Anda di halaman 1dari 40

684

24. ETIKA PERGURUAN MALAYSIA:


ISU DALAM PEMATUHAN ETIKA PERGURUAN.
( ZULAILI HARUN )

"The mediocre teacher tells; the good teacher explains;

The superior teacher demonstrate; the great teacher inspires."

- William A. Ward

Pendahuluan

Guru dianggap sebagai satu profesion yang paling murni. Ia juga


dikatakan satu profesion yang paling unik. Namun berbeza daripada
profesion yang lain seperti doktor, peguam dan arkitek, guru tidak
mempunyai satu badan khas yang mengawal profesionalisme pengamal-
pengamalnya selain daripada Unit Tatatertib Jabatan Negeri. Di
Malaysia, adakalanya guru yang dianggap melanggar etika perguruan
tidak akan diambil tindakan pecat atau lesen mengajar guru berkenaan
ditarik balik.

Oleh itu, di pihak guru, mereka harus mempunyai kualiti-kualiti


yang boleh melahirkan pelajar-pelajar yang dikehendaki oleh ibu bapa,
masyarakat, sektor-sektor pekerjaan dan aspirasi negara secara
umumnya. Ini disebabkan sifat-sifat dan kualiti seorang guru akan
memberi impak kepada para pelajar, ibu bapa dan rakan-rakan
seprofesion. Antara kualiti-kualiti tersebut adalah mempunyai ilmu dan
berjaya mempraktikkannya serta mempunyai rasa hormat dan bersikap
penyayang terhadap anak-anak muridnya (Feeny, Christensen, 1979)
berperawakan yang baik, bertenaga, bersifat humor, fleksibel dan peka
(Feeny, Christensen & Moravcik, 1996). Sementara Bottery (dalam
Cribb, Gewirtz, 2001) mencadangkan guru-guru bertindak sebagai
penjaga dan pengantara nilai kepada kanak-kanak.

Di dalam perbincangan tajuk ini, kita akan melihat kepada


pengertian etika secara umum sebelum kita meninjau etika perguruan
685

secara lebih dekat. Perbincangan juga akan melihat prinsip-prinsip etika


perguruan dengan terperinci dan nilai etika yang harus ada kepada
seorang pegawai pendidikan sebelum kita mengupas isu-isu yang
berkaitan dengan etika perguruan dengan lebih lanjut.
Pengertian Etika

Apabila kita membicarakan etika, satu perkataan yang sinonim


dengannya ialah moral, yang sangat berkait rapat malah seringkali diberi
pengertian yang sama. Kita lihat perkaitan di antara etika dan moral
dalam penjelasan di bawah.

Etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Greek. Mengikut


Kamus Dwibahasa Dewan (2002), ethos bermaksud nilai moral, sistem
kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatu bangsa. Manakala etika
membawa pengertian satu sistem atau prinsip moral. Ia tidak lari
daripada satu lagi kata sinonimnya iaitu moral yang diertikan sebagai
prinsip apa yang dikatakan betul dan apa yang dikatakan salah. Feeny,
Christensen & Moravcik (1996) meminta para profesional supaya
bertindak dengan penuh beradab kerana ia mencerminkan perkara yang
betul dan salah.
Thiroux (2001), pula melihat etika sebagai satu teori mengenai
tindakan individu, penafsirannya terhadap sesuatu kejadian dan mengapa
individu bertindak sedemikian. Ia juga merupakan satu falsafah
mengenai moral yang mementingkan tindakan seseorang individu
bukannya.

Dapatlah kita membuat rumusan bahawa etika sebagai


satu landasan nilai-nilai mulia yang harus dipatuhi oleh kelompok-
kelompok umum yang mana nilai-nilai baik atau salah itu bersifat
sejagat. Etika sebagai disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus
kepada penilaian kritikal terhadap norma dan garis panduan tindakan
individu yang piawai, yang mewajarkan tindakannya Etika bertindak
melicinkan dan memperkukuhkan nilai-nilai, kepercayaan dan
tanggungjawab dalam sesuatu profesion. Ia mampu menjadi satu norma
dan standard perlakuan-perlakuan ahli organisasi dan interaksi antara
ahli-ahli organisasi tersebut Dengan kata lain, etika bertindak sebagai
cermin tingkah laku moral manusia.
686

Teori-teori Berkaitan Etika

Teori consequentialist , menurut Strike & Soltis (1998)


mementingkan kesan daripada satu-satu keputusan tindakan yang
diambil. Oleh itu sesuatu tindakan perlakuan akan dianggap bermoral
jika ia membawa kesan yang lebih baik daripada tindakan alternatif.
Namun begitu apakah kayu pengukur untuk menilai tahap kesan sesuatu
tindakan dengan kesan alternatif yang tidak dilakukan? Adakah
berlakunya penghakiman yang benar-benar sempurna?

Bertentangan dengan teori di atas, teori nonconsequentialist


melihat peraturan moral seharusnya bersifat sejagat. Menurut Strike &
Soltis (1998) semua manusia mesti dilayan sama sahaja. Sesuatu
tindakan yang dianggap salah akan tetap salah biar apapun justifikasi
ataupun alasan untuk melakukan kesalahan itu. Pasti pendokong teori
yang diperkenalkan oleh Immanuel Kant ini tidak bersetuju dengan
amalan mercy killing. Menurut kepercayaan golongan Kantian lagi, niat
berbuat jahat sudah mencukupi untuk kita mengatakan seseorang itu
tidak beretika.

"In law a man is guilty when he violates


the rights of others. In ethics he is guilty if
he only thinks of doing so." -- Immanuel
Kant dalam
http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtec
h/t-ethics.htm
.
Satu lagi teori yang dikemukakan ialah teori virtue. Foo (2005)
menggunakan istilah keperibadian mulia untuk menjelaskan teori ini.
Teori ini disarikan daripada falsafah Aristotle tentang keperibadian mulia
manusia yang terbahagi kepada keperibadian mulia bersifat intelektual
dan bersifat moral. Keperibadian mulia bersifat intelektual merangkumi
kemampuan seseorang untuk memahami, menaakul dan membuat
687

penilaian. Manakala yang bersifat moral pula menghendaki manusia agar


berkelakuan baik seperti jujur, tabah dan pemurah.

Pernyataan Masalah

Sekolah sebagai agen sosialisasi yang paling penting bertindak


untuk melahirkan warga yang mempunyai nilai-nilai sosial ( Mukherjee,
1978). Selain daripada itu ia berfungsi sebagai sebuah institusi
pembangunan sumber manusia yang melahirkan komoditi modal
manusia yang mempunyai sahsiah yang terpuji (Institut Aminudin Baki,
1997). Kamarudin Kachar (1989) pula menegaskan, peranan yang harus
dimainkan oleh pemimpin pendidikan untuk melaksanakan dasar sistem
pendidikan negara agar matlamat-matlamatnya tercapai. Pemimpin
sekolah, terutamanya, harus memiliki kecekapan, kebolehan dan sifat-
sifat adil, amanah, berdedikasi, berdaya usaha, bertanggungjawab,
berdisiplin berakhlak tinggi.

Jelas kepada kita bahawa penerapan nilai dan moral terpuji harus
ada dalam diri setiap insan yang bernama guru. Nilai dan moral terpuji
ini menjadi garis panduan kepada guru-guru yang diikat dalam istilah
etika perguruan. Profesion perguruan Malaysia juga mempunyai etika
perguruannya sendiri dikenali dengan nama Tatasusila Profesion
Perguruan Malaysia. Ia dikendong setiap waktu mengajar oleh guru-
guru, namun tidak pasti sama ada ia tercicir atau tidak.

Masalahnya, walaupun kita mempunyai etika, peraturan dan


undang-undang, masih berlaku banyak kes pelanggaran etika perguruan
sama ada oleh guru-guru atau pengetua. Radzuan Hassan (1997)
membangkitkan isu rasuah di kalangan pentadbir sekolah. Abdullah
Bakri (1990) pula menimbulkan persoalah pengabaian tugas oleh guru-
guru dan pengetua terutama dalam soal pelaksanaan pengajaran. Akhir
sekali, Asnah Abdul Hamid (1996) menambah kepincangan di kalangan
profesional perguruan yang gagal menjadikan nilai dan etika profesional
sebagai garis panduan semasa menjalankan tugas dan melaksanakan
tanggungjawab profesional mereka.
688

Pernyataan-pernyataan di atas cukup merunsingkan masyarakat


terutama apabila kes rasuah, kes rogol, kes mencederakan pelajar dan
sebagainya yang melibatkan subjek guru menjadi topik hangat di dada
akhbar yang melihat kes-kes begini sebagai satu sensasi. Oleh itu
kupasan penulisan ini akan berusaha untuk mengenengahkan isu-isu
yang melibatkan etika profesion perguruan serta mencadangkan beberapa
amalan yang mampu menanganinya.

Kepentingan Etika Kepada Guru

Sebagai satu profesion, dunia perguruan akan berubah dari masa


ke semasa. Nilai, peranan dan tanggungjawab guru juga akan turut
berubah. Guru sebagai satu entiti yang begitu unik kerana pelanggan
guru itu bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa, masyarakat, sektor-sektor
pekerjaan, ahli-ahli politik dan negara merupakan pihak-pihak yang
mempunyai kepentingan di dalam dunia pendidikan.

Kod etika dikatakan sebagai cornerstones of a true profession


(David Freitas, dalam http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm )
Dalam pengurusan Pendidikan pula, etika yang baik mampu
mengujudkan budaya kerja yang cemerlang dan hasilnya ialah ia berjaya
mengeluarkan para pelajar yang bakal menjadi ahli masyarakat yang
berkualiti

Kod etika dapat membantu pentadbir sekolah memberi


argumentasi terhadap masyarakat jika mereka mempunyai pemahaman
tentang kod etika guru ini.Selain itu, etika perguruan juga dapat
berfungsi sebagai panduarah dalam membantu guru melaksanakan apa
yang dianggap betul. Dengan itu, guru mampu menjadi role model
kepada anak-anak muda.

Masyarakat memandang tinggi profesion-profesion yang lain dan


melihat guru sebagai satu profesion tidak setaraf doktor atau peguam
atau jurutera yang mempunyai etika yang tetap dan dikawal oleh satu
badan pemantau yang berhak menghukum ahli-ahlinya. Jadi etika
perguruan amat penting untuk mengembalikan keyakinan masyarakat
689

bahawa amalan profesionalisme perguruan berasaskan persetujuan


bersama.

Menurut Feeny, Christensen & Moravcik (1996), kod etika


mampu bertindak sebagai panduan kepada pengamal apabila wujudnya
dilema dan membantu pengamal melaksanakan tugas-tugas mereka.
Selain daripada itu, kod etika dapat meyakinkan masyarakat tentang
amalan-amalan professional sesuatu profesion.

Moral Seorang Guru

Apakah yang dikehendaki daripada seorang guru? Persoalan ini


mungkin amat sesuai juka kita melihat kualiti-kualiti guru dan
tanggungjawab yang bebani ke atas guru.
Cribb & Gewirtz (2001), mengharapkan guru bertindak sebagai orang
perantara ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menyerapi nilai-
nilai yang sesuai dengan anak-anak mereka yang bersifat passive
imbiver. Guru-guru, selain bertindak sebagai in loco parentis, juga
dikehendaki menyampaikan dan mengindoktrinasikan para pelajarnya ke
arah kebaikan. Beliau juga menegaskan guru dalam membimbing pelajar
harus bertindak sebagai fasilitator dan mewujudkan suasana yang dapat
memberi faedah kepada mereka bila mereka keluar dari sistem
pendidikan nanti.

Feeny & Christensen (1979) meletakkan beberapa syarat untuk


menjadi guru yang berwibawa. Beliau harus memahami nilai-nilai yang
perlu ada pada seseorang guru seperti berilmu dan mempunyai rasa
hormat serta menyayangi kanak-kanak. Ini selari dengan prinsip-prinsip
etika seorang guru yang wajib berilmu dan menyediakan kanak-kanak ke
arah menjadi insan yang berguna dan warganegara yang berdikari.
Prinsip Lieberman ( dalam Foo, 2005) juga meletakkan tanggungjawab
melahirkan warga yang berhemah kepada ibu bapa. Maksudnya di sini
pihak sekolah perlu berinteraksi dengan masyarakat secara mesra, penuh
kerjasama dan sikap yang membina.

Selain daripada itu, dalam perlaksanaan sesuatu inovasi ke arah


meningkatkan kualiti pelajar, Black (2001) memohon jasa baik
690

masyarakat supaya memberikan kebebasan kepada pihak sekolah dan


guru untuk melaksanakan perubahan supaya mereka dapat bekerja tanpa
tekanan. Inilah bentuk kerjasama yang diperlukan seorang guru dari
masyarakat, bukan sahaja sokongan dan bantuan kewangan.

Kesimpulannya, seorang guru dengan pendapatan yang tidak


setimpal (Foo, 2005) harus menjalankan tugas-tugas yang semakin lama
semakin membebankan. Inilah yang mempengaruhi ramai guru terutama
di Barat meninggalkan profesion ini.

Akauntabiliti Seorang Guru

Secara umumnya terdapat beberapa perkara yang wajar diambil


perhatian oleh seorang guru berkaitan dengan akauntabiliti guru ini.
Mengikut Foo (2005) seorang guru harus mengelakkan diri daripada
mengindoktrinasikan pelajarnya dengan apa-apa fahaman atau
kepercayaan atau falsafah yang dipegangnya. Mereka mempunyai ruang
dan peluang yang cukup luas untuk melakukan perkara ini.

Menjauhi amalan matlamat menghalalkan cara merupakan satu


tangungjawab kerana ia bertentangan dengan objektif utama pendidikan
iaitu memindahkan ilmu dan menanam nilai-nilai murni. Dalam isu
penilaian, terdapat sekolah yang berusaha untuk meningkatkan peratus
kelulusan. Mereka akan melakukan apa sahaja, termasuklah
mengeluarkan nama pelajar yang dijangka gagal daripada daftar calon
sekolah kepada calon persendirian. Ini amalan tidak beretika seorang
guru.

Menilai pelajar secara adil dan saksama. Adalah menjadi satu


amalan tidak beretika jika seseorang guru membuat penilaian berasaskan
faktor bangsa, agama, kedudukan dan sebagainya. Sistem penilaian
peperiksaan awam sekarang banyak memberi ruang kepada guru-guru
membuat penilaian bagi subjek-subjek seperti bahasa, Sains Tulen,
Kemahiran Hidup dan sebagainya. Dikhuatiri guru akan menggunakan
ini untuk merosakkan seseorang pelajar dengan cara yang tidak
bertanggungjawab.
691

Terdapat banyak sekali kes, walaupun tidak ada data khusus, di


mana pihak sekolah memaparkan markah atau gred yang diperolehi
pelajar kepada umum seperti melekatkan rekod pencapaian pelajar di
papan kenyataan. Sebenarnya ini menyalahi etika keguruan yang
memberi hak kerahsiaan kepada pelajar.

Menggunakan kuasanya secara bijaksana. Semua guru


mengharapkan kedudukan autonomi mereka dalam menjalankan tugas
yang diamanahkan. Sekiranya kuasa ini tidak digunakan dengan bijak
pasti berlaku penyelewengan dan ini tidak sihat kepada organisasi
pendidikan dalam usaha memartabatkan profesion perguruan.

Prinsip-prinsip Etika Profesional

Mengikut Lieberman (1956) prinsip-prinsip Etika Profesion Perguruan


harus merangkumi prinsip tanggungjawab guru terhadap pelajar,
perkongsian dengan ibu bapa, interaksi dengan masyarakat, mutual
respect dengan majikannya dan hubungan sesama rakan sekerja.

Dalam profesion perguruan, seorang guru bertanggungjawab


membawa para pelajar ke arah pemerolehan ilmu dan seterusnya
menyediakan mereka ke arah amalan demokrasi. Guru juga berperanan
membantu mereka mencapai kebahagiaan hidup, menjadi orang yang
berguna kepada masyarakat dan negara dan individu yang berdikari. Ini
merupakan prinsip etika professional dalam hubungan antara guru dan
murid.

Dalam hubungan antara guru dan ibubapa pula, ahli-ahli


profesion perguruan berkongsi tugas dengan ibu bapa membentuk
perlakuan kanak-kanak ke arah matlamat akhir yang diterima
masyarakat. Keberkesanan kaedah pengajaran bergantung kepada
hubungan kerjasama antara sekolah dan rumah. Guru menggesa ibubapa
sentiasa mengawasi aktiviti pelajar di rumah seperti membuat kerja
rumah, manakala ibubapa pula mengharap guru agar dapat menjadikan
anak-anak mereka manusia yang berjaya.
692

Profesion perguruan melibatkan bukan sahaja tingkah laku guru


secara peribadi tetapi juga merangkumi interaksi sekolah dengan
masyarakat. Hubungan guru dengan masyarakat harus berlangsung
dalam suasana mesra, bersifat kerjasama, dan sikap yang membina.
Masyarakat sentiasa mengharapkan sekolah supaya melahirkan ahli
masyarakat yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Guru-guru pula perlukan masyarakat di luar agar menyediakan peluang-
peluang untuk anak-anak didik mereka apabila mereka tamat
persekolahan seperti menyambung pelajaran atau bekerja.

Ahli-ahli profesion perguruan tidak dapat lari daripada


tanggungjawab berkaitan dengan kariernya. Tanggungjawab ini bersifat
tanggungjawab di antara pekerja dengan majikan. Adalah amat molek
jika hubungan ini bersifat mutual respect dan saling mempercayai agar
tugas dapat dilaksanakan dengan ikhlas. Jika amalan ini berjaya
dilaksanakan, pemantauan dan arahan daripada pihak atasan akan
berlangsung dalam jumlah yang sangat minimum dan guru-guru akan
merasai bahawa mereka merupakan individu yang sangat meyakinkan
pihak atasan.

Adalah dikatakan profesion perguruan berbeza daripada


profesion-profesion yang lain. Salah satunya kerana keunikan hubungan
antara seorang guru dengan rakan sekerjanya. Ada keunikan hubungan
dan kualiti professional antara sesama guru. Kerjasama antara guru
dengan rakan sejawat mampu memecahkan halangan yang sebesar
manapun, terutama bila ia melibatkan prubahan dalam kurikulum dan
system pendidikan.

Prinsip oleh Lieberman ini diakui oleh Sufean Hussin (1996).


Menurutnya, tanggungjawab professional guru meliputi tanggungjawab
terhadap pelajar; rakan sejawat dan profesion perguruan; masyarakat dan
negara; dan ibu bapa. Malah Sheila Worley dalam
http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision//t.stm , New York
State United Teachers dalam
http://www.highered.nysed.gov/tcert/resteachers/codeofethics.htm, guru-guru
Association of Unity Churches dalam
http://www.unity.org/education/ltcode.html, David Freitas dalam
http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm, Kod Etika Guru-guru Minnesota
693

dalam http://education.state.mn.us/html/012969.htm, Kod Etika Guru oleh


Alabama Education Association dalam http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm
dan Tatasusila (Etika) Profesion Perguruan Malaysia memperakui
tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibubapa, rakan sejawat, profesion
perguruan, masyarakat dan negara dalam pembinaan etika perguruan.

Foo (2005) yang merumuskan kod etika universal oleh Larry


Colero pula membincangkan enam prinsip yang perlu dalam
pembentukan kod etika perguruan. Pertama beliau melihat prinsip
kesaksamaan dimana setiap guru mesti melayan semua pelajar tanpa
mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Sifat adil juga penting dalam
mengambil apa-apa tindakan terhadap para pelajar tanpa mengambil kira
jantina, fahaman politik, tempat asal, latar belakang pelajar, kemampuan
akademik dan sebagainya.

Kedua, prinsip keterbukaan di mana sifat jujur sangat


diutamakan. Selain dari pada itu, seorang guru tidak wajar mengaibkan
rakan-rakan sejawatan mereka dan tidak harus melobi dengan apa cara
sekalipun untuk mendapat kenaikan pangkat atau markah yang tinggi
dalam penilaian prestasi tahunan.

Prinsip seterusnya berkaitan dengan prinsip kerahsiaan dimana


guru diminta supaya menghormati hak kerahsiaan para pelajar. Pelajar
tidak harus dimalukan atau direndah-rendahkan dengan mendedahkan
maklumat-maklumat yang boleh memalukan atau menjatuhkan maruah
atau merendahkan nilai diri dan jati diri pelajarnya.

Prinsip ketekunan pula menghendaki guru mengesan potensi


pelajar-pelajarnya dan sedia menerima perbezaan individu pelajar dan
seterusnya menjadikan ia asas untuk membimbing mereka ke arah
kecemerlangan.

Prinsip kelima ialah prinsip kesetiaan terhadap profesionnya yang


menegah seorang guru daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
sopan. Prinsip ini turut menuntut seorang guru bertindak sebagai ibu
bapa ganti dalam usaha membentuk tingkah laku pelajar ke arah
matlamat yang ingin dicapai.. Akhir sekali guru dilarang mengajar
694

sesuatu yang boleh merosakkan ke[pentingan pelajar, ibu bapa dan


negara.

Prinsip terakhir dalam pembentukan etika perguruan ialah prinsip


mengelakkan konflik kepentingan peribadi. Guru-guru disaran agar
mengutamakan kepentingan pelajar lebih daripada kepentingan
masyarakat, persatuan atau peribadi. Prinsip ini turut melarang guru
mengiklankan kelas-kelas tuisyen yang beliau mempunyai kepentingan
di dalamnya. Juga guru tidak boleh menerima atau meminta hadiah
daripada pelajar dan ibu bapa berkaitan dengan tugas-tugas keguruannya.

Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Prinsip Pertama: Niat yang Betul


Prinsip ini menuntut agar setiap warga Kementerian
melaksanakan tugas dengan niat yang betul, sebagaimana yang dituntut
oleh agama, selaras dengan nilai kerja yang dicadangkan. Terdapat empat
jangkaan nilai kerja yang diharapkan daripada amalan prinsip pertama
ini, iaitu:

Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),


misi, matlamat dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia;

Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan


negara;

Memberikan sumbangan bermutu; dan

Sentiasa membarui niat untuk kebaikan.

Prinsip Kedua: Perlakuan yang Baik


Berdasarkan prinsip ini, semua warga Kementerian diseru agar
melaksanakan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang
berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Warga Kementerian
695

diminta agar mengamalkan nilai-nilai yang berikut semasa melakukan


tugas mereka.

Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang


terbaik sepanjang masa;

Memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan

Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha


organisasi.

Prinsip Ketiga: Penggerak ke arah Kebaikan


Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia diseru supaya
menjadi penggerak ke arah kebaikan. Berikut merupakan apa
yang disarankan berdasarkan prinsip ini.

Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya


saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan;

Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan cirri-ciri


kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang menjadi sumber
inspirasi kepada rakan sejawat; dan

Sentiasa berusaha untuk menjadi pekerja yang baik.

Prinsip Keempat: Mengotakan Apa yang Dikatakan


Prinsip ini menuntut agar semua warga Kementerian sentiasa
berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Aspek ini amat penting
kerana salah satu elemen yang amat penting dalam pengurusan
organisasi hari ini ialah memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan
kepuasan kepada mereka. Untuk mematuhi prinsip ini, perlakuan-
perlakuan seperti yang berikut haruslah menjadi amalan:

Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan


dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain;
696

Apa yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan;


dan

Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

Prinsip Kelima: Berdisiplin dan Beradab


Warga Kementerian hendaklah sentiasa melakukan aktiviti yang
berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab. Semua warga
Kementerian perlu mengamalkan perlakuan-perlakuan seperti
berikut:

Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terkandung dalam


ajaran agama;

Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan

Sentiasa berpandukan prosedur serta kaedah yang sesuai dan


betul.

Nilai-nilai Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia


Nilai Pertama: Amanah
Secara umumnya, amanah bermaksud sifat bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan
Berikut merupakan beberapa amalan amanah yang dikemukakan:

Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh


tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai;

Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa


menyalahgunakan kuasa dan kedudukan;

Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan


kerja dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan
masa pejabat untuk urusan peribadi;
697

Berdisiplin dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu


yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap
dirinya; dan

Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan


penyalahgunaan kuasa.

Nilai Kedua: Benar


Nilai benar telah ditafsirkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia sebagai benar pada niat dan perbuatan. Antara perlakuan yang
diharapkan daripada warga Kementerian yang memperlihatkan nilai ini
adalah seperti yang berikut:

Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu


pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi mahupun mengharapkan
balasan;

Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan


mungkir janji;

Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat daripada


orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh;

Memberikan atau menerima arahan yang jelas serta tepat dan


tidak mengelirukan; dan

Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan


bersama.

Nilai Ketiga: Bijaksana


Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mentafsirkan nilai
bijaksana sebagai menggunakan pemikiran dengan bijaksana dengan
membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa serta
keadaan. Amalan-amalan yang diperakukan termasuklah:
698

Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk


menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak
mengambil jalan mudah;

Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan


berkualiti;

Mempunyai fikiran dan pertimbangan yang rasional dalam


menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan serta
emosi; dan
Sentiasa meningkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.

Nilai Keempat: Bersyukur


Bersyukur bermaksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan
penghargaan atas nikmat atau pemberian yang diterima. Perlakuan-
perlakuan yang dicadangkan ialah:

Sentiasa menghargai anugerah yang diterima tanpa menganggap


kejayaan-kejayaan sebagai hak;

Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya


tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah;

Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan,


kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa; dan

Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran


yang diterima dan kemudahan yang disediakan.

Nilai kelima: Dedikasi


Dedikasi bermaksud berminat dan rela mengorbankan masa serta tenaga
secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Amalan-
amalan atau nilai yang diharapkan adalah seperti berikut:

Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk


menerima tugas dengan tidak mencari helah;
699

Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan


perkhidmatan;

Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas


dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti;

Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan


ceria, tidak cuai atau merungut; dan

Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak


organisasi.
Nilai keenam: Ikhlas
Ikhlas bermaksud menunaikan tanggungjawab dengan suci hati untuk
menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran atau
balasan. Amalan-amalan yang mencerminkan nilai ini adalah seperti
berikut:

Menerima tanggungjawab dengan rela, hati yang suci, tidak


berpura-pura atau berusaha mengelakkan daripada
tanggungjawab;

Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat


organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat
perhatian orang lain; dan

Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status


atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih.

Nilai Ketujuh: Penyayang


Nilai penyayang membawa maksud perasaan dan perlakuan yang
menunjukkan sikap memahami, menghargai serta mengambil berat. Ia
dapat ditunjukkan seperti berikut:

Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong atau


suka
meninggi diri;
700

Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu


dihormati
tanpa sebarang prasangka buruk;

Bertimbangrasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan


tugas;

Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh


mesra; dan

Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.

Pematuhan Etika Perguruan

Apabila kita membincangkan isu pematuhan etika perguruan, satu


perkara yang harus kita perbincangkan ialah Perintah Am Bab D -
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Ini
disebabkan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada perintah ini
termasuklah guru. Kita lihat Bahagian II, Peraturan 4 (2) secara
terperinci kerana ia sangat signifikan dengan isu yang bakal kita
bincangkan nanti.

Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2)


Seorang pegawai tidak boleh:

(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan


persendiriannya;

(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin


menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan
tugas awamnya;

(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan


syak yang munasabah bahawa
701

i dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya


bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan
kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
ii dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi
faedahnya sendiri;

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama


atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;

(e) kurang cekap atau kurang berusaha;

(f) tidak jujur atau tidak amanah;


(g) tidak bertanggungjawab;

(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau


tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan
berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu
adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-anggota
perkhidmatan awam yang lain;

(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh
ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan

(j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.

Profesion perguruan di Malaysia juga mempunyai kod etikanya yang


dikenali dengan nama Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
Lampiran etika ini terdapat di bahagian awal Buku Rancangan Mengajar
guru-guru. Kita perhatikan etika berkenaan.

Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia


1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar.
1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
kami daripada hal-hal lain.
702

1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira


faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan
atau agama.

1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai


pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

1.4 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam


darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran.

1.5 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui


pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas,
persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai
mutu yang setinggi-tingginya.

1.6 Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan


tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada
pelajar.

2. Tanggungjawab Terhadap Ibubapa

2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap


anak-anak mereka.

2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama


yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

2.3 Menggangap semua maklumat yang diberikan oleh


ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka
sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali
mereka yang berhak mengetahuinya .

2.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan


anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada
ibubapa secara teliti dan bijaksana.
703

2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi


oleh kedudukan sosial dan ekonomi pelajar.

2.6 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau


melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibubapa atau penjaga mereka.

3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang


boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun
yang bertentangan dengan Rukunegara.

3.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai-nilai


yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara
yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang tua
dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama.

3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan


memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion


Perguruan

4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau


ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan
pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
maruah seseorang guru.

4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh


menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

4.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan


tanggung-jawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh
704

dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4.4 Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami


terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.

4.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan


nama baik profesion perguruan.

4.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

1. Isu Penilaian

Apabila kita menyentuh isu penilaian, kita harus berbalik kepada


persoalan asas iaitu, apa tujuan penilaian dalam aspek persekolahan.
Bagi guru-guru di sekolah kita telah dilatih dengan objektif sesuatu
penilaian iaitu sebagai satu kayu pengukur apakah pelajar telah mahir
dengan dengan pengajaran kita. Hasil daripada analisis itu, guru dapat
membuat sesuatu seperti program pengayaan atau pemulihan. Atau
mencari di mana kekuatan yang boleh kita perkukuhkan atau kelemahan
yang harus diperbaiki.

Namun kita telah biasa dengan fenomena yang melihat penilaian


terhadap prestasi akademik pelajar mencerminkan apa yang telah guru
buat selama ini. Penilaian pentadbir, Pejabat Pendidikan Daerah, ibu
bapa serta masyarakat menjadi tekanan kepada guru, dan yang paling
serius jika ia menjadi asas kepada penilaian prestasi. Lalu guru-guru
sekarang ini mengajar tidak lagi bertujuan untuk mengembangkan
potensi-potensi individu tetapi supaya para pelajarnya lulus cemerlang.
Sekolah tidak lagi menjadi institusi untuk membentuk peribadi pelajar,
tetapi sebagai sekolah tuisyen percuma.

Situasi begini menimbulkan isu yang lain pula, iaitu, sekolah


harus meningkatkan pencapaian akademiknya atau menerima penangan
daripada pihak atasan. Berbagai cara dilakukan untuk meningkatkan
peratus pencapaian seperti menjadikan calon sekolah sebagai calon
705

persendirian, menghalang pelajar menduduki peperiksaan, dan yang


paling dahsyat membantu pelajar semasa peperiksaan.
Keadaan ini bertentangan dengan etika perguruan. Lihat Prinsip
Etika KPM mengenai niat yang betul, iaitu, berusaha memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi, matlamat dan
objektif KPM, Nilai Etika KPM berkaitan dengan nilai amanah iaitu
sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh
tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai, Tatasusila Profesion
Perguruan Malaysia; bahagian Tanggungjawab Terhadap Pelajar;
ceraian kedua, iaitu, Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa
mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial,
keturunan atau agama .

Satu lagi isu berkaitan ialah kebolehpercayaan ujian (Foo, 2005).


Sistem pendidikan di negara kita telah menetapkan di akhir tahun
keenam pelajar menduduki UPSR; di tahun kesembilan, PMR; dan
kesebelas SPM.. Ini merupakan peperiksaan awam yang akan diduduki
oleh semua calon serentak mengikut jadual yang ditetapkan dan dinilai
secara standard. Di pihak sekolah pula, pelajar diajar oleh guru yang
berbeza, kaedah berbeza, masalah berbeza, latar berbeza, kemudahan
berbeza, pendedahan berbeza walaupun kurikulumnya sama. Bukankah
ini menimbulkan isu kebolehpercayaan dalam sistem penilaian
peperiksaan awam negara.

Satu lagi persoalan yang boleh dibincangkan di sini ialah


penilaian guru terhadap dirinya sendiri. L. Dee Fink (1999), dalam satu
artikelnya menyebut:

Assuming that no one is perfect and therefore


everyone has room for improvement, evaluation is
the means by which we try to identify which
aspects of our teaching are good and which need
to be changed. The question then arises as who
should take responsibility for doing this
evaluation. My believe is that evaluation is an
inherent part of good teaching. Therefore it is the
teacher himself or herself who should take
706

primary responsibility for doing the evaluation."


atas talian

http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/ceramah7.htm

Ini memberi implikasi bahawa guru harus menanamkan satu


semangat belajar sepanjang hayat di dalam diri mereka kerana ilmu
semakin bertambah, inovasi di dalam mahupun di luar dunia pendidikan
berlangsung dengan pesat. Ilmu ICT, contohnya, harus dikuasai oleh
guru. Kita berharap agar tidak terdapat guru-guru yang tergolong dalam
golongan laggard ataupun menjadi penentang kepada pembaharuan-
pembaharuan.

Kementerian Pelajaran disarankan agar mencari satu mekanisme


terbaik untuk mengatasi persoalan-persoalan ini. Pemantauan berterusan
mungkin satu pendekatan terbaik untuk meminimakan isu ini. Pihak
pentadbir sekolah harus menjalankan tugas yang diamanahkan seperti
kerja pemantauan proses P & P secara lebih agresif.

Selain daripada itu, Bahagian Penilaian dan Peperiksaan di


Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia
harus turun padang memantau apa yang dibuat oleh Setiausaha
Peperiksaan di sekolah-sekolah. Kita tidak mahu, kes dipapar di akhbar,
barulah pihak berkenaan melatah, kita akan mengambil tindakan tegas
terhadap sekolah terbabit, satu kenyataan retorik.

Disarankan juga sistem penilaian berasaskan sekolah yang ada


sekarang ini distrukturkan semula bagi mengatasi masalah
kebolehpercayaan ujian. Mekanisme yang diwujudkan sekarang ini
walaupun mempunyai kebaikan, tetapi sering disalahgunakan oleh guru-
guru penilai di sekolah. Akibatnya, markah yang diperolehi oleh para
pelajar masih diragui kesahannya.

2. Isu Nilai Amanah


Satu isu besar bagi sektor awam terbesar negara kita ialah
menjaga lebih daripada 100 000 pegawai-pegawainya dan
penempatannya pula sehingga ke tempat-tempat yang cuma boleh dilalui
707

melalui helikopter, bot, atau berjalan kaki selama dua atau tiga hari.
Amat sukar mengawal semua guru, dan tidak mustahil ada guru
mengambil kesempatan daripada situasi-situasi begini. Terdapat guru
yang berniaga serta memiliki lesen kontraktor (walaupun atas nama ahli
keluarga). Di kawasan pedalaman, ramai guru aktif dengan politik
kepartian. Kadang kala mereka terlalu memberi tumpuan kepada politik
hingga mengabaikan tugas di sekolah. Mereka ini menjawat jawatan
dalam parti di peringkat cawangan dan bahagian. Dengan menggunakan
pengaruh jawatan, mereka memperolehi ganjaran lumayan di arena
politik. Buletin Online (Okt 2005) dalam
http://buletinonline.net/modules menceritakan kes seorang guru yang
aktif berpolitik dan memperoleh kontrak dari saluran politik sehingga
mengabaikan tangungjawab profesionnya. Ini merupakan satu contoh
tipikal pelanggaran etika perguruan.

Kita lihat kod etika KPM dalam Nilai Amanah:

Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan


penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai;

Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa


menyalahgunakan kuasa dan kedudukan

dan peruntukan dalam Perintah Am Bab D(c)

ii. dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi


faedahnya sendiri
dan Tatasusila Profesion Perguruan Perkara 4; ceraian ii , iaitu,

tidak melibatkan diri dalam kegiatan


yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.

Perkaitan dengan isu di atas, nilai amanah juga merupakan satu


percanggahan besar terhadap amalan rasuah. Kita lihat rajah di bawah
708

yang menunjukkan kepincangan di kalangan pegawai-pegawai kolar


putih.

Jadual 1: Bilangan Kes Jenayah Kolar Putih (1988 Jun 1991)


Jenis Jenayah 1988 1989 1990 Jun 1991
Pecah Amanah 1886 381 983 460
Penipuan 2730 1831 1991 550
Pemalsuan 355 255 348 110
Wang Palsu 238 1466 685 264
Kad Kredit - - 63 17
Lain-lain 232 129 318 115
Jumlah 5441 4062 4388 1516
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman Kuala
Lumpur
Daripada jadual di atas kes-kes seperti pecah amanah, penipuan
dan pemalsuan dokumen di kalangan pegawai-pegawai tinggi kerajaan
adalah tinggi. Data pihak polis ini adalah lebih rendah daripada yang
sebenarnya. Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (2002),
dalam http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/tatatertib.htm., yang
mengendalikan kes-kes melibatkan guru siswazah, banyak kes-kes
tatatertib yang tidak dihantar atau lewat sehingga lebih setahun kepada
pihak Pihak Berkuasa Tatatertib SPP. Daripada laporan ini, nyata sekali
perlakuan pelanggaran etika berlaku oleh pihak tertuduh dan di peringkat
pegawai yang bertanggungjawab.

Badan Pencegah Rasuah, seperti yang dilaporkan oleh Marzita


Abdullah (2004), dalam http://www.mypendidik.net/portal/modules pula
melaporkan kebanyakan pentadbir pendidikan melakukan
penyalahgunaan kuasa secara sengaja. Beberapa kes seperti penerimaan
wang daripada kontraktor, pemberian tiket kapalterbang, pembiayaan
hotel dan pemalsuan dokumen kerja pembaikan dilakukan dengan
sengaja oleh pentadbir sekolah. Sebagai pegawai perkhidmatan awam
mereka telah melanggar tata kelakuan dan tatatertib Perintah Am Bab
D; Bahagian II; Peraturan 4(2) dalam hal-hal berkaitan dengan
penyalahgunaan kuasa.
709

Adalah disarankan guru-guru tidak membelakangkan


kepentingan profesion perguruan mereka daripada kepentingan peribadi.
Jabatan Perkhidmatan awam pula dicadangkan bertindak meluaskan
larangan berpolitik kepada semua guru bukan sahaja kepada penjawat
awam kumpulan A.

Selain daripada itu, Unit Tatatertib Jabatan Pelajaran Negeri


harus telus dalam menjalankan tugas mereka dengan melaporkan kes-kes
pelanggaran etika kepada pihak-pihak yang berkenaan dengan segera
setelah mendapati ada bukti kukuh untuk membuat pendakwaan ke atas
mereka. Kita tidak mahu pegawai-pegawai pendidikan

3. Isu Nilai Ikhlas- Keadilan

Satu isu yang dianggap remeh tetapi sebenarnya telah menggugat


martabat profesion perguruan. Dalam konteks keikhlasan, etika KPM
meminta semua guru memberi layanan yang baik, tanpa mengira
pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih. Dengan
amalan ini profesion perguruan akan dihormati oleh masyarakat umum.

Satu persoalan yang berbangkit daripada isu ini ialah hak


kesamarataan. Pelajar mempunyai hak untuk dilayan sama rata oleh
guru. Walaupun kita sedar akan kewujudan perbezaan individu, ia tidak
boleh menghalang kita daripada berlaku adil terhadap anak-anak didik
kita. Faktor latar keluarga, status sosio-ekonomi pelajar, perilaku pelajar
dan rupa paras pelajar tidak boleh menjadi penyebab kenapa guru
bertindak sebaliknya. Keadilan harus dilihat dengan lebih jauh lagi.
Pelajar SES rendah perlu diberi lebih tumpuan pada kadarnya dan
bantuan jika status itu mempunyai korelasi dengan pencapaiannya yang
rendah. Pelajar agresif harus diberi lebih perhatian jika keagresifannya
itu disebabkan oleh tiada perhatian di rumah.
Satu sikap guru yang kurang beretika ialah labeling. Ini satu
fenomena yang meluas berlaku di sekolah-sekolah. Walaupun ada guru
yang berjaya menahan daripada menzahirkan kata-kata yang tidak
sewajarnya, tetapi tingkahlaku lain menjurus ke arah itu. Ada guru yang
lambat masuk kelas untuk mengajar kelas yang kurang bijak dan
dalam iklim P & P yang kurang bersemangat. Situasi ini berlainan jika ia
710

mengajar kelas bijak. Ada guru yang akan melepaskan keluhan bila
menjadi guru kelas tertentu dan wajahnya hilang ceria sepanjang tahun
dengan perlantikan itu.

Adalah disyorkan agar guru mengamalkan sikap adil dan


memberi peluang yang sama kepada semua pelajarnya. Satu perkara
yang sangat dipuji ialah memperkenalkan Makmal Komputer kepada
sekolah-sekolah tertentu. Ini memberi peluang kepada ramai pelajar yang
tidak berpeluang untuk mempelajari dan menggunakan komputer.
Selain daripada itu, bagi menangani masalah labeling adalah
dicadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengambil inisiatif
mengenakan tindakan ke atas guru yang mengamalkan sikap ini.
Perkataan-perkataan guru, seperti bodoh, lembu atau anak haram
atau yang sepertinya, merupakan kata-kata provokasi yang menghina
yang tidak harus diluahkan walau dalam keadaan apa sekalipun.

4. Isu Nilai Dedikasi-Keselamatan

Kita lihat apa yang terkandung di dalam nilai dedikasi Etika


KPM:

Guru harus menjalankan tugas dan tanggungjawab


dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau
merungut

dan Tatasusila Profesion Perguruan; Bahagian 1; Perkara 1.1

Lebih mengutamakan kebajikan dan


keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain.

Nilai etika perguruan yang terpenting ialah tanggungjawab


menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Keselamatan pelajar berkait
rapat dengan isu kecuaian. Pengetua dan guru-guru harus melihatnya
sebagai satu aspek penting dalam pengurusan sekolah. Keselamatan
pelajar menjadi satu tugas yang penuh cabaran digalas oleh guru dan
pengetua. Kecuaian akan menyebabkan ibu bapa mengambil tindakan
711

mahkamah terhadap guru dan sekolah. Sekiranya guru memahami dan


menjalankan tugas mengikut etika yang ditetapkan, walaupun kes
dibawa ke mahkamah, undang-undang akan menyebelahi kita.

Masalahnya sekarang adakah sekolah, guru-guru terutamanya,


telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk menjauhi daripada
berlakunya kecuaian. Kes pelajar dilanggar mati di luar sekolah, adalah
satu rujukan yang penting. Guru-guru yang beretika akan memastikan
anak-anak muridnya melintas jalan dengan selamat, bukan hanya
mengharapkan pengawal keselamatan sahaja. Pihak guru telah sedia
maklum akan risiko kemalangan di kawasan tersebut, ditambah lagi
dengan umur pelajar yang masih rendah koordinasi mata dengan
tindakan. Guru-guru mungkin selamat daripada kes mahkamah, kerana ia
berlaku di luar kawasan sekolah, tetapi nilai moral guru yang berhemah
tinggi, penuh dedikasi akan tercalar kerana kes sebegini. Masyarakat
akan memandang rendah martabat guru yang mengambil sikap tidak
ambil peduli ini.

Dalam isu ini juga, guru-guru dinasihatkan agar mematuhi


prosedur-prosedur keselamatan terutama jika melakukan aktiviti yang
berisiko seperti lawatan, perkelahan, sukan, perkhemahan dan
sebagainya. Mematuhi prosedur merupakan satu amalan etika perguruan.
Selain daripada itu adalah dicadangkan agar sistem kawalan keselamatan
swasta sekarang di mansuhkan dan digantikan dengan sistem kawalan
keselamatan yang digunapakai oleh Bank Simpanan Nasional.

5. Isu Nilai Bersyukur

Nilai bersyukur bolehlah jika kita katakan berterima kasih dan


menghargai setiap pemberian, anugerah dan nikmat yang diterima.
Namun begitu adalah wajar bagi kita turut bersyukur sekiranya sesuatu
yang datang itu bukan dalam bentuk yang menyeronokkan kerana sudah
menjadi lumrah kehidupan adakalanya suka dan ada kalanya kita sedih;
kadang-kadang pasang, kadang-kadang surut; dan ada masanya di atas
dan ada ketikanya kita di bawah. Itu juga kita harus bersyukur, kerana
tidak semestinya jika yang datang itu tidak baik, akan berakhir dengan
tidak baik. Di sini unsur reda membawa konsep nilai bersyukur.
712

Dikatakan juga pasti ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Bagi


masyarakat Islam bersyukur dilahirkan dengan puji-pujian bagiNya.
Terdapat banyak aduan oleh pihak guru kepada pihak jabatan
pendidikan yang menggambarkan guru-guru tidak mempunyai nilai ini
seperti dalam kes pembayaran skim baucer tuisyen yang lewat diterima
(lihat http://www.tranungkite.net/modules)

Satu elemen nilai kesyukuran dalam etika KPM ialah berpuas


hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan
kemudahan yang disediakan. Seandainya guru-guru dapat menyerapi
nilai ini, mereka mampu melaksanakan tugas dengan hati yang tenang,
seronok dan lancar. Satu contoh, jika kita diarah mengajar kelas yang
mencabar kesabaran kita, seperti tahap akademik yang rendah dengan
masalah disiplin sukar dikawal dan dilabel oleh rakan-rakan, kita wajib
bersyukur. Sebenarnya kita telah diberi peluang mengubah tingkahlaku
disiplin dan akademik kelas berkenaan. Tekadkan untuk melahirkan
pelajar yang mampu mengubah persepsi guru-guru lain. Hasilnya pasti
kepuasan dan nikmat yang tidak terbeli harganya.
Satu isu lagi ialah isu penempatan guru. Guru-guru yang dihantar
bertugas di sekolah yang mereka kurang ingini, berusaha untuk bertukar
sekolah. Dalam satu ucapan, Fong Chan Onn (1997) menjelaskan ramai
guru Bahasa Inggeris enggan bertugas di pedalaman (lihat
http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm). Ada di
kalangan mereka yang bertukar karier semata-mata untuk bekerja di
kawasan bandar-bandar besar. Sistem pendidikan tidak memerlukan
tenaga-tenaga yang kurang beretika ini. Ada pula guru merungut kerana
tidak diberi markah yang tinggi untuk Penilaian Prestasi. Ini semua
merupakan contoh-contoh guru kita yang kurang beretika kerana tidak
menanamkan nilai kesyukuran dalam diri mereka.

Untuk mengatasi masalah ini, guru-guru harus mempunyai rasa


reda dan anggap bahawa pasti ada yang menunggu di sana yang kita
belum tahu. Guru-guru yang enggan untuk dihantar bertugas di kawasan
pedalaman harus dihentikan kerana mereka merupakan golongan yang
tidak tahu bersyukur. Mereka tidak harus diberi muka dengan kelulusan
permohonan pertukaran atau pengubahsuaian penempatan kerana mereka
merupakan professional yang tidak beretika.
713

6. Isu Gangguan Seksual

Satu definisi gangguan seksual yang mudah ialah apa-apa


perbuatan bersifat seksual yang tidak diingini dan memberikan kesan
sebagai satu gangguan secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau
fizikal. Bagi mendapatkan definasi yang lebih tepat mengenai gangguan
seksual di tempat kerja definisi United State Equal Employment
Opportunity Commision (USEEOC) di Amerika Syarikat adalah lebih
sesuai untuk dibincangkan. Ia menyebut:

Unwelcome sexual advance, requests for sexual


favors and otherverbal or physical conduct of a
sexual nature when submission to or rejection of
this conduct explicitly or implicitly affects an
individuals employment unreasonably interferes
with an individuals work performance or creates
an intimidating, hostile or offensive work
environment.

USEEOC.http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/

Kita tidak harus terikat kepada pengertian itu sahaja, kerana,


beberapa perkara lain harus diambil perhatian iaitu pengganggu boleh
juga seorang perempuan, tidak semestinya lelaki sahaja. Seperkara lagi,
pihak yang menjadi mangsa tidak semestinya subjek yang diganggu,
tetapi pihak yang terasa terganggu dengan perbuatan pemangsa. Situasi
gangguan seksual yang berlaku juga tidak semestinya memberi kesan
kepada kedudukan mangsa dari segi kerja, kenaikan pangkat atau
pendapatannya.

Di sekolah, gangguan seksual boleh berlaku di antara pengetua


guru-guru (dan kakitangan) pelajar. Biasanya, yang menjadi mangsa
ialah golongan pelajar. Di Malaysia, masalah yang berlaku ialah mangsa
gagal membuat laporan kerana takut, malu atau tidak tahu ia sebenarnya
gangguan seksual. Undang-undang pula perlukan bukti kukuh untuk
menerima pertuduhan.
714

Kita lihat satu kes serius di negeri China seperti yang dilapor oleh
Berita Harian dalam
www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/Article/pp_index_ht
ml. Kes seorang guru yang dihukum mati kerana kesalahan merogol 32
orang pelajarnya yang berusia 14 tahun selama dua tahun. Kes seperti ini
juga berlaku dengan banyak sekali di Malaysia yang melibatkan guru-
guru biasa hingga pengetua sekolah agama. Satu kes di Tuaran pada 25
Feb. 2004 yang melibatkan kejadian rogol oleh seorang guru ke atas
pelajar cacat di sekolah khas seperti yang dilaporkan dalam
http://www.network54.com.

Satu langkah proaktif yang boleh dilakukan oleh bakal mangsa


ialah mengelak daripada menjadi mangsa. EVAW (End Violence Against
Women International) pula mencadangkan dalam laman web mereka
(G:\About EVAW International.htm) perkara-perkara berikut harus
dilakukan oleh majikan.

a Adakan satu polisi bertulis dan disebar dan di tampal di


tempat kerja mengenai gangguan seksual
b Polisi tersebut harus mengandungi definisi yang jelas dengan
penerangan dan
contoh yang sesuai.
c Polisi harus mengandungi galakan daripada pengurusan untuk
mangsa
membuat aduan.
d Pihak pengurusan harus mengadakan latihan berterusan
tentang anti-gangguan
seksual kepada kakitangannya.

Satu lagi langkah proaktif yang boleh diambil ialah menjadi ahli
persatuan-persatuan tertentu yang menjaga hal ehwal pekerja daripada
gangguan seksual. Di Amerika Syarikat telah wujud EVAW (End
Violence Against Women) International yang antara lain bertujuan untuk
membela mangsa-mangsa gangguan seksual. Di Malaysia juga kita
mempunyai cawangan Womens Aid Organisation (Persatuan
Pertolongan Wanita). Ini termasuklah menyediakan pegawai-pegawai
untuk membantu mangsa, mengambil tindakan yang sewajarnya yang
akan memahamkan golongan pemangsa daripada melakukan gangguan
715

seksual dan membawa pemangsa ke muka pengadilan. Persatuan


sebegini harus di anggotai bukan sahaja oleh mereka yang pernah
menjadi mangsa atau mangsa-mangsa baru tetapi juga mereka yang
tergolong daripada bakal mangsa.

7. Isu Konten Etika Perguruan

Dalam kita melihat isu-isu di atas, bahagian terakhir


perbincangan isu etika ini akan cuba mengupas etika perguruan itu
sendiri.

Pertama, adakah guru-guru kita tahu dan sedar akan wujudnya


etika perguruan yang menjadi garis panduan bagi semua guru di
Malaysia ini? Etika perguruan Malaysia dibaca dengan nama Tatasusila
Profesion Perguruan Malaysia yang terdapat di bahagian awal Buku
Rekod Pengajaran guru-guru (Mok Soon Sang, 2000).Adalah diingatkan
tentang kepentingan guru-guru supaya memartabatkan profesionalisme
perguruan dengan cara memahami dan menghayati etika perguruan.
Namun begitu, sekiranya guru-guru sendiri tidak mengetahui tentang
keujudan etika perguruan ini, ia amat malang bagi dunia profesion
perguruan.

Adakah terdapat kursus etika diajar dalam program pendidikan


sama ada di universiti-universiti atau di maktab-maktab (sekarang
institusi) perguruan? Sehingga kini belum terdapat satu kertas atau
kursus khas untuk semua bakal guru dislotkan dalam program
pengijazahan perguruan selain daripada ia disisipkan dalam kuliah-kuliah
pedagogi atau kursus pendidikan lain.

Persoalan ketiga, adakah Pengetua atau Guru Besar menekankan


perkara etika perguruan sepanjang masa di sekolah? Atau sekurang-
kurangnya pada mesyuarat guru? Pengetua atau Guru Besar harus
menghafal, memahami dan menghayati etika perguruan ini. Malang
sekali, mereka sendiri mungkin tidak dapat memberi penjelasan kepada
guru-guru, apatah lagi untuk dijadikan panduan menegur guru-guru
ataupun membincangkannya dalam mesyuarat guru. Kelebihan
716

menjadikan etika perguruan amalan pentadbir setiap hari dijangka akan


turut mempengaruhi staf-staf di bawahnya.
Persoalan seterusnya ialah, bagaimana mentafsir etika perguruan
ini? Lain individu melihat atau memahami atau mempunyai penafsiran
yang berbeza-beza tentang sesuatu etika. Contohnya, bagaimana
seseorang guru akan menafsir Tatasusila Profesion Perguruan;
Bahagian 1: Tanggungjawab Terhadap Pelajar; Perkara 1.3
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Seorang guru mungkin
akan menafsirkan keputusan ujian sekolah mahupun peperiksaan awam
sebagai tidak termasuk dalam tafsiran perkara ini. Keputusan ujian
sepertinya akan dipaparkan secara terbuka pada papan kenyataan
sekolah. Guru-guru lain pula mungkin menafsir sebaliknya. Tetapi,
sekiranya sudah menjadi amalan sekolah tersebut, guru-guru ini juga
akan mengubah penafsirannya terhadap perkara ini. Akhirnya, walaupun
amalan tersebut melanggar etika perguruan, ia tidak lagi dipedulikan
oleh pihak sekolah, lantas maruah pelajar dibiarkan jatuh akibat daripada
amalan yang tidak beretika ini.

Atau mungkin guru-guru sememangnya tidak mengetahui


terdapat peruntukan-peruntukan yang bertentangan dengan amalan
mereka? Jika ini berlaku, agak malang bagi guru-guru tersebut yang
telah melakukan pelanggaran etika tanpa disedari. Selain daripada
bahagian di atas kita lihat pula contoh di Bahagian 4: Tanggungjawab
Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion; Perkara 4.6 Akan menjadi
ahli sesebuah pertubuhan guru. Ramai guru yang tidak menjadi ahli
mana-mana persatuan atau kesatuan atau pertubuhan guru kerana tidak
tahu akan wujudnya peruntukan ini dalam etika perguruan. Mereka yang
telah menjadi ahli juga, mungkin menjadi ahli tanpa menyedari bahawa
mereka telah melaksanakan satu perkara daripada etika profesion merek

Persoalan keenam daripada isu etika guru ini ialah, adakah ia


masih relevan dengan keadaan semasa? Dengan perubahan dunia
yang begitu pantas, etika perguruan kita sudah tidak lagi sesuai
kerana terdapat perkara-perkara yang tidak disentuh dalam etika kita
tersebut. Perkataan Tatasusila itu sendiri tidak lagi relevan dengan
keadaan semasa. Lihat pula kepada penggunaan ICT. Boleh dikatakan
semua sekolah mempunyai kemudahan komputer sekurang-
717

kurangnya, malah kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit


kepada sekolah-sekolah luar bandar untuk menyediakan kelengkapan
makmal komputer. Selain daripada itu, laluan internet juga disediakan
tanpa bayaran oleh pihak sekolah. Persoalannya, adakah etika kita
sekarang ini covers penggunaan ICT ?

Berita Harian (7 Jun 2005) menyiarkan artikel bertajuk Kod


etika Internet bendung khabar angin melihat internet ibarat pisau yang
boleh memotong dan juga membunuh. Kepincangan belia yang
mengadap komputer sepanjang hari berchatting, melayari laman porno,
asyik bermain video game dan terdapat pula laman web yang
menyebarkan fitnah terhadap individu atau atau kerajaan. Tindakan
invividu atau kumpulan yang menyebarkan fitnah melalui laman web
juga berleluasa sehingga mampu menimbulkan panik kepada
masyarakat. Tindakan kerajaan melalui Kementerian Tenaga,
Telekomunikasi dan Multimedia, menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia bertujuan mengadakan forum dan membincangkan kod
etika pengamal telekomunikasi dan multimedia sangatlah dialu-alukan.
Etika guru-guru dalam penggunaan ICT ini juga harus dimaktubkan
dalam etika perguruan.
Adalah disarankan agar pihak pengurusan sekolah mengambil
berat akan etika profesion perguruan supaya semua guru di bawah
pentadbiran mereka akan lebih beretika semasa menjalankan tugas.
Paling tidak etika perguruan ini dibawa ke dalam mesyuarat guru
pertama setiap awal tahun untuk mengingatkan guru-guru tentang
kepentingannya.

Pentadbir sekolah dicadangkan menyediakan satu checklist


pelanggaran etika oleh guru-guru sebagai semakan untuk dijadikan alat
pengukuran dan penilaian sahsiah guru. Ini dijangka mampu
mengurangkan kes-kes guru bermasalah di sekolah. Pihak pentadbir
harus faham Teori Y (personaliti positif) tidak dimiliki oleh semua guru,
malah ramai guru yang harus dipantau dan diawasi (Teori X) sentiasa
(Lunenburg dan Ornstein, 2004; Hanson, 2003; Owens, 1998). Guru-
guru di sekolah sudah biasa dengan sindrom kucing tiada, tikus
bermaharajalela.
718

Di peringkat atasan pula, dicadangkan agar kod etika guru


(Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia) digubal semula mengikut
keperluan semasa. Penggubalan kod etika guru yang baru harus
mengambil kira pandangan guru-guru secara keseluruhannya. Kajian-
kajian mengenai keberkesanan kod etika guru harus dijalankan secara
komprehensif guna untuk mengetahui tahap kesedaran, pengetahuan dan
amalan guru-guru bersesuaian dengan etika perguruan.

Kesimpulan

Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion


perguruan di Malaysia masih dipandang tinggi oleh masyarakat dan
negara, walaupun semakin pudar pengiktirafan tersebut. Kerajaan masih
memberikan peruntukan tertinggi kepada Kementerian Pelajaran dalam
Belanjawan Negara. Walaupun nilai ekonominya tidak berapa
memberangsangkan, para guru harus bersyukur kerana tugas guru
merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam agama dan menjadi
agenda utama kerajaan.

Kita telah melihat bagaimana sesuatu kod etika perguruan dibina.


Bermula dengan teori-teori yang berkaitan, permasalahan etika terutama
yang berkaitan dengan dunia perguruan, diikuti dengan rasionalnya
pembentukan sesuatu kod etika, nilai moral yang seharusnya ada pada
seorang guru dan tanggungjawab seorang guru.

Bahagian seterusnya, kita melihat kepada prinsip-prinsip dan


nilai etika seorang guru yang juga seorang penjawat awam. Bagi guru-
guru, kita adalah terikat kepada etika Kementerian Pelajaran, Tatasusila
Profesion Perguruan Malaysia dan Perintah Am. Guru-guru harus
mengamalkan etika-etika dan peraturan yang disediakan ini supaya
masyarakat memandang tinggi dan yakin kepada profesionalisme guru-
guru Malaysia.

Bahagian terakhir kita telah didedahkan dengan beberapa isu


yang berkaitan dengan pematuhan etika perguruan. Terdapat tujuh isu
yang diketengahkan, iaitu, isu penilaian; isu amanah; isu ikhlas; isu
dedikasi; isu bersyukur; isu gangguan seksual; dan isu sekitar etika
perguruan yang wujud pada masa ini. Beberapa cadangan juga
719

disarankan dalam kupasan setiap isu untuk memperbaiki keadaan yang


wujud. Jelas kepada kita bahawa nilai etika guru-guru banyak dipalit
arang oleh segelintir yang tidak seharusnya menceburi bidang
perguruan.

Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan melanggar


etika perguruan kerana ia merupakan landasan yang menuju kepada
tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain
daripada itu, pematuhan etika perguruan akan meningkatkan martabat
guru-guru Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Buku Rujukan

Abdullah Bakri. 1990. Kepimpinan Pengajaran dan Konsep Kepimpinan


Berpasukan . Wawasan. Ogos 1990. 5 15.

Asnah Abdul Hamid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam


Perkhidmatan Pendidikan. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jld. 5.
29 40

Berita Harian. 7 Jun 2005. Kod Etika Internet Bendung Khabar Angin.

Black, P. 2001. Ideology, Evidence and the Raising of Standards dalam


Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in
Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 25 -
36.

Cribb, A. dan Gewirtz, S. 2001. Values and Schooling dalam Dillon, J.


dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary
Teaching. Buckingham: Open University Press. 37 49.

Feeney, S. dan Christensen, D. 1979. Who Am I In The Lives of


Children?: An Introduction to Teaching Young Children. Ohio :
Charles E. Merill
720

Feeney, S., Christensen, D. dan Moravcik, E. 1996. Who Am I In The


Lives of Children? : An Introduction to Teaching Young Children.
New Jersey: Prentice Hall.

Foo Say Fooi. 2005. Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan


Profesionalisme. Serdang: Penerbit UPM.

Hanson, E.M. 2003. Educational Administration and Organizational


Behavior (Edisi 5). Boston: Allyn and Bacon.

Institut Aminudin Baki. 1997. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan.


Kementerian Pendidikan Malaysia. 15 Disember 1997

Kamarudin Hj. Kachar. 1989. Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala


Lumpur: Teks Publishing.

Lieberman, M. 1956. Education As A Profession. New Jersey: Prentice


Hall.

Lunenberg, F.C. dan Ornstein, A.C. 2004. Educational Administration:


Concepts and Practices (Edisi 4). Belmont: Wadsworth /
Thomson

Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala


Lumpur : Kumpulan Budiman.

Mukherjee, G.H. 1978. Sekolah dan Nilai Moral. Jurnal Kementerian


Pelajaran Malaysia. Jld. 23 (58) April 1978. 28 33.

Omens, R.G. 1998. Organizational Behavior in Education (Edisi 6).


Boston: Allyn and Bacon.

Radzuan Hassan. 1997. Utusan Melayu. 26 Okt. 1997.

Strike, K. A. dan Soltis, J. F. 1998. The Ethics of Teaching. New York:


Teacher College Press.
721

Sufean Hussin, 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan


Falsafah, Kuala Lumpur: DBP.

Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice ( Edisi 7 ). New Jersey :
Prentice Hall.

_____. 1996. Perintah-perintah Am: Bab A Bab G, Kuala Lumpur:


MDC

Atas Talian

Alabama Education Association. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas


talian. http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm (3 Sept. 2005)

Association of Unity Churches. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas


talian http://www.unity.org/education/ltcode.html (3 Sept
2005)

Azman Md. Nor. 25 Ogos 1997. Guru Bahasa Inggeris Enggan Ke Desa.
atas talian. http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm
( 13 Sept. 2005)

Berita Harian. 11 Sept. 2005. Guru Rogol 32 Pelajar. atas talian.


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/
20050911103703/Article/pp_index_html (11 Sept 2005)

Buletin Online. 2004. Guru AJK UMNO Dungun Abai Tanggungjawab.


atas talian http://buletinonline.net/modules.php?
name=News&file=article&sid=131 (9 Sept. 2005)

EVAW. tanpa tarikh. EVAW International Mission Statement. (atas


talian) G:\About EVAW International.htm (3 Sept. 2005)
722

Freitas, D. tanpa tarikh. A Professional Code of Ethics for Teacher


Educators: A Proposal to Stimulate Discussion and Debate.
atas talian.http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm (3 Sept.
2005)

Kant, I. (tanpa tarikh). Ethics. atas talian.


http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t-ethics.htm (3
Sept. 2005)

Marzita Abdullah. 26 Mac 2004. Rasuah: Beberapa Kes Melibatkan


Sekolah. atas talian. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.htm
(15 Sept. 2005)

New York State United Teachers. 2002. Seeking input on ethics code:
Proposal lists six guiding principles for teachers. atas talian.
http://www.nysut.org/newyorkteacher/2001-2002/020116ethics.html
( Sep 2005)

Syuhada Choo Abdullah. 2002. Sikap Ketua Jabatan Lewat Lapor Kes
Tatatertib. atas talian. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/
2002/5aug_tatatertib.htm ( 9 Sept. 2005)

United State Equal Employment Opportunity Commision. (tanpa tarikh).


Sexual Harassment. atas talian.
http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/ (12 Ogos 2005)

Worley S.M. (tanpa tarikh). About The Teacher. atas talian.


http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/
MrsWorleyEthics/t.stm (3 Sept. 2005)

______. Sept. 2005. Bayaran Skim Baucer Tuisyen Masih Belum


Dijelaskan.atas talian. http://www.tranungkite.net/modules.php?
name=News&file=article (11 Sept 2005)

______. 25 Feb. 2004. Guru Disyaki Rogol 2 Pelajar Bisu. atas talian.
http://www.network54.com (11 Sept. 2005)
723

______ . 2001. Code of Ethics for Minnesota Teachers. atas talian.


http://education.state.mn.us/html/012969.htm (3 Sept. 2005

Anda mungkin juga menyukai