Anda di halaman 1dari 39

PEKELILING

PERKHIDMATAN
BILANGAN 5 TAHUN 2007
‘PANDUAN PENGURUSAN
PEJABAT’

Unit Komunikasi Korporat


Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
Mei 2007
Bahagian 3:
Keperibadian dan Ketrampilan :
• Bahagian ini merupakan bahagian baru. Peruntukan ini
menjelaskan kepentingan aspek keperibadian dan
ketrampilan yang meliputi cara berpakaian, cara
bekerja, adab sopan semasa menjalankan tugas,
kepentingan mengawal emosi, sikap keterbukaan,
bijaksana dan berhemah serta berfikiran positif.

• Bahagian ini juga menekankan soal disiplin dan tata


kelakuan pegawai awam serta keperluan mematuhi
Aku Janji.
Keperibadian dan
Ketrampilan

 Keperibadian
 Tatakelakuan
 Pakaian
 Tanda Nama
Keperibadian
• Setiap pegawai awam hendaklah sentiasa menjaga dan
memelihara penampilan diri, cara berpakaian, cara
bekerja, tatakelakuan, disiplin dan adab sopan sama ada
semasa menjalankan tugas atau di luar masa bertugas.

• Pegawai awam hendaklah memiliki keperibadian unggul


yang dizahirkan melalui sikap dan tatakelakuan yang
berasaskan nilai-nilai murni.

• Di samping itu, pegawai juga dikehendaki memiliki


professional competency pada tahap yang tinggi seperti
cekap, mahir, intelektual, produktif, result oriented,
inovatif, berwawasan, pintar dan kreatif.
• Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua pegawai
menghayati nilai-nilai murni untuk meningkatkan
keutuhan jabatan yang antara lainnya seperti berikut:

• Berintegriti
– mempunyai kualiti diri dan berpegang kuat kepada prinsip moral
yang baik;
– bertindak selaras dengan nilai-nilai yang baik walaupun dalam
keadaan yang sukar;
– bertindak secara konsisten untuk menegakkan kebenaran dan
mengotakan apa yang dikata;
– bersifat terbuka dan terus terang dalam menyampai dan
menerima cadangan, idea dan teguran; dan
– berupaya menjadikan diri dihormati kerana tindakan yang
dilakukan adalah berasaskan kepada nilai murni.
• Berkebolehan untuk mengawal emosi

– mempunyai kesabaran yang tinggi dan


kebolehan mengawal emosi di dalam
suasana kerja terutamanya suasana yang
terdesak dan tertekan; dan

– sentiasa tenang dan berhemah walaupun di


dalam keadaan kerja yang sangat mencabar.
• Berkebolehan untuk bertindak secara bijaksana
dan berhemah

– boleh menganalisis dan menjangka implikasi yang


berlaku bagi setiap tindakan yang diambil; dan

– mempunyai sifat berhati-hati dalam apa-apa perkara


untuk memastikan tindakan diambil dan dilaksanakan
dengan bijaksana tanpa menimbulkan suasana yang
tidak sihat di dalam organisasi dan antara organisasi
atau tanggapan yang buruk oleh pihak yang terlibat.
• Mempunyai pendekatan yang fleksibel tetapi
tegas

– tidak rigid tetapi tegas dalam membentuk dan


melaksanakan dasar atau peraturan;

– boleh mengambil kira keperluan–keperluan baru dan


bersikap fleksibel dalam mencari penyelesaian
supaya pelaksanaan dasar dan peraturan
disesuaikan mengikut perubahan yang berlaku; dan

– berfikiran terbuka dan boleh menganjak paradigma


serta tidak terikat dengan peraturan dan kaedah yang
sudah tidak sesuai.
• Mempunyai keazaman dan kegigihan
– mempunyai keazaman, tidak mudah putus asa serta
sanggup berkorban masa dan tenaga bagi
memastikan rancangan dan tugas dilaksanakan
seperti mana dijadualkan demi mencapai matlamat
organisasi; dan

– berupaya menggunakan strategi dan kaedah lain


yang bersesuaian melalui inisiatif sendiri seperti
mendapatkan sokongan pihak-pihak tertentu untuk
memastikan objektif organisasi dapat dicapai.
• Mempunyai sifat-sifat amanah, jujur dan
kebolehpercayaan

– amanah, jujur dan ikhlas dalam


melaksanakan tugas dan mempunyai ciri
yang sesuai untuk diberi tanggungjawab yang
melibatkan kepentingan organisasi dan
kepentingan awam; dan

– boleh dipercayai untuk menjalankan tugas


dengan penuh dedikasi.
• Bersedia berkhidmat untuk
kepentingan awam dan negara
– Sentiasa bertanggungjawab dan
bersedia untuk membantu atau
memberikan perkhidmatan yang
sebaik mungkin untuk kepentingan
awam dan negara melebihi daripada
kepentingan peribadi.
• Mempunyai sifat keberanian dan sanggup
menerima cabaran

– (i) boleh mengemukakan pandangan secara berani


tetapi secara bertanggungjawab dan berhemah;
– (ii) sanggup menyahut cabaran untuk memajukan diri
dan organisasi; dan
– (iii) mempunyai semangat dan keupayaan untuk
melaksanakan tugas yang mencabar dan sanggup
mengambil risiko dalam melaksanakannya.

• Berpegang teguh kepada prinsip-prinsip


akauntabiliti
– Bertanggungjawab terhadap sesuatu tugas yang
diamanahkan.
• Berfikiran Positif
– mempunyai keyakinan dan percaya sesuatu
perkara itu boleh dilaksanakan walaupun
dalam suasana dan keadaan yang sukar;

– sentiasa percaya setiap isu atau masalah


mempunyai jalan penyelesaian; dan

– sentiasa menganggap sesuatu yang negatif


itu boleh diperbaiki atau diterjemahkan
kepada sesuatu yang bernilai positif.
• Mempunyai kestabilan dalam kehidupan
berkeluarga, peribadi dan kerjaya

– mempunyai kestabilan peribadi dan keluarga.


Tiada masalah peribadi yang boleh
menjejaskan tugas, kepentingan
perkhidmatan dan negara; dan

– mempunyai rekod sahsiah yang baik yang


boleh menjadi teladan kepada pegawai awam
yang lain.
Tatakelakuan
• Pegawai hendaklah mempunyai disiplin diri
dengan mematuhi Aku Janji dan tatakelakuan
yang ditetapkan seperti berikut:

– pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setia


kepada Yang Di-Pertuan Agong, Kerajaan dan
Negara;
– tidak berkelakuan hingga kepentingan peribadi
bercanggah dengan tugas rasmi dengan
mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang
boleh dilihat sebagai bercanggah dengan tugas
rasminya;
– tidak berkelakuan yang boleh menimbulkan syak di
mana kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas
rasmi;
Tatakelakuan
– tidak menggunakan kedudukan rasmi untuk faedah diri
sendiri;

– tidak berkelakuan, sama ada semasa bertugas atau di


luar tugas rasmi, yang boleh menjatuhkan imej
perkhidmatan awam;

– tidak membawa pengaruh luar untuk kepentingan


peribadi yang boleh menjejaskan kewibawaan dan
profesionalisme pegawai awam dalam membuat
sesuatu keputusan dengan adil; dan

– tidak ingkar perintah dan arahan yang dikeluarkan di


mana ia boleh menghakis keberkesanan sesebuah
organisasi.
PE RATUR AN P AKA IA N

❤ SEMASA
BERTUGAS
HENDAKLAH
SENTIASA
BERPAKAIAN
DENGAN
SEPATUTNYA
YANG
DITENTUKAN
OLEH KERAJAAN
MELALUI ARAHAN
YANG
PAKAIAN
 Mengikut apa-apa cara yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan.
 Jika pakaian tidak ditentukan, pakaian
hendaklah sesuai dengan upacara yang
berlangsung.
Jika ada kunjungan
Gaya ini juga boleh tetamu ke tempat
dikenakan dengan kerja anda pastinya
blazer atau jaket penampilan anda
dan sut seluar. mencuri perhatian
Unik dan
berseni… Waah
anda kelihatan
bergaya sekali..
Teknik ini tentunya
sesuatu yang baru
buat anda, Hebat
dan kemas.
Selain dipakai
untuk ke pejabat
di hari Jumaat,
anda juga boleh
terus menghadiri
majlis makan
malam dengan
gaya ikatan
tudung ini.
Gabungan
tudung dua
dalam satu ini
menampilkan
lebih variasi
pada
penampilan
anda
Gaya
seorang
Pengurus,
Ketegasan
anda nyata
terserlah.
Gaya ini begitu sesuai
dengan busana sut
pejabat yang kemas dan
terletak. Jika anda
pembentangan kertas
kerja atau rancangan
perniagaan syarikat,
pastinya kewibawaan
anda akan menyerlah
Tanda Nama

• Jabatan hendaklah menyediakan


tanda nama kepada semua pegawai.

• Pegawai hendaklah memakai tanda


nama yang disediakan oleh jabatan
sepanjang masa bekerja.
SENARAI PEKELILING, SURAT PEKELILING DAN
PERATURAN YANG BERKUAT KUASA BERKAITAN
PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT

Per. 3.4 - Tatakelakuan


Peraturan 4 (1) - Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993.

Per. 3.5 - Pakaian


PP Bil. 2 Tahun 1985 - Pakaian Masa Bekerja Dan
Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Rasmi Bagi
Pegawai Awam.

Per. 3.6 - Tanda Nama


Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1983 - Pemakaian
Tanda Nama.
DITEGAH SAMA SEKALI (MUTLAK)
PER. JENIS LARANGAN

4A GANGGUAN SEKSUAL
7 MENYALAHGUNA DADAH
9 MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN
11 MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI DARIPADA
EMOLUMEN RASMI DAN PENDAPATAN PERSENDIRIAN
YANG SAH
12 MEMINJAM WANG/MENJADI PENJAMIN
13 KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS
15 MEMINJAMKAN WANG DENGAN BUNGA
16 PENGLIBATAN DALAM PASARAN HADAPAN
17 REFEL DAN LOTERI
18 PENERBITAN BUKU BERDASARKAN MAKLUMAT
TERPERINGKAT
20 PENYUNTING AKHBAR/MAJALAH/JERNAL
21 KEGIATAN POLITIK
2. LAR ANG AN YA NG BOLE H D IBU AT DE NGA N
KEB EN ARA N
PER. PENGECUALIAN KUASA MEMBERI
KEBENARAN

5 PEKERJAAN LUAR KETUA JABATAN


6 ETIKET BERPAKAIAN KPPA
8/9 MENERIMA HADIAH KETUA JABATAN
10 PEMUNYAAN HARTA KETUA JABATAN
19 PERNYATAAN AWAM MENTERI
21 KEGIATAN POLITIK KPPA / KSU
i) KUMPULAN SOKONGAN
ii) CUTI SEBELUM BERSARA
22 MEMBAWA PERBICARAAN KSU
UNDANG- UNDANG/
BANTUAN GUAMAN
LATIHAN
 Apakah ciri-ciri disiplin yang perlu dilakukan untuk
menyiapkan tugasan anda.
 Bagaimana anda menunaikan tanggungjawab sebagai
penjawat awam untuk berusaha meningkatkan kualiti dan
hasil kerja.
 Bagaimana anda menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan
 Berikan lima nilai-nilai kembangan, huraikan.
 Berikan lima nilai-nilai teras dalam perkhidmatan, huraikan.
 Berikan lima piawai prestasi, huraikan.
 Kerja berpasukan dapat memberi hasil yang berkesan,
terangkan bagaimana anda menubuhkan kumpulan kerja
(team building) di jabatan anda.
 Apakah amalan-amalan yang berkesan perlu dilakukan di
kaunter jabatan anda.
 Apakah sepatutnya dilakukan bagi mencapai tahap budaya
kerja cemerlang di jabatan anda.
SEMUGA BERJAYA
KURSUS INDUKSI
AADK 2009

Anda mungkin juga menyukai