Anda di halaman 1dari 15

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN, PERPINDAHAN DAN MAJLIS

AKHIR TAHUN KELAB STAFF SK RANTAU PETRONAS 2021

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis akan bermula sebentar lagi. Para hadirin diminta untuk


mengambil tempat.

CUE Bagi melancarkan perjalanan majlis, para hadirin diminta untuk


mematikan telefon bimbit atau menetapkannya didalam mod
senyap. Sentiasa memakai pelitup muka, menjaga menjarakkan
fizikal dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Kerjasama daripada para hadirin amat dihargai. Terima kasih.

 
Mengumumkan ketibaan Insan-insan Yang Diraikan,

  Cikgu Fadilah binti Abdul Aziz,

KETIBAAN YANG
DIRAIKAN Ustazah Noor Mariah binti Junoh,

Cikgu AdhamShari bin Aman,

*(kompang) Dengan diiringi Ahli keluarga tercinta serta barisan ahli


Jawatankuasa Kelab Staf 2021 Masuk kedalam dewan

Semua hadirin diminta berdiri.

KETIBAAN TUAN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha


GURU BESAR/ DIF-
DIF KEHORMAT Encik Mohd Rozi Bin Hamid,
Tuan Guru Besar Sk Rantau Petronas diiringi dif-dif kehormat
masuk kedalam dewan.
*************************
(muzik-----)
Semua Hadirin Dijemput duduk.

   
SALUTASI Bismillahirahmanirahim

  Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
 

1. Yang berusaha, Encik Mohd Rozi bin Hamid,


Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas,
Sekolah Kluster Kecemerlangan. 

2. Yang diraikan, Cikgu Fadilah binti Abd Aziz

3. Yang diraikan, Ustazah Noor Mariah binti Junoh

4. Yang Turut diraikan, Cikgu Mohd AdhamShari bin Aman


Mantan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Rantau Petronas

5. Yang dihormati Cikgu Wan Mohd Shariff B. Wan Harun


Pengerusi Kelab staf SK Rantau Petronas 2021

6. Yang dihormati Puan Roslia binti Rawi


Guru penolong kanan Pentadbiran,
7. Yang dihormati Encik Mohammad Hilmi bin Ismail
Guru Penolong kanan HEM

8. Yang dihormati Encik Akmarizam bin Mat Husin


Guru Penolong kanan Kokurikulum,

9. Yang dihormati, Encik Azizul Rahim bin Aedrus


YDP PIBG

10. Dif-dif jemputan


11. Para Guru
12. Seterusnya hadirin hadirat sekalian.

KATA-KATA ALUAN
PENGACARA Pakat bersama menunggang kuda,
              Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
          Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,


         Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan,Puan umpama bunga yang kembang,
         Sentiasa hidup di dalam hati.
 

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan


pasti mengundang perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada hari
ini adalah untuk meraikan 2 orang guru yang sangat disayangi
iaitu Cikgu Fadilah dan juga ustazah Noor Mariah yang bakal
meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak
terkira di sekolah ini.

 Turut diraikan, Mantan guru penolong kanan kokurikulum, Cikgu


Adhamshari yang telah bertukar ke sekolah kebangsaan padang
kubu pada bulan julai yang lalu.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah juga


besarnya jasa mereka sehingga tidak mampu untuk kita
membalasnya. Sekalung penghargaan diucapkan buat guru-guru
yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri.

Tidaklah seberapa majlis ini untuk meraikan tuan puan yang


hebat dan megah kewibawaannya.

Hadirin sekalian, Hari ini juga kita semua, akan meraikan segala
kerja buat kita, jerit perih kita sepanjang tahun ini. Walaupun
banyak dugaan, halangan kita lalui disebabkan oleh pandemic
COVID19. Alhamdulillah kita berjaya harunginya bersama.

Seterusnya,  

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, Majlis menjemput Ustaz
Ruzmi bin Ramli untuk memimpin bacaan doa.

BACAAN DOA
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,
 

-Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
  Para tetamu yang dihormati,

Duduk sekawan si burung unta,


         Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
         Kata azimat pembuka kalam.

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


UCAPAN ALUAN mempersilakan, Yang dihormati, Cikgu Wan Mohd Shariff,
PENGERUSI KELAB Pengerusi kelab staf sekolah kebangsaan Rantau Petronas bagi
STAF sesi 2021 untuk tampil menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis
mempersilakan.
 
–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian
menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG Para tetamu yang dikasihi,

Pergi ke kota beli selasih,


        Sayang si dara dibuat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
      Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan, Yang


dihormati, Encik Azizul Rahim bin Aedrus, YDP PIBG SK Rantau
Petronas untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG


Encik Azizul Rahim bin Aedrus atas ucapan itu tadi.
Hadirin yang dikasihi,
 

Besar langit di tepi busut,


       Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
      Besar niat di dalam hati
 

UCAPAN TUAN Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha,
GURU BESAR Encik Mohd Rozi bin Hamid, Guru Besar SK Rantau Petronas
ENCIK MOHD ROZI untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
BIN HAMID mempersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian


menyampaikan ucapan sebentar tadi. Semoga Mutiara kata dan
nasihat yang disampaikan sebentar tadi dapat dijadikan panduan
dan pedoman buat kita guru-guru Serantau.

UCAPAN GURU
BERPINDAH Terasa Indah tatkala dapat bersua,
Terkenang jatuh bangun Bersama,
CIKGU
Gelak tawa memecah suasana,
ADHAMSHARI BIN Rindu ingin mendengar madah berharga,
AMAN
Hadirin yang dihormati,

Dengan ini Dijemput dengan segala hormat, Cikgu Adhamshari


bin Aman mantan guru penolong kanan kokurikulum SK Rantau
Petronas untuk menyampai sepatah dua kata,

Dipersilakan
-Terima kasih diucapkan kepada cikgu Adhamshari atas
kesudian menyampaikan ucapan itu tadi sebagai pengubat rindu
kami semua.

  Para tetamu yang dihormati,


TAYANGAN
MULTIMEDIA KAK Sudah teradat si anak lelaki,
LAH DAN BACA Mati berjuang berundur jangan,
BIODATA Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
   

  Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan


Multimedia bersempena dengan persaraan yang diraikan, cikgu
  Fadilah binti Abd Aziz dan Ustazah Mariah binti Junoh .

   

  Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai, Cikgu Fadilah


binti Abdul Aziz dan Ustazah Mariah binti Junoh untuk naik
  bersemayam di singgahsana.

  Dipersilakan.

  **Persembahan multimedia kak lah, sambil baca biodata kak lah

  -RUJUK SKRIP BIODATA KAK LAH-

  Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan


Yang Diraikan, Cikgu Fadilah untuk menyampaikan ucapan
 
beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
 

 UCAPAN YANG
DIRAIKAN-KAK LAH –       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian
cikgu Fadilah menyampaikan ucapan sebentar tadi. Semoga
  setiap pesanan yg diberikan dapat menjadi sumber inspirasi buat
semua keluarga serantau.
 

TAYANGAN Para tetamu yang dihormati,


MULTIMEDIA DAN  
BIODATA KAK
MARIAH Kini tiba pula giliran kita semua menonton tanyangan multimedia
khas disediakan untuk Ustazah Mariah Binti Junoh.

Mari saksikan bersama.

**TAYANGAN MULTIMEDIA DAN BACA BIODATA KAK MARRY

 -RUJUK SKRIP BIODATA KAK MARRY-

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan


Yang Diraikan, Ustazah Noor Mariah untuk menyampaikan
ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada


Ustazah Mariah atas ucapan yang cukup bermakna itu
tadi.
 Hadirin sekalian,
ACARA POTONG
KEK Seterusnya adalah acara memotong kek oleh guru-guru yang
diraikan sebagai simbolik majlis kita pada hari ini. Untuk itu,
majlis dengan segala hormtanya menjemput tuan guru besar
dengan diringi guru-guru penolong kanan untuk naik ke pentas
bagi menyempurnakan acara ini.

Dipersilakan.

 Terima kasih kepada cikgu fadilah, ustazah mariah serta tuan


guru besar atas kesudian menyempurnakan acara memotong
kek itu sebentar tadi.
SESI BERGAMBAR
KAK LAH/KAK YAH Diminta tuan guru besar dan barisan pentadbir untuk kekal diatas
DENGAN pentas bagi sesi bergambar Bersama yang diraikan.
PENTADBIR
Terima kasih kepada tuan guru besar, barisan pentadbir, cikgu
Fadilah dan Ustazah Mariah.

Seterusnya,

Dipersilakan ustaz ruzmi bin Ramli untuk memimpin bacaan doa


BACAAN DOA makan.
MAKAN.
Terima kasih diucapkan. Semua hadirin dijemput untuk menjamu
selera.
Hadirin sekalian,

TAYANGAN
Sedang kita menjamu selera, marilah sama-sama kita
MONTAJ UCAPAN
menyaksikan Tayangan montaj istimewa guru-guru serantau
GURU-GURU DAN
untuk Cikgu Fadilah dan ustazah mariah diikuti dengan tayangan
TAYANGAN
montaj aktiviti kelab staf sepanjang tahun 2021.
MONTAJ AKHIR
TAHUN
Mari kita saksikan.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan-insan
yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput cikgu


Adhamshari bin Aman naik ke pentas untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

PENYAMPAIAN Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada


HADIAH. (Cikgu pihak pentadbiran.
AdhamShari)
(rujuk senarai hadiah)

dijemput tuan guru besar

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan


khusus untuk Yang Diraikan Cikgu Adham Shari bin Aman.

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sebagai tanda


HADIAH. (Cikgu kenang-kenangan untuk Ustazah Maroah binti Junoh
Fadilah)
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustazah
Mariah naik ke pentas untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah sebagai


HADIAH. (Ustazah tanda kenang-kenangan untuk Cikgu Fadilah binti Abd Aziz.
Noor Mariah binti
Junoh)

majlis dengan segala hormatnya menjemput Cikgu Fadilah naik


ke pentas untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang
diraikan, atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.Majlis
turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
penyampaian cenderamata sebentar tadi

Mohon cikgu fadilah untuik kekal diatas pentas (usher bawa kak
lah duduk atas pelamin)

Hadirin sekalian, kita ada satu acara istimewa unbtuk cikgu


Fadilah yang tersayang. Sebagai tanda kasih untuk bonda
tercinta, seorang puteri yang jauh diperantauan ingin meraikan
Bersama majlis persaraan bondanya. Yang tercinta. Sebagai
tanda bonda dipulangkan Kembali ke pangkuan keluarga tercinta.

Dengan ini, Majlis menjemput dan mempersilakan ____________


wakil kepada ______________ yang kini berada di
___________ menyarungkan cincin untuk ibu tersayang.

Terima kasih diucapkan kepada cikgu fadilah atas kesudian


menerima cenderamata itu tadi.

Hadirin yang dihormati,


 

Menggamit rindu datang ke mari,


        Waktu bersama duka gembira,
Kenangan lalu memahat memori,
        Taburan budi kilauan kejora.
 

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk


menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang
tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Cikgu
Fadilah binti Abd Aziz, Ustazah mariah binti junoh akan sentiasa
sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat menjadi


memori sepanjang zaman.

Hadirin sekalian,

Sambil kita menjamu selera mari kita sama-sama saksikan


persembahan mantap dari adik farisya Bersama ibu tercinta puan
huzniza.
PERSEMBAHAN
LAGU Mereka akan menyampaikan sebuah lagu yang berjudul
________________.

Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang diraikan cikgu
fadilah, ustazah mariah dan cikgu adhamshari atas kesudiaan
untuk Bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar yang diraikan bertambah ceria dan
Bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa Bersama-sama
memeriahkan Majlis________________________________

PENUTUP
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan majlis
ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua Kembali

Sekian sahaja, salam hormat , assalamualaikum

Keluarga .
Sesi fotografi
Barisan guru.
SKRIP MC
MAJLIS
PERSARAAN,
PERPINDAHAN
DAN AKHIR TAHUN
2021

Anda mungkin juga menyukai