Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT,
Nama Pelajar: TUARAN, SABAH.
Fredylexz Bin Maruyal

Angka Giliran: 2021062400104

Nombor Kad Pengenalan: 940916126691

Kumpulan / Unit: PDPP PJ JUN 20201 (KUMPULAN 1)

Kod dan Nama Kursus: Edup2132 ( Porfesionalisme Keguruan)

Nama Pensyarah: En Arun Bin Daud

Tarikh Hantar: 16/12/2021

KERJA KURSUS
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
(PDPP)

EDUP 2132
PROFESIONALISME KEGURUAN

Pengakuan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas
yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

________________________________

Tarikh: 16/12/2021

Komen Pensyarah Tandatangan Pengakuan Pelajar dan Tarikh


Tugasan 1: PENULISAN (40%)

Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan bahawa pembangunan profesionalisme


Keguruan adalah satu proses berterusan sepanjang kerjaya samada secara formal dan tidak
formal agar pengetahuan, kemahiran,kepakaran dan amalan nilai professional guru dapat
ditingkatkan. Pembentukan identiti diri sebagai seorang guru profesional yang berkualiti
memerlukan masa dan penglibatan guru dalam proses mengajar, mendidik dan
membimbing murid-murid yang telah diamanahkan kepadanya. Berdasarkan Lima Peringkat
Perkembangan Guru (Trotter, 1986) dan Enam Peringkat Perkembangan Peringkat
Perkembangan Guru (KPM, 2016), bincangkan bagaimanakah guru dapat meningkatkan
akauntabiliti profesional keguruan dan peranan sebagai pemimpin instruksional. Di dalam
penulisan anda, anda juga dikehendaki melakukan analisis reflektif dan menilai semula
tindakan dan usaha guru untuk tujuan penambahbaikan. Jumlah bilangan patah perkataan
tugasan 1 adalah 1000.
1.0 PENGENALAN

Dalam era pembangunan globalisasi yang semakin meningkat, Sistem Pendidikan kini
menjadi asas yang penting dalam membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang
lebih baik. Sebagai sebuah negara yang mula berkembang pesat dalam pelbagai aspek,
sektor Pendidikan tidak terkecuali daripada berkembang mengikut peredaran zaman dan
perubahan semasa. Namun demikian, perkembangan teknologi yang semakin pesat
membuatkan cabaran untuk mengajar juga menjadi semakin sukar. Guru bukan sahaja
memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan serta kemahiran kepada
pelajar, akan tetapi guru juga bertanggungjawab dalam menyuburkan minat dan
mengembangkan bakat yang ada dalam murid tersebut.

Dalam konteks ini, guru merupakan golongan profesional yang melaksanakan tugas ke
arah mencapai matlamat pendidikan. Hakikatnya, kualiti pendidikan dan kualiti guru tidak
dapat dipisahkan. Menurut Sulaiman Daud (1995), pendidikan pada abad ke-21 bukan
sahaja memerlukan modal insan yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi dalam
bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan tetapi juga memerlukan insan
yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, berpekerti mulia,
bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan
masyarakat dan negara (dalam Shahril dan Habib 2001).

Oleh itu, guru haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan untuk membolehkannya


mengikuti peredaran zaman supaya dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan
selaras dengan kajian wood dan thompsom (1993), yang mengatakan bahawa
pembangunan profesionalisme keguruan ditafsirkan sebagai produk berbentuk peningkatan
personal dengan matlamat untuk mengembangkan serta meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan yang memberi penekanan terhadap kesediaan, latihan dalaman,
perancangan, perlaksanaan dan pemantapan
2.0 AKAUNTABILITI PROFESIONAL KEGURUAN

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab untuk mendidik dan melahirkan anak bangsa
yang berminda kelas pertama. Guru tersebut haruslah sentiasa bersedia untuk memikul dan
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Antara tanggungjawab yang diberikan ialah
merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah seterusnya
masyarakat dan negara.

2.1 Akauntabiliti guru terhadap

Pelajar

Antara cara untuk meningkatkan akauntabiliti guru terhadap pengajaran nya ialah dengan
menjalankan tugasnya dengan penuh amanah dan dedikasi dalam bilik darjah mahupun
diluar bilik darjah. Hal ini kerana, fokus utama guru adalah untuk mengutamakan kemajuan,
kebajikan dan keselamatan murid berbanding hal-hal yang lain. Sebagai contoh, guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut kaedah dan teknik yang
berkesan. Selain itu juga, guru haruslah bersikap neutral dan tidak berat sebelah kepada
mana-mana pelajar tanpa mengira bangsa, agama dan perkara yang lain.

Diri sendiri

Cara yang seterusnya untuk meningkatkan akauntabiliti guru ialah dengan melengkapkan
diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan sentiasa peka dengan isu semasa yang berlaku
di sekeliling nya supaya dapat memberikan input yang berguna. Dalam hal ini,
perkembangan ilmu Pendidikan yang semakin pesat telah membuatkan ilmu yang diperolehi
oleh guru pada sepuluh tahun lepas tidak sama dengan perkembangan Pendidikan pada
masa kini. Oleh itu, guru haruslah melengkapkan ilmu di dada dengan menyesuaikan diri
dalam bidang kerja yang semakin kompleks dan canggih.
Sekolah

Sekolah merupakan tempat guru bertugas dan mengajar untuk mencurahkan ilmu kepada
murid. Oleh yang demikian, apapun tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh
pentadbir sekolah, guru haruslah melakukannya dengan sungguh-sungguh. Hal ini kerana,
sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap
perkembangan dan kemajuan sekolah. Tidak cukup dengan itu, guru juga haruslah
menjalankan tugas-tugas lain seperti guru kelas, guru disiplin, guru panitia mata pelajaran
dan jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran.

Masyarakat dan Negara

Sebagai seorang guru, beliau memikul tanggungjawab yang besar dalam menjalankan tugas
untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara selaras dengan visi dan misi KPM.
Guru bukan sahaja mendidik tetapi memupuk nilai dan sikap murni dalam diri pelajar yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Tidak Cuma itu, guru juga haruslah
mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan masyarakat, mengeratkan
persefahaman dan kerjasama dikalangan guru dan ibu bapa pelajar. Sebagai contoh, dalam
perlaksanaan RIMUP dimana ianya merupakan satu program yang menjadikan integrasi di
sekolah sebagai satu agenda yang perlu diberikan keutamaan.
3.0 PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKTIONAL

Seperti yang kita tahu, peranan utama seorang guru sebagai pemimpin instruktional ialah
menuntut keutamaan dalam menjamin kemenjadian murid untuk melahirkan modal insan
yang diharapkan. Menurut kajian Mohammad Sani & Mohd Izham, (2012), Seorang
pemimpin yang mampu mencetuskan dan menggerak sesuatu perubahan pendidikan
dalam organisasi dapat bertahan, berkembang dan terus maju. Hal ini membuktikan
bahawa, amalan kepimpinan instruktional ini amat dititik beratkan sehingga direalisasikan
melalui penilaian serta pentaksiran dalam standard kualiti pendidikan Malaysia.

Peranan sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan kepimpinan instruksional


boleh mempengaruhi pencapaian murid secara tidak langsung. Menurut Ralph (1974)
dalam Puteri et al. (2016), kepimpinan dalam pendidikan adalah kemampuan dan
kesiapsiagaan seorang pemimpin pendidikan yang digunakan untuk mempengaruhi,
mendorong, mengajak, menuntun, menggerakkan malah jikalau perlu memaksa
kakitangan bawahan untuk bertindak sehingga mencapai tujuan tertentu. Dalam hal ini, guru
yang mempunyai gaya kepimpinan instruktional bukan sahaja dapat mempengaruhi tingkah
laku para pendidik tetapi ianya juga dapat memastikan kemenjadian murid berlaku di
sekolah.

Selain itu, guru sebagai pemimpin instruktional seharusnya menjadi role model sebagai
seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi. Perkara ini di sokong oleh Hallinger& Heck
1996; Hallinger (2003) yang mengatakan bahawa Kepimpinan instruksional mempengaruhi
hasil kualiti sekolah melalui penyusunan struktur sekolah seperti standard akademik,
peruntukan masa, kurikulum dengan matlamat sekolah. Tidak Cuma itu, Bendikson et al.
(2012) juga mengatakan bahawa pemimpin sekolah yang sering mengamalkan gaya
kepimpinan instruksional berjaya menghasilkan sekolah yang mempunyai prestasi
akademik murid yang lebih tinggi dibandingkan dengan guru besar yang kurang
mengamalkan gaya kepimpinan ini.

Disamping itu juga, guru haruslah siap untuk bekerjasama bersama pemimpin sekolah untuk
sama-sama mencapai visi dan misi sekolah. Menurut, Weber (1996) menerangkan tentang
konsep kerjasama yang dipraktikkan oleh guru besar untuk menjalankan pengurusan
sekolah seperti perkongsian kepimpinan dan pengurusan sekolah dikalangan guru
tanpa mengira kedudukan jawatan yang disandang di sekolah.
4.0 ANALSIS REFLEKTIF

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dengan memahami konsep akauntabiliti dan peranan guru sebagai
pemimpin instruktional, guru akan dapat mendalami tanggungjawab yang sebenar dalam
dunia pendidikan. Selain itu, dengan mengaplikasikan nya, ianya dapat meningkatkan
profeionalisme keguruan dengan menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan
dengan penuh komited dan berdedikasi. Hal ini kerana, Kesedaran kepada akauntabiliti dan
peranan sebagai pemimpin insrtruktional akan menjadikan guru tersebut menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap tugas utama nya sebagai seorang pendidik yang melahirkan
modal insan yang berguna di masa akan datang.

RUJUKAN

Amin, D. R. A., & Hamzah, M. I. M. (2021). Tahap amalan Kepimpinan instruksional guru besar dan
hubungannya dengan tahap komitmen guru. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 6(2), 135-151.

Billy, L. J., & Taat, M. S. (2020). Budaya sekolah: Hubungannya dengan komitmen guru. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 207-216.

Anda mungkin juga menyukai