Anda di halaman 1dari 9

1

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH


KECEMERLANGAN 2018
FAIZAH
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Hari Anugerah Kecemerlangan SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1 bagi tahun 2018.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Sebelum majlis dimulakan, berikut adalah beberapa pengumuman penting.


Pengumuman Pertama:
Untuk makluman hadirin sekalian, Buku Program Hari Anugerah kecemerlangan
Akademik 2018 boleh juga diakses menggunakan aplikasi QR Code dengan diimbas
menggunakan telefon bimbit. Poster QR Code tersebut telah ditampal di sekitar
kawasan dewan untuk rujukan.

Pengumuman Kedua:
Bagi memastikan majlis berjalan lancar tanpa gangguan, tuan-tuan dan puan-puan
diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod
senyap.Kerjasama hadirin sekalian amat dihargai.

(Ketibaan Perasmi)

HAFLAH
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Dihormati, Encik Othman Bin Kos
Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Sri Damansara 1
dengan diiringi oleh Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif
jemputan. Para hadirin diminta berdiri.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para
hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.


(Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis)
2

FAIZAH
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Dihormati, Encik Othman Bin Kos


Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Sri Damansara 1

Yang Berusaha ,Tuan Haji Abdul Wahid Bin Baharon


Pengetua SMK Bandar Sri Damansara 1

Yang Berusaha , Pn Manjeet Kaur,


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha , Pn Samsina Bt Saidi


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Mohd Nasir Bin Ayob


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Pn . Haslinda Bt Dawan


Pen. Kanan Petang,

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian.
3

HAFLAH
Selamat datang ke :

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Bandar Sri Damansara 1 tahun 2018.
Saya Puan Haflah Binti Yusoff

FAIZAH

Dan saya Puan Faizah Binti Sarbini

HAFLAH
Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru
itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Mohd Saiful Bin Abdul
Samat untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan doa)
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Saiful Bin Abdul Samat di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

FAIZAH

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah
dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian terutamanya kepada Yang Dihormati, Encik Othman Bin Kos, Yang Dipertua
PIBG SMK Bandar Sri Damansara 1 kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri
ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi
meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah.
Semoga usaha kita semua diberkatiNya. Insya Allah.
4

HAFLAH
Dari Kota Setia ke negeri Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan KUMPULAN Ar-Rayyan SMK BSD 1 untuk
membuat persembahan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada KUMPULAN Ar-Rayyan SMK BSD 1 yang telah membuat
persembahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Ustaz Mohd
Saiful Bin Ramli dan Ustaz Mohd Saiful Bin Abdul Samad

FAIZAH

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Wahid
Bin Baharon, Pengetua SMK Bandar Sri Damansara 1 untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dipersilakan.

************(Ucapan Pengetua.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul
Wahid Bin Baharon, Pengetua SMK Bandar Sri Damansara 1 atas ucapan itu tadi.

HAFLAH

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan hormat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Dihormati, Encik Othman Bin Kos, Yang
Dipertua PIBG SMK Bandar Sri Damansara 1
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah
Kecemerlangan SMK Bandar Sri Damansara 1 bagi tahun 2018. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
***********(Ucapan Perasmi)
5

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Yang Dihormati, Encik Othman Bin Kos, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Sri
Damansara, atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

FAIZAH
Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan
kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara bak kata pepatah ‘Bulat air
kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.

HAFLAH
Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan.
Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.
Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar
ilmu dan cita-cita.

FAIZAH
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Panitia Cemerlang Pentaksiran
Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia .
Untuk itu majlis menjemput Pn Manjeet Kaur, Penolong Kanan Pentadbiran dengan
diiringi oleh Puan Samsina Bt Saydi, Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan
anugerah kepada Panitia-Panitia tersebut.

Dimulakan dengan Anugerah Panitia Cemerlang PT3 2018


Dipersilakan wakil guru-guru Panitia untuk menerima sijil penghargaan

1)Bagi kategori Panitia Cemerlang dengan Kenaikan 100%


Dipersilakan Panitia Bahasa Arab etc
Rujuk buku program
2) Bagi kategori Panitia Cemerlang dengan Kenaikan 4%
Rujuk Buku Program
3) Bagi kategori Panitia Cemerlang dengan peningkatan GPMP

Seterusnya, Anugerah Panitia Cemerlang SPM 2018


Rujuk Buku Program
………………. (Penyampaian sijil)
Terima kasih Puan Manjeet dan Puan Samsina kerana telah menyempurnakan
penyampaian sijil tersebut.
6

HAFLAH
Majlis seterusnya adalah penyampaian Anugerah Murid Cemerlang Tingkatan 1
2018 . Untuk itu dijemput Yang dihormati Puan Haslinda Bt Dawan, Penolong Kanan
Petang diiringi oleh Puan Zaleha Bt Kawaeed untuk menyampaikan anugerah
tersebut.
Dipersilakan.
Bagi Kelas 1KAA
Tempat Pertama :
Tempat Dua:
Tempat Ketiga:

( Sebut nama murid )


(Penyampaian hadiah )

FAIZAH
Seterusnya penyampaian Anugerah Murid Cemerlang Tingkatan 2 2018.

Bagi Kelas 2KAA


Tempat Pertama :
Tempat Dua:
Tempat Ketiga:

Terima kasih Pn Haslinda dan Puan Siti Zaleha kerana telah sudi menyempurnakan
penyampaian hadiah sebentar tadi.

HAFLAH
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Murid Cemerlang Tingkatan 4
2018 . Untuk itu dijemput Yang dihormati Puan Samsina Bt Saydi, Penolong Kanan
HEM diiringi oleh En Mohd Nasir Bin Ayob, Pen Kanan Kokurikulum untuk
menyampaikan anugerah tersebut.
Dipersilakan.

( Sebut nama murid )


(Penyampaian hadiah )

Terima kasih Pn Samsina dan En. Mohd Nasir kerana telah sudi menyempurnakan
penyampaian hadiah sebentar tadi.
7

FAIZAH
Hadirin Hadirat Sekalian,

Majlis penyampaian hadiah dihentikan buat seketika bagi menikmati


satu persembahan menggabungkan tarian tradisional Melayu, Cina dan India.
Dengan segala hormatnya dipersilakan Kumpulan Warisan 1 Malaysia

………………………………….. (Persembahan)

Terima kasih kepada Kumpulan Warisan 1 Malaysia yang telah membuat


persembahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Puan Chan Mok
Kiew dan Puan Herni binti Henry

FAIZAH
Hadirin yang dihormati,
Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Murid Cemerlang PT3
2018

Untuk itu dijemput Yang Dihormati En . Nasir Bin Ayob Pen. Kanan Kokurikulum
dengan diiringi oleh Pn Haslinda Bt Dawan, Pen Kanan Petang, untuk menyampaikan
anugerah tersebut.
Dipersilakan.
Anugerah Murid Cemerlang PT3 2018
Dipersilakan Chan Hui Yin dengan pencapaian 10A

(Penyampaian Hadiah)

Terima kasih En Mohd Nasir dan Pn Haslinda kerana telah menyempurnakan


penyampaian hadiah sebentar tadi.

FAIZAH
Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Bandar Sri Damansara 1 akan diteruskan
dengan penyampaian Anugerah Murid Cemerlang SPM 2018 untuk sidang yang
pertama.

Untuk itu dijemput Yang Dihormati Tuan Hj. Abdul Wahid Bin Baharon, Pengetua
SMK Bandar Sri Damansara 1 dengan diiringi oleh Pn Manjeet Kaur, Pen Kanan
Kurikulum, untuk menyampaikan anugerah tersebut.
Dipersilakan.
1) Bagi kategori Murid Cemerlang SPM 2018, Murid yang mendapat Semua A
Dipersilakan…
2) Murid yang mendapat 9A
8

(Penyampaian Hadiah)

Terima kasih Tuan Hj Abdul Wahid dan Pn Manjeet kerana sudi menyampaikan
hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan penyampaian Anugerah Murid


cemerlang SPM 2018 untuk sidang yang ke dua.

Untuk itu dijemput Yang Dihormati En Osman Bin Kos , YDP PIBG SMK Bandar Sri
Damansara 1 dengan diiringi Tuan Hj Abdul Wahid Bin Baharon, SMK Bandar Sri
Damansara 1 untuk menyampaikan anugerah tersebut.
Dipersilakan.
1)Bagi kategori Murid Cemerlang SPM 2018, Murid yang mendapat 8A
Dipersilakan…
2) Murid yang mendapat 7A
3) Murid yang mendapat 6A

(Penyampaian Hadiah)

Terima kasih Encik Osman Bin Kos dan Tuan Hj Abdul Wahid kerana sudi
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

HAFLAH
Kemuncak Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Bandar Sri Damansara 1
diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Sindur Bestari
Dipersilakan penerima Anugerah untuk naik ke pentas.
( Penerima Naik Ke pentas )
( Montaj ditayangkan )
( Membaca biodata penerima anugerah )

Bagi menyempurnakan majlis , dijemput sekali lagi Encik Othman Bin Kos, Yang
Dipertua PIBG SMK Bandar Sri Damansara dengan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tuan
Haji Abdul Wahid Bin Baharon untuk menyampaikan anugerah kepada penerima.

(penyampaian Anugerah)
9

FAIZAH
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Encik Othman Bin Kos,
Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Sri Damansara 1, majlis dengan ini menjemput
Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Wahid Bin Baharon, Pengetua SMK Bandar Sri
Damansara 1 untuk menyampaikan cenderamata. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis merakamkam ribuan terima kasih kepada Encik Othman Bin Kos, atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Bandar Sri Damansara 1 pada
kali ini.Ucapan tahniah ditujukan buat anak-anak yang telah berjaya.Diharapkan
kecemerlangan ini akan diteruskan lagi pada tahun yang akan datang.

HAFLAH
Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada
terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu
adalah kelemahan kami.

Sekian, terima kasih.....

FAIZAH
# Majlis mempersilakan Dif-dif jemputan ke kantin sekolah untuk jamuan manakala
Ibu bapa dan murid Tingkatan 5 2018 dijemput ke khemah bersebelahan dewan
untuk menikmati jamuan yang disediakan.

# Penerima Anugerah Tingkatan 1,2 dan 4 diminta ke kantin sekolah untuk jamuan .

Anda mungkin juga menyukai