Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, SEMARAK KASIH, MAJLIS PERSARAAN

GURU BESAR SK MERINTAMAN, SIPITANG.


ENCIK YUSOF BIN HJ AMIT.

PERKARA TEKS CATATAN

Kata Aluan Bismillahirahmanirahim ZURIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada,

Yang berusaha dan Yang Diraikan En Yusof Bin Hj Amit, Guru Besar SK
Merintaman Sipitang

Tn Hj Adnan Bin Hj Othman


Pemangku ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang

Cik Nancy Binti Nayan, Penolong kanan Pentadbiran


Puan Sharifah Hj Salat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Fredy Voo Sui Kiong, Penolong Kanan Ko-kurikulum

AJK -AJK tertinggi PIBG SK Merintaman,

Encik Birly Johny, Yg Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Sipitang

Barisan Pengetua dan Guru-guru besar,

Barisan timbalan PPD Daerah Sipitang, (KIV)

para tetamu jemputan khas, Guru-guru, seluruh warga SK Merintaman,


murid-murid, serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Selamat Datang ke Majlis Sanjungan Budi, Semarak Kasih sempena


persaraan Encik Yusof Bin Hj Amit, Guru Besar SK Merintaman,
Sipitang.

Seorang guru besar yang amat kami kasihi dan pada hari ini merupakan
hari terakhir beliau setelah 36 tahun berkhidmat semenjak dari tahun
1985 dalam bidang Pendidikan.

Walau kita jauh di mata, namun di hati tidak pernah dilupa.


Sungguhpun pada Ketika ini kita sedang berada dalam perintah kawalan
pergerakan bersyarat, namun majlis tetap diteruskan secara atas talian
menggunakan teknologi yang ada demi meraikan majlis persaraan Tuan
Guru Besar yang kami hormati.

Bacaan Doa bunga mawar cantik tersemat ED


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Dengan ini majlis mempersilakan ustaz jailani sapiai untuk memimpin


bacaan doa. Dipersilakan.

**Terima kasih ustaz atas bacaan doa itu td.


Ucapan wakil Hadirin hadirat sekalian, ZURIN
Murid.
Tidaklah molek jika ada alu tiada lesungnya
Tidaklah berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tidak lengkaplah jua majlis jika tidak ada yang berbicara

Oleh itu, Majlis kita mulakan dengan menjemput adik Mohd Qusyairie
Al-Mandary Bin Hasmuin,wakil Murid SK Merintaman untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**Terima Kasih adik Qusyairie atas ucapan itu tadi.


Ucapan Warga Majlis diteruskan lagi dengan ucapan2 dari warga sekolah SK ED
SKM / Pegawai yg Merintaman dan juga daripada pegawai2 / guru2 yang pernah
pernah berutgas berkhidmat di sekolah ini pada suatu Ketika dahulu, ditujukan khas buat
d SKM Tn Guru Besar yang kita raikan pada hari ini. Kita mulakan dengan
menjemput…

( rujuk senarai nama )

**Terima Kasih diucapkan kepada semua yg terlibat atas ucapan-


ucapan itu tadi.

Ucapan wakil2 Seterusnya, majlis ingin menjemput AJK2 teritnggi dan wakil dr PIBG ZURIN
PIBG SK Merintaman Sipitang untuk menyampaikan sepatah dua kata,
ucapan istimewa untuk yang kita raikan pd hari ini. Kita mempersilakan
______ ( rujuk senarai nama )

**Terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG atas ucapan2 penuh


bermakna itu td

Ucapan Wakil Hadirin Hadirat sekalian, ED


Pengetua dan
Guru2 Besar Majlis dengan penuh sukacitanya menjemput wakil pengetua dan guru2
Daerah Sipitang besar Daerah Sipitang yang sudi hadir pada hari ini untuk
menyampaikan kata-kata istimewa dan ucapan khas sempena
persaraan En Yusof Bin Hj Amit.

Majlis dengan ini menjemput…..

( rujuk senarai dan kehadiran )

**Terima kasih diucapkan kepada semua pengetua dan guru2 besar


atas ucapan-ucapan itu td
Ucapan Timbalan Majlis diteruskan lagi dengan menjemput barisan Timbalan PPD Daerah ZURIN
PPD. ( KIV ) Sipitang untuk menyampaikan ucapan pd hari ini. Majlis dengan ini
menjemput______ ( rujuk senarai dan kehadiran )

**Terima kasih diucapkan kepada barisan timbalan PPD atas ucapan itu
td
Ucapan dari Hadirin hadirat sekalian, ZURIN
mantan KPPD
kini majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan Encik Abdul Razak Bin Abdul Karim, Mantan ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang untuk menyampaikan sepatah dua
kata khas buat Tuan Guru Besar kita, Encik Yusof Bin Hj Amit.
Dipersilakan.

** Terima kasih Encik Abdul Razak atas ucapan itu tadi.

Ucapan Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Tn Hj Adnan ED


Pemangku PPD Bin Hj Othman, Pemangku ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang
untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

**Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Adnan atas ucapan itu td

Ucapan Guru Hadirin dan Hadirat sekalian, ED


Besar
Kini tibalah masa yang kita nantikan iaitu ucapan drpd yang diraikan
pada hari ini, En Yusof Bin Hj Amit. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

**Terima kasih diucapkan kepada En Yusof atas ucapan itu tadi.


Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Nyanyian Hari Seperti yang kita sedia maklum bahawa hari ini adalah hari ulang tahun ZURIN
Jadi kelahiran Tuan Guru Besar kita.
Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi
yg plg istimewa untuk beliau.

Sekali lagi, selamat hari jadi diucapkan kepada Encik yusof semoga pjg
umur mrh rezeki dan dipermudahkan segala urusan selepas ini. Terima
kasih atas segala jasa baik dan budi yang akan kami kenang selama-
lamanya.

Penutup Majlis  jg mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. ED
Yusof Bin Hj Amit kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Encik Yusof bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian selepas ini

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua warga


sekolah, para tetamu dan para hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, semarak Kasih”
pada hari ini.

Sekian sahaja, salam hormat daripada kami, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
Terima kasih semua.

Anda mungkin juga menyukai