Anda di halaman 1dari 6

Elemen Prrofesionalisme perguruan dan Pembelajaran sepanjang hayat

Menurut William (1996), beliau menyatakan amalan guru di bilik darjah adalah
signifikan dalam menentukan kualiti pengajaran mereka. Ini bermakna proses
menjadikan seseorang guru menjadi lebih kompeten perlu dilakukan dari semasa ke
semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guru-guru dilaksanakan
secara berterusan. Ini bermakna semua guru termasuk guru-guru baharu, guru-guru
kanan mata pelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru penolong kanan dan
Pengetua/Guru Besar perlu diberi latihan secara berterusan untuk menjadikan mereka
lebih kompeten dan profesional.

Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan


sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh
seorang profesional.Profesionalisme itu sendiri berasal daripada perkataan profesi
yang bermaksud suatu bidang pekerjaan. Menurut Philips (1991:43) memberikan definisi
profesionalisme sebagai individu yang bekerja sesuai dengan standar moral dan etika
yang ditentukan oleh pekerjaan tersebut. Profesionalisme guru adalah bertujuan untuk
mengekal dan mempertingkat kualiti guru dan peranan kepemimpinan mereka.
Pembangunan profesionalisme juga usaha-usaha kearah penimbaan pengalaman
melalui kursus-kursus yang relevan untuk menjadikan guru lebih berkeupayaan dari segi
kompetensi dan seterusnya dapat membangun dalam laluan kerjaya mereka.

Elemen yang mendasari keteguhan Profesionalisme Keguruan adalah


sejauhmana seseorang guru melalui proses latihan ikhtisas dan ilmu serta kemahiran
yang diperoleh dari institusi latihan guru. Mempraktikkan ilmu secara berterusan, telah
mengikuti program pengajian tinggi formal, dilatih mendapatkan kemahiran tertentu,
mengamalkan etika profesien, dan mengamalkan pengajaran berasaskan beberapa teori.

Elemen pertama yang dibincangkan ialah pembelajaran dan pengajaran guru.


Guru-guru wajib mengikuti kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan bagi mengasah
bakat sebagai guru yang profesional. HaI ini boleh dilakukan melalui program-program
perkembangan profesionalisme yang berterusan (Continuing Professional Development
Programmes). Guru seharusnya dapat memantapkan dan memperteguhkan preofesion
keguruan dari aspek kemahiran, teknik, keilmuan dan kepakaran. Guru seharusnya dapat
mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dan dipraktikkan semasa di Institut perguruan,
iaitu menyediakan kandungan pengajaran yang dapat menarik dan merangsang
pemikiran murid. Kesemua kemahiran dan keilmuan yang diperolehi oleh seorang guru
yang profesionalisme perlu selalu dikemaskini supaya adalah selaras dengan
pembelajaran abjad 21. Bagi tujuan ini, keadaan semasa memerlukan guru menguasai
kemahiran dalam penggunaan peralatan bantuan mengajar yang terkini seperti komputer
dan sebagainya selaindaripada berkebolehan mengamalkan kaedah-kaedah dalam
perlaksanaan proses pengajarandan pembelajaran (P&P). Kejayaan penggunaan
teknologi pendidikan dan penggunaan pelbagai media dalam peningkatan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah bergantung kepada usaha gigih guru. Oleh
itu, aplikasi bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai amat penting. Contoh bahan bantu mengajar ialah menggunakan peralatan
elektronik seperti komputer, power point, internet, dan video. Bukan itu
sahaja,persembahan pengajaran guru dapat memberangsang dan menarik minat pelajar
jika guru itu bijak menggunakan gaya tingkah laku, menukar intonasi suara, dan dapat
bercerita.

Selain itu untuk membantu pembelajaran pelajar, teknik mengajar guru adalah
penting untuk membantu pelajar menerima maklumat dan memahaminya dengan
baik.Gaya belajar pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Menurut Jensen (1997),
(dalam bukuPembelajaran dan Perkembangan Pelajar:2009) beliau telah mengenal pasti
tiga jenis gaya pembelajaran iaitu Gaya pembelajaran visual, Gaya pembelajaran auditori,
danGaya pembelajaran kinestetik. Cikgu perlu meneliti gaya pembelajaran pelajar
supayamereka dapat menerima dan memproses maklumat dengan pantas dan efisien.

Elemen yang kedua ialah etika profesion perguruan. Etika Perguruan bermaksud
tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, murid, rakan
sejawat, dan ibu bapa murid. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas mengenai
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanahnya dalam bidang pendidikan. Kod
Etika Perguruan juga membantu guru melihat perbezaan dan melihatkan keunikan etika
yang diamalkan di negara ini ataupun negara lain. Guru akan mempertahankan kod etika
untuk meningkatkan imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Seterusnya
dapat membolehkan masyarakat untuk memahami dan menghayati tanggungjawab guru
yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan
negara. Jadi guru yang berpegang teguh pada kod etika perlu mengamalkan tujuh nilai
utama yang menjadi fokus Etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu
amanah,benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas, dan penyayang.

Elemen yang ketiga ialah peningkatan akademik guru. Semua guru perlu
memiliki Ijazah pertama (sebagai guru siswazah terlatih), wajib meneruskan pengajian
sampai ke peringkat Sarjana. Menjelang 2020, semua guru perlu memiliki Ijazah Sarjana.
Mereka yang sudah memiliki Sarjana bolehlah meneruskan pengajian sehingga ke
peringkat Ijazah Kedoktoran. Seorang guru dituntut untuk selalu menambah
pengetahuan dan keterampilan agar supaya pengetahuan dan keterampilan yang
dimilikinya tidak ketinggalan zaman. Pengetahuan dan keterampilan yang dikuasai tidak
hanya terbatas pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan tugas
profesional, tetapi juga tugas kemasyarakatan mahupun tugas kemanusiaan. Guru
sebagai tenaga pendidik yang berhubungan langsung dengan peserta didik harus
memiliki keahlian khusus atau kualifikasi khusus di bidang akademik. Dengan kompetensi
yang dimilikinya guru dapat menjalankan tugas dengan baik untuk mencerdaskan peserta
didik.

Menurut Watkins dan Marsick (1993), antara salah satu elemen yang digariskan
oleh mereka dalam guru yang profesional ialah menggalakkan penyelidikan. Budaya
penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk
meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional.
Guru-guru yang mempunyai budaya menyelidik adalah guru-guru bersikap positif
terhadap penyelidikan, celik penyelidikan iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran
penyelidikan. Mereka sentiasa melaksanakan kajian tindakan sama ada secara individu
atau kolaboratif, bersifat kritis, reflektif, bertanggungjawab serta berkongsi pengalaman
dan dapatan kajian, melakukan penilaian kendiri serta melibatkan diri dalam
penyelesaian masalah dan peningkatan profesionalisme (Jamil, 2002). Menurut Elliott
dan Adelman (1976), kajian tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang
berusaha mempertingkat mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan
terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru. Kajian
tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan
melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan
mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk
mengubah amalan-amalan tersebut (Mc Niff, 1988).

Elemen yang seterusnya ialah pentadbiran dan pengurusan guru. Selain dari
bidang pembelajaran dan pengajaran, semua guru perlu dilatih untuk menjadi pengurus
yang berwibawa. Noriah (1994) menyatakan bahawa profesion keguruan merupakan
profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas. Bebanan kerja guru
bukan sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja perkeranian dan pentadbiran,
menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG)
(Faridah dan Zubaidah, 1999). Dalam proses pentadbiran sekolah, guru itu perlu pandai
merancang, membuat keputusan, komunikasi, mengawal dan menilai. Dari aspek
pengurusan ,guru mempunyai peranan yang besar dalam mendidik murid sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja
didapati di dalam kelas tetapi dari penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu melalui
pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Kemahiran yang diperolehi oleh guru harus meliputi
kemahiran yang meningkatkan potensi murid, dapat menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan. Guru juga haru mahir mengajar iaitu dapat
menggabungkan aspek-aepek teori-teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk
diintegrasikan dalam pengajaran.

Selain daripada pengurusan dalam kelas, guru perlu mengurus masa dari segi
kerja-kerja sekolah, mengguna masa dalam penguasaan kurikulum, setiap mata
pelajaran dan teknik evaluasi. Seseorang guru bukan setakat untuk mengajar malah perlu
memegang jawatan dalam organisasi sekolah. Contohnya, sebagai guru kaunseling,
sebagai guru panitia, penolong kanan pengetua, sebagai guru penasihat kepada
persatuan, kelab dan sukan. Kadangkala, apabila sekolah mengadakan aktiviti seperti
persaraan guru, sambutan hari tahunan sekolah, merentas desa, hari sukan,hari kantin,
hari ibu bapa, ceramah dan upacara lain, guru perlu melibatkan diri dalam pengurusan
aktiviti tersebut. Bagi mengelakkan prestasi akademik pelajar terjejas, guru perlu
meluangkan masa rehatnya bagi memberi kelas tambahan kepada pelajar. Dalam situasi
ini, guru yang dedikasi akan memberi dorongan kepada pelajar memberi perhatian di
dalam kelas sebab mereka sahaja yang perlu tinggal dalam sekolah selepas tamat waktu
sekolah. Keadaan begini boleh dikatakan sebagai perubahan persekitaran belajar kerana
suasana sekolah akan bertukar daripada bising kepada senyap

Elemen yang kelima ialah sifat ketuhanan, keagamaan dan moral guru. Sifat
ketuhanan bermaksud seseorang mempercayai kewujudan tuhan sebagai pencipta alam
dan mematuhi segala peraturan berlandaskan suruhanNya. Dalam prinsip Rukun Negara,
prinsip yang pertama ialah kepercayaan kepada Tuhan, dalam sukatan pelajaran subjek
moral, nilai pertama yang dipelajari ialah kepercayaankepada tuhan. Dalam lagu
Negaraku, juga terdapat perkataan Tuhan. Fenomena ini menunjukan nilai ketuhanan
ialah nilai yang terawal yang perluditanam dalam pemikiran manusia tidak mengira jenis
kaum, bangsa, atau melangkau ke antarabangsa.Sebagai contoh, dalam negara kita
terdapat penganut agama Islam, India, Buddha dan Kristian. Bagi kebudayaan barat,
kebanyakan mereka menganutiagama Kristian.Walaupun kita mempunyai agama yang
berlainan, tetapi pengajarandalam agama adalah mengajar kita menjadi insan yang baik
dan membentuk jati diriyang mulia. Dengan adanya keagamaan, manusia akan
mengunakan ajaran agama masing-masing sebagai panduan kehidupan yang
sepatutnya ada dalam manusia sendiri. Contohnya, agama akan mengajar kita
membantu orang yang berada dalam kesulitan, sudi mengorbankan diri dalam
menyelamatkan orang, berfikiran positif dan terbuka serta tidak melakukan perbuatan
yang mencederakan orang lain. Dalam perspektif Islam, Kadir H.D (1996) (dalam nota
kuliah Encik Zaini Abdulah) menyatakan bahawa pembangunan adalah suatu proses
membuka dan mengembangkan roh kemanusiaan, membuka hati manusia, membuka
dan mendedahkan manusia ke arah kemuncak ketuhanan supaya berkembang
sepenuhnya secara beransur-ansur dan ke arah yang lebih baik dalam konteks
kehebatan semula jadi.

Transformasi Pendidikan memberikan maksud transformasi sebagai perubahan


bentuk. Pada masa terkini, transformasi pendidikan negara kita telah mengalami
perkembangan secara pesat. Perkembangan ini telah melihatkan beberapa perubahan-
perubahan di dalam sistem pengajaran yang ada sekarang ini bagi meningkatkan serta
memperkukuh kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Transformasi
pendidikan juga adalah wadah utama menentukan perkembangan kemajuan dan
kemakmuran sesebuah negara. Oleh itu, guru sebagai tunjang utama dalam
mendominasi dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat
dinafikan lagi, dan guru perlu mempunyai keinisiatif untuk meningkatkan
pembelajarannya dalam bidang pendidikan. Bagi peningkatan tahap profesionalisme,
guru-guru wajib meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka melalui
Program Pembangunan profesional. Sebagai pendidik anak bangsa, guru mestilah
meningkatkan ilmu pengetahuan yangsedia ada supaya ilmu yang disampai tidak
ketinggalan zaman tetapi diperbahrui mengikut peredaran semasa. Hal ini disebabkan,
pendekatan pendidikan secara tradisional yangmemberi penekana kepada penyampaian
ilmu pengetahuan semata-mata melalui carasyarahan atau penerangan guru secara
sehala, tidak lagi dianggap sebagai kaedah yangmemuaskan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P).

Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep belajar seumur


hidup. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan
memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Ia
menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan
berinovasi dalam amalan pengajaran. Menurut Mohamed Amin Embi etl al., (2002), guru
mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Mereka
perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan
teknologi maklumat (ICT) kini dan sebagai guru, kita harus mempertajam kemahiran
menagajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang
lebih berpengalaman. Menurut Abd Rahim (2007), pembelajaran sepanjang hayat ialah
satu konsep belajar yang terbentuk di kalangan profesional bagi membolehkan golongan
ini mengikuti perkembangan yang berlaku dan meningkatkan pengetahuan mereka
seperti yang berlaku di kalangan ahli profesional seperti guru, doktor, peguam, pentadbir,
dan ahli politik.

Anda mungkin juga menyukai