Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2023


12 MAC 2023 (Ahad)
PN. SITI SALWA BT AHMAD SUHAIMI

BIL AGENDA TEKS

1 Kata Alu-aluan Mencari timba si anak dara

Pengacara Majlis Di bawah sarang burung tempua

Salam sembah pembuka bicara

Selamat datang untuk semua

Bismilahhirahmanirahim...

 Yang Berusaha/ Puan Siti Rubiah binti

Mohd Arshad /Pengetua SMK Bandar Baru

Darulaman.

 Yang Berusaha/ Puan Hajjah Zarini bt

Ahmad/ Penolong Kanan Pentadbiran

 Yang Berusaha/ En. Syahar bin Osman/

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

1
 Yang Berusaha/ Puan Siti Nor Azura bt

Samsu

Penolong Kanan Kokurikulum.

 Yang Berusaha/ Puan Hajah Sharipah bt

Umar

Penolong Kanan Petang

 Yang berudaha barisan Guru Guru Kanan

Mata Pelajaran/ Guru-guru kaunselor,

seterusnya guru-guru yang dikasihi

sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh/

dan selamat pagi

Alhamdulillah/ bersyukur kita pada pagi ini/


dengan izin serta limpah rahmat-Nya/ dapat kita
berkumpul bersama-sama dalam Mesyuarat Guru
yang pertama bagi sesi 2023/2024. Pihak majlis
mengalu-alukan kehadiran semua guru SMK

2
Bandar Baru Darulaman , di atas kesudian rakan-
rakan guru ke Mesyuarat Kali Pertama ini.
Adalah diharapkan agar semua guru yang hadir
ini bersemangat waja dalam meneruskan tugas
mendidik bagi sesi persekolahan yang bakal
menjelma tiadak lama lagi/ semoga semangat ini
menjadi satu sinar baru dalam menggalas
tanggungjawab sebagai seorang guru.

2 Negaraku Hadirin sekalian

Warisan Majlis diteruskan lagi dengan Nyanyian Lagu

Negaraku dan Lagu Warisan.

Semua guru diminta berdiri dan Bersama-sama

menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

Para guru dipersilakan duduk.

3. Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh,

Laksana ditinting kias ibarat

Angkat tangan jemari sepuluh

3
Doa dipohon biar selamat

Para hadirin sekalian,

Dengan harapan agar majlis kita pada hari ini

memperoleh keberkatan/, marilah sama-sama

/kita mendah tangan/ memanjatkan doa ke

hadratNya./ Untuk itu majlis mempersilakan/ Al

fadhil Ustaz Mohammad Ashrof bin Ismail

/ untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya/ dipersilakan.

4. Bacaan doa Demikian tadi bacaan doa yang dipimpin oleh Al

Tamat fadhil Ustaz Mohammad Ashrof bin Ismail atas

pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

5 Ikrar Integriti Hadirin sekalian

Majlis diteruskan dengan IKRAR INTEGRITI yang

akan diketuai oleh Encik Abdul Khoder bin

4
Ahmad/ Pengerusi Majlis Guru dan Staff Sesi

2023/2024. Majlis mempersilakan.

Hadirin diminta berdiri.

Hadirin diminta duduk

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik

Abdul Khoder bin Ahmad di atas pimpinan bacaan

IKRAR INTEGRITI sebentar tadi.

6.

Ucapan Majlis diteruskan/ dengan mempersilakan/ Yang

PENGETUA Berusaha/ Pn Siti Rubiah Bt Ahmad Pengetua

SMK Bandar Baru Darul Aman /untuk

meneruskan Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi

sesi 2023/2024. Dengan segala hormatnya/

dipersilakan.

5
7

-Selesai ucapan Majlis mengucapkan terima kasih/ kepada Tuan

pengetua Pengetua atas ucapan dan amanat dalam

Mesyurat Guru Kali Pertama bagi sesi tahun

2023/2024. Semoga apa yang disampaikan dan

dilafazkan itu diterjemahkan oleh semua guru

melalui usaha dan tanggungjawab selagi

dinamakan TUGAS dan AKUR ARAHAN selagi

bergelar PENDIDIK.

8. Ucapan MGDS Seterusnya, majlis mempersilakan Encik Abdul

Khoder bin Ahmad/ Pengerusi Majlis Guru dan

Staff bagi sesi 2023/2024/ untuk meneruskan

majlis.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

9 -Selesai ucapan- Majlis merakamkan ucapan terima kasih/ kepada

Encik Abdul Khoder bin Ahmad/ Pengerusi Majlis

6
Guru dan Staff bagi sesi 2023/2024/ atas ucapan

sebentar tadi.

10

Dengan ini, berakhirlah sudah Mesyuarat Guru

kali ke-1 bagi tahun 2023. Saya akhiri majlis ini

dengan Wabillahitaufik wal hidayah

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rakan-rakan guru dijemput menikmati jamuan

yang disediakan oleh Barisan Pentadbir. Terima

kasih kami ucapkan

Anda mungkin juga menyukai