, guru tidak mampu melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.
7.2SEMASA MELAKSANAKAN AKTIVITI DEMONSTRASI
            Semasa melaksanakan aktiviti demonstrasi,pastikan suara guru jelas dan lantang
semasa menjalankan aktiviti demonstrasi.Nada suara yang lantang diperlukan oleh murid-
murid supaya jelas didengarnya.Disamping itu,guru haruslah menerangkan sekali lagi
sekiranya pelajar belum memahami, kurang faham dengan cara melaksanakan kerja praktik
ataupun latihtubi.Ini akan berlaku kerana tahap kognitif murid-murid adalah
berbeza.Terdapat murid-murid yang menangkap maklumat dengan cepat,terdapat juga murid-
murid yang lambat menerima maklumat.Oleh itu, guru haruslah peka terhadap murid-murid
semasa dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
Seterusnya, guru mestilah meluangkan masa untuk menyoal pelajar bagi menarik
perhatian mereka.Pastikan semasa demonstrasi dilaksanakan, guru haruslah menghidupkan
suasana yang ceria supaya murid-murid tidak akan merasa bosan dan mengantuk.Interaksi
sangat penting untuk merapatkan hubangan diantara guru dan murid-murid.Selain itu,Guru
boleh mengarahkan salah seorang pelajar untuk mencuba  apa yang didemonstrasikan
gurunya dihadapan kawan-kawanya.
Dalam situasi yang sama guru memainkan peranan yang penting semasa
melaksanakan aktiviti demonstrasi tersebut.Guru mestilah berinterkasi dan berkomunikasi
dengan baik terhadap murid-murid.Ini akan membangunkan suasana pembelajaran dan
pengajaran yang baik dan berkesan serta murid-murid dapat menerima setiap maklumat yang
disampaikan oleh guru.
7.3SELEPAS MELAKSANAKAN AKTIVITI DEMONSTRASI
Selepas melaksanakan aktiviti demonstrasi.Guru haruslah membetulkan kesilapan
sekiranya terdapat kesalahan semasa melaksanakn demonstrasi serta membuat peneguhan
positif kepada murid-murid sekiranya diperlukan.Selain itu, guru akan memberikan ulasan
dan rumusan hasil daripada aktiviti demonstrasi tersebut.
Akhir sekali,guru akan memberikan latihtubi kepada pelajar sebagai latihan
pengukuhan.Ini akan membukitkan tahap pengetahuan murid-murid.Guru boleh mengesan
murid-murid yang tidak mengambil perhatian semasa aktiviti demonstrasi dijalankan.Selain
itu,guru boleh menguji tahap kepintaran murid-muridnya sekaligus guru dapat mengesan
murid-muridnya yang lambat menerima maklumat.
8.0 KESIMPULAN
Kejayaan sesuatu pembelajaran adalah sangat dipengaruhi oleh pengetahuan guru
tentang bagaimana mengendalikan sesuatu kaedah pengajaran supaya hasil yang diperolehi
menepati kehendak objektif pengajaran dan menjadi pengalaman yang berguna kepada
pelajar.Kaedah mengajar demonstrasi iaitu tunjuk cara sangat sesuai dijadikan sebagi kaedah
mengajar bagi tahap pertumbuhan kanak-kanak.
Pelajar haruslah didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang berlainan dan kreatif
supaya dapat menarik perhatian pelajar.Disamping itu juga,pelajar juga tidak akan berasa
bosan sekiranya sesi pembelajaran dan pengajaran itu sentiasa aktif dan menarik
perhatian.Kadang kala pelajar mempunyai banyak ragam,pendekatan yang berlainan
diperlukan untuk menarik perhatian pelajar.
Pendekatan dan cara pembelajaran yang saling bertukar-tukar mampu mempengaruhi
pemikiran pelajar supaya membina semangat pelajar untuk belajar.Meskipun demikian, untuk
memastikan bahawa demonstrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik
demonstrasi.Disamping itu, demonstrasi memerlukan kanak-kanak memerhati,menerima
maklumat dan idea.
Sebagai kesimpulannya,apabila kita memulakan pengajaran kita mesti bertanya
kaedah yang harus digunakan serta bersesuaian.Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai
teknik-teknik yang tertentu.Oleh itu untuk menjalankan demonstrasi yang berkesan,guru
haruslah merancang dengan teliti, mempraktikkan demonstrasi, memastikan setiap murid
perhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian, bertanya
dan menanyakan soalan serta merancang tindakan susulan.Kejayaan sesuatu demonstrasi itu
bergantung kepada guru tersebut untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai