Anda di halaman 1dari 27

SEMESTER 2 SESI 2010/2011

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR


TAJUK

ISU DAN CABARAN DALAM AMALAN ETIKA PROFESIONAL KE ARAH


MENJULANG MERTABAT PROFESION PERGURUAN

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

No Tel

MOHD GHAZALI BIN HJ ANUAR

D20111050046

012-9797699

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI TANJUNG MALIM


NAMA TUTOR E-LEARNING:
ABU BAKAR BIN YUSUF
019 3260267
bakar675@gmail.com
bkaq67@gmail.com

TARIKH SERAH: 30 APRIL 2012

Maksud Isu
Isu boleh dimaksudkan dengan ssesuatu perkara yang diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu
yang besar.Tidak banyak definasi yang dapat dinyatakan namun menurut satu laman web
(ertikata.com),isu adalah suatu masalah yang dikedepankan (diperkatakan) untuk ditanggapi oleh
orang ramai.Ia juga adalah suatu khabar yang tidak jelas usulnya dan tidak terjamin
kebenarannya
Maksud Cabaran
Boleh dimaksudkan sesuatu unsur, faktor yang mencabar, menguji kemampuan dan ketabahan
seseorang atau sesuatu organisasi atau pekerjaan.
.
Maksud Etika
Etika berasal daripada perkataan Greek, Ethos yang diertikan sebagai sikap adat yang
menentukan tingkah laku iaitu penemuan baik buruk perbuatan manusia1.Etika berkait rapat
dengan moral,akhlak dan nilai sungguhpun secara terperinci terdapat perbezaan ketara antara
satu dengan yang lain.Menurut Grassian (1981) etika boleh ditakrifkan sebagai falsafah tentang
moral iatu tetang kelakuan yang baik,kewajipan moral,sikap moral,tanggungjawab moral,
keadilan sosial dan ciri-ciri kehidupan yang baik.
Cheringgton (1980) pula menyatakan bahawa etika kerja merujuk kepada sikap positif
terhadap kerja.Individu yang berkerja dengan gembira mempunyai etika yang lebih baik daripada
mereka yang tidak seronok dengan kerjayanya.
Rafik Issa (1998) pula menakrifkan etika sebagai satu set prinsip moral yang
membezakan apa yang betul dengan apa yang salah. Beliau menyambung dengan menambah
bahawa etika merupakan satu perkara yang normatif kerana menjelaskan apa yang perlu
dilakukan atau perlu menahan diri daripada melakukannya.
Hitt (1990) berpendapat prinsip etika kerja adalah mempunyai maksud yang sama dengan
nilai kerja.

Mengikut Kamus Dewan (2000 : 401) etika adalah prinsip moral atau akhlak atau nilai
akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau suatu kumpulan3.Menurut Institut
Integriti Malaysia (2007 : 17) pula mendefinisi etika sebagai himpunan nilai dan moral yang
menjadi piawai bagi tingkah laku individu,organisasi dan profesion.
Etika juga merupakan satu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku
bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral
yang baik dan yang buruk,serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan
kepada ahli-ahli berkenaan.Dalam pergaulan hidup masyarakat,bernegara hingga pergaulan
hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya manusia
bertingkah laku.Hal ini yang mendasari kesuburan dan perkembangan etika dalam masyarakat
kita.
Oleh itu berdasarkan pengertian di atas jelaslah bahawa etika berkaitan dengan
pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa
seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara protokol, berhemah dan berkesan.Di
samping itu juga etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut
atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Maksud Profesional
Mengikut Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan bahawa profesionalisme bermaksud sifatsifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang
sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh orang profesional. Menurut Mak Song Sang
(1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai pekerjaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap,
jujur,dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi yang mempunyai autonomi, bertugas serta
mematuhi kod etika yang telah di tetapkan oleh organisasinya

Maksud Etika Profesional

Iaitu semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin
dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkahlaku profesion dalam masyarakat. Etika
professional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benarbenar peribadi seperti mengemas rumah,berkebun dan sebagainya.Dalam Islam,etika ialah
akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertaqwa dalam keseluruhan hidupnya.

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia


Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
1. Berdisiplin dan beradab
2. Pengerak ke arah kebaikan
3. Niat yang betul
4. Perlakuan yang baik
5. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
6. Memperkatakan apa yang dikatakan.
Nilai-nilai Utama Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Antara nilai utama yang menjadi fokus etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
1. Amanah
2. Benar
3. Bijaksana
4. Bersyukur
5. Dedikasi
6. Ikhlas
7. Tanggungjawab

Etika Kerja Islam

Sukri dan Razali (2001) menyatakan etika Islam sebagai satu set nilai atau sistem kepercayaan
yang dititipkan daripada al-Quran dan Al-sunnah mengenai kerja.Ali (1992) etika kerja Islam
menyatakan nilai-nilai murni seperti memelihara kehormatan manusia,mementingkan ketaatan
dan ketekunan kerja.Gaskill Thomas (1995) mendefinisikan etika kerja Islam sebagai amalan
etika yang berhubungkait dengan Islam.Secara lebih tepat,etika kerja Islam merujuk kepada
akhlak.Dari segi bahasa, akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti,kelakuan,perangai,watak dan
tabiat dalam diri manusia.
Etika kerja Islam merujuk kepada satu set nilai atau sistem kepercayaan yang dititip
daripada al-Quran dan Al-sunnah mengenai kerja.Sememangnya budaya kerja Islam menuntut
hubungan secara multi-deminsional dengan pelbagai aspek kehidupan termasuk aspek sosial
politik dan ekonomi.Islam adalah satu cara hidup yang menyeluruh,bersifat fitrah dan
sederhana.Islam juga adalah satu agama yang menggalakkan manusia bekerja.Al-Quran serta
Sunnah itu sendiri telah mencirikan etika kerja Islam yang berbeza dengan etika kerja lain secara
ketara. daripada al-Quran dan Al-sunnah
Dasar kerajaan yang digubal hanya mengambil 11 nilai-nilai murni Islam untuk
diamalkan dalam pentadbiran dan sekali gus membentuk etika kerja Islam yang dipraktikkan
dalam pentadbiran awam diikuti dengan sektor korporat.Antara nilai-nilai yang diamalkan ialah:
1. Amanah
2. Tanggungjawab
3. Ikhlas
4. Dedikasi
5. Sederhana
6. Tekun
7. Bersih
8. Berdisiplin
9. Bekerjasama
10. Berbudi Mulia
11. Bersyukur.

Maksud Perguruan
Menurut Modul KKD Pembangunan Sahsiah perguruan bermaksud pekerjaan sebagai
guru.Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraika dengan lebih mendalam, pendidik bermaksud orang memelihara dan melatih. Pengajar
ialah orang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakla pengasuh member makna orang
memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai
perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti di sekolah, tempat
belajar pengajaran dan pembelajaran dan perkara yang berkaitan dengan guru. Perguruan adalah
salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam
masyarakat seperti guaman , akuantan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan
sebagainya.Sebagai sebuah kerjaya keguruan,ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan
seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkualiti,
berketerampilan, terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya
(Hasan,2002).
Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas
sebagai pendidik yang baik. Banyak keruntuhan moral dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan
yang membabitkan guru.Antaranya ialah sumbang mahram dan bersekedudukan.Media juga
turut

melaporkan

kes-kes

lain

seperti

guru

memukul

murid,guru

besar/pengetua

menyembunyikan kes-kes disiplin,guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang
telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.
Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan
profesion perguruan tergugat pada mata umum.Hal ini bertentangan dengan peranan dan
tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika
perguruan iaitu menjalankan tanggungjawab guru kepada pelajar,ibu bapa pelajar,rakan sejawat
dan masyarakat dan Negara.Jelasnya, guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apaapayang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah
yang dihadapi.Selain itu terdapat kes di mana guru menyebarkan sesuatu yang menjejaskan
keselamatan Negara.Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan kepada guruguru menjalankan tugas mendidik.

Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan Tatasusila
Profesion Perguruan. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikut dan dihayati oleh
guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memertabatkan lagi
kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dulu. Kejayaan dalam
melahirkan guru yang beretikabergantung kepada sejauh mana guru komited kepada etika
perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Persoalannya sekarang
adakah guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada.

ETIKA PROFESION PERGURUAN


Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara,
pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.Setiap badan professional mempunyai kod etika
masing-masing.Setiap profesion menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan
yang menjalankan pekerjaan tersebut. Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak dari dahulu
lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang professional. Laporan
Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971),
telah mencadangkan supaya diadakan Etika Perguruan bagi Pembentukan Tatasusila Guru.
Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati adalah:
1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionnya dan yang akn menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan.
2. Seorang guru tidak bertingkah laku begitu rupa yng boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubungan dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab seorang guru adalah terhadap murid-murid nya. Kepentingan muridmuridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan
masyarakat persatuan atau persendirian
5. Guru haruslah menumpu separuh perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
7

6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa
dan agama dan kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai penganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah
laku murid-murid ke arah matlama-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak
kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal
keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Guru harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan murid-muridnya
dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan rohani.
10. Guru harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai
diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Guru haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitui rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat perguruan.
12. Guru haruslah tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid,
masyarakat awam dan negara.
13. Guru haruslah menanam sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
14. Guru haruslah tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
15. Guru haruslah bertingkah laku sebegitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap
murid-murid.
16. Guru haruslah tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran
ataupun pengajaran tambahan yang telah diajarkan semasa waktu sekolah atau cuti
sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan
17. Guru haruslah tidak mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Guru haruslah tidak memaksa kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
murid-muridnya.
19. Guru haruslah tidak meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau
ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
8

20. Guru tidak boleh menjatuhkan nama baik guru-guru lain.


21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat guru haruslah menggunakan caracara yang sah sahaja, iaitu berdasarkan kecekapan.
22. Guru tidak harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Kepentingan Etika Perguruan.


Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memertabatkan profesion perguruan. Kod etika
penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan.Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tanggungjawab guru terhadap pemegang
amanah dalam bidang pendidikan.Guru faham dan jelas dan tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam kod etika perguruan di Negara ini menunjukkkan
perbezaan tertentu berbanding dengan kod etika di negara luar.Guru dapat melihat
keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dil;akukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi emej perguruan secara hitam putih dan
rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan
berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan
etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan
tugas, serta memupuk kerjasama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam
organisasi.
PENGENALAN

Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam dalam mencapai Misi Nasional dan guru
memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Jesteru itu guru perlu memahami ,
memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan
pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
Peredaran masa membawa kepada perubahan dan cabaran terhadap profesion perguruan
termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama
pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam P&P, egen
perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk
menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.
Pada awal-awal tahun 60 an, guru dianggap insan terpilih yang didatangkan untuk membawa
ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi
pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru bukan sahaja memberi ilmu
kepada masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan. Kaum guru mengajar masyarakat
melayu berorganisasi dalam bidang sosial dan arena politik. Guru-guru sekolah melayu meniup,
menanam dan menyemarakkan semangat nasionalisme.Melalui tulisan yang banyak diterbitkan
dalam majalah-,majalah yang terhad bilangannya, suara guru dibaca sehingga menimbulkan
kesedaran tentang untung nasib dan survival bangsanya yang ketinggalan dalam bidang ekonomi
dan politik, tentang kesedaran maha pentingnya pendidikan tinggi sebagai satu jaminan masa
depan yang cerah.
Kini profesion perguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion
profesional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ramai yang menganggap
tanpa latihan asaspun mereka masih boleh menjadiguru sandaran/sementara dan adakalanya
lebih baik daripada guru yang sedia ada.

DASAR DAN MATLAMAT


Dasar Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) adalah untuk memartabatkan profesion keguran
dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru.Matlamat KPM ialah untuk
10

menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipikul dalam pembinaan genarasi masa hadapan negara.
Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut, fokus memartabatkan profesiona keguruan adalah:

Menambahbaik system pemilihan calon guru;

Memantapkan latihan perguruan;

Memantabkan kerjaya guru;

Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dan;

Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

KPM bukan sahaja melahirkan guru yang berkualiti, tetapi juga memastikan mereka yang
berkualiti kekal dalam system pendidikan negara dan berkualiti di sepanjang tempoh
perkhidmatan.Mulai tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkan bagi
memastikan KPM mendapat hanya calon yang berkualiti bagi profesioan ini. Usaha untuk
melahirkan dan melestarikan guru-guru berkualiti dalm profesion keguruan ini dimantapkan
dengan menaiktaraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) , dan meneruskan
pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki (IAB). Dalam masa yang sama
usaha diteruskan bagi menambah baik laluan kerjaya dan kebajikan guru.

ISU SEMASA DAN CABARAN.


Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar. Cabaran dalam
wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Ini kerana masyarakat
kini adalah masyarakat berilmu pengetahuan.Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini
dan selamanya adalah sama,iaitu untuk mengajar, mendidik dan mengubah manusia yang
bernama pelajar dari keadaan tidak kenal huruf , tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca
kepada celik huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya.
Tetapi persoalannya kenapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya telah
berubah. Dulu masyarakat memandang mulia kepada guru, sekarang profesion perguruan seakan

11

terpinggir dan sudah berada dan sudah berada dalam ketogori terakhir pemilihan kerja.Ada juga
seringkali para guru sering menjadi sasaran jika berlaku kepincangan dalam masyarakat
Dapatan yang dibuat oleh Shuib dan Johari (2001) melaui pemerhatian, temubual dan
pengalaman, mereka mendapati bahawa ada beberapa sebab mengapa bidang keguruan ini
kurang mendapat tempat pada pandangan masyarakat dan remaja yang memilih kerjaya:

Profesion perguruan adalah profesion yang statik, kutang masa dan peluang terlalu kecil.
Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa stastistik mengenai perbandingan peluang
kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama,antaranya;
Pendidikan

3.5 %

Jurutera Awam (Kerja Raya)

27.1 %

Pegawai Perubatan

15.1 %

Polis

18.6 %

Pegawai Pertanian

13.4 %

Pegawai Tadbir & Diplomatik

38.4 %

Berhadapan dengan berbagai kerenah pelajar yang begitu ramai yang datang dari
pelbagai keturunan,adat resam,sosio ekonomi, peringkat umur, masalah disiplin yang
perlu di tangani. Malah guru juga perlu melayani kernah ibu bapa, masyarakat, pihak
atasan, kerajaan, pertubuhan dan masalah peribadi.

Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru sehingga ada cadangan
meletakkan Pegawai Tadbir Dipolmatik (PTD) di bahagian pengurusan sama ada di
sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah ataupun di Jabatan Pelajaran Negeri

Wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan kerja keras guru
yang mengajar.

12

Beban kerja dan kurang insentif yang diterima oleh para guru. Masyarakat melihat kerja
guru mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula merasa beban kerja
terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih masa tidak dihargai.
Pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan segelintir guru kecewa.

Pada tahun 2005, terdapat lebih kurang 327,000 orang guru iaitu 58.2 % di sekolah rendah dan
41.8 % di sekolah menengah.Dari segi kelulusan ekademik, 38.0 % adalah guru siswazah dan
56.4 % guru bukan siswazah. Manakala 5.6 % adalah guru ambilan secara kontrak atau mereka
yang tidak mempunyai latihan perguruan. Sebanyak 6.1 % guru sekolah rendah dan 82.4 % guru
sekolah menengah adalah guru siswazah. Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan kelayakan
guru dan sasaran 50 % guru di sekolah rendah dan 100 % guru di sekolah menengah terdiri
daripada siswazah terlatih menjelang 2010.
KPM

telah mencipta sejarah baru dengan menaik taraf maktab perguruan kepada Institut

Pendidikan Guru seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005.
Dalam usaha meningkatkan bilangan guru berijazah dan menyediakan guru yang berkualiti,
peranan IPG telah diperkembangkan untuk melatih guru pada peringkat ijazah berbanding
dengan dengan hanya pada peringkat sijil dan diploma. IPG memainkan peranan penting dalam
menyediakan latihan pra dan dalam perkhidmatan. Kini terdapat 27 buah IPG di seluruh negara
dengan bilangan pensyarah seramai 3129 orang dan enrolmen 28,755. Dalam usaha untuk
meningkatkan kelayakan guru ke tahap siswazah dan memastikan tenaga pengajar berkualiti,
satu garis panduan iaitu Malaysia Quality Framework digunakan. Cabaran KPM untuk
menjenamakan dan merangkaikan IPG dengan university dan kolej terkenal di luar negara serta
dalam negeri seperti mewujudkan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan
Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa.
Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, pemilihan calon
guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti. Cabaran KPM
adalah bagi memantapkan sistem pemilihan calon guru pelatih supaya mereka yang berminat dan
mempunyai sahsiah yang baik sahaja dipilih. Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiat bagi
menarik lebih ramai pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan.

13

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2006 telah meluluskan Memorandum Bersama KPM
dan KPTM yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan antara Kementerian
dalam latihan keguruan dan keluaran guru. Memoradum ini juga telah meluluskan norma guru
dari 1.5n yang diguna pakai sejak 1982 kepada 1.7n (n ialah bilangan kelas). Peningkatan norma
ini adalah satu kejayaan kepada KPM dalam usaha mengurangkan beban tugas guru seperti yang
disyorkan dalam Laporan Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru yang dijalankan oleh KPM.
KPM juga berusaha untuk menangani masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen
semasa latihan dengan keperluan mata pelajaran yang diajar di sekolah terutama mata pelajaran
kritikal. Cabaran KPM adalah untuk memastikan jurang ketidaksepadanan ini diatasi. Antara
usaha yang diambil adalah dengan mengawal jumlah pengambilan ke program bidang
pendidikan di IPG dan IPT.Pendekatan ini juga untuk memastikan tidak berlakunya masalah
garaduan mengganggur.
Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan guru dipenuhi. Bagi memastikan
keselesaan ketika menjalankan tugas, persekitaran kerja dipertingkatkan supaya lebih kondusif.
Kesanggupan dan pengorbanan guru untuk mendidik anak luar bandar juga perlu diberi
pengikhtirafan dan sokongan.Kemudahan tempat tinggal terutama di kawasan pedalaman dan
bandar besar akan disediakan secukupnya.Cabaran KPM adalah untuk membina lebih banyak
rumah guru dan menyediakan kemudahan asas terutamanya kawasan pedalaman.
Bagi menjaga kebajikan guru, pada tahun 2005 KPM telah melancarkan dasar pemberian Skim
Pinjaman Buku Teks kepada anak-anak guru dan Pegawai Peerkhidmatan Pendidikan termasuk
yang telah bersara atau meninggal dunia. Cabaran KPM adalah untuk memastikan kebajikan
guru sentiasa diberikan perhatian.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang melanjutkan pelajaran pada peringkat
sarjana dan kedoktoran juga tidak mendapat pengiktirafan yang setimpal terutamanya yang
berkhidmat pada peringkat pengurusan. Malah kepakaran mereka tidak diiktiraf berbanding
dengan guru cemerlang dan guru pakar yang mengajar di sekolah. Cabaran KPM adalah untuk
menyediakan insentif yang sewajar dengan kelayakan dan kepakaran seseorang bagi
mengelakkan pengaliran keluar PPPS yang berpengalaman dan berkelulusan tinggi. Bilangan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di Jabatan/Bahagian di KPM seramai 1,549
14

orang iaitu 1,086 adalah siswazah.dan 453 bukan siswazah.Bilangan pegawai PPPS di JPN dan
PPD/G adalah seramai 2,730 orang iaitu 1884 siswazah dan 846 bukan siswazah. Cabaran KPM
adalah untuk memastikan pegawai-pegawai diberi peluang menikmati laluan kerjaya yang lebih
menarik dan peluang melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.
Strategi Kerajaan Untuk Memartabatkan Profesion Perguruan.
Yazid Abdul Manap (2001) mengariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan
profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan garduan. Antara usaha yang telah
dilakukan oleh KPM ialah:
1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru.
Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian
jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu. Apa jenis personaliti tersebut tidak
sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada sikap tidak berminat
terhadap kerja mahupun

perkembangannya. Sekiranya profesion ini adalah pilihan

terakhir bagi guru,minat utama terhadap profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja
dan akibatnya selepas 2 atau 3 tahun menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan
berlaku.Kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian burnout terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi
masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak awal lagi dalam bidang yang
diceburi.(Wan Mohd Zahid Nordin). Oleh itu KPM telah memperketatkan syarat dan
kriteria pengambilan calon.Calon dikehendaki menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru
(Malaysian Teachers Selection Test MTeST). Mereka juga dikehendaki menjalani
temuduga individu dan berkumpulan

serta ujian bertulis Bahasa Inggeris. Syarat

tambahan juga dikenakan kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang bersesuaian
dengan keperluan opsyen. Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih dihebahkan
melalui iklan dan tapisan yang rapi.KPM juga telah memantapkan proses perlantikan dan
pengesahan PPBS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan
setiap guru mencapai standard minimum.

15

2. Meningkatkan Tahap Profesionalisme.


Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik,
guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan
kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan
dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan
kondusif.
a) Program Diploma Perguruan Khas
Diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat
menengah dengan menyediakan guru siswazah di semua sekolah menengah
menjelang tahun 2005.

b) Program Diploma Perguruan Malaysia


KPM telah mengantikan Sijil Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma Perguruan
Malaysia ( DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras
dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini.

c) Program Pensiswazah Guru


Kursus-kursus seperti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) yang dimulakan
pada tahun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursuskursus yang diadakan secara usahasama dengan Universiti Terbuka Malaysia ( Open
University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk
guru besar.

d) Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti


Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Banyak
dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini. Oleh yang demikian
dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu
berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Dengan perubahan tersebut,
Kementerian pelajaran Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan

16

terus dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan
beberapa program khas untuk memastikan ianya terus berkembang.

Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin Baki
dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan
dan program yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut
Aminuddin

Baki dengan university-universiti di Britain, Amerika Syarikat dan

Australia.

e) Skim Latihan Pegawai.


Skim yang dikelolakan oleh bahagian Biasiswa untuk membolehkan pegawaipegawai p[endidikan mendapat kelayakan tambahan dengan mengikuti program
kedoktoran dan sarjana dengan menawarkan biasiswa penuh dan cuti belajar bergaji
penuh.

f) Program Pensarjanaan Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG).


Di samping meletakkan guru-guru di tahap yang paling tinggi dengan memberikan
kursus dan latihan yang sesuai, pensyarah-pensyarah IPG juga diberi peluang
menambahbaik kelulusan ikhtisas mereka dengan cabaran dalam dunia pendidikan
masa kini.

3. Memantapkan Latihan Perguruan


KPM telah menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang
menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan.
KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru telah mereka bentuk dan menggubal kurikulum
IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Antara
perubahan dan penekanan yang dibuat ialah:
a) Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.
b) Membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan,
Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus
Management System
17

c) Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek


pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care
d) Memastikan setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi
Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, dan Pendidikan Khas.
e) Memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menjadikan
penyelidikan sebagai budaya kerja pendidikan guru.
f) Mempereratkan kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan
semua IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan
penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak dan keperluan
sistem pendidikan negara.
g) Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina
sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik kea rah
meningkatkan profesionalisme guru.
h) Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program
Peningkatan Akedemik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa,Pendidikan Jarak
jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa.
i) Meningkatkan pemantapan dan perluasan kursus dan latihan
j) Meluaskan dan meningkatkan R&D.

4. Menambah Baik Persekitaran Kerja dan Kebajikan Guru.


Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha menyediakan persekitaran kerja yang
kondusif kepada guru-guru.Antaranya ialah;
a) Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi untuk guru-guru di
kawasan pendalaman , luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru
dan membaik pulih rumah guru sedia ada.
b) Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk
meningkatkan kualiti kerja dan P&P melalui projek naik taraf, bangunan tambahan
dan pembinaan baru.
18

c) Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas


dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran .Pembantu Hal Ehwal murid
diwujudkan bagi membantu guru dikelas pra sekolah dan kelas pendidikan khas.
d) Mengkaji keperluan kemudahan ansurans bagi guru-guru yang berkhidmat

di

kawasan pendalaman.
e) Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan.
f) Mengurangkan Penempatan Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT)
Kekosongan jawatan guru sama ada di sekolah rendah mahupun menengah biasanya
diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan secara formal sama ada di IPG
ataupun universiti. Kita tidak dapa menafikan mengenai keperluan mengisi
kekosongan tersebut atas dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan
masyarakat terhadap profesion keguruan ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila
ada sesetengah pihak yang menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di
tempat-tempat tertentu, mereka masih boleh menjadi seorang guru.

Sepatutnya, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan mengambil langkah yang


proaktif

terhadap masalah yang dihadapi .Lambakan

guru-guru sandaran tidak

terlatih di sekolah dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan


tersebut. Sepatutnya kekosongan jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan
kehadiran guru-guru yang telah menamatkan pengajian secara sepenuh masa atau PJJ
yang terlalu ramai di sekolah rendah, manakala di peringkat sekolah rendah iainya
diisi dengan guru-guru lepasan dari IPG.

g) Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) untuk meningkatkan


inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru. YGMB
diperbadankan di bawah akta Syarikat 1965 pada Mac 1994 sebagai sebuah syarikat
Berhad. Tujuan utama penubuhan YGMB adalah untuk menyatukan dan
mengembleng seluruh warga

pendidik dan anggota perkhidmatan pendidikan

Malaysia ke dalam satu organisasi yang beasaskan ekonomi dan kebajikan yang
akan menjadi wahana utama. Objektif

utama penubuhan YGMB ialah untuk

memajukan kebajikan pendidik khasnya ahli-ahli Yayasan melalui bencana dan


19

sebagainya di samping memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti


perniagaan terutama dalam bidang kewangan, pengurusan dana, pembinaan dan
pembangunan harta tanah, pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebaginya.

h) Kesatuan Guru.
Penyertaan guru dalam

kesatuan-kesatuan guru yang berdaftar diyakini dapat

menguat dan mengukuhkan penyatuan perjuangan guru secara permaufakatan selaras


dengan kehendak profesion perguruan. Inilah resolusi pertama Persidangan
Permaufakatan Pendidikan Kesatuan dan Persatuan Guru Malaysia (PPKPGM) yang
menyeru

agar setiap warga pendidik menyertai salah satu kesatuan guru yang

terdapat di negara ini. Namun mengikut kajian yang dijalankan oleh kesatuan guru
(samada KPPK atau KGMMB), hampie 60 % guru-guru di Malaysia tidak mendaftar
sebagai ahli di mana-mana kestuan gurupun. Ini menunjukkan bahawa guru
sendiripun

tidak berminat terhadap kesatuan yang dibentuk oleh guru untuk

kebajikan guru-guru itu sendiri. Segala masalah yang bersabit dengan bidang
perguruan samada dari segi perjawatan, ganjaran mahupun kebajikan sepatutnya
disalurkan melalui kesatuan adan akhirnya akan disampaikan kepada pihak KPM
supaya diambil tindakan.Sekiranya kesatuan guru sendiri tidakmendapat sokongan
padu dari kalangan guru sendiri, bagaimanakah nasib guru hendak terbela dan apakah
martabatnya profesion keguruan twersebut.

i) Hari Guru
16 Mei setiap tahun diikhtiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk
menghargai sumbangan dan jasa para guru.Pada hari tersebut, tokoh-tokoh guru
diisytiharkan sebagai member pengikhtirafan penuh kepada sumbangan dan jasa
mereka. Walaupun yang diberikan gelaran tersebut tidaklah ramai tetapi ingatan
kerajaan dan masyarakat negara ini di atas pengorbanan para pendidik dapat
memberikan sumbangan yang besar dalam dunia pendidikan.

j) Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan. KPM menyediakan perancangan


bagi mengatasi

masalah kekurangan guru mengikut opsyen. Di samping itu


20

menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen
dan lokasi.

k) Ganjaran dan Kenaikan Pangkat.


Selain dari meningkatkan diri dengan ilmu dengan penambaikkan dalam bidang ilmu,
dan persekitaran kerja yang kondusif

para pendidik juga ditawarkan dengan

ganjaran- ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-benar layak.

i)

Pengetua Cemerlang

Jawatan Pengetua cemerlang telah diwujudkan oleh KPM dengan tujuan untuk
melantik pengetua-pengetua cemerlang yang akan membawa kecemerlangan kepada
sekolah tempat mereka ditugaskan.Program ini adalah merupakan program pemilihan
Pengetua DGA48 ke DGA52 dan seterusnya DGA54.
ii)

Guru Besar Cemerlang

Jawatan ini diwujudkan sebagai member peluang dan mengikhtiraf pengorbanan dan
hasil usaha guru besar untuk menaikkan prestasi sekolah.Mereka dinaikkan pangkat
dari DGA34 kepada DGA38.
iii)

Guru Cemerlang.

Untuk mengiktiraf pengorbanan guru-guru yang benar-benar komited terhadap tugas


yang diberikan, ganjaran diberikan kepada mereka dengan mengiktiraf mereka
sebagai guru cemerlang.Konsep guru cemerlang yang diperkenalkan oleh KPM ialah
sebagai guru yang istimewa, dedikasi dan bermotivasi tinggi serta mempunyai
kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas mereka. Tanpa menunggu untuk
kenaikan pangkat secara Time Based , mereka boleh dinaikkan pangkat dari
DGA29 kepada DGA32 dan dari DGA32 kepada DGA 34. Begitu juga dengan guru
DGA41 dinaikkan pangkat ke DGA44 dan seterusnya DGA48.

21

iv)

Jawatan Naik Pangkat.

Guru-guru yang tidak berpeluang menjawab jawatan yang lebih kanan dalam bidang
pentadbiran, guru-guru ini berpeluang menikmati kenaikan pangkat secara Time
Based . Antara kelayakannya ialah dengan dengan berkhidmat sekurang-kurangnya
10 tahun digred DGA29 atau DGA 41 dan berada di mata tangga maksimum.

AMALAN ETIKA PROFESIONAL


1. Pengetahuan dan Kemahiran
Sebelum seseorang calon itu menjadi guru, calon tersebut perlulah menerima latihan dalam
perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah.sebagai contoh seseorang guru mesti
mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
sebelum ia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, seseorang itu menerima
latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata
pelajaran yang hendak diajarnya. Gurujuga mesti mengetahui kaedah atau cara penyampaian
dalam pelajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di
samping itu guru mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.
Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok,bersabar,bermurah hati dan sentiasa
bersifat tenang.
Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalh hasil daripada latihan yang membolehkan
sesorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan.Latihan ini termasuklah kefahaman
terhadap sifar kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Selain tugas di bilik darjah, guru-guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan
oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan
pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid,
menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh
sahsiah yang baik kepada masyarakat.
2 Mempertingkatkan Profesionalisme

22

Sebagai guru yang bertangungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah
yang diberikan itu adalah untuk mendidik genarasi yang akan menerajui negara ini. Oleh itu
kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus harus diperkemas dari
hari ke hari. Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kukrikulum
berkenaan, guru hendak berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Sehubung dengan kehendak tersebut guru-guru hendaklah
mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Sebagai contoh para guru boleh mengikuti
Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursuskursus yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan
prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan komplek ini. Memandangkan
keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan
diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu
pengetahuan dan pemikiran.
3 Berupaya Membuat Keputusan Dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan
Kreatif
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik
anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan
sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia,
pengawal dan sebagainya. Sebagai pentadbir atau pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu
keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang
dijalankan. Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk
menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu
digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, tetapi jika perlu
kaedah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran, mengurus
ataupun perancangan sesuatu program.
4 Mahir Menggunakan Kemudahan ICT
Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman,
perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta
23

globalisasi dunia telah banyak membawa cabaran kepada kita.Kita tidak dapat menyangkal
betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui
online. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap
perkembangan kecanggihan teknologi yang banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi
satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi info-komunikasi yang
dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang
cemerlang dan berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi
bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih
kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui
keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan
negara bergerak dengan rancak.Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan
teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia MSC yang menjadi pusat telekomunikasi
dan penyiaran serantau dan antarabangsa.Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum
pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah.Penubuhan
sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum
yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan
komputer dalam pedidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalm pelbagai
bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori
pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran
dan latihan guru (Mok Song Sang,1996).
Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan
elektronik dalam kehidupan harian malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup
seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi(LRT), perkhidmatan bank (kad ATM),
telekomunikasi(telefon bimbit) hiburan (video,VCD) dan lain-lain.Jadi rakyat negara ini harus
dapt menangani kehidupan di erateknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian
daripada amalan biasa tanpa disedari.Oleh itu, profesion keguruan harus melengkapkan diri
secara global dalam pekembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.
5 Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Secara Berakhlak

24

Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu.Guru diharapkan dapat membawa
isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam
kelas. Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa,
samaada yang berkaitan dengan kekeluargaan, komuniti,jenayah seperti peras ugut, pecah rumah,
penculikan dan seumpamanya; ekonomi: urusan perniagaan, jual beli saham, hartanah dan
sebagainya; politik: hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakkan politik di
sesebuah negara. Dalam hal seperti ini guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan
inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan
pelajar.
Dalam program transformasi pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga
perlu menyediakan diri dengan amalan, nilai dana akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum
pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan
dalam pengajaran.Perlaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi
warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh
guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh
guru terlebih dahulu.

PENUTUP
Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk
pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan
kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam P&P, egen perubahan dan
sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem
25

penyampaian dan P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Kerajaan dan guru itu
sendiri memainkan peranan dalam meningkatkan profesion perguruan.

Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai atau kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa
sahaja.Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan,kewibawaan, kelayakan, minat,
iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan
tanggungjawab guru, pemantapan kebajikan dan kerjaya akan terus diberi penekananan. Bidang
pendidikan berhadapan dengan masa hadapan yang mencabar yang memerlukan perancangan
rapi, sistematik dan holistik.

Maka, kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan perlu berganding bahu
untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru demi memantapkan lagi sistem pendidikan di
negara kita. Sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas
pertama walaupun mengambil masa yang panjang.Peningkatan profesionalisme guru dapat
membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Melalui pendidikan
profesionalisme guru ia dapat melahirkan guru yang sanggup dan dapat melakukan apa sahaja
yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang runggutan di belakang.

Skim perkkidmatan guru akan terus diperbaiki bermula daripada pengambilan, latihan dan
penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik
daripada skim perkhidmatan lain. Pendekatan ini akan meningkatkan persepsi masyarakat
terhadap profesion keguruan dan sekali gus memartabatkan profesion ini.
Bibliografi
Yazid Abdul Manap (2001), Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama,
Dalam Bestari Koleksi Guru Johor, Jpn Johor, Hlm 15-33.
Shuib Dirwan & Johari Seman (2001), Profesion Keguruan Di Malaysia, Sejauh Manakah
Martabatnya Kini?, Dalam Bestari Koleksi Guru Johor, Jpn Johor, Hlm 40-48.
26

Wan Mohd Zahid Noordin, Sedutan Ucapan Sempena Majlis Perasmian Seminar Pendidikan
Anjuran Jpn Johor Di Utm Pada 23 Mac 1998.
Bakhtiar Mansor (1993), Perguruan : Satu Perspektif Perkembangan Kerjaya Dalam Jurnal
Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Baru (1989), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (2006) Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kuala Lumpur.

Elkind, D. (1976). Child Development And Education . Oxford University Press.


Erikson, E. H. (1950). Childhood An Society. New York: Longmans.
Hemlata Talesra, Maneesha Shukul & Uma Shanker Sharma. (2003). Challenges Of Education
Technology, Trends, Globalisation. New Delhi: Authorspress.
Mathur, V. S. (1975). Teacher Education - Some Thoughts. Ambala City: Aggarwal Prakashan.
Measor, L. & Sikes, P. (1992). Gender And Schools. London: Cassell.
Menon, L. (1999). Women Empowerment And Challenges Of Change,. New Delhi: Kanishka
Publisher And Distributors.

27

Anda mungkin juga menyukai