Anda di halaman 1dari 10

TEKS UCAPAN JURU ACARA

MAJLIS PERSARAAN PUAN SALEHA


TARIKH: 30 JANUARI 2020
TEMPAT: SK SIMPANG

BIL Cue ANN CATATAN


1 Susun atur murid dan guru. Pengumuman:
Diminta semua hadirin dapat bertenang dan mengambil
tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar
sahaja lagi.
2
Hadirin dan hadirat sekalin,
Mengumumkan keberangkatan masuk
Yang diraikan Puan Saleha Binti Yaacob
Ke Dewan SK SImpang.

Hadirin mohon berdiri.


~Pn Saleha diarak masuk~
Hadirin dipersilakan duduk.

3 Persembahan
Pantun & Band Outburst Fire Bila tetamu dah mengambil tempat, terus persembahan
pantun dan band. Band adalah Di bawah
bimbingan
EN Fairus .

1
4 Salutasi dan kata alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t…

Yang Berusaha En. Fezarudin Bin Mahamudin


Guru Besar SK Simpang

Yang Dikasihi dan Diraikan Puan Saleha Binti Yaacob

Yang dihormati Tuan Haji Rahim Bin Ismail,


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk Simpang

Yang Berusaha En Rozman bin Mohamad


Penolong Kanan Pentadbiran Sk Simpang

Pn Hairul Hazlina Bt Abd Ghani


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Simpang

En Muhammad Suhaimi Bin Idris


Penolong Kanan Kokurikulum Sk Simpang

Yang dihormati barisan guru besar dan penolong-penolong


kanan, Dif- dif jemputan,
Rakan-rakan guru dan kakitangan Sk Simpang,
Ahli jawatankuasa PIBG,
Tuan-tuan, puan-puan
Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

2
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, kami mewakili
jawatankuasa pelaksana mengucapkan selamat datang ke
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan
Yang Diraikan Puan saleha Binti Yaakob.

5 Bacaan doa Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil belari,
Kehadirin semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri.

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh
En. Ahmadulhadie Bin Mat Desa
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
~Bacaan Doa~

Amin Amin Ya Rabbil Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
En. Ahmadulhadie Bin Mat Desa atas bacaan doa sebentar
tadi.

3
6 Ucapan PK 1 Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari En.
Rozman Bin Mohamad , Penolong Kanan Pentadbiran SK
Simpang.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

~Ucapan GB~

Terima kasih diucapkan kepada En. Fezarudin Bin


Mahamudin atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.

Ucapan YDP Seterusnya, majlis mempersilakan


Yang dihormati Tuan Haji Rahim Bin Ismail, Yang Dipertuan
PIBG Sk Simpang untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya mempersilakan.

~Ucapan YDP ~

Terima kasih diucapkan kepada


Yang dihormati Tuan Haji Rahim Bin Ismail,
atas ucapan sebentar tadi.

4
Persembahan Multimedia Para Hadirin yang kami muliakan,

(Anggaran 12 minit + 5 minit) Seterusnya kita akan sama-sama menyaksikan montaj


sempena persaraan Yang Diraikan Pn Saleha Bt Yaacob.
Sertakan dengan bacaan
biodata semasa ~Persembahan Multimedia~
persembahan multimedia.
Itulah tadi montaj kenangan sempena persaraan yang
* Jemput Pn saleha ke atas diraikan Pn Saleha Bt Yaacob.
pentas
Terima kasih kepada En Adnan _____________
yang telah menjayakan persembahan montaj tadi. Mudah-
mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita
semua.
Ucapan Pn Saleha Terbang tinggi burung kenari
Hinggap sebentar di pohon melati
Takkan bisa dicari ganti
Perginya puan pasti dirindui

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Diraikan Puan Saleha


Binti Yaacob untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
~Ucapan Pn Saleha~

Seterusnya dipersilakan Yang diraikan Puan Saleha


memotong kek ulang tahun kelahiran.

5
Persembahan murid Terbang bebas si rama-rama
Teratai mekar di tengah lembah
Majlis persaraan diiringi irama
Pelbagai persembahan akan dipersembah

_____________________ Persembahan 1 ______________________

Hadirin yang dihormati,


Majlis akan diserikan dengan tarian dari murid-murid tahun 1
Sk Simpang. Persembahan ini adalah di bawah bimbingan
Pn. Sharina dan Puan Nurul Hasni .
Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan.

~Persembahan tarian~

Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian sebentar


tadi.

_____________________Persembahan 2 ______________________

Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan persembahan Syair


Irama Hiasan yang akan disampaikan oleh Adik Sifwatun
Nuha dari kelas 3 Zamrud. Persembahan ini adalah di bawah
bimbingan Ustazah Nurul Atiqah.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

6
~ Persembahan Syair~
Terima kasih diucapkan kepada adik Sifwatun Nuha atas
persembahan beliau sebentar tadi.

_____________________Persembahan 3______________________
Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan dikir barat tahun
6 untuk mempersembahkan dikir _______________.
Persembahan ini adalah di bawah bimbingan Puan Nor
Hafiza & Puan Zaidatul Akmar. Dipersilakan.

~Persembahan dikir barat~

Terima kasih diucapkan atas persembahan dikir barat yang


cukup menghiburkan tadi.

Penyampaian cenderamata Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Diraikan Puan Saleha untuk menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dipersilakan.

7
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata
daripada wakil-wakil kelas.

Rujuk senarai hadiah……

~Penyampaian hadiah~

Begitulah tadi penyampaian hadiah kenang – kenangan


untuk yang diraikan Puan Saleha.
Majlis merakamkan sejuta penghargaandan terima kasih
kepada semua penyampai hadiah kenang-kenangan atas
tanda ingatan yang telah diberikan.

Penyampaian watikah Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah


persaraan persaraan kepada yang diraikan Puan Saleha Binti Yaacob.
Untuk itu majlis dengan hormatnya mempersilakan
___________________________________________
Untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.

~Penyampaian watikah persaraan~

Terima kasih diucapkan kepada


_______________________________ atas kesudian
menyampaikan watikah persaraan kepada Yang Puan
Saleha.

8
Persembahan guru-guru Baiklah hadirin,
wanita
Sebagai kemuncak majlis hari ini, kami mempersilakan
(Lagu joget kasih tak sudah & semua guru-guru wanita Sk Simpang ke hadapan pentas
Lemak manis) untuk persembahan terakhir buat Yang diraikan Puan
Saleha. Dipersilakan.

~Persembahan guru~
Begitulah tadi persembahan terakhir dari kami guru-guru Sk
Simpang buat Puan Saleha yang kami kasihi.

Penutup Terlalu banyak perkara yang susah untuk dilafazkan. Apatah


lagi perasaan untuk dizahirkan.Yang pasti persaraan Puan
Saleha hari ini pasti akan kami rindui dan menjadi kenangan.

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

9
Kami mewakili warga Sk Simpang mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Saleha atas
sokongan dan dorongan yang diberikan. Kami semua
mendoakan agar Puan Saleha bertambah ceria dalam
kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”
ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Sekian , Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Hadirin-hadirat sekalian,
Mengumumkan keberangkatan pulang yang diraikan Puan
Saleha, diiringi oleh dif-dif jemputan.

Hadirin diminta berdiri untuk memberikan lambaian kasih


yang terakhir buat Yang diraikan Pn Saleha.

10

Anda mungkin juga menyukai