Anda di halaman 1dari 3

Teks pengacara majlis penyampaian bantuan khas

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Noor Amelia Binti


Ma’amin selaku NYDP Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai.

Bahagia meniti indah disanjung,


Mengerat syahdu menyusun irama,
Lagu negaraku sentiasa disanjung,
Mari nyanyikan bersama-sama

Pohon kerjasama daripada semua hadirin untuk bersedia dan


menyanyikan bersama-sama Lagu Negaraku.

( NYANYIAN LAGU NEGARAKU )


Terima kasih diucapkan. Dipersilakan semua hadirin mengambil
tempat masing-masing.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam sehati
sejiwa.

Yg Berusaha Encik Hashim bin Husin Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Bukit Rambai
Yang Dihormati Tuan Haji Tarmizi bin Islamil Selaku YDP PIBG SK
Bukit Rambai,
Yang Dihormati Guru-Guru Penolong Kanan, Barisan Ahli
Jawatankuasa PIBG SK Bukit Rambai ,
Guru-guru, tuan-tuan dan puan- puan, serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya,
dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Penyampaian Bantuan
Khas PIBG bagi murid tahun 6 peringkat sekolah pada hari ini. Saya
bagi pihak majlis terlebih dahulu mengambil kesempatan mengalu-
alukan kehadiran  Yang Di hormati Puan Noor Emila kerana telah
sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan kami dalam
majlis  yang bermakna  ini . Kehadiran puan jelas menunjukkan
keprihatinan dan  komitmen yg tinggi, meskipun sibuk dengan tugas.
Yang Di Hormati puan, Hadirin dan hadirat yang dihormati.
Bantuan Khas Persekolahan PIBG adalah bertujuan untuk
meringankan sedikit beban perbelanjaan persekolahan anak-anak
yang di tanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal
tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid tahun 6 sesi 2020
yang berjaya menempatkan diri ke sekolah-sekolah terpilih.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Muhammad najib liqman bin


mahadi  untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan.
BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Najib Luqman yg


telah sudi memimpin bacaan doa.

Dini hari mengail ikan,


Dapat seekor ikan haruan,
Tuan Pengetua  kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput Yang  Berusaha ________________________, Guru


Besar SK Bukit Rambai, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
( UCAPAN Guru Besar)

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih


kpd Yang  Berusaha
____________________________________________
kerana  telah sudi menyampaikan ucapan. 

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Dijemput  Yang 
Dihormati ..........................................................................................,
NYDP PIBG untuk menyampaikan ucapan .Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN YG NYDP )
--------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------
Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
kepada Yang  Dihrmati
Puan..................................................................................
Gemencheh kerana telah sudi menyampaikan ucapan.

PENYAMPAIAN HADIAH &  BANTUAN RM100

hadirin  dan hadirat .


       
Sekarang kita beralih ke  Majlis Penyampaian bantuan khas
        
PIBG   kepada para murid yang layak.

                SENARAI PENERIMA PELAJAR  (Rujuk lampiran )

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Yang


        
DihoormatiPuan Emelia Binti Ma’amin  atas kesudian menyampaikan
hadiah dan bantuan kepada para penerima.

Bunga dedap diatas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

 Pihak majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Guru Besar dan


tetamu-tetamu jemputan utk  
menikmati jamuan ringan yg disediakan . Dipersilakan.

Sekian majlis pada hari  ini. Wabillah.................

Anda mungkin juga menyukai