Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN CIK YONG HAMIZAH

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, En. Fardullah Bin OM, KPP Kewangan


Yang dihormati, Puan Siti Maliana, Ketua Unit Akaun dan Hasil
Yang dikasihi, Pn Kamisah Binti Idris, Ketua Unit Gaji
Yang diraikan, Cik Yong Hamizah
serta rakan2 yang dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke : Majlis Perpisahan sempena Pertukaran Cik Yong Hamizah ke Melaka
Bandaraya Bersejarah.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang berbahagia ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh CC Sulaiman Bin Baharum.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Terima kasih diucapkan kepada CC Sulaiman atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En Fardullah Bin Om selaku KPP kewangan untuk
menyampaikan sepatah dua kata, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Fardullah atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Kamisah selaku Ketua Unit Gaji untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Kamisah atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Cik Yong
Hamizah. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cik Yong atas ucapan itu
tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Tuan KPP En
Fard untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Cik Yong .
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Cik
Yong
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang
diraikan Cik Yong kerana sudi bersama kita pada hari ini dan kami semua mendoakan agar Cik Yong
lebih ceria di tempat baru. Dikesempatan ini juga kami mengucapkan tahniah dan selamat
pengantin baru kerana akan mendirikan rumahtangga akhir November ini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan rakan2 yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Dari mana asalnya usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan disimpan didalam hati

Ubi Manis Ubi Keladi


Kalau ada ditambah lagi
Sekiranya umur panjang direstui
Kita pasti berjumpa lagi

Kembang Harum sibunga seroja


Buat Hiasan Penyambut Tetamu
Terhidang sudah jamuan dimeja
Dipersila semua hadirin menjamu

Untuk dipersilakan hadirin dan hadirat sekalian untuk menjamu selera

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai