Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN TUTORIAL 4

EDUP2072
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PUAN DAYANG KALSUM BINTI BAHRIN

NO. NAMA NO. KAD MATRIK


1 HAIRINE MASINDAI D21072268
2 MASLINA BINTI HADJIROL D21072274
3 JOVIANA JUANIS D21072279
4 MARDIATUL BINTI MALIKIN D21072277

1
Dengan menggunakan contoh yang relevan, jelaskan amalan profesionalisme guru
dan kaitannya dengan peranan guru dalam merealisasikan FPK. Bincangkan.

Profesionalisme guru merupakan sebuah bidang yang berkaitan dengan standard


atau piawaian dalam pengajaran ke arah yang lebih baik dan dalam banyak kajian.
Profesionalisme guru merupakan perkara yang melebihi daripada budaya iaitu
seperti berkongsi idea, kefahaman tugas mengajar dan kesedaran yang mendalam
mengenai norma-norma profesionalisme di dalam tugas. Terdapat banyak definisi
yang berkaitan dengan istilah 'profesional' dalam bidang pendidikan termasuk
menjadi profesional, memiliki atau menunjukkan budaya profesionalisme,
tenaga kerja profesional, dan terlibat dalam pembangunan profesional. (Evans,
2008; Dalli & Urban, 2013).

Oleh itu, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Kementerian


Pendidikan Malaysia turut berusaha melahirkan guru yang berkualiti dan
memastikan mereka berkualiti untuk melahirkan murid-murid yang terbaik dari
aspek rohani, jasmani dan intelektual. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
merangka standard yang menjadi penanda aras kepada guru untuk sentiasa
menepati standard yang telah ditetapkan. Standard Guru Malaysia (SGM) digubal
dalam memastikan guru menguasai dan mengamalkan nilai profesionalisme
keguruan ke arah melahirkan guru yang berkualiti.

Amalan profesionalism dalam standard pendidikan Malaysia meliputi tiga


aspek penting iaitu domain diri, domain profesion dan domain sosial. Standard Guru
Malaysia digubal bagi tujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi profesional
guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta mengenal pasti
tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

Semua domain dalam standard amalan nilai profesionalisme keguruan


Standard Guru Malaysia menitikberatkan unsur-unsur keperibadian guru. Misalnya,
dalam domain diri terdapat nilai-nilai seperti amanah, berilmu, kasih sayang,
sabar, berbudi bahasa, adil, bertimbang rasa, berdaya tahan, berdaya saing, tahan
lasak, cergas, aktif, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, semangat
sukarela dan efisien. Sementara itu, domain profesional mengutamakan nilai-nilai
seperti berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif,
kreatif dan inovatif. Domain sosial pula menekankan nilai-nilai seperti kemahiran
sosial dan semangat bermasyarakat.

Guru memainkan peranan yang besar dalam memastikan standard ini dapat
dicapai. Guru harus meningkatkan prestasi dalam domain diri seorang guru dengan
membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta, inovasi dan kreativiti. Dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru merupakan contoh kepada
murid dalam menimba ilmu. Golongan guru memberi impak yang besar kepada
pembentukan seseorang murid dari segi perkembangan personaliti, mental dan
fizikal. Guru hendaklah sentiasa membuat penambahbaikan dalam profesion
2
perguruan. Daya saing pada era masa kini adalah sangat penting kerana perubahan
globalisasi dalam dunia pendidikan semakin berubah. Teknologi merupakan alat
yang hampir digunakan dalam profesion perguruan. Sebagai contoh maklumat dalam
Skpmg2, APDM, SAPS, e-Prestasi, PAJSK, SSDM, SSPAT dan banyak lagi. Semua
teknologi ini wujud pada abad ini. Dengan permasalahan pandemik yang masih
melanda dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggunakan medium web
atas talian DELIMA untuk membantu guru dan murid dapat melaksanakan sesi
pengajaran norma baharu. Oleh itu, guru hendaklah meningkatkan kebolehan dari
aspek daya tahan dan daya saing dalam mencapai objektif pembelajaran dan mampu
mengatasi masalah yang berlaku.

Seterusnya, guru berperanan dalam membentuk budaya sekolah yang baik


dalam diri murid. Setiap sekolah mempunyai budaya sekolah yang berlainan dan
iklim yang berbeza. Sebagai contoh, wujud sekolah yang melaksanakan Program
Guru Penyayang yang memecahkan tembok antara guru dan murid yang pada
dasarnya ada jurang sosial antara murid dan guru. Dengan adanya program
sedemikian rupa, guru bukan sahaja dapat merapatkan jurang sosial antara guru dan
murid, tetapi mewujudkan persekitaran sekolah yang harmonis di sekolah yang
dibina atas pergaulan antara guru dan murid. Antara contoh yang meningkatkan lagi
budaya sekolah yang baik ialah dengan penubuhan persatuan yang mana matlamat
persatuan tersebut adalah untuk memupuk semangat budaya dan nilai yang baik
dalam diri murid. Sekolah dan guru bolehlah menjalankan aktiviti mencantikkan
sudut yang ada di sekolah dengan penyertaan murid. Hal ini secara tidak langsung
akan memupuk perpaduan dan dan hubungan sosial antara guru dan murid. Maka,
guru merupakan anggota yang penting dalam merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara yang mana guru berperanan dalam melahirkan insan yang
harmonis dan berakhlak mulia.

Guru haruslah kreatif dalam mempamerkan sifat sebagai seorang


pembimbing dalam proses pengajaran disamping memberi motivasi kepada anak
muridnya. Guru yang mempunyai kualiti yang tinggi akan menjadi pemangkin
kecemerlangan sesebuah sekolah atau organisasi. Selain itu dengan kualiti yang ada
pada seorang guru, ianya mampu mencari kaedah pembelajaran yang lebih baik dan
boleh diguna oleh guru-guru yang lain dalam proses penyampaian pembelajaran di
bilik darjah. Inovasi dan kreativiti dalam diri seorang guru amatlah penting dalam
penyampaian pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sesi pengajaran yang
pelbagai dan kreatif dan berinovasi dapat menarik minat murid untuk membantu
memberi fokus di dalam kelas. Sebagai contoh, guru menggantikan aktiviti berenang
dengan menggunakan kanvas, sabun dan air. Aktiviti ini membantu murid mencapai
objektif pembelajaran walaupun sesi pengajaran tidak menggunakan kolam renang.
Kesan daripada kelebihan yang ada pada diri seorang guru dapat mengurangkan
masalah-masalah seperti ketidakhadiran di sekolah.

Seorang guru juga harus peka dengan tingkah laku setiap pelajarnya.
Kemahiran interpersonal yang baik penting dan perlu ada pada diri seorang pendidik.
Ini kerana kemahiran komunikasi ini akan dapat membantu guru berinteraksi dengan
murid dalam sesuatu aktiviti. Sebagai contohnya, kemahiran interpersonal guru
dapat memastikan pelajar menumpuhkan perhatian sepenuhnya ketika sesi
3
pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti ini guru dapat mengenal pasti setiap
tingkah laku murid melalui komunikasi dan seterusnya dapat menangani pelajar
mengantuk atau bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Membentuk pelajar yang harmonis dan seimbang dari segi ilmu pengetahuan,
berdaya saing dan mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan aktif dan
cergas. Antara peranan guru adalah dengan menyediakan pengisian kurikulum
seperti kelas pemulihan yang sesuai dengan kefahaman dan tahap pengetahuan
setiap murid. Sekiranya kurikulum ini tidak sesuai, maka guru perlu mengenal pasti
dan membuat strategi baharu untuk mengubahsuai kandungan kurikulum agar dapat
dicapai oleh murid. Perkara ini agar dapat membentuk pelajar yang seimbang dan
harmonis.

Selain itu, Guru mestilah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dalam


mata pelajaran yang diajar. Guru harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
yang luas kerana sebagai seorang pendidik Guru mestilah mempunyai pengetahuan
yang luas bukan sahaja terhadap mata pelajaran yang diajar,tetapi juga ilmu-ilmu
yang lain. Guru boleh mengembangkan ilmu mereka dengan mengemaskini ilmu-
ilmu yang ada mengikut perkembangan semasa dengan mengikuti seminar dan
kursus. Sebagai contoh, jika Guru tersebut telah mengikuti kursus perguruan pada
tahun 90an guru tersebut mungkin blm didedahkan dengan pembelajaran semasa
seperti PAK21. Oleh itu penglibatakan Guru dalam seminar adalah sangat penting
supaya Guru dapat menyampaikan pembelajaran mengikut keperluan semasa.
Bukan itu sahaja, sebagai seorang Guru,mendidik merupakan satu kelebihan atau
kecekapan utama oleh itu guru harus mempunyai keupayaan dan kemahiran
melangkaui pelajar.

Seterusnya, guru juga berperanan untuk memperkembang potensi dan bakat


dalam diri pelajar. Untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru
haruslah berusaha untuk memperkembangkan setiap potensi yang ada dalam diri
pelajar. Guru bertanggungjawab memastikan bakat yang ada dalam diri pelajar
dapat dikembangkan dan dicungkil secara menyeluruh melalui aktiviti kokurikulum di
peringkat sekolah sehingga ke peringkat antarbangsa. Sebagai contoh, jika seorang
pelajar mempunyai kebolehan dalam bidang sukan, guru mestilah memberi
sokongan dan berusaha menggilap bakat pelajar tersebut. Hal ini kerana apabila
Guru dapat melahirkan lebih ramai atlet ianya sudah kearah merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang mana mensasarkan modal insan yang mempunyai
kebolehan dari aspek Jasmani.

Amalan nilai-nilai keguruan haruslah dipratikkan bagi menjayakan ke arah


pembinaan negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti professional. Dalam
perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, amalan nilai-nilai murni
dan akhlak yang terpuji perlu disematkan dalam profesion keguruan itu. Penerapan
nilai-nilai murni oleh guru dalam kalangan pelajar juga penting untuk memastikan
mereka menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang kepada negara
pada masa hadapan. Guru juga perlu mengamalkan kajian dan penyelidikan untuk
meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu sentiasa
berfikiran kreatif untuk mencipta inovasi-inovasi dalam pengajaran dan
4
pembelajaran seiring dengan perubahan zaman. Sebagai contoh, guru perlulah
menerapkan penggunaan ict dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu
mengajar ini lebih menarik dan bersesuaian dengan kecenderungan pelajar di abad
ke-21 ini.

Tuntasnya, guru memainkan peranan yang amat penting dalam


merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
amat penting untuk dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa
mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan
masing-masing. Akhirnya, setiap pendidik harus berpegang kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profession
mereka.

Anda mungkin juga menyukai