Anda di halaman 1dari 20

TUGASAN

Januari 2015 SEMESTER

KOD KURSUS
NAMA KURSUS
PROGRAM

EEM 421
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR
NO. MATRIK
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN

ISI KANDUNGAN
0

BAHAGIAN A
a) Bincangkan kepentingan etika dalam pengurusan pendidikan
b) Huraikan perbezaan antara etika dan undang-undang.
c) Jelaskan konsep sekolah beretika.

.. 2
.. 5
.. 6

BAHAGIAN B
1. Etika menurut agama Islam
2. Etika menurut Confucius
Bibliografi

.. 13
.. 15
.. 19

BAHAGIAN A
1

Kepentingan Etika dalam Pendidikan

Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang
sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab,
amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang
individu tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah
berasal daripada perkata greek ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian.
Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika
bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut
pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku
yang baik yang dituntut syarak. Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan
etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta
menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.
Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai
kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat
dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut
pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada
nilai dan kelakuan manusia.
Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang
bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral.
Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat.
Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang
tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.
Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan
bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan
dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta
kepakaran. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang
menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis
panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam
masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran
yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.
Kepentingan Etika dalam Pengurusan Pendidikan
Walaupun berbagai definisi diberikan mengenai etika tetapi tidak keterlaluan kalau dikatakan
bahawa semuanya bertumpu kepada satu pemahaman iaitu etika adalah sesuatu yang berkait
dengan keupayaan seseorang untuk membezakan antara yang betul dan salah dan seterusnya
melakukan sesuatu yang betul.
Kanungo (2001) mengatakan seseorang yang mahu menjadi pemimpin yang beretika perlu
terlibat dengan tingkah laku yang mulia dan memberi kebaikan kepada orang lain. Beliau
juga perlu menjauhkan diri daripada perbuatan jahat yang boleh mendatangkan keburukan
pada orang lain. Kebelakangan ini penyelidik dalam bidang organisasi juga mencadangkan
agar perhatian yang lebih diberikan kepada integriti.
Brown, Trevino dan Harrison (2005) mendefinisikan kepimpinan beretika sebagai keupayaan
pemimpin mempamerkan atau menunjukkan tingkah laku yang sesuai dalam tindakan yang
diambil dan juga dalam hubungan antara manusia. Beliau juga mempromosikan tingkah laku
tersebut kepada subordinat atau pengikut melalui komunikasi dua hala, pelaksanaan usaha
peneguhan dan juga dalam proses membuat keputusan. Mereka juga mengatakan bahawa
selain daripada komponen yang disebutkan di atas, pemimpin yang beretika juga adalah telus
dan terlibat dengan komunikasi terbuka di samping memberi ganjaran dan mempromosi
tingkah laku beretika dalam kalangan pekerja.
Dalam penulisan mengenai kepimpinan beretika, sifat yang sering dikaitkan adalah
mengambil berat tentang orang lain, boleh diharap, setia, berani, bertanggungjawab, berjimat
cermat, sabar dan lain-lain (Bass 1990; House & Howell 1992; Howell & Avolio 1992).
Seterusnya Andre dan Velasquez (1992) membuat kesimpulan mengenai perkara ini dengan
mengatakan etika sebenarnya merujuk kepada satu piawai yang mempunyai asas yang kukuh
mengenai apa yang baik dan buruk yang memandu manusia mengenai apa yang boleh atau

perlu dilakukan. Biasanya ia mempunyai kaitan dengan hak, obligasi, faedah kepada
masyarakat, keadilan atau perkara-perkara yang baik seperti kejujuran, sikap belas kasihan
dan kesetiaan.

b. Perbezaan Antara Etika dengan Undang-undang

NO.

ETIKA

UNDANG-UNDANG

1.

Tidak memerlukan pegawai penguatkuasa

Memerlukan pegawai penguatkuasa

2.

Dikuatkuasakan oleh hati kecil

Dikuatkuasakan oleh mahkamah

3.

Hukuman perlanggaran etika adalah


hukuman terhadap perasaan yang terdapat
dalam diri sendiri dan menyentuh hati yang
tidak dicatat oleh mana-mana pihak

Hukuman pelanggaran undang-undang


adalah tetap dan dicatat oleh hakim /
mahkamah

4.

Menentukan batas adat, idealisme,


keyakinan dan nilai moral dalam kehidupan
sebuah msrkt

Menentukan batas yang pasti. ( Perkara


yang boleh dan perkara yang tidak boleh
dilakukan oleh seseorang individu )

5.

Mematuhi nilai dan kod etika sudah pasti


jauh dari melanggar undang-undang

Mematuhi undang-undang belum pasti


manusia mematuhi etika

6.

Lebih umum dan maksimum melibatkan


Mengawal perlakuan yang salah / negative
tatacara sesuatu kehidupan dalam sesebuah atau mengawal berlakunya jenayah
msrkt

7.

Mengembangkan perubahan sikap terhadap


kelakuan baik dan buruk dalam msrkt

8.

Merupakan penguatkuasaan secara


menyeluruh peraturan yg tlh ditetapkan

Hanya mencukupi utk menentukan batas


peraturan yg tlh ditetapkan dlm undangundang

9.

Mengambil kira aspek kerohanian spt


menjauhi dengki yg pasti terselamat dari
jenayah

Banyak perkara yg tidak diambil kira spt


penyakit dengki. Ia hanya menjatuhkan
hukuman akibat perbuatan dengki

Hanya mencukupi utk menetukan batas


peraturan yang tlh ditetapkan dalam
undang-undang

c. Konsep Sekolah Beretika

Nilai dan etika adalah elemen penting dalam pengurusan dan pentadbiran. Perkara ini
diakui oleh ahli sejarah dan tokoh falsafah sains sosial sebagai faktor penting dalam
mengawal kegiatan yang tidak bertanggungjawab. Di Malaysia, kesedaran masyarakat
terhadap ketidakpuasan terhadap amalan yang tidak bermoral dalam pengurusan merupakan
fenomena yang agak baru. Menyedari hakikat bahawa kecemerlangan pengurusan adalah
bergantung kepada sejauhmana beretikanya kakitangan dalam perkhidmatan, khususnya
dalam mencapai wawasan negara, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai slogan dan
akta untuk mencapai matlamat tersebut.2 Penerapan nilai nilai Islam adalah yang terpenting
diberikan perhatian, kerana perlanggaran etika sering dikaitkan dengan persoalan
keperihatinan terhadap agama. Persoalannya, adakah persoalan etika hanya dikhususkan
kepada kakitangan beragama Islam semata dan tidak melibatkan penganut agama lain. Oleh
yang demikian, kertas kerja ini bertujuan untuk menjawab persoalan tersebut di samping
menjelaskan bahawa etika atau moral merupakan sesuatu yang universal dan serasi dengan
semua agama. Perbincangan adalah merujuk kepada beberapa agama yang dominan di
Malaysia. Pendekatan perbandingan khusus berkaitan etika akan dikemukakan bagi
menampakkan persamaan sekali gus menjelaskan bahawa etika dan etika pengurusan Islam
adalah bersifat sejagat (universal).
Sekolah beretika membawa maksud yang mendalam yang mana melibatkan
pentadbiran, guru, murid dan kakitangan sekolah berkenaan dengan memahami Malaysia
adalah sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan di dominasi oleh tiga
kelompok utama iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga tiga rumpun bangsa ini beramal
dengan budaya dan kepercayaan yang berbeza. Kepelbagaian ini sebenarnya tidak
menghalang mereka untuk tinggal dalam sebuah negara yang sejahtera, di bawah satu
kepimpinan meskipun berbeza dalam konteks kepercayaan dan budaya yang diamalkan.
Memandangkan kertas kerja ini hanya merujuk kepada nilai etika berasaskan agama-agama
yang wujud di Malaysia, maka fokus yang akan menjadi keutamaan perbincangan adalah
berkisar kepada penganalisaan nilai agama yang berkaitan dengan persoalan etika dan
hubungannya dengan pengurusan. Latar belakang masyarakat Malaysia akan dikemukakan
secara umum bagi menampakkan pengasingan kelompok yang wujud dan bagaimana jalinan
etnik berlaku. Namun apa yang lebih penting, bagaimana sistem nilai agama yang diamalkan
6

dapat mempengaruhi penguruasn. Perkara ini akan dibahaskan berpandukan beberapa


pendekatan; (i) nilai dan etika yang wujud dalam ajaran agama Islam, Hinduisme dan
Buddhism, Kristian dan Kongfusianisme; (ii) persamaan yang wujud dalam konteks nilai
antara agama tersebut; dan (iii) mampukah nilai dan etika ini diharmonikan dalam
membangunkan sistem pengurusan di Malaysia.
Dalam usaha untuk melaksanakan dasar pendidikan supaya matlamat-matlamatnya
tercapai, sistem tersebut memerlukan pemimpin pendidikan yang cukup cekap, adil,
beramanah, berdedikasi, berdaya usaha, bertanggungjawab, berkebolehan dan berakhlak
tinggi (Kamarudin Kachar, 1989).
Apakah relevannya konsep etika jika ia diselitkan atau menjadi sebahagian daripada
topik perbincangan dan silibus dalam melatih bakal pemimpin pendidikan pada masa akan
datang. Amnya, pemimpin pendidikan akan dapat membuat pertimbangan secara beretika
untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk organisasi. Starratt (1994) dalam Jurnal
Artikel oleh Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002) menjelaskan bahawa
setiap tindakan atau keputusan yang diambil mesti memberikan kelebihan atau faedah semua
ahli di dalam organisasi berkenaan. Antara kelebihannya ialah:
a) Ia sebenarnya banyak menolong pemimpin pendidikan untuk membuat keputusan
tentang sesuatu tindakan yang mungkin diambil seperti yang telah dibincangkan.
b) Pentadbir pendidikan dapat menjelaskan mengapa (Why) sesuatu perkara tersebut
berlaku. Contohnya pelanggaran disiplin pelajar berkait rapat dengan etika.
Greenfield (1997) dalam Jurnal Artikel oleh Lokman Mohd Tahir & Harnidon
Abdul Rahman (2002) juga menjelaskan bahawa setiap tindakan yang diambil
oleh pengurus akan disokong oleh pihak guru. Beliau mengkaji tuntutan seperti
ini akan mengurangkan lagi dilema yang berpunca daripada konflik pihak
pengurus dengan guru.
c) Menilai atau menjelaskan bagaimana seseorang ketua itu dapat melayan ataun
memotivasikan guru di bawahnya bersesuaian dengan konsep etika antara
pelanggan dengan pengurus pendidikan.
d) Menjelaskan lagi falsafah pendidikan yang menekankan objektif untuk
melahirkan insan yang kamil (sempurna), konsep ini menganggap guru sebagai
'role model' dan guru menganggap pengurus sebagai 'role model' mereka. Starrat
(1994) menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab pengurus untuk membentuk
institusi yang beretika. Kepentingan etika kepada pengurus pendidikan secara
tidak langsung akan mendidik atau menanamkan sifat ingin menangani masalah
7

etika yang jika tidak dibendung akan berleluas terutamanya di dalam sektor
pendidikan.
Mengapakah etika begitu penting dalam bidang pengurusan pendidikan bagi
menghasilkan pendidik serta pentadbir dan pengurus yang berkualiti yang dapat
menerapkan ilmu pengurusan mereka. Art (1994) dalam Jurnal Artikel oleh Lokman
Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002) telah mengkaji masalah yang begitu
berleluasa terutamanya dalam keadaan yang materialistik kerana manusia akan berusaha
sedaya upaya untuk mencari kesenangan dan kemewahan. Muhamad Ruslan (2001)
dalam Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002) juga menyatakan
beberapa faktor yang menyebabkan manusia akan melakukan perkara-perkara yang akan
menyimpang daripada etika profesionalisme ialah:
a)Apabila ada peluang untuk melakukannya.
b) Ingin hidup lebih mewah, cepat kaya dan hidup secara materialistik.
c) Kurangnya penghayatan nilai etika serta agama.
d) Kurangnya penyeliaan pegawai atasan.
e) Kelemahan sistem pentadbiran, peraturan dan pelaksanaan kerja.

Profesionalisme guru agak tergugat dengan pelbagai pendedahan dari pihak media
massa tentang kelemahan sistem pendidikan dan secara tidak langsung mengugat
ketokohan seseorang guru daripada pandangan masyarakat. Namun, jika dikaji secara
mendalam, terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan terjadinya perkara ini
iaitu:
a) Tidak menyangka perbuatan itu menyalahi undang-undang.
b) Untuk kepentingan organisasi atau arahan majikan.
c) Menganggap perbuatan itu tidak akan diketahui umum.
d) Kepentingan kewangan.
e) Kurangnya dendaan, teguran daripada pihak atasan.
f) Sering berkelakuan yang melanggar undang-undang.
8

g) Dipengaruhi oleh golongan luar bidang.


h) Rasa kecewa dengan organisasi sama ada kerana prestasi atau kerana tidak
dinaikkan pangkat.

Perlakuan yang tidak beretika itu sebenarnya berpunca daripada aspek niat ataupun
kemahuan seseorang untuk memperoleh kemewahan untuk kesenangann diri. Namun,
perlakuan tidak beretika juga boleh berpunca daripada faktor dalaman atau dimensi di
dalam organisasi itu sendiri. Calabrese dan Roberts (2001) dalam Lokman Mohd Tahir &
Harnidon Abdul Rahman (2002) menyenaraikan beberapa faktor dalaman sesebuah
organisasi tersebut yang boleh menyumbang kepada perlakuan yang tidak beretika iaitu:
a. Stuktur organisasi
Struktur yang kompleks dan banyak hirarki akan menyebabkan pekerja akan cepat merasa
bosan kerana terlalu banyak peraturan yang harus dipatuhi.
b. Bentuk komunikasi
Bentuk komunikasi tertutup dan corak pentadbiran yang lebih mementingkan rakan akan
menyebabkan guru lain merasa bosan dengan sikap pengurusan serta sikap pihak
pengurusan tidak mengambil kira "human factor" atau perasaan kakitangan.
c. Dominasi politik
Dominasi dan penguasaan politik yang keterlaluan oleh pihak pengurusan dan
kumpulannya akan menyebabkan rasa hormat pihak kakitangan kepada pihak pengurusan
akan berkurangan dan pihak pengurusan menganggap mereka mempunyai kuasa untuk
memerintah dan bukan untuk berkhidmat.
d. Pengabaian kepada kebajikan
Kurangnya penghargaan dan kebajikan menyebabkan guru kurang hormat kepada
pemimpin pendidikan dan sering melakukan kesalahan.
Sichel (1993) dalam artikel oleh Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002)
mencadangkan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan sekolah
yang beretika iaitu: Pihak pengurusan hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa etika
yang berperanan bukan untuk membuat undang-undang atau menentukan guru mematuhi
undang-undang tetapi sebagai badan menasihati guru yang menghadapi masalah etika atau
yang melanggar peraturan. Dengan wujudnya jawatankuasa etika atau disiplin secara tidak
langsung dapat menjadi badan perantara di antara pihak pentadbir dengan guru serta ia juga
dapat mengurangkan konflik yang dihadapi di antara pentadbir dengan guru.
Sergiovanni (1992) mengkaji sekolah yang boleh diklasifikasikan berkesan merupakan
sekolah yang mempunyai perjanjian yang mementingkan nilai-nilai dan etika yang
9

cemerlang. Pengurus pendidikan harus mempraktikkan apa yang dipersetujui antara guru
dengan pihak pengurusan. Gardner (1995) menjelaskan lagi cadangan untuk melahirkan
sekolah yang beretika ialah melalui kepimpinan yang beretika serta memperlihatkan teladan
serta role-model untuk diikuti oleh semua guru dan kakitangan.
Richardson et al. (1992) dalam artikel yang sama juga mendapati bahawa kejujuran adalah
perkara pokok hubungan antara pengurus dengan pihak guru. Pengurus juga hendaklah
bertanggungjawab terhadap kesilapan yang telah dilakukan dan bukan hanya menuding jari
kepada guru yang melakukan kesilapan malah mencari cara untuk menyelesaikan masalah
berkenaan. Konsep akauntibiliti yang dikemukakan agar semua masalah hendaklah dikongsi
bersama-sarna dan bukan mengabaikan tanggungjawab mereka (Block,1993). Pendapat dan
saranan di atas sebenamya mempunyai kesetaraan dengan konsep mewujudkan sekolah
beretika yang mempunyai
nilai-nilai murni.
Selain itu, di dalam artikel oleh Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman
(2002) juga ada membincangkan mengenai Model "Sekolah Etika" yang dikemukakan oleh
Starrat (1994) yang menggariskan tiga perkara utama yang perlu diteliti oleh pihak pernimpin
pendidikan. Tiga dimensi utama tunjang konsep sekolah beretika iaitu:
a. Dimensi Etika Mengambil berat
Etika ini menekankan konsep yang mementingkan hubungan di dalam organisasi. Guru
hendaklah mengambil berat tentang pelajar dan seseorang pemimpin pendidikan mestilah
mengambil berat kebajikan guru.
b. Dimensi Etika Keadilan
Etika ini menekankan Iayanan yang adil oleh pihak pengurus kepada guru dan guru kepada
pelajar. Kebajikan ini dapat merangkumi konsep penyediaan persekitaran yang kondusif
kepada pembelajaran. Persekitaran yang kondusif bukan bermakna mencantikkan sekolah
dengan bunga-bunga tetapi memberikan dan menambah jumlah buku dan kemudahan
perpustakaan, menambah jumlah komputer, akhbar dan sebagainya yang memberikan
keadilan kepada semua pelajar menikmati organisasi pembelajaran. Konsep "peluang belajar"
(opportunity to learn) merupakan konsep yang patut ditekankan untuk melahirkan organisasi
pembelajaran.
C. Dimensi Etika Kritikan
10

Etika ini mengkehendaki golongan pernimpin pendidikan memikir sejenak bahawa siapakah
yang memperolehi keuntungan atau faedah daripada sesuatu program yang diadakan atau
dijalankan di sekolah? Siapakah yang patut diberikan keutamaan? Siapakah yang memegang
autoriti? dan persoalan yang lain. Konsep etika kritikan ini mengalakkan perbincangan di
kalangan kakitangan serta guru-guru dan secara tidak langsung mengurangkan konflik di
antara kakitangan kerana pengurus mementingkan hubungan kernanusiaan.
Menjadi saranan kepada pihak pemimpin pendidikan mempunyai piawai atau garis panduan
yang boleh diikuti agar mereka tidak Iari daripada perlakuan yang tidak beretika. Kellog
Foundation (2000) menyenaraikan beberapa dimensi utama etika yang boleh dijadikan
garis panduan serta perlakuan yang boleh diikuti oleh pihak pengurusan sekolah dan
dimensi itu
Memberikan penekanan kepada dimensi pengetahuan, dimensi pelaksanaan dan dimensi
pencapaian.

Melalui dimensi pengetahuan, setiap pengurus serta pemimpin pendidikan hendaklah


mempunyai matlamat serta peranan kepimpinannya dalam masyarakat kini dan
memberikan tumpuan kepada perlakuan yang mematuhi etika.

Dimensi pelaksanaan mengambilkira penggunaan etika di dalam membuat keputusan,


membawa sekolah ke arah yang berguna kepada masyarakat

dan mempunyai rasa bertanggungjawab kepada sebarang perlakuan atau tindakan yang telah
dilaksanakan.

Dimensi pencapaian menumpukan kepada memberikan penilaian perlakuan nilai-nilai


murni seseorang, menekankan pencapaian yang tinggi tanpa mengenepikan konsep
etika, menilai kesan tindakan pentadbiran kepada kakitangan bawahan, menggunakan
sumber yang ada untuk kepentingan sekolah dan bukan peribadi, melayan semua
orang dengan adil, rasa hormat-menghormati antara satu sama lain dan mematuhi
peraturan.

Kesimpulannya, dalam membentuk sekolah beretika, pihak pentadbir bukan sahaja


membentuk pentadbirannya dan pelajar untuk jangka masa pendek tetapi ia bakal membentuk
generasi baharu sebagai pelapis pemimpin negara. Di samping itu juga, ketidakpatuhan
kepada etika berlaku dengan bercanggahnya tingkahlaku guru (mahupun pengurus
pendidikan) dengan prinsip-prinsip tersebut. Sebagai contoh, niat yang tidak baik dalam
11

melakukan sesuatu perkara adalah melanggar etika. Begitu juga dengan perlakuan yang tidak
baik seperti merokok, budaya lepak, ponteng yang berlaku di kalangan guru yang sepatutnya
menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar. Melanggar prinsip etika juga dikatakan
sebagai tidak memperkotakan apa yang telah dikatakan seperti yang dinyatakan di dalam
ikrar guru dan juga yang berkaitan. Guru juga perlu memperkukuhkan disiplin diri dan
seterusnya menjadikan tugas sebagai guru adalah amanah yang besar supaya tidak mudah
untuk melanggar etika kerja sebagai seorang guru. Ianya juga membantu mempertingkatkan
tahap disiplin di kalangan pelajar. Di samping itu, guru-guru dan juga pihak pentadbir perlu
menjadikan organisasi mereka sebagai sebuah keluarga, supaya dapat mengurangkan konflik
antara pentadbir dan guru seterusnya menjadi contoh kepada pelajar-pelajar dalam menjaga
hubungan dengan bertanggungjawab.

12

BAHAGIAN B
Bincangkan ETIKA / MORAL yang diutarakan oleh agama-agama: Islam dan
Conficius
ETIKA ISLAM
Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak
didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir
daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus
dan penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini melayakkan
akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding istilahistilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang diyakini Barat.
Terdapat empat kriteria yang menjadikan etika Islam ini cukup unik dan tersendiri.
Pertama ialah dari segi sumber asasnya. Asas etika Islam adalah bersumberkan sumber
ketuhanan (dalil naqli) iaitu al-Quran dan al-Hadith. Dalam masa yang sama, Islam turut
mengiktiraf sumber kemanusiaan (dalil `aqli) yang terdiri daripada taakulan akal, naluri dan
juga pengalaman manusia. Namun, akal, naluri dan pengalaman ini mestilah digunakan
dengan bimbingan wahyu al-Quran dan al-Hadith itu sendiri. Kombinasi sumber ketuhanan
dan sumber kemanusiaan ini menghasilkan etika Islam yang mantap bagi mendasari segala
aktiviti kehidupan manusia.
Kedua ialah dari segi skopnya. Etika Islam meliputi aspek teori (majal al-nazar) dan
praktis (majal al-`amal). Ia tidak hanya melibatkan pemikiran teoritis para ulama silam
dalam pelbagai bidang ilmu, bahkan turut diperincikan dalam bentuk praktikal berhubung
kelakuan manusia itu sendiri. Akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan
model ikutan yang paling tepat. Baginda mempraktikkan tuntutan akhlak Islam dalam
pengurusan diri, rumahtangga, masyarakat mahupun pentadbiran negara. Gandingan aspek
teori dan praktis ini menjadikan etika Islam cukup lengkap untuk dilaksanakan dalam
segenap aspek kehidupan.
13

Ketiga ialah dari segi rangkuman nilainya. Nilai-nilai dalam etika Islam merangkumi
pelbagai aspek dan dimensi. Bersesuaian dengan sifat Penciptanya yang memiliki segala
kesempurnaan, maka nilai-nilai yang digubal-Nya melambangkan keagungan-Nya, menepati
fitrah semulajadi manusia dan mesra sepanjang zaman. Sesuatu yang dikategorikan sebagai
baik atau buruk, betul atau salah itu akan kekal dan diterimapakai oleh umat manusia
sepanjang masa
Dari sudut kategori nilai, etika Islam meliputi nilai positif (ijabiyah) dan nilai negatif
(salbiyah). Nilai positif merujuk kepada nilai yang memberi kesan baik kepada hati dan diri
manusia serta dituntut untuk diamalkan. Nilai negatif pula meninggalkan kesan yang kurang
baik dan wajar dihindari kerana mendatangkan kemudharatan kepada banyak pihak. Dari
aspek hubungan, etika Islam mengambilkira nilai-nilai dalam hubungan manusia dengan
Pencipta (habl min Allah), hubungan sesama manusia (habl min al-nas) dan hubungan
dengan alam sejagat. Dari segi skop nilai, etika Islam meliputi dimensi zahir (kelakuan) dan
batin (kejiwaan) manusia. Etika Islam diinterpretasikan melalui pendekatan lahiriah iaitu
melalui penampilan, sikap, perlakuan dan bahasa, mahupun pendekatan batiniah iaitu melalui
hati.

Keempat ialah dari segi faktor kepatuhannya. Asas kepatuhan Muslim terhadap etika
Islam juga cukup unik. Sesuatu itu bukanlah baik dan buruk secara semulajadi (zatnya), tetapi
Allah s.w.t. yang menetapkan baik atau tidak sesuatu perkara itu. Maka, faktor yang
menggalakkan kepatuhan kepada etika Islam adalah ketaatan dan kepatuhan kepada ajaran
Islam itu sendiri. Segala nilai yang dianjurkan oleh Islam dilaksanakan semata-mata kerana
Allah s.w.t. dengan penuh keyakinan, iltizam dan kerelaan hati, bukan disebabkan oleh
peraturan kerja ataupun arahan ketua atasan.
Keempat-empat kriteria di atas memperlihatkan keunikan dan keunggulan etika Islam
sejajar dengan kesyumulan ajaran Islam. Paling menarik, ia memperlihatkan keupayaan etika
Islam untuk mengurus multidimensi kehidupan manusia. Di samping memperoleh kebaikan
di dunia, ia turut menjanjikan kebahagiaan di akhirat kelak (al-falah).

14

Etika Dalam Ajaran Conficius


Fahaman Confucius merupakan salah satu fahaman yang menjadi pegangan masyarakat Cina
di seluruh dunia hingga hari ini. Fahaman falsafah ini diasaskan oleh Kung Fu Tze yang
terkenal sebagai seorangtokoh ulung falsafah peradaban China. Pada peringkat awal, beliau
membentuk fahaman yang berlandaskan keinginan untuk mempertingkatkan moral dan
menjaga etika manusia.
Selepas kematian Kung Fu Tze, muncul kumpulan pengikut yang terlalu memujanya melalui
ritual tertentu. Pada masa yang sama, mereka mempercayai bahawa wujud dewa yang harus
disembah sehingga akhirnya fahaman Confucius dianggap sebagai satu ajaran agama.
Di seluruh dunia sekarang dianggarkan terdapat lebih daripada enam juta orang yang
mengaku diri mereka sebagai pengikut fahaman Confucius. Fahaman ini menjadi salah satu
kepercayaan tradisional terbesar dalam sejarah sistem falsafah dan kepercayaan bangsa Cina.
Kawasan utama ajaran ini tersebar di sekitar Asia Tenggara, Asia, dan di wilayah tertentu di
Eropah. Antara negara yang mempunyai banyak pengikut Confucius termasuklah China,
Vietnam, Korea Utara, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia dan Jepun.
Confucius merupakan fahaman yang membentuk satu sistem moral yang diasaskan oleh nilai
akhlak, sifat kemanusiaan dan perasaan kasih sayang. Sistem ini terbentuk ekoran
pengalaman yang dilalui Kung Fu Tze pada zaman pemerintahan yang kacau-bilau. Ketika itu
pemerintah dikatakan menindas rakyat, mengamalkan rasuah, dan sistem pendidikan hanya
ditawarkan kepada golongan bangsawan.
Sebuah peradaban lahir setelah berabad lama manusia menempuh zaman kegelapan. Teoriteori evolusi manusia menjadi panduan kepada sejarawan mencari jawapan kepada peringkat
perkembangan masyarakat. Maka wujud penerangan berdasarkan peringkat-peringkat
kehidupan yang dinamakan Mesolitik, Neolitik dan Paleolitik. Menerusi peringkat-peringkat
inilah manusia dipercayai menempuhi evolusi yang akhirnya mencapai peradaban tertinggi
atau dikenali sebagai tamadun.
Tamadun merupakan kata kerja yang berasal daripada bahasa Arab, yang diterbitkan
daripada kata nama bandar. Hal ini bermaksud istilah tamadun membawa erti masyarakat
sedang atau telah membangunkan sebuah bandar. Pembangunan sebuah bandar merupakan
sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi atas sebab-sebab tertentu; antaranya adalah
kepentingannya dalam mencorakkan masyarakat yang mempunyai akhlak terpuji (boleh rujuk
15

Ibn Khaldun dan Syed Naquib Al-Attas). Pembangunan bandar akan mengubah kehidupan
masyarakat setempat daripada kehidupan yang barbaric dan menjadikan mereka civilized
(Braudel, 1993). Kedua-dua terma ini mempunyai nilai maksud kehidupan yang
terkebelakang dan perubahan kepada yang lebih baik, berdasarkan contoh yang diberi
Braudel dalam penjelasan kisah penjenayah yang diberi hukuman berdasarkan hukuman sivil.
Dalam membangunkan sebuah bandar, elemen kerajaan merupakan antara perkara yang
terpenting. Kerajaan mempunyai tanggungjawab dalam mentadbir dan mengurus kehidupan
masyarakat yang teratur. Bagaimanapun, kerajaan yang dibentuk mestilah sebuah kerajaan
yang mentadbir atas dasar keadilan supaya rakyat hidup dalam keadaan yang harmoni. Hal ini
bersesuaian dengan konsep tamadun yang telah dijelaskan.
Bangsa timur merupakan sebuah bangsa yang tercatat dalam sejarah sebagai bangsa
yang berjaya mencipta tamadun antara yang terawal di dunia. Umum sedia maklum bahawa
bangsa yang dimaksudkan ialah bangsa Cina; sebuah bangsa yang berjaya mencipta sebuah
tamadun bermula dengan pemerintahan Dynasty Shang pada abad 1700 BCE. Kehebatan
masyarakat cina dalam membangunkan sebuah tamadun dipercayai atas sebab kesedaran
masyarakat tentang nilai moral yang harus wujud dalam diri setiap individu. Hasilnya, nilainilai moral ini telah membentuk akhlak inidividu yang pekerti, lalu memberi kesan kepada
sistem berkerajaan dalam tamadun tersebut. Antara keistimewaan kerajaan dalam tamaduntamadun China ini ialah kecekapan pegawai-pegawai kerajaan dalam mengurus-tadbir
kehidupan seharian masyarakat berdasarkan polisi-polisi yang berasaskan nilai moral
masyarakat.
Walau bagaimanapun, setiap kerajaan yang mentadbir tidak sentiasa berada pada
tahap yang baik sebagaimana yang diharap rakyat. Zaman kejatuhan pasti menjengah. Oleh
sebab itu, maka datanglah susuk-susuk tubuh yang berjuang dalam membida pembaharuan.
Antaranya ialah guru atau master Kong (Confucius dalam bahasa Inggeris). Individu ini
merupakan seorang pintar yang mengumpul karya-karya tradisional mengenai nilai-nilai
moral kepercayaan masyarakat tradisional Cina. Beliau telah mengumpul dan menyusun
karya-karya tersebut dengan lebih sistematik. Hasilnya, karya-karya ini telah dikategorikan
ke dalam sejumlah protokol yang diberi nama, antaranya prokotol hubungan manusia dan
protokol tingkah-laku.
Melalui pemahaman beliau terhadap nilai-nilai moral masyarakat tradisional Cina,
maka diwujudkan olehnya beberapa konsep utama: li, ren, shu dan junzi. Kesemua konsep ini
menjadi tunjang kepada penjelasan idea berkenaan moral. Konsep pertama, li, merupakan
penjelasan berkenaan cara betul dalam berinteraksi sesama manusia (ceremonious
16

behavior/correct performance). Setiap individu perlu memahami bahawa mereka hidup dalam
suasana bermasyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai pelbagai bentuk hubungan yang
menjadikan mereka berperangai berbeza-beza mengikut jenis-jenis hubungan yang wujud.
Dalam konteks jenis-jenis hubungan ini, master Kong membahagikan mereka kepada lima
kumpulan: hubungan sesama penguasa dan rakyat, ayah dan anak, suami isteri, adik-beradik
serta kawan-kawan.
Sekiranya hubungan seseorang individu dipraktik secara betul berdasarkan kumpulankumpulan yang dipecahkan, maka masyarakat akan hidup dalam suasana produktif dan
tenang sebagai natijah.
Master Kong tidak melihat manusia sebagai makhluk yang mempunyai pandangan
yang sama dalam mempercayai kebenaran dan kebatilan dalam konteks hubungan sesama
insan. Disebabkan itu, beliau menjelaskan konsep ren sebagai keseinambungan kepada
konsep yang pertama. Bagi beliau, sesuatu hubungan mungkin akan dipraktik tanpa menitikberatkan persoalan kejujuran atau keikhlasan. Maka konsep ren datang bagi memperjelas
bahawa sesuatu hubungan mesti dilaksana dalam lingkungan kemanusiaan (humanheartedness).
Konsep ini sesungguhnya menekankan aspek kemuliaan (virtues) seperti murah hati
dan kesetiaan. Konsep ini juga, pada pandangan beliau, merupakan satu konsep yang
mempunyai hubungan istimewa dengan kuasa langit (heaven). Walaupun beliau tidak
memperincikan bagaimana hubungan manusia dengan kerajaan langit dalam pemikiran
beliau, tetapi master Kong memahami bentuk hubungan ini atau lebih mudah difahami
dengan konsep agama dalam kefahaman yang luas. Beliau tidak bercakap perihal agama
dalam bentuk mistik, tetapi beliau lebih berminat menonjolkan agama sebagai sumber etika.
(Perlu diingat bahawa ajaran master Kong bukan ajaran agama, tetapi merupakan falsafah
moral.
Agama menjadi sisipan perbincangan mungkin atas sebab masyarakat tradisional Cina
mempercayai pemerintah merupakan seorang yang dilantik oleh tuhan untuk mentadbir bumi.
Maka master Kong cuba mengaitkan agama dalam ajaran beliau dan membawa masyarakat
melihat agama dalam konteks yang lebih umum). Oleh itu, beliau percaya bahawa setiap
kebaikan itu berasal daripada sumber kekuasaan di langit.
Bagi melengkapi semangat yang diterjemah oleh konsep li dan ren, master Kong
memperkenal pula konsep shu. Shu memperjelas bahawa wujudnya satu lagi hubungan yang
terhasil, hasil daripada pengaplikasian li dan ren. Hubungan tersebut ialah satu bentuk
interaksi yang membuatkan seseorang itu merasai kebergantungan antara satu sama lain. Hal
17

ini disebabkan seseorang itu memberi layanan yang sama seperti mana dia menginginkan
orang lain memberi layanan kepadanya. Dia meletakkan hak rakannya ditempat yang betul,
manakala rakannya juga meletakkan haknya ditempat yang betul, dan seorang rakan tidak
mengkhianati rakannya yang lain, tetapi membantu rakannya dalam menaikkan martabatnya
dalam sesuatu bidang, sebagai contoh. Inilah natijah yang akhirnya berlaku apabila setiap
individu dalam sesebuah masyarakat mengetahui cara betul dalam berinteraksi, serta
menekankan sifat kemanusiaan dalam perhubungan tersebut.
Kehidupan master Kong berlingkar sekitar masyarakat Cina yang mengamalkan
sistem feudal dan hierarki, atau susunan dalam organisasi masyarakat. Sebagaimana lazimnya
kita pada hari ini meletakkan golongan elit dalam tingkatan tertinggi, begitu jugalah amalan
masyarakat Cina pada masa itu. Oleh sebab itu, beliau banyak memberi kritikan terhadap
golongan tersebut lantas mewujudkan falsafah Confucius ini. Master Kong mengiktiraf
kewujudan golongan aristokrat sebagai golongan yang bertanggungjawab dalam mengurus
hal ehwal kenegaraan.
Walau bagaimanapun, aristokrasi dalam pemahaman beliau bukanlah golongan
pengumpul kekayaan,sebagaimana difahami oleh kebanyakan orang pada masa sekarang,
tetapi mereka merupakan golongan yang mempunyai akhlak tertinggi dalam masyarakat;
mereka bijaksana, membantu mengangkat martabat rakan; bercakap dengan berhati-hati;
memahami mandat kuasa langit dan sebagainya. Golongan ini digelar sebagai junzi (orang
yang hebat) atau gentleman. Gelaran tersebut diberi atas dasar sikap terpuji yang tertinggi
yang membolehkan mereka dikagumi oleh kuasa langit.
Sebagai rumusan, secara umumnya falsafah Confucius merupakan sebuah falsafah yang
mengingatkan setiap individu kepada kepentingan etika dan moral. Martabat etika dan moral
yang sangat tinggi di fikiran master Kong telah menyebabkan beliau cuba mengaitkan
kedudukan moral dengan tahap tertinggi sehingga merujuk kepada kekuasaan langit. Konsepkonsep popular seperti li, ren, shu dan junzi telah diperkenal bagi memperjelas kefaham
tersebut.
Sesungguhnya, konsep-konsep ini adalah amat relevan kepada setiap masyarakat pada zaman
semasa, walaupun konsep-konsep ini diwujudkan oleh beliau demi untuk memartabatkan
semula sistem pengurusan kerajaan masyarakat tamadun China yang mengalami kemunduran
selepas kejatuhan Dinasti Chou. Falsafah moral seperti ini, sebagai tambahan, berkait rapat
dengan ajaran yang dibawa oleh setiap agama yang diturunkan ke bumi, termasuklah ajaran
agama Islam. Oleh sebab itu, dikesempatan yang lain kita akan cuba melihat kepada

18

kesamaan ajaran yang dibawa oleh master Kong dengan ajaran-ajaran agama Islam yang
dimuatkan di dalam Al-Quran dan sunnah.
Rujukan:
Ahmad Fawzi Mohd Basri et.al., (1987). Isu-Isu Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur
: Percetakan Seasons Sdn Bhd.
Choo Keng Kun. Masyarakat Majmuk Semenenjung Malaysia: Evolusi Sejarah.
Dlm. Zuraina Majid (1986). Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan
Terhadap Beberapa Isu-Isu dan Topik Semasa. Pulau Pinang: USM
Mohd Tap Salleh et al. (1991). Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Institut Tadbiran
Awarn Negara (INTAN) Malaysia. Kuala Lumpur.
Muharnad Ruslan Salihin ( 2000). Kesedaran Etika dan Hubungannya dengan Komitmen
Terhadap Organisasi. Kajian kes di kalangan kakitangan Majlis Perbandaran
Ke1ang. Projek Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Teknologi) UTM.
Max weber (1997), Beberapa Perkara Tentang Agama Dunia dlm. R. Robertson
(ed). Agama dalam Analisis dan Interpretasi Sosiologi, Dewan Bahasa dan
Pustaka Rebore, R. (2001). The Ethics for Educational Leadership. Heinemann Books.

19

Anda mungkin juga menyukai