Anda di halaman 1dari 3

Teks pengacara Majlis Pelancaran Kempen ADAB

SMK Tanjung Adang Tahun 2023

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam muafakat Johor dan salam


Keluarga MALAYSIA Teguh Bersama dan Salam Malaysia Madani.
Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berusaha En Zulkifli bin Md Pungot,


Pengetua SMK Tanjung Adang, Yang Berusaha En Rosli bin Miskam Penolong Kanan
Pentadbiran,Puan Siti Baizura binti Shariff, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik
Damanhuri bin Mohamed Radzi, Penolong Kanan Kokurikulum, barisan guru kanan
mata pelajaran, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis Pelancaran


Kempen Adab peringkat SMK Tanjung Adang. Marilah sama-sama kita panjatkan
kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita
bersatu di sini.

Para guru dan murid yang dihormati,


Kempen Adab,Adab dulu baru ilmu merealisasikan hala tuju KPPM - ABC ( Anak
yang Baik lagi cerdik dan 7 teras utama KPM iaitu yang kedua, memberi penekanan
kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti. Kita
mulakan sesi persekolahan 2023/2024 dengan kempen adab. Semoga murid-murid
dapat membentuk akhlak dan adab yang baik dalam diri untuk menuju ke arah menjadi
anak yang baik lagi cerdik.

*lagu Johor dan Negaraku*


Bagi meneruskan majlis, Semua hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan
lagu Johor dan lagu Negaraku.
Diminta semua bersiap sedia.
*doa*
Para hadirin yang dikasihi,
        Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan, saudara Saiful Aminuddin untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.

Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan
keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

*ucapan Pn Ainun*
Meneruskan majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Pn Ainun bt Jusoh untuk
menyampaikan ucapan perjalanan program Kempen Adab SMK Tanjung Adang.
Dipersilakan.

Terima kasih Pn Ainun diatas ucapan itu tadi.

*ucapan pengetua*
Dengan itu, majlis seterusnya mempersilakan En Zulkifli bin Md Pungot, pengetua SMK
Tanjung Adang bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kempen Adab
SMK Tanjung Adang bagi tahun 2023. Majlis mempersilakan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


        Begitulah tadi ucapan perasmian Kempen Adab SMK Tanjung Adang. Terima
kasih diucapkan sekali lagi kepada tuan pengetua atas kesudian merasmikan majlis.

*gimik potong reben*


Bagi meneruskan acara, sama-sama kita saksikan dan berikan tumpuan terhadap gimik

pelancaran Kempen Adab SMK Tanjung Adang. Sama-sama kita saksikan.


*penyampaian hadiah *
Para guru dan murid yang dikasihi,
        Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada 10 orang pemenang kuiz
ABC . Dipersilakan tuan pengetua diiringi oleh Pn Baizura untuk menyampaikan hadiah
kepada pemenang. Dipersilakan naik ke atas pentas
1. QALEESYA IZZATI BINTI MOHD NAZAM 1 BESTARI

2. NUR RAIDAH FARZANA BINTI ROSLY 1 BIJAK

3. NUR QASIH KHADIJAH BINTI ABDUL QAYYUM 1 BIJAK

4. PUTRI NUR HUMAIRAH NAZIRAH BINTI ISMAIL 1 BIJAK

5. NUR HIDAYAHTUL HUSNA BT MOHD KHAIRY 2 BIJAK

6. MUHAMMAD HARIZ PUTERA BIN AHMAD AFFANDY 2 BIJAK

7. NUR SHANIM BINTI MOHSIN 3 BIJAK

8. MUHAMMAD AFIQ BIN ISWANDI 4 BIJAK

9. NURIN FAQIHAH SAH'ARZANI 4 BIJAK

10. PUTERI SAZIRAH BINTI HAMZAH 5 BIJAK

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan Pn Siti Baizura diatas penyampaian
hadiah itu tadi.
Tahniah kepada semua pemenang, tahniah juga kepada semua murid yang mencuba
namun yang lebih tepat adalah pilihan.

*lagu sekolah*
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis kita berada dipenghujungnya dan akan diteruskan dengan nyanyian lagu
sekolah. Semua guru dan pelajar diminta berdiri dan bersedia.
*PENUTUP*
        Saya mewakili pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan majlis pelancaran
Kempen Adab SMK Tanjung Adang tahun 2023 ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah
wassalammualaikum w.b.t. . Saya serahkan kepada guru yang bertugas.

Anda mungkin juga menyukai