Anda di halaman 1dari 4

Sesuatu profesion yang tulen adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti

kepentingan kemahiran intelek , latihan ikhtisas yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh
masyarakat dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan
dengan pendidikan (Lieberman , 1956 dalam Syed Ismail Mustapa , 2014). Profesion perguruan
atau bekerja sebagai seorang guru merupakan pekerjaan yang penting dan bertanggungjawab
besar dalam proses pembangunan manusia , masyarakat dan negara. Profesion perguruan
merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada
individu dan masyarakat terutama golongan murid dan pelajar di sekolah. Dalam meniti arus
kemodenan ini , peranan guru di sekolah menjadi semakin mencabar berhadapan dengan
pelbagai masalah yang berlaku di sekolah yang melibatkan murid atau guru.

Pembangunan Profesionalisme Berterusan ditakrifkan sebagai pengalaman


pembelajaran guru dan pemimpin sekolah melalui penglibatan secara formal dan tidak form al
dalam pelbagai aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan sepanjang kerjaya untuk
peningkatan pengetahuan , kemahiran , kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri professional
yang berkaitan bagi meningkatkan kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan
abad ke 21.(Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM Edisi 2014). Oleh yang
demikian , guru dapat meningkatkan martabat profesion keguruan dengan mengetahui Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Pembangunan profesionalisme ini membantu guru dengan meningkatkan kualiti guru
dan kepimpinan atau pengurusan pendidikan secara berterusan. Guru akan diberikan peluang
untuk memperoleh , menambahbaik dan menguasai sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi
membentuk keberhasilan serta kemenjadian murid. Guru juga akan dibantu dengan diberi fokus
untuk berusaha memahami diri sendiri , dan perkembangan guru dalam perubahan ekologi di
mana suasana persekitaran kerja diberikan penekanan.

Selain itu , hubungkait antara pembangunan profesionalisme dalam meningkatkan


martabat profesion keguruan ialah dengan memberi pendekatan kepada guru dalam bentuk
penyeliaan pengajaran. Penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru di sekolah amatlah penting
terutama dalam memberi maklum balas terhadap kekuatan dan kelemahan seseorang guru
ketika menjalankan tugas. Hal ini menunjukkan , bahawa pihak atasan atau penyelia
memainkan peranan penting untuk membentuk serta meneroka kemahiran berfikir dalam
kalangan guru dengan membantu guru-guru lain untuk membuat analisis pengajaran di dalam
kelas. Dengan cara ini , guru-guru dapat berfikir secara holistik untuk menukar strategi sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid dan mencapai objektif pengajaran yang
ditetapkan. Guru-guru juga dapat mencetuskan idea secara kreativiti dan inovasi dalam PdP.

Berdasarkan Amin Senin (2008), beliau menyatakan pembangunan profesionalisme


keguruan telah diakui sebagai komponen teras sebarang perubahan dalam pendidikan
khususnya usaha-usaha meningkatkan prestasi sekolah. Berdasarkan pernyataan tersebut ,
terbukti bahawa pembangunan profeseionalisme keguruan dapat meningkatkan martabat
profesion guru. Misalnya , guru berjaya menaikkan nama sekolah dengan meraih nama dalam
anugerah tokoh guru cemerlang sempena Hari Guru Malaysia. Guru-guru dapat dibantu oleh
pihak pentadbir untuk diberikan penerangan dan kenyataan mudah dan diberikan bimbingan
secara berterusan semasa sesi perbincangan dalam membentuk kemahiran mengajar yang
profesional dan teratur. Justeru itu , pihak pentadbir juga dapat mempromosikan kesedaran
kesedaran , stimulasi , keyakinan , sikap dan keprihatinan guru bagi meningkatkan kualiti
pengajaran ke atas murid. Guru-guru ini dapat meningkatkan keberhasilan murid bagi
memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja abad ke -21. Ianya juga dapat membuatkan murid
itu untuk menjadi bakal pemimpin yang berjaya pada masa akan datang. Pembangunan
profesionalisme dapat membangunkan kompetensi , potensi , bakat dan kualiti diri setaraf guru
di negara berpencapaian tinggi dalam bidang pendidikan. Kesan daripada pembangunan ini ,
murid dapat meningkatkan kapasitit pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat
supaya dapat memberikan sumbangan secara beterusan dan berkesan.

Selain itu , akauntabiliti seseorang guru juga memberikan kesan terhadap peningkatan
marrtabat profesion keguruan.Berdasarkan kamus dwibahasa , perkataan akautabiliti dijelaskan
sebagai bertanggungjawab terhadap sesuatu. Manakala dibawah konteks perguruan pula ,
ianya bermaksud tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti
seseorang guru terhadap kerjayanya dapat dilihat daripada laporan rasmi yang dikemukakan
oleh sekumpulan penilai bebas tentang pandangan mereka terhadap pencapaian atau prestasi
guru itu semasa melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Guru terlatih akan dinilai
oleh pihak atasan atau penilai yang bertanggungjawab dan dilantik oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Guru ini akan dinilai berdasarkan penampilan dan kaedah mereka mengajar ketika
sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Seperti contoh , prestasi guru-guru baharu akan dinilai oleh
panel khas yang terdiri daripada Pegawai Pendidikan Daerah , guru besar dan penolong kanan.
Hasil penilaian ini akan disimpan sebagai bahan bukti yang menunjukkan akauntabiliti
seseorang guru yang berkelayakan.
Bagi meningkatkan martabat profesion keguruan , seseorang guru hendaklah
memahami dengan lebih jelas akauntabiliti guru dari segi bidang pekerjaan , sekolah , tingkah
laku , murid dan profesionnya. Guru hendaklah memahami skop pekerjaan keguruan ini.
Menjadi seorang guru bukan hanya mendidik , bahkan hendaklah memahami struktur kurikulum
sekolah dengan lebih mendalam supaya sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar dan tidak mempunyai kesilapan. Oleh itu , memahami struktur kokurikulum merupakan
satu akauntabili dalam bidang pekerjaannya. Sebagai seorang guru , mereka hendaklah
menyumbang kepada pentadbiran sekolah dengan mengambil cakna tentang isu dan
perkembangan sekolah.Seperti contoh , guru bukan hanya mengajar di dalam kelas , bahkan
boleh memegang sesuatu jawatan yang dilantik oleh guru besar seperti guru disiplin , guru data
dan guru kaunseling. Hal ini dapat menunjukkan akauntabiliti seseorang guru terhadap sistem
pentadbiran di sekolah.

Seterusnya , guru juga diwajibkan menjaga tingkah laku mereka kerana mereka
merupakan contoh atau role model untuk murid-murid di sekolah. Guru-guru hendaklah
menepati masa , berdisiplin dan menjaga tatacara pemakaian supaya menampakkan diri
profesion keguruan tersebut. Guru juga hendaklah mengambil berat terhadap pembelajaran
murid-muridnya . Guru tidak boleh memilih kasih untuk mengajar seseorang murid kerana
sudah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk melahirkan murid yang berjaya dari segi
rohani , jasmani , emosi dan intelek. Dari segi profesion , guru mempunyai akauntabiliti dalam
kerjayanya dalam mendidik murid-murid. Guru hendaklah menunjukkan kesungguhan dan
cekap dalam mendidik muridnya untuk memastikan mereka mendapat keputusan yang
cemerlang di dalam peperiksaan.Guru juga tidak boleh bersikap perkauman sekiranya
mengajar murid yang berbilang kaum kerana menjadi tanggungjawab profesion guru untuk
mengajar semua murid tidak kira bangsa dan agama.

Kesimpulannya , pembangunan profesionalisme dan akauntabiliti perguruan mempunyai


hubungkait dalam meningkatkan martabat profesion keguruan. Guru hendaklah mengetahui
dengan lebih mendalam tentang profesionnya sebagai seorang guru. Menerusi pelan
pembangunan profesionalisme guru dapat meningkatkan kualiti seorang guru. Guru juga dapat
mengeratkan hubungan akauntabiliti dengan guru , murid dan ibu bapa.

(1005 PATAH PERKATAAN)


RUJUKAN

Chloe, L. (2019, February 20). GPP1063 profesionalisme keguruan. Academia.edu. Retrieved


November 30, 2021, from
https://www.academia.edu/38395495/GPP1063_PROFESIONALISME_KEGURUAN.

Ghazali, D. N. H. M. (2014, September 5). Perkembangan Profesional Ke Arah Pembangunan


modal insan guru. Academia.edu. Retrieved November 30, 2021, from
https://www.academia.edu/1470541/PERKEMBANGAN_PROFESIONAL_KE_ARAH_P
EMBANGUNAN_MODAL_INSAN_GURU.

GPP1063_PROFESIONALISME_KEGURUAN.DOCX - Institut pendidikan guru Kampus Raja


Melewar seremban negeri sembilan program Persediaan Ijazah Sarjana Muda: Course
hero. GPP1063_PROFESIONALISME_KEGURUAN.docx - INSTITUT PENDIDIKAN
GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN NEGERI SEMBILAN PROGRAM
PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA | Course Hero. (n.d.). Retrieved November
30, 2021, from https://www.coursehero.com/file/38136489/GPP1063-
PROFESIONALISME-KEGURUANdocx/.

Hishamuddin Jabar Follow Tukang Kebun at KPM. (n.d.).


Profesionalisme+Dan+Akautabiliti+Guru. SlideShare. Retrieved November 30, 2021,
from https://www.slideshare.net/HishamuddinJabar/profesionalismedanakautabilitiguru.

Mohamad.azzuddin. (2020, November 28). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan-


flip ebook pages 51 - 74: Anyflip: Mohamad.azzuddin. AnyFlip. Retrieved November 30,
2021, from https://anyflip.com/dkfa/kzul/basic/51-74.

Nur Fazlin Mohd Naim Follow English Language Teacher at Ministry of Education Malaysia.
(n.d.). Pembangunan Profesionalisme Berterusan. SlideShare. Retrieved November 30,
2021, from https://www.slideshare.net/nurfazlinmohdnaim/pembangunan-profesionalisme-
berterusan.

Pembangunan profesionalisme guru Terhadap Efikasi kendiri ... (n.d.). Retrieved November 30,
2021, from
http://eprints.iab.edu.my/v2/1108/1/JURNAL33%20BIL1.2020%20%2820Dis2020%29%
20-%20Artikel%203.pdf.

Zalora, P., & Surambi. (2011, April 27). Profesionalisme Perguruan. Ilham Di Surambi.
Retrieved November 30, 2021, from
https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/.

Anda mungkin juga menyukai