Anda di halaman 1dari 24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan
0

More NextBlog

CreateBlog SignIn

ARKITEK BANGSA

About Me

Saturday, 1 September 2012

Artikel 2: Isu Guru Menjalankan


Kerjaya Sambilan
edu3108ipgktb
Blog ini merupakan cetusan
idea empat orang guru pelatih
8 PISMP Prasekolah IPGKTB.
Blog ini diwujudkan untuk
memenuhi tugasan subjek EDU
3108: Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional
Guru. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk berkongsi
maklumat dengan pengunjung
blog ini. Terima kasih.
View my complete profile

Feedjit

1.0PENGENALAN ISU
Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia,
dihormati dan disanjungi. Guru merupakan seorang yang akan
dikenang jasanya oleh anak didiknya hingga ke akhirnya. Ia adalah
suatu profesion yang mempunyai etikanya tersendiri di mana guru
dianggap segalagalanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang
dan menjadi orang yang dihormati serta disegani dalam masyarakat.
Walaubagaimanapun, profesion perguruan abad ini tidak terlepas
daripada isuisu hangat yang diperkatakan seperti isu penyalahgunaan
dadah, salah laku seks, rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit
mental dan sebagainya. Isuisu yang diperkatakan menjadi semakin
bertambah hari demi hari yang menampakkan keburukan serta
kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiri walaupun
ianya berpunca dari individu tertentu yang bergelar guru.
Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang
diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak
definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurut satu laman web
(artika.com), isu adalah suatu masalah yang dikedepankan atau
diperkatakan untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga merupakan
suatu berita yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjamin
kebenarannya.
Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya
dalam apa jua bidang haruslah mempunyai ciriciri berdisiplin,
bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilainilai murni. Nilainilai
murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut. Etika
ditakrifkan sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang berurusan
dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan kewajiban dan
tanggungjawab moral (Harold Koontz & Heinz Weihrich Pengurusan
terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar
DBP).
Istilah etika atau ethic berpunca daripada perkatan Greek
ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut
pengertian Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar
akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut
Islam pula menyatakan etika adalah akhlak. Manakala dalam konteks
pekerjaan merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan
setiap amanah yang dituntut oleh syarak.
Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar
akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi.
Sistem dasar meliputi aspekaspek moral yang baik atau buruk serta
betul atau salah sebagai panduan kepada ahliahli. Dalam kehidupan
manusia memerlukan satu sistem atau panduan untuk menentukan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

Blog Archive
2012 (5)
September (5)
Artikel 4: Guru
Wanita Trauma
Dicabul
Artikel 3: Isu
Kerjaya Guru
Bukan Pilihan
Terakhir...
Artikel 2: Isu Guru
Menjalankan
Kerjaya Sambilan
Artikel 1 : Guru
Sambung Belajar
Selamat Datang ke
blog kami

Followers
Followers(1)

Follow

1/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

LiveTrafficFeed
AvisitorfromPantai,Negeri
Sembilanarrivedfrom
google.comandviewed
"ARKITEKBANGSA:Artikel
2:IsuGuruMenjalankan
AvisitorfromForestCity,
KerjayaSambilan"56minsago
NorthCarolinaarrivedfrom
l.facebook.comandviewed
"ARKITEKBANGSA"58mins
AvisitorfromKualaLumpur
ago
arrivedfromgoogle.comand
viewed"ARKITEKBANGSA:
Artikel2:IsuGuruMenjalankan
KerjayaSambilan"3hrs56
AvisitorfromKualaLumpur
minsago
arrivedfromgoogle.com.my
andviewed"ARKITEK
BANGSA:Artikel2:IsuGuru
MenjalankanKerjayaSambilan"
AvisitorfromKuala
4hrs11minsago
Terengganu,Terengganuviewed
"ARKITEKBANGSA:Artikel
2:IsuGuruMenjalankan
KerjayaSambilan"14hrs26
AvisitorfromHongKong
minsago
arrivedfromgoogle.com.vnand
viewed"ARKITEKBANGSA:
Artikel2:IsuGuruMenjalankan
KerjayaSambilan"17hrs27
AvisitorfromPantai,Negeri
minsago
Sembilanarrivedfrom
google.comandviewed
"ARKITEKBANGSA:Artikel
2:IsuGuruMenjalankan
AvisitorfromKualaLumpur
KerjayaSambilan"19hrs54
viewed"ARKITEKBANGSA:
minsago
Artikel2:IsuGuruMenjalankan
KerjayaSambilan"20hrs22
AvisitorfromPantai,Negeri
minsago
Sembilanarrivedfrom
r.search.yahoo.comandviewed
"ARKITEKBANGSA:Artikel
2:IsuGuruMenjalankan
AvisitorfromBandarSeri
KerjayaSambilan"21hrs59
Begawanarrivedfrom
minsago
google.com.bnandviewed
"ARKITEKBANGSA:Artikel
2:IsuGuruMenjalankan
KerjayaSambilan"22hrs34
minsago

Realtimeview

GetFeedjit

17Jun15,08:17AM

maherah:thanks,sayacaribahan
katsiniutkpt3geo
5Nov14,11:43PM

Gameidiot:portalgameeasybaru
1Sep14,12:37AM

niche:blogwalk,tobeornottobe
4Mar13,01:56AM

Anita:Hi,youhavenicewebsite,you
cangetmorevisitortoyourwebsite,
clickhere....
30Nov12,10:24PM

Shila:Greatinfo,youmaylookatmy
website,wehavegreatsolutionto
improveyourwebsite.
2Sep12,11:57AM

nad:segalapenatlelahsetengah
hari.hehe
2Sep12,01:46AM

azma:ahlanwasahlan2ourblog
arkitekbangsa
2Sep12,01:28AM

athirah:Assalamualaikum...selamat
datangkeblogARKITEKBANGSA.
Semogaandamendapatsesuatu refresh
[UpgradeCbox]
name

email/url

message

Go
helpsmiliescbox

mereka bertingkah laku. Perkara ini mendasari perkembangan etika


dalam masyarakat tersebut.
Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mentakrifkan etika
sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu
perbuatan serta menyediakan garisgaris perbezaan antara kebaikan
dan keburukan seseorag. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese, etika
dikatakan sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah
laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan
seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dari
sudut pandangan ahli falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral
yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.
Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang
bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta
tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional
mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal
hal yang benarbenar peribadi. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang
diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa etika
berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di
mana tindakantindakan tersebut membawa seseorang untuk
berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol, sempurna,
berhemah dan berkesan. Di samping itu juga, etika melihat secara
khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak
patut dilakukan selaras dengan normanorma dan nilainilai yang
diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan memberi
komitmen yang tinggi terhadap tugas sebagai pendidik yang baik.
Media massa banyak melaporkan pelbagai kes dan isu seperti guru
memukul murid, guru menerima rasuah, guru pecah amanah, cikgu
cabul murid dan sebagainya yang menarik perhatian umum serta
menguji kredibiliti profesion perguruan. Namun keskes seperti ini
semakin meningkat setahun demi setahun. Berdasarkan pelbagai isu
yang berkaitan dengan guru dan keguruan ini, maka saya telah
memilih satu artikel yang bertajuk Guru menjalankan kegiatan
penyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan. Saya berpendapat
bahawa isu ini melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika
profesion perguruan.
Fenomena masyarakat yang bekerja sambilan merupakan
perkara asas yang jarang diperkatakan. Namun ia bukan sesuatu yang
asing dalam kalangan masyarakat termasuk di kalangan guru pada hari
ini. Guruguru di Malaysia umumnya tidak diketahui secara jelas
sejauhmana seriusnya mereka terlibat dengan aktiviti pekerjaan
sampingan. Bahkan, untuk mengetahui statistik sebenar golongan
yang bekerja sampingan, ia tidak mudah untuk diperolehi disebabkan
kebanyakan mereka yang terlibat tidak bersedia untuk membuat
pengakuan atas alasanalasan yang tersendiri. Walaubagaimanapun,
fenomena ini dapat dilihat di kebanyakan sekolah berdasarkan kepada
pemerhatian yang dilakukan oleh guruguru sendiri di sekolah masing
masing. Kerja sampingan merupakan istilah yang membawa maksud
seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat
menambahkan pendapatannya walaupun memiliki kerjaya utama.
Guru merupakan golongan profesional yang diberi peranan
penting sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Menurut Noriati
et. al. (2010), guru yang komited diperlukan untuk menyediakan
program pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berpegang
teguh dengan strategistrategi akauntabiliti yang berkesan. Guru
sebagai kakitangan sekolah pula harus memberikan sepenuh komitmen
kepada pihak pentadbiran bagi melancarkan urusan berkaitan
pengurusan sekolah selain memberikan sokongan padu dalam
merealisasikan visi dan misi sekolah yang telah digariskan (Abdullah
Sani et. al. 2007).
Komitmen guru menjadi salah satu faktor yang penting dalam
menentukan kejayaan perubahan sesuatu dasar dan agen pendidikan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

2/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

yang dirancang. Malah ia bukan sekadar ketika berada dalam waktu


bertugas di sekolah, malah pada bilabila masa. Selain menjalankan
tugas pengajaran dan pembelajaran, bidang tugas guru turut
merangkumi

pelbagai

pengurusan

akademik

perkara
termasuk

yang

berkaitan

penglibatan

dengan

dalam

bidang

pengurusan

kokurikulum, pengurusan kebajikan murid, terlibat dalam mesyuarat


serta menghadiri kursus dan sebagainya (Burnham, 2011). Keadaan itu
telah memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang guru dalam dunia
pendidikan yang sentiasa wujud perubahan seiring dengan keperluan
semasa (Mohamad Najib, 2004).
Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia guru tetap
memerlukan masa yang perlu diluangkan untuk menguruskan hal
ehwal peribadi sama seperti individu lain (Lambert, 2003). Ini
merupakan hak guru melakukan semua perkara untuk kepentingan
dirinya di luar waktu bertugasnya di sekolah. Selain melakukan tugas
peribadi, mengurus keluarga atau terlibat dengan sebarang aktiviti
komuniti setempat, terdapat dalam kalangan guru yang mengambil
inisiatif melakukan sesuatu yang dapat menambahkan pendapatannya
dengan melakukan kerja sambilan. Terdapat pelbagai faktor yang
menyumbang kepada situasi ini di mana kesankesan yang wujud
daripadanya menjadi kayu ukur kepada tahap komitmen guruguru
yang terlibat.
Menurut Mariatin (2009), oleh kerana kejayaan sesebuah
organisasi banyak bergantung kepada kesungguhan dan komitmen
yang diberikan oleh kakitangan maka, seharusnya tidak ada sebarang
halangan yang dapat menyumbang kepada kegagalan guru dalam
memberikan komitmen kepada organisasinya. Ini disebabkan
komitmen semua guru diperlukan bagi memastikan pengurusan
sekolah dapat dijalankan dengan jayanya kerana guru adalah
sebahagian daripada kakitangan yang menggerakkan organisasi
sekolah bagi mencapai misi dan visi yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (Abdullah Sani, 2005).

Kerja sambilan merupakan istilah yang diadaptasi daripada


perkataan Bahasa Inggeris iaitu moonlighting di mana perkataan ini
pada asalnya diambil daripada perkataan moonlight. Menurut kamus
Oxford (2011), kerja sambilan membawa maksud seseorang yang
mempunyai pekerjaan kedua di mana kebiasaannya dilakukan pada
waktu malam secara rahsia sebagai tambahan daripada pekerjaan
utamanya. Kemudian, Pere (2007) dan Betts (2002) menyatakan istilah
moonlighting ini seerti dengan istilaah second job, parttime job,
dual job, multiple job dan seumpamanya. Kesemua ini bermaksud
bahawa seseorang yang bekerja sambilan secara separuh masa namun
pada masa yang sama mempunyai pekerjaan lain yang utama di mana
ia dilakukan secara sepenuh masa.
Idea ini selari dengan Champion (2010), Michael (2010) dan
Betts (2006) yang menyatakan moonlighting di dalam Bahasa Melayu
adalah kerja luar yang bermaksud mempunyai dua pekerjaan atau
lebih separuh masa serta pekerjaan tambahan ini berlaku kepada
seseorang yang memiliki sesebuah kerjaya yang menjadi pekerjaan
utamanya.
Azanza (2000) pula berpendapat bahawa kerja sambilan
merupakan salah satu cara untuk memperolehi pendapatan walaupun
seseorang itu mempunyai pekerjaan tetap. Di samping itu beliau turut
menyatakan kerja sambilan itu merangkumi seseorang yang bekerja
sendiri seperti menjadi perunding, mengajar kelas malam, membuat
pelaburan selain menjadikan hobi dan kemahiran yang dimiliki sebagai
cara untuk menambahkan pendapatan.
Berdasarkan kepada definisi dan konsep kerja sambilan yang
telah dihuraikan di atas, isu ini memfokuskan kepada guru yang
terbabit dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang boleh
mendatangkan pendapatan sampingan semasa berada di dalam
kawasan sekolah atau sebaliknya pada bilabila masa (Parham, 2006).
Keadaan ini sama ada bekerja separuh masa secara makan gaji di
http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

3/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

tempat lain selepas waktu mengajar, menjalankan perniagaan sendiri


dengan menjual produk atau sebagai agen jualan, penyediaan sesuatu
perkhidmatan, memiliki syarikat perusahaan sendiri atau usahasama
dengan keluarga atau sebarang sumber yang dapat menambahkan
pendapatan mereka walaupun aktiviti berkenaan dijalankan secara
kecilkecilan.
2.0PERKEMBANGAN HUJAH
Isu berkenaan guru yang bekerja sambilan ini bukanlah satu
trend atau khusus di sesebuah tempat malahan di manamana tempat
dan organisasi akan wujud kakitangan yang melakukan pekerjaan
sampingan. Walaupun faktor kewangan dilihat lebih dominan dalam
kalangan guru yang melakukan kerja sampingan (Livanos & Zangelidis
2008, McClintock et. al. 2004), Robinson & Wadsworth (2007)
menyatakan ia bukan disebabkan masalah kewangan atau menerima
gaji yang rendah daripada pekerjaan utama sematamata. Sebaliknya
terdapat juga pelbagai faktor lain yang turut menyumbang kepada
seseorang itu mengambil keputusan untuk melakukan pekerjaan
sambilan yang merangkumi faktor peribadi dan faktor kerjaya (Betts
2002).
Menurut Betts (2002), dalam laporannya menyatakan salah satu
faktor daripada pekerjaan sampingan itu dilakukan adalah kerana
faktor peribadi. Pandangan ini juga turut diselari dengan para
pengkaji yang lain di mana kerjaya sampingan yang dilakukan itu
tidak berkaitan dengan faktor kewangan dan tidak dipengaruhi oleh
unsur lain selain atas kehendak diri sendiri sematamata. Kebanyakan
mereka yang bekerja sambilan juga didapati sangat menyukai untuk
melakukannya tanpa terikat dengan faktor kewangan (Hipple, 2010).
Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002) berpendapat seseorang
yang menjalankan kerja sampingan adalah disebabkan oleh faktor
peribadi iaitu untuk memenuhi minat serta mengisi masa lapang di
luar waktu bertugas mereka. Bahkan wujud dalam kalangan mereka
untuk memenuhi kepuasan mereka dalam bekerjaya di mana ia tidak
diperolehi daripada pekerjaan utamanya (Dickey et. al. 2011, Panos
et. al. 2011) dengan melakukan sesuatu pekerjaan lain yang diminati.
Winters (2010) dalam kajiannya mendedahkan, walaupun
seseorang itu melakukan pekerjaan sampingan tetapi ia bukan atas
alasan kewangan walaupun memperolehi pendapatan kecil daripada
kerjaya utamanya seperti mana yang dijelaskan oleh Hipple (2010).
Malahan kajian ke atas guru menunjukkan majoriti daripada mereka
yang terlibat mengakui mereka tetap akan melakukan pekerjaan
sampingan walaupun tangga gaji mereka sebagai guru dinaikkan
(Pearson et. al. 2001). Keadaan ini menunjukkan mereka
sememangnya menyukai dan gembira dengan kerja sampingan yang
dilakukan (Renna & Oaxaca 2009) walaupun terpaksa mengorbankan
masa lapang di luar waktu bekerja.
Selain itu, seseorang yang menjalankan pekerjaan lain selepas
waktu bertugas adalah bagi meningkatkan bakat dan kemahiran yang
dimiliki serta mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti
sampingan yang dilakukan. Hipple (2010) berpendapat pekerjaan
sampingan yang dilakukan seseorang adalah sebagai cara untuk
membina kemahiran baru dan menimba pengalaman lain yang berbeza
daripada pekerjaan utama sedia ada yang dimiliki (Dickey et. al.
2011, Renna & Oaxaca 2009).
Terdapat juga dalam kalangan individu yang melakukan kerja
sampingan bagi membina rangkain hubungan sosial dengan rakan baru
(Betts 2002). Salah satu tujuannya adalah untuk mengenali seseorang
yang dapat membantunya mencapai sesuatu yang diingini seperti
peluang pekerjaan baharu (Pere 2007). Kesemua alasanalasan
berbentuk peribadi ini memperlihatkan mereka melakukan kerja
sampingan adalah atas dasar sukarela dan merasa bahagia
melakukannya (Hipple 2010, Averett 2001) walaupun menyedari
pelbagai kesan yang akan dihadapi daripada tindakan melakukan
pekerjaan sampingan.
Kebanyakan pengkaji mengatakan bahawa faktor ekonomi atau
kewangan merupakan penyebab utama kepada seseorang itu
http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

4/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

melakukan kerja sampingan (Dickey et. al. 2009) termasuklah dari


kalangan guru. Walaupun mempunyai pendapatan daripada pekerjaan
utama sebagai guru secara sepenuh masa, terdapat juga di kalangan
mereka yang melakukan pekerjaan sambilan bagi mengatasi masalah
kewangan yang dihadapi.
Hipple (2010) berpendapat bahawa mereka yang memiliki
kerjaya lain yang mendatangkan pendapatan adalah berpunca
daripada faktor kewangan sebagai sebab utama. Beliau turut
menyebut keadaan ini adalah disebabkan mereka mempunyai beban
tanggungan hutang atau pinjaman yang perlu dijelaskan sama seperti
mana yang dilaporkan oleh Verma (2008) dan Averett (2001). Laporan
daripada Parham (2006) juga menyebutkan faktor penyebab guru
menjalankan kerja sambilan adalah kerana masalah kewangan dan
ianya sukar untuk dihentikan setelah terlibat dengan aktiviti bekerja
sambilan walaupun mengetahui terdapat kesan di sebaliknya.
Keinginan untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik
dengan memperolehi pendapatan tambahan telah menyebabkan ramai
yang mengambil keputusan untuk bekerja sampingan. Kenyataan ini
selari dengan Hyder & Ahmed (2009), Guanglia & Kim (2004), Kimmel
& Conway (2002) dan Partridge (2002) yang mengemukakan alasan
gaji atau pendapatan yang kecil daripada kerjaya utama menjadi
punca kepada seseorang itu melakukan pekerjaan sampingan.
Terdapat kajian yang menunjukkan individu menjalankan kerja
sambilan adalah disebabkan faktor kerjaya. Keadaan ini bermaksud
seseorang itu menjalankan kerja sampingan atas tuntutan yang
berhubung dengan kerjaya mereka sendiri (Dickey et. al. 2009), untuk
menimba pengalaman baharu (Dickey et. al. 2011), memperolehi
pengetahuan bagi memperkukuhkan kerjaya pada masa depan dan
sebagai satu cara bagi meninggalkan kerjaya perguruan (Henderson
2000) atas pelbagai asalan.
Terdapat pelbagai kerja sambilan yang dilakukan oleh guru
guru pada masa kini. Ada antara mereka yang mengajar di pusatpusat
tuisyen, menjadi penceramah dalam sebarang khusus atau seminar,
berniaga di pasarpasar malam, MLM, memandu teksi malah ada
antara mereka yang mungkin turut terlibat dengan pekerjaan jenayah
yang menyalahi undangundang negara. Jesteru, fenomena guru
menjalankan kerja sambilan telah mendapat perhatian daripada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bagi mengatasi masalah
tersebut, pihak kementerian telah mengeluarkan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai penglibatan pegawai dan
kakitangan di bawah dalam Pekerjaan Luar. Menerusi surat tersebut,
Ketua Jabatan telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan
membuat pemantauan terhadap mereka yang berkenaan.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan yang
telah diterima dan dibangkitkan sama ada di media cetak mahupun
elektronik mengenai salah laku pegawai yang terlibat sebagai guru
tuisyen mahupun tenaga pengajar sambilan sama ada mereka telah
diberi kebenaran atau tidak telah didapati tidak mengutamakan
tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang disandang malahan ada yang
mengambil kesempatan menjadikan institusi pendidikan sebagai
platform atau medan perniagaan dalam mempromosi khidmat tuisyen
berbayar yang berunsur kepentingan peribadi.
Pada dasarnya pegawai perkhidmatan awam dilarang
melakukan pekerjaan luar atau kerja sampingan yang mendatangkan
sebarang bentuk faedah atau keuntungan sama ada dalam bentuk
upah atau keuntungan. Namun demikian, atas keprihatinan
kementerian terhadap keperluan para murid dalam mendalami ilmu
dan menguasai pembelajaran tambahan, pihak kementerian telah
membenarkan para pendidik untuk membimbing murid melalui kelas
persendirian di manamana institusi pendidikan swasta dengan syarat
aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan kepentingan
dirinya sebagai penjawat awam.
Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai alat kawalan dalaman
bagi memastikan aktiviti tersebut selaras dengan kehendak Peraturan
5, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

5/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan itu dikeluarkan adalah untuk


memberi garis panduan yang terperinci mengenai pengendalian dan
syaratsyarat khusus kepada pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau
tenaga sambilan bagi anggota Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebagai kesimpulannya, kerja sampingan boleh dilakukan oleh
guru tetapi pertimbangan yang sewajarnya haruslah diberikan supaya
kerja sampingan tersebut tidak mengganggu tugas hakiki guru di
sekolah. Setiap guru harus secara bertanggungjawab terhadap tugas
sebenar di sekolah dan menjadikan kerja sampingan benarbenar
sebagai sampingan. Guru sebaliknya tidak boleh sama sekali
menjadikan tugas hakiki di sekolah sebagai kerja sampingan.
Namun demikian, kebenaran ini juga telah disalah ertikan oleh
guru dengan melakukan pekerjaan jenayah sebagai kerja sampingan
yang menyalahi undangundang. Merujuk kepada laporan beritaberita
semasa yang disiarkan melalui media massa, terdapat pelbagai isu
yang melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika profesion
perguruan sekarang ini. Antara salah satu isu hangat yang telah
menimbulkan permasalahan serta memberi kesan terhadap profesion
keguruan ialah yang dipetik dari artikel melalui sumber laman web
rasmi, Guru Sains disyaki edar dadah akan digantung kerja (Berita
Harian Online: 21 Februari 2010).
Merujuk kepada laporan akhbar dalam Berita Harian Online
melaporkan: Guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di
Rengit, Batu Pahat yang ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai
mengedar dadah bakal berdepan tindakan digantung kerja,
dipindahkan atau dibayar separuh gaji. Guru sains tersebut
dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani
kehidupan mewah dan bergaya.
Menurut sumber, guru berusia 31 tahun itu baru saja berjinak
jinak dalam pengedaran dadah kirakira dua bulan lalu dengan
menggunakan kereta Proton Savvy miliknya untuk menghantar sendiri
bekalan apabila menerima tempahan dan ditahan kirakira jam 10
malam dalam satu sekatan jalan raya di sekitar daerah Batu Pahat.
Sumber itu berkata, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom menyatakan tindakan pentadbiran serta merta
yang dikenakan kepada guru terbabit membuktikan Kementerian
Pelajaran tidak pernah bertolak ansur kepada manamana pihak yang
cuba mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini. Menurut
beliau juga, pihaknya memandang serius kejadian seumpama itu dan
tidak teragakagak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana
mana pihak yang cuba mencemarkan profesion perguruan yang
selama ini dipandang tinggi di kalangan masyarakat.
Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar terkenal itu
jelas menunjukkan bahawa guru tersebut secara terang melanggar
etika profesion perguruan dan kod etika perguruan di Malaysia yang
menyatakan bahawa guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu
menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru kepada pelajar, ibu bapa
pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Namun dalam kes ini
guru telah membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan
peribadi. Dengan ini jelas menunjukkan sikap tidak profesional guru
tersebut yang tidak berfikir dengan wajar tentang impak negatif yang
akan dihadapi sebelum melakukan pekerjaan sambilan tersebut yang
jelas menjejaskan masa depannya serta memburukkan nama baik
profesion perguruan yang sepatutnya disanjung tinggi. Jesteru itu,
guru berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut
peraturan tatakelakuan yang ditetapkan dalam PeraturanPeraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana Pihak Berkuasa
Tatatertib akan mengenakan hukuman gantung kerja kerana guru
tersebut telah disabitkan melakukan kegiatan
penyalahgunaan dadah secara kerja sambilan.

jenayah

dalam

Malahan, barubaru ini sudah terdapat isu berkenaan guru


melanggar etika profesion perguruan iaitu bekerja sambilan telah
dilaporkan menerusi Berita Harian Online: 4 Januari 2010 Guru abai
tanggungjawab calar imej profesion perguruan. Menurut sumber,
beberapa persatuan guru mengakui wujud kes terpencil guru lebih
http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

6/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

mengutamakan kerja luar berbanding tugas hakiki mereka di sekolah


kerana mengejar pendapatan yang lumayan. Dalam laporan tersebut,
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke
Yim Pheng, berkata tindakan segelintir guru yang lebih rajin mencari
pendapatan tambahan itu umpama nila setitik rosak susu sebelanga.
Maka, keadaan ini akan memperlihatkan kesan negatif terhadap
bidang profesion perguruan dimana tindakan guru berkenaan boleh
mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guru adalah
komited menjalankan tanggungjawab mereka masingmasing.
Tambahan lagi, isu guru melakukan penyalahgunaan dadah
secara sambilan ini menjadi semakin hangat apabila timbul pula
laporan akhbar yang ditulis oleh M Hifzuddin Ihksan dalam Berita
Harian Online melaporkan BETONG: Kegiatan seorang guru dari
Semenanjung menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah
sekolah menengah di sini terbongkar apabila polis menahannya
bersama 1,862 pil nospan di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah
Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek
yang bertugas di sebuah sekolah di Beladin dipercayai menjadi
pengedar dadah kepada pelajar sekolah sekitar kawasan berkenaan.
Suspek menjalankan kegiatan mengedar dadah di Beladin sejak tahun
lalu dan mempunyai rangkaian pelajar yang dijadikan orang tengah.
Guru yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan
kehendak dan kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral
yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pendidik. Selain menggelapkan
masa depannya sendiri, tindakan di luar kewarasannya itu turut
memusnahkan masa depan pelajarnya ke arah melahirkan generasi
pengedar dadah yang sepatutnya di jaga dan dilindungi olehnya
sekaligus memburukkan nama atau mencemarkan nama profesion
perguruan. Malah keadaan ini bukan sahaja mencemarkan imej
perguruan tetapi turut menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan
masyarakat setempat terhadap peranan guru sebagai pendidik.
Profesion perguruan merupakan sebuah profesion yang sangat
mulia dan dipandang tinggi oleh semua golongan lapisan masyarakat.
Dengan kesalahankesalahan segelintir guru yang melanggar etika
perguruan sesungguhnya telah mencemarkan kemuliaan profesion itu.
Kegagalan sahsiah guru itu adalah kegagalannya secara individu,
namun mungkinkah ianya adalah kegagalan pihak lain yang
menyumbang kepada kesalahan dan pelanggaran nilai sahsiah dirinya
sendiri. Jika kesalahan yang dilakukannya adalah disebabkan faktor
kewangan yang mendesak guru tersebut melakukan kerja sambilan
dengan mengedar dadah untuk mendapatkan pendapatan yang
lumayan, perkara ini hendaklah dipandang serius oleh pihakpihak
tertentu supaya dapat memantau dan mengambil tindakan tegas
terhadap guru yang lebih mengutamakan kerja luar untuk kepentingan
diri sendiri.
Mungkinkah perkara ini tidak berlaku jika guru berkenaan dapat
mengawal kemahuan peribadi yang menginginkan kehidupan mewah
dan bergaya tanpa memikirkan keperluan utama atau dengan tujuan
memenuhi kepuasan mereka dalam bekerjaya. Jesteru itu, sebagai
seorang guru yang berprofesional harus bijak dalam menguruskan
bidang kerjaya dan peribadi dari segi kewangan serta kecenderungan
minat kerana kebijaksanaan dalam pengurusan ini akan memberi
kesan kepada kejayaan pengajaran guru di dalam kelas. Maka, guru
perlu mengenalpasti dan merancang setiap keperluan dan kemahuan
dalam kehidupan mereka bagi menjamin kejayaan dan kualiti hidup
sebagai pendidik.
Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai kegagalan individu
itu sendiri, namun jika diteliti dan diperhalusi terdapat beberapa
faktor lain yang turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial
seperti melakukan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai pekerjaan
sambilan sematamata untuk mengejar kemewahan hidup. Tanpa
pegangan agama yang kuat, kewarasan akal kadang kala tidak dapat

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

7/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

menyekat kehendak naluri individu itu untuk terus cenderung


melakukan kesalahan.
Jika menurut teori Maslow (1968), kegagalan manusia
mendapatkan sesuatu keperluan yang utama boleh menyumbang
kepada seseorang cenderung melakukan kesalahan demi mengisi
keperluan yang dihajatinya. Manakala, teori ini juga turut bertepatan
dengan teori Psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Frued (1856
1939) melihat manusia dilahirkan dengan sifat semula jadi dan tingkah
lakunya lebih kepada naluri kehaiwanan yang hanya dapat dibendung
dengan pengalamanpengalaman dalam masyarakat dan sosialisasi.
Sekiranya pengalaman ini tiada atau kurang, maka ia cenderung ke
arah merosakkan peraturanperaturan dalam sesebuah masyarakat.
Fenomena bekerja sambilan bukanlah sesuatu yang baru wujud
dalam kalangan masyarakat malah dalam kalangan guru yang
bekerjaya pun situasi ini tidak terkecuali. Faktor kewangan bukanlah
satusatunya punca yang menyumbang kepada penglibatan guru di
dalam aktiviti bekerja sambilan dengan melakukan kegiatan jenayah
dalam kalangan guru bahkan berkait rapat dengan faktor peribadi dan
kerjaya mereka. Walaupun seseorang yang melakukan kerja
sampingan tersebut atas kemahuan sendiri yang menginginkan
hidupan yang mewah serta pendapatan yang lumayan, namun secara
tidak langsung keputusan yang dibuat itu bukan sahaja memberi kesan
kepada diri sendiri tetapi juga melibatkan organisasi di tempat kerja
(Betts, 2002).

3.0IMPLIKASI HUJAH
Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah
semestinya akan memberi implikasi secara langsung atau tidak
langsung terhadap diri guru itu sendiri, pelajar, sekolah, masyarakat
dan juga negara. Pembangunan sahsiah seseorang guru sebenarnya
terbentuk sejak kecil lagi bahkan sejak di dalam kandungan ibunya
dan suasana di dalam rumah tempatnya membesar. Peranan keluarga
sangat penting sebagai memainkan peranan utama manakala
pembangunan sahsiah di sekolah hanyalah program sokongan
peneguhan dan pengayaan peribadi seseorang. Pembangunan guru
juga bermula dari pembangunan individu dan ia dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti baka dan persekitaran.
Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu
perkembangan dan pembangunan sahsiah ke arah lebih positif. Jika
terdapat guru yang mempunyai sahsiah buruk dan menimbulkan isu
yang negatif, pembangunan sahsiah di kalangan guru seolaholah tidak
berjaya dan ia sesuatu yang membimbangkan memandangkan guru
merupakan golongan yang menjadi harapan untuk membangunkan
bangsa dan negara.
Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh
seseorang guru melalui tindakan atau perlakuannya. Tindakan yang
dipilih dapat dilihat sebagai tindakan yang boleh diterima atau
tindakan positif yang merupakan tindakan yang sejajar dengan
jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Beritaberita membanggakan yang melambangkan sahsiah positif
seorang guru seperti guru bertindak berani menyelamatkan anak
muridnya serta ketabahan guru menghadapi dugaan dan cabaran
untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang
membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan. Namun
tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru seperti isu
guru edar pil khayal kena tahan dan guru abai tanggungjawab calar
imej profesion perguruan turut menjadi fokus perbincangan utama
media massa dan para penyelidik.
Isuisu yang positif mahupun negatif sebegini telah memberi
impak yang besar terhadap profesion perguruan. Isu positif akan
meningkatkan semangat dan motivasi para guru, meningkatkan
http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

8/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

kepercayaan

masyarakat

serta

turut

mengharumkan

persada

pendidikan. Walaubagaimanapun, kewujudan isu negatif telah mula


menjadikan kebanggaan kita terhadap profesion perguruan kini
semakin pudar. Malah, pihak media, penyelidik bahkan masyarakat
telah memberikan tekanan dan desakan yang hebat terhadap pihak
warga pendidik, sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya.
Isu guru mengedar dadah secara kerja sambilan adalah antara
isu yang melanggar etika perguruan dan ianya semakin hangat
diperkatakan. Ia boleh meninggalkan kesan yang bukan sedikit
terhadap pembangunan sahsiah individu itu sendiri dan terhadap
pembangunan sahsiah golongan guru yang lain. Kesan tindakan itu
turut memberi impak terhadap pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung termasuklah pihak sekolah, Jabatan Pendidikan
serta Kementerian Pelajaran Malaysia. Malahan tindakan guru
mengedar dadah menggunakan rangkaian pelajar sebagai orang
tengah akan turut mendatangkan impak kepada pelajar dan keluarga
pelajar tersebut.
Guru berkenaan telah melakukan satu kesalahan jenayah
menyalahgunakan dadah yang menunjukkan kelakuannya yang
dilarang dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan
nama baik perkhidmatan profesion perguruan. Kesalahan guru
berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib Peraturan 7 mengikut
peraturan tatakelakuan yang ditetapkan dalam PeraturanPeraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana Pihak Berkuasa
Tatatertib akan mengenakan hukuman gantung kerja. Malah,
berdasarkan laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa guru
dipercayai mengedar dadah secara kerja sambilan kerana mahu
menjalani kehidupan mewah. Jesteru itu, kes ini menunjukkan guru
tersebut melanggar peraturan tatakelakuan dan tatatertib iaitu
Peraturan 4(2), di mana guru berkenaan membelakangkan tugas
awamnya demi kepentingan peribadinya. Jika disabitkan kesalahaan
tindakan tatatertib akan dikenakan di mana ia bergantung kepada
jenis pelanggaran tatakelakuan seperti tindakan amaran, denda atau
lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun
pangkat dan penggantungan kerja.
Guru yang telah melakukan kesalahan jenayah seperti
mengedar dadah secara sambilan ini telah menampakkan sahsiahnya
yang sangat rendah dan martabatnya sebagai guru dikesali kerana
seorang guru tidak sepatutnya memiliki sahsiah sedemikian, bahkan
guru antara golongan terpelajar dan berilmu. Sepatutnya, guru
memainkan peranan cuba membimbing generasi muda mengenai
bahaya penyalahgunaan dadah dan bukannya guru sendiri bertindak
membekalkan dadah tersebut kepada pihak lain. Pembangunan
sahsiah guru terbabit akan dikategorikan sahsiah yang negatif
walaupun dia seorang guru yang berkaliber dan berjasa. Moralnya
akan menjadi persoalan dan diperkatakan oleh setiap lapisan
masyarakat serta mendapat cemuhan. Segala kebaikan dan bakti yang
dicurahkan selama ini akan hilang begitu sahaja. Malahan, kes
pengedaran dadah ini juga merupakan satu kegiatan jenayah yang
boleh membawa hukuman mati dan penjara jika disabitkan kesalahan.
Jika dia dijatuhkan hukuman, alangkah rendahnya martabat seorang
pendidik yang terpaksa menghabiskan masa bersamasama pesalah
lain yang ratarata bukanlah dari golongan cendikiawan sepertinya.
Sekiranya guru berkenaan sudah selesai menjalani hukuman
atau berjaya membayar denda yang dikenakan, isu ini pasti tidak akan
berhenti begitu sahaja. Isu dan sashsiah guru ini akan tetap menjadi
tajuk bualan dan dia akan dipandang serong oleh orang lain. Di
sekolah, guru ini tidak lagi dihormati malah mungkin akan ditakuti
oleh pelajar. Rakan sekerja juga berkemungkinan akan
mempertikaikan tugasnya mendidik pelajar dan jika dia sudah insaf,
guru ini masih terpaksa menerima balasan di dunia mahupun di
akhirat di atas perbuatannya sekiranya ia masih diragui serta tidak
diberi kepercayaan. Malahan guruguru dari sekolah lain juga akan
menjadikannya sebagai bualan atau akan menjadikannya sebagai
sempadan dan ingatan terhadap perkara yang sudah terjadi.
http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

9/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

Masyarakat sekeliling pula akan turut menjadikan perkara sebegini


adalah lumrah di dalam masyarakat kita dan melabelkan guru
tersebut sebagai penjenayah yang boleh membunuh generasi bangsa.
Kesan daripada itu, sahsiah guru yang akan dibina selepas itu akan
menjadi lebih sukar dan dan memerlukan banyak kesabaran untuk
melaluinya. Ia perlulah tabah menghadapinya kerana tindakan yang
dilakukan akan meninggalkan kesan mendalam dan sepanjang hayat.
Selain itu, kesan buruk seorang guru sebagaimana tertuduh
melakukan kes berkenaan bukan sahaja memburukkan imejnya
sebagai guru secara peribadinya, malah tempiasnya turut dirasai oleh
semua guru. Ia seolaholah menunjukkan keperibadian guru yang
gagal mencerminkan seorang guru yang sebenarnya sebagaimana yang
diaspirasikan oleh Negara. Melalui kod etika guru yang diperkenalkan,
guru bertanggungjawab terhadap rakan sekerja. Namun, perbuatan
jenayah ini diibaratkan telah mengkhianati rakan sekerja lain yang
turut menanggung malu akibat daripada perbuatan rakan mereka yang
bergelar seorang guru.
Dari segi pembangunan sahsiah guru, perbuatan mengedar
dadah secara kerja sambilan yang dilakukannya menyebabkan
masyarakat menilai sahsiah guru secara umum bahawa guruguru
sekarang sudah tidak bersahsiah. Adakah benar bahawa guruguru
sekarang menjadi guru bukan atas dasar minat dan tanggungjawab,
tetapi disebabkan mahu mendapat sesuatu pekerjaan demi menjamin
ekonominya? Adakah gaji pekerjaan seorang guru tidak mencukupi di
sebabkan desakan kewangan, tekanan hidup dan desakan nafsu
kemahuan mengejar pendapatan tambahan yang lumayan serta
menginginkan kehidupan mewah dan bergaya tanpa mempunyai rasa
bersyukur di atas rezeki yang diperolehi sehingga sanggup melakukan
kegiatan mengedar dadah sebagai kerja sambilan? Guruguru ini tidak
menghayati sepenuhnya akan tanggungjawab, maksud yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan kod etika
perguruan kerana jawatannya dianggap sebagai sandaran untuknya
mendapatkan sumber ekonomi, bukan atas dasar tanggungjawab.
Isu guru menjalankan kegiatan mengedar dadah sebagai kerja
sambilan yang menyalahi undangundang negara ini biasanya ia
dilakukan tanpa mengira masa sama ada setelah tamat waktu kerja
rasmi atau dilakukan pada waktu malam dan masa terluang. Setelah
penat bekerja di sekolah sepanjang hari, guru menyambung kerja
mereka dengan melakukan kerja sampingan tersebut. Keadaan ini
sudah pasti memerlukan tenaga kerja yang maksimum dan akhirnya
guru berkenaan yang akan menerima kesanya. Mereka pasti akan
keletihan dan pergi ke sekolah pada keesokan harinya dalam keadaan
yang lesu dan tidak bermaya atau pergi ke sekolah sibuk melakukan
pekerjaan sampingan. Akhirnya segala perancangan pengajaran dan
pembelajaran tidak dibuat dan tugas mengajar dilaksanakan secara
ala kadar sahaja, sekadar melepaskan batuk di tangga. Guru
seharusnya menjadikan tugas di sekolah sebagai tugas utama, kerja
luar hanya sampingan sahaja. Namun, agak malang kerana perkara
yang terjadi adalah di sebaliknya. Kerja luar sudah menjadi kerja
utama, sebaliknya tugas mengajar pula yang menjadi kerja sampingan
mereka. Keadaan ini amatlah menyedihkan dan sekiranya ia tidak
diatasi para murid akan turut menjadi mangsa tindakan segelintir guru
berkenaan.
Golongan yang melakukan kerja sambilan ini memberi kesan
tumpuan terhadap kerjaya utamanya sebagai pendidik. Guru
berkenaan akan dilihat kurang memberikan komitmen terhadap tugas
seterusnya organisasi mereka iaitu sekolah. Keadaan ini akan
menyumbang kepada pelbagai masalah lain yang berhubungkait
dengan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Selain
itu, kurangnya komitmen terhadap kerjayanya telah menyebabkaan
prestasi menjadi merosot disebabkan hilang daya tumpuan semasa
melakukan tugas. Hyder & Ahmed (2009) menyatakan individu yang
menjalankan pekerjaan sampingan memperuntukkan masa selepas
waktu bekerja utamanya hingga menjejaskan produktiviti dan prestasi
mereka sendiri.
http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

10/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

Pendapat ini turut disokong oleh Champion (2010) yang


menyatakan mereka yang bekerja sambilan ini mengalami masalah
kekurangan tenaga dan kurang daya keupayaan sehingga menjejaskan
tumpuan untuk menjalankan tugas. Ini kerana guru terbabit biasanya
menjalankan kegiatan tersebut pada waktu malam dan memerlukan
tenaga untuk menjalankan pekerjaannya. Maka, keadaan ini juga akan
menyebabkan tahap poduktiviti berkurangan yang dilihat sebagai satu
liabiliti kepada pihak sekolah.
Kesan yang wujud hasil daripada perbuatan guru tersebut yang
melakukan pekerjaan sambilan dengan mengedar dadah adalah
berhubung dengan komitmen mereka terhadap sekolah sebagai guru
dan kakitangan perlu dinilai adakah ia menjejaskan komitmennya
sebagai guru di sekolah terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran, organisasi dan juga profesion. Ini disebabkan kerjaya
perguruan memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan guru
merupakan agen yang membawa kepada perubahan bagi sesebuah
negara melalui sistem pendidikan yang bersifat dinamik.
4.0CADANGAN/RUMUSAN
Berdasarkan kepada huraian yang dijelaskan berkenaan isu guru
melakukan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan,
saya mencadangkan bahawa setiap guru perlu mempunyai sahsiah
yang baik dan dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid.
Pembentukan sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang
elok, bersabar, bermurah hati, sentiasa bersifat tenang dan mampu
menguruskan kehidupan serta kewangan dengan lebih berkesan.
Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada
latihan yang diikutinya semasa menjalani kursus di institusi
perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat
kejasmanian dan sifat psikologi kanakkanak serta teori penyampaian
pelajaran yang berkesan.
Selain daripada menjalankan tugas di dalam bilik darjah, guru
juga perlu sedar akan peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat.
Misalnya, guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi
penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid,
menjadi kaunselor, pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang
baik dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang terpuji kepada
masyarakat. Sebagai seorang guru perlu membimbing generasi muda
kini tentang keburukan penyalahgunaan dadah dan bukannya dia
sendiri yang bertindak mengherat pelajarnya ke kancah dadah yang
menjadi musuh pembunuh utama negara.
Pada masa yang sama, guru juga harus sentiasa mengikuti
kursuskursus dan seminar motivasi pendidikan yang dianjurkan oleh
pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah mengenai etika profesion perguruan. Sebagai
contoh, guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun
Kursus

Peningkatan

Profesionalisme

Keguruan.

Kursuskursus

pendidikan ini penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan


keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian
mencabar dan kompleks selari dengan era globalisasi kini. Oleh
kerana sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah untuk menyokong
usahausaha kerajaan, maka profesion keguruan dharapkan dapat
membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasakan ilmu dan
pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998) demi meletakkan nama negara
setanding dengan negara maju yang lain.
Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mempelbagaikan aktiviti dan
program kepada bakal pendidik semasa menjalani kursus latihan di
institusi perguruan lagi. Contohnya, mengadakan bengkel, ceremah,
seminar, pertandingan, aktiviti sukan dan sebagainya. Di dalam
program ini guruguru pelatih akan didedahkan dengan konsep
sebenar berkenaan kod etika dan akauntabiliti keguruan. Penyediaan
program dan aktiviti seperti ini akan melahirkan pendidik negara
bangsa yang beretika dan mempunyai sahsiah yang tinggi.
Di samping itu, berkenaan isu kegiatan guru mengedar dadah
secara kerja sambilan dengan menggunakan rangkaian pelajar sebagai
http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

11/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

orang

tengah

perlu

dipandang

serius

oleh

pihak

berkaitan

terutamanya pihak sekolah, pihak berkuasa dan juga Kementerian


Pelajaran. Saya mencadangkan agar guru terbabit dikenakan hukuman
yang berat seperti buang kerja dan tidak dibenarkan untuk memohon
sebarang pekerjaan di bawah perkhidmatan awam kerana tindakan
yang dilakukan merupakan satu kegiatan jenayah yang bukan sahaja
mencemarkan imej profesion perguruan malah dadah adalah
merupakan musuh utama negara. Pandangan saya ini adalah selari
dengan pendapat Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd
Dom, yang menyatakan tindakan pentadbiran serta merta yang
dikenakan kepada guru terbabit membuktikan Kementerian Pelajaran
tidak pernah bertolak ansur kepada manamana pihak yang cuba
mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini. Maka, saya
sangat bersetuju dengan pendapat beliau bahawa peraturan dan
hukuman sedia ada yang telah ditetapkan perlu dilaksanakan dengan
tindakan yang tegas.
Seterusnya,

sebagai

guru

terlatih

kelak

seharusnya

menunjukkan penampilan diri sebagai pendidik dengan mempunyai


pelbagai ilmu tradisional dan moden. Guru juga perlulah mempunyai
kefahaman terhadap dasar dan aspirasi pendidikan negara dengan
jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan
etika cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket
sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi
bahasa,

kebijaksanaan,

imej,

gerakgeri

yang

elok

mengikut

kesesuaian semasa berinteraksi dan pergaulan sehariannya. Guru


haruslah berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan
dalam masyarakat dengan menampilkan etiket sosial yang disenangi.
Tambahan lagi, guru merupakan golongan yang sentiasa
mendapat perhatian walau di mana mereka berada. Segala tindak
tanduknya sering diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Keadaan ini
menjadi satu kewajipan bagi guruguru mengamalkan penampilan diri
dan menunjukkan contoh akhlak yang baik bagi memelihara martabat
profesion perguruan. Oleh kerana guru ibarat idola dalam masyarakat,
maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan
nilainilai kesantunan agar dapat menyesuaikan diri dalam sebarang
keadaan yang dihadapinya.
Sebagai seorang guru iaitu pendidik generasi bangsa perlu
sentiasa mendalami diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang
dapat mengimbangi pemikiran sedar dan bawah sedarnya supaya
setiap tindakan yang diambil tidak akan menjejaskan etika
profesionnya yang akan meninggalkan impak ke atas semua pihak
termasuklah dirinya sendiri. Sememangnya banyak isu yang timbul
atau ditimbulkan melibatkan guru dilihat sebagai melanggar etika
perguruan seperti isu melakukan kegiatan menyalahgunakan dadah
sebagai pekerjaan sambilan. Etika seorang guru yang perlu dipatuhi
melibatkan tanggungjawabnya terhadap semua pihak yang terlibat
dengannya secara langsung atau tidak langsung. Pelanggaran etika
perguruan sebagai profesionnya akan mengakibatkannya dilabel
sebagi individu gagal dan bersahsiah negatif.
Secara keseluruhannya dapatlah saya rumuskan bahawa setiap
individu telah dilahirkan dengan sifatsifat yang baik dan faktorfaktor
pembelajaran, nilai, pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang
dibuat. Setiap isu yang timbul melibatkan guru sebenarnya bukan
menunjukkan kegagalan guru secara keseluruhannya, namun ia
hanyalah kegagalan guru terlibat secara individu disebabkan
kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan
akan meninggalkan impak terhadap dirinya serta banyak lagi pihak
yang lain. Kebebasannya untuk membuat sesuatu pilihan dan
keputusan menyebabkannya gagal menginterpretasikannya dalam
keadaan yang betul lantaran wujud gangguan psikologi kawalan luaran
yang menghalangnya daripada membuat keputusan yang terbaik.
Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral serta akibat
beberapa keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi dengan baik.

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

12/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan
Posted by edu3108ipgktb at 03:45
Recommend this on Google

Labels: Isu Keguruan 2: Guru Kerja Sambilan oleh Nursyahida bt Mohd Yusoff

2 comments:
emi nizam 7 January 2013 at 07:38
salam... good job. belajar rajin2. nanti kalau buat kajian ilmiah harus lebih
berintegriti dalam mendapatkan maklumat dan bahan. okay :P
Reply

Bunga Hijau 20 February 2015 at 00:10


mohon sertakan rujukan bibliografi sayangggg..
Reply

Enteryourcomment...

Commentas:

Publish

Unknown(Google)

Notifyme

Preview

Newer Post

Signout

Home

Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Watermark template. Powered by Blogger.

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

13/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

14/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

15/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

16/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

17/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

18/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

19/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

20/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

21/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

22/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

23/24

31/08/2016

ARKITEKBANGSA:Artikel2:IsuGuruMenjalankanKerjayaSambilan

http://arkitekbangsaku.blogspot.my/2012/09/artikel2isugurumenjalankankerjaya.html

24/24

Anda mungkin juga menyukai