Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERSARAAN, JASAMU DIKENANG

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu Razaleey B Hj Amin


Salutasi Bismillahirrahmannirrrahim……..
7.35 pm Assalammualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Guru Besar SK Pulo, En Awg Indra Bin Awg Hebeni,
Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Rabi,ah Eddie
Yang Berusaha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Suriiani Bt Abdul
Yang diraikan En Razaleey B Hj Amin
Yang dikasihi rakan-rakan guru, staf sokongan, dan seterusnya semua murid yang
dirahmati sekalian.

Lagu Negaraku Hadirin yang dihormati,

Mohon hadirin berdiri untuk nyanyian lagu “Negaraku” dan “Lagu Sekolah”.

* Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Sekolah*

Hadirin dipersilakan duduk..

Ucapan GB Sudilah tuan jalan berlapan


Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Untuk itu majlis dengan penuh hormat dan takzim menjemput dan mempersilakan
tuan guru besar, En Awg Indra B Awg Hebeni untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-alua itu tadi.

Ucapan Cikgu Buah mengkudu buah bidara


Razaleey Mari disimpan di dalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik Tuan tetap dikenang

Hadirin yang dihormati,


Seterusnya, tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada yang
diraikan Encik Razaleey Bin Haji Amin. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang diraikan
Encik Razaleey bin Haji Amin di atas ucapan sebentar tadi.
Cikgu Razaleey,
Kata pepatah, "Gajah mati meninggalkan gadingnya dan harimau mati
meninggalkan belangnya, dan manusia mati meninggalkan namanya"

Di sana padi di sini padi


Itulah nama sawah dan bendang
Disana budi disini budi
Baru sempurna bernama orang
Kalau ada pauh didaik
Bawa sebiji ke tanah seberang
Kalau ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dicurahkan oleh Cikgu Razaleey sepanjang perkhidmatannya di dalam dunia
pendidikan di SK Pulo. Seperti yang kita semua sedia maklum Cikgu Razaleey
pula telah menyumbangkan bakti sebagai Penolong Kanan Kokurikulum selama
13 tahun, dan sudah tentulah terlalu banyak pengalaman pahit manis yang telah
beliau lalui. Terima Kasih Cikgu Razaleey.

Persembahan
Murid

Penyampaian
Cenderahati

Penutup Pagi indah berlalu tidak terasa


Masa terlalu mencemburui kita
Meskipun rasa nak bersembang lama
Namun saat perpisahan kini tiba jua

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan
beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami
mendoakan semoga Cikgu Razaleey akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari
bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu Razaleey. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori
sepanjang zaman.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Hadirin yang dirahmati,


Majlis melabuhkan tirainya di sini, namun ikatan persahabatan dan persaudaraan
tidak bernoktah di sini. Semoga memori ini terpahat kukuh di sanubari mereka
yang pergi dan ditinggalkan.
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua
yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

Akhir kata,
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dlm peti
Kalau ada silap dan salah
Jgn disimpan di dlm hati.

Sebelum bersurai ke kelas masing-masing untuk aktiviti gotong royong, diminta


semua murid untuk bersalaman dengan Cikgu Razaleey. Mohon kerjasama
daripada semua guru untuk mengawal pergerakan murid mengikut barisan.

Assalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai