Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERPISAHAN KAK JUN

Salutasi Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam
Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak.

*rujuk salutasi*

Terima kasih Bagi pihak jawatankuasa pelaksana, kami


mengucapkan selamat datang ke Majlis JASAMU
DIKENANG khusus bagi Cik Junaidah binti Dadan
yang ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Daro
berkuatkuasa pada 1 Mei baru-baru ini.

Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi pada majlis


yang cukup bermakna ini.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dahannya berduri
Terima kasih daun keladi
Kerana sudi menghadirkan diri.
Nyanyian lagu Bagi meneruskan aturcara majlis, dengan segala
Negaraku hormatnya dijemput semua hadirin untuk berdiri
tegak dan menyanyikan lagu Negaraku.
Dipersilakan.

Hadirin dipersilakan duduk.


Bacaan Doa Tetak buluh kajang berpuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput


al-Fadhil Cikgu Fadzillah bin Ashari untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Amin amin ya rabbal alamin. Terima kasih
diucapkan.
Ucapan Guru Bukan keris tanpa ulunya
Besar Bukan majlis kalau tanpa ucapannya.

Sebagai pembuka persada ucapan, Majlis dengan


hormatnya mempersilakan yang dihormati, Guru
Besar SK Nanga Semah, Cikgu Jagu bin Shafiee
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Tuan Guru Besar.
Ucapan YDP Sudilah tuan jalan berlapan,

1
PIBG Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata ucapan pemanis kalam.

Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha


Kaunselor Angela anak Epie bagi menyampaikan
ucapan mewakili seluruh barisan Ahli Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SK Nanga Semah.

Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan yang Tibalah ke aturcara yang ditunggu-tunggu, iaitu
diraikan ucapan daripada insan yang kita raikan hari ini.

Tuan tuan dan puan puan yang dikasihi,


Sudah biasa kita dengar,
Patah tumbuh, hilang berganti.
Namun pada saya, takkan sama dengan yang ini.
Perginya, tak mungkin ada galang dan ganti.

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan


Cik Junaidah binti Dadan untuk memberikan ucapan
beliau.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada cik Junaidah atas ucapan itu
tadi.

Banyak duri perkara duri


Tidak sama duri mengkuang
Banyak budi perkara budi
Tidak sama budimu seorang

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu KakJun dalam ingatan
Strolling Down Asam kandis mari dihiris,
Memory Lane Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis, dipandang manis,
Lebih manis, hati budinya.

Sidang hadirin, seterusnya adalah aturcara Strolling


Down Memory Lane iaitu tayangan multimedia khas
sempena majlis kita hari ini.

2
*tayangan*

Demikianlah tadi tayangan multimedia yang


menyajikan sedikit sebanyak kenangan manis
bersama insan yang kita raikan pada hari ini,
sepanjang 18 tahun beliau menaburkan bakti di SK
Nanga Semah.

Ayam rintik di pinggir hutan,


Nampak dari tepi telaga,
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.

Buat pengetahuan hadirin sekalian, tayangan


multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh Cikgu
Muhammad Hairoul Akmal bin Haron.

Terima kasih diucapkan.

Ucapan Tetamu Gugur setangkai bunga melati,


Kehormat Berselerak kelopak di pohon bidara,
Sudah lama kami menanti,
Sudilah Tuan menghulur bicara.

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi,


dengan Ucapan Khas tetamu Kehormat, Yang
Berhormat, Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji
Zawawi, Ahli Parlimen P207 Igan merangkap
tonggak utama majlis kita pada hari ini.

Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

Terima Kasih Yang Berhormat atas ucapan sebentar


tadi.
Jamuan Kembang harum si bunga seroja
Buat hiasan penyambut tetamu
Terhidang sudah jamuan dimeja
Dipersilakan semua hadirin menjamu.

Untuk itu dipersilakan hadirin dan hadirat sekalian


untuk menjamu selera.
Kepada yang berhasrat untuk menyampaikan lagu,
set karaoke telah tersedia.
…………….
……….
………….
Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian, aturcara seterusnya
Cenderahati adalah penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada
hari ini.

3
Sehubungan itu, majlis menjemput dan
mempersilakan Tuan Guru Besar, bagi mengiringi
Yang di Pertua PIBG, Kaunselor Angela anak Epie
dan Yang Diraikan, Cik Junaidah binti Dadan ke
pentas.

Dipersilakan.

Pertama, dijemput _____________________.


Seterusnya, ________________________.
Tidak lupa, sebagai tanda terima kasih dan kenang-
kenangan atas sumbangan dan khidmat bakti Cik
Junaidah sepanjang 18 tahun di SK Nanga Semah,
dijemput Kaunselor Angela anak Epie untuk
menyampaikan cenderahati daripada PIBG SK
Nanga Semah.

Majlis meminta Puan Kaunselor, Tuan Guru Besar


dan Cik Junaidah untuk kekal di atas pentas.

Hadirin sekalian, tidak manis andainya datang


bertandang dan pulang dengan tangan kosong.

Untuk itu, dijemput Yang Berhormat, Tuan Haji


Ahmad Johnie bin Haji Zawawi, Ahli Parlimen P207
Igan, untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Kaunselor Angela


anak Epie, Guru Besar dan Cik Junaidah atas
penyempurnaan penyampaian cenderahati sebentar
tadi.
bersurai Hadirin hadirat,
Majlis kita telah pun sampai ke penghujungnya.
Kami memohon kemaafan atas segala kekurangan
dan kekhilafan daripada pihak kami sepanjang kami
mengendalikan majlis Jasamu Dikenang.

Pada cik Junaidah,


Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat bertugas di tempat yang baru
Semoga allah sentiasa memberkati

Majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada


semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan majlis pada hari
ini.

Sekian, wabilahittaufiq wal hidayah,


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

4
5

Anda mungkin juga menyukai