Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

STEP KEYWORD TEKS / AYAT


1 BASMALLAH Pohon selasih tumbuh sebatang,
Sayang merbah di dahan cemara,
Terima kasih dan selamat datang,
Lafaz basmallah pembuka bicara,

Bismillahirrahmanirrahim………

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


2 SALUTASI Yang Dirai, Pn. Sarinah bt. Mohd Kassim, Yang Berusaha,
Pn. Suzieany bt. Mohammed Harris, Pengetua SMK Seri
Hartamas,
Yang dihormati, Pn. Nor Salmi bt. Abd. Rahman, GPK
Tadbir dan Kurikulum,
Seterusnya Pn. Tan Pick Sia GPK HEM,
Seterusnya, Pn. Rohana bt. Md Noh, GPK KOKO,
Barisan guru kanan, guru-guru, staf dan seluruh hadirin dan
hadirat yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG, WELCOME, AHLAN


WASAHLAN KE MAJLIS SANJUNGAN BUDI
SEMARAK KASIH 2021 BAGI PERSARAAN PN.
SARINAH BT. MOHD KASSIM

Pada hari yang berbahagia ini, syukur kita panjatkan kerana


dengan izin dan inayah-Nya dapat kita bersama-sama dalam
majlis ini bagi meraikan guru yang amat berjasa, menabur
bakti menyemai budi sepanjang berkhidmat di SMK Seri
Hartamas yang tercinta iaitu Pn. Sarinah bt. Mohd Kassim.

3 BACAAN DOA Hadirin dan hadirat sekalian,


Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Ustaz


Ismail bin Masron untuk memimpin bacaan doa.

Amin amin ya rabbal ‘alamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Us. Ismail
bin Masron atas bacaan doa itu tadi.
4 UCAPAN KETUA Bukan keris tanpa ulunya,
PELAJAR Bukan majlis tanpa ucapannya,

Sebagai pembuka majlis . Majlis dengan hormatnya


mempersembahkan sebuah video ucapan daripada Ketua
Pelajar SMK Seri Hartamas, Amelia Ashikin binti
Marzunisham. Dipersilakan.

Terima kasih atas video yang telah disampaikan tadi.


5 UCAPAN Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
PENGERUSI
KELAB GURU Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
SMK SERI Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
HARTAMAS Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang di rahmati sekalian

Majlis menjemput En. Farid Albar bin Nawi, Pengerusi


kelab guru SMK Seri Hartamas untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Farid bin Nawi atas


ucapan sebentar tadi.
6 UCAPAN Katamu puan penuh azimat,
PENGETUA Jadi teladan sepanjang zaman,
Cekal hati membina semangat,
Jadi ikutan penjunjung wawasan.

Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan pengetua,


dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan Pn.
Suzieany bt. Mohammed Harris untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih


kepada tuan pengetua di atas ucapan beliau sebentar tadi.
Semoga kita semua dapat menjadi pendidik yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
7 UCAPAN GURU Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
YANG DIRAIKAN
Buah mengudu buah bidara,
Mari disimpan di dalam dulang,
Hari ini puan genap bersara,
Jasa baik puan tetap dikenang
Sebelum majlis menjemput orang yang diraikan, elok
kiranya saya bacakan dahulu latar belakang orang yang
diraikan pada hari yang berbahagia ini.

Nama diberi Sarinah bt.Mohd Kassim, beliau dilahirkan


pada 15 September 1965 di Tanjung Karang, Selangor dan
merupakan anak sulung dalam adik beradiknya.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di SK Seri Tiram


pada tahun 1972-1977 seterusnya melanjutkan pelajaran
dari Tingkatan 1-5 di SMK Dato, Harun Tanjong Karang
pada tahun 1978-1982 dan pada tahun 1983-1984 di
Tingkatan 6. Selain itu, beliau meneruskan lagi pelajaran ke
menara gading pada tahun 1985-1988 di UKM.

Beliau juga telah berkhidmat di SMK Seri Desa pada tahun


1993-1994. Kemudian berkhidmat di SMK (P) Pudu pada
tahun 1994-2004 dan di SMK Seri Hartamas pada tahun
2004-2021.

Menjunjung adat, “yang datang disambut, yang pergi


diiring”. Majlis ini diteruskan lagi dengan penuh rasa
hormat dan kasih menjemput yang diraikan iaitu Pn.
Sarinah bt. Mohd Kassim untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala takzimnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Sarinah bt. Mohd


Kassim atas ucapan sebentar tadi. Semoga segala amanat
yang disampaikan sentiasa tersemat di jiwa, berlegar di
minda
8 PERSEMBAHAN Para hadirin yang kami muliakn,
MONTAJ / VIDEO
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


montaj sempena persaraan Yang Diraikan Pn. Sarinah binti
Kassim.

***Persembahan montaj

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan montaj


sempena persaraan Yang Diraikan Pn. Sarinah bt. Mohd
Kassim. Terima kasih kepada team dan individu yang
menjayakan persembahan montaj tersebut. Mudah-mudahan
ia dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
9 PENUTUP Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil di hati,
Maaf andai ada salah silap tanpa disedari agar saat
perpisahan ini indah berbunga mesra dalam jambangan
ingatan.

Pada yang akan pergi meninggalkan kita di SMK Seri


Hartamas, jelinglah kami jika rindu masih bertamu, sapalah
kami andai mesra akrab berpadu, semoga Allah sentiasa
memberkati

Majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua


yang sudi hadir meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan majlis pada hari ini.

Sekian sahaja daripada saya, salam hormat, wabillahi taufiq


wal hidayah, wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai