Anda di halaman 1dari 6

ASSALAMUALAIKUM W.B.

T DAN SALAM SEJAHTERA,


PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR YANG DISAYANGI
SEKALIAN.
ANDA DIMINTA KELUAR DAN BERADA DI LUAR BILIK DARJAH BERSAMA
GURU ANDA SEKARANG KERANA SEBENTAR LAGI KITA AKAN BERSAMA-
SAMA UNTUK MERAIKAN MAJLIS PERISAHAN.

POHON KERJASAMA DARI ANDA SEMUA UNTUK BERADA DI LUAR BILIK


DARJAH DALAM PENJARAKAN FIZIKAL YANG DITETAPKAN. MOHON RAKAN
RAKAN GURU JUGA TURUT BERADA DI DATARAN FADZIL UNTUK BERSAMA-
SAMA KITA RAIKAN MAJLIS SEBENTAR LAGI.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…………………….

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH….

SALAM SEJAHTERA………………….

Yang Berusaha En Abu Bakar bin Said


Pengetua SMK Bandar Baru Darulaman

Yang Berusaha En Muhammad Zaidi bin Ismail


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha En Abd Wahab bin Yahaya


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En Fauzi bin Zakaria


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Pn. Sharipah bt Umar


Penolong Kanan Petang
Barisan Guru Kanan Matapelajaran, barisan Kauselor, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t dapat kita bertemu lagi dan berkumpul dalam pada majlis
perpisahan yang cukup bermakna pada pagi ini. Majlis ini merupakan tanda penghargaan serta
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Zaidi Bin Ismail atas sumbangan
dan komitmen yang sangat tinggi selama berbakti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Baru Darulaman, khususnya sebagai Penolong Kanan Pentadbiran

‘BILA BEDUK BERBUNYI...

SEHARI BERJASA………
‘SERIBU TAHUN, MENJADI KENANGAN’……………………
itulah ungkapan yang dapat dinyatakan sempena majlis perpisahan kita pada
hari ini.

Hadirin yang dihormati,


Menandah tangan tanda kerendahan diri pada ilahi. Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan doa
dipohon penuh pengharapan agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi menambah keberkatan majlis kita, marilah sama-sama kita menadah tangan, mengaminkan
bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz Mat Radzi bin Husin.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Amin amin ya rabbal ‘alamin…… Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mat
Radzi bin Husin.  atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati…..

Sebagai pembuka bicara majlis, majlis mempersilakan En. Syed Dahuri Azmira bin Syed
Mutallib, Pengerusi Majlis Guru dan Staff 2020 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan
*****Terima kasih diucapkan kepada En. Syed Dahuri Azmira bin Syed Mutallib, Pengerusi
Majlis Guru dan Staff 2020 atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Tuan Pengetua, En Abu Bakar bin Said Pengetua
SMK Bandar Baru Darulaman, untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

***Terima kasih diucapkan kepada En Abu Bakar bin Said, atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya…..


Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya……
Tak lengkaplah Majlis, jika yang dirai tidak berbicara……

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nati-natikan iaitu ucapan perpisahan daripada En
Muhammad Zaidi bin Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan sepatah dua
kata. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***Majlis merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Muhammad
Zaidi bin Ismail atas ucapan sebentar tadi.

Penyampaian Hadiah:

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En Abu
Bakar bin Said mengiringi En Muhammad Zaidi bin Ismail ke hadapan untuk
menerima cenderamata tanda kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada


1. Wakil-wakil kelas.
2. Panitia
3. GKM
4. Kelab Guru

Rujuk senarai hadiah……mewakili

a.____________________________________________________________
b.____________________________________________________________
c.___________________________________________________________
d.____________________________________________________________
e.____________________________________________________________
f.____________________________________________________________
g.____________________________________________________________
h._____________________________________________________________
i.______________________________________________________________
j.______________________________________________________________

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.

HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN……


TIBALAH MASA YANG KITA NANTI-NATIKAN….
PERARAKAN KHAS MENAIKI BUGGY SEMPENA MERASMIKAN BULATAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN.
HADIRIN DIMINTA BERGERAK KE BAHAGIAN PINTU HADAPAN SEKOLAH, UNTUK
BERSAMA-SAMA MENYAKSIKAN PERARAKAN INI. DIPERSILAKAN…..

SETERUSNYA, MAJLIS MENJEMPUT EN MUHAMMAD ZAIDI BIN ISMAIL, KE MEJA


KHAS UNTUK MENYEMPURNAKAN GIMIK SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN INI.

Diminta cikgu Zaidi menyalakan api dan membakar barang yang berada di dalam kotak
tersebut sehingga terpadam apinya….
HADIRIN SEKALIAN……….
APA YG ADA DI DALAM KOTAK ITU TADI ADALAH….BARANG YANG DIAMBIL
OLEH CIKGU ZAIDI IALAH MERUPAKAN ‘GOLD BAR’ ATAU KEPINGAN EMAS
SEBERAT 1.5GRAM HASIL SUMBANGAN IKHLAS DAN TANDA KASIH SAYANG
DARI PENTADBIR DAN GURU-GURU SMK BANDAR BARU DARULAMAN. INGAT
EMAS INGATLAH KAMI WARGA SMK BBD…..

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN UPACARA PENYERAHAN BENDERA


DARIPADA UNIT BERUNIFORM SEBAGAI TANDA PERASMIAN BULATAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN.

HADIRIN SEKALIAN…
PERARAKAN BENDERA SMK BBD AKAN DIBAWA MASUK OLEH
PENGERUSI MOHD HAIKAL B MOHD YUSOF DARI UNIT PENGAKAP
(PENGERUSI)
CHEN YI HUANG DARI UNIT BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
(PENGERUSI)
MOHD AFIQ RAHIMI B ZAINON DARI UNIT KADET REMAJA SEKOLAH (NAIB
PENGERUSI)
SHAFI AIMAN B SHAFIEE, KETUA PUSAT SUMBER SEKOLAH
PENYERAHAN BENDERA AKAN DISAMPAIKAN OLEH KETUA PENGAWAS
SEKOLAH IAITU MUHAMMAD HAFIZI B CHE MAT KEPADA EN MUHAMMAD
ZAIDI BIN ISMAIL.
DIPERSILAKAN.
Hadirin sekalian, selesai sudah penyerahan bendera itu tadi. Majlis mempersilakan EN
MUHAMMAD ZAIDI BIN ISMAIL. Untuk menaiki bunggy ke bulatan di luar sekolah
dan seterusnya merasmikan nama bulatan tersebut.

BULATAN INI DIBERI NAMA BULATAN BUDIMAN.

PENUTUP
Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Bintang barat terbitan petang,
bintang timur terbitan pagi,
jika tidak melarat panjang,
ada umur ketemu lagi

Dengan itu, maka selesailah sudah Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum


warahmatullahi wabarakatuh. Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai