Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN PENGETUA

SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan yang diraikan, Tuan Haji Harith Ideris,


YANG Pengetua SMK Kota Klias
DIRAIKAN
*pengetua mengambil tempat*

Bersua kita di pagi yang indah penuh ceria. Di hari yang berbahagia ini,
diucapkan selamat datang ke majlis yang penuh bermakna, kita raikan
Majlis “Sanjungan Budi Lambaian Kasih” sempena persaraan Yang
Berusaha Tuan Haji harith Ideris, pengetua yang kita kasihi

Salutasi Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Salam sejahtera kami ucapkan,


Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Bismillahirahmanirahmanirrahim alhamdulillahi rabb al-alamiin


wassolatu wasala mu ‘ala ‘asrofil anbiyaa e walmursalin, wa’alaa aaa
lihi wasohbihi ajmaeeen.

Rabbishrohli sodri, wayassirli amri, wahlul uqdatan minlisaani


yafqohuu qauli…

Assalammualaikum w.b.t.
Salam SMK Kota Klias, We Stand Together Towards Excellence
Salam Sanjungan Budi Lambaian Kasih dan salam sejahtera
Diucapkan kepada

Yang dikasihi dan diraikan, Tuan Haji Harith Ideris, Pengetua SMK Kota
Klias

Yang dihormati En Bastin Muslim, Yang Dipertua PIBG SMK Kota Klias

Yang dihormati En Nordin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SMK


Kota Klias

Pn Rashidah Sagap, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Siti Huzaimah Hakim, Penolong Kanan Kokurikulum


Tuan Hj Rosland Salleh, Penolong Kanan Ting 6,

*Dif Dif kehormat*

Barisan ketua bidang

Barisan pendidik dan Anggota Kumpulan Pelaksana

Para pelajar dan seterusnya seluruh warga SMK Kota Klias yang dikasihi
sekalian

KATA-KATA Hadirin yang dikasihi,.


ALUAN  
PENGACARA
Pakat bersama menunggang kuda,
                      Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
                  Bertemu berpisah  perancanaan-Nya.
 

Anak Cina main gelombang,


                Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
                Sentiasa hidup di dalam hati.
 

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti


mengundang perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada hari ini adalah
untuk meraikan Yang berusaha, Tuan Haji Harith Ideris yang bakal
meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di
sekolah ini.

 Sungguh tak disangka, Tarikh _____________ bagaikan baru saja berlaku


semalam, ia merupakan hari dimana pengetua yang kita sayangi ini
mula bertugas disekolah yang bertuah ini.

Sedar tak sedar 2 tahun telah berlalu. Begitulah masa mencemburui.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah juga


besarnya jasa Tuan Pengetua sehingga tidak mampu untuk kami
membalasnya. Sekalung penghargaan diucapkan buat Tuan Haji Harith
Ideris yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri. Tidaklah seberapa
majlis ini untuk meraikan Tuan yang hebat dan megah kewibawaannya.
Hadirin para jemputan yang dihormati,
 

Kalau pergi Tanjung Keramat,


              Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
              Moga majlis mendapat berkat.
BACAAN  
DOA Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dipimpin oleh En Md Sualeh Abdullah.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan:

*bacaan doa*

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin, Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada Cg Sualeh atas bacaan doa itu
tadi.

UCAPAN WAKIL PELAJAR Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar SMK Kota Klias.
Dengan itu dipersilakan Adik Muhammad Azizi Fahmi Bin Aliman,
Pelajar tingkatan 6 SMK Kota Klias untuk menyampaikan ucapan. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Muhammad Azizi Fahmi atas ucapan


yang telah disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG Para tetamu yang dikasihi,

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara dibuat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan, Yang


dihormati, En Bastin Muslim, Yang DiPertua PIBG SMK Kota Klias untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

*Ucapan YDP PIBG*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


UCAPAN GPK  
PENTADBIRAN Para tetamu yang dihormati,

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih. 

Dengan segala hormatnya, pihak majlis menjemput dan


mempersilakan, Yang dihormati, En Nordin Ahmad, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran SMK Kota Klias mewakili barisan pentadbiran
sekolah untuk tampil menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

*Ucapan GPK Pentadbiran*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Encik Nordin


Ahmad menyampaikan ucapan sebentar tadi.

 
UCAPAN PENGETUA Hadirin yang dikasihi,
 
Tuai padi di hujung bendang,
                  Padi masak diintai tiak;
Belai budi disanjung datang,
                  Sisi baik dikongsi   bijak.

Jangan tertawan alpa duniawi,


              Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatria dirai,
          Hulurkan madah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang


Diraikan, Tuan Haji Harith Ideris, Pengetua SMK Kota Klias untuk
menyampaikan amanat beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan yang


diraikan menyampaikan ucapan sebentar tadi.

POTONG KEK *diminta Tuan Haji untuk terus berada di atas pentas bagi upacara
memotong kek*
Sempena meraikan………

Untuk itu dijemput Yang Dipertua PIBG, barisan penolong kanan,


ketua-ketua bidang dan semua guru untuk naik ke atas pentas untuk
bersama-sama dengan pengetua bagi menyempurnakan upacara
memotong kek.

*jemput Kembali ke tempat duduk bagi meneruskan acara*

PERSEMBAHAN TARIAN Hadirin dan hadirat sekalian

Sebagai penyeri majlis kita pada hari ini, marilah kita saksikan
persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh murid-murid
kelas 1 Alkhawarizmi.

*Persembahan Tarian*

Begitulah tadi berakhirnya persembahan yang begitu memukau dan


menarik hati. Untuk pengetahuan semua, persembahan tarian itu tadi
adalah dibawah tunjuk ajar dan seliaan En Japli Timbang,

SAJAK Hadirin sekalian

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya, marilah kita hayati bait bait indah yang akan disampaikan
oleh pelajar-pelajar kelas 5 Al Khawarizmi yang akan mendeklamasikan
sajak…………………….

*Persembahan Sajak*

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas Deklamasi Sajak yang


cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.

NYANYIAN Hadirin sekalian


Kita teruskan majlis kita pada hari ini dengan menjemput adik
Nurshamersha bagi mempersembahkan nyanyiannya. Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi


TAYANGAN Para Hadirin yang kami muliakan,
MULTIMEDIA
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia


sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Harith Ideris

*Tayangan Multimedia*

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia


sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Harith Iders . Terima kasih
kepada
___________________________________________________________________yang
menjayakan persembahan tersebut.

PENYAMPAIAN HADIAH Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


DAN CENDERAMATA cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita
raikan pada hari ini iaitu pengetua yang kita kasihi, Tuan Haji Harith
Ideris

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan En Nordin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Kota Klias bagi mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Harith Ideris untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-


wakil kelas.

*kelas tingkatan 1-6


Urutan Al Razi –> Al farabi –> Al Khawarizmi

TEAM PEKERJA PEMBERSIHAN (LELAKI)


*nama To be
TEAM PEKERJA PEMBERSIHAN (PEREMPUAN) revised
*nama
TEAM MAKMAL SEKOLAH
*Puan Mazni, En Shahirul, Puan Rozyana, Cik
Cg. Saiful
PIBG – YDP PIBG (En Bastin Muslim)
BIDANG TEKVOK *Puan Nizah Ismat
BIDANG SAINS DAN MATEMATIK *En Matias Rukag
BIDANG KEMANUSIAAN *Puan Fauziyah Shamsuddin
BIDANG BAHASA *Puan Kamsiah Hamdo

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan


khusus untuk Yang Diraikan Tuan Haji Harith Ideris

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Harith atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Dihormati En Nordin Ahmad
yang telah mengiringi Tuan Haji sebentar tadi

Juga diucapkan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata


sebentar tadi

PERASMIAN ANJUNG Hadirin yang dikasihi,


HAJI HARITH  
Kita beralih ke acara seterusnya pada hari ini. Untuk
menyempurnakannya, pihak majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Dipertua PIBG, Barisan Penolong Kanan dan ketua-ketua bidang,
untuk mengiringi Tuan Haji Harith Ideris ke anjung depan pejabat
Pentadbiran sekolah bagi menyempurnakan acara perasmian Anjung
Haji Harith. Majlis mempersilakan.
 
–       Begitulah tadi penyempurnaan acara perasmian Anjung Haji
Harith. Ruang rehat yang Berasal dari cetusan idea yang akhirnya
mejadi reality berkat usaha Tuan Pengetua dengan dibantu pihak
pentadbir dan guru-guru. Inilah Tanda penghargaan yang tertinggi
buat tuan haji dan kenang-kenangan kami atas sumbangan pengetua
yang terlalu banyak kepada sekolah. Semoga nama tuan Haji Harith
akan sentiasa terukir dibibir warga sekolah SMK Kota Klias.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih.

*dipersilakan YDP PIBG dan barisan pentadbiran untuk mengiringi tuan


hari harith Kembali kedalam dewan

PENUTUP Inilah yang dikatakan,


umpama belayar telah sampai di Pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
 

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.


  
Menggamit rindu datang ke mari,
              Waktu bersama duka gembira,
Kenangan lalu memahat memori,
              Taburan budi kilauan kejora.

Tuai padi antara Nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan
 
Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat
yang diraikan Tuan Haji Harith Ideris.

Assalamualaikum pembuka bicara


Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa

Cikgu Harith panggilan mesra


Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia


Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua

Kini sudah tibanya masa


Berundur Tuan Haji Harith kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selamanya


Jasamu cikgu tak mungkin dilupa
Persaraanmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka kami


Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun Tuan Haji Harith tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga Tuan Haji sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk


menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang tersirat
telah pun tersurat. Kami mendoakan Tuan Haji Harith Ideris akan
sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga
tercinta.
 
Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat menjadi
memori sepanjang zaman.
 
Hadirin, sekian berakhirlah Majlis “Sanjungan Budi Lambaian Kasih”
sempena persaraan Yang Berusaha Tuan Haji harith Ideris pada hari ini.
kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pihak majlis
juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

 
Assalammualaikum w.b.t.

Sebelum bersurai, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu sekolah.


Inilah kali terakhir kita menyanyikan lagu ini bersama-sama dengan
pengetua. Oleh itu dijemput semua hadirin utk berdiri bagi kita sama-
sama menyanyikan lagu Sekolah SMK Kota Klias.

Anda mungkin juga menyukai